KESAN DOMINO

2007/03/23

Apa itu permainan domino? Domino adalah kepingan kayu leper yang ditanda dengan bintik-bintik yang merupakan sebagai sejenis permainan di atas meja dengan menggunakan jumlah kepingan kayu standard sebanyak 28 keping. Ianya merupakan satu permainan yang unik dimana kesan yang berlaku kepada kepingan kayu yang disusun adalah berlarutan dan berterusan dari satu kepingan ke kepingan yang lain dengan hanya satu sentuhan atau jatuhan. Cara jatuhan dan keunikannya adalah berdasarkan kepada kreativiti si pemain yang merangka dan menyusun supaya kelihatan cantik dan menarik dan dapat memberikan satu corak yang menarik apabila jatuhan yang berterusan berlaku satu demi satu. Sehingga apabila semua kepingan telah jatuh, maka terpampang pula satu corak atau abstrack yang menarik yang berlainan dari rupabentuk corak yang asal. Itulah domino dan permainannya.

Atas sebab keunikan permainan ini , maka ramai dari kalangan kita yang gemar melihat gerakan berterusan ini dan alunan jatuhan dan jika ditambah dengan iringan muzik, maka akan bertambah menarik lagilah jatuhan dan corak yang ditunjukkan. Sebab itu, di dalam demonstrasi silat kita juga, apabila dikatakan demo domino, maka kita akan dapat menyaksikan pergerakan pertunjukan silat yang dilakukan secara berurutan yang menghasilkan gerakan berterusan dan dengan iringan muzik yang sesuai, ianya akan menarik perhatian orang ramai yang menonton pertunjukkan silat.

Kesan

Bagaimana pula yang dikatakan dengan ‘kesan domino’ itu? Kesan domino adalah perubahan kecil yang mengakibatkan perubahan yang sama dan berterusan. Apa yang ingin Pak Kaduk kaitkan di sini ialah ‘impak yang berterusan/berlanjutan hanya dengan satu perbuatan/tindakan’. Inilah yang berlaku dalam Silat Cekak Hanafi setahun yang lalu. Oleh kerana perbuatan seorang manusia yang singkat fikiran, pergi mencabul anak dara orang, maka akibah dan musibahnya terpalit kepada semua orang. Kesan tersebut sambung menyambung dan mengambil korban yang bukan sedikit. Kesan yang paling ketara ialah hilangnya silaturrahim yang telah dibina begitu lama. Ukwah dan kesepakatan yang dilaung-laungkan selama ini hanyalah dogengan sahaja apabila disulam dengan unsur-undur taksub dan bangga diri.

Kenapa Pak Kaduk katakan silaturrahim telah hilang? Kenapa tidak, orang-orang yang selama ini kita hormat dan kasih telah menjadi musuh. Percakapan yang penuh budi bahasa telah menjadi maki dan cerca. Perhubungan dan harmoni telah menjadi masam mencuka. Tiada lagi keindahan dan keceriaan. Semuanya penuh dengan nafsu amarah dan kesumat yang tidak berkesudahan.

Dan itulah sebenarnya padah dan KESAN DOMINO nya. Oleh sebab satu tindakan yang bodoh seorang pemimpin besar, habis roboh dan hancur segala kemegahan yang selama ini dibina. Alangkah hinanya kita…. Alangkah malunya kita. Kemana mahu kita membawa muka.? Jika permainan domino menghasilkan gerakan dan jatuhan yang menarik, permainan domino dalam Silat Cekak Hanafi ini bukanlah begitu jadinya. Permainan domino kita ini tidak seindah yang diharapkan. Permainan ini penuh dengan kekalutan dan kacau bilau yang tidak menyeronokkan.

Peristiwa 10 march 2006

Menyingkap kembali perisiwa yang berlaku pada 10 March 2006 di mana mantan Guru Utama yang telah pergi ke rumah anak murid dan mencabul anak dara sunti murid beliau. Siapa yang akan menjangkakan bahawa apa yang berlaku selepas itu adalah sesuatu yang diluarkan pemikiran kita sewaktu itu. Kesan yang berkaitan antara satu sama lain yang berlaku satu persatu dan berlanjutan sehingga sekarang. Tidak terfikir di benak fikiran kita peristiwa yang berlaku pada 10 March 2006 itu meragut kedamaian Silat Cekak Hanafi dan juga mengorbankan ramai orang-orang yang tidak berdosa. Cuba kita renungkan sejenak, adakah begini yang kita jangkakan akan berlaku sewaktu kita berada dimasa tersebut ? Pak Kaduk amat pasti tiada sesiapapun yang akan menjangkan begini yang tersurat akhirnya. Siapa yang boleh merancang sebegitu rupa jalan ceritanya? Siapa pula yang boleh menetapkan apa yang boleh berlaku? Kalau dikaji dengan teliti, semua itu adalah diluar kawalan dan kuasa kita semua. Allah swt maha mengetahui dan dia jugalah sebenarnya yang menyusun dan merencanakan semua perkara yang berlaku dari tarikh keramat tersebut sehinggalah sekarang.

Bermula dengan peristiwa hitam tersebut, satu lapuran rasmi dibuat kepada persatuan, kemudian jawatankuasa siasatan dan kehakiman bertugas, keputusan dibuat, orang lama dituduh sebagai dalang, MMK mengambil tindakan, MMT bersidang, Mak Teh memaki orang lama, MMT pertama membenarkan Mantan Guru Terus menjalankan tugas, YDP cawangan bertindak ganas dan merempuh masuk bilik mesyuarat MMT, Naib Presiden MMK dan Bendahari Agung meletak jawatan, MMK kemudian menolak keputusan MMT kerana kesilapan teknikal dan pengerusi mesyuarat MMT yang bias, Mantan Guru Utama menampar anak murid, Mantan Guru Utama dipanggil oleh pihak polis dan diberi amaran keras kerana kesalahan menampar orang, suratkhabar Harian Metro menyiarkan kisah Guru Cabul, Mantan Guru Utama terus engkar arahan dan tetap menjalankan tugas sebagai Guru Utama, Mantan Guru ditahan reman oleh polis selama empat hari atas tuduhan mencabul, Mantan Guru dihadapkan di mahkamah, Majalah Seni beladiri menyiarkan kisah Mantan Guru Utama yang diambil tindakan oleh MMK, MMT bersidang kali kedua berkaitan isu Guru Cabul, MMT menggugurkan mantan guru dan melantik Guru Utama yang baru……. Itulah sebahagian dari rentetan peristiwa yang berlaku sepanjang setahun yang lalu dan telah mengakibatkan banyak kerosakan dan kemusnahan kepada imej Silat Cekak Hanafi.

Keputusan MMT

Akhirnya MMT membuat keputusan juga pada 18 March 2007 yang lalu. Keputusan mesyuarat MMT itu adalah berdasarkan kepada kesan domino yang berlaku sejak setahun lalu. Apakah domino telah habis jatuh atau akan ada lagi ? Pada pandangan Pak Kaduk kesan domino atas perlantikan Guru Utama yang baru ini akan berterusan lagi sehingga semua domino jatuh. Kalau dalam permainan domino, jumlah kepingan kayu yang standard adalah 28 keping sahaja, tetapi kesan domino dalam Silat Cekak Hanafi ini jumlah kepingannya adalah terlalu banyak dan tidak terkira jumlahnya. Soalannya bilakah semua jatuhan itu akan habis? Tunggulah sajalah, Pak Kaduk pun tak tahu bila nak habis! Pangarahnya bukan kita. Allah swt juga yang maha mengetahui. Tuhan sekelian alam. Dia yang menyusun kepingan domino itu dan Dia jugalah yang mengetahui apa yang akan berlaku kepada kepingan domino yang seterusnya. Kita sebagai manusia, hanya berharap supaya kesan yang akan datang tidak seteruk yang telah belaku. Apa yang kita harapkan nanti ialah, apabila selesai jatuhan kepingan domino ini, akan terbentuklah corak yang cantik lagi menarik serta mengasyikkan sehinggakan peristiwa yang perit yang berlaku selama ini dapat kita dilupakan. Insya Allah.

Bahtera Cekak Hanafi

Bahtera kita sudah rosak tetapi masih belum tenggelam. Ribut dan taufan sudah kita tempuhi, apalah sangat hujan yang renyai-renyai yang tinggal….. Datang mentari, teduhlah ia…… Bahtera masih boleh dibaiki, nakhoda boleh datang dan pergi, juak-juak juga boleh bertukar ganti tetapi pelayaran menuju destinasi adalah PASTI…InsyaAllah.

Pak Kaduk – Sepanjang perjalanan menyusuri peristiwa hitam ini, ramai sahabat Pak Kaduk yang jatuh dan rebah. Ramai juga sahabat Pak Kaduk yang menjadi beku seperti air batu. Dalam pada itu, tidak kurang juga ada juga sahabat Pak Kaduk mementingkan diri yang hanya mahu memastikan matlamat diri sendiri tercapai. Sesudah itu, di tinggalkan begitu sahaja…. Inilah manusia pengkianat namanya. Berperangai seperti ular yang mematuk, bukan mahu dimakan, tetapi ditinggalkan….

NOTA: Artikel di atas adalah artikel terakhir yang Pak Kaduk tuliskan untuk tatapan semua pembaca dan sahabat sekelian dalam ruangan ini. Perjalanan Pak Kaduk sudah sampai ke penghujung apabila Guru Utama Silat Cekak Hanafi yang baru telah dilantik. Selama penulisan Pak Kaduk ini, mungkin ramai yang tersinggung dan terasa hati. Pak Kaduk susun jari sepuluh mohon ampun dan maaf atas kesilapan dan ketelanjuran yang berlaku…

Kalau ada sumur diladang,
Bolehlah Pak Kaduk menumpang mandi;
Kalau ada masa dan ruang,
Bolehlah Pak Kaduk menulis lagi.

Selepas ini Pak Kaduk akan meneruskan kerja menyabung ayam yang telah lama Pak Kaduk tinggalkan. Doakan ayam Pak Kaduk menang kali ini….

Salam Hormat

Read more...

KENAPA?…..TAK PERCAYA KE?

2007/03/20

Geli hati Pak Kaduk apabila mendapat tahu mantan Guru Utama dan ‘Mak Teh dan Keluarganya’ serta juak-juaknya tercengang-cengang sehinggakan mulut masing-masing terlopong dan terkejut yang amat sangat apabila Guru Utama yang baru dinamakan oleh Majlis Muafakat Tertinggi (MMT) Silat Cekak Hanafi tempohari. Lebih teramat terperanjatnya mereka-mereka itu apabila orang yang dinamakan untuk menggantikan mantan Guru Utama adalah seorang tokoh yang hebat dan sememangnya disegani oleh kawan dan lawan. Tokoh ini adalah tokoh ciptaan Al-Marhum Ustaz Hanafi sendiri sejak diawal perkembangan Silat Cekak di Kuala Lumpur pada tahun 1972. Sungguh tidak mereka sangka tokoh ini yang akan mengambil alih kepimpinan Silat Cekak dari mantan Guru Utama yang mencabul itu…

Tingkah laku para mereka-mereka yang terperanjat ini amat melucukan apabila masing-masing hilang punca. Dan didalam keadaan yang kelam-kabut itu, masing-masing pula cuba menenangkan rakan taulan yang lain dan tampil dengan hujah masing-masing bagi mengulas keputusan MMT serta tokoh yang dilantik. Ada yang kata tak layak dan ada yang kata tak ada ketokohan. Dan lebih lucu lagi ada yang berkata hanya mereka yang berasal dari Kedah sahaja yang layak jadi guru. Oleh itu orang yang datang dari negeri lain tak layak jadi guru. Kelakar sungguh jenaka mereka ini sehingga ‘Raja Lawak Astro’ pun pasti kalah dan siang-siang menyerah kalah apabila mendengar lawak jenaka mereka ini. Sehinggakan sewaktu Pak Kaduk menulis artikel inipun, ramai lagi di kalangan Bani Hanafi yang masih belum hilang ‘trauma’ dan kesan ‘tsunami’ yang melanda yang menjadikan mereka-mereka itu teramatlah terperanjatnya. Diberitakan juga masih ramai lagi yang ternganga mulut mereka oleh kerana terperanjatnya mereka itu. Jadi kalau para sahabat sekelian yang terjumpa dengan mereka-mereka yang mengangakan mulut mereka besar-besar, tanpa boleh menutupkan kembali mulut mereka, maka itulah tandanya mereka dari kaum keturunan Bani Hanafi dan juga juak-juak yang masih tidak percaya dan terkejut beruk itu….

Abang Tat kempunan?

Ramalan mereka sebelum ini tentang perlantikan Guru Utama satupun tidak mengena dan yang paling melucukan adalah abang mantan Guru Utama iaitu abang Tat @ Mokhtaruddin yang amat hampa dengan keputusan MMT yang tidak memilih beliau menggantikan adik beliau yang telah hilang kelayakaan itu. Beliau sebelum ini berkempen siang dan malam untuk mendapat simpati dari MMT dan sentiasa bercerita tentang mimpi Daud Sutan yang kononnya beliau yang akan menggantikan mantan Guru Utama. Walaupun beliau tidak hadir pada mesyuarat MMT yang telah diadakan kerana terpaksa pura-pura bersetuju dan atas dasar menyokong serta menunjukkan kesepakatan Bani Hanafi untuk sama-sama tidak hadir, namun dalam diam beliau amat berharap dan berdoa agar nama beliau disebut oleh MMT sebagai pengganti Guru Utama. Kempunan lagilah nampaknya! Kononnya beliau merasakan beliaulah tokoh yang layak menjadi pengganti dengan alasan bahawa beliau adalah anak Kedah dan juga berdasarkan mimpi Daud Sutan. Dan lagi beliau jugalah yang mencanangkan bahawa nak jadi guru ni tak payah mendapat mandat pun. Cukup dengan mimpi ataupun dengan syarat sahaja. Beliaulah salah seorang yang berpandangan hanya anak Kedah sahaja yang layak menjadi Guru Utama. Orang lain tidak layak! Alangkah cetek dan dangkalnya pemikiran anak Mak Teh ini. Ini satu lagi perkara yang melucukan dan inilah yang menjadi bukti bahawa Bani Hanafi ini sememangnya bani yang kemaruk dan perasan yang mereka ini bagus!

Yang melucukan juga adalah sewaktu keputusan mesyuarat MMT yang diadakan bulan September tahun lalu yang membuat keputusan memihak kepada mantan Guru Utama, mereka punyalah bersorak macam beruk kena belacan! Begitu banyak SMS yang dihantar oleh anak sulong ‘Joker of The Year’ kepada orang ramai tentang kemenangan mereka. Maka berduyun-duyun jugalah mereka berarak ke sana kemari mencanangkan keputusan MMT itu. Mereka SANGAT-SANGAT-SANGAT mengiktiraf keputusan MMT itu kerana MMT telah berpihak kepada mereka. Walaupun selepas itu MMK menolak keputusan MMT kerana keputusan MMT dibuat secara undi terbuka yang secara langsung melanggar peraturan mesyuarat MMT. Dan yang lucu lagi selepas itu anak sulong ‘Joker of The Year’ menyediakan surat dan ‘Joker of The Year’ sendiri bertindak menjadi ‘despatch’ membawa surat tersebut berjumpa dengan Dr Ahmad Nizam untuk ditandatangani. Surat tersebut kemudiannya disiarkan dalam laman web mereka. Ini kononnya sebagai bukti bahawa orang lama menyokong mantan Guru Utama dan Bani Hanafi. Mereka juga pada ketika itu amat mengagung-agungkan ahli MMT yang mengundi memihak kepada mereka iaitu sdra Shafie Latif dan Cikgu Rauhi. (sebenarnya ahli lama yang menyokong mereka pada waktu itu hanya 3 orang sahaja termasuk Abu Hamid Na’aman).

Dulu terima, sekarang tidak?

Namun pada mesyuarat yang diadakan pada 18 March 2007 yang lalu, MMT membuat keputusan menggugurkan mantan Guru Utama dan melantik seorang tokoh lama menjadi Guru Utama yang baru. ‘Mak Teh dan Keluarganya’ dan juak-juak mereka tidak mahu menerima keputusan tersebut. Kenapa tidak mengiktiraf? Senang sahaja, iaitu kerana keputusan tersebut tidak berpihak kepada mereka. Dan yang perlu kita semua tahu juga ialah orang-orang lama yang menyokong mereka sebelum ini jugalah yang terlibat membuat keputusan tersebut. Orang-orang seperti Dr Ahmad Nizam dan Sdra Shafie Latif juga terlibat membuat keputusan tersebut. Kenapa tidak mahu terima? Alah…… apa nak disusahkan mencari jawapannya. Sebabnya keputusan tidak berpihak kepada mereka. Ahli-ahli MMT yang mereka sanjung dan canang sebelum ini telah tidak pula disanjung. Bukankah ini melucukan? Untuk pengetahuan semua, MMT tersebut adalah MMT yang sama membuat keputusan sebelum ini, walaupun ‘Mak Teh dan Keluarganya’ tidak hadir pada mesyuarat kali ini kerana takut dan malu. Kenapa sebelum ini boleh terima keputusan MMT dan sekarang tidak mahu terima pula?

Sayang sungguh Mak Teh tak hadir mesyuarat kali ini. Hendak juga Pak Kaduk dapatkan lapuran apa lagi yang nak dimaki kepada orang lama. Ataupun semua orang lama pakat maki ‘Mak Teh dan Keluarganya’. Tetapi Pak Kaduk sangat percaya orang lama tak akan buat macam tu. Mereka semua adalah orang yang berpelajaran dan tidak sewenang-wenangnya memaki orang.

Tidak terkejut

Sebenarnya Pak Kaduk sedikit pun tidak terkejut dengan perangai dan kerenah ‘Mak Teh dan Keluarganya’. Seperti artikel-artikel lalu yang telah Pak Kaduk tulis, selagi dinamakan ‘Mak Teh dan Keluarganya’, dan selagi keputusan tidak berpihak kepada mereka, maka selagi itulah mereka tidak akan menyokong. Hatta kalau diturunkan para Ma’alaikat pun, untuk membuat keputusan, selagi keputusan tidak memihak kepada mereka, mereka tidak akan terima. Itulah yang dinamakan ‘Mak Teh dan Keluarganya’ yang perasan bagus tak habis-habis!

Senyum

Berbeza dengan ‘Mak Teh dan Keluarganya’ serta juak-juak yang masih ternganga mulut kerana masih terkejut dan tidak percaya, para sahabat handai Pak Kaduk pula sekarang ini ramai yang senyum sahaja kemana mereka pergi. Mereka ini sangat gembira dan bersyukur dengan keputusan MMT tersebut. Mereka gembira kerana doa mereka selama ini telah dimakbulkan Allah swt. Jadi kalau para sahabat terjumpa dengan orang yang senyum sahaja sekarang ini, maka merekalah kaum keluarga Pak Kaduk yang sedang bergembira. Nasihat Pak Kaduk kepada semua, jangan gembira sangat kerana perjuangan masih belum selesai. Banyak lagi perkara yang perlu dilakukan sebelum kita boleh membuat pengisytiharan rasmi tentang kegembiraan kita.

Pak Kaduk – Selain senyum, ramai juga suku-sakat Pak Kaduk yang cukur kepala botak tanda syukur. Tetapi kepala Pak Kaduk tak boleh cukur lagi sebab sememang dari dulu lagi kepala Pak Kaduk dah botak. Mungkin Pak Kaduk akan cukur juga, tetapi rambut yang lain…..

Read more...

SILAT CEKAK HANAFI MENDAPAT GURU UTAMA YANG BARU!!!

2007/03/18

Hari ini bersamaan 18 March 2007, satu sejarah telah tercipta dengan berita gembira. Mesyuarat MMT yang diadakan hari ini di De Palma Hotel, Ampang telah menamakan seorang Guru Utama yang baru iaitu seorang ahli lama Silat Cekak Hanafi bagi menggantikan mantan Guru Utama yang lalu yang telah hilang kelayakan. Pak Kaduk juga mendapat tahu bahawa tidak seorang pun ahli keluarga Bani yang berani menunjukkan muka mereka pada mesyuarat tersebut kerana malu yang amat sangat akibat perbuatan mantan Guru Utama yang telah mencabul kehormatan wanita dan juga perbuatan Mak Teh yang memaki ahli-ahli lama pada mesyuarat yang diadakan sebelum ini iaitu pada bulan September yang lalu.

Keputusan MMT itu telah menamatkan spekulasi dan juga kemelut yang melanda sejak setahun yang lalu. Tahniah diucapkan kepada ahli MMT yang telah berani membuat keputusan tersebut. Semoga Silat Cekak Hanafi selepas ini terus berkembang maju di bawah kepimpinan Guru Utama yang baru. Pak Kaduk tidak tahu bila nama Guru Utama yang baru akan diisytiharkan secara rasmi, kita nantikan saja pengumuman rasmi dari pihak yang berkenaan.
Syabas, syabas, syabas!!!!

Pak Kaduk – sudah dapat jawapan kepada soalan ‘Esok Untuk Siapa’!

Read more...

MENANTI HARI ESOK

2007/03/16

Sebahagian besar dari kalangan ahli kita sedang menanti akan kesudahan drama yang paling tragis abad ini. Apa yang akan berlaku dan bagaimanakah kesudahannya. Hari-hari demi hari ditunggu, namun kesudahannya masih belum menjelma. Setahun lamanya mereka menanti, namun berita yang boleh memberikan sedikit cahaya kepada mereka masih belum kunjung tiba. Masih boleh bertahankan mereka? Masih ada lagikah kesabaran dalam jiwa mereka? Dan masih ada lagikah kekuatan perjuangan yang mereka galas selama ini? Agak sukar juga Pak Kaduk menjawab kerana Pak Kaduk sendiri tiada jawapan yang khusus untuk diberikan. Pak Kaduk juga masih mengharapkan sumber berita dari pihak-pihak yang berkenaan untuk dijadikan panduan. Namun hingga sekarang, tiada juga apa-apa perkembangan yang dapat dikongsikan bersama.

Ramai yang bertanya juga bila lagi nak tutup kes? Ikhlas Pak Kaduk katakan, Pak Kaduk pun tidak tahu. Apa yang boleh Pak Kaduk katakan setakat ini semuanya belum pasti. Pak Kaduk faham bahawa ramai yang mahukan maklumat terkini dan tindakan selanjut yang akan dilaksanakan. Tetapi, belum berhasil lagi lah nampaknya setakat ini. Mungkin Pak Kaduk perlu bekerja kuat dan Jabatan Penyiasatan Pak Kaduk juga perlu kerja lebih masa demi untuk mendapatkan maklumat yang terkini.

Proses penapisan?

Namun begitu, apa yang Pak Kaduk boleh katakan kepada para ahli sekelian, dalam kita menghadapi cabaran getir pada masa sekarang ini, janganlah kita mudah patah semangat. Peristiwa yang berlaku sekarang adalah satu proses untuk menguji kekuatan dan kesabaran kita. Bukannya satu proses penapisan seperti yang diwar-warkan oleh mantan Guru Utama sebelum ini. Apa yang dikatakan oleh mantan Gu itu adalah perkara lapuk untuk terus menarik saki baki ahli yang ada untuk menyokong beliau. Kononnya siapa yang tidak mengikut beliau adalah ditapis keluar dari perjuangan kononnya. Kepada ahli-ahli sekelian, janganlah terperdaya dengan tipu daya mantan Gu ini. Kerana pada masa sekarang beliau berada dalam keadaan yang amat terdesak dan amat tertekan. Beliau telah hilang arah dan kehilangan hala tuju apabila satu-persatu tipu helah beliau dibongkar. Oleh itu beliau akan berusaha sedaya-upaya untuk mengekalkan ahli-ahli disekeliling beliau. Jika tidak, beliau akan tinggal dengan keluarga beliau sahaja. Jika sekiranya ini berlaku, tamatlah riwayat perjuangan beliau untuk mempertahankan kedudukan. Dan ini bermakna berakhirlah sisa-sisa peluang yang ada.

Doa dan berserah

Kepada sahabat-sahabat sekelian, proses sekarang adalah juga proses menguji kesabaran, ketahanan mental dan fizikal. Ianya juga menguji sejauh mana kita memahami perjuangan yang telah diasaskan oleh pemimpin agung kita sebelum ini. Setakat mana pula kita berjaya mengatasinya segala cabaran yang sedang kita lalui. Kita harus sedar bahawa, walaupun kita merasakan perkara ini amat berat untuk ditanggung, pada masa yang sama kita harus menyedari bahawa orang-orang yang terlibat dan mereka-mereka yang bertanggungjawab sudah tentu cuba menyelesaikan masalah ini dengan baik dan dengan cara yang berkhemah. Mereka juga sudah tentu lebih tertekan dan lebih hebat dugaan yang diterima. Jika mereka masih kuat bertahan dan masih cuba membetulkan keadaan kenapa tidak kita yang bukanlah diuji dengan begitu hebat sangat jika dibandingkan dengan mereka-mereka itu. Jadi, Pak Kaduk harapkan agar kita semua berilah mereka masa dan ruang untuk mereka lakukan dan kita seharusnya berdoa dan membantu agar apa yang dilaksanakan oleh mereka itu akan beroleh kejayaan.

Dalam agama kita pun disarankan supaya kita berusaha bersungguh dan kemudiannya kita berdoa meminta pertolongan dari Allah swt dan kita berserah kepada yang Esa. Itulah yang sebaik-baiknya. Oleh itu Pak Kaduk ingin sarankan kepada semua ahli supaya jangan lupa berdoa dan mohonlah keampunan ke atas dosa-dosa kita, dosa kedua ibu bapa kita, dosa guru-guru kita, dosa kaum muslimin dan muslimat serta mohonlah pertunjuk dan hidayah dariNya agar kita semua berjaya melalui ujian pada kali ini. Pohonlah juga agar kita diberikan kekuatan bagi meneruskan perjuangan yang telah dirintis oleh Al-Marhum Ustaz Hanafi Hj Ahmad. Yakinlah bahawa Allah swt sahajalah tempat kita bergantung dan bukannya kepada mantan Guru Utama (seperti banyak ahli fikir!). Janganlah dipesongkan aqidah kita dengan melakukan perkara-perkara yang boleh mensyirikkan kita samaada secara sedar ataupun tidak sedar. Ingatlah, dosa mensyirikkan tuhan tidak akan diampunkan oleh Allah swt. Mohonlah agar kita dijauhkan dari mala petaka dan kesusahan serta berilah kemudahan dan kemenangan kepada orang-orang yang ikhlas dalam perjuangan.

Penantian hari esok

Kita sebenarnya tidak tidak tahu apa yang akan berlaku seterusnya. Bagaimana keadaannya untuk hari-hari akan datang. Bagaimana keadaannya untuk hari esok? Sebenarnya hari esok pasti akan menjelma juga. Tidak perlu dinanti sangat. Samaada kita suka ataupun tidak. Yang berbeza ialah samada penantian kita dijelmakan dengan berita gembira atau sebaliknya. Apapun beritanya, kita harus redha dan menerimanya sebagai satu ketentuan dari Allah swt. Kita manusia yang lemah hanya dapat merancang tetapi Allah juga penentu segala-galanya. Penantian itu sememangnya satu penyiksaan, namun penantian juga menguji kesabaran serta meningkatkan kematangan kita. Oleh itu kita harapkan penantian kita untuk hari esok yang gemilang akan dimakbulkan Allah swt. Dan semoga perjuangan Al-Marhum Ustaz Hanafi Hj Ahmad masih tetap relevan untuk diteruskan..


Pak Kaduk – Esok Untuk Siapa?

Read more...

ESOK MASIH ADA…

2007/03/13

Mantan Guru Utama yang kita ’kasihi’ ini dan pengikut beliau mereka membuat rencana untuk mengalihkan payung mereka berteduh selama ini kepada satu payung baru yang dinamakan Silat Cekak Warisan. Kenapa diletakkan perkataan ’Warisan’? Itu jangan ditanya. Pada pemahaman mereka, Warisan membawa maksud silat ini adalah kepunyaan Bani Hanafi yang dipelopori oleh Ustaz Hanafi, yang diwariskan kepada mereka dan menjadi warisan zaman-berzaman kepada keluarga Bani Hanafi. Itulah yang ada dalam pemikiran mereka. Seperti yang dilafazkan secara ego dan sombongnya oleh Mak Teh bahawa ’silat ini silat kami, kalau hampa tak mau kat kami, hampa boleh keluar dari persatuan ini’!, maka percakapan itu dibuktikan dengan perbuatan. Maka usaha menubuhkan Silat Cekak Warisan pun diteruskanlah sepertimana yang dirancang. Itulah usaha terakhir mereka untuk terus menjadi relevan dalam perkembangan silat tanah air. Jadinya pada pandangan mereka, nama tersebut amat sesuai digunakan. Oleh yang demikian juga, mantan Guru Utama dan juak-juak beliau sudah tidak hiraukan lagi persatuan yang lama. Dan mereka tidak mahu lagi dikaitkan dengan persatuan yang telah memayungi mereka selama 13 tahun yang lalu.

Rasional penubuhan

Kalau dikaji dari satu sudut, Pak Kaduk rasa itulah perkara yang sebaik-baiknya dilakukan oleh mereka. Itulah juga perkara yang patut dilakukan oleh sesiapapun yang berada di dalam keadaan yang sebegitu. Apa lagi pilihan yang mereka ada selain mendaftarkan persatuan baru dan melantik diri sendiri menjadi Presiden dan Guru Utama. Orang lain sudah tidak mahu terima, apa lagi yang nak dikata. Jadi selepas ini tiada lagi orang-orang yang akan memberikan kawalan ataupun teguran yang membina. Selepas ini juga mantan Guru Utama ini bebas melakukan apa yang hendak dilakukan. Maka berleluasalah para anak dara sunti yang dijilat dan hisap sepuas-puasnya. Juak-juak yang ada hanya mengikut sahaja. Silap-silap, ramai juga yang tumpang sekaki. Amat sedikit yang membantah kerana masing-masing ada habuannya. Jadi tidaklah perlu lagi mantan Guru Utama ini risaukan apa-apa pun.

Namun kalau dihalusi dari sudut yang lain, tindakan pendaftaran persatuan yang baru atas nama yang baru tersebut adalah tindakan menyerah kalah atau mengaku bersalah. Jika kebenaran yang mereka perjuangkan, maka mereka harus melawan hingga ke titisan darah yang terakhir. Tetapi di kalangan juak-juak ini, rasanya tiada sesiapa yang sanggup berjuang sampai mati. Yang ada hanyalah berjuang untuk mengisi temolok sendiri. Tindakan itu juga menandakan berakhirnya era silaturahim yang selama ini diperjuangkan. Seperti mana artikel Pupusnya Bani Hanafi yang lalu, begitulah juga hancurnya satu perjuangan yang suci.

Kenapa perlu tubuhkan persatuan baru? Senang sahaja jawapannya iaitu supaya mantan Guru Utama masih boleh bergerak dan mendapat fulus. Jadinya perjuangan mantan Guru Utama ini hanya berpaksikan fulus? Ya, sudah tentu. Sejak awal lagi semasa perpecahan dengan Ishak Itam, fuluslah yang menjadi isu utama. Jadi , apa sudah jadi dengan perjuangan? Perjuangan apa yang nak diperjuangankan? Perjuangan isi perutlah yang lebih utama sekarang ini. Moto yang dipakai oleh mantan Guru Utama ialah ’ada duit semua boleh jadi’ . Jadi duit itulah paksi perjuangan mereka. Yang lain nanti dulu. Kalau nak bergaduhpun, biar duit dikebas dulu, lepas tu kalau nak hancur ke, nak pecah ke, tidaklah dipedulikan oleh mantan Guru Utama ini.

Sejarah juga membuktikan bahawa Bani Hanafi ini adalah bani yang sangat dahagakan wang ringgit. Mereka sangat kasih dan cinta kepada wang ringgit. Oleh sebab itu, orang-orang yang banyak duit sahaja yang menjadi pilihan mereka untuk menjadi kawan. Hinggakan sanggup menjemput ahli-ahli yang baru dikenal sehari dua datang ke rumah untuk makan nasi bersama keluarga hanya kerana orang itu berduit. Inilah yang dikatakan mata duitan. Haru sungguh kelakuan Bani Hanafi ini.

Silat Cekak Warisan

Jadi , selepas ditubuhkan nama tersebut, bolehlah berjalan lagi si mantan Guru Utama ini. Masih ada sinar rupanya mantan Guru Utama ini. Masih boleh berkuasa rupanya dia. Dan rupa-rupanya Esok Masih Ada untuk mantan Guru Utama, Bani Hanafi dan juak-juaknya. Syabaslah, berusahalah bersungguh-sungguh. Jangan sampai tercicir lagi kali ini. Peganglah sekuat hati kekuasaan yang bakal diperolehi nanti. Susunlah secepat mungkin para ahli keluarga untuk memegang jawatan-jawatan penting dalam persatuan baru. Jangan dibiarkan lepas kepada yang tiada hubungan keluarga, nanti padah pula jadinya.

Penjawat Jawatan

Pak Kaduk cadangan seperti berikut untuk agihan jawatan. Jawatan Presiden dan Guru Utama sudah tentu dipegang oleh mantan Guru Utama, Jawatan Naib Presiden dipegang oleh bos CNI yang juga abang mantan Guru Utama bersama-sama dengan abang yang seorang lagi iaitu Joker Of The Year. Jawatan Setiausaha Agung diberikan kepada bonda yang dikasihi kerana kelantangan bersuara dan memaki orang ramai, Jawatan Bendahari Agung dipegang oleh Mantan Guru Utama sendiri. Maklumlah, bab duit ni tak boleh percaya sapa-sapa, walaupun ahli keluarga sendiri. Jawatan Ketua Perhubungan Seranta pula dipegang oleh bos CNI juga. Jawatan Pengerusi Biro Agama disandang oleh anak sulong Joker of The Year, jawatan Pengerusi Serikandi dipegang oleh isteri mantan Guru Utama, Jawatan Tugas-tugas khas dipegang oleh menantu bongsu yang disayangi sebab dia tu tidak berapa cerdik dan terlalu emosional. Jawatan Tugas-tugas Khas 2 diberikan kepada adik lelaki mantan Guru Utama kerana tugas ini amat sesuai dengannya yang tidak memerlukan pergerakan dan buat apa-apa, duduk diam-diam sahaja. Sebenarnya jawatan ini tak perlu buat kerja pun, tetapi sebab nak bagi jawatan juga, maka diwujudkan lah jawatan tersebut untuk kaum-keluarga. Jawatan Pengerusi Kostum dan Cenderahati juga diberikan kepada adik lelaki yang ini sebab yang ini ada masyukk!!!. Bila lagi nak tolong ahli keluarga sendiri?

Para ahli LPT adalah terdiri dari Bani Hanafi sahaja dengan Mantan Guru Utama menjadi Pengerusi LPT dan adik beliau yang bongsu menjadi Setiausaha LPT. Memang sesuai anak perempuan dengan mak menjadi setiausaha persatuan dan LPT. Dua-duanya perempuan. Kata orang, perempuan ini pendek akal dan tak fikir panjang. Jadi boleh kata apa sahaja dan maki sapa-sapa saja, sapa yang nak marah? Mak Teh lah katakan! Kalau bagi kat orang lain jawatan tu , takut nanti kena tikam belakang pulak!

MMT

Satu lagi badan yang perlu dikawal dengan ketat ialah jawatan ahli MMT. Yang paling penting sekali ialah semua ahli Bani Hanafi mesti menjadi ahli MMT dan dibayar elaun bulanan secara tetap dan berpencen. Bila lagi Bani Hanafi nak rasa fulus kalau tak buat macam tu? Jadi tak payah takut lagi kepada sapa-sapa pun selepas ini. Yang mesti dimasukkan juga dalam peraturan MMT ialah ’Allah Ta’ala yang berkuasa melantik Guru Utama, tiada sesiapa yang lain yang berhak menentukannya!’. Dan dengan itu maka tercapailah hasrat untuk menjadikan silat ini sebagai silat warisan mereka. Moto silat yang akan diperkenalkan nanti adalah ’Silat Warisan Silat Keluarga’ dan inilah yang dimaksudkan dengan nama Silat Cekak Warisan yang akan dipelopori nanti. Jadinya, ESOK MASIH ADA rupanya untukmu wahai Bani Hanafi! Selamat maju jaya dan selamat meneruskan perjuangan...

Pak Kaduk – Menanti Hari Esok

Read more...

TIADA ESOK BAGIMU!

2007/03/12

Semasa Pak Kaduk menulis artikel ini, sedar tak sedar, telah setahun rupanya peristiwa pencabul sensasi abad ini yang dilakukan oleh mantan Guru Utama yang kononnya hebat dari segala segi. Dalam diam tak diam juga, peristiwa yang berlaku setahun lalu rupanya meragut kewibawaan banyak insan dan mengheret ramai orang yang tidak berdosa kekancah yang memalukan ciptaan mantan Guru Utama ini.

Sejarah telah merakamkan bahawa Mantan Guru Utama ini menjadi pencipta sejarah kerana gugur dengan penuh kehinaan dan membawa gelaran sebagai Pencabul Sensasi Abad Ini! Mantan Guru Utama ini setahun yang lalu merupakan seorang manusia yang amat berkuasa di dalam persilatan yang dia menjadi guru, tiba-tiba kehilangan kedudukan dan tahta serta jatuh dengan cara yang amat memalukan. Perumpamaan seperti ‘seekor kerbau membawa lumpur, habis semuanya terpalit’ sangat relevan dengan kelakuan dan tindak-tanduk mantan Guru Utama ini. Mana tidaknya, oleh kerana tindakan yang tidak menggunakan otak itu dan nafsu serakah yang buas itu, beliau telah memalukan seluruh masyarakat silat di negara ini terutamanya para guru-guru silat yang banyak berjasa. Beliau juga memalukan pergerakan Silat Cekak Hanafi dengan tindakan yang bodoh itu. Beliau turut memalukan semua para pendokong utama serta para penyokong yang setia serta keluarga beliau sendiri. Beliau memalukan keluarga Ustaz Hanafi dan yang paling tragisnya, beliau telah menghina jawatan Guru Utama Silat Cekak dengan perbuatan beliau yang amat tidak bertanggungjawab dan amat dangkal itu.

Tindakan beliau yang mengalihkan perhatian kepada orang-orang lama yang kononnya orang lama sebagai dalang untuk menjatuhkan beliau amat tidak bertanggungjawab dan sangat tidak berpatutan. Orang-orang lama ini telah menjadi pendokong silat ini sejak mantan Guru Utama sendiri pada waktu itu masih kanak-kanak yang tidak kenal erti silat dan perjuangan. Perbuatan memburukan orang-orang lama ini adalah usaha terdesak yang nyata untuk melepaskan diri dari mendapat malu yang amat sangat. Kemudian beliau memburuk-burukkan pula peribadi orang-orang yang berada disekeliling beliau yang turut berkorban untuk pergerakan Silat Cekak dan yang terakhir dalam usaha keji beliau apabila beliau masih menjalankan pengijazahan persilatan dan mengaku sebagai Guru Utama walaupun telah diambil tindakan penggantungan keahlian.

Pengajaran dan iktibar


Susulan dari urutan peristiwa yang berlaku setahun lalu, banyak kenangan pahit manis dan juga pengajaran yang boleh kita jadikan renungan dan iktibar. Pertama, kita tidak boleh menaruh kepercayaan yang berlebihan kepada sesama manusia walaupun kononnya kita kenal luar dan dalam. Kedua, sanjungan kepada manusia secara berlebihan sebenarnya amat merbahaya kerana boleh menyebabkan seseorang itu hilang pertimbangan sehingga mendorong seseorang itu melakukan perkara-perkara yang diluar jangkaan. Ketiga, kita dituntut untuk menuntut ilmu untuk mengenal mana yang baik dan mana yang buruk serta mana yang songsang supaya kita tidak mudah diperdayakan oleh orang-orang yang berlakon kononnya merupakan orang-orang yang terpilih dan mulia di sisi Allah swt. Keempat, jangan mudah percaya kepada keluarga Ustaz Hanafi sebagai keluarga yang terpilih walaupun Ustaz Hanafi itu sendiri adalah seorang manusia yang hebat. Ilmu ketuhanan yang ada pada Ustaz Hanafi bukanlah boleh diwarisi oleh anak-anak. Oleh itu anak-anak Ustaz Hanafi tidak boleh berbangga diri dan dengan bongkaknya menyatakan mereka adalah orang-orang yang terpilih dan adalah ahli Syurga seperti mana yang di nyatakan oleh mantan Guru Utama pada perjumpaan tenaga pengajaran tajaan juak-juak yang hilang pedoman pada 20 Januari 2007 yang lalu. Kelima, kita perlu tahu dan maklum bahawa silat ini bukannya silat keluarga dan tidak ada keterangan dan kesahihan untuk mereka mengatakan bahawa ‘silat ini adalah silat kami’ seperti mana yang dilafazkan oleh Mak Teh pada mesyuarat MMT pada bulan September tahun lalu. Kenyataan yang amat dangkal ini lahir dari hati yang bongkak dan busuk kerana masih mengaku kononnya mereka itu merupakan golongan yang terpilih dan berhak ke atas silat ini.

Bahana sumpah

Oleh kerana tindakan tidak cerdik mantan Guru Utama itu, beberapa peristiwa lain juga telah berlaku terhadap diri beliau sepanjang setahun yang lalu. Kita boleh buat sedikit senarai peristiwa tersebut yang boleh ditafsirkan yang beliau sebenarnya sedang dimakan sumpah yang beliau lafazkan.

Pertama, beliau diturunkan taraf dari Guru Utama kepada ahli biasa apabila dipanggil mengadap Jawatankuasa Penyiasat persatuan pada 4 Julai 2006. Beliau diasak dengan soalan-soalan yang bertubi-tubi sampai ke satu peringkat apabila diasak dengan hebat beliau telah hilang pertimbangan dan mula naik angin. Dalam hal ini, dari jawatan Guru Utama, beliau diturunkan pangkat menjadi orang yang disyaki atau orang tertuduh!

Kedua, beliau menjadi seorang yang tiada arah dan pengaruh apabila mengetahui bahawa keputusan Jawatankuasa Penghakiman tidak berpihak kepada beliau.

Ketiga, beliau menjadi seorang manusia yang bersalah dan telah diambil tindakan penggantungan keahlian oleh persatuan . Jadilah beliau sebagai seorang yang kehilangan tahta dan kuasa.

Keempat, beliau kemudiannya menjatuhkan lagi taraf beliau sebagai Guru Utama pada waktu itu apabila dipaksa hadir ke balai polis Cheras dan diberi amaran keras kerana tindakan samseng menampar anