Bohong Lagi?? Entahlah!!

2006/12/28

Bohong lagi?? entahlah betul tak betul pun Pak Kaduk tak tahu, almaklumlah sejak sehari dua nih Pak Kaduk sebok dengan suasa banjir yang melanda, alhamdullilah rumah Pak Kaduk tak terlibat, kalau terkena mau agaknya juak juak nih berkata 'kan dah kena daulat guru', itu kalau Pak Kaduk yang kena lah, tetapi mau tak mereka fikir kalau kena pada pengikut pengikut mereka? Tetapi kira heran lah juga kenapa tiba tiba kawasan berhampiran tempat Pak Kaduk ini di landa banjir kalau kecil kecil atau sedikit tak apa lah itu biasa berlaku dimana mana daerah pun ini hampir se negeri yang lumpuh akibat banjir dan ada tempat tepat hubungan terputus terus, apa sudah jadi Johor? apa sudah jadi Melaka? apa sudah jadi N. Sembilan?, Mungkin kebetulan entahlah Pak Kaduk bukan nya mahir berfirasat mau pun memiliki anugerah "kasyaf" saperti guru guru silat ni yang boleh melihat 'screen tv' disebalik tembok tebal. Pak Kaduk teringat satu cerita yang di sampaikan sendiri oleh Mad Radhi satu ketika dulu bahawa sekiranya 'dia' ( dengan maksud dirinya sendiri) tinggal di satu satu kawasan atau pernah tinggal dikawasan tersebut insyaAllah kawasan tersebut akan selamat dari malapetaka. Mad Radhi menekankan bahawa kawasan itu akan selamat kerana berkatnya 'guru' tersebut..apa sudah jadi? Pak Kaduk serahkan pada pembaca untuk mentafsirkannya sendiri.

Bohong lagi?? entahlah, Pak Kaduk ingin sampaikan, adalah berita berita yang disampaikan pada Pak Kaduk sehari dua ini, ia itu kisah yang sedang hangat ini dimana dalam mempertahankan diri Mad Radhi telah mencipta satu lagi bohong jika sebelum ini didalam mempertahankan diri, juak juak dan Mad Radhi sendiri menyamakan kes cabulnya ini sama dengan kisah Nabi Yusof yang digoda isteri Raja Mesir, Zulaikha, tidak mahu pulak juak juak ini mengaitkan dengan kisah Nabi Ibrahim dengan menantunya kan bagus jika ketika itu Mad Radhi mengikut Nabi Ibrahim yang tidak masuk kerumah anak menantunya ketika anaknya Nabi Ismail tiada dirumah walaupun di pelawa oleh menantunya sendiri. Tetapi kini dijadikan perisai baru bila di ajukan dengan soalan "mengapa masuk kerumah budak itu" maka akan dijawab oleh Mad Radhi "dah dia yang pelawa saya masuk" macam itu pula jadi nya. Dah jadi kes macam ini pandai pula kata budak tu fitnah dia seawal awal tak mahu pula berfikir kemungkinan akan berlaku perkara mengaibkan ini, kan pendek akal nama nya tu. Betul ke berlaku fitnah? kalau betul mengapa tak pergi tampar sahaja budak tu kalau betul "jahat mulut" kenapa tak di 'ajar' kedua mak bapak budak tu kerana tak reti membesarkan anak. Kenapa tak disaman nya "Pak sedara" budak tu, pandai pandai buat surat mencemar nama? Yang dibusukkan nama adalah orang orang lama. Membusukkan nama orang orang lama ini bukan kerja baru pada Mad Radhi dan juak juak nya..dah lama dah dia orang buat kerja ini asal singgah sahaja rumah kaum kerabat dia akan memburukkan orang lama ni, tak suka orang nih lah , tak serasi dengan orang itu lah , ini apa punya Guru suka buat cerita bukan bukan pasal orang orang lama ni? sedangkan orang orang lama ini tidak pula menceritakan betapa juak juak dan kaum kerabat 'Bani Hanafi' ini perlu dilayan sebagai VVIP disetiap majlis, pernah kan tuan tuan mendengar bahawa disatu 'majlis' di Kuala Lumpur, juak juak ini telah menempah bilik di Vistana Hotel untuk di inap oleh juak juak dan keluarga Mad Radhi tanpa pengetahuan MMK tetapi kos ditangung oleh persatuan, ini apa kejadahnya duduk hotel? rumah bukan nya jauh sangat pun. Sedangkan ada ahli yang datang dari jauh berbantalkan lengan beralaskan rumput berselimutkan langit berkorban wang ringit demi persatuan tetapi juak juak ini suka suka hati buat duit persatuan ini macam mak bapak depa punya.Kalau ada majlis diluar kawasan lebih lebih lagi jika ke Sabah Serawak sanun yang tersenarai mesti nama juak juak Mad Radhi juga walaupun di atas kapasiti sebagai penjawat jawatan , macam diaorang sahaja yang memegang jawatan. Seronok agaknya yerr bila 'travel' free nih kena pula naik kapal terbang, bersusun gamaknya Mad Radhi letak nama juak juak nya.

Bohong lagi?? entahhh. Sekarang nih si Moktarudin dan Jamaludin rajin turun berkempen, kalau dulu yang sorang asyik mengadu tak sihat dan sakit sakit manakala seorang lagi sebok dengan kerja dan ehem ehem nya.Almaklumlah VVIP mana boleh kerja keras kena banyak rehat biar kuli kuli kat bawah nih buat kerja. Kenapa sekarang tiba tiba boleh? imbuhan sudah naik kah? kalau dulu dapat rm300.00 sekarang mungkin ada lebih sikitlah kot, ini bukan fitnah, ini cerita betul punya, tak percaya tanyalah dengan Mad Radhi sendiri dan Moktarudin, tapi macam biasa dah tau dah jawapan mereka..."mana adaaa itu fitnah".

Bohong lagi?? agaknyalah kot, dalam berkempen ada juga yang bertanya 'betul ka persatuan sekarang sedang disaman?' jawapan si Jamaludin adalah 'mana ada, karut itu semua fitnah!, depa saja nak buruk buruk kan nama Abg Mad' apa punya dol daa , tapi tak boleh salahkan dia juga sebab dia bukan diantara yang disaman. Itu sebab dia tak tahu dan sebab tak ambil tahu lah juga Cawangan Pulau Pinang dibubarkan, sampai begitu sekali punya tak tahu si Jamaludin nih. Tak apalah Pak Kaduk nak beri tahu bahawa Persatuan sekarang sedang di heret ke makamah dan akan di dengar di kamar Hakim Makamah Tinggi pada 23 Januari 2007.Bagi memohon pembatalan Mesyuarat Agong ke 9 yang telah berlansung pada 11 Mac 2006 adalah tidak sah dan terbatal dan memohon satu mesyuarat Agong Luar Biasa diadakan, begitulah lebih kurang bunyinya.Ho ho ho seronok lah juak juak Mad Radhi bila mendengar kabar berita gumbira ini,mungkin ada yang tersenyum sumbing atau menari gelek Rabiah agaknya yerr. Ehh siapa yang saman tu? adalah mamat dol dari Melaka nih, siapa nama ?? aaaa haaa si Omar Rahman ala tuan tuan mesti kenal ,dia ni kalau datang songkok tak lepas kat kepala kira macam alim lah kot, entah macam mana orang ini boleh jadi bebal pergi saman persatuan tapi Pak Kaduk tahu lah siapa dibelakang si dol ni, siapa lagi kalau bukan Mad Radhi sendiri. Seronok ker saman menyaman nih? entahh seronok lah agaknya yerr mana idak nya nama tercatit didalam sejarah persatuan yer cik Omar. kalau nak dicatitkan jasa dan pengorbanan kepada persatuan yelekk jadi kena lah cipta sesuatu atau menumpang lalu bila singgah kompang dipalu cam gitu lah kot gamaknya. jika tidak apa ke jadahnya di saman persatuan patutnya di saman sahaja Mad Radhi tu kerana mencemar nama persatuan dengan kes salah laku mencabul nya tu. Yang herannya adalah kenapa disaman selepas 4 bulan jawatan kuasa pusat dipilih kenapa tidak seawal awal dulu atau sekurang kurangnya 3 minggu sebelum pemilihan ahli MMK berjalan?. Kenapa diheret ke makamah selepas persatuan memecat Mad Radhi sebagai presiden? macam ada ayam disebalik nasi briayani sahaja kau nih dol. Mengikut Afidavit dari si dol nih Pak Kaduk mengambil pada para 10 bahagian A ceraian 3 yang berbunyi

"apa apa mesyuarat,prosiding dan sebarang rapatan yang dijalankan selepas Mesyuarat tersebut di peringkat majlis atau lembaga atau jawatankuasa yang dibentuk di dalam PSSCUHM adalah tidak sah dan terbatal; dan "

disambung pada ceraian 4 berbunyi

"apa apa keputusan atau dapatan atau arahan yang di buat di dalam apa apa mesyuarat,prosiding dan sebarang rapatan yang dijalankan selepas Mesyuarat tersebut di peringkat majlis atau lembaga atau jawatankuasa yang dibentuk di dalam PSSCUHM adalah tidak sah dan terbatal"


Kan dah terang lagi ber 'spotlight' nama nya tu. Sebab saman itu dikeluarkan pada 15 Sept. 2006 selepas 33 hari Mad Radhi di pecat dari jawatan presiden dan keahliannya di gantung, Tak perlu sembunyi taktik budak tadika lah dol, ibarat lori semen di belakang sekuter orang boleh nampak. Semoga usaha kamu ini berjaya lah yer dol, untung untung dapat ler balik 'Guru' kamu tu tapi jangan lupa yer dol, jika ini permainan catur kita lihat siapa di bermain di tapak putih siapa di tapak hitam. Pak Kaduk ingin bertanya duit siapakah yang keluar bagi menangung kos perbicaraan ini? duit dol kah? duit Mad Radhi kah atau duit sekelian ahli? kalau dol ahli seumur hidup ramai juga yang menjadi ahli seumur hidup tau.

Apa punya bohong ?? ya kahh? entah!! hantam saja laaa buat lah apa lu suka, ini apa pulak? entahh dengar dengar sekarang dah keluar 'arahan' dari juak juak yang ta'sub "sangat sangat" dengan Mad Radhi nih. arahannya berbunyi " sekiranya ada individu individu atau kumpulan kumpulan tertentu yang datang untuk membuat atau mengadakan majlis penerangan berkenaan dengan isu masa kini sila tolak atau maklumkan pada pihak kami " wahhh!! bagus punya arahan, al maklumlah tak lama lagi banyak universiti akan dibuka dan kelas kelas latihan akan berjalan saperti biasa jadi juak juak Mad Radhi telah sediakan payung sebelum hujan, hebat juga perancangan mereka ini. Tetapi juak juak ini lupa bahawa aktiviti aktiviti persatuan yang dijalan kan di universiti adalah di bawah pentadbiran universiti tersebut, cuba bayangkan kalau si 'Harimau Belantara' tu kena cekup dalam sehari dua nih apa macam? tidak kah pihak pentadbir universiti tersebut akan mengambil tindakan membekukan aktiviti silat cekak silap silap dengan persatuan di IPT itu sendiri kena BAN padan muka. Bagus lah tu Badan Induk di heret ke makamah ahli ahli di bahagian sayap tidak di beri maklum.

Apa punya bohong ?? ya kahh? entah!! itu lah banyak perkara perkara pelik pelik yang berlaku kini, Johor boleh banjir paling teruk kali ini "mungkin" kerana berkat 'guru' yang pernah tiggal disitu dan bermentuakan orang Johor telah hilang "berkat" atau mungkin kerana ramainya pengikut pengikut yang "sangat sangat" disini agaknya maklumlah "guru hebat" dugaannya pun hebatlah juga yee, kerana kebodohan si Dol tadi maka Melaka pun terbabit banjir yang sebelum nih tak lah ketara sangat kalau berlaku banjir pun begitu juga dengan N.Sembilan gara gara suka hati mak bapak dia sahaja nak laknatkan dan "memberokkan" orang kan dah banjir, Orang di "bendang" baru apa macam? ingat pesan Ustaz, "jangan cakap bohong", Mad Radhi juak juak boleh kata "itu kebetulan sahaja", ya kaa? entahhh agaknyalah kot tuhan sahaja yang maha mengetahui. tak tahu nak kata apa, depa nih kan wali wali.

