MR vs RM

2006/10/31

(Mad Radhi vs Ringgit Malaysia)

Pak Kaduk sebenarnya telah dihujani banyak email yang memberi maklumat kepada Pak Kaduk untuk siaran di dalam ruangan Pak Kaduk ini. Sebenarnya Pak Kaduk tidaklah menyangka bahawa ramai yang mengikuti secara dekat tulisan-tulisan yang Pak Kaduk paparkan. Pak Kaduk terpaksa akui bahawa banyak perkara yang Pak Kaduk tidak ketahui, tetapi telah disampaikan kepada Pak Kaduk untuk siaran oleh agen-agen bawah tanah. Biasanya Pak Kaduk akan memastikan dahulu melalui Jabatan Penyiasatan Pak Kaduk tentang apa-apa perkara yang telah di terima oleh Pak Kaduk. Pak Kaduk perlu memastikan kesahihan berita tersebut sebelum disiarkan. Oleh yang demikian, kebanyakan berita yang disiarkan oleh Pak Kaduk adalah berita yang ada ‘isi’ dan telah dipastikan kesahihannya. Oleh itu para pembaca yang dihormati sekelian tidak perlulah merasa curiga ataupun syak wasangka. Walaubagaimanapun, negara ini adalah negara demokrasi, masing-masing bebas membuat andaian dan intepretasi masing-masing. Pak Kaduk tidak memaksa sesiapapun untuk mempercayai cerita Pak Kaduk. Namapun Pak Kaduk kan? Tetapi Pak Kaduk ini Pak Kaduk moden, Pak Kaduk yang pakar strategi, jadi faham-faham sajalah….

Pak Kaduk sebelum ini ada menyentuh tentang perkara BERANI. Berani kerana Allah. Ada perumpamaan yang menyebut ’Berani kerana benar, takut kerana salah’. Pada Pak Kaduk le, perumpamaan tersebut membawa pengertian yang amat besar. Kalau kita tidak salah, kenapa perlu kita takut? Kita perlu berani. Inilah pokok cerita kepada perkara yang berlaku ke atas Mad Radhi sekarang. Kalau Mad Radhi tidak salah, kenapa takut nak pergi kerumah Asnawi pada saat dan ketika beliau mengetahui yang kononnya beliau difitnah? Kenapa Mad Radhi amat berhati-hati untuk bercerita dengan Amruddin sehingga membuat perjumpaan tergempar dengan juak-juak beliau untuk menyusun cerita rekaan beliau? Kalau beliau berani kenapa menggunakan Mak Teh untuk mempertahankan beliau semasa mesyuarat MMT? Kenapa menggunakan adik-beradik beliau ? Kenapa menggunakan juak-juak beliau? Kenapa menggunakan isteri dan anak-anak beliau untuk menagih simpati? Kenapa beliau mengambil masa yang lama untuk memaklumkan kepada Exco Tertinggi MMK? Kenapa....kenapa.....dan kenapa.....????. Jawabnya sebenarnya Mad Radhi seorang pengecut! Beliau amat takut apabila perbuatan beliau sudah tidak boleh ditutup lagi. Bangkai yang busuk walaupun ditutup rapat supaya tidak boleh dilihat orang, tetapi bau busuknya tidak dapat dihindarkan walaupun di sirami bertan-tan minyak wangi. Mad Radhi lupa bahawa bau busuk itu tidak boleh ditutup. Mad Radhi dari seekor ’Harimau Belantara’ menjadi seorang bapuk yang amat sopan santun sekarang. Cuba menunjukkan kealiman dan keperibadian mulia. Cuba berlakon dengan cara pijak semut pun tidak mati. Cuba berlagak baik di hadapan orang ramai dan pengikut beliau , tetapi dibelakang, lain pula perwatakannya.

Beralih kepada topik yang baru, apa yang Pak Kaduk cuba sampaikan kali ini adalah tentang kerakusan Mad Radhi terhadap wang ringgit. Betapa kecintaan beliau terhadap RM ini amat tinggi dan beliau amat terpersona dengan bau dan longgokan RM ini. Kecintaan beliau terhadap RM ini melebihi dari cinta beliau terhadap perjuangan yang dibawa oleh ayahanda beliau sendiri, melebihi rasa cinta dan kasih terhadap ibu bapa beliau, isteri dan anak-anak serta sekelian murid yang ada. Begitulah cinta dan kasihnya beliau terhadap RM ini. Oleh itu buatlah apa saja program dan aktiviti, kalau ada habuan berupa RM ini, Mad Radhi akan sanggup meredah hutan belantara , mengharungi onak dan duri, menuruni lembah dan mendaki gunung setinggi manapun asalkan ada RM nya. Tetapi kalau tidak ada RM sebagai pulangan, mukanya masam mencuka, semua yang dibuat tidak kena, memberi alasan sebok, mak mertua datang ke rumah, bini tak sihat, kaki sakit sebab ada penyakit kencing manis dan sebagainya adalah lumrah yang didengari. (Bercakap tentang kencing manis ini, Pak Kaduk teringat kata-kata Mad Radhi sendiri tentang penyakit tiga serangkai iaitu sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi, kalau sesiapa da penyakit ini, maka orang itu ada penyakit roh. Namun Pak Kaduk mendapat tahu yang Mad Radhi ada penyakit kencing manis yang agak kronik dengan kadar kandungan gula dalam darah sekitar 11 – 12 mmol/L. Amat tinggi jika dibandingkan dengan kadar biasa iaitu sekitar 6.0 mmol/L. Sebelum ni Pak Kaduk dengar kadar gula Mad Radhi mencapai setinggi 22mmol/L. Teruk kes Mad Radhi ni. Nak jadi cerita, beliau mendapat tahu ada penyakit tersebut selepas beliau pulang dari mengerjakan Umrah pertama pada tahun 2003. Dengar kata semasa mengerjakan Umrah tersebut, Mad Radhi suka minum air mangga yang pekat dan sangat manis. Bergelas-gelas ditunggang oleh beliau. Jadi apa kenyataan yang Mad Radhi boleh buat sekarang ini tentang penyakit beliau? Beliau sekarang tidak suka dengar orang bercakap bab penyakit roh tersebut. Pak Kaduk nasihatkan kepada juak-juak beliau supaya jangan dibangkitkan isu ini, nanti sia-sia kena lempang dengan Mad Radhi sepertimana yang telah berlaku di HUKM tempohari) .

Dalam masa 13 tahun pemerintahan Mad Radhi, beliau telah mengumpul sebilangan harta seperti kereta mewah, rumah dan juga telah mengumpulkan sebahagian RM di dalam bank dan juga simpanan lain-lainnya. Mad Radhi sekarang ini mempunyai wang simpanan yang agak banyak namun begitu beliau selalu berlakon kononnya beliau tidak ada wang. Dengan harapan ramailah anak-anak murid tampil untuk menderma kepada beliau. Hatta juak-juak beliau sendiri sebenarnya tidak tahu jumlah simpanan Mad Radhi ini. Mengikut siasatan oleh Jabatan Siasatan Pak Kaduk, adalah diketahui bahawa simpanan Mad Radhi dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) sekarang ini adalah sekitar RM200,000.00 (jumlah maksimum yang boleh di carum) dan sekitar hampir RM100,000.00 lagi dalam simpanan bank. Anggaran jumlah yang Mad Radhi ada sekarang ini sekitar RM300,000.00 dalam bentuk wang tunai. Adakah Mad Radhi tidak ada wang? Bukanya tidak ada wang, tetapi belum cukup. Maklumlah beliau amat cinta dan kasih kepada RM ini melebihi segala-galanya. Beliau amat suka melihat wang beliau bertimbun di dalam bank. Dan jumlah ini masih belum mencukupi lagi untuk beliau. Beliau perlu lebih lagi…….

Itu dari segi wang tunai, bagaimana pula tentang harta-harta Mad Radhi yang lain? Setakat yang Pak Kaduk tahu, Mad Radhi ada satu rumah di Johor yang sekarang ini disewa oleh ‘anak murid sesudu’ beliau iaitu saudara Helmi. Adalah diketahui umum bahawa, si Helmi ini walaupun menyewa rumah tersebut, tetapi sudah bertahun tidak membayar sewa kepada Mad Radhi. Apa yang Mad Radhi boleh buat? Nak di halau nanti apa orang kata. Takut pula nanti si Helmi ni pecahkan pula banyak rahsia beliau. Bukankah Mad Radhi dan si Helmi ni ‘dalam aliran yang sama’ semasa Mad Radhi berada di Johor dahulu, hatta hingga sekarang pun!. Rumah kedua beliau adalah rumah yang dibeli dari Mohd Daud yang Mad Radhi duduk sekarang di Taman Melawati. Rumah tersebut dibeli dari Mohd Daud secara paksaan yang halus supaya Mohd Daud melepaskan rumah tersebut. Sebenarnya sebelum ini Mad Radhi hanya menyewa dari Mohd Daud dengan sewa bulanan sekitar RM650.00 (Nilai tersebut di bawah harga pasaran. Malah bayaran bulanan kepada bank yang perlu dibuat oleh Mohd Daud adalah sekitar RM800 lebih. Inilah yang dinamakan pengorbanan seorang anak murid kepada gurunya). Mengikut maklumat yang diterima oleh Pak Kaduk, harga rumah tersebut dibeli secara paksa oleh Mad Radhi dari Mohd Daud dengan harga RM180,000.00 (Harga ini di bawah harga pasaran. Nilai anggaran pasaran adalah sekitar RM220,000.00, Satu lagi tanda pengorbanan anak murid terhadap guru. Pak Kaduk takut banyak sangat pengorbanan sampai dijadikan korban nanti!) . Kenapa Mohd Daud jual pada harga dibawah nilai pasaran? Ini kerana Mohd Daud seorang yang taat kepada Mad Radhi pada ketika itu , sebab itu dijual pada harga yang murah. Sekarang ni Pak Kaduk dengar Mohd Daud sudah dituduh sebagai pengkianat oleh Mad Radhi dan juak-juak beliau.....

Satu soalan cepu mas yang perlu Pak Kaduk tanya iaitu atas nama siapakah rumah di Taman Melawati ini didaftarkan? Percaya atau tidak bahawa seorang lagi insan yang menjadi penyokong setia Mad Radhi dengan nama Tuan Hj Mohd Nasir Abdullah, Bendahari cawangan Negeri Terengganu adalah salah seorang penama selain nama Mad Radhi sendiri. Ini juga kes berkorban untuk guru. Nama Tuan Haji Nasir Abdullah ini terpaksa digunakan kerana nama Mad Radhi seorang ’tidak lepas’ untuk memohon pinjaman bank. Makna kata, rumah tersebut didaftar atas dua nama iaitu nama Tuan Hj Nasir Abdullah dan juga Mad Radhi. Pinjaman bank juga adalah atas dua nama tersebut. Dimanakah pinjaman bank dibuat? Pinjaman tersebut dibuat di Standard Chartered Bank. Siapa yang menguruskan pinjaman tersebut? Tidak lain tidak bukan saudara Abdul Azman bin Johan yang menjadi pengurus di bank tersebut. Siapakah peguam yang menguruskan hal pembelian rumah tersebut? Tidak lain tidak bukan Tetuan Azlan Shah Sheikh ..... Berapakah kos peguam yang perlu dibayar oleh Mad Radhi kepada tetuan Azlan Shah ... ? Sekitar RM5,000 lebih. Sudahkan Mad Radhi membayarnya? Jawapannya belum lagi. Mungkin Mad Radhi terlupa kot atau buat-buat lupa supaya kemudian hari dihalalkan. Siapakah juak Mad Radhi yang berlari kehulu ke hilir untuk menyelesaikan urusan pembelian rumah tersebut? Tidak lain tidak bukan sdra Frankie yang dikasihi......

Sambung lagi....

Read more...

Apakah keterangan Mad Radhi kepada team Penyiasat? Siri 7 (akhir)

2006/10/30


Latarbelakang, analisa dan kesimpulan keterangan Mad Radhi bagi kes mencabul kehormatan

Kita telah dapat mengikuti keterangan yang diberikan oleh Mad Radhi kepada team penyiasat yang dipengerusikan oleh Tuan Hj Yahaya Abdul Rahman pada malam 4 Julai 2006. Kita juga tahu melalui kronologi rasmi persatuan bahawa sebelum Mad Radhi hadir memberi keterangan, beliau telah menghantar juak-juak beliau untuk berjumpa dengan Md Nasir untuk merayu supaya penyiasatan ini dihentikan dan diselesaikan dengan cara lain. Pak Kaduk juga telah mendapat tahu bahawa Mad Radhi juga telah menggunakan abang beliau iaitu Jamaluddin untuk berjumpa dengan Amruddin Buang untuk merayu supaya penyiasatan yang sedang dijalankan oleh team penyiasat dihentikan. Namun apa yang boleh kedua-dua Naib Presiden tersebut buat? Keputusan penubuhan team penyiasat adalah keputusan MMK dan dipersetujui secara sebulat suara. Malah-malah juak-juak Mad Radhi yang menganggotai MMK pada waktu itu juga sangat bersetuju dengan penubuhan jawatankuasa penyiasat dan menyokong keputusan MMK tersebut. Oleh itu mana mungkin perkara tersebut dihentikan begitu sahaja dengan keputusan individu tertentu? Mad Radhi dan juak-juak beliau ni tak pergi sekolah ke? Benda kecik macam ni pun tak tahu!

Pak Kaduk juga mendapat maklumat bahawa semasa siasatan di jalankan, Mad Radhi telah banyak kali mengganggu ahli jawatankuasa penyiasat dengan cara menghantar SMS kepada mereka untuk mempengaruhi mereka-mereka ini supaya berpihak kepada beliau. Malah SMS yang di hantar ada yang bebaur ancaman dan ugutan. Rekod SMS ini masih disimpan kemas oleh semua mereka yang terbabit sebagai bukti sahih bahawa Mad Radhi telah mengganggu proses penyiasatan dan cuba mempengaruhi ahli team penyiasat.

Antara mereka yang sering diganggu adalah Md Daud Sutan, Tengku Azlina dan Roslan Rashid. Azhar Ali tidak menjadi ’budak jahat’ kepada Mad Radhi kerana apa-apa maklumat yang diperolehi semasa soal siasat daripada saksi-saksi terus dilaporkan secara langsung oleh Azhar Ali kepada Mad Radhi. Walaubagaimanapun, Azhar Ali sentiasa juga diganggu dan diumpan oleh Mad Radhi, dengan kata-kata bahawa, sebagai Guru, takkan beliau tak boleh tahu langsung tentang maklumat yang diperolehi oleh team penyiasat. Ini membuatkan Azhar Ali menjadi serba salah. Semua orang tahu bahawa Azhar Ali dilantik sebagai KPS bukan atas sebab kebolehan beliau, tetapi kerana beliau adalah kroni Mad Radhi. Azhar Ali adalah jenis yang lembab dan tidak cerdik dalam mencatur strategi. Mad Radhi selalu mempersendakan beliau di hadapan juak-juak yang lain. Oleh itu Azhar Ali ini, walaupun memegang jawatan kanan di dalam persatuan, tetapi tidak mendapat penghormatan yang sewajarnya oleh juak-juak Mad Radhi. Beliau sentiasa dipersendakan sehingga hilang rasa hormat juak-juak Mad Radhi terhadap beliau. Beliau juga amat takut kepada Mad Radhi kerana Mad Radhi mempunyai ramai juak-juak yang sentiasa mengacau dan menganggu melalui SMS dan sebagainya.

Azhar Ali yang berjawatan KPS juga ’dikudakan’ oleh Mad Radhi untuk membuat kerja-kerja peribadi seperti menghantar kereta Mad Radhi untuk servis , membayar bil-bil, mengambil anak sekolah sebagainya. Begitulah Azhar Ali yang lurus bendul dalam hal-hal berkaitan pentadbiran dan berpersatuan sehingga dipergunakan oleh Mad Radhi dan juak-juaknya. Contoh yang paling kelakar ialah apabila seorang juak Mad Radhi yang tiada apa-apa jawatan dan masih ’hingusan’ boleh mengarahkan Azhar Ali mengambil anak Mad Radhi balik dari kelas tuition! Oleh itu tidaklah kita terkejut apabila mendapat tahu bahawa ada surat yang dikeluarkan oleh Azhar Ali atas jawatan KPS yang mempertikaikan keputusan MMK dan mengatakan MMK tidak sah tetapi pada masa menggunakan jawatan KPS (yang dikatakan oleh beliau sendiri sebagai tidak sah) untuk mengeluarkan surat tersebut. Semua orang mengetahui bahawa surat yang ’tidak cerdik’ itu dikarang oleh orang lain dan Azhar Ali hanya menurunkan tandatangan beliau sahaja. Inilah contoh yang paling sahih bahawa beliau tidak bijak dan boleh dikudakan.

Berbalik kepada kes Mad Radhi, sebagai tertuduh dan orang telah berehat dari jawatan Presiden, beliau tidak sepatutnya mengganggu proses penyiasatan yang sedang berjalan. Tapi apakan daya, Mad Radhi menjadi semakin ’meracau’ apabila banyak rahsia beliau dibongkar sedikit demi sedikit. Beliau yang pada mulanya amat mempercayai team penyiasat sudah rasa tidak tenteram dan sebaliknya mula menuduh team penyiasat tidak amanah kerana menceritakan kes tersebut kepada orang lain. Beliau juga sudah merasa bahangnya apabila kebanyakan maklumat dan keterangan yang diperolehi sudah tidak menyebelahi beliau. Malah abang beliau sendiri, Mokhtaruddin telah membuat kenyataan bahawa kes ini tidak berpihak kepada Mad Radhi. Oleh kerana terdesak dan semakin tertekan, Mad Radhi akhirnya menggunakan taktik kotor dengan memburuk-burukkan peribadi semua team penyiasat, semua saksi-saksi dan juga kepimpinan yang ada. Pada Mad Radhi, semua orang yang tidak menyebelahi beliau mempunyai peribadi yang buruk termasuklah kedua-dua Naib Presiden iaitu Amruddin dan Md Nasir. Walaupun beliau banyak kali menyebut bahawa sebagai guru beliau tidak akan membuka rahsia anak murid, namun hakikatnya, beliaulah yang mencanang banyak cerita-cerita peribadi anak murid yang direka-reka oleh Mad Radhi kepada juak-juak beliau.

Oleh kerana tiada jalan dan helah lain yang dapat dikemukakan, maka Mad Radhi terpaksa hadir dan memberi keterangan kepada jawatankuasa penyiasat seperti mana yang diminta oleh jawatankuasa tersebut. Harus diingat bahawa beliau adalah individu yang terakhir yang memberi keterangan setelah semua saksi-saksi yang dipanggil telah memberi keterangan. Dalam keterangan yang diberikan oleh Mad Radhi, beliau telah mengaku menelefon cik xxx , menanyakan samada kedua ibu bapa cik xxx ada di rumah atau tidak, kemudian dalam masa lima (5) minit selepas menelefon, Mad Radhi telah pun tercegat di hadapan rumah cikk xxx. Beliau juga mengaku memicit kepala cik xxx dan telah memegang buah dada cik xxx (kononnya atas tarikan tangan oleh cik xxx). Selepas minum air, Mad Radhi pun pulang. Ini adalah pengakuan Mad Radhi. Soalannya ialah, benar atau tidak peristiwa mencabul itu berlaku? Jawapannya ialah MEMANG BENAR peristiwa mencabul kehormatan ini berlaku sepertimana pengakuan yang dibuat oleh Mad Radhi. Boleh kah kes ini dikatakan fitnah? Bagaimana nak dikatakan fitnah lagi kalau peristiwa mencabul ini benar-benar berlaku!

Namun Mad Radhi dalam keterangan beliau telah memberi berbagai alasan 'yang tidak cerdik' untuk menutup perbuatan beliau. Berdasarkan keterangan beliau, Pak Kaduk membuat sedikit ringkasan seperti berikut:

1- Pada 10 March 2003, sekitar selepas sembahyang Jumaat, Mad Radhi telah menelefon cik xxx yang tinggal berseorangan di rumah pada waktu itu dan menyatakan yang beliau hendak datang ke rumah cik xxx. Mad Radhi tidak menyatakan apakah tujuan beliau hendak datang ke rumah cik xxx pada waktu tersebut.

2- Selepas lima (5) minit menelefon cik xxx, Mad Radhi telahpun berada di hadapan rumah cik xxx. Beliau memberi salam sebanyak dua (2) kali sebelum cik xxx datang ke depan rumah dan MEMBUKA pintu. Walaupun sebelum itu Mad Radhi menyatakan bahawa gate, pintu grill dan pintu kayu rumah cik xxx terbuka. Kalau Mad Radhi mengatakan bahawa semua pintu telah terbuka, kenapa pula cik xxx dikatakan oleh Mad Radhi membuka pintu selepas beliau memberi salam? – KETERANGAN BERCANGGAH-1 / BOHONG


3- Sewaktu sampai Mad Radhi menyatakan beliau melihat ada tiga orang budak di LUAR KAWASAN pagar. Kemudian apabila disoal balas, Mad Radhi mengatakan tiga (3) budak itu berada di DALAM KAWASAN pagar sedang duduk-duduk. Namun selepas di soal siasat seterusnya, Mad Radhi mengatakan budak-budak itu berada di LUAR KAWASAN pagar pula. Mana satu yang betul? – KETERANGAN BERCANGGAH-2

4- Mad Radhi mengatakan beliau tidak melakukan apa-apa yang tidak elok, hanya memicit kepala cik xxx sekejap, minum air suam dan kemudian beliau pulang. Namun apabila disoal siasat, Mad Radhi mengaku pula bahawa semasa memicit kepala cik xxx, tangan beliau di tarik oleh cik xxx ke buah dada cik xxx.. – KETERANGAN BERCANGGAH-3 / PENGAKUAN BERLAKUNYA PENCABULAN.

# Untuk rekod, peristiwa memegang buah dada ini telah berlaku berdasarkan pengakuan Mad Radhi sendiri.

5- Mad Radhi mengatakan beliau berada di rumah cik xxx sekejap sahaja tetapi pada masa yang sama mengaku berada di rumah tersebut sekitar setengah jam (30 minit). Setengah jam bukanlah satu jangka masa yang pendek. Macam-macam boleh berlaku dalam masa setengah jam! – KETERANGAN BERCANGGAH-4 / BOHONG

6- Mad Radhi mengatakan telah pergi ke rumah Asnawi pada malam kejadian itu bersama-sama dengan isteri beliau kerana beliau berkata beliau tidak bersalah. Tetapi pada masa tersebut beliau diketahui berada di Putrajaya kerana menghadiri persiapan majlis sambutan hari tenaga pengajar dan mesyuarat agung. – KETERANGAN BOHONG


7- Mad Radhi mengatakan beliau tidak tahu menahu tentang cerita mencabul kehormatan cik xxx ini sehinggalah dimaklumkan oleh Mohd Daud kepada beliau pada 16 March 2006. Tetapi berdasarkan perkara No. 6 di atas, Mad Radhi juga mengatakan bahawa beliau bersama isteri beliau telah pergi ke rumah Asnawi pada malam itu juga (10 March 2006) kerana beliau tidak bersalah (bermakna beliau telah mengetahui perkara ini pada 10 March 2006). – KETERANGAN BERCANGGAH-5 / BOHONG

8- Mad Radhi mengatakan Asnawi datang ke rumah beliau hanya untuk menanyakan samada Mad Radhi ada datang ke rumah atau tidak. Selepas itu Asnawi pulang ke rumah. Namun soal siasat seterusnya Mad Radhi mengaku keluar minum dengan Asnawi di Restoran Haizar, Taman Melawati dan menerangkan apa yang berlaku kepada Asnawi. Secara logiknya, kalau dah pergi keluar minum dan berbincang serta menerangkan apa yang berlaku, bukanlah sekejap namanya. Dan bukanlah Asnawi terus pulang selepas menanyakan soalan samada Mad Radhi ada datang ke rumah atau tidak. - KETERANGAN BERCANGGAH-6 / BOHONG


Selain itu ada beberapa keterangan Mad Radhi yang tidak penting tetapi sengaja ditokok tambah untuk menyedapkan cerita beliau. Antaranya ialah:

1- Beliau hendak beli goreng pisang.
Apa kesudahannya tentang goreng pisang ini? Sampai sudah cerita goreng pisang ini tiada penutupnya. Ada ke Mad Radhi bawa goreng pisang ke rumah cikk xxx pada petang kejadina. Jawapannya tidak ada. Yang ada hanyalah SATU pisang yang belum digoreng yang dibawa oleh Mad Radhi ke sana ke mari!

2- Beliau lihat ada tiga gelas air.
Apa signifikasinya dalam cerita ini? Tidak ada, hanya rekaan dan fantasi Mad Radhi. Mungkin hendak mengaitkan dengan tiga orang budak di luar rumah. Tetapi jalan ceritanya tidak tersusun dan ini menambahkan keraguan tentang kesahihan cerita beliau. Dalam hal ini, beliau dilihat sengaja menokok tambah cerita supaya dapat menimbulkan keraguan terhadap cik xxx. Walaubagaimanapun, beliau tidak mempunyai asas untuk mengatakan begitu. Cerita beliau hanya tergantung begitu sahaja.

3- Perangai cikk xxx tidak elok
Ini helah Mad Radhi untuk memburukkan peribadi cik xxx. Sebenarnya orang yang berperibadi buruk adalah orang yang pergi ke rumah orang lain diwaktu ketiadaan kedua ibu bapa dan mencabul anak dara orang seperti yang dilakukan oleh Mad Radhi. Bukannya cik xxx yang sememangnya berada di rumah pada waktu itu. Tidak ada alasan langsung untuk Mad Radhi untuk berada di rumah cik xxx pada masa tersebut kecuali dengan NIAT untuk melakukan sesuatu yang tidak senonoh.

4- Mad Radhi acapkali mengatakan 'tidak ingat' , tidak perasan' dan 'tak tahu'

Banyak kali Mad Radhi menjawab tidak ingat, tidak perasan mahupun tidak tahu apa bila disoal siasat oleh team penyiasat. Mana mungkin beliau yang menjadi pelakon utama dalam kes ini boleh tidak ingat dan tidak perasan. Apatah lagi perkara-perkara yang beliau katakan tidak ingat itu adalah perkara utama . Contohnya beliau tidak perasan pekul berapa beliau pergi ke rumah cik xxx (tetapi beliau ada mengatakan selepas sembahyang Jumaat). Tetapi sebaliknya beliau amat mengingati perkara yang remeh seperti goreng pisang, bilangan gelas dan sebagainya. Adalah jelas Mad Radhi berbohong dan cuba mereka-reka cerita.


Kesimpulan

Perkara utama yang dapat disimpulkan dari keterangan Mad Radhi ini ialah beliau mengaku melakukan perbuatan tidak senonoh iaitu mencabul kehormatan cik xxx semasa ketiadaan kedua ibu bapa cik xxx di rumah. Berdasarkan pengakuan tersebut, adalah jelas bahawa tuduhan terhadap beliau mempunyai asas yang kukuh dan bukanlah satu fitnah seperti yang dicanang oleh juak-juak Mad Radhi.

Berdasarkan keterangan Mad Radhi juga, Pak Kaduk boleh menkategorikan keterangan beliau seperti berikut:

1- Keterangan yang bercanggah
2- Keterangan tidak benar (berbohong)
3- Keterangan rekaan (fantasi)

Mad Radhi mengetahui bahawa beliau berbohong. Tetapi beliau mungkin memikirkan bahawa beliau telah berjaya menyakinkan semua team penyiasat bahawa beliau bercakap benar dan beliau sebenarnya tidak bersalah. Dalam hal ini, berdasarkan keterangan oleh Mad Radhi sendiri, Pak Kaduk tidaklah berkata Mad Radhi bersalah atas tuduhan mencabul kehormatan tetapi Pak Kaduk amat pasti Mad Radhi BERBOHONG kepada team penyiasat. Apakah Mad Radhi fikir bahawa beliau telah berjaya memperdayakan semua ahli jawatankuasa penyiasat? Sebenarnya Mad Radhi SILAP BESAR. Team penyiasat bukanlah bodoh seperti Mad Radhi. Persoalannya kenapa Mad Radhi berbohong? Jawapannya amatlah mudah iaitu kerana MAD RADHI SEMEMANGNYA MELAKUKAN PERBUATAN TERKUTUK TERSEBUT, sebab itu beliau berbohong untuk menutup pekung beliau.

Kalau beliau tidak melakukannya, kenapa beliau perlu berbohong? Pak Kaduk tidak hairan apabila team penyiasat membuat kesimpulan ’bahawa ada asas yang kukuh peristiwa mencabul ini berlaku’ serta Pak Kaduk juga tidak hairan kenapa Jawatankuasa Penghakiman berpendapat bahawa Mad Radhi BERSALAH ATAS DAKWAAN MENCABUL KEHORMATAN ini !!! Bukannya susah hendak membuat keputusan kalau beginilah caranya Mad Radhi memberi keterangan. Kata orang ’sudah terang lagi bersuluh....’

Harus diingat keterangan yang diberikan oleh Mad Radhi adalah keterangan bersumpah. Namun keterangan bersumpah beliau banyak percanggahan. Jika keterangan bersumpah pun beliau boleh memusingkan fakta apa lagi yang hendak dipercayakan tentang cakap-cakap Mad Radhi ni...?

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama,
Ustaz Hanafi pergi meninggalkan haruman sejati, Mad Radhi pula menaburkan tahi yang busuk lagi meloyakan untuk ditelan oleh ahli keluarga Ustaz Hanafi sendiri...!!!




TAMAT

Nota:

# Pak Kaduk ingin mencadangkan kepada jawatankuasa pusat supaya diedarkan saja video keterangan Mad Radhi ini kepada semua ahli. Biar mereka membuat analisa sendiri tentang keterangan oleh Mad Radhi. Tak payah nak pening kepala. Kalau hendak dijual pada harga RM21.00 sekeping (seperti harga CD umrah yang dijual oleh juak-juak Mad Radhi) pun boleh juga untuk tabung khas yang dinamakan TABUNG BENCANA MAD RADHI….

# Pak Kaduk juga ada terperasan bahawa jari kelingking tangan kiri Mad Radhi rupanya ’cengkoi’ sikit nampaknya. Tidaklah Pak Kaduk perasan selama ini sehinggalah Pak Kaduk menonton video tersebut. Kepada yang belum berpeluang menyaksikannya, cuba-cubalah usahakan. Manalah tau kalau ada rezeki...

Read more...

BERSIFAT BERANI DEMI KERANA ALLAH

2006/10/28


Selamat hari raya Pak Kaduk ucapkan kepada semua rakan rakan, selamat kembali ke rumah masing masing dengan selamat dan selamat bertugas kepada yang dah mula bertugas, macam Pak Kaduk lah juga. Kepada yang masih lagi bercuti, bercuti lah sepenuh nikmatnya sebelum masa sibuk kita kembali dan tidak diketahui bila lagi waktu rehat kita akan kembali.

Sebenarnya Pak Kaduk sedang menulis apa yang telah Pak Kaduk janjikan tempoh hari ia itu berkenaan dengan Analisa dan kesimpulan keterangan Mad Radhi, tapi Pak kaduk berhenti sekejap kerana ada tugasan diluar sana dan sekembalinya Pak Kaduk ke meja kerja ilham menulis Sifat Berani ini datang jadi Pak Kaduk pun berhentilah menulis berkenaan dengan Analisa tersebut kerana untuk menulis analisa ini Pak Kaduk kena lah juga berhati hati supaya tidak dikatakan mendahului dari yang Maha Mengetahui, Pak kaduk sedar dengan izin Nya lah Pak Kaduk mampu melakukan sesuatu saperti sekarang ini, dan dengan Nur Nya yang di pinjamkan membuatkan Pak Kaduk boleh menulis untuk memberi maklumat sejelasnya kepada rakan rakan diluar sana supaya tidak di belengu dengan ketaksuban melampau, semoga rakan rakan diluar sana boleh berfikir dan bertindak dengan bijak sana, supaya anak cucu kita tidak menistakan diri kita bilamana kita masih mempertahankan seorang GURU yang telah hilang sifat GURU, sama saperti mengambil seorang penjenayah menjadi pemimpin maka akan hancur lah masa depan pengikut pengikut nya.

Sejarah Islam banyak memaparkan bagaimana pemimpin Islam seperti Muawiyah Abi Sufyan yang pada awalnya menggunakan Bani Umayyah untuk kepentingan Islam, tetapi kemudian menjadikan Islam sebagai alat untuk kepentingan Bani Umayyah. Ini kemudian ditiru oleh Bani Abbasiyah yang juga bertindak seperti Muawiyah, yang mana Bani Abbasiyah turut menggunakan Islam untuk dijadikan alat kepentingan golongannya dan di ketika ini didalam kumpulan yang kecil saperti Persatuan Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia kita ada Mad Radhi yang telah dilucutkan jawatan dan status GURU nya, yang turut menggunakan status GURU dan Islam untuk kepentingan golongannya ( sejak kes cabul hangat di perkatakan, terlalu banyak hadis hadis yang keluar dari mulut mulut mereka, semua dah macam para ulama lah pula ).

Saperti kata kata seorang juak Mad Radhi kepada Pak Kaduk di pertemuan tempoh hari ..

“ Cuba kau fikirkan takkan lah Guru utama yang dah buat kerja kerja Umrah berkali kali nak buat perkara tak senonoh macam tu”

Jawapan Pak Kaduk mudah sahaja..

“ Pelacur dan bapak penyangak pun ada juga yang pergi Umrah, apa ada hal ? ”

Saperti akiviti membawa duit 1 Riyal memusing Ka’Bah agar bila duit itu diletakkan didalam dompet duit maka pemilik tidak akan mengalami masalah kewangan, ini mana punya fahaman karut? Sedangkan kita sedia maklum upacara tersebut adalah bertentangan dengan syariat Islam kerana Islam mengajar umatnya berusaha dengan potensi dan keupayaan pancaindera yang ada di samping tenaga dan akal untuk mencari rezeki..

Jadi Pak Kaduk maklumkan bahawa niat kita untuk kerjakan Umrah tu kena betul, kalau setakat pergi Melancung @ Ziarah dan bukan kerana Ibadat ramai orang boleh buat.

Kembali kita kepada topik asal ia itu Sifat Berani, Pada zaman Rasulullah SAW, umat Islam dikenali sebagai umat yang kuat, umat yang gagah perkasa, berani serta tidak takut pada peperangan dan kematian. Umat Islam pada ketika itu mampu melawan pihak musuh walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan. Dengan berbekalkan keberanian yang berdasarkan iman dan takwa, akhirnya umat Islam boleh berjaya dan menang menentang musuh. Sebenarnya konsep bersifat berani amat luas, ia tidak hanya terbatas kepada bersifat berani dalam medan peperangan sahaja, bahkan dalam pelbagai bentuk yang lain.

Masa kini, kita dapat lihat tidak ramai yang berani menegur kesalahan orang lain terutama jika sesaorang itu memegang sesuatu jawatan besar saperti kita sekarang ini Guru Utama. Sebenarnya kita turut bertanggungjawab untuk menegah perbuatan jahat dan munkar dari terus berlaku. Jangan kita biarkan kesesatan semakin bermaharaja lela, kerana itu walaupun kita terasa tidak mampu untuk menegah perbuatan-perbuatan tersebut, kita cuba cari jalan lain supaya melaporkannya kepada pihak yang berkuasa. Janganlah kita ambil sikap tidak peduli atau sambil lewa akan masalah orang lain, kerana jika dibiarkan berterusan ia boleh menjejaskan nama baik kita sendiri. Dan secara tidak langsung kita seolah-olah tedha dengan perbuatan-perbuatan tersebut.

Walau bagaimanapun, kita dapati ada orang bersikap berani pada waktu & tempat yang salah dan tidak wajar, berani dalam melakukan perkara maksiat & dosa, berani melakukan perbuatan yang salah dan ditegah dalam Islam, ianya dilakukan tidak lain hanya untuk memuaskan hawa nafsu dan menuruti kehendak syaitan semata-mata. Ini adalah kerana sifat berani itu terbahagi kepada dua bahagian iaitu sifat berani yang dituntut dan sifat berani yang ditegah.

Firman Allah SWT dalam surat AL-Lokman ayat 17 yang bermaksud: Wahai anak kesayangan aku, dirikanlah sembahyang dan suruhlah berbuat kebajikan serta laranglah daripada melakukan perbuatan munkar dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpa. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.

Dari itu sedarlah bahawa terdapat banyak bentuk sifat berani yang harus kita perhatikan terlebih dahulu sebelum dijadikan sebagai perhiasan diri. Pilihlah secara bijak antara sifat berani yang terpuji @ yang tercela, bersifat beranilah kita dalam berjihad, menentang musuh agama, berani demi keadilan dan menentang perkara perkara tahyul dan kurafat serta bersikap berani melawan hawa nafsu.

Janganlah pula kita bersikap berani membuta tuli, tidak mengikut peraturan atau undang-undang, berani kerana membalas dendam, berani menentang kebenaran dan keadilan serta janganlah juga kita berani melakukan kesalahan dan dosa. Dan sesungguhnya kita manusia mempunyai akal dan fikiran, maka sudah seharusnya kita bertindak dengan akal tersebut dan bukannya mengikut kehendak hati dan hawa nafsu semata-mata.
Sekian wa'salam

Read more...

SELAMAT HARI RAYA

2006/10/24

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
BUAT SEMUA WARGA
SILAT CEKAK HANAFI
Semoga di hari yang mulia ini kita peroleh keberkatan, kesedaran dan keinsafan dalam apa sahaja yang kita lakukan.

Read more...

Apakah keterangan Mad Radhi kepada team penyiasat? Siri 6

2006/10/21

sambungan sesi soal siasat
Soalan : Che Mad cerita pasal masalah Cik xxx , boleh tak cerita sikit secara …. Apa masalah Cik xxx ni?

Mad Radhi: Masalah diri dia lah. Masalah … iya lah jiran-jiran komplen pasal dia , perangai macam ni, gini…suka….lah… saya pun malas nak campur bab ni. Hanya saya tolong kan. Dia pun minta tolong saya bila tinggalkan anak dia ni. Tolong-tolong doa untuk apa-apa baca lah sikit. Pasal anak dia ni perangai agak gini... sikit. Ha... itu kita ketika yang meninggalkan anak dia pergi umrah anak dia.

Soalan: Masa Asnawi sampai rumah ....

Mad Radhi: Rumah saya ?

Soalan : Haa... rumah abang Mad, dia ‘call’ terus dia pergi kan...masa tu abang Mad pergi ke pintu terus ke ataupun abang Mad masih dalam rumah?

Mad Radhi: Saya dalam rumah

Soalan: Dalam rumah.

Mad Radhi: aaa… (setuju)

Soalan: Jadi sampai?

Mad Radhi: Orang rumah saya buka pintu.

Soalan: Kak Ita buka pintu?

Mad Radhi: aaa… Kak Ita buka pintu. Dia masuk rumah lah dia bawa yang dia kata dia bagi kat saya tu. Lepas tu saya keluar dengan dia. Pergi minum , lepas tu dia hantar saya balik . Yang ‘last’ dia cakap kat saya tu lah dia , dugaan saya dengan Che Mad melalui anak saya. Itu dia cakap. Dan saya memang saya tak ada marah dia , saya tak ada apa, pasal… saya menceritakan kedudukan dan dia pun tak cerita apa yang anak dia cerita. Anak dia cerita gini…gini.. betul kah Che Mad .. Tak ada. Saya yang bercerita. Dia kata… hanya dia tanya saya , Che Mad ada datang rumah? Itu sahaja . Dan saya tak bohong, saya kata betul. Memang saya ada datang , saya bagi tahu begini…begini… begini…. Itu aje. LEPAS TU PADA MALAM TU PUN SAYA PERGI RUMAH DIA DENGAN ORANG RUMAH SAYA. Tapi dia tak ada rumah. Rumah gelap. Saya pergi. PASAL SAYA RASA SAYA TAK BERSALAH.
(# maknanya Mad Radhi tahu apakah tuduhannya apabila berkata beliau pergi pada malam itu juga. Ini bercanggah dengan keterangan beliau dalam keterangan selanjutnya yang mengatakan beliau hanya mengetahui cerita ini pada 16 March 2006 melalui Mohd Daud. P.S# tolong ingat kenyataan ini dan kita akan rujuk balik kenyataan ini kemudian).

Hanya terdengar cerita yang bukan-bukan ni daripada Che Daud. Itu saya terkejut. Dan saya pun tak ada sangka apa, pasal saya tengok surat Man (Azman Johan) letak jawatan, saya pun tak tahu. Hanya saya telefon dia , saya balik cuti saya tanya, kenapa Man buat macam ni? Kenapa? Baru dia cerita. Apa yang abang Mad buat kat anak sedara saya ? Ehh… saya kata saya buat apa? Baru saya dengar cerita macam-macam. Saya tak tahu. Dan saya tak sangka benda ni lebih daripada tu.

Soalan: Tadi Che Mad ada mengatakan yang Che Mad ada pergi rumah dia tu, malam…hari yang sama ke?

Mad Radhi: HARI YANG SAMA , MALAM tu.

Soalan: Malam tu pada hari yang pada hari yang pada Asnawi datang?

Mad Radhi: Lepas Che Nawi (Asnawi) jumpa saya tu, malam tu saya pergi rumah dia dan saya pusing …..

Soalan: Tapi tak ada lah?

Mad Radhi: Ha... tak ada , gelap. Dan saya pusing sampai rumah Man (Azman Johan). Kot dia pergi rumah Man (Azman Johan), tak ada juga. Saya dengan orang rumah saya.

Soalan: Rumah gelap ke?

Mad Radhi: Haaa... rumah gelap.

Soalan: Tapi Che Mad terfikir tak kemungkinannya lepas anak Che Nawi (Asnawi) cerita dengan dia, ialah mungkin dia tak percayalah. Jadi… jadi mungkin dia nak pastikan samada orang yang buat kat anak dia ni betul ke Che Mad atau orang lain? Jadi tu sebab dia pergi tanya Che Mad lah. Che Mad ada datang ke tak datang . Mungkin dia mengharapkan Che Mad kata Che Mad tak ada datang , mungkin orang lain ke apa. Jadi adakah kemungkinan ini yang … yang kepastian yang dia nak tu? Jadi kalau anak dia cerita tu dan Che Mad juga mengesahkan yang Che Mad ada datang rumah dia, jadi ada kemungkinan memang Che Mad lah yang datang ke rumah. Jadi dia nak mempastikan itu lah. Ada kemungkinan ?

Mad Radhi: Saya tak pasti pulak lah… Hanya dia telefon saya tu , saya tak berapa dengar, hanya dia kata….. telefon handphone dia kata Che Mad ada kat rumah tak. Tapi saya dengar rumah-rumah lah. Saya kata memang ada lah . Jadi saya tak pasti rumah tu rumah dia ke rumah sapa. Tapi memang dia ada datang dia cakap macam tu lah.

Soalan: Tapi dengan….dengan keadaan yang macam tu…hubungan yang begitu rapat , apa maksud umpamanya Cik xxx menceritakan perkara seperti ini umpamanya?

Mad Radhi: Saya tak pastilah…

Soalan: Apa…apa …Che Mad boleh bagi tau kita tak apa tujuan dia pasal…

Mad Radhi: Saya tak pasti lah Che Yahaya..Tak nak cerita pasal….. Saya tak taulah dia punya ni …kan. Apakah tujuan dia, saya pun tak tau , adakah nak ke orang lain ke, saya pun tak pasti. Saya tau tahu Che Yahaya.

Soalan: Kalau….kalau orang perempuan dia buat tujuannya tu umpamanya dia mengharapkan Che Mad nak kawin dengan dia, umpamanya lah.

Mad Radhi: Tapi saya tak tau lah. Tapi dia selalu depan-depan orang rumah saya selalu dia dok puji saya lah. PAK TAM HANDSOME, PAK TAM HANDSOME macam tu lah. Saya pun tak tau kan. Minat kat saya ke, saya tak berani nak cakap lah.
(# orang tua ni dah perasan la ni...!)

Soalan: Tapi masa Che Mad apa.... masa urut picit kepala dia , masa yang tarik tangan... tangan Che Mad tarik nak masuk selok pada tu…. Apa yang abang Mad cakap yang pada masa tu .

Mad Radhi: Saya kata jangan buat macam ni. Haaa... cakap kat dia gitu lah. Jangan buat macam ni , tu saja saya cakap. Saya kata tak baik, jangan buat macam ni. Itu sahaja. Setakat tu sahaja. Lepas tu yang dia kata buat air .

Soalan: Makna selepas tu lah.

Mad Radhi: Haaa… lepas tu.

Soalan: Air yang Che Mad nampak yang ada tu berapa? Berapa gelas?

Mad Radhi: Saya tak tahu. Tapi macam ….tak taulah tapi macam ada air lah dekat….dekat tu meja tu. Saya tak tau lah untuk siapa. Tapi saya tengok lebih daripada tiga (3) lah. Tengok macam air oren.

Soalan: Che Mad tau tak masa tu Asnawi dengan apa Puan Rohaya tak ada kat rumah pada masa tu ?

Mad Radhi: Saya tak pasti lah Che Lan. Kadang-kadang dia tak kerja kan. Kadang-kadang ....selalunya yang angkat telefon tu anak dialah . Tapi kadang-kadang dia tak kerja . Macam tu lah. Kadang ni....saya datang kadang dia ada, kadang dia kerja. Macam tu lah. Tapi saya tak pasti lah kan dia .... Tapi memang dia angkat lah telefon tu.

Soalan: Che Mad tak tanya samada family ada rumah ke tak ada rumah pada masa tu?

Mad Radhi: Saya tak perasan
(# nak bohong lagi dia ni…. Tak perasan apa… memang dah tau family tak ada kat rumah. Kata tak perasan kenapa? Play safe ke?)

Mad Radhi: Saya dah….selalu bila saya bila call macam tu ..memang gitu saya datang macam tu je lah. Saya jarang lah tanya. Tanya yang macam tu kan. Pasal dah kenal rapat kan.

Soalan: Sebab daripada keterangan bersumpah daripada Cik xxx ni, ada beberapa perkara sebenarnya yang dia bagi tahu. Antaranya macam Che Mad suruh Cik xxx baring , kemudian tarik track bottom dia , kemudian lagi satu selok buah dada dia …
(# Mad Radhi tersengeh macam kerang busuk apabila mendengar soalan ini)

Mad Radhi: aaa….. Yang itu saya menafikan. Yang dia tarik tangan tu…ada. Tu ada. Saya tarik balik , tu ada. Tapi tarik ...rebahkan , track bottom, tu tak ada. Demi Allah tu tak ada.

Soalan: Masa....masa.. dia tarik tangan Che Mad ke buah dada tu, dah masuk ke dalam ke atau pun masih tak sampai lagi lah?

Mad Radhi: Dekat sini...dekat sini... (sambil menunjuk ke dada kiri beliau) . Kemudian saya tarik balik.

Soalan: Tapi perkara ni Che Mad, macam Cik xxx ni , dia pernah tak buat kelakuan yang macam tu pada Che Mad, tarik tangan dan sebagainya? Sebelum-sebelum tu lah.. Sebelum daripada insiden tu..

Mad Radhi: Tak tau lah ... jenis salam-salam jenis gitu-gitu adalah kan (sambil menunjukan cara meramas tangan). Salam jenis gitu...gitu adalah kan tapi nak bagi tu tak ada lah. .....Saya pun tak tahu macam jadi nya... pasal saya tak ...saya dah anggap macam anak saya.

Soalan: Tapi sepatutnya Che Mad kena cerita benda ni pada peringkat awal. Kalau benda ni tak berlaku …

Mad Radhi: Tak berlaku macam mana?

Soalan: Tak berlaku yang kata ...selok buah dada , kemudian baringkan tarik track bottom, semua ni.

Mad Radhi: Saya baru tahu...macam ni.. Itu pun saya dapatkan ceritanya daripada Daud. Yang cerita pasal track bottom ni, tarik, terbuka coli ni, saya pun tak tahu.

Soalan: Lebih kurang bila tu abang Mad? Lebih kurang bila masa abang Mad dapat tahu tu?

Mad Radi: Saya tahu tu bila saya telefon Daud ye? (sambil memandang dan menanyakan kepada Mohd Daud).

Mohd Daud: Che Mad telefon saya pada masa saya di Penang.

Mad Radhi: Haa…. Masa di Penang. Pasal Man (Azman Johan ) letak jawatan. Lepas tu saya dengar cerita …Daud cerita dengan saya …cerita gini…gini… . Saya terperanjat. Eh..kenapa pula ada cerita macam ni.

Mohd Daud: Che Mad telefon saya tu pada 16 hb tiga (March), makna pada hari Khamis malam. Che Mad telefon saya pada ketika tu saya di Penang lah. Che Mad menceritakan yang Che Mad telefon Man (Azman Johan) kan? Jadi selepas tu yang saya bagi tau tentang yang perkara ni.
(# sila rujuk semula keterangan beliau sebelum ini yang beliau mengatakan beliau pergo ke rumah Asnawi pada malam itu juga (10 March 2006) sebab beliau berkata beliau tak bersalah. Sekarang beliau berkata beliau tidak tahu perkara ini sehinggalah pada 16 March 2006. Keterangan beliau sangat tidak konsisten!)

Mad Radhi: Saya pun tak tahu. Hanya tadi yang pasal selok tu memang saya terus terang saya kata saya ….saya bab ni saya minta maaf …saya tak sampai hati lah nak cerita. Saya macam tu. Dan bila…..saya..tuan-tuan, saya tak tau, tapi saya sebagai bab macam ni saya nak melebih memikir….walaupun saya kena macam ni, tapi saya masih nak mempertahankan lagi hubungan itu. Itu saya punya prinsip. Mungkin Che Lan (Roslan) bersetuju bercerita, saya tak macam tu. Saya lebih memikir hubungan, sebab tu dengan Mak Teh pun saya tak cerita. Bukan saya takut , tapi saya memikir lebih kepentingan Mak Teh tu sendiri. Dengan mak saya umur dekat dengan macam ni . Saya tak nak kerana saya , dia fikir macam tu .Itu saya punya stail…

Soalan: Tapi benda melibatkan maruah, bila abang Mad tahu 16 hb March 2006 tu, sampai malam ni baru kita tahu version daripada abang Mad sedangkan masa ‘period’ tu kita tak tahu apa-apa.

Mad Radhi: Memang saya tak nak cerita. Dengan Lan (Azlan) pun saya tak nak cerita. Pasal dia tak ada kena mengena dengan benda ni. Hanya saya akan cerita pada benda yang tepat pada waktunya. Sama juga kes Puan yyy, kalau tuan-tuan nak cerita, saya akan cerita pada malam ni. Pasal ni aib bini member. Saya guru, rahsia ada kat saya. Saya tak nak cerita benda macam ni. Saya memikir kalau saya cakap apa akan jadi saya dengan Che zzz. Apa jadi Che zzz dengan Puan yyy. Itu saya banyak saya fikir. Saya fikir kepentingan orang.
( # di kala ini Mad Radhi dah naik angin bila bercakap. Beliau cakap dengan kuat. Mungkin untuk ‘convince’ semua jawatankuasa penyiasat yang ada, termasuk abang beliau Mokhtaruddin).

Soalan: Tetapi kalau benda tu dah sampai…

Mad Radhi: Betul, memang betul Teng (Tengku Azlina), saya setuju . Saya sanggup waktu saya aib begitu, saya tetap nak mempertahankan, tapi ada sampai masa dan tahap dia. Sebab tu saya cerita pada malam ini. Lebih baik. Pasal ditubuh jawatankuasa, OK, ambil tahu. Sebab tu dalam kita menyiasat , menyiasat , TAPI JANGAN AMBIL TERIMA APA-APA, DENGAR DARIPADA SAYA, siasatlah.
(# Mad Radhi ni lebih kurang nak menyakinkan jawatankuasa penyiasat bahawa dia bercakap benar. Sebab itu dia mengatakan jangan percaya orang lain, tetapi percaya kepada beliau sahaja. Ini sudah tidak betul Mad Radhi oiii….)

Soalan : Ye lah, kita punya tanggungjawab macam tu lah Abang Mad, tapi….

Mad Radhi: Itu tanggungjawab saya juga..

Soalan: Tapi sekarang ni, kalau … kita memikirkan kesan kepada persatuan …

Mad Radhi: Tak usah mencerita macam tu lah Lan (Roslan) , saya pun tahu..

Soalan: Ya, masalah sekarang ni kita nak cuba supaya perkara ni dapat diselesaikan.

Mad Radhi: Saya pun macam tu, sebab tu saya bercerita macam ni, saya bercerita dengan Amruddin …dengan….pasai saya memikir benda macam ni. Saya memikir imej, satu dan saya fikir Mak Teh , saya memikir ni semua. Bukan saya tak fikir. Keluarga saya tolak nombor tiga (3). Saya fikir imej persatuan yang kita dah bina, sebab tu benda ni kita selesai macam ni.

Soalan: Itu yang kita …

Mad Radhi: Memang ya. Sebab tu saya berjumpa dengan Amruddin dengan abang nasir, saya berjumpa, saya cerita. Supaya benda ni biar kita buat cara macam ni. Kalau tidak buat apa saya cerita. Sebab tu dengan Mak Teh pun saya tak cerita pasal saya tak nak masalah saya ditanggung oleh Mak Teh. Dengan umur dia, dengan keadaan macam tu. Sebab tu saya bercerita kepada orang yang ada …. boleh….benda ni kita boleh selesai secara keluarga. Sebab tu saya cerita dengan abang Nasir…..saya cerita dengan Amruddin dulu. Apa berlaku .

Soalan: Ada tak abang Mad cerita benda yang sama dekat abang Am pasal….pasal yang …makna dia yang tarik tangan abang Mad pergi ke buah dada dia?

Mad Radhi: Yang tu saya tak cerita….yang tu saya tak cerita. Itu saya bagi tahu saya tak akan cerita. …saya tak cerita. Dengan Lan (Azlan) pun saya tak cerita , dengan…..pun saya tak cerita. Pada malam ni baru saya cerita.

Soalan: Tetapi Che Mad sebagai Guru Utama , Presiden persatuan , patut pergi rumah dia ni seorang, patut Che Mad cepat-cepat keluar lah , kenapa Che Mad duduk dalam rumah tu, berbual dengan dia…?

Mad Radhi: Saya ni Che Yahaya, benda ni betul …saya pun saya cakap saya akui, tapi benda ni saya anggap macam dah keluarga saya . Hubungan saya, orang rumah saya dengan dia orang, anak saya dari segi duit depa, memang tak berkira. Saya anggap macam keluarga saya. Jadi saya tak terlintas langsung nak memikirkan benda-benda yang macam tu. Memang saya rapat , saya bagi tau. Dan memang selalu kami punya….kadang datang rumah , saya pun kadang tidur situ , anak saya pun tidur di situ. Memang rapat, jadi saya tak terfikir sampai ke arah…….saya pun tahu Che Yahaya, rumah orang lain mana saya buat macam tu. Pasal saya fikir pasal rapat. SAYA PUN SEGI HUKUMNYA ORANG TAK ADA RUMAH, SAYA PUN TAHU. Tetapi saya tak terfikir sampai begitu sekali . Haaa… mungkinlah benda tu KESALAHAN SAYA, SAYA PERGI RUMAH ORANG BEGITU . Tetapi saya menganggap pergi rumah orang pasal hubungan saya dan saya tak ada terasa apa . Itu saya tahu. Pasal saya memikir dia punya keakrapan tu. KALAU SAYA NAK BUAT BENDA BAIK SAYA TAK AKAN PERGI BENDA MACAM TU. Saya akan……..ni pintu semua terbuka.
(# apa yang Mad Radhi cakap ni? Dia ni memang mengaku dia nak buat jahat lah bila pergi rumah Asnawi! Cakap dia ni tak ada point, balik-balik kata sebab rapat dan hubungan rapat…tak ada modal lain. Satu lag,i betul ke dia anggap Keluarga Asnawi macam keluarga dia? Setahu Pak Kaduk lah, dengan keluarga adik-beradik Mad Radhi sendiri pun Mad Radhi tak ada buat macam tu. Contoh paling ketara ialah pernahkah Mad Radhi pergi tidur di rumah Mokhtaruddin ataupun di rumah Zainul Abidin selama beliau tinggal di Kuala Lumpur ni? Kalau pernah baguslah. Tetapi kalau tak pernah walaupun sekali, itu satu kemusykilan yang amat patut di kaji. Kenapa pula beliau boleh tidur di rumah Asnawi dan menganggap Asawi dan keluarga Asnawi seperti keluarga beliau sedangkan dengan keluarga adik-beradik beliau sendiripun beliau tidak berbuat begitu. Yang amat terasa dengan perbuatan Mad Radhi ialah Mokhtaruddin. Adakah patut Mad Radhi boleh selalu pergi ke rumah anak saudara beliau (anak Zainul Abidin) di flat Keramat tetapi tidak boleh pergi ke rumah Mokhtaruddin yang ada di flat yang sama? Mokhtaruddin amat berkecil hati dalam hal ini. Kenapa Mad Radhi tidak pergi ke rumah Mokhtaruddin? Jawapannya amat mudah. Mokhtaruddin bukannya orang berada. Nanti Mad Radhi pergi, terpaksa pula hulur dua tiga ketul. Masalah juga tu…. Mad Radhi amat sayang kepada duit beliau. Cubalah tanya Mokhtaruddin, dalam setahun, berapa kali Mad Radhi pergi ke rumah beliau berbanding rumah Zainul Abidin dan anak saudara beliau? Rasa-rasanya hanya sekali setahun itupun semasa sambutan hari raya sahaja! Sedangkan Mokhtaruddin itu abang beliau!)

Soalani: So… secara keseluruhannya Che Mad menafikanlah segala tuduhan …
(# soalan ini ditanya oleh Azhar Ali. Soalan ini kelihatannya untuk membimbing Mad Radhi menjawab soalan jawatankuasa penyiasat. Nampak gayanya Azhar Ali ni masih belum pandai menjadi penyiasat ataupun beliau sengaja mahu menolong Mad Radhi menjawab soalan. Soalan begini tidak harus dan tidak boleh keluar dari seorang anggota penyiasat!)

Mad Radhi: Saya menafikan benda ni macam ni.

Soalan Azhar Ali: Perkara-perkara yang disebutkan Cik xxx itu tidak berlaku kecuali ……….???? (audio tidak begitu jelas )

Mad Radhi: Haaa… tak ada. Itupun saya terkejut dapat berita ni daripada Che Daud mengatakan saya baring dan tambah buka coli, saya terperanjat

(Soal siasat untuk kes pertama iaitu kes mencabul kehormatan Cik xxx berlangsung selama sekitar 40 minit)

Sampai di sini sahaja yang Pak Kaduk dapat tuliskan untuk keterangan yang diberikan oleh Mad Radhi bagi kes pertama iaitu kes mencabul kehormatan cik xxx. Ini kerana penayangan video tersebut hanya sampai di sini sahaja. Yang Pak kaduk dapat rakamkan.

Siri seterusnya Pak Kaduk akan menyiarkan analisa dan kesimpulan Pak Kaduk berdasarkan kepada keterangan yang diberikan oleh Mad Radhi. Oleh kerana beliau merupakan suspek utama, maka keterangan beliau amat penting untuk dibuat analisa. Beberapa kaedah analisa yang boleh dibuat adalah dari segi kesamaan keterangan beliau sendiri. Sekiranya keterangan sama dari mula hingga akhir, maka satu kesimpulan yang boleh dibuat ialah beliau bercakap benar, jika sebaliknya, maka kita boleh membuat kesimpulan bahawa beliau telah berbohong kepada jawatankuasa penyiasat.

Siaran sambungan kes ini akan disiarkan selepas sambutan aidil fitri. Sebabnya Pak Kaduk pun nak balik kampung untuk sambut hari raya dengan anak-anak buah Pak kaduk. Bukan jauh pun, sekitar Selangor je pun… tapi jauh lah juga kalau nak ulang alik KL ni. Apa-apa pun, Selamat Hari Raya Aidil Fitri Pak Kaduk ucapkan, semoga sambutan hari raya ni amat bermakna kepada kita semua. Kepada Mad Radhi, kepada keluarga Mak Teh, keluarga Amruddin, kelurga Asnawi dan semua yang terlibat dalam kes yang berlarutan sehingga masuk ke bulan yang tujuh sekarang ini, bersabarlah. Ini mungkin sebahagian dugaan dan cabaran yang telah tertulis. Pak Kaduk pun tak tahu bila kes ini akan selesai, namun amat berharap ianya dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik untuk kebaikan semua dan Pak Kaduk percaya MMK dan pihak-pihak yang terbabit tahu apa yang mereka lakukan.

Kepada Mad Radhi, mungkin sambutan hari raya kali ini adalah sambutan yang paling tidak boleh beliau lupakan seumur hidup. Beliau pun tak tahu apa yang akan berlaku selepas hari raya nanti. Kita juga tidak tahu. Sama-samalah kita berdoa dan memohon ampun ke hadrat Allah swt, diberi pertunjuk dan hidayah, diberi kekuatan untuk kita meneruskan perjuangan yang telah dimulakan oleh Al Marhum Ustaz Hanafi Hj Ahmad. Namun jika telah tersurat yang perjuangan beliau hanya sampai di sini, itu adalah kehendak dan perancangan Allah swt. Kita tiada kuasa untuk melawannya….
Maaf zahir dan bathin.

Sambung siri 7 : Analisa dan kesimpulan keterangan Mad Radhi

Read more...

Apakah keterangan Mad Radhi kepada team penyiasat? Siri 5

2006/10/20

sambungan sesi soal siasat, Mad Radhi terus digerudi....
Soalan: Maknanya dari tempat goreng pisang tu… abang Mad pergi rumah dia dulu kah ataupun abang Mad beli goreng pisang tu bawa terus pergi rumah dia?

Mad Radhi: Saya…bila sampai situ , saya nak beli, bila saya nak order tu dia kata lambat. Ha tu saya tak bawa dulu lah. Pasal dia kata lambat benda tu kena tunggu dia kata ni ramai orang, itu yang saya pergi ke sana. Saya pergi daripada sana ....(sambil menggunakan isyarat tangan kiri seperti membuat pusingan), lepas tu balik kot rumah Bai (Amrahi).

Soalan: Kenapa Che Mad tak ceritakan perkara yang sebenar masa abang Nasir dan abang Am (Amruddin) jumpa semua....?

(Mad Radhi terus jawab)
Mad Radhi: Saya tak nak cerita benda ni saya nak jaga hubungan di antara saya dengan keluarga Asnawi. Begitu juga pasal Puan yyy, pasal saya tak nak cerita kalau perlu saya cerita, saya akan cerita. Pasal saya nak jaga hubungan, itu terus terang saya cakap. Saya jenis saya Guru Cik Lan (Roslan Rashid) , saya tak nak cerita rahsia anak murid saya. Apa-apa pun, itulah prinsip saya.
(# betul ke prinsip, yang habis dok jaja seluruh nusantara tu sapa dia?)

Soalan: Tapi masalahnya sekarang ni nak tak nak Che Mad kena cerita lah..benda ni dah terlalu jauh.

Mad Radhi: Saya kena cerita jawatankuasa aje lah . Itu sahaja.

Soalan: Benda ni dah jauh dan kita nak supaya Che Mad makna dengan open terangkan apa yang sebenarnya yang berlaku supaya kita boleh menilai lah .

Mad Radhi: Sebab tu lah saya cerita pada malam ini. SAYA RASA JAWATANKUASA NI BERHAK lah kan. Untuk anak member ni saya rasa...dengan bini member, saya rasa saya....perlu saya simpan, saya simpan lah.
(# Jadi Mad Radhi bersetuju jawatankuasa ada hak? Makna kata Mad mengiktiraf kuasa yang ada pada jawatankuasa ini? Jangan lain masa cakap lain sudah lah!)

(Semuanya terdiam agak lama)

Soalan: Berdasarkan kepada keterangan cik xxx Che Mad, ada mengatakan masa Che Mad picit kepala dia tu ..dia punya macam Che Mad baca ayat jampi dan sebagainya. Ada ke Che Mad?

Mad Radhi: Tak ada.

Soalan: Masa dekat rumah Cik xxx, ada tak sesiapa telefon Che Mad, yang Che Mad ingat lah ?

Mad Radhi: Saya tak ingat lah. Samada saya telefon atau dia orang telefon. Tapi rasa macam Pak Su, tak silap saya lah , saya agaklah, saya tak berapa ingat. Saya rasa Pak Su.

Soalan: Pak Sudin?

Mad Radhi: Pak Sudin...aaa tak silap saya

Soalan: Masa tu abang Mad kat mana? Masa Pak Sudin telefon tu?

Mad Radhi: Saya dekat area-area hall lah.

Soalan: Hall?

Md Radhi: aaa....hall (setuju). Jadi dia tanya kat mana? Saya kata kat rumah Che Asnawi. Tak silap saya macam tulah.

Soalan: Masa tu abang tengah picit dia ke apa?

Mad Radhi: Tak ada

Soalan: Lepas abang Mad letak phone dengan Pak Sudin tu, adakah abang Mad terus picit dia ke macam mana?

Mad Radhi: Tak ada…tak ada. Saya pun tak berapa ingat tapi yang ....saya rasa tak ada dah . Kejap je.

Soalan: Lepas tu abang Mad minta air? Dia tanya abang Mad nak air?

Mad Radhi: aaa…Saya nak buat air Pak Tam. Saya kata tak payah saya kata kan. Saya kata nak buat air, buat air masak aje. Dia kata air dah ada. Dia cakap gitu lah. Lepas itu saya minum air, lepas tu saya balik lah. Saya bersalam, saya balik.

Soalan: Maknanya budak lelaki tiga orang tu…?

Mad Radhi: aaa... dia ada kat depan pulak. Dekat depan tu sikit , luar dari kawasan. Kat jalan tu, depan tu
(# pulak dah ! kat luar kawasan pulak . Mula-mula kata kat luar kawasan, kemudian kata kat dalam kawasan, sekarang kata kat luar pulak. Ini betul punya kelentong ni!)

Soalan: Bila abang Mad masuk tu dia orang tak terkejut ke tak apa ke?

Mad Radhi: Saya tak...saya tanya buat apa ni? Duduk-duduk bang dia cakap macam tu. Aaa… cakap gitulah.

Soalan : Ada Cik xxx hantar Che Mad kat kereta masa nak balik ?

Mad Radhi: Tak ada. Dia hanya ... masa bersalam dengan dia kat masa dalam rumah , lepas tu saya balik. Dan dia pun tak hantar saya sampai keluar rumah pintu , sampai ke pagar, tak ada.

Soalan: Kereta parking di luar pagar Che Mad?

Mad Radhi: Ya, luar pagar.

Soalan: Tapi kebiasaannya abang Mad, kalau …apa yang diceritakan , kebiasannya kalau katakan Che Mad nak balik ke apa ke, biasanya satu familiy atau anak beranak akan hantar Che Mad ke kereta. Tapi kenapa pada hari tu cik xxx tak hantar Che Mad ke kereta?

Mad Radhi: Saya pun tak tahu. Macamana saya nak tahu. Yang tu kena tanya dia lah.

Soalan: Kebiasaan abang Mad, adakah abang Mad selalu pergi rumah dia waktu itu, waktu petang macam tu? Time mak bapak tak ada kat rumah?

Mad Radhi: Saya...benda macam keadaan ni , saya memang dah orang kata dengan keluarga dia dengan anak-anak saya memang dah biasa macam tu. Dan segi saya ni, hari tu memang saya pergi lah kan, tapi nak kata selalu pergi lagu tu tak ada lah.

Soalan: Maknanya abang Mad pernah pergi waktu macam tulah?

Mad Radhi: aaa...pernah lah.

Soalan : Maknanya tak ada sapa-sapa kat rumah kecuali dia?

Mad Radhi: aaaa...(setuju), adalah sekali saya ingat .

Soalan : Abang Mad pergi seorang atau dengan family?

Mad Radhi: Dengan family selalunya pergi petanglah dengan keluarga memang ada. Tapi yang pergi seorang ni saya adalah tapi mungkin sekali lah kot.

Soalan : Masa Asnawi jumpa dengan Che Mad dekat rumah, dia jumpa semata-mata nak tanya pasal Che Mad ada datang kat rumah ke ataupun ada benda-benda lain yang...?

Mad Radhi: Itu sahaja, yang dia nak pasti saya datang ke tak. Saya datang rumah , itu aje.

Soalan : Makna dia tak ada bagi apa-apa kat Che Mad ke atau apa ke pada hari tu...

Mad Radhi: Dia datang ke rumah saya dia bawa macam satu hadiah macam yang baring kat depan TV tu. Pasai dai janji dah lama, dia datang bagi, lepas tu dia tanya saya Che Mad ada datang rumah tak? Dia kata. Ha.. saya kata jom lah kita sembang kat luar... Hanya dia pasti tanya saya Che Mad ada datang rumah tak? Saya kata ada. Yang tu dia tanya, lain-lain tak ada. Hanya sembang macam tu lah.

Soalan : Tapi sebelum Che Mad .... sebelum Asnawi pergi ke rumah Che Mad …dia dia pergi tu, dia ada talipon Che Mad dulu kan?

Mad Radhi: Ya.

Soalan : Dan dia ada bertanya Che Mad yang Che Mad ada lalu tak kat rumah . Ada ke dia talipon bertanya begitu?

Mad Radhi: Dia ada telefon dia tanya Che Mad ada datang rumah tak? Lalu tak rumah. Dia masa tu telefon kat rumah saya ‘coverage’ putus-putus tak berapa ‘clear’. ..Jadi rumah-rumah gitu je…dia cakap macam tu. Saya kata datanglah rumah …ha itu je lah. Saya ingat kot dia nak datang rumah . Tapi bunyi rumah-rumah. Tapi tak berapa ‘clear’ lah. Jadi saya kata ..ha.. datanglah rumah. Kalau nak datang petang ni. Tu yang dia datang. Saya dok anggap macam tu lah. Tapi lalu rumah saya berapa pasti , tapi cerita pasal rumah. Yang saya faham yang dia tanya Che Mad ada kat rumah tak? Haa.. itu saya faham macam tu. Saya kata saya ada . jadi bunyi petanga. Haa.. saya kata boleh lah. Saya kata datang lah. Itu aje.

(kelihatannya Mokhtaruddin sekarang menongkat dagu dengan tangan kanan beliau pula. Jari tangan kiri pula menepuk-nepuk meja. Dia ni dah boring lah kot dengan adik dia punya jawapan....)

Soalan : Jadi Che Mad tak rasa apa-apa bila datang rumah Cik xxx tu dalam keadaan keluarga tidak ada kat rumah tu?

Mad Radhi: Saya tak ada rasa apa pasal saya mengganggap dia ni pun macam anak saya dan banyak juga saya tolong bab-bab Cik xxx ni , yang ni. Bab-bab... masalah dia ni . daripada apa yang dicerita oleh keluarga dia dan saya rasa bagi sayalah, mungkinlah saya rasa tak ada rasa apa. Pasai saya rasa memang macam anak-anak saya pun memang selalu pergi sana, datang sana dan saya pun memang begitu. Jadi saya rasa saya tak ada rasa apa lah. Yang kedua saya menganggap Cik xxx ni macam anak saya dan saya rasa kalau saya nak buat benda tak elok , nak buat kat anak member nak buat apa. Kerana saya selalu pergi situ. Makan di situ, kadang tidur di situ . Jadi apa masalah diapun saya cuba tolong.


Sambung siri 6

Read more...

Apakah keterangan Mad Radhi kepada team penyiasat? Siri 4

2006/10/19

Dalam keterangan yang disiarkan sebelum ini (Siri 2 & 3), adalah jelas bahawa Mad Radhi telah mengaku menelefon Cik xxx pada petang 10 March 2006, pada waktu sekitar selepas solat Jumaat. Mad Radhi memberitahu Cik xxx bahawa beliau akan datang ke rumah. Selepas itu lebih kurang lima (5) minit sahaja Mad Radhi telah pun terpacak di depan rumah Cik xxx. (# ligat sungguh dia ni…). Beliau juga mengaku pergi dan masuk ke dalam rumah, memicit kepala dan memegang buah dada Cik xxx (beliau mengatakan tangan beliau di tarik ke dalam baju ke buah dada Cik xxx). Beliau tidak menceritakan hal menarik tangan dan memegang buah dada semasa keterangan sebelum ini (semasa memberi keterangan versi pertama dan juga semasa pertemuan dengan Amruddin & Mad Nasir) atas alasan kononnya untuk menjaga maruah anak Asnawi. Dalam hal ini, pada pandangan Pak Kaduk, bukan maruah anak Asnawi yang hendak di jaga tetapi maruah diri beliau sendiri kerana beliau telah malu dengan peristiwa yang berlaku. Kenyataan tangan beliau ditarik juga amat meragukan Pak Kaduk. Kalau benar tangan beliau di tarik, mengapa selepas itu Cik xxx mengadu kepada ibu bapa beliau tentang peristiwa itu. Cik xxx tak perlu bising-bising atau buat kecoh jika Cik xxx suka dengan perbuatan tersebut atau menaik tangan Mad Radhi. Kalau perbuatan suka sama suka, kenapa nak dihebohkan?. Ini bermakna Cik xxx tidak suka dan tidak rela diperlakukan begitu. Yang menjadi persoalan besar pada ketika ini ialah kenapa Mad Radhi pergi ke rumah, masuk dan melakukan perkara-perkara seperti yang direkodkan. Malah beliau mengetahui bahawa kedua ibubapa Cik xx tidak ada di rumah, mengapa masih mahu pergi? Jawapannya adalah amat mudah. Sebenarnya Mad Radhi sudah merancang semuanya. Dia pergi kerumah tersebut dengan NIAT yang sudah dirangka sejak awal..
(# Mad Radhi ada bercakap sebelum ini dengan Pak kaduk dan kawan-kawan bahawa sebab mengapa Cik xxx mengadu kepada ibu bapa beliau adalah kerana nak tutup malu. Malu????? Siapa yang malu? Mad Radhi atau Cik xxx?. Ini satu lagi cerita rekaan Mad Radhi sebenarnya).

Mad Radhi juga mengatakan bahawa Asnawi ada menelefon beliau, kemudian datang ke rumah dan telah diajak keluar minum di restoran? Kenapa nak berbincang di luar rumah? Jawapannya ialah kerana Mad Radhi malu jika perkara ini diketahui oleh anak dan isteri beliau yang masih tidak mengetahui cerita sebenar pada waktu itu. Asnawi juga dikatakan hanya bertanya tentang samaada Mad Radhi ada datang ke rumah atau tidak. Dan kemudiannya dijawab oleh Mad Radhi yang beliau ada pergi ke rumah Asnawi. Malah menerangkan semuanya yang berlaku. Apa yang diterangkan tidak pula disebut. Ini bermakna ada perbincangan yang telah berlaku dan pertemuan itu berlaku dalam masa yang agak lama dan bukanlah sekejap seperti yang dicerita oleh Mad Radhi sebelum ini.
(# teringat Pak Kaduk tentang cerita Mad Radhi sebelum ini bahawa Asnawi datang ke rumah beliau dan HANYA BERTANYA samaada Mad Radhi ada datang ke rumah atau tidak dan kemudian Asnawi terus pulang. Pada pandangan Pak Kaduk, jika sekadar hendak bertanya soalan tersebut, Asnawi tidak perlu datang ke rumah Mad Radhi. Sebenarnya Asnawi sudahpun bertanya soalan itu semasa Asnawi menelefon Mad Radhi sebelum Asnawi datang ke rumah Mad Radhi. Jadi logiknya Asnawi mesti bertanya soalan yang lebih dari itu bila mereka keluar minum. Soalan-soalan seperti benarkah Che Mad ada buat benda tak senonoh pada anak saya? Tetapi perkara ini tidak disebut oleh Mad Radhi)

Mari kita lihat apa pula kesudahan sesi soal siasat ini dan jawapan-jawapan yang diberikan oleh Mad Radhi apabila terus di gerudi oleh team penyiasat. Kita akan bincangkan jawapan beliau diakhir soal siasat ini disiarkan.

Sambungan sesi soal siasat:

Soalan: Masa dia bercakap tu kat mana?

Mad Radhi: Di kedai. Di kedai minum, kedai Haizar.

Soalan: Berapa lama Che Mad berada dalam rumah Asnawi?

Mad Radhi: Kejap je…

Soalan: Dalam agak-agak dalam … ada 10 minit? Setengah jam?

Mad Radhi: aaa ..ada …tak sampai setengah jam.

Soalan: Tak sampai setengah jam la..?

Mad Radhi: aaa...(bersetuju). Jadi saya balik, lepas tu aaa...saya pergi cuti dengan keluarga saya, jadi saya balik Daus (Firdaus) bagi kat saya surat. Jadi surat tu mengatakan Man (Azman Johan) letak jawatan. Dan saya telefon dia. Saya pun tak tau cerita apa, dan saya tanya dia kenapa gini-gini... dia ada lah cakap kat saya kenapa gini-gini. Jadi Man (Azman Johan) pun tak dengar daripada saya. Hanya Che Nawi (Asnawi) dia tak ada tanya apa berlaku gini-gini. Tak ada tanya. Saya yang beri penerangan.

Soalan : Ada Che Mad suruh cik xxx baring ke masa lepas apa...?
(soalan belum habis ditanya, Mad Radhi lantas menjawab)

Mad Radhi: Tak ada , tak ada.

Soalan: Makna suruh dia baring dan tarik track bottom apa semua ?

Mad Radhi: Tak ada

Soalan : Masa abang Mad sampai kat rumah dia, pintu pagar dia terbuka…

Mad Radhi: (lantas mejawab) ..Terbuka sebelah

Soalan: Terbuka sebelah?

Mad Radhi: aaa...(bersetuju)

Soalan : Pintu pagar ?

Mad Radhi: (lantas menjawab).... dan budak tu ada tiga orang kat DALAM tu, DALAM KAWASAN GATE. Dan saya ada bagi tahu kat Che Nawi (Asnawi), saya cakap kat dia ada tiga orang budak kat situ dan Che Nawi (Asnawi) bagi tau kat saya tu budak-budak main bola. Dan saya ada bagi tau kepada dia Che Awi (Asnawi) kalau boleh, cari lah pembantu rumah sentiasa semasa Che Awi (Asnawi) tak ada di rumah. Itu saya ada cakap.
(# sebelum ni Mad Radhi kata budak tiga orang kat luar kawasan, sekarang kata dalam kawasan pulak!!!!)

(Suara Mad Radhi tersekat-sekat, dan nampak susah nak keluar dari mulut beliau, nampak jelas juga beliau menelan air liur agak susah semasa nak mengeluarkan kenyataan tersebut.)

Soalan: Masa abang Mad masuk kat gate tu , budak tiga orang tu buat apa?

(Mad Radhi lantas menjawab)
Mad Radhi: DIA ORANG TENGAH DUDUK....DUDUK BERSILA.

Soalan: Cikxxx?

Mad Radhi: Cik xxx saya tak nampak.

Soalan: Tak ada di situ?

Mad Radhi: aaa..... tak ada di situ, hanya dia ...bila dia ...PINTU TERBUKA SIKIT, saya bagi salam dua kali, lepas tu dia datang. Jadi macam....saya tak taulah , kira macam dah ready macam ada air lah untuk saya tu. Saya tak tau lah kan, tapi dah ada macam air, saya tak tau untuk siapa. Pasal bila dia cakap air tu…kata Pak Tam nak minum air tu, nak buat air, saya kata tak payah , jadi macam dah ….tak taulah macam air oren saya tak tau lah. …Jadi gitu lah.

Soalan: Ok sebab sebelum tu dia dah …Che Mad dah telefon dia , kata Che Mad nak datang mungkin masa tu kot.

Mad Radhi: Tak tau lah…Tapi masa tu dia nak pergi buat air, masa saya cakap tu.
(# tadi Mad Radhi kata air dah ready dah.. sekarang kata baru nak buat air pulak!)

Soalan: Maksudnya grill tu terbuka..?

Mad Radhi: Grill yang besi tu terbuka, tapi dia tak buka luas, dia buka sikit aje.

Soalan: Pintu kayu?

Mad Radhi: aaa...buka , sendal.

Soalan: Sendal?

Mad Radhi: aaa ..(bersetuju)

Soalan: Jadi kalau tolak tu kita boleh masuk je lah?

Mad Radhi: aaaa... bila tarik tu terus masuk je lah.

Soalan: Abang Mad terus masuk ke atau pun..dia buka?
(Mad Radhi terus jawab walaupun soalan belum habis ditanya)

Mad Radhi: Tak, saya tak masuk, saya bagi salam dulu , saya bagi salam dua kali, lepas tu BARU DIA BUKA PINTU tu.
(# keterangan awal Mad Radhi kata pintu kayu dah sedia terbuka, sekarang kata pintu dibuka oleh cik xxx pulak!)

Soalan: Dia buka lah?

Mad Radhi: aaa…saya tak masuk.

Soalan: Tapi Che Mad tahu tak masa tu Cik xxx seorang?

Mad Radhi: Saya tak tahu…saya tak tahu, saya hanya telefon dia, saya bagi tahu saya nak datang, itu je ….tujuan saya nak hantar itu aje? Itu yang saya singgah. Saya tak tahu lah dia ada seorang ke apa kan.
(# tujuan nak hantar itu aje? Hantar apa, goreng pisang ke? Mana dia goreng pisang nya?)

Soalan: Kemudian ada Che Mad tanya cik xxx tak samada pada masa itu samada dia seorang ataupun ada orang lain dalam rumah ?

Mad Radhi: Saya tak ingat laa..
(# Mad Radhi dah mengelabah. Nampak dia seoalah-olah hilang punca kerana kenyataan beiau sudah tidak tersusun. Mokhtaruddin kelihatannya sudah mula menyandar pada kerusi sambil menongkat pipi beliau. Mungkin dalam hati Mokhtaruddin berkata .. Mad Radhi ni kelentong ni….!)

Sambung siri 5

Read more...

BERITA TERLAMPAU PANAS!!!!!!!!!!!!!

2006/10/18

Awal pagi Pak Kaduk dikejutkan oleh bunyi handphone Pak kaduk menandakan satu 'message'
masuk. Secara perlahan Pak kaduk mencapai handphone Pak Kaduk untuk membaca message tersebut. Dalam hati berkata juga siapa pulak yang hantar message pagi-pagi buta ni......
Alangkah terkejutnya Pak Kaduk apabila message tersebut berbunyi

'Dapatkan naskah Harian Metro hari ini. Beritanya amat panas sampai ke tulang sum-sum- Guru Silat Cabul'

Itulah messagenya.
Jadi Pak Kaduk pun nak dapatkanlah naskah tersebut hari ini. Ruangan Pak Kaduk juga direhatkan sementara kerana Pak Kaduk nak dapatkan naskah panas Harian Metro tersebut.
Ini lah yang berita hangat yang Pak Kaduk katakan tadi didalam akbar Harian Metro Tak mahu menulis panjang baca lah sendiri.

Pak Kaduk akan ikut perkembangan ini dari masa ke semasa, Nampaknya doa rakan rakan ahli yang menyokong dan juga yang menyondong telah di makbulkan Allah. Kepada yang mengatakan Pak Kaduk ini penyebar fitnah bersedialah untuk turun naik makamah bersama "Tuan Guru" nanti jangan lupa pakai lencana sokongan.

Read more...

Apakah keterangan Mad Radhi kepada team penyiasat? Siri 3

2006/10/17

Analisa keterangan versi pertama Mad Radhi

Dalam siri 2, Pak Kaduk telah mendedahkan text sepenuhnya keterangan pertama Mad Radhi tentang peristiwa yang berlaku pada 10 March 2006. Pak Kaduk perlu sebutkan di sini bahawa keterangan yang Mad Radhi berikan itu adalah KETERANGAN BERSUMPAH seperti mana yang dilafazkan oleh Mad Radhi sebelum beliau memberi keterangan. Ada beberapa fakta (perkara pokok) yang telah disebut oleh Mad Radhi dalam keterangan beliau yang Pak Kaduk rasa perlu diambil perhatian iaitu:

1- Mad Radhi mengaku MENELEFON dahulu ke rumah Asnawi.
2- Mad Radhi mengaku bahawa beliau telah PERGI ke rumah Asnawi pada hari kejadian.
3- Mad Radhi mengaku bahawa beliau telah MASUK ke rumah Asnawi.
4- Mad Radhi mengaku telah MENYENTUH anak dara sunti Asnawi dengan cara memicit belakang kepala anak dara tersebut.

Perkara-perkara lain yang harus juga diberi perhatian dari keterangan pertama Mad Radhi adalah seperti berikut:

1- Terdapat tiga (3) orang budak di DEPAN PAGAR rumah.
2- Gate terbuka, pintu grill terbuka sedikit dan pintu kayu terbuka - (semuanya terbuka)
3- Selepas memicit belakang kepala, Mad Radhi minum air suam dan kemudian beliau pulang.

Juga harus diambil perhatian bahawa Mad Radhi tidak menyebut samada Asnawi dan isteri berada di rumah atau tidak pada ketika itu. Beliau juga tidak menyatakan dengan siapa beliau bercakap sewaktu menelefon rumah Asnawi dan apakah butir-butir percakapan beliau. Beliau tidak bertanya kepada cik xxx samada ibu bapa cik xxx ada di rumah atau tidak sewaktu beliau sampai di rumah. Seperkara lagi, walaupun beliau berkata hendak menghantar goreng pisang, namun sewaktu beliau sampai ke rumah Asnawi, tidak ada goreng pisang yang dibawa.

Cerita yang diberikan oleh Mad Radhi itu agak mudah jalan ceritanya dan tidak sukar untuk difahami. Tidak ada elemen-elemen sampingan yang ketengahkan semasa keterangan pertama beliau itu. Mari kita lihat pula keterangan Mad Radhi apabila disoal balas oleh team penyiasat.


Jawapan Mad Radhi apabila disoal balas

Soalan : Tadi Che Mad kata ada telefon kat rumah Asnawi, siapa yang jawab telefon tu?

Mad Radhi: Yang jawab anak dia.

Soalan : Cik xxx ke?

Mad Radhi: aaa...(bersetuju)

Soalan: Ada dia bagi tahu Asnawi tak ada rumah ke apa ke?

Mad Radhi : Tak ada pulak. Tak ada. SAYA KATA SAYA NAK DATANG RUMAH lah kan. Itu je lah.

Soalan: Ketika Che Mad sampai di rumah daripada tempoh telefon tu sampai ke rumah che Asnawi tu berapa lama masa nak sampai , kemudian ketika che Mad sampai ke rumah Asnawi tu, apa riaksi cik xxx ni?

Mad Radhi: Saya rasa dalam LIMA MINIT lah kot, saya ...lepas tu masa saya datang tu masa saya bagi salam dia datang tu dia agak terkejut , itu je.

Soalan: Lima minit tu... telefon dari handphone Che Mad ke rumah dia ke atau dari rumah Che Mad ke rumah dia?

Mad Radhi: Daripada yang saya telefon tu daripada tempat goreng pisang tu.

Soalan: Handphone ye, telefon dari handphone?

Mad Radhi: aaa...(bersetuju)

Soalan: Jadi benda tu Che Mad agak-agak dalam pukul berapa agak-gak dia punya, dia punya jangka masa. Maknanya Che Mad telefon tu dalam pukul berapa. Ada yang petang tu yang sebelum pergi tu, makna agak-agak dalam lingkungan pukul berapa Che Mad?

Mad Radhi: Tak berapa ingat lah..

Soalan: Petang lah?

Mad Radhi: Tapi petang lah...lepas Jumaat lah kot. (# main kot-kot juga Mad Radhi ni!)

Soalan : Lepas sembahyang Jumaat?

Mad Radhi: aaa... (setuju)

Soalan: Ok.. berdasarkan daripada keterangan cik xxx ni, berdasarkan daripada keterangan Che Mad bahawa tak ada apa-apa berlaku lepas pada picit tu. Tapi berdasarkan keterangan bersumpah daripada cik xxx yang mengatakan bahawa Che Mad ada melakukan perkara-perkara yang agak sumbang, contohnya menyelokkan tangan di dalam....Jadi boleh Che Mad ceritakan apa sebenarnya yang berlaku?

(sewaktu soalan ini di ajukan, Mad Radhi kelihatan pura-pura tersenyum. Tetapi senyuman tawar sahaja. Kenapa beliau tersenyum, tidaklah Pak Kaduk tahu sebab musababnya. Pak Kaduk juga memerhatikan Mokhtaruddin asyik menulis sahaja tanpa menanyakan sebarang soalan. Soalan-soalan yang telah ditanya adalah dari ahli penyiasat yang lain. Mokhtaruddin kelihatannya sekali-sekali masih menongkat dagu dengan tangan kiri, sesekali memicit kening beliau sambil melihat kepada Mad Radhi)

Mad Radhi: Kalau ikut sebenarnya, saya dalam keadaan macam ni saya memikirkan orang kata apa... ada satu benda yang saya tak bercerita lah kan. Pertama saya nak menjaga hubungan dengan anak Che Asnawi tu sendiri. Dengan apa.... Che Awi dengan saya kan. Tapi memang saya picit, seolah-olah macam DIA MENARIK TANGAN SAYA pergi ke sini (sambil menunjuk dan meletakkan tangan kiri ke dada sebelah kiri beliau) . Jadi saya tarik, saya kata jangan buat macam ni. Ha tu ada lah. Jadi benda ni saya tak cerita, pada malam ni baru saya cerita kerana, pertama saya nak menjaga hubungan dengan keluarga Che Asnawi. Maruah anak dia. Itu sahaja dan lebih pada tu tak ada.

Soalan : Adakah selepas kejadian tu, Che Asnawi ada jumpa dengan Che Mad?

Mad Radhi: Dia ada telefon saya, aa.. dia ada telefon saya, lepas tu dia datang rumah, lepas tu saya ajak minum diluar .Saya tak nak sembang dengan tuan rumah lah kan. Pi minum…lepas tu dia tanya saya, Che Mad ada datang rumah tak? Saya kata ada. Memang saya ada datang. Dan saya ceritakan….dia pun tak ada tanya saya apa yang Che Mad …anak saya cerita begini-begini… betul ke? Dia tak ada tanya, saya yang bercerita kepada dia. Saya kata saya ada datang rumah, saya ada gini….Itu sahaja. Dan dia bercakap kepada saya ini adalah dugaan saya dengan Che Mad dari anak saya. Itu di ada cakap dengan saya. Dan saya memang saya tak… ni pasai dia datang dia keadaan saya tengok dia macam tak terurus dan dah hilang dia punya .....yang saya kenal. Jadi saya bercakap dengan dia ….setakat ni begitulah. Dan dia kata ini ialah dugaan saya dengan Che Mad melalui anak saya. Itu dia ada cakap. Lepas tu dia balik.
(#keterangan Mad Radhi ini agak bercelaru! Pak Kaduk sendiri pun tak faham apa yang cuba disampaikan oleh beliau.)

Sambung siri 4

Read more...

Apakah keterangan Mad Radhi kepada team penyiasat? Siri 2

2006/10/16

Sesi soal siasat

Nampak jelas bahawa Mad Radhi tidak begitu selesa, senyum pun sumbang, apa yang dibuat nampak tak kena. Ianyalah, Pak Kaduk pun faham, dalam keadaan begitu siapa yang akan merasa selesa. Kalau Pak Kaduk sendiripun, Pak Kaduk tidak akan merasa selesa. Pak Kaduk pun terkedu juga. Pak Kaduk faham sebagai manusia biasa, perasaan sebegitu tidak dapat dihindarkan. Begitulah juga hal dengan Mad Radhi. Beliau adalah manusia biasa. Beliau juga mempunyai hati dan perasaan. Beliau juga ada maruah untuk dipertahankan. Beliau juga ada keluarga untuk diselamatkan. Beliau juga ada adik-beradik untuk di beri penjelasan. Yang lebih penting beliau perlu menyelamatkan dan mempertahankan nama ayahanda beliau Al-Marhum Ustaz Hanafi Hj Ahmad. Sebab itu, tugas beliau amat berat pada malam itu. Kelihatan juga Mad Radhi membelek-belek kertas nota yang dibawa bersama beliau untuk membantu beliau menjawab soalan. Bagus juga Mad Radhi ini. Beliau membuat persiapan juga untuk mengadap jawatankuasa penyiasat ini.

Mad Radhi hadir dengan memakai baju kemeja berkotak agak gelap berlengan pendek. Rambut beliau agak pendek, mungkin baru digunting sebelumnya sebagai persiapan untuk mengadap jawatankuasa penyiasat. Bila dah rambut begitu, nampak juga telinga beliau yang agak besar dan kepala kecil (sebab rambut pendek). Kelihatannya lucu juga, tetapi masih dikira okey pada pandangan Pak Kaduk. Tidaklah nampak beliau bergaya sangat seperti kebiasaannya kalau dilihat di majlis-majlis persatuan. Walaubagaimanapun, bolehlah ‘diterima’ untuk satu sesi soal-siasat pada malam tersebut.

Sedih juga Pak Kaduk melihat seorang Guru Utama terpaksa hadir dan mengadap team penyiasat yang terdiri dari ahli jawatankuasa pusat yang sebahagiannya anak murid beliau sendiri. Tetapi bila di kaji dengan teliti, sebenarnya kesemua ahli team penyiasat bukannya anak murid beliau secara terus. Tuan Haji Yahaya, Mohktaruddin, Azhar Ali dan Roslan Rashid belajar di zaman Ustaz Hanafi, manakala Md Daud dan Tengku Azlina belajar di zaman Ishak Itam. Namun oleh kerana beliau adalah guru semasa Silat Cekak Hanafi, maka secara tidak langsung ada hubungan antara guru dan murid. Perasaan sedih tidak dapat dielak, sebak juga Pak Kaduk melihat beliau. Perasan itu meresap ke dalam sanubari Pak Kaduk melihat Mad Radhi terpaksa berhadapan dengan orang-orang yang beliau kenal. Iaitu ahli-ahli di bawah naungan beliau selama ini tetapi kali ini dalam keadaan yang amat berbeza. Malam ini adalah malam ’survival’ Mad Radhi. Beliau perlu menjawab soalan-soalan yang akan ditanya dan perlu mempertahankan diri beliau. Di waktu tersebut, tidak ada lagi juak-juak di sekeliling beliau untuk membantu. Juga tidak ada lagi pembantu peribadi untuk menjawab bagi pihak beliau. Sekarang beliau keseorangan untuk mempertahankan diri. Taraf Mad Radhi pada ketika disoal siasat bukannya taraf guru lagi tetapi bertaraf tertuduh yang hadir memberikan keterangan. Dunia sudah terbalik. Guru kena soal siasat dengan anak murid!.

Berkata juga dalam hati Pak Kaduk, kenapalah Mad Radhi hadir dan mengadap team penyiasat ni. Beliau sebenarnya tak perlu hadir. Tak perlu jawab soalan-soalan yang akhirnya akan mencemar nama beliau. Takkan penasihat-penasihat Mad Radhi tidak tahu perkara ini. Mereka sepatutnya lebih arif dan menasihatkan Mad Radhi supaya jangan hadir. Tetapi kalau difikirkan balik, siapa yang nak menasihatkan beliau? Selama ini pun siapa yang menasihatkan beliau? Juak-juak beliau bukanlah penasihat, tetapi hanya pak turut. Hanya menurut kemahuan dan kehendak Mad Radhi sahaja. Nak bagi nasihat takut nanti guru murka. Kalau guru murka, payah jadinya nanti…..

Jelas juga kelihatan Mokhtaruddin menelengkupkan muka ke atas meja sebelum soal siasat dimulakan. Mungkin beliau juga agak tertekan melihat adik beliau hadir untuk disoal siasat. Kemudiannya kelihatan beliau menongkat muka dengan tangan kiri seperti orang hendak tidur lagaknya. Mad Radhi nampak agak tenang walaupun sesekali nampak agak ketara yang beliau tidak selesa. Adalah jelas bahawa Mad Radhi langsung tidak memandang ke arah Mokhtaruddin. Apa sebabnya? Pak Kaduk pun tak tahu. Mungkin Mad Radhi marah sangat kepada Mokhtaruddin yang menganggotai jawatankuasa penyiasat ataupun Mad Radhi ’segan’ kepada abang beliau itu.

Sesi soal jawab dimulakan oleh Md Daud selaku setiausaha penyiasat yang mengucapkan terima kasih kepada Mad Radhi yang telah hadir untuk memberikan keterangan dan Mohd Daud juga memperkenalkan ahli-ahli team penyiasat yang dilantik oleh MMK kepada Mad Radhi. Kemudian di ambil alih oleh Tn Hj Yahaya selaku pengerusi dengan memaklumkan kepada Mad Radhi tuduhan yang dibuat dan kes-kes yang disiasat oleh team penyiasat. Beliau menerangkan bahawa team penyiasat telah dilantik oleh MMK berhubung surat aduan salah laku Azman Johan. Akibat aduan yang dibuat oleh beliau, MMK telah menubuhkan jawatankuasa ini dan jawatankuasa telah mengambil keterangan daripada orang-orang yang terlibat. Daripada banyak aduan yang dibuat, jawatankuasa berpendapat hanya dua sahajalah kes yang patut disiasat iaitu yang pertamanya dakwaan Tidak Amanah berkenaan sumbangan Encik Jalil bin Hashim untuk persatuan semasa perayaan 2001. Keduanya ialah berkenaan aduan Mencabul Kehormatan. Siasatan dan keterangan telah diambil dari Azman Johan , Encik Asnawi, isteri beliau dan anak mereka melalui akuan bersumpah dan anak mereka juga telah hadir untuk mengesahkan surat akuan bersumpah tersebut. Akibat dari siasatan yang dibuat, telah didapati ada dua lagi kes mencabul kehormatan lain yang telah ditimbulkan. Seorang adalah anak kepada ahli yang lain dan seorang lagi adalah isteri kepada ahli persatuan. Oleh itu pada malam ini keterangan dari Mad Radhi pula yang ingin direkodkan oleh jawatankuasa penyiasat…. Begitulah lebih kurangnya penerangan yang diberikan oleh Tn Hj Yahaya .

Mad Radhi menumpukan sepenuh perhatian dan sesekali menganggokkan kepala tanda faham sepanjang penerangan yang diberikan oleh Tn Hj Yahaya. Selepas selesai penerangan diberikan, beliau nampak agak kekok dan tak tahu apa pula yang perlu beliau buat. Nampak seperti teragak-agak sehinggalah Tn Hj Yahaya dan Mokhtaruddin meminta membacakan lafaz sumpah yang tertulis pada sekeping kertas di hadapan beliau sebelum beliau memberikan keterangan. Beliau lalu membacakan lafaz sumpah tersebut yang berbunyi seperti berikut:

‘Bismillah hirrahmannirrahim, bahawasanya saya Mad Radhi bin Hj Hanafi dengan ini bersumpah dengan nama Allah, dengan nama Wallahhi, Wabillahhi, Wata’alahi bahawa segala keterangan yang akan saya berikan adalah benar, tidak ada yang tidak benar melainkan yang benar belaka. Jika sekiranya saya berbohong akan dilaknatkan Allah ta’ala ke atas saya’

Untuk berlaku adil kepada semua pihak terutamanya kepada Mad Radhi, Pak Kaduk berpandangan elok rasanya Pak Kaduk mencatatkan text sebenarnya apa yang telah dikatakan oleh Mad Radhi semasa memberi keterangan bagi kes mencabul kehormatan yang pertama. Berikut adalah keterangan oleh Mad Radhi sendiri tanpa diedit (versi pertama keterangan beliau):

”Terlebih dahulu saya terima kasihlah kerana….. Yang pertama saya pergi rumah Mak Teh lepas tu saya tengok… saya fikir tak palah saya cadang nak pergi beli goreng pisang lah ye kat rumah Mak Teh. Jadi selepas tu saya pergi beli goreng pisang tu di belakang rumah che Asnawi dan juga che Amrahi. Bila saya sampai, jadi saya sampai saya tengok saya nak beli kakak tu kata ramailah dia kata kena tunggu dulu. Lepas tu memang saya ada talipon rumah che Asnawi. Saya cadang saya beli rumah Mak Teh RM2.00, saya dan rumah Asnawi lah dalam RM2.00. Bila kata lama sikit lah pasal ramai orang kan, jadi saya lepas itu saya pergi rumah che Asnawi lah . Bila sampai, saya tengok ada satu…. tiga orang budak di depan pagar dan pagar terbuka lepas tu grill terbuka tapi sikit, pintu kayu terbuka. Dan saya memberi salam lah, saya bagi memberi salam . Lepas saya bagi salam, xxx panggil saya masuk. Dia panggil saya masuk… saya kata tak palah kot. Tak palah, masuklah dulu Pak Tam dia kata. Masuklah. Jadi saya kata tak pa lah , dia kata masuklah dulu. Saya masuk . Bila saya masuk, saya duduk borak dengan dia, dia duduk di bawah, saya duduk kat atas sofa dan sembang-sembang. Lepas tu dia bagi tau saya ….. sembang-sembang saya tanya macam mana dia punya keadaan pelajaran dan sebagainya . Lepas tu dia mintak saya tolong untuk di punya picit sini (sambil menunjuk ke belakang kepala sebelah kanan beliau dengan tangan kanan beliau). Saya tolong lah. Itu sahaja … Bila saya begitu, lepas tu saya tolong macam biasa saya picit lepas tu dia nak buat air. Saya kata tak payah saya kata. Saya minta air suam saja. Saya minta air suam, dan dia bawa air suam , saya minum air suam. Jadi….saya ingat itulah . Lepas tu saya rasa saya balik. Itu sahaja saya ingat.”

Bersambung siri 3

Read more...

Apakah keterangan Mad Radhi kepada team penyiasat? Siri 1

2006/10/15

Umum mengetahui bahawa Mad Radhi telah dipanggil oleh team penyiasat kes aduan salah laku beliau untuk mendapatkan keterangan dari diri beliau yang secara langsung untuk membela diri beliau sendiri. Ramai yang masih ternanti-nanti dan mengharap untuk dapat melihat dan mendengar sendiri keterangan yang diberikan oleh Mad Radhi. Namun ramai yang masih hampa kerana video keterangan Mad Radhi masih tidak dapat diperolehi hingga sekarang.

Mengikut pengetahuan umum, Mad Radhi telah memberi keterangan kepada team penyiasat persatuan yang diketuai oleh Tn Hj Yahaya Abdul Rahman pada jam 9.00 malam , 4 Julai 2006. Soal siasat yang dijalankan selama hampir dua jam adalah untuk mendapatkan keterangan Mad Radhi sendiri selaku tertuduh. Adalah perlu beliau hadir dan memberikan keterangan dan memaklumkan apa sebenarnya yang telah berlaku. Kerana beliau sendiri yang mengetahuinya dan beliau orang yang paling layak untuk menceritakannya.

Pak Kaduk telah berusaha sangat lama untuk mendapatkan butir-butir keterangan yang diberikan oleh Mad Radhi. Sebenarnya Pak Kaduk kecil hati juga sebab pihak-pihak yang berkaitan yang ada simpanan rakaman ini amat kedekut dan payah untuk ‘diajak berbincang’. Takkanlah tak boleh nak tengok langsung? Bukannya nak luak kalau dipertontonkan. Bukannya Pak Kaduk nak ambil terus salinan video tersebut. Pak Kaduk hanya nak tengok untuk memuaskan hati sendiri dan mendapatkan apa yang telah dicerita oleh Mad Radhi kepada team penyiasat. Penantian Pak Kaduk akhirnya sampai di penghujung juga. Melalui satu sesi penerangan khas, di Kuala Lumpur baru-baru ini, Pak Kaduk berpeluang menyaksikannya. Peluang ini tidak Pak Kaduk lepaskan kerana inilah yang Pak Kaduk tunggu selama ini. Sebelum pergi menghadiri sesi ‘tayangan perdana’ ini, Pak Kaduk telah bersiap sedia dengan ‘peralatan perang’ Pak Kaduk. Pak Kaduk telah merancang membuat siaran langsung dengan ‘stesen radio’ Pak Kaduk supaya butir-butir percakapan Mad Radhi dapat dirakam dan diulang siaran. Dalam kes ini, Pak Kaduk perlu minta maaf kepada pihak yang berkenaan kerana ‘mungkir janji’ dengan apa yang telah dipersetujui. Tetapi ini bab perjuangan, Pak Kaduk perlu hadapi risiko ini untuk mendapatkan maklumat yang benar. Bukankah Pak Kaduk ahli strategi? Tahulah apa Pak Kaduk nak buat….

Dalam hati Pak Kaduk berkata, bagus juga ada rakaman video ni, boleh juga tengok bagaimana Mantan Guru Utama memberi keterangan kepada anak murid beliau yang menganggotai team penyiasat. Pak Kaduk nak dengar sendiri apa yang Mad Radhi kata semasa memberi keterangan. Pak Kaduk nak bandingkan cerita lisan oleh Mad Radhi kepada Pak Kaduk dan kawan-kawan Pak Kaduk semasa Mad Radhi datang satu majlis pengijazahan untuk kelas Pak Kaduk tidak lama dulu. Masih teringat lagi apa yang dicakapkan oleh Mad Radhi pada malam tersebut. Mad Radhi memulakan perbualan dengan mengatakan:

‘Saya kena fitnah sekarang… Ini dugaan untuk saya sebagai guru. Nampaknya orang-orang lama nak jatuhkan Guru Utama sekarang ni….

Apa yang dicakapkan oleh Mad Radhi selepas itu biarlah untuk simpanan Pak Kaduk untuk sementara waktu. Yang Pak Kaduk nak dengar ialah apa pula keterangan Mad Radhi kepada team penyiasat. Sama atau tidak dengan cerita yang disebarkan kepada Pak Kaduk sebelum ini. Itu yang Pak Kaduk ingin tahu… Dalam hati Pak Kaduk juga berkata kalau keterangan yang diberikan sama, maka sahihlah Mad Radhi bercakap benar dan kes ini tidak perlu dipanjangkan lagi. Pak Kaduk pun tak perlu ke hulu ke hilir mendapatkan bahan berita…..

Sesi tayangan ini dibuat di satu lokasi khas dan kalau tak silap Pak Kaduk ada lebih kurang 30 orang yang telah menghadiri sesi tayangan perdana ini dan boleh dikatakan semuanya Pak Kaduk kenal kecuali seorang-dua yang nampak macam muka budak-budak baru yang Pak Kaduk tidak biasa lihat.

Sebelum tayangan dimulakan, semua hadirin diminta tidak merakamkan apa yang ditayangkan (maklumlah semuanya dah ada telefon bimbit canggih, faham-faham sajalah!). Tayangan tersebut adalah hanya untuk semua yang hadir sahaja dan bukan untuk dihebahkan. Semuanya faham akan arahan tersebut, tetapi Pak Kaduk tak pasti berapa ramai yang akur. Salah seorangnya sudah pasti Pak Kaduk….

Video yang dirakam secara ‘still’ (ada satu camera saja nampaknya) memberi fokus kepada Mad Radhi sahaja. Tidak ada gambar penyiasat yang dirakamkan kecuali suara mereka apabila menanyakan soalan kepada Mad Radhi. Tetapi nak jadi cerita, mungkin kedudukan kamera yang diambil dari sudut yang agak serong, maka ada dalam rakaman tersebut kelihatan juga Mokhtaruddin Hj Hanafi (abang Mad Radhi) yang menganggotai team penyiasat yang duduk dihujung meja. Jadi sepanjang sesi soal siasat itu, Pak Kaduk dapat lihat Mad Radhi menjawab soalan apabila ditanya oleh team penyiasat dan juga riaksi spontan Mokhtaruddin terhadap jawapan oleh Mad Radhi itu.

Sambung siri 2

Read more...

Di Antara Ranting Dan Pokok

2006/10/14

Dua tiga hari lepas Pak Kaduk berkesempatan berjumpa dengan rakan rakan lama Pak Kaduk, sambil duduk minum, kami bersembanglah hal hal semasa yang melanda persatuan dan Guru Utama dan juga cerita sensasi terkini yang diluar pengetahuan mereka.

Kawan Pak Kaduk ini pun berceritalah berkenaan kawan kawan nya yang terkejut dengan apa yang terjadi kini. Ada diantara mereka telah pun berjumpa dengan Mad Radhi untuk mendapatkan penjelasan ada juga yang tak kesampaian,ada yang telah berjumpa sendiri mereka mereka yang berada didalam badan badan yang mengendalikan kes tersebut,ada diantara merekatelah membaca tulisan didalam laman laman web yang tumbuh macam cendawan dengan tak semena mena, Pak Kaduk tidak lah bertanya lanjut berkenaan pertemuan mereka tu, pada Pak Kaduk masing masing dah besar panjang.

Bila dimaklumkan berkenaan dengan laman web yang banyak tumbuh saperti cendawan selepas hujan, Agak terkejut juga bila di maklumkan kan Laman Pak Kaduk mendapat perhatian dari yang lain lain tu selain Big Bodi Guy. Pada mereka kedua laman tersebut memberi mereka banyak pendedahan yang selama ini di sembunyikan dan membuatkan mereka berfikir begini rupanya Mad Radhi di belakang mereka. Senang sampaikan maklumat kepada yang ada akal, ang tak ada akal yang payah bila kita beri maklumat dia kata kita tabur fitnah. Fitnah apa benda kalau datang dengan bukti?.

Saperti kes UMRAH, bohong kah Pak Kaduk berkata berlakunya membawa duit mengelilingi KA'BAHdengan tujuan jika balik nanti duit itu boleh di perbanyakkan maksudnya rezeki boleh bertambah, ada juga yang di pesan supaya meletakkan duit tersebut di dalam bekas menyimpan beras supaya beras tidak susut dan semakin bertambah, maksudnya rezeki tak putuslah, ini mana punya fahaman karut? Pak Kaduk ingin bertanya berapa ramaikah juak juak yang pergi umrah yang melakukan aktiviti ini dah kaya raya? nak kata Pak Kaduk sebar kan fitnah dengan cerita ini? minta maaf lah yang sampaikan cerita ini pun juak juak Mad Radhi juga yang setia sangat sangat beria ia menceritakan kelebihan duit tambah duit berkenaan dan Pak Kaduk pun dapat lah juga 'se RIYAL' dua sebagai kenangan, simpan lah dalam dompet duit sebagai kenangan sahaja hadiah dari kawan. Pergi buat kerja UMRAH pun masih dok ingat masyukkkkk!!!! lagi ka?

Begitu juga dengan kes yang pernah di hebohkan suatu ketika dulu pasal kereta Mercedes WFT 7, ramai yang tahu cerita kereta ini dimana kesudahannya. Adakah ini fitnah? jika mereka mereka yang terlibat dengan perkara ini masih ada dan boleh dihubungi dan kebanyakkan mereka adalah juak juak Mad Radhi yang masih setia, pergi lah bertanya mereka duduk perkara sebenar,dengar apa alasan mereka termasuklah juga yang tolong belikan insuran palsu pun masih ada dibelakang Mad Radhi, Tapi itu semua adalah soal 'ranting' yang banyak berlegar di benak fikiran ramai ahli yang telah di kaburkan mata akal mereka, sedangkan soal pokoknya Mad Radhi BERBOHONG!!! ini pun tak boleh nampak kah atau buat buat tak nampak sebab apa? sebab ada masyukkkkkkkk??

Pak Kaduk banyak mendapat Info dari "1st Hand" bukan 2nd hand tapi mengaku f1st hand. Kesemuanya maklumat yang di beri didatangkan dengan bukti dan petunjuk untuk rujukan sebagai bukti kebenaran perkara itu,saperti kes pembelian Pingat 'Dato' adakah ini nak dikatakan fitnah? sedangkan mereka yang terlibat semua nya masih hidup lagi dan seorang masih lagi berdiri di belakang Mad Radhi, mungkin ada masyukkkkkk!!! yang tiga orang lagi mengambil risiko kehilangan duit puluhan ribu ringgit, tapi ini soal ranting soal POKOK nya jelas Mad Radhi gila PANGKAT, KEDUDUKAN dan salah guna KUASA ini pun tak nampak kah? sebab apa tak nampak? atau buat buat tak nampak sebab ada Masyukkkkk!!! kalau yang belum masyukkkk!!!! tunggu!!! ada habuan untuk hang nanti.

Berbalik kepada soalan perkara Mad Radhi tunjuk samseng yang di siarkan baru baru ini ada yang mengatakan ini hanya cerita dongeng dari Pak Kaduk, sedang kan perkara yang berlaku telah pun ada report Polis nya, saperti kes di HUKM report polis telah di buat. Kes YDP Pahang Pak Kaduk dimaklumkan dua laporan polis telah di buat terhadap YDP berkenan satu kes langgar dan kedua kes cubaan memukul. Kes di Johor belum sampai tahap laporan Polis di buat. tetapi adalah di beri tahu dengan Pak Kaduk, jika berterusan ugutan di beri maka mereka tidak akan teragak agak untuk membuat laporan Polis. Sahingga kini terdapat dua atau tiga lagi kes yang sedang menanti untuk di buat laporan, jangan terkejut bila Polis bertindak sekali harung setelah mengumpul maklumat, jangan terkejut juga jika ada yang kena simpan dalam "Sel' buat sehari dua. Nak jadi kepala samseng kena rajin berkawan dengan' Sel' baru boleh jadi kepala samseng,dalam dunia melayu tidak di sebut samseng tetapi pendekar dan dalam budaya Melayu pendekar adalah seorang yang handal dan teruji pernah mengalahkan musuh secara perseorangan. Tidak dinama pendekar kalau dia berkumpulan setakat usung sepuluh dua puluh macai nak pergi pukul sorang, samseng taik kucing namanya tu. Seorang pendekar bukan sahaja boleh mengalahkan musuh dengan senjata tetapi pendekar juga boleh mengalahkan musuhnya dengan lidahnya dan terpenting seorang pendekar mestilah pandai menggunakan akal dan fikiran.kalau setakat samseng Kampong Dusun rentikanlah buang karan sahaja kata orang sekarang. Tetapi ini soal ranting sahaja, soal POKOKnya biginikah keperibadian seorang GURU? Ada masyukkkkkkkkk!!! semua kira bolehh.

Dan sekarang panglima perang kepada Mad Radhi, Amin yang suatu ketika dulu semasa krisis dengan Cekak Malaysia dan isu Isyak Hitam kelibat dia pun tak nampak, Ketika kes berlaku dia masih lagi berada di Utara tanah air ramai yang mencarinya untuk mendapatkan berita dan maklumat sebab dia keluarga terdekat,tapi satu habuk pun tak ada, dah lah habuk pun tak ada batang hidung pun tak nampak, tetapi kini timbul dengan Gah nya pukul canang merata mempertahankan BENIH HAHAFI melalui kumpulannya HANAFI ABADI, habis semua buruk orang dijajanya hujung nya buruk laku sendiri terdedah, kerana apa sekarang baru nampak batang hidung??? sebab ada masyukkkkkkkk!!!!!

Begitu juga dengan kes terhangat dipasaran sekarang Kes Cabul Guru Terhadap Anak Murid.Yang berlapang dada dengan mudah menerima fakta kes sebab dapat melihat dimana sangkut nya kes tersebut, yang mengkaji berharian dok kaji tapi kajian hanya di sekitar kelumpok mereka sahaja,tanpa merujuk kepada mereka mereka yang telibat secara lansung dengan dalam kes ini.Maka berbagai andaian dan versi cerita dan cabang cerita yang kita dengar dari kes tak ada budak sahingga ada ujud tiga budak yang semua ini di ceritakan sendiri oleh Mad Radhi bukan orang lain mengikut kawasan dan tempat, cerita memicit kepala, menarik ke buah dada , mengurut belakang badan yang telah dirakamkan di dalam bentuk video semasa siasatan tidak pulak diceritakan. ini pun soal ranting sahaja soal pokoknya Boleh kah sesaorang yang bukan muhrim berada didalam sebuah rumah secara berduaan yang boleh mendatangkan syak? kalau menyebut picit kepala itu benar berlaku, mengurut ke dada itu benar berlaku adakah perkara cabul itu tidak boleh berlaku? Kalau benar mangsa tu benar benar GATAL, lagi tak boleh masuk ke dalam rumah sebab boleh mendatangkan syak, saperti masuk ke rumah pelacuran, macam macam andaian orang boleh buat, kalau benar Mad Radhi di fitnah kenapa tidak di saman sahaja si penuduh? buat sahaja saman malu,untung untung ada masyukkkkk!!!!nak jaga aib penuduh? diri sendiri pun sedang di aib dan tak terbela kalau benar lah itu fitnah.

Ada pulak juak juaknya mempertikaikan kewibawaan Jawatan Kuasa Siasatan, tapi tidak pulak mahu bersemuka dengan pengerusinya sendiri ia itu Tn Hj Yahya, Bertanya lah sendiri dengan beliau, bertanyalah mengapa kajadian mengangkat sumpah diantara yang menuduh dan di tuduh dalam bentuk kekeluargaan tidak dapat dilakukan atas kehendak siapa? ada sesiapa juak juak Mad Radhi yang dah bertanya? ingat lah Tn Hj Yahya tu pun seorang Peguam juga dan menjadi peguam rasmi persatuan bukan seorang yang tak bersekolah.

Banyak lagi cerita di belakang tabir yang boleh Pak Kaduk dedahkan tunggu masa dan ketika nya sahaja.

Kalau meneliti pendedahan yang di buat oleh Pak Kaduk adakah ini di sebut FITNAH? sepatutnya pendedahan yang di buat ini boleh membuat juak juak Mad Radhi yang di luar tu berfikir, jangan berpusing pusing pada ranting sahaja lihat lah pada perdu atau pokok perkara.

Kepada yang tahu kesah aktiviti di Concorde Hotel boleh lah berkonsi dengan rakan rakan, tapi sila pastikan datang dengan bukti saperti salinan resit sewa bilik, salinan resit minum di BAR @ coffe House kalau ada gambar lagi menarik..

yang ini kena tunguuuu...tak ada masyukkk!!!! tapi ada banyak syukkkkkk!!!!!

Read more...