Benarkah tatacara penyiasatan kes tidak adil?

2006/09/30

Benarkah tatacara penyiasatan kes aduan salah laku Mad Radhi tidak adil?
Juak-juak Mad Radhi dan Mad Radhi sendiri telah memukul canang ke seluruh pelusok nusantara kononnya tatacara penyiasatan dan penghakiman kes aduan salah laku beliau tidak betul dan tidak diterima. Seperti dalam surat kepada ahli-ahli MMT yang dihantar pada 3 September, Seluruh keluarga Ustaz Hanafi telah membuat kenyataan berikut:

”Kami dengan ini menegaskan kepada pihak tuan bahawa kami selaku keluarga Al-Marhum Ustaz Hanafi Haji Ahmad dengan tegas menolak sepenuhnya tatacara penyiasatan dan penghakiman, di mana kami sangsi tentang ketelusan dan kesahihan tatacara tersebut dijalankan dengan adil, saksama dan bebas dari unsur-unsur yang dipengaruhi oleh pihak-pihak yang tidak berkaitan”

Sebelum kita menceritakan tentang kes tersebut, lebih baik kita menceritakan persoalan tatacara? Apakah itu tatacara? Didalam kamus dewan, tatacara diberi makna adat resam atau adat istiadat. Makna lain yang lebih berkaitan kepada kes ini ialah proses kerja atau prosedur kerja. Makna yang diberikan oleh kamus dewan berkaitan proses kerja adalah seperti berikut ’Jujukan tindakan yang perlu diambil untuk menyelesaikan masalah atau menjalankan tugas’.

Pak Kaduk beranggapan tatacara yang dipertikaikan oleh Mad Radhi serta Keluarga Ustaz Hanafi ialah tentang kaedah yang digunakan oleh Jawatankuasa Penyiasat untuk menyelesaikan kes aduan salah laku. Tetapi malangnya mereka tidak menyatakan secara spesifik tatacara yang bagaimana yang mereka tidak setuju. Mereka sendiri nampaknya tidak mengetahui tatacara yang sebagaimana sesuatu penyiasatan dalaman bagi sesuatu organisasi dibuat. Amat malang juga apabila sebahagian dari ahli Keluarga Ustaz Hanafi sendiri menggotai Jawatankuasa Penyiasatan dan Jawatankuasa Penghakiman dan kemudian mereka mempertikaikan keputusan yang mereka buat sendiri. Kenapa mereka mempertikaikannya? Kerana keputusan tidak berpihak kepada Keluarga mereka. Encik Zainul Abidin (Abang Yang @ Joker) menganggotai Jawatankuasa Penghakiman manakala Encik Mokhtaruddin (Abang Tat) menganggotai Jawatankuasa Penyiasatan. Walaupun kedua-dua mereka ini tidak begitu ’cerdik’, tetapi demi untuk melibatkan dan mengambil kira sentimen Keluarga Ustaz Hanafi, mereka ini dimasukkan dalam senarai jawatankuasa.

Untuk pengetahuan ahli-ahli Silat Cekak Hanafi, penubuhan Jawatankuasa Penyiasat dan Jawatankuasa Penghakiman telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kebangsaan dengan keputusan ’suara penuh’, termasuklah juak-juak Mad Radhi yang menganggotai MMK. Mereka telah bersetuju dan mereka jugalah yang memberi komen bahawa tindakan persatuan menubuhkan jawatankuasa ini adalah satu tindakan yang amat profesional. Hatta Mad Radhi sendiri amat senang hati dengan senarai ahli jawatankuasa penyiasat yang ditubuhkan oleh MMK itu. Kenapa Mad Radhi amat senang hati? Jawapannya amat mudah, kerana majoriti ahli jawatankuasa tersebut adalah ’orang-orang Mad Radhi’. Beliau amat yakin bahawa keputusan jawatankuasa tersebut akan berpihak kepada beliau.

Untuk menunjukkan betapa ceria dan senang hatinya Mad Radhi terhadap penubuhan jawatankuasa tersebut, beliau dengan sukacitanya menghantar surat berehat dari jawatan Presiden. Alasannya ialah beliau tidak mahu mengganggu proses (tatacara) penyiasatan yang dijalankan.

Jawatankuasa Penyiasatan di pengerusikan oleh Tn Hj Yahaya Abdul Rahman, seorang ahli lama silat cekak di zaman Ustaz Hanafi dan juga pengamal undang-undang. Beliau telah bersidang dengan ahli jawatankuasa beliau (Mohd Daud Sutan, Mokhtaruddin Hj Hanafi, Mohd Azhar Mohd Ali, Roslan Abdul Rashid dan Tengku Azlina) dan telah bersetuju bahawa hanya dua kes sahaja yang perlu disiasat dari sejumlah senarai aduan yang diterima. Berdasarkan kes tersebut, mereka telah bersetuju untuk memanggil semua mereka-mereka yang terlibat untuk memberi keterangan termasuklah pengadu dan juga Mad Radhi sendiri.
Selepas semua keterangan diambil, jawatankuasa bersidang beberapa kali untuk membuat kesimpulan dan rumusan kes-kes yang di siasat. Selepas memberikan pendapat dan pandangan dan semuanya direkodkan, kesemua mereka telah bersetuju dengan kesimpulan kes dengan cara menandatangani dokumen laporan rasmi jawatankuasa penyiasat. Laporan tersebut kemudiannya diserahkan kepada jawatankuasa penghakiman untuk dikaji dan mengadili kes.

Berbalik kepada soalan asal iaitu tatacara penyiasatan yang ’tidak betul’. Tatacara yang mana satu yang tidak betul? Sebenarnya proses yang dijalankan oleh Jawatankuasa Penyiasat adalah satu proses yang standard dan biasa dilakukan oleh mana-mana organisasi. Mereka memanggil saksi-saksi, pengadu dan yang tertuduh untuk memberikan keterangan. Kemudian berdasarkan kepada keterangan semua mereka, kesimpulan dan rumusan kes boleh dibuat.

Jadi tatacara di atas tidak dipersetujui? Mungkin Mad Radhi mahukan proses penyiasatan yang lebih ’brutal’ dilakukan seperti mana yang dilakukan oleh pihak berkuasa. Dihentam dan disepak terajang dahulu sebelum soal siasat dibuat. Selagi tidak mengaku selagi itulah di ’hentam’ secukup rasa. Kalau tatacara begitu yang Mad Radhi mahukan, maka kita tidak ada masalah, kita serahkan saja kepada pihak berkuasa. Mereka lebih arif tentang tatacara penyiasatan.....
Pemimpin mengajukan kebijaksanaan ,mesti di isi dengan kesempurnaan..bukan cakap tak serupa bikin...

Read more...

Benarkah Mad Radhi tidak diberi peluang membela diri?

2006/09/29

Apakah benar Mad Radhi tidak dipanggil membela diri kes aduan salah laku terhadap beliau? Kalau benar begitu, apakah peristiwa yang berlaku pada 4 Julai 2006 dimana Mad Radhi hadir ke pejabat persatuan pada jam 9.00 malam? Pada malam tersebut Mad Radhi telah hadir memberi keterangan untuk membela diri di hadapan Jawatankuasa Penyiasat serta diiringi sekitar 150 orang juak-juak beliau. Keterangan beliau juga telah dirakamkan dengan video. Habis tu kalau itu bukanlah boleh di panggil memberi keterangan bagi membela diri, sesi apakah yang patut dipanggil? Sesi Sembang Malam Bersama Guru Utama? Atau Sesi Jawatankuasa Penyiasat Bersama Guru Utama? Atau Sesi Bermalam Bersama Guru Utama (yang ini bahaya!)? atau lain-lain nama yang diluluskan oleh Mad Radhi..

Beliau telah hadir memberikan keterangan, namun kemudiannya terdengar pula kononnya beliau tidak diberikan butir-butir tuduhan dan beliau tidak tahu apakah tuduhannya. Sebenarnya Mad Radhi tahu apakah bentuk tuduhannya. Tuduhan tersebut adalah berdasarkan surat aduan salah laku oleh Azman Johan. Beliau sendiri telah ada salinan dan beliau jugalah yang mengedarkannya di seluruh negara. Ini bermakna Mad Radhi tahu dan maklum tentang tuduhan yang dihadapi beliau. Kalau tidak tahu tuduhan, kenapa Mad Radhi hadir di hadapan Jawatankuasa Penyiasat pada hari tersebut? Beliau boleh mengambil keputusan untuk tidak hadir dan tiada sesiapa yang boleh memaksa beliau kerana beliau adalah Guru Utama!

Read more...

Benarkah seluruh keluarga Ustaz Hanafi telah menarik diri dari MMT??

Benarkah seluruh keluarga Ustaz Hanafi telah menarik diri dari MMT kerana tidak bersetuju dengan keputusan MMK dan MMT berkuatkuasa 3 September 2006?

Satu lagi maklumat terbaru diperolehi Jabatan Penyiasatan Pak Kaduk mendapat bukti sahih yang menyatakan bahawa seluruh keluarga Almarhum Ustaz Hanafi Hj Ahmad (Pn Maimunah Othman, Zainul Abidin, Mokhtaruddin, Jamaluddin, Md Radzi, Fauzi dan Suraya) telah menarik diri dari menjadi ahli MMT berkuatkuasa serta-merta pada 3 September 2006. Tindakan mereka itu adalah berikutan TIDAK BERSETUJU dengan keputusan MMK dan MMT yang pada pandangan mereka adalah tidak adil dalam menghadapi kes aduan Salah Laku Mad Radhi. Tetapi HAIRAN BIN AJAIB apabila keputusan MMT pada 3 September 2006 itu jualah yang dicanang dan dijaja ke seluruh pelusok nusantara.

Warkah bertarikh 3 September 2006 itu ditandatangani oleh semua ahli keturunan Al-Marhum Ustaz Hanafi dan juga cap ibu jari isteri beliau yang dikasihi, Bonda Maimunah Othman yang dialamatkan kepada Ahli-ahli MMT. Jabatan Penyiasatan Pak Kaduk telah mendapat salinan warkah 'misteri' tersebut dan terbukti bahawa dokumen tersebut adalah dokumen yang asli dan tidak boleh dipertikaikan kesahihannya. Salinan dokumen tersebut telah sedia diuploadkan jika mendapat permintaan ramai. Tetapi buat masa ini, kita tunggu dan lihat perkembangan seterusnya...

Ada apa-apa komen dari memanda menteri dan juak-juak tuanku sekelian?
Bila merasa lazat berbohong mereka akan menarik orang lain untuk turut berbohong...

Read more...

BENARKAH MAD RADHI BERSUMPAH???

2006/09/28

Benarkah Mad Radhi telah bersumpah dengan Al-Quran semasa mesyuarat MMT?

Berita tersebar dengan luasnya mengatakan kononnya Mad Radhi telah bersumpah dengan Al-Quran. Siasatan Pak Kaduk untuk mengetahui peristiwa sebenar telah mendapati 'sumpah' yang dilafazkan adalah tidak lengkap dan tidak spesifik. Mengikut keterangan beberapa ahli yang hadir dan duduk hampir dengan Mad Radhi, beliau telah 'bersumpah' sebanyak dua kali. Sumpah yang pertama, apa yang telah dilafazkan oleh Mad Radhi sambil memegang senaskah Al-Quran yang dibawa oleh Dr Ahmad adalah seperti berikut:

“Bismillahirrahmanirrahim, Wallahi, saya bersumpah saya
tidak buat apa-apa seperti yang dituduh itu” ???
(Mungkin Mad Radhi tak tahu lafaz sumpah yang sebenarnya...).
Apa maksud beliau bila menyebut seperti 'dituduh itu'?? Apakah tuduhannya? Jilat? Hisap? Sondol? Raba? Picit???

Selepas itu Dr Ahmad mengambil kembali Al-Quran tersebut dan beliau meninggalkan mesyuarat kerana perlu ke satu majlis lain. Sebelum beliau beredar, beliau telah bersalam dengan Mad Radhi dan pada ketika hendak memeluk Mad Radhi, Al-Quran yang dipegang oleh Dr Ahmad jatuh terhempas ke atas kerusi. Selepas mengambil kembali Al-Quran tersebut, Dr Ahmad bergerak meninggalkan mesyuarat.
(Ps - Kalau dah sampai Al-Quran jatuh terhempas , faham-faham saja lah apa maknanya…Kalam Allah ini tidak mahu dipermainkan!!!)

Selepas itu, Encik Shafie Latif telah berkata bahawa sumpah yang dibuat oleh Mad Radhi itu tidak lengkap. Yang sepatut dilafaz adalah seperti berikut:

‘Wallahi, Wabillahi, Wata’alahi dan seterusnya…….

Setelah mendengar kenyataan dari En Shafie, maka Mad Radhi sekali lagi bersumpah tetapi pada masa tersebut beliau tidak bersumpah dengan Al-quran kerana telah dibawa balik oleh Dr Ahmad. Jadi persoalannya, betulkah Mad Radhi telah bersumpah dengan Al-Quran? Jawapannya TIDAK. Beliau hanya bersumpah dengan air lior dan juga kerana takut kepada ahli MMT lain (bukan kepada Allah swt). Dalam keadaan tersebut, kalau disuruh bersumpah 700 kali dengan 700 naskah Al-Quran pun juga dia akan lakukan demi untuk menjaga periuk nasi beliau!

Read more...

JIKA KITA BOLIH FIKIR TENTU??

2006/09/27

JIKA KITA BOLIH FIKIR TENTU KITA BOLIH FIKIR , KALAU KITA TAK BOLIH FIKIR SAMPAI BILA TAK BOLIH FIKIR

Setelah sekian lama juga , memerhati Gelagat Bekas Presiden / Guru Utama PSSCUH , saya telah sampai ke kesimpulan bahawa beliau sememang nya memutarkan issue sahingga hilang kawalan dan akibat pendustaan yang amat melampau .

Beliau seharus tidak hilang kawalan sekiranya beliau menyedari implikasi penyiasatan di atas diri nya . Cuma bila merasa ada sokongan pada beliau , timbul nak cuba pengaruh keluarga dan Mak Teh (salaku Balu Ust Hanafi) :

1. Pinjaman dan pelanggaran MERCEDES WFT 7 bukan telah menjadi cerita lama malah berbulan-bulan lamanya hingga bertahun telah berlalu hampir luput dari ingatan. Sabelum cerita sa benar nya timbul . Bukankah ini tanda jelas beliau sudah lama buat kerja dusta ni . Hilang kereta WFT 7 satelah “accident” walaupun membabitkan kemelut bawah jagaan tengkuk si peminjam sendiri?

- siapa yang berdusta dan membuat fitnah ? geran kereta ada ,nama penjamin ada ,nama peminjam ada dan nama pembeli nombor plate WFT 7 di JPJ ada .

2. Bila ditanya mengenai ada kepentingan kewangan , pinjaman peribadi dari ahli, perniagaan , program Umrah, dan sebagai nya beliau menyatakan beliau tidak terbabit dalam urusan tersebut ? Ahli ahli yang disekeliling nya tahu ,mereka juga tahu apa imbuhan yang di nikmati olih dia dan kroni kroni .

(mungkin penyokong tepi padang tak tahu tapi yang rapat tahu)

3. Bonda yang di kasihi pun tahu banyak pekara , hingga terkeluar lafaz “ Hati kecil Mak rasa Mad buat tapi nak kata kat dia tak sampai hati.”.

Read more...

BENARKAH???

  • BENARKAH?????

    Benarkah kita boleh masuk neraka kalau tidak mengikut Guru?

    Pemahaman kita adalah mudah, kita akan ikut guru itu selagi guru itu tidak melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan Allah dan Rasul. Kalau sudah bercanggah dan melakukan perkara-perkara maksiat, menipu dan tidak amanah, maka kita tidak terikat dan tidak perlu lagi mengikut guru yang demikian.

    Soal sesiapa masuk syurga atau neraka adalah hak Allah swt. Kita sebagai manusia yang dijadikan Allah swt bukan boleh menentukan sesiapa masuk syurga ataupun sesiapa masuk neraka. Akan terpesong akidah kita jika mempercayai bahawa seseorang itu boleh menentukan sesiapa yang masuk syurga ataupun neraka. Oleh itu berhati-hatilah dengan sebarang kata-kata yang boleh merosakkan akidah.


    Benarkah Silat Cekak ini milik keluarga Ustaz Hanafi?

    Benarkah silat cekak ini kepunyaan keluarga Ustaz Hanafi seperti yang diucapkan oleh Mak Teh semasa mesyuarat MMT yang lalu? Sebenarnya silat ini bukan kepunyaan Ustaz Hanafi ataupun keluarga Ustaz Hanafi. Keluarga Ustaz Hanafi tidak boleh membuat tuntutan bahawa mereka berhak kepada silat ini hanya semata-mata Ustaz Hanafi pernah menjadi guru kepada silat ini. Jika mereka membuat andaian tersebut, maka sudah tentu keluarga semua guru-guru terdahulu seperti Panglima Ismail, Panglima Tok Rashid, Encik Yahaya Said dan juga Tn Hj Ishak Itam juga membuat tuntutan bahawa silat ini milik keluarga mereka.

    Kalau dikaji dari segi sejarah, Ustaz Hanafi menerima silat ini dari En Yahaya Said yang sebelum itu menerimanya dari guru yang terdahulu. Oleh itu silat ini adalah silat yang di bawa secara silih berganti oleh guru-guru terdahulu dan masing-masing tidak boleh membuat andaian bahawa silat ini adalah hak mereka. Oleh itu Ustaz Hanafi tidak boleh mengandaikan bahawa silat ini adalah hak beliau. Malah keluarga Ustaz Hanafi juga tidak boleh membuat kenyataan dengan SOMBONG nya bahawa silat ini adalah hak keluarga mereka seperti mana yang ucapkan oleh Mak Teh pada mesyuarat MMT pada 3 September 2006 dalam keadaan HISTERIA. Perkara ini tidak betul dan tidak sepatutnya diucapkan.


    Benarkah kalau tak mahu ikut Guru, perlu muntahkan segala ilmu yang diajar?

    Boleh muntahkan, tapi dengan syarat bayar balik duit pengkeras dan yuran kursus yang telah di bayar! Kita bayar wang untuk belajar silat. Bukannya free…Bila kita dah bayar, maknanya apa yang kita belajar adalah hak kita!!!. Contoh mudah bila kita dah beli satu barang, barang itu kepunyaan kita. Kalau hendakkan kembali, seharusnya duit kita dikembalikan. Bukankah begitu ?


    Benarkah orang-orang lama Silat Cekak hendak menjatuhkan Guru Utama?

    Tidak benar sama sekali. Tiada terlintas oleh mereka-mereka ini untuk menjatuhkan Guru Utama. Apa yang mereka lakukan selama ini adalah untuk meneruskan perjuangan yang telah dirintis oleh Ustaz Hanafi. Namun apabila melihat keadaan dan suasana yang sudah tidak ada kawalan serta tindakan liar yang diluar batasan oleh orang-orang yang kononya taat kepada Guru, orang-orang lama ini telah mengambil keputusan mengundurkan diri namun telah ditolak perletakkan jawatan mereka oleh MMK. Kalaulah benar mereka hendak menjatuhkan guru utama, kenapa mereka mahu mengundurkan diri? Walaupun sekarang mereka masih memegang jawatan, tetapi kesan oleh kata-kata kesat Mak Teh semasa mesyuarat MMT yang lalu banyak meninggalkan luka yang dalam yang amat susah untuk disembuhkan. Mereka juga tidak dapat menerima hakikat bahawa seorang guru yang di sanjung selama ini telah melakukan perkara yang amat keji dan amat memalukan. Mereka percaya, jika Ustaz Hanafi masih hidup, nescaya ditampar dan disepak terajangnya Mad Radhi itu kerana memalukan beliau dan keturunan beliau.

Read more...

Akhir Kalam

2006/09/18

" usah lah sembahyang, usah lah berpuasa, jika dalam diri kita ini ada sifat sifat munafiq. Bila bercakap dia bohong, bila berjanji dia berbohong...manusia jenis apa macam ini? " YM En Mad Radzi Hj Hanafi .

Kepada Abg Mad, nyatakanlah perkara sebenar di hadapan sekalian penuntut Silat Cekak Hanafi, tidak perlu takut dan bersembunyi di belakang anak murid jika Abg Mad berada di dalam kebenaran. Saya difahamkan Almarhum Ustaz Hanafi juga pernah difitnah tetapi beliau berdepan dengan fitnah itu bersendirian tanpa melibatkan anak-anak muridnya dan alhamdullilah beliau berjaya.

Soalan saya kepada Abg Mad : Milik siapa kah kereta Mercedes WFT 7 itu?


Kepada Abg Roslan Salam jika tidak dapat membezakan maksud di antara "Maksum" dan "Kasih" rujuk lah kepada para Mualaim. Cuma saya ingin bertanya masih tersimpankah lagi batu cincin pemberian Almarhum Ustaz Hanafi yang Abg ceritakan pada saya suatu ketika dulu? Masih ingatkah apa yang Almarhum pesan?


Kepada mereka yang mengatakan saya ini Zanuddin Salleh @ Abg Din saya berharap bersegeralah minta maaf kepada Abg Din. Saya bukan dia. Saya dahului dengan meminta maaf kepada Abg Din kerana namanya dibabitkan dengan blog saya ini. Abg Din mungkin ingat saya kerana beliau pernah mengajar saya suatu ketika dulu di sebuah sekolah di Cheras. Kerana semangat dan tunjuk ajar yang Abg Din berikan lah yang membuat saya masih kekal bersama Silat Cekak Hanafi.

Kepada semua rakan-rakan ini adalah tulisan terakhir saya dan saya tidak akan menulis lagi di sini kerana mesej saya telah pun saya sampaikan dan saya tidak berhutang dengan rakan rakan sama ada di dunia atau pun akhirat.

Maafkan saya sekiranya tulisan saya menyinggung perasaan rakan-rakan.

" Kita belajar silat bukan kerana nak tunjuk kuat, kita belajar silat kerana ianya ibadat "

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN ALMUBARAQ, SEMOGA AMALAN BAIK KITA DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T.

Mohd. Nesffu Rahman

Read more...

Kenyataan MMK

Hari ini sedikit kejutan bila laman web www.cekakhanafi.com yang ditutup buat sementara waktu memaparkan kenyataan ini..



Kenyataan Majlis Mesyuarat Kebangsaan (MMK)
Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia
18 September 2006 / 25 Syaaban 1427

Kepada Semua Ahli
Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia

KEDUDUKAN ENCIK MD RADZI BIN HJ HANAFI,
PRESIDEN MERANGKAP GURU UTAMA,
PERSATUAN SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI MALAYSIA

Untuk maklumat lanjut layari www.cekakhanafi.com

Mungkinkah ? ini penghujungnya satu perjalanan untuk menegakkan kebenaran dan ajaran serta fahaman Almarhum Ustaz Hanafi Haji Ahmad.

Kesian kepada Roh Almarhum yang melihat pembawa amanah nya yang rencong..

yang Sidiq tidak sombong, Yang Agong tidakkan rencong, Yang Tauhid tidak akan gelong...bersambung


Read more...

Bila GURU rencong 6

2006/09/17

Kini tibalah giliran Abg Jamaludin atau Abg G yang akan memberi penjelasan di samping memberi ulasan, inilah yang saya faham dari Abg Amin.

Walaupun begitu suaranya agak perlahan dan kadangkala tak dengar langsung sebutannya walaupun dia menggunakan pembesar suara. Tidak banyak maklumat yang saya dapat. Antara pendengaran yang terputus putus beliau berkata :
"kita tak kesah lah kalau hilang orang lama lama nih..kita sudah ada pelapis"
sambil menunjukkan dan menyebut nama-nama beberapa orang yang duduk di bahagian belakang, saya menoleh untuk melihat, ramai lah abang-abang di belakang yang kelihatan tersenyum.

Sambil itu, Abg G meneruskan ungkapan-ungkapan yang yang tidak berapa jelas mungkin juga kerana saya telah hilang tumpuan. Seketika kemudian saya terdengar suara Abg G yang dengan keras mengatakan,

" Jika sudah tidak mahukan lagi ilmu yang ada, muntah buang segala ilmu yang dapat dan pergi cari guru lain "
Begitu keras bunyinya ungkapan dari Abg G.

Sungguh keras pada mereka yang tak berakal, tetapi sekiranya ada ahli yang bijak di ketika itu mengatakan ia sanggup memuntahkan semula ilmu itu dengan syarat pulangkan kembali duit yang diberi sebagai pengeras ijazah kepada guru, macam mana?

Bagaimana pula jika tidak dihalalkan duit pengeras itu? Semua ahli yang belajar silat cekak bukan percuma mereka membayarnya. Jika Abg Mad tidak menghalalkan mungkin cuma melibatkan seorang murid sahaja tetapi jika murid tidak menghalalkan?
Berapa ribukah ahli Silat Cekak Hanafi seluruh Malaysia ini, jika Abg Mad boleh mengatakan tidak halal ilmu yang diberi begitu lah juga tidak halalnya duit yang diberi sebagai pengeras yang menjadi punca pendapatan utama Abg Mad. Fikirkanlah perkara ini, jangan kita bercakap saperti nafsu telah ditawan.

Dalam saya cuba memberi fokus , terdengar lagi satu ungkapan dari Abg G,

" Tuan tuan tahu dak..makna "Bismilah hirahman nirrahhimm" itu apa maksudnya rahim itu "

" maksud 'rahim' itu adalah..jika pada ibu kita..macam saya nih Mak Teh lah..'rahim' itu yang terdapat didalam perut Mak Teh yang mengandungkan Mad Radzi guru kita sekarang ini"

Begitulah ungkapan yang keluar dari mulut Abg G, (mungkin ada terlebih dan terkurang di dalam saya menulis ini seperti saya kata di awalan lagi saya tidak mengambil nota) harapan saya pada abang-abang yang mengambil rakaman video dapatlah melihatnya semula dan jangan lah dipadam. Seperti kata sang pengamal undang undang terdahulu , "berlaku adil lah pada diri kita sendiri".

Tersentak saya saperti baru dikejutkan dari mimpi bila mendengar ungkapan tadi, betulkah apa yang saya dengar tadi? Saya akui tidak mahir di dalam pengajian Al-Quran, tetapi belum lagi pernah saya mendengar ungkapan saperti yang baru saya dengar sebentar tadi.
Astafirullah al azim, tidak lah saya ketahui apa yang dimaksudkan oleh Abg G tadi, hanya beliau sahaja yang tahu.

Hati saya menjadi luluh dengan apa yang berlaku didalam dewan yang akan menjadi saksi itu, apa yang diharap tidak saperti yang di terima selain kerosakan demi kerosakan,"BENIH HANAFI" yang di harapkan menyambung perjuangan Almarhum hanyalah satu khayalan semata.

Kehebatan nama Almarhum Ustaz Hanafi tercalar, akibat dari sifat tamak dan rakus kepada takhta dan harta. Sedih nya hati bila mengenangkan bertapa Almarhun Ustaz Hanafi tidak mampu melahirkan pendidik bagi menggantikan beliau untuk mendidik anak anak cekak untuk berpadu dalam ertikata bersatu bicara benar, bertindak dengan bijak sana.

Saya pernah mendengar ungkapan dari Abg Mad didalam satu majlis dia mana Abg Mad ada menyebut diantaranya :

" usah lah sembayang, usah lah berpuasa, jika dalam diri kita ini ada sifat sifat munafiq, Bila bercakap dia bohong, bila berjanji dia berbohong...manusia jenis apa macam ini? "

Majlis diakhiri dengan Abg Amin memohon 'ahli-ahli terus ibu pejabat' yang hadir untuk menanda tangani satu kertas memoradum yang mana tandatangan ini akan diguna pakai untuk memohon agar satu mesyuarat agong luar biasa diadakan dan membatalkan mesyuarat agong yang lalu.

Ketika pulang saya mengalirkan air mata di dalam kenderaan yang saya tumpang mengenangkan apa yang berlaku, sehingga pemandu kenderaan yang menumpangkan saya cuba menenangkan dengan kata-kata,

" sabarlah kita sekarang sedang diduga dan perbezaan antara perkara betul dengan tidak betul ini terlalu sedikit" berhati hati lah....
Dimanakah mesra manusia, apabila nista menjadi mulia, Megah jangan melimpah, kita di ikat tali Sejarah....bersambung

Read more...

Bila GURU rencong 5

Selesai persembahan dari Sang Pengamal Undang Undang tadi (minta maaf saya telah hilang rasa hormat kepadanya!) Abg Amin sekali lagi naik ke pentas dan membaca beberapa potong hadis dan membaca serba sedikit ringkasan memorandum yang akan diedarkan kepada hadirin. Abg Amin meminta ahli-ahli yang hadir untuk turut sama menyokong memorandum tersebut. Saya juga diberi helaian kertas yang memuatkan memorandum tersebut.

Seterusnya Abg Amin mempersilakan penceramah seterusnya iaitu Abg Yang ayah kepada Abg Amin sendiri untuk memberi penjelasan tentang apa yang berlaku di dalam mesyuarat badan kehakiman kerana Abg Yang juga adalah ahli jawatankuasa yang mewakili pihak keluarganya.

Ramai ahli tahu akan karektor Abg Yang; bila dia bercakap, memang tak kering gusi dibuatnya, saya sendiri tidak dapat menahan rasa untuk turut sama bergelak ketawa dengan lawak jenakanya. Sehinggalah bila Abg Yang mula menghamun dengan menyebut beberapa nama yang pernah berjasa semasa hayat Almarhum, bukan sahaja kepada persatuan malahan terhadap keluarga Almarhum Ustaz Hanafi sendiri.

Tawa saya tiba-tiba terhenti. Hampir menitis air mata bila saya melihat telatah Abg Yang di ketika itu. Tidak saya sangka seorang yang bergelar Abang Long di dalam keluarga yang dihormati berubah menjadi sedemikian rupa, tidak dapat saya menahan rasa sebak melihat gelagatnya seperti sudah hilang akal, hilang budi bicara hanya kerana mendapat tepukan dari ahli yang datang, seolah-olah dia merasa teruja dan seronok melakukannya.

Pada saya ianya tidak lebih dari tepukan hangat penonton di dalam dewan yang sedang menyaksikan persembahan badut di atas pentas sarkas. Ingin sahaja saya meninggalkan majlis malam itu tapi terhalang oleh kerana saya difahamkan selepas ini Abg Jamaludin atau lebih dikenali sebagai Abg G akan memberi ulasan bersangkutan dengan keadaan semasa ini.

Walaupun hati saya sudah mula tawar, tetapi bila mengenangkan Abg G yang lebih terbuka pemikirannya akan tampil membuat ulasan, maka saya cekalkan hati untuk terus berada di situ dan mendengar penjelasan yang dijanjikan.

Ketika berada di pentas Ria..kata nista telah tersedia..akan ku tutur dengan gaya..khalayak hadirin pasti ketawa..

Banyak bercakap tak baca buku seperti membawa duit tak laku...
bersambung

Read more...

Bila GURU rencong 4

Setelah selesai penjelasan diberikan oleh Abg Azhar, sekali lagi Abg Amin mengambil tempat dan membacakan lagi beberapa potong hadis dan sedikit ulasan yang bersangkutan dengan kes. namun, bagi saya ia hanya sekadar cerita, bukan penjelasan. Walaupun banyak perkara penafian yang dibuat...saya masih menanti dengan penuh harapan...

Seketika kemudian, Abg Amin mempersilakan pula seorang lagi penceramah. Kali ini seorang pengamal undang undang (saya tidak jelas sama ada ianya dari sivil atau syariah) dan nama penceramah ini pun saya tidak tahu. Dengar kata dianya didatangkan khas dari Negeri Sembilan, kalau tak silap lah. ( Jika silap, saya minta maaf ).

Persembahannya cukup menarik perhatian saya untuk terus mendengar. Selain ucapan salamnya yang berjela, pengucapannya diselang-selikan dengan ungkapan hadis dan sirah.

"saya ingin mengucapkan syabas kepada saudara sekalian kerana telah berlaku adil pada diri saudara, kerana sudi mendengar penjelasan pada malam ini. Jangan bercakap pasal adil jika kita sendiri tidak boleh berlaku adil pada diri kita sendiri" .

" kita perlu mendengar dari semua pihak sebelum kita membuat keputusan", tambahnya lagi.

Ini lah ungkapan awalannya (mungkin ada tertambah atau terkurang dalam catatan saya ini jadi saya minta maaf kerana saya tidak mengambil nota pada malam itu). Selanjutnya beliau mengkisahkan darihal perundangan, dan saya tekun mendengar almaklumlah saya bukan terdidik di dalam hal bersangkutan perundangan. Ditambah dengan bahasa bahasa perundangan yang hanya boleh kita dengar di dalam bilik mahkamah sahaja termasuk memperkenalkan 'prinsip keadilan asasi ( natural justice)' dan bila bercakap pasal prinsip keadilan asasi ini maka ianya tidak boleh lari dari prinsip keadilan yang berpaksikan kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia; fasal berapa saya tak pasti.
Alhamdullilah kata hati saya, mungkin malam ini akan terungkailah kekusutan akal dan jiwa saya.

Diteruskan dengan isu semasa yang melanda, yang membawa kepada majlis penerangan malam itu yang boleh disimpulkan sebagai "majlis penerangan dari pihak keluarga". Beliau terus mengecam akan keputusan yang dibuat oleh "Badan Kehakiman Kes Salahlaku" yang telah melaksanakan tanggungjawab mereka, dengan menuduh mereka-mereka ini (badan kehakiman) dengan pangilan "hakim beruk" dan mahkamah yang bersidang itu adalah "mahkamah beruk". Dan, pada ketika ini, saya dengar ada satu tepukan dari arah kiri saya, bila saya menoleh jelas pasti di mata saya yang bertepuk tangan tadi adalah Abg Yang, sambil telinga saya mendengar akan sebutan dari mulut nya, "Nasib baik aku kata tak salah kalau tidak aku pun jadi beruk macam dia orang jugak ..sebab dia orang kata bersalah", disambut dengan tepukan dari mereka yang hadir.

Jika di luar sana panggilan tertentu pada makamah dan hakim adalah perkara yang biasa bila timbul perasaan tidak berpuas hati, tetapi tidak di dalam persatuan Silat Cekak Hanafi kerana adab dan budaya yang dididik, diasuh dan diterapkan sekian lama, untuk makluman rakan rakan yang membaca coretan ini mereka-mereka yang berada didalam "Badan Kehakiman Kes Salahlaku"adalah terdiri dari mereka mereka yang telah lama berjuang di dalam persatuan sejak zaman Almarhum Ustaz Hanafi lagi dan kesemua mereka itu (kecuali Abg Yang ) berpendidikan tinggi malah ada yang memegang jawatan terkanan didalam organisasi tempat mereka mencari rezeki, juga terdapat seorang pengamal perundangan di dalam barisan "Badan Kehakiman Kes Salahlaku"..adil kah tuan memanggil mereka ini dengan panggilan sedemikian?
Hati saya mula merudum dengan kenyataan dari Penceramah perundangan tadi.

Beliau terus dan meneruskan penglabelan ahli-ahli di dalam "Badan Kehakiman Kes Salahlaku" dan juga "Jawatankuasa Siasatan" dengan pelbagai lagi nama (yang tidak sepatutnya disebut oleh mereka yang terdidik dengan sempurna akalnya).

Di penghujung bicara, beliau menyatakan sokongannya terhadap Abg Mad. Katanya, guru kita ini tidak bersalah kerana itu dia di mulia kan dan adalah semulia-mulia manusia. Kerana mulianya guru kitalah maka dia tidak bersalah. Tidak mungkin Abg Mad akan melakukan perkara-perkara terkutuk, ujarnya sambil mengajak sekalian ahli untuk bersama-sama dengannya dalam menyokong Abg Mad, sebelum mengakhiri ucapannya.

Saya menunggu peluang untuk bertanya, tetapi tiada sesi soal jawab pula, hanya perbincangan sehala sahaja (one way communication), jadi saya bertambah celaru dengan keadaan yang berlaku pada masa ini.

Pertama saya tidak tahu siapakah penceramah tadi (identitinya hanya diketahui setelah bertanya dengan beberapa orang ahli lain pada malam itu). Apakah sumbangannya kepada persatuan? Jika sekadar menjadi jurulatih, sumbangan itu hanya sekelumit sahaja, tapi tidak diketahui jika beliau mencari populariti di dalam kesempatan begini. Entahlah, tak tahu lah saya... apakah sumbangan besar beliau kepada persatuan sehingga boleh melabelkan ahli-ahli lama, yakni ahli-ahli yang lebih senior (Ahli ahli Badan Kehakiman Kes Salahlaku) sebagai beruk. Betapa rendahnya maruah diri tuan sebagai anak murid didikan Silat Cekak.

Kedua saya ingin bertanya sekiranya beliau Ahli Silat Cekak Hanafi (kerana ahli Silat Cekak Hanafi ini terdiri dari pelbagai lapisan Guru Utama, dari zaman Almarhum Ustaz Hanafi, zaman Tn Hj Ishak Hitam dan zaman Abg Mad sendiri) dengan siapa kah beliau diijazahkan dahulu? Sekiranya jawapannya adalah Abg Mad, saya ingin bertanya mengapa beliau menolak Guru Utama yang lalu iaitu Tn Hj. Ishak Hitam? Tidak kah beliau dikatakan telah menderhaka kepada guru? Dan, apakah sumpahan tidak boleh derhaka kepada guru itu telah 'tertempias dan terlibas'?

Ketiga beliau mengatakan tidak adil kepada diri sendiri jika kita tidak mendapat penjelasan dari kedua belah pihak, jadi, adakah beliau sudah mendapat penjelasan dari kedua pihak?

Jiwa saya sudah mula memberontak dengan kenyataan-kenyatan yang dikeluarkan oleh sang peguam yang terlebih arif nya dari yang arif. Minta maaf jika saya berkata demikian, mungkin inilah satu sebab mengapa cawangan Negeri Sembilan sukar dibangunkan, kerana adanya Peguam yang bukan merapatkan hubungan antara ahli tapi lebih kepada menjahanamkan...

Tujuan saya berada di dalam majlis ini ialah untuk mendapat kepastian dari sebuah ketelusan, bukan untuk mendengar caci dan maki dari seorang yang bergelar Pengamal Undang Undang.... Saya bertanya: Adil kah tuan??

Jangan kau dengar mainan puisi dusta yang boleh merosakkan jiwamu....bersambung

Read more...

Bila GURU rencong 3

2006/09/15

Hari yang ditunggu-tunggupun tiba....dan saya sampai di destinasi yang dijanjikan tepat pada waktunya.

Ketika sampai, telah kelihatan ramai ahli-ahli silat cekak hanafi berada di situ; ada ahli baru dan ada juga ahli lama yang hadir untuk sama-sama mendengar penjelasan serta duduk perkara yang sebenarnya.

Kemudian, semuanya diminta masuk ke dalam dewan dan kelihatan juga seseorang yang meminta hadirin menurunkan tanda tangan bagi mengesahkan kehadiran. Cuma mereka yang berstatus ahli terus sahaja yang dikehendaki berbuat demikian. Setelah menandatangani borang kehadiran, saya pun memilih tempat duduk di bahagian tengah dewan tersebut.

Seterusnya sedikit penerangan diberikan berkenaan dengan majlis tersebut termasuklah memperkenalkan para penceramah yang akan mengupas isu pada malam itu. Selain daripada keluarga Guru Utama, ada juga penceramah dari jauh yang didatangkan khas pada malam itu. Kalau mengikut keterangan, beliau adalah seorang pengamal undang-undang yang akan memberi sedikit penerangan bersangkut paut dengan perundangan.

"Nampak macam best", ujar saya dalam hati. Saya menaruh harapan di dalam hati semoga apa yang saya risaukan dan ragukan selama ini akan terpadam dengan penjelasan yang akan disampaikan.

Majlis malam itu dipengerusikan oleh Abg Amin anak kepada Abg Yang yang akhirnya saya difahamkan adalah dia yang bergelar 'Benih Hanafi' itu. Sememangnya, Abg Amin sendiri yang memperkenalkan dirinya sebagai Benih Hanafi dan majlis malam itu dikendalikan oleh mereka yang menggelarkan diri mereka HANAFI ABADI Kumpulan Penegak Kebenaran. Camtu kesahnya.

Tepat jam 9.45 malam majlis dimulakan dengan pembacaan sinopsis berkenaan dengan perkara yang akan dibentangkan oleh para penceramah nanti. Ia bersangkutan dengan pertuduhan dan fitnah terhadap guru utama. Sambil itu, pengerusi turut menyampaikan pesanan dari Abg Mad melalui sms yang lebih kurang berbunyi :


" Kepada murid murid ku bersamalah dengan ku meneruskan perjuangan ini" begitulah lebih kurang bunyi nya pesanan ringkas dari Abg Mad, mohon maaf jika ada yang terlebih atau terkurang.

Setelah sinopsis dibacakan, Abg Amin menjemput penceramah pertama iaitu Abg Moktarudin, tampil ke hadapan.


Setelah memberi salam, Abg Moktarudin mempekenalkan diri nya sebagai salah seorang ahli jawatankuasa siasatan dalam kes pertuduhan ini sambil membelek-belek buku nota yang dibawanya bersama. Tidak banyak info yang diberi selain membacakan beberapa potong hadis dan menceritakan pasal buku nota yang telah disimpan sejak tahun 2003 (kalau tak silap pendengaran saya). Itu sahaja, tidak ada isi memperjelaskan fakta kes.

Dalam hati saya berkata "Aku datang dari jauh ni sebab nak dengar fakta kes bukan nak dengar sejarah buku nota tu. Buku tu kau nak simpan lama mana pun apa aku peduli", bisik saya pada diri. Kebosanan mula melanda dalam jiwa.

Ceramah dari Abg Moktarudin berlangsung selama lebih kurang 15 minit sahaja. Setelah beliau memohon mengundurkan diri, Abg Azhar pulak mengambil-alih acara walaupun nama Abg Azhar tiada dalam senarai penceramah. Pada pandangan saya mungkin ceramah dari Abg Moktarudin tadi tidak kesampaian maksud dan tujuannya.

Penyampaian Abg Azhar ada sedikit kelainan dari Abg Moktarudin tetapi masih tiada isi penting yang mengupas pokok persoalan. Ia sama seperti ceramah Abg Moktarudin tadi, cuma Abg Azhar lebih menekankan kisah-kisah lampau beliau dengan Abg Mad dengan mengatakan yang beliau telah kenal dengan Abg Mad sejak dari kecil lagi dan dengan tegas mempertahankan Abg Mad tidak bersalah, kerana pada pendapat Abg Azhar, sekiranya guru utama jahat, berkemungkinan dia akan lebih jahat dari Abg Mad.
Abg Azhar juga ada mengatakan bahawa budak kecil juga biasa menipu, siapa kata budak kecil tak akan menipu. Ia dikaitkan dengan salah satu penyataan dari Jawatankuasa Kehakiman yang mengatakan budak kecil tidak akan pandai berbohong seperti orang dewasa. Abg Azhar memberi contoh sekiranya seorang kanak-kanak memecahkan sebiji gelas bila ibunya bertanya siapa yang memecahkannya, oleh kerana ketakutan ia akan berbohong dengan mengatakan bukan dia yang memecahkan gelas tersebut... emm... Namun, bagi diri saya, kanak-kanak jarang pandai menipu. Apatah lagi jika dia dalam keadaan tertekan atau dalam ketakutan. ...

Masih belum ku temui sinarnya, namun debaran tetap menanti....bersambung

Read more...

Bila GURU rencong 2

2006/09/14

Masa berlalu dan tanpa saya sedari, dalam kesibukan melaksanakan tugas dan menjalani kehidupan saya yang normal, dan dalam pada saya mencari jalan ke arah kebenaran, saya ke hulu ke hilir bagi mencari sesuatu yang akan memuaskan akal dan hati dalam memahami kemelut yang melanda silat cekak hanafi, saya terima pesanan sms ini yang dihantar ke telefon bimbit saya:

"Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia telah menggantung keahlian ANAK USTAZ HANAFI pada tarikh KEMATIAN USTAZ HANAFI. Tahniah kepada MURID BANGSAT yang telah menghukum GURU. Sebarkan!!! "

Terkejut besar saya dengan sms ini lalu saya cuba menghubungi si pengirim misteri. Malangnya tiada jawapan kepada panggilan yang saya buat walaupun deringannya tidak pernah tamat dari pagi ke petang, petang ke malam tiada siapa yang menjawab panggilan saya. Jadi, apakah tujuan mesej ini disebarkan? Mahu memporak perandakan persatuan atau menidakkan keputusan musyawarah? Siapakah yang menjadi dalang?

Tidak mengapalah kalau tak mahu jawab. Di sini saya cuma ingin kepastian kepada siapakah di tujukan sms itu dan siapa kah yang di maksudkan dengan ANAK MURID BANGSAT itu. Bukan apa, takut-takut si pengirim itu sendiri yang akan di BANGSATKAN kemudian hari.

Belumpun kes pesanan ringkas itu dirungkaikan, telefon bimbit saya sekali lagi menerima pesanan baru, tapi kali ini agak lain sedikit nada nya:

"Guru jangan sedih kalau setakat kena fitnah dengan murid bangsat, kata guru hebat cerita pasal tuhan hebat cerita pasal nabi macam pernah jumpa rilek lah, murid bangsat pun tak apa apa, murid macam mana pun duit habis. murid bangsat cari orang serah pada guru sekali majlis beribu. kawan awak hantar kat saya"

Tidaklah diketahui dari manakah datangnya pesanan SMS ini atau siapakah pengirimnya. Mungkinkah ini yang dipanggil 'war of sms'? Atau satu strategi perang psikologi?

Kemudiannya saya menerima lagi satu pesanan sms.

" Dapatkan penjelasan dari keluarga Almarhum Ustaz Hanafi malam ini di dewan tertutup pusat bandar damansara semua di jemput hadir- dari Benih Ustaz Hanafi "

Wah. Benih Ustaz Hanafi. Mendalam sekali nama panggilan itu. Adakah pengirimnya bersangkut paut? Bagi saya, ia ibarat 'Pucuk di cita ulam mendatang'. InsyaAllah saya akan hadir semoga dapat melegakan keserabutan dan kekusutan akal yang melanda.

insyaAllah..akan bersambung

Read more...

Bila GURU rencong

Saya terkejut dan keliru bila di dalam keamanan yang sedang di lintasi ramai ahli-ahli silat cekak hanafi, ia tiba-tiba digolakkan dengan satu berita yang paling sensasi dan mengejutkan. Maka bergegaslah sekalian ahlinya mencari punca.

Tidak ketinggalan juga dengan saya, maka melata lah saya mencari di mana punca bermula, almaklum saya nih agak baru dalam aktiviti berpersatuan.

Saya cuba bertanya beberapa orang rakan, yang sama-sama belajar dulu di sebuah IPT di selatan tanah air, tapi semuanya sama macam saya juga: tak jelas dan keliru. Tetapi yang nyata rata-rata mereka dengar dari mulut Abg Mad sendiri yang Abg Mad sedang difitnah..Fitnah??

Betul ke difitnah?

Saya bertambah keliru maklumlah di zaman sekarang ini macam-macam boleh berlaku, dilakukan dan diperlakukan.

Maka saya teruskan lagi pencarian. Saya cuba berhubung dengan Abg-Abg yang telah lama berjuang di dalam persatuan ini - ada yang telah berjuang sedari awal silat cekak ini dizahirkan semula oleh Almarhum Ustaz Hanafi Hj Ahmad.

Malang sungguh, tiada maklumat yang ditemui semuanya berdiam diri sahaja seperti tiada apa yang berlaku di dalam persatuan.

Tiba-tiba peluang datang untuk terus dapatkan maklumat dari orang yang dituduh itu sendiri, iaitu Abg Mad sendiri di dalam satu majlis ijazah di sebuah IPT sekitar ibu kota. Seperti orang mengantuk disorongkan bantal, tanpa diminta Abg Mad sendiri memberi ceramah berkenaan dengan isu-isu semasa.

"Saya sedang di fitnah sekarang ini", katanya.

Tapi penjelasannya pada malam itu adalah dalam versi yang berbeza dari apa yang saya dengar sebelum ini dari rakan-rakan lain yang juga mendengar sendiri dari mulut Abg Mad dalam satu majlis yang lainnya.

Adakah Abg Mad benar-benar telah difitnah? Ataukah dia sendiri yang membuat fitnah?

akan disambung......

Anjing yang menyalak biasanya tak menjaga Tuan; Anjing yang berpusing mengeliling Tuan, itulah yang sebenarnya menjaga Tuan.

Read more...

Pak kadok ahli strategi

Telah tahu aku kini, kenapa begitu jadi.
Pak Kaduk bersedia dengan curiga,
Sikunani nama ayamnya..
ayam perkasa yang akan menentang ayam Istana.

Tentu Pak Kaduk merasa rasa,
tentu Pak Kaduk menduga duga,
sendirian Pak Kaduk berkira kira,
boleh kah rakyat mengalahkan raja.

Jika menang ayam ku ini, ya.....
jika menang Sikunani tebal wajah baginda pasti,
sesuatu tentu akan dilakukan,
Ya...tentu sesuatu akan dilakukan demi menjaga maruah Atasan.

Pak Kaduk pun bergegas memakai baju kertas, seluar kertas...

Pak Kaduk ...daulat tuanku ..Bertukar ayamlah kita...Ya ya elok tuanku...elok!!

Pak Kaduk bersetuju dalam keluh bukan dungu tapi patuh.

Sebagai rakyat kecil kampung,
Pak Kaduk boleh menang bersabung,
tapi Pak Kaduk kena terima sebarang kehendak pihak istana...
lawan...lawan...lawan...

Sikunani tetap menjadi juara,
bererti menang pihak raja
Pak Kaduk berlagak ria,
tidak menunjuk sebak di dada
tidak tergambar duka nestapa.

Dia lalu bertindak cergas, melompat dan bersorak keras
Terkoyak lah baju dan seluar kertas, seluruh tubuh terpamer jelas.

Hanya itu sahaja yang boleh dilakukan dan memang itu dalam rancangan..

Jika aku ditindas Sultan , senjata sulit aku tunjukkan..

Tuan tuan dan puan puan, Pak Kaduk ahli strategi dia bijak dan berani.

(diadaptasi dari puisi sasterawan Prof Rahman Shaari UM)

Read more...