“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” Asy Syuura: ayat 30

Ini lah Pak Kaduk nak cadangkan pada ahli majlis MMK siarkan sahaja dalam media rasmi persatuan segala dokumen bertulis,video atau pun pita rakaman siasatan berkenaan dengan kes salah laku ini biar sekelian ahli dapat membacanya, termasuklah yang dah diserahkan pada pihak polis sebelum makamah melarang dari disiarkan untuk tatapan. Jika boleh siarkan sekali rakaman semasa mesyuarat MMT biar mereka rasakan macam mana rasanya diri bila di maki hamun dan di gelar BINATANG.

Selamat Menyambut Ulang tahun ke 41 Silat Cekak

Read more...

BANI HANAFI YANG PUPUS - 3

2006/12/18

Dalam dua siri yang terdahulu berkaitan tajuk yang sama, Pak Kaduk ada membincangkan tentang kesahihan pengijazahan Ishak Itam dan juga Mad Radhi yang mendakwa di terima dari Al-Marhum Ustaz Hanafi. Dalam kedua-dua artikel tersebut, kesimpulan Pak Kaduk ialah kedua-dua insan yang pernah bergelar Guru Utama ini sebenarnya tidak mendapat mandat dari Ustaz Hanafi. Mereka dilantik menjadi guru selepas persetujuan dari Majlis Permuafakatan yang bersidang dan bersetuju melantik mereka untuk menjadi guru. Oleh itu jika berlaku sesuatu masalah atau pergolakan seperti sekarang ini, bolehkah majlis permuafakatan ini membuat keputusan melantik guru baru tanpa perlu melalui proses penyerahan seperti mana yang berlaku sebelum era Ustaz Hanafi? Jawapannya BOLEH. Mandat terletak kepada MMT dan mereka berhak menentukan siapakah bakal pengganti yang layak untuk meneruskan perjuangan yang diteruskan oleh Ustaz Hanafi tanpa perlu ada proses penyerahan mandat. Sebenarnya tiada mandat yang hendak diserahkan. Kita sebenarnya keliru mengenai mandat perguruan dan siapa yang mempunyai mandat tersebut.

Siapa Guru Pengganti?

Mengikut suasana terkini dan keresahan kebanyakkan ahli serta pemimpin pusat, adalah dijangkakan Guru Utama yang baru akan dilantik selepas beberapa proses yang berkaitan dengannya dapat diselesaikan. Tempoh jawatan Mad Radhi sebagai Guru Utama SCH yang telah tamat pada 13 Ogos 2006. Tempoh sekarang adalah tempoh bertenang sebelum perlantikan guru yang baru diumumkan bagi meneruskan perjuangan Al-Marhum Ustaz Hanafi Hj Ahmad. Sudah tentu perlantikan Guru Utama yang baru akan diumumkan secara rasmi melalui media persatuan dan dengan itu akan berakhirlah kemelut yang melanda persilatan ini hendaknya. Siapakah guru baru yang akan dilantik? Yang Pak Kaduk pasti ialah bukan dari kalangan Bani Hanafi. Mereka sudah tidak relevan dengan perjuangan silat ini dan tidak berhak menuntut jawatan tersebut. Siapakah di kalangan ahli-ahli silat ini yang layak? Usah dirisaukan. Berdasarkan pemerhatian Pak Kaduk, ada ramai anak murid Ustaz Hanafi yang layak memikul tanggungjawab tersebut dan kebanyakkannya berada di Kuala Lumpur. Ada satu atau dua yang berada di luar Lembah Kelang. Ada ramai calon sebenarnya. Oleh itu kepada ahli-ahli sekelian, janganlah berasa tidak tenteram memikirkan siapa yang akan meneruskan perjuangan kita ini. Serahkan urusan tersebut kepada pihak-pihak yang berkenaan dan tahulah mereka melakukannya.

Adakah guru baru perlu mendapat mandat guru dari Mad Radhi?

Seperti mana yang telah kita bincangkan sebelum ini, Mad Radhi sebenarnya tidak ada mandat untuk melantik guru. Malah perlantikan beliau sendiri adalah atas perlantikan oleh Majis Muafakat Tertinggi (MMT). Sebenarnya salahsilah perguruan yang menuruti tradisi penurunun mandat perguruan dari guru kepada guru yang lain telah terhenti tatkala Ustaz Hanafi meninggal dunia. Tradisi itu telah terhenti sejak hampir 21 tahun yang lalu. Yang berlaku selepas era Ustaz Hanafi adalah perlantikan guru melalui proses musyawarah yang diwujudkan melalui MMT. Jika kita faham tentang perkara yang berkenaan, maka kita akan maklum bahawa guru baru yang akan dilantik nanti TIDAK PERLU mendapatkan mandat tersebut dari Mad Radhi. Malah Mad Radhi tidak ada mandat tersebut. Habis, siapa yang ada mandat tersebut? Yang ada mandat perlantikan guru adalah majlis yang sama yang melantik Ishak Itam dan Mad Radhi iaitu Majlis Muafakat Tertinggi (MMT). Majlis inilah yang mempunyai mandat sebenarnya selepas era pemerintahan Ustaz Hanafi! Walaupun Mad Radhi cuba menafikan hakikat ini, beliau sebenarnya tidak dapat lari dari kenyataan. Beliau harus berpijak dibumi nyata. Dunia ini hanya sementara, akhirat juga yang kekal abadi. Begitulah juga jawatan yang disandang oleh Mad Radhi. Jawatan tersebut hanya sementara, tiba masa, ianya akan ditarik balik dan Mad Radhi akan menjadi manusia biasa juga akhirnya. Selamat menjalani hidup baru wahai Mad Radhi. Baik diluar mahupun ‘di dalam’ sana. Insaflah, semua kita mempunyai amanah dan tanggungjawab, tetapi apabila kita mengabaikan tanggungjawab dan mengkianati amanah, maka kita yang akan menerima balasannya.

Apa jadi kepada Mad Radhi?

Mad Radhi mungkin masih terus memperjuangankan dan membuat andaian bahawa beliau masih guru yang sah. Beliau akan meneruskan usaha beliau sepertimana yang dilakukan oleh Ishak Itam selepas jawatan Ishak Itam dilucutkan pada satu ketika dulu. Dulu Mad Radhi marah kepada Ishak Itam kerana masih meneruskan tugas guru walaupun sudah tidak diiktiraf oleh Majlis Muafakat Silat Cekak. Tetapi Pak Kaduk percaya yang Mad Radhi akan melakukan perkara yang sama sepertimana yang dilakukan oleh Ishak Itam. Namun begitu, beliau harus berdoa supaya beliau masih bebas dan tidak dicekup oleh pihak polis berkaitan kes cabul beliau atau pihak-pihak yang lain yang mempunyai minat terhadap Mad Radhi ini bagi kes yang lain. Oleh itu, sementara Mad Radhi sebok melayani ‘kehendak-kehendak’ pihak berkuasa ini, kita semua harus meneruskan kerja kita yang terbengkalai sejak bulan March 2006 yang lalu. Kita harus membuka lembaran baru, apatah lagi tahun baru 2007 akan kita sambut selang beberapa hari lagi. Semoga tahun yang baru nanti, kita mendapat semangat baru dan pemimpin yang baru yang mempunyai semangat dan kefahaman yang jitu. Jangan lupa juga, 28 Disember 2006 ini genaplah Silat Cekak berusia 42 tahun, iaitu selepas 21 tahun Ustaz Hanafi meninggalkan kita. Tarikh tersebut merupakan juga tarikh bersejarah dalam perkembangan Silat Cekak dan juga tarikh keramat di mana Silat Cekak mula bertapak di bumi nyata.

Bani Hanafi yang pupus……

Kalau dikaji diawal krisis, ada cadangan perlantikan guru baru dari ahli keluarga Ustaz Hanafi juga untuk memastikan jawatan guru itu masih berada di dalam kekuasaan Bani Hanafi. Tetapi perkara ini tidak berjaya dilaksanakan dan mungkin sudah sampai masanya bahawa Bani Hanafi ini hilang kelayakan untuk menjadi guru. Jawatan guru ini perlu pula diserahkan kepada orang lain untuk meneruskan perjuangan Ustaz Hanafi. Ini secara tidak langsung menyumbang kepada proses pelupusan kekuasaan Bani Hanafi dalam Silat Cekak dan juga satu simbolik di mana berakhirnya pemerintahan Bani Hanafi.

Jika telahan Pak Kaduk adalah benar di mana guru baru yang akan dilantik bukan terdiri dari kalangan Bani Hanafi, maka adalah wajar kita katakan bahawa era Ustaz Hanafi dan Bani Hanafi hanya sampai di sini. Maka akan tamatlah riwayat keagungan satu bani yang satu ketika dahulu berdiri megah menongkat dunia dan mewar-warkan kepada dunia bahawa ‘Takkan Bani Hanafi Hilang di Dunia’. Itu kata mereka, tetapi kata kita ialah ‘Bani Hanafi Telah Pupus Dari Dunia Kita’. Pupusnya Bani Hanafi ini adalah seperti pupusnya beberapa kaum dalam sejarah Islam yang mana kecelakaan yang menimpa mereka adalah hasil perbuatan mereka sendiri. Kaum Nabi Nuh a.s. yang telah tenggelam di bawah air banjir yang mengerikan, Kaum ‘Ad yang telah ditimbus oleh ribut pasir yang tiada hentinya, Kaum Nabi Lut a.s. yang mengamalkan liwat dan telah dihapuskan dari muka bumi dengan aliran lava serta gempa bumi, Askar-askar Fir’aun yang telah hilang di dalam laut dan banyak lagi kerajaan-kerajaan silam yang telah dihapuskan dari muka bumi ini oleh Allah swt kerana durhaka mereka, begitulah juga akan terhapusnya Bani Hanafi ini dari riwayat Silat Cekak dek kerana keangkuhan dan perbuatan mereka sendiri.

Seperti mana sejarah merakamkan peristiwa penghapusan kaum-kaum yang pupus, begitulah juga apa yang akan berlaku kepada Bani Hanafi untuk masa sekarang dan akan datang dan nama Ustaz Hanafi secara tidak langsung akan lenyap ditelan zaman dan dilupakan oleh orang-orang atau generasi yang akan datang. Semua ini adalah hasil sumbangan Bani Hanafi sendiri dan janganlah disalahkan orang lain atas apa yang telah berlaku. Nasi sudah menjadi bubur. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Begitulah kehendak Allah swt bagaimana nama satu bani yang terhapus dari muka bumi ini. Segala mala petaka yang berlaku bukanlah atas perbuatan orang lain tetapi adalah atas perbuatan Mad Radhi dan Bani Hanafi sendiri. Kita pasti akan merindui nama Ustaz Hanafi selepas ini, namun begitu apalah ada pada nama kalau nama tersebut membawa kemusnahan kepada perjuangan beliau sendiri. Dan begitulah kehendak tuhan , kita manusia hanya boleh merancang tetapi tuhan juga yang menentukan. Dari Allah kita datang, kepadaNya lah juga kita akan kembali….

Sekian, wassalam.
Pak Kaduk – maafkan kami Ustaz Hanafi, kami telah mencuba untuk menyelamatkan keluarga mu, tetapi apakan daya, Allah maha berkuasa. Kami tidak dapat melawan takdir. Maafkan kami, kerana tidak dapat memenuhi harapan dan amanahmu. Pelayaran selama 21 tahun selepas pemergianmu tidak semudah yang disangka, badai dan taufan sering melanda, walaupun kami telah beriktikad untuk menjaga keluarga dan anak-anakmu, kami juga insan biasa. Tiada terdaya melawan ketentuannya…

Read more...

Baju Koporat ,Songket CH

2006/12/15

Kita akan kehilangan sejarah perjuangan jika jenerasi sekarang tidak didedahkan maksud sebenar perjuangan yang di bawa oleh Almarhum Ustaz Hanafi. Tidak diketahui sejarah Panglima Ismail, Panglima Tok Rashid,sejarah dizaman Yahya Said juga banyak yang kelabu tidak siapa yang tahu selain telah di bentangkan oleh Ustaz Hanafi didalam majalah Dewan Masyarakat sekitar tahun 1975, tak semua berkesempatan membacanya bagi jenerasi sekarang, sejarah merakamkan penentangan 'Long bersaudara' dan lahirnya silat Kalimah.

Banyak sejarah telah dirakamkan di zaman Almarhum Ustaz Hanafi Hj Ahmad, Diwaktu ini siapa kah yang boleh membukukan sejarah tersebut selain tidak orang orang lama yang masih setia dengan pejuangan Silat Cekak ini. Nak harapkan Mad Radhi? masih berhingus lagi ketika itu, Abang Yang? banyak merapu dari logik akalnya, Jamaludin? cerita pasal CNI boleh lah , Moktharudin? pun macam itu juga sakit memanjang, Fauzi? tak apalah kita simpati dengan keadaan dia, begitu juga Fauziah @Suraya @Maksu yang tak ambil tahu pasal persatuan tapi dek kerana sayangkan laki, ku ikutkan jua,dapat suami nampak bijak tapi tak cukup cerdik yang suka suka melaknat orang, dasar tak sedar dan lupa diri, lupa agaknya majlis kahwin nya siapa yang uruskan? bukan orang yang kau mohon laknat dan maki hamun tu ke?.

Sejarah akan hilang, akan terpadam , hilang bersama tiadanya lagi orang orang lama ini yang banyak menyimpan sejarah yang akan mengakhiri hidup mereka tak tahu bila, jika jenerasi sekarang tidak di berimaklum akan hala tuju dan perjuangan sebenar Silat Cekak ini. Silat Cekak di harus perdana Ishak Hitam melalui zaman gelap dan sejarah akan tertulis hanya melalui ingatan Saudara Maiden sahaja, Ishak Hitam tak terlibat dengan pembangunan Silat Cekak, kecuali sesi bersama Silat Lincah yang di batalkan dan sejarah telah merakamkam kesuraman Silat Cekak bila Ishak Hitam melalut dengan cerita 'Persalinan Rohnya' dan menghina Rasul Junjungan dan telah diambil tindakan oleh pihak JAKIM, sungguh bernasib baik Silat Cekak tidak 'Gam' gara gara Guru yang renchong ini oleh kerana Silat Cekak ini tidak bleh di pimpin oleh guru yang rencong maka lahirlah pula Persatuan Silat Cekak Hanafi Malaysia.

Dizaman Mad Radhi, bukan sahaja sejarah merakamkan kehitaman tingkah peribadi tetapi mencemar kedaulatan Silat Cekak itu sendiri.Jika di ikut zaman waktu kebelakangan dari mana kah jenerasi baru ini akan mendapat maklumat sejarah Silat Cekak ini? dari Mad Radhi kah? dari Abg Yang kah? atau orang orang lama?, Mesti jenerasi baru akan bersetuju dengan pendapat Pak Kaduk bahawa pada orang orang lama ini lah sejarah terpahat di jemala mereka , bak kata pepatah lama masakan dapat sagunya jika ruyung tidak di pecahkan. Tetapi boleh dapatkah sagunya sekarang ini jika ruyung telah merajuk hati dan mendiamkan diri akibat dari kata nista keluarga, akibat sombong dan bongkak diri keluarga dan akibat tak sedar diri nya Mad Radhi.

Siapakah yang terlibat dengan penubuhan PESAKA ( kena ingat PESAKA dan Ustaz Hanafi tidak dapat di pisahkan ) bersama Almarhum Ustaz? keluarga? salam malam lah. Mad Radhi? masih hingusan lagi masa tu. Amin Joker? masih main kapal dalam longkang lagi ketika itu. Ini bukan mengungkit tetapi ini sejarah, betapa sejarah telah membuktikan yang keluarga Hanafi @ Bani Hanafi ini tidak ada pengelibatan besar mereka didalam perkembangan Silat Cekak tetapi sekarang pandai pandai menjaja Silat dan Persatuan ini hak KELUARGA macam menjaja goreng pisang, goreng pisanggg??? sensetifnya bunyi goreng pisang nih kena pula hari Jumaat macam ini.

Apa kah yang boleh diambil pengajaran dengan Mad Radhi ini, Kisah kisah dia di Johor tu, kisah 'Penumbuk sebesar kaki gajah'? kisah 'meniti di atas kaca pecah'? orang mengong sahaja yang percaya kot. Apa kah jasa Mad Radhi nih selain Baju Koporat ,songket CH, Tudung sri kandi? Bila sesi berkongsi pengalaman siapakah yang selalu di jemput? bila jemput keluarga ada sahaja alasannya supaya tidak hadir yang kedepan adalah ahli ahli lama. Mad Radhi? majlis ada masyuk nak lah dia datang yang tak ada masyuk mampus pi lah.

Pak Kaduk pernah menghadiri dan mendengar disuatu majlis ceramah oleh En Yusof Cek Mat, didalam satu bab ceramah tersebut beliau ada mengupaskan berkenaan dengan 'bismillah' jelas dan nyata, lancar tampa tersekat sekat menunjukan iklasnya hati memberi maklum dan kupasan. tidak saperti abang Mad Radhi si Jamaludin, pandai pandai sahaja mengupas maksud 'nir Rahim' itu adalah yang ada dalam perut ibunya yang mengandungkan Mad Radhi 'guru kita' cerdik tak boleh di ikut si Jamaludin nih, elok sangatlah berhijrah ke Sg Petani tu untung untung boleh 'kebendang' baru. Berbeza bila mendengar ceramah Mad Radhi. separa jalan sudah cukup meletih dan membosankan, sebab apa? sebab tak ada isi, kupasan bercelaru yang ada hanyalah jenaka lucah dan stupid sama macam Abang Long nya Jocker Of The Year, dengar kata sekarang banyak termenung panjang, memikir hujung hayat kemana dibawa agaknya.

Percayalah sejarah silat cekak ini akan hilang jika sesuatu tindakan tidak dibuat untuk mengumpul dan di buku kan semua maklumat yang masih boleh di dapati hari ini. Sejrah akan bertukar rupa bentuk dan salah silahnya jika semua orang lama ini mendiam diri akibat berkecil hati dengan tingkah laku keluarga dan kata kata kesat yang dilemparkan.

Akan berlakulah menipulasi sejarah bila juak juak termasuk Mad Radhi sendiri yang malu jika sejarah sebenar didedahkan, sejarah pengambilan mandat dengan Ishak Hitam, sejarah hitam kisah Mencabul kehormatan gadis sunti, sejarah menipu dan mengambil kesempatan terhadap anak murid disembunyikan esok lusa yang akan diceritakan adalah dari Ustaz Hanafi Pemimpin Agung terus kepada Mad Radhi si Harimau Belantara yang tak ada teloq, hilang taring tinggal gusi sahaja.

Setiap kali hari Jumaat yang berkat ini Pak Kaduk teringat akan cerita sensasi pencabulan Guru Silat Mad Radhi terhadap gadis sunti anak murid nya sendiri dan ternampak akan goreng pisang panas yang terhidang dan air oren tiga gelas.

Apa punya bohong Mad Radhi nih...

Read more...

MAD RADHI GURU YANG BACUL!!!

2006/12/14

Pak Kaduk mendapat satu cerita yang sangat panas untuk dikongsi bersama dengan para pembaca yang budiman. Cerita yang disampaikan melalui Jabatan Penyiasatan Pak Kaduk ini amat sensasi! Apa tidaknya, seorang guru silat takut kepada anak murid sendiri apabila DICABAR untuk beradu kekuatan!

Mengikut cerita yang diperolehi, peristiwa ini berlaku pada tahun 2002 bertempat di Pusat Latihan Tanah Liat, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kelas silat ini adalah kelas silat yang telah bergerak lama sejak dari zaman Ustaz Hanafi lagi. Sebelum ini kelas silat tersebut dijalankan di rumah Ishak Itam, tetapi selepas perpecahan berlaku antara Cekak Hanafi dan Cekak Malaysia, kelas ini telah dipindahkan ke tempat lain bagi meneruskan pengajaran Silat Cekak Hanafi. Penyelia Kelas di situ ialah Cikgu Ismail Mahmud. Cikgu Ismail ini merupakan adik tiri (satu mak, lain bapa) dengan Abang Lah yang merupakan orang lama di Bukit Mertajam. Mereka berdua merupakan anak sedara Mak Teh dan merupakan sepupu kepada Mad Radhi. Abang Lah merupakan orang yang dihormati di Bukit Mertajam dan merupakan tempat rujuk oleh ahli-ahli di kawasan tersebut. Beliau merupakan orang yang rapat dengan Al-Marhum Ustaz Hanafi dan bergiat bersama Ustaz Hanafi sejak Ustaz Hanafi belum menjadi guru silat lagi. Malah ketika Ustaz Hanafi menjual ubat, beliaulah antara orang yang membantu Ustaz Hanafi menjual ubat pada ketika itu. Jadi hubungan mereka amat akrab. Ada juga ketikanya, beliau menjadi tempat rujuk Ustaz Hanafi terutama berkaitan pentadbiran kelas silat di Bukit Mertajam.

Biras Mad Radhi VS Abang Mad Radhi

Kisah bermula apabila ada seorang hamba Allah yang kerjanya suka mengadu domba dan menceritakan kekurangan dan kesalahan orang. Hamba Allah ini suka ‘bawa mulut’ mengenai cerita-cerita di Pusat Latihan Tanah Liat ini untuk disampaikan kepada Mad Radhi. Siapakah hamba Allah ini? Tidak lain tidak bukan biras kepada Mad Radhi sendiri iaitu Syed Zairus. Nak menjadi cerita , Syed Zairus berpindah dari Perak ke Pulau Pinang atas urusan kerja. Bila berada di sana, beliau ada turun ke kelas di Tanah Liat untuk tolong mengajar silat. Tetapi dah dasar orang yang tak tahu adat, datang tempat orang tak bagi salam dan dia nak tunjuk hebat pada orang-orang Bukit Mertajam. Langsung tak ada hormat pada orang-orang tua dan orang lama di situ. Beliau ni selalu bercerita kepada Mad Radhi tentang perkara-perkara yang berlaku di kelas silat di tanah Liat dan juga berkaitan beberapa individu di situ yang Syed Zairus tidak senang hati. Mad Radhi ini pulak nama saja guru, tapi akal pendek, bila dengar saja orang mengadu, terus melatah. Itulah selalunya berlaku kepada Mad Radhi yang akal pendek ini. Berlawanan dengan watak Al-Marhum Ustaz Hanafi yang bukan sahaja tidak melatah sebarangan, malah tidak akan terima bulat-bulat apa yang disampaikan oleh anak murid yang cuba mengadu domba atau memburuk-burukkan orang lain.

Oleh kerana Syed Zairus banyak menceritakan perkara-perkara yang tidak bagus tentang kelas silat di Tanah Liat ini kepada Mad Radhi, lama-kelamaan Mad Radhi terpengaruh dengan hasutan birasnya itu. Maka Mad Radhi secara tidak langsung melihat kelas di Tanah Liat ini sebagai kelas bermasalah. Jadi mulalah Mad Radhi merancang untuk menukar pengurusan kelas di situ iaitu dengan cara menggantikan penyelia kelas di situ iaitu Cikgu Ismail dengan Syed Zairus. Oleh kerana itulah Syed Zairus ini diarahkan oleh Mad Radhi ke PL Liat untuk melaksanakan rancangan Mad Radhi. Disebabkan mendapat arahan terus dari guru, ‘cowboy’ sorang ni naik tocang tak tentu pasal dan mula buat hal di kelas tersebut. Dia nak ubah semua cara-cara pengendalian kelas cikgu Ismail. Sudah tentu cikgu Ismail jadi ‘hot’ dan perkara tersebut menyebabkan timbul perselisihan dan mengeruhkan keadaan di sana. Syed Zairus ini pula mempunyai perangai yang susah diikut. Konon dia ingat dia seorang yang tegas dan ada pendirian. Tetapi sebenarnya seorang diktator yang gila kuasa. ‘Style’ dia mau semua orang ikut cakap dia saja. Dia ni sangat ‘bossy’ dan susah diajak berunding. Sentiasa mahu menunjukkan dia lebih pandai dan lebih hebat dari orang lain. Itulah yang terjadi bila beliau turun ke kelas Pusat Latihan Tanah Liat, nak tunjuk yang dia pandai dan hebat kononnya walaupun terdapat orang-orang lama yang lebih berpengalaman di tempat itu. Sedarlah, awak baru setahun jagung, datang pula tempat orang, jagalah sikit adab awak tu….bagi salam dulu, jangan main terjah saja! Nanti tak fasal-fasal kena terajang.

Dengar cerita, Syed Zairus semasa di Ipoh, Perak pun buat hal diawal pembabitan beliau di sana, tetapi setelah digasak oleh Cikgu Rauhi, baru dia jadi elok sikit. Semasa di Ipoh jugalah Syed Zairus pula yang banyak hentam Mad Radhi kerana Mad Radhi banyak kali tak datang ijazah di Ipoh. Itu sebelum dia jadi biras Mad Radhi, tetapi sekarang bila dah jadi biras Mad Radhi, dia pula yang dok junjung Mad Radhi tu.

Syed Zairus ini bila mula pindah ke Pulau Pinang pun buat hal juga dalam MMN cawangan Pulau Pinang. Dia tak ’berlaga angin’ dengan YDP, si Jamaluddin Hanafi. Jamaluddin pun nak jaga kawasan jajahan takluk dan tidak mahu ada orang luar kacau kawasan beliau. Masalahnya, si jamaluddin ini tak mahu ambil peduli tentang hal-hal persatuan di peringkat negeri pada waktu itu kerana sebok dengan urusan CNI beliau. Manakala Si Syed Zairus pula nak ‘terjah’ sahaja di tempat orang buat sebok. Oleh kerana kekosongan dan ruang yang wujud di antara YDP dan pentadbir negeri yang tidak akrab, maka peluang tersebut digunakan oleh Syed Zairus untuk mewujudkan kem-kem yang menyokong beliau iaitu geng-geng muda yang kaki memberontak. Maka jadilah dua kumpulan di Pulau Pinang, satu mengikut YDP cawangan dan satu lagi ikut kepala si Syed Zairus ini. Inilah juga punca masalah di Pulau Pinang di mana banyak perkara berkaitan perjalanan persatuan tidak dapat dijalankan dengan baik. Pentadbiran persatuan menjadi kucar-kacir sehinggalah cawangan Pulau Pinang dibubarkan oleh Pendaftar Pertubuhan. Inilah sebenarnya jasa Jamaluddin di Pulau Pinang. Orang hantar dia ke sana suruh perkembangkan persatuan dan silat, tetapi lain pula yang berlaku. Sampai persatuan di haramkan dibuatnya. Itulah punya pandainya si Jamaluddin taukey CNI ini. Dan nak jadi cerita lagi, kes cawangan Pulau Pinang ini diharamkan ini digunakan pula oleh Jamaluddin dan juak-juak Mad Radhi untuk menyaman MMK untuk mengistiharkan mesyuarat agung pusat tidak sah. Apa punya anak Ustaz Hanafi yang sorang ni, sudahlah dia tutup persatuan, malah digunakan kecuaian beliau tersebut untuk merosakkan persatuan di peringkat pusat pula. Inilah manusia yang bernama Jamaluddin ini. Kecik-kecik tak mau mati, dah besar menyusahkan orang.

Semasa si Johari (Anjang) jadi Setiausaha cawangan satu ketika dulu, si Jamaluddin ni pun buat tak tahu juga. Jadi si Anjang buat hal dan keputusan sendiri dalam hal-hal berkaitan pentadbiran cawangan. Ini yang membuatkan si Jamaluddin jadi ‘hot’ dan berlakulah juga pergeseran yang tidak berkesudahan. Sehinggakan untuk menghalang si Anjang bertindak secara berleluasa, maka si Jamaluddin melantik si Anjang jadi Naib Yang Di Pertua cawangan. Trick si Jamaluddin ni senang dibaca sebenarnya, jawatan NYDP ni walaupun tinggi dari jawatan Setiausaha, tetapi sebenarnya tiada kuasa, bukan boleh buat apa-apa pun. Si Jamaluddin ‘buang’ si Anjang dengan cara melantik beliau ke jawatan yang tiada kuasa. Maka jadilah si Anjang ni tak tentu hala, hingga ke satu peringkat, si Anjang membawa diri ke Sungai Petani, Kedah. Di sana, beliau telah mengusahakan membuka kelas silat di situ. Sekarang ni lama dah tak dengar cerita si Anjang ni. Tak apalah Anjang oiii, orang tak mau kita, kita bawa diri, buatlah apa yang patut. Hati senang, fikiran tak berserabut. Betul tak Anjang? Tetapi, berdasarkan cerita terbaru, si Jamaluddin ni pun sekarang dah pindah ke Sungai Petani atas urusan kerja juga. Eloklah tu, bolehlah berjumpa kedua-dua insan ini untuk berdamai balik ....


Mad Radhi ‘gasak’ orang Bukit Mertajam

Meneruskan cerita, apabila Mad Radhi pergi ke Tanah Liat untuk satu majlis pengijazahan, Cikgu Ismail telah mengambil kesempatan pada pertemuan tersebut untuk bertanya kepada Mad Radhi perihal Jamaluddin Hanafi iaitu abang kepada Mad Radhi sendiri. Ini adalah kerana seperti yang telah diketahui, si Jamaluddin ini, walaupun memegang jawatan sebagai Yang Di Pertua cawangan Pulau Pinang, tetapi tidak mengambil tahu langsung tentang hal ehwal perjalanan kelas persilatan di tempat tersebut dan juga menghadiri apa-apa mesyuarat yang berkaitan dengan pentabiran dan perjalanan cawangan Pulau Pinang. Oleh kerana jawatan yang di pegang adalah jawatan tertinggi di peringkat negeri, ‘kehilangan’ misteri Jamaluddin Hanafi menimbulkan keresahan dan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pendokong Silat Cekak di negeri Pulau Pinang. Sebenarnya semua pendokong di Pulau Pinang tahu bahawa Jamaluddin Hanafi pada masa tersebut amat sebok dengan kerjaya baru beliau pada waktu itu iaitu perniagaan CNI. Siang malam si Jamaluddin Hanafi ini sebok dengan CNI sehinggakan tanggungjawab terhadap silat dan pergerakan di cawangan Pulau Pinang terbiar termasuklah juga tanggungjawab terhadap keluarga. Oleh itu ‘kehilangan’ si Jamaluddin ini banyak menimbulkan masalah kepada pergerakan Cekak Hanafi Pulau Pinang.

Jadi apabila Cikgu Ismail membangkit persoalan tersebut kepada Mad Radhi, Mad Radhi naik angin dan Cikgu Ismail telah dimarah dan dimaki dengan teruk oleh Mad Radhi. Ini ditambah pula dengan hasutan oleh Syed Zairus terhadap Cikgu Ismail ini, maka bertambah hebatlah Mad Radhi mengasak Cikgu Ismail ini. Sehinggakan terlalu marahnya Mad Radhi itu sampai ke peringkat mengancam untuk menutup kelas silat di Pusat Latihan Tanah Liat itu. Begitulah marahnya Mad Radhi apabila ada orang mempertikaikan tentang darah daging beliau. Peristiwa ini diperhatikan oleh beberapa ahli dan tenaga pengajar di situ. Semua mereka tidak puas hati dengan tindakan Mad Radhi memarahi dan memaki Cikgu Ismail.


Orang Bukit Mertajam ‘gasak’ dan cabar Mad Radhi

Antara orang-orang yang menyaksikan peristiwa tersebut ialah Baharin (merupakan ahli MMN dan juga jurulatih), Salahudin (jurulatih) dan juga Pak Don (anak Allahyarham Hassan Deraman – bekas ahli MMT). Apabila ketiga-tiga mereka melihat peristiwa Mad Radhi memarahi Cikgu Ismail, mereka jadi tidak puas hati. Mereka bertiga telah berjumpa Mad Radhi tetapi sebaliknya mereka juga di’gasak’ oleh Mad Radhi. Tetapi kali ini Mad Radhi tersilap langkah, orang-orang yang beliau anggap anak murid ini telah hilang sabar. Kalau di Kuala Lumpur dan Johor, bila Mad Radhi melenting, semua orang kecut perut, tetapi di Bukit Mertajam ni lain sikit. Guru ke, sapa ke, kalau buat hal, akan kenalah jawabnya. Oleh kerana tidak tahan dengan perangai Mad Radhi ni, ketiga-tiga mereka menjadi marah dan telah MENCABAR Mad Radhi untuk beradu kekuatan! Kata mereka, kalau tak mahu ‘try’ ketiga-tiga sekali gus, Mad Radhi boleh ‘try’ seorang demi seorang! Kata mereka ‘kalau sekiranya Mad Radhi sebenar guru, dan Mad Radhi boleh kalahkan mereka, mereka akan ikut Mad Radhi!’ . Tetapi ternyata Mad Radhi bukanlah sebenar guru. Beliau tidak berani ‘try’. Cabaran ketiga-tiga mereka tidak disambut oleh Mad Radhi. Jadi dia ambil jalan selamat kononnya tidak mahu bergaduh. Tetapi yang sebenarnya beliau tidak berani. Inilah seorang guru yang bacul lagi penakut. Cakap saja berdegar-degar bunyinya, tetapi ‘kecut-keciput’ bila dicabar! Peristiwa memalukan ini berlaku di hadapan Cikgu Ismail sendiri. Selepas peristiwa tersebut, kelas Latihan Tanah Liat ini telah ditutup hinggalah ke hari ini. Mad Radhi tidak pernah menceritakan peristiwa ini kepada ahli-ahli pusat kerana malu rahsia beliau bocor.

Selepas peristiwa tersebut juga, Mad Radhi telah menghantar Syed Zairus untuk mencari jalan untuk memulihkan keadaan. Seperti biasa, Syed Zairus ni nak tunjuk pandai lah kononnya. Namun begitu, Syed Zairus juga telah dicabar! Beliau pun tak berani seperti mana biras beliau si Mad Radhi yang penakut itu. Sama saja Syed Zairus ni pun. Konon nak tunjuk hebat, tetapi bila orang cabar, dia pun kecut perut. Silap-silap patah riuk tulang rusuk awak tu nanti!

Peristiwa tersebut sesungguhnya memalukan dan menjatuhkan martabat Mad Radhi sebagai seorang guru silat. Bayangkan seorang guru silat apabila dicabar oleh anak murid boleh diam membisu seribu bahasa. Apa punya guru ni kita pun tak tahu. Guru sekolah tadika lah kot kalau macam tu!. Selama ni kita ingat Mad Radhi handal orang nya, tetapi semua itu adalah auta sahaja. Cakap sahaja mengalah halilintar, tetapi hati kecik macam tahi cicak!

Pengajaran

Mengikut cerita orang-orang lama di Bukit Mertajam, kalau Ustaz Hanafi dicabar sebegitu rupa, tak sempat habis cakap beliau sudah menyahut cabaran. Tak sempat bercakap panjang dah bangun menyinsing lengan untuk beradu kekuatan. Itu guru yang ada maruah dan yang mempertahankan kebenaran. Mengikut cerita juga, semasa Atan Gayung belajar Silat Cekak, beliau ada mengatakan hendak ‘try’ dengan jurulatih. Atan gayung ini sudah belajar banyak silat dan banyak jugalah guru silat yang beliau kalahkan. Jadi bila masuk belajar silat cekak, beliau pun nak try juga. Nak jadi cerita, pada malam beliau berlatih silat, Ustaz Hanafi pun ada juga di dalam rumah pada masa tersebut. Jadi oleh kerana Ustaz Hanafi ada, beliau nak try dengan Ustaz, ini dikatakan kepada teman sepelatih silat beliau. Tetapi apabila Ustaz Hanafi turun ke kelas latihan dan memandang tepat kepada Atan Gayung ni, terus beliau jatuh tersepuk. Ini mengikut tafsiran orang di sana, kalau dah guru sebenar guru, baru berniat sahaja sudah kena musibahnya. Itu belum cabar lagi. Tetapi Mad Radhi sampai orang cabarpun, dia tak berani nak menyahut. Guru apa yang macam ni? Dan murid yang cabar beliau pun sihat wal afiat sahaja pun. Tarak apa-apa yang berlaku. Inilah maknanya Mad Radhi ni tidak ada apa-apa. Tin kosong sahaja....

Oleh itu bolehlah dikatakan bahawa Mad Radhi ni memang penakut dan tak ada ‘teloq’. Kalau ada, dah lama dia menyahut cabaran tersebut. Maruah beliau tercabar tetapi masih berdiam diri. Kalau begitulah kedaaannya, selama ini kita berguru dengan guru yang bacul rupanya. Oleh itu saranan Pak Kaduk kepada Mad Radhi, ‘eloklah dipotong aje ‘anu’ tu dan beri pada anjing’. Kalau ada pun nak buat apa kalau BACUL!!!!!

Read more...

BANI HANAFI YANG PUPUS - 2

2006/12/11

Pak Ak diijazahkan?

Ketika Pak Ak mengatakan bahawa beliau telah menerima pengijazahan daripada Ustaz Hanafi dan berjumpa dengan para pentadbir pusat dan keluarga Ustaz Hanafi untuk menuntut jawatan guru, tiada sesiapapun yang mempertikaikan keikhlasan beliau ataupun sesiapa yang membuat siasatan samada benar atau tidak yang beliau telah menerima mandat untuk menjadi guru. Atas dasar percaya jugalah Pak Ak telah diterima untuk meneruskan perjuangan yang telah dirintis oleh Ustaz Hanafi dan guru-guru sebelumnya. Walaubagaimanapun harus diingat bahawa proses penyerahan mandat perguruan yang berlaku SEBELUM era Ustaz Hanafi sudah tidak berlaku lagi SELEPAS Ustaz Hanafi meninggal dunia. Oleh sebab itu juga, Pak Ak tidak ada mandat untuk menjadi guru walaupun beliau menyatakan kononnya beliau telah menerima pengijazahan dari Ustaz Hanafi. Dan beliau tidak boleh menjadi guru jika tidak dengan persetujuan dan perlantikan oleh Majlis Permuafakatan Silat Cekak pada masa itu. Jika benar pengijazahan oleh Ustaz Hanafi adalah lesen untuk menjadi guru, kenapa selepas proses pengijazahan tersebut iaitu pada awal tahun 1986 itu (jika berlaku pun), Ustaz Hanafi masih meneruskan tugas menjadi guru? Kenapa beliau tidak berhenti dan membenarkan Ishak Itam menjalankan tugas guru? Jadi atas alasan tersebut, jika Ishak Itam mengatakan beliau mendapat mandat menjadi guru, tuntutan beliau itu adalah tidak benar dan boleh dipertikaikan. Pak Ak menjadi guru Silat Cekak hanya selepas di persetujui dan dilantik oleh Majlis Permuafakatan Silat Cekak, bukan atas perlantikan Ustaz Hanafi atau atas mandat yang diperolehi dari Ustaz Hanafi.

Mad Radhi juga diijazahkan oleh Ustaz Hanafi?

Kita juga telah diperdengarkan satu lagi kisah yang diriwayatkan oleh Mad Radhi bahawa beliau juga menerima pengijazahan dari Ustaz Hanafi. Cerita ialah kononnya peristiwa tersebut berlaku pada tahun 1983 bertempat di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang , Ustaz Hanafi telah mengijazahkan Mad Radhi. Pengijazahan tersebut dikatakan konon seperti mana Pak Hj Zain (Guru Ustaz Hanafi) mengijazahkan Ustaz Hanafi (ini untuk menceritakan kononnya Mad Radhi mendapatkan ijazah bab hakikat lah kot!). Dan Ustaz Hanafi juga kononnya berpesan kepada Mad Radhi supaya jangan bercerita kepada sesiapapun selagi Ustaz Hanafi masih hidup. Itu cerita yang kita dengar. Tetapi berapa ramai yang bertanya semaada cerita tersebut benar atau hanya rekaan? Siapakah pula yang menghebahkan cerita-cerita ini? Bukankah Mad Radhi dan juga Bani Hanafi sendiri yang menghebohkannya? Apakah tujuan cerita ini dihebahkan kalau bukan untuk mengangkat Mad Radhi dan mengambil alih jawatan Guru Utama dari Ishak Itam? Soalannya, bolehkah dipercayai cerita Mad Radhi ini? Agak rapuh dalilnya dan agak mengelirukan ceritanya. Kenapa dikatakan mengelirukan? Antara sebabnya adalah seperti berikut:

1- Peristiwa konon berlaku pengijazahan dikatakan berlaku di USM, Pulau Pinang pada tahun 1983 tetapi tidak ada saksi yang melihat peristiwa tersebut. Seperti yang dicanang oleh juak-juak Mad Radhi sekarang tentang peristiwa mencabul oleh Mad Radhi ini, mereka mengatakan tiada saksi yang melihat peristiwa tersebut. Oleh itu mereka mengatakan Mad Radhi tidak bersalah. Jadi peristiwa yang mengatakan Mad Radhi diijazahkan oleh Ustaz Hanafi ini sebenarnya juga tidak ada saksi yang boleh menyokong dakwaan tersebut. Jadi apakah benar berlaku pengijazahan tersebut? Pak Kaduk berpandangan cerita tersebut hanya rekaan Mad Radhi sahaja untuk mengambil alih jawatan guru dari Ishak Itam.

2- Jika benar peristiwa pengijazahan tersebut berlaku, apakah sebenarnya pengijazahan tersebut? Apakah benar pengijazahan itu merupakan lesen untuk menjadi guru? Dikatakan juga kononnya pengijazahan tersebut adalah seperti mana Ustaz Hanafi diijazahkan oleh Pak Hj Zain. Jika itu benar, pengijazahan itu bukanlah untuk menjadi guru silat. Ini kerana, ketika Pak Hj Zain mengijazahkan Ustaz Hanafi, Pak Hj Zain bukan guru silat. Malah Pak Hj Zain tidak suka Ustaz Hanafi menjadi guru silat. Oleh itu pengijazahan Ustaz Hanafi kepada Mad Radhi (kalau benar ianya berlaku) bukanlah mandat untuk menjadi guru. Dan Mad Radhi tidak boleh membuat kenyataan bahawa beliau mendapat mandat menjadi guru. Dan yang menjadi persoalannya ialah kenapa Mad Radhi bersusah payah pergi dan memanjat pagar rumah Pak Ak untuk memaksa Pak Ak menyerahkan tugas menjadi guru kepada beliau pada tahun 1993? Kenapa? Bukankah ini bermakna Mad Radhi tahu yang beliau tidak ada mandat untuk menjadi guru? Ini bermakna juga kenyataan Mad Radhi yang kononnya mendapat pengijazahan dari Ustaz Hanafi merupakan satu lagi cerita rekaan yang sengaja diada-adakan? Ini juga bermakna Mad Radhi sendiri tahu bahawa Ustaz Hanafi bukan mengijazahkan beliau untuk menjadi guru. Sebab itu beliau terpaksa mendapatkannya daripada Pak Ak! Persoalannya, benarkah Pak Ak ada mandat tersebut? Sebenarnya Pak Ak pun tidak ada mandat tersebut. Oleh itu Mad Radhi sebenarnya tidak perlu bersusah payah ‘menculik’ Pak Ak untuk mendapatkan mandat tersebut. Siapa yang ada mandat tersebut? ????

3- Satu lagi keraguan yang timbul ialah kenapa diselitkan pula kenyataan bahawa Ustaz Hanafi berpesan supaya tidak menceritakan kepada sesiapa pun selagi Ustaz masih ada. Bukankah ini satu teknik penipuan yang terancang oleh Mad Radhi. Dia amat mengetahui, bila Ustaz Hanafi meninggal dunia, siapa yang boleh membuat siasatan mengenai dakwaan beliau mendapat pengijazahan tersebut? Begitu jugalah kata-kata Mad Radhi yang popular sebelum zaman kejatuhan beliau iaitu mana mungkin kita berlajar dari orang yang telah mati? Kata beliau kita mesti berguru dengan guru yang masih hidup. Guru yang masih hidup adalah Mad Radhi, oleh itu semua orang mesti belajar dari Mad Radhi. Itulah pandangan Mad Radhi. Agak memeranjatkan yang Mad Radhi amat iri hati terhadap bapanya sendiri. Apatah lagi sebahagian besar pengamal Silat Cekak masih membuat rujukan kepada penerapanan dan pendidikan serta kata-kata Ustaz Hanafi apabila membuat kenyataan hatta dalam percakapan seharian sekalipun. Amat kurang ahli Silat Cekak yang membuat rujukan kepada Mad Radhi berkaitan ilmu dunia dan ilmu akhirat. Ini kerana meraka tahu bahawa Mad Radhi tidak mempunyai ilmu dan tidak mampu memenuhi tanggungjawab tersebut. Kalau adapun hanya penuntut-penuntut baru yang kurang asas agama dan tidak mengetahui apa-apa tentang Ustaz Hanafi. Sebaliknya orang-orang lama dan yang biasa dengan Ustaz Hanafi tidak akan pergi kepada Mad Radhi kerana Mad Radhi bukanlah orang yang boleh menghurai pengertian hakikat yang sebenar.

Kita semua maklum bahawa ada beberapa proses penurunan ilmu yang berlaku terutamanya kepada orang-orang yang terpilih yang dipangghil khasyaf. Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya ‘Ihyaak Ulumid-Din’ berkata bahawa orang-orang yang diberi khasyaf boleh mengetahui rahsia alam Malakut dengan tiga cara. Pertama dengan cara ‘ilham’ yang diterima dengan tidak sengaja dan tidak diduga. Kedua dengan cara mimpi (mimpi benar) dan yang ketiga adalah dalam keadaan sedar bila dibukakan tirai khasyaf itu kepada mereka hingga mereka dapat memahaminya. Jenis khasyaf peringkat ketiga ini adalah martabat khasyaf yang tertinggi. Jadi kita ingin bertanya sejak bila Mad Radhi menjadi khasyaf dan mendapat ilmu dan rahsia alam tanpa perlu melalui proses pembelajaran seperti mana yang dilalui oleh Ustaz Hanafi sendiri. Dan bila pula Mad Radhi belajar dari bapa beliau? Kalau setakat mengikut Ustaz Hanafi kemana-mana dan menjadi anak Ustaz Hanafi, bukanlah satu tiket automatik yang Mad Radhi akan mendapat kelebihan-kelebihan tertentu. Kita semua tahu bahawa Mad Radhi bukannya rapat dengan Ustaz Hanafi sewaktu beliau hidup berbanding dengan para pentadbir yang dijaga dan dididik oleh Ustaz Hanafi pada ketika itu. Kalau dikaji peristiwa yang kononnya berlaku pada tahun 1983 itu, Mad Radhi pada ketika itu hanya berusia 22 tahun! Hebat sangatkah Mad Radhi ini sehinggakan pada usia semuda 22 tahun telah dipilih untuk menerima dan membawa amanah dan dilantik sebagai ulama waris nabi seperti mana yang dicanangkan oleh Bani Hanafi ini? Rasullulah SAW sendiri pun diangkat menjadi Rasul pada usia 40 tahun. Ustaz Hanafi sendiri menjadi guru silat pada usia 42 tahun. Siapa pula Mad Radhi pada usia 22 tahun. Lebih tinggikah darjatnya berbanding Rasullulah SAW dan Ustaz Hanafi?

Terlanjur bercakap tentang ulama waris nabi ini, suka juga disentuh tentang orang-orang yang terpilih yang di sebut sebagai Aulia’ullah ini. Banyak kisah-kisah yang boleh diambil iktibar dari sejarah –sejarah terdahulu yang diberi Karamah oleh Allah swt. Allah swt memberi Karamah kerana mereka adalah orang-orang yang dikasihi oleh Allah swt. Mereka bukanlah dipilih oleh Allah untuk diberikan Karamah itu, tetapi mereka dikasihi oleh Allah hasil dari amalan, usaha, jasa, pengorbanan, keikhlasan dan iman mereka yang teguh dan takwa kepada Allah. Dengan Karamah yang diberikan kepada mereka, pastilah mereka itu bertaraf Aulia di sisi Allah. Tetapi harus diingat bahawa para Aulia tidak mendapat jaminan kawalan dari Allah atau Malaikat dari godaan syaitan atau fitnah manusia, kerana mereka tidak bersifat maksum seperti maksumnya para Anbia. Tetapi sesudah diberi Karamah oleh Allah swt, maka Karamah itulah yang menjadi benteng untuk mereka menangkis godaan iblis atau fitnah manusia. Berbeza dengan Mukzijat bagi para Anbia ialah Mukzijat diberi kepada para Anbia sebagai bukti kenabian dan kerasulan mereka, tetapi Karamah diberi kepada para Aulia hanya sebagai hadiah peribadi dari Allah kepada mereka kerana mereka dikasihi oleh-Nya dan bukan sebagai bukti bahawa mereka adalah Aulia’ullah. Adalah harus diingat bahawa setiap orang mukmin tidak harus bercita-cita untuk menjadi Wali, kerana bukan untuk itu mereka dijadikan Allah dan bukan pula setiap mukmin mampu mencapai apa yang dicapai oleh para Aulia.

Ibnu Taimiyah dalam kitabnya ‘Al Furqan di antara Aulia’ullah dan Aulia’usy’Syaitan’ ada menegaskan bahawa para Aulia’ullah itu memang ada, tetapi di samping itu ada juga Aulia’usy’Syaitan. Mengikut penerangan Ibnu Taimiyah, syarat-syarat bagi Aulia’ullah adalah mereka itu hendaklah beriman, sangat taqwa kepada Allah, ahli ibadah, tidak melakukan apa yang dilarang dan tidak menolak kewajipan mengikut Sunnah Rasullullah saw. Andainya ada orang-orang yang didakwa sebagai Aulia’ullah hanya kerana mereka melakukan perkara-perkara yang luar biasa , tetapi tidak taqwa dan bukan ahli ibadat, tidak bertekad wajib mengikuti sunnah Rasullah saw., serta mudah melakukan perkara-perkara yang di larang Allah swt, maka orang-orang seperti ini bukanlah Aulia’ullah tetapi mereka sebenarnya Aulia’usy-Syaitan, iaitu orang-orang yang mempunyai keistimewaan tetapi mereka itu dibantu oleh Syaitan!

4- Satu perkara yang dicanangkan oleh Bani Hanafi tentang pengijazahan tersebut ialah kononnya segala ilmu Pak Hj Zain yang diterima oleh Ustaz Hanafi telah diserahkan kepada Mad Radhi melalui proses pengijazahan tersebut. Ini adalah kenyataan mistik yang seronok diceritakan oleh abang Mad Radhi sendiri iaitu Jamaluddin Hanafi. Mana dia dapat cerita ni pun kita tak pasti, tetapi seperti yang disebutkan sebelum ini, si Jamaluddin ini memang suka bercerita tentang perkara-perkara mistik yang tak masuk akal. Tujuannya adalah satu iaitu untuk menambahkan kepercayaan dan kenyakinan orang lain kepada Mad Radhi. Betulkah kenyataan ini? Sebenarnya tidak betul. Kalau mengikut proses penerimaan dan penyerahan ilmu-ilmu yang ‘sebegini’, perlu ada proses pembelajaran dimana proses menjadi guru dan murid itu berlaku. Tetapi dalam hal ini, perkara seumpama itu tidak berlaku.

5- Siapakah yang memulakan cerita yang kononnya Mad Radhi mendapat pengijazahan dari Ustaz Hanafi? Siapa lagi kalau bukan Mad Radhi sendiri. Takkan Ustaz Hanafi kot. Ini kerana Ustaz Hanafi sudah tiada di dunia ini untuk menceritakan perkara tersebut. Ini samalah dengan cerita-cerita pelik mengenai Mad Radhi yang diceritakan oleh Bani Hanafi. Cerita-cerita seperti Mad Radhi berjumpa Rasullullah dan para sahabat dalam mimpi, cerita Mad Radhi pernah ‘try’ dengan beberapa orang di beberapa tempat, cerita kononnya Mad Radhi mengijazahkan seorang wanita Melayu Kristian bernama Aishah di Johor dan banyak cerita-cerita pelik yang kononnya berlaku. Soalan asas ketiga yang ingin ditanya kepada Mad Radhi ialah betulkah cerita-cerita yang kita dengar itu? Siapakah saksi yang menyaksikan segala –galanya dan boleh mengesahkan cerita-cerita tersebut. Kalau kita kaji, semua cerita tersebut tidak ada saksi yang boleh memberi keterangan tentang kesahihan cerita tersebut.

Banyak juga cerita-cerita lain yang kita dengar yang kononnya Mad Radhi adalah seorang Khasyaf yang boleh ‘baca dalam’. Beliau juga kononnya boleh mengetahui cerita yang tidak diketahui oleh orang lain. Benarkah begitu? Sekali lagi Pak Kaduk ingin memaklumkan bahawa cerita itu adalah sesuai untuk orang yang tidak tahu siapa Mad Radhi yang sebenarnya. Bagi yang telah tahu dan kenal, mereka akan menggeleng kepala sahaja melihat kerenah Mad Radhi ini. Cerita kononnya Mad Radhi berjumpa Rasulluh dan para sahabat dalam mimpi juga adalah satu cerita bohong Mad Radhi. Cerita tersebut bukan berlaku kepada Mad Radhi, tetapi berlaku kepada seorang anak murid Ustaz Hanafi yang lain tetapi diciplak oleh Mad Radhi kononnya beliaulah orangnya yang berjumpa Rasullulah dalam mimpi itu. Ini semua dilakukan beliau untuk menambahkan kenyakinan dan kepercayaan dan anak murid terhadap beliau. Inilah teknik pembohong Mad Radhi yang telah lama berlaku tanpa disedari oleh anak murid dan juak-juak beliau. Dan sudah menjadi ‘trend’ sebenarnya, semua peristiwa pelik tersebut berlaku adalah pada ketika tidak ada orang lain bersama beliau dan tidak ada saksi yang boleh mengesahkan cerita beliau. Hanya perlu percaya apa sahaja cerita yang disampaikan oleh beliau. Itulah Mad Radhi yang sentiasa mencari kesempatan dan berbohong demi untuk mengangkat diri sendiri dan supaya orang lain mentaati dan mempercayai serta taksub kepada beliau. Cerita beliau ‘try’ dengan beberapa orang lain juga adalah satu pembohongan ciptaan Mad Radhi. Kalau kita kaji, cerita tentang ‘try’ ini dihebohkan oleh para juaknya serta bani Hanafi sendiri setelah mereka mendapat cerita tersebut dari Mad Radhi sendiri. Dan seperti sebelumya, semua peristiwa yang berlaku tidak ada saksi yang menyaksikan. Bukankah itu amat pelik dan janggal? Ini amat meragukan kita semua.

Jadi cerita mengatakan Mad Radhi diijazahkan oleh Ustaz Hanafi juga adalah satu cerita yang sangat meragukan dan boleh dikategorikan sebagai satu cerita rekaan yang dibuat semata-mata untuk kepenringan diri. Pada kebiasaannya, kelebihan seseorang itu, jika ada pun hanya akan diceritakan oleh orang lain berdasarkan pemerhatian dan pengalaman mereka. Bukannya diceritakan oleh tuan punya diri seperti yang dilakukan oleh Mad Radhi selama ini. Tindakan Mad Radhi ini adalah seperti masuk bakul angkat sendiri. Inilah yang amat dimusykilkan selama ini. Dan inilah juga yang dicanangkan oleh Bani Hanafi ke seluruh pelusuk nusantara….

Read more...

DURHAKANYA BANI HANAFI

Dengar kabar sekarang terlalu sibuknya Bani Hanafi mencanangkan bahawa silat dan persatuan ini milik keluarga mereka siap disediakan borang untuk keluar persatuan dan memuntahkan ilmu, borang muntah ilmu pun ada ka?, ilmu apa yang nak dimuntahkan? ilmu silat kah? ilmu tauhid kah? ilmu buang saka kah? pelik nya perangai Bani Hanafi dan juak juaknya.

Mereka lupa agaknya masa pendaftaran penubuhan Persatuan ini dulu siapa kah dikalangan keluarga Bani Hanafi ini yang terlibat? adakah keluarga terlibat? banyak sangat pulak soalannya ya, kenapa banyak soalan? sebab Bani Hanafi dan keluarga telah banyak berbohong ini lah jadi nya. Bukan tujuan nak mengungkit tapi sekadar menyedarkan keluarga Bani Hanafi ini bahawa Persatuan ini ujud akibat dari perasaan perlunya ada kesinambungan perjuangan ustaz Hanafi setelah pembawakan Ishak Hitam dan Persatuan Cekak Malaysia telah lari dari perjuangan asal Ustaz Hanafi. Maka lahirlah Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia. Siapa kah yang turun naik ke pejabat ROS ( Pendaftar Pertubuhan) adakah keluarga terlibat? minta maaf lah cakap, tak ada seorang pun. Siapa yang bersungguh sungguh agar sebuah persatuan baru di ujudkan bagi meneruskan perjuangan ini kalau bukan orang orang lama, keluarga? senang lenang tak perlu ambil tahu lantak pi lah depa, kita boss biar depa buat kerja. Sekarang pandai pandai pula mengatakan Persatuan dan Silat ini milik keluarga.

Kalau tak silap Pak Kaduk Pengerusi penaja pada ketika pendaftaran itu adalah Sdr.Faizol Mohidin, kenapa tidak keluarga yang menjadi penaja? letak lah nama siapa pun dari keluarga Zainul ke, Moktar ke atau Jamaludin, nak harapkan keluarga masa tu, bakal tak adalah jawabnya. Sebab apa? sebab mereka nih bukan reti berpersatuan, sedangkan yang ada nih pun dah tergadai lihat sahaja dengan cawangan Pulau Pinang pimpinan Jamaludin Hanafi. Kalau keluarga yang kehulu kehilir menguruskan pendaftaran tu tak apa lah juga, tetapi sekarang pandai pandai pulak kehulu kehilir mengatakan persatuan ini milik keluarga, apa punya karut depa nih.

Dengar dengar sudah disediakan juga borang untuk "Muntah Ilmu", hebat depa nih ada borang muntah ilmu lah pula ingat nak menuntut ilmu sahaja yang di kenakan borang entah entah ada pengeras juga agaknya ya.
Pak Kaduk pernahlah juga mendengar sembang sembang Ustaz Hanafi dulu, apa yang dikatakan muntah ilmu ini, lebih kurang beginilah kot " Kalau tak mahukan lagi Ilmu ini buang lah cari lah ilmu yang lain". Mungkin inilah agaknya yang diputar belitkan oleh Bani Hanafi pada sekelian ahli yang masih meliuk lentok dibuai sepoi sepoi angin nyaman, tapi tak ramailah sebab ramai yang dah jatuh ke lubuk kesedaran. Alhamdullilah, pada yang masih terpacak macam tiang talipon tu tak apa satu masa nanti sedarlah dia.

Pada fahaman Pak Kaduk ialah pada anak murid yang tidak yakin atau ragu ragu dengan amalam amalan yang terdapat di dalam Ilmu Cekak jangan lah lagi di amalkan segala yang di beri atau di ajar buangkan sahaja atau jangan di amalkan lagi atau bahasa halus perguruan adalah 'muntah buang',Tetapi didalam situasi sekarang ini kita bukan kata ilmu ini tidak bagus atau tidak betul dan tidak pula menolak ilmu ini, Ilmu yang terdapat didalam Silat Cekak ini adalah yang terbaik mengikut kata pengamal pengamalnya, satu ilmu yang mendidik pengamalnya untuk menjadi seorang mukmin, yang tidak menjadikan pengamalnya bersifat sombong, ganas mahu pun meninggi diri yang kita tolak adalah guru yang dah hilang sifat sifat gurunya, hilang sifat sidiqnya, mula meninggi diri, merasa diri hebat melebihi kehebatan dari Ayahdanya sendiri sahingga tergamak mengatakan 'jangan berguru dengan orang yang dah mati' seolah mengatakan segala ajaran Almarhum Ustaz Hanafi tidak perlu di amalkan lagi sebab 'ini zaman saya bukan zaman ustaz' seolah mahu mengenepikan segala ajaran yang pernah disampaikan oleh Ustaz Hanafi dulu, bertapa bengongnya Bani Hanafi ini mungkin dah terkatup qalbi iman agaknya , kalau diperhalusi guru punya guru punya guru hujungnya akan jatuh kepada guru teragong Baginda Rasul Akhir zaman Nabi Muhammad S.A.W, Telah sedia maklum Rasul Junjungan telah lama wafat jadi tak boleh lah kita amalkan apa yang disarankan oleh Rasul junjungan itu, sebab Bani Hanafi kata 'jangan berguru dengan orang yang dah mati' itu sebab agaknya banyak ajaran ajaran baru yang diperkenalkan oleh Mad Radhi nih, ada juga yang mengong dok ikut tanpa usul periksa dan rujukan.

Kalau nak di muntahkan, ilmu siapa yang harus dimuntahkan? Ustaz Hanafi ? tiada ilmu karut marutnya, Ishak Hitam ilmu 'mandi sintok' dan 'bersalin roh'nya boleh lah kot, Mad Radhi? ilmu 'Menjilat' dan 'membuang saka' kalau ilmu ini Mad Radhi kena muntahkan dulu kerana boleh memudaratkan 'kesihatan' kaum Sri Kandi ( yang heran hanya kaum Sri Kandi yang 'jernih' sahaja yang ada penyakit saka ni yang kurang jernih dan lelaki tak pulak kenanya), kalau Ilmu Cekak? kebanyakkan ahli ahli yang menolak Mad Radhi sebagai guru telah sebati didalam jiwa mereka dan tertanam fahaman jitu dan telah menjadi darah dan daging mereka dengan perjuangan dan hala tuju Silat Cekak ini, itu sebab mereka ini dengan mudah memahami pergolakan yang berlaku ketika ini dan menolak Mad Radhi si Bani Hanafi sebagai guru.

Tidak pernah mereka orang lama yang faham dan setia dengan perjuangan ini mendabik dada mengatakan 'akulah yang lebih terkanan dan paling rapat dengan ustaz' kecuali Pak Wan (zaman Ustaz Hanafi) dan Maidin (zaman Pak Ak),keduanya mempunyai agenda tersendiri, tetapi kini ramai juak juak Bani Hanafi ini mengatakan 'saya kenal Mad Radhi' sahinggakan kesalahan yang Mad Radhi lakukan dilihat sebagai biasa sahaja tidak menyalahi hukum adat mahu pun hukum akal, Memicit dan meramas perkara biasa bersentuhan dengan bukan mohrim juga biasa, memberi amalan karut dianggap ilmu hebat yang tiada diberikan pada orang orang lama oleh Ustaz Hanafi dan ilmu kedukunnan Mad Radhi adalah satu cabang ilmu yang tiada pada guru guru yang lalu.

Jika Pak Ak terdapat ramai guru gurunya yang kita ketahui secara lisan saperti En. Bakar dan En. Shafie Din, En Hassan Jawa (kuntau jawa) dan en Man Balak yang mengajar Tomoi Siam.Ilmu kebatinan dengan Ustaz Azizan, mengaji Pondok (tafsir) dengan Tn Guru Hj Ahmad Tn Hj Hussein. ini Pak Ak bagi tahu kalau bohong dia bohong lah Pak Kaduk. terlalu banyak guru tak terbawak agaknya yerr. tu yang lencong tu. Ini Mad Radhi si Bani Hanafi nih siapa pulak guru guru nya? Siapa guru perubatannya, siapa guru 'Hikam'nya? siapa guru perbomohhannya? Pak Kaduk tak lah "kenal Mad Radhi' saperti yang didakwa oleh juak juak nya tetapi Pak kaduk 'Tahu' lah siapa Mad Radhi tu.

Bertapa durhakanya Bani Hanafi ini,
Pertama kepada bekas Gurunya Hanafi Hj Ahmad,
Kedua Ayah nya sendiri Hanafi Hj Ahmad,
Kalau guru dah banyak bohong mana boleh berguru lagi, esok lusa anak murid jadi apa kalau bergurukan dengan si pembohong?

Read more...

BANI HANAFI YANG PUPUS

2006/12/10

Cerita tentang kaum-kaum yang pupus ini menarik minat Pak Kaduk untuk terus menulis tentang hal-hal berkaitan tentang Mad Radhi dan juga seluruh kaum keluarga Ustaz Hanafi yang masih berperasaan bahawa merekalah kaum yang terpilih dan terbaik di kalangan anak-anak murid Ustaz Hanafi yang ada. Oleh kerana perasaan bangga yang tidak bersebab ini, menjadikan ‘Bani’ Hanafi ini lupa diri dan angkuh. Mereka juga sangat dahagakan sanjungan dan pujian serta kata-kata manis yang menyenangkan hati mereka. Mereka tidak kira apakah nilai yang dipertaruhkan asalkan mereka disanjung dan di puji melangit. Mereka juga bebas dan berkuasa untuk mengeji orang lain jika orang itu tidak sehaluan dengan mereka. Kononnya juga mereka beranggapan mereka mempunyai kuasa untuk menentukan siapakah yang layak untuk dipilih menjadi guru. Begitulah begitu perasannya Bani Hanafi ini.

Semasa Ishak Itam memegang tampuk singgahsana, Bani Hanafi ini telah merasa sangat ‘diketepikan’ dan disisih dari arus perdana. Mereka sangat iri hati melihat Ishak Itam diangkat menjadi guru dan mendapat sanjungan yang melangit walaupun pada mulanya merekalah yang memberi persetujuan atas perlantikan tersebut. Mereka juga menghadapi masalah dari segala segi baik reputasi mahupun ‘money’. Sejarah kepahitan hidup yang dilalui pada zaman tersebut oleh Bani Hanafi tidak harus diulang pada pandangan mereka. Sebab itulah, dimasa Ishak Itam memerintah, Bani Hanafi inilah yang sebenarnya menjaja segala kekurangan Ishak Itam dan mengutuk teruk beliau yang kononnya Ishak itam tidak layak menjadi guru. Beliau tidak patut menerima pengiktirafan tinggi sepertimana yang diterima oleh Ishak Itam pada masa itu. Pada mereka, kalau dibandingkan Ishak Itam dengan Ustaz Hanafi diibarat langit dan bumi. Bani Hanafi ini jugalah yang melobi dan mengangkat dan mencanangkan kononnya Pak Ak hanya ada ‘mangga’ sahaja, tetapi Mad Radhi yang ada ‘anak kunci’nya. Kononnya Pak Ak hanya ada ‘kulit’ sahaja dan Mad Radhi yang ada ‘isi’nya. Oleh itu kata Bani Hanafi ini, walaupun Pak Ak menjadi guru, tetapi yang menjalankan tugas-tugas bab ‘isi’ ini adalah Mad Radhi. Sampai begitu sekali Bani Hanafi ini memainkan peranan halus mereka untuk menjatuhkan kewibawaan dan ketokohan Pak Ak. Juga dicanangkan pada masa tersebut bahawa Pak Ak hanya pemangku, nanti bila sampai masa, mesti diserahkan balik kepada Bani Hanafi. Siapakah yang mencanang dan mengeluarkan kata-kata tersebut kalau bukan Bani Hanafi sendiri! (Pak Kaduk dapat berita Pak Ak tahun ini mengerjakan Haji bersama Mak Tam. Selamat pergi dan selamat kembali dan semoga mendapat haji yang mabrur ).

Semasa peristiwa hitam yang berlaku pada tahun 1993, telah direkodkan bahawa walaupun belum sampai masa untuk menjadi guru, Mad Radhi sudah dengan gelojoh pergi memanjat pagar rumah Pak Ak, masuk ke dalam rumah dan membawa Pak Ak ke rumah Al-Marhum Ustaz Hanafi serta memaksa Pak Ak serahkan tugas menjadi guru kepada Mad Radhi. Jadi bila kita dimaklumkan bahawa Mad Radhi telah pergi ke rumah anak murid beliau dan mencabul anak dara kepada murid sendiri, adakah perkara ini pelik atau janggal? Sebenarnya sejarah telah memberitahu kita bahawa Mad Radhi berkemampuan melakukan lebih dari tu. Peristiwa memanjat pagar itu membuktikan begitu kemaruknya Bani Hanafi ini. Masalahnya, pada masa tersebut tidak ada orang ataupun amat sedikit sangat individu yang ‘membuat siasatan’ tentang komen-komen dan kata-kata yang dikeluarkan oleh Bani Hanafi ini. Kononnya, oleh kerana kata-kata tersebut keluar dari mulut anggota-anggota Bani Hanafi, maka semuanya adalah betul dan tidak perlu dipersoalkan. Kononnya perkara penyerahan mandat tersebut berlaku antara empat mata sahaja iaitu antara Mad Radhi dan Pak Ak. Pak Ak sampai hari ini tidak mengaku menyerahkan tugas guru tersebut kepada Mad Radhi. Kita harus bertanya, betulkah telah berlaku penyerahan tugas seperti mana yang dicanangkan oleh Mad Radhi. Ini satu persoalan yang amat besar implikasinya. Itulah kesilapan awal oleh panglima-panglima Ustaz Hanafi pada waktu itu kerana tidak begitu teliti dalam soal pemilihan guru dan kuasa melantik guru. Namun begitu tidaklah boleh diletakkan keseluruhan kesilapan tersebut kepada panglima-panglima pada waktu itu. Ini kerana mungkin atas dasar berbaik sangka dan sebagai menghargai peranan serta jasa Al-Marhum Ustaz Hanafi maka Bani Hanafi ini turut dijemput untuk turut serta di dalam proses membuat keputusan berkaitan perlantikan guru Silat Cekak. Tetapi dengan cara menjemput Bani Hanafi ini terlibat dalam proses membuat keputusan, telah menjadikan mereka ‘perasan’ bahawa mereka berkuasa. Begitulah apa yang telah terjadi apabila Mak Teh dengan angkuh dan sombongnya membuat gesaan dalam mesyuarat MMT supaya orang-orang yang tidak mahu menerima Mad Radhi sebagai guru supaya keluar dan meninggalkan persatuan. Keangkuhan itu timbul dari sifat ego dan perasaan yang kononnya Bani Hanafi ini berkuasa membuat keputusan!. Kita juga sebenarnya hairan kenapa Bani Hanafi ini diberi peluang untuk terlibat dalam membuat keputusan tersebut. Siapa yang beri kuasa kepada mereka? Apa hak mereka? Adakah kerana mereka ini kaum keluarga Ustaz Hanafi maka mereka ada kuasa? Benarkah begitu? Rasanya bukan itu caranya.

Sebagai seorang pengamal silat cekak dan sebagai seorang ahli persatuan ini, kita PERLU TAHU bagaimanakah proses perlantikan guru SELEPAS ERA Ustaz Hanafi dilakukan. Kalau dikaji di awal perkembangan silat ini, mengikut apa yang disampaikan dari mulut ke mulut, proses penyerahan mandat berlaku di antara guru yang ada kepada bakal guru. Ini bermakna kedua-dua guru dan bakal guru itu masih hidup. Oleh itu salasilah yang diketahui bermula dari Panglima Ismail, diserahkan kepada Panglima Tok Rashid dan kemudian kepada Pak Yahaya Said dan sambungkan kepada Ustaz Hanafi. Kesemua proses penyerahan tugas guru itu berlaku di ANTARA INSAN YANG MASIH HIDUP! Bagaimanakah pula proses perlantikan guru selepas Ustaz Hanafi? Ustaz Hanafi meninggal dunia sebelum sempat menamakan atau melantik guru baru. Oleh itu proses penyerahan mandat TIDAK BERLAKU seperti mana proses biasa perlantikan guru sebelum era Ustaz Hanafi. Oleh itu, kita perlu bertanya satu soalan yang SANGAT ASAS tetapi SANGAT PENTING. Adakah Ustaz Hanafi yang melantik Ishak Itam untuk menggantikan beliau? Jawapannya ialah Ustaz Hanafi tidak pernah melantik sesiapapun atau menamakan Ishak Itam sebagai pengganti beliau. TIDAK SAMA SEKALI. Jadi, siapakah yang melantik Ishak Itam sebagai guru? Yang melantik Ishak Itam sebagai guru adalah satu kesepakatan ahli-ahli lama yang terdiri dari anak murid Ustaz Hanafi sendiri dinamakan Majlis Permufakatan Silat Cekak. Permuafakatan ini tidak wujud secara sah kerana tidak ada peruntukan di dalam perlembagaan persatuan pada masa itu tentang permuafakatan ini, tetapi diwujudkan secara ‘bayangan’ demi untuk memastikan perjuangan Ustaz Hanafi dapat diteruskan. Soalan yang SANGAT ASAS kedua yang perlu kita tanya ialah siapakah yang mempunyai mandat untuk melantik guru selepas era Ustaz Hanafi? Adakah guru semasa yang sedang bertugas mempunyai mandat tersebut ataupun siapa? Biar Pak Kaduk jawab soalan penting ini di artikel yang akan datang…

Read more...

2006/12/01

Hari ini Pak Kaduk teruja dengan satu artikal yang di siarkan di blog bigbodyguy, bertepatan dengan keadaan semasa dan ada perkara perkara yang didalam lipatan sejarah yang dilupakan atau diketepikan, besesuaian dengan keadaan masa kini maka Pak Kaduk copy dan 'paste'kan di blog Pak Kaduk untuk di baca oleh pengunjung pengunjung blog Pak Kaduk dengan izin, selamat membaca.


Dalam lipatan sejarah Silat Cekak

Assalamu’alaikum ahli-ahli Silat Cekak sekelian.

Alhamdullilah, bersyukur kita kepada Allah swt kerana masih lagi berpeluang untuk menikmati segala pemberianNya di alam semesta ini.

Selawat serta salam buat Rasullulah SAW yang sangat dikasihi.

Kelihatan ahli-ahli Silat Cekak masih lagi terpinga-pinga dalam menghadapi situasi malang yang menimpa Silat Cekak sekarang ini.

Mana satu nak pilih? Di satu pihak adalah Md Radzi Hanafi, satu-satunya anak Ustaz Hanafi yang dikatakan boleh memimpin Silat Cekak. Di satu pihak lagi adalah para pendukung Silat Cekak serta MMK yang jasa mereka begitu banyak dalam Silat Cekak.

Kelihatan sentimen keluarga Ustaz Hanafi digunakan oleh Md Radzi Hanafi untuk meraih simpati dan sokongan. Ini termasuk Mak Teh dan abang-abang serta adik-adik beliau. Dikuatkan dengan sokongan kakak-kakak ipar dan adik-adik ipar serta anak-anak saudara, jauh dan dekat. Dicanangkan di seluruh negara bahawa para pendukung telah memfitnah beliau dengan tujuan untuk menjatuhkan beliau sebagai guru utama dan presiden. Imej anak kepada Ustaz Hanafi dan keluarga Ustaz Hanafi menjadi senjata utama untuk mencari pengaruh.

Siapa yang tidak mahu terima dan menyokong Md Radzi Hanafi diusir keluar daripada persatuan! Benarlah ada pendapat yang mengatakan bahawa Md Radzi Hanafi ingat , Silat Cekak ini adalah silat bapanya dan dia boleh buat sesuka hatinya!

Maka terpinga-pinga ahli-ahli Silat Cekak… nak ikut atau tidak mahu ikut? Siapa yang menjadi tenaga pengajar lebih-lebih lagilah peningnya!

Jika tidak mahu sokong Md Radzi Hanafi, nak sokong siapa? Walaupun MMK telah buat keputusan membalikkan isu guru utama kepada MMT, masih tidak kelihatan tindakan-tindakan susulan yang diambil oleh MMK mengenai guru utama yang baru.

Bagi mereka yang mengendalikan kelas, sewajarnya mereka ingin tahu bagaimana caranya untuk meneruskan kelas silat dipelbagai peringkat – asas, jatuh, potong dan tamat.

Sebenarnya perkara ini tidak sukar untuk dilakukan kerana selagi kita berada di bawah persatuan, maka arahan-arahan daripada MMK wajar dipatuhi. Maka ikut sajalah arahan-arahan itu!

Tentu MMK telah memikirkan cara yang terbaik untuk menangani fasa peralihan ini!

Rata-rata ahli-ahli ingin tahu, siapakah yang akan menggantikan Md Radzi Hanafi sebagai guru utama Silat Cekak? Kuasa siapa sebenarnya untuk melantik guru utama? Salahsilah perguruan bagaimana pula? Perlu anak jati Kedah lagi kah?

Perkara-perkara inilah yang bermain difikiran ahli-ahli Silat Cekak!

Md Radzi Hanafi pula ada mengatakan bahawa hanya dia dan Allah swt sahaja yang berhak melantik penggantinya. Bolehkah kita terima kefahaman ini? Atau dalam aspek apa perkara ini boleh diterima dan dalam aspek mana pula ia tidak boleh diterima?

Jawapannya berada didalam lipatan sejarah Silat Cekak terdahulu.

Apakah rupa bentuk Silat Cekak semasa zaman Pak Ya ? Apakah ia hebat ? Apakah ia mempunyai visi ? Jawapannya semuanya kita tahu bahawa beliau hanya sebagai pemegang amanah dan silat ini hampir-hampir mati ditelan zaman.

Bila Ustaz Hanafi mengambil mandat sebagai guru Silat Cekak, kita diberitahu bahawa Pak Ya juga ada memberikan kuasa ijazah kepada beberapa orang termasuk Abdul Rahman Mahadi. Dengan kata lain, Silat Cekak mempunyai lebih daripada satu guru. Atas peranan Ustaz Hanafi, mereka-mereka yang terlibat ini tidak pun menjalankan tugas sebagai guru Silat Cekak.

Sejarah juga merakamkan bahawa wujudnya perjanjian lisan antara Ustaz Hanafi dengan Pak Ya iaitu masing-masing tidak boleh mengambil anak murid masing-masing. Perjanjian ini mengesahkan bahawa pada ketika itu memang wujud lebih daripada satu guru. Dan sejarah juga merakam peristiwa di mana wujudnya Silat Kalimah yang melibatkan Pak Ya dan anak murid-anak murid Ustaz Hanafi iaitu Azmi Long dan Redzuan Long.

Dan kita dapat lihat bagaimana perkembangan mereka dari dulu hingga sekarang !

Sejarah juga merakamkan bahawa Ustaz Hanafi tidak menamakan penggantinya ! Tanpa saksi mahupun keterangan, keluarga Ustaz Hanafi telah mengesyorkan Ishak Itam sebagai calon guru utama yang akhirnya diisytiharkan oleh para pendukung Silat Cekak sebagai penjawat jawatan guru utama menggantikan Ustaz Hanafi.

Nah.. apa yang terjadi. Ishak Itam tidak mampu menggalas jawatan ini kerana jawatan ini terlalu berat untuk dipikulnya. Mungkin sebab cetek ilmu dan pengalaman memimpin sebuah pergerakan yang besar. Akhirnya beliau melencong dan tersasar daripada dasar-dasar perjuangan Ustaz Hanafi dalam Silat Cekak. Beliau lupa diri !

Walau pun mandat telah diserahkan kepada Md Radzi Hanafi, Ishak Itam masih menjalankan tugas sebagai guru utama. Pada kaca mata masyarakat, mereka boleh menerima keadaan ini sebab ia berlaku di mana-mana pertubuhan silat lain termasuk silat gayung. Ada gayung itu ! Ada gayung ini !

Persoalannya Silat Cekak telah berpecah menjadi dua akibat wujudnya guru utama yang menyanggar salahsilah! Ishak Itam masih lagi hidup dan masih lagi menjalankan tugas itu walaupun kewibawaannya tercalar. Ya ..lah ada pengikut yang mahukan dia!

Begitu juga dalam zaman Md Radzi Hanafi. Selama 13 tahun, atas kerja kuat barisan semua pihak khususnya para pendukung Silat Cekak dan MMK, martabat Silat Cekak telah dijulang ke satu tahap yang sangat tinggi – cemerlang! gemilang! Pencapaiannya jauh lebih baik daripada pesaing-pesaingnya!

Tup…tup!... kita dikejutkan dengan satu lagi tamparan hebat seumpama tsunami yang melanda pantai!!!

Md Radzi Hanafi telah melakukan satu kesilapan yang sangat besar dan menggegarkan pergerakan Silat Cekak.

Apa nak buat sekarang?

MMK dah tolak! Tenaga pengajar bagaimana? Ahli-ahli bagaimana?

Timbul persoalan besar, siapa yang boleh jadi guru utama sekarang?

Jawapannya berbalik kepada apa yang telah berlaku dalam lipatan sejarah tadi.

Apakah hebatnya Ustaz Hanafi berbanding Pak Ya atau mereka yang menerima kuasa untuk mengijazahkan silat? Kita juga harus bertanya apakah yang benar-benar dimaksudkan dengan upacara ijazah itu? Tugas guru utama dalam Silat Cekak itu apa?

Jelaslah kepada kita bahawa kehebatan itu terletak kepada kehebatan individu yang memimpin. Itu sebab kehebatan Ustaz Hanafi tidak boleh dipertikaikan. Cekak itu Hanafi dan Hanafi itu Cekak. Itulah sinonimnya!

Apakah Ishak Itam dan Md Radzi Hanafi sehebat Ustaz Hanafi? Jawapannya tidak. Jauh panggang dari api!


Ikut MMK, insyaallah selamat!
kepada rakan rakan yang masih bermimpi, kembalilah kepada perjuangan asal kita, jika masih tidak paham perjuangan Silat Cekak sila rujuk pantun kelapan Silat Cekak karya Almarhum Ustaz Hanafi, buat 'home work' sedikit jangan nak harap maklumat datang depan mata sahaja.

Read more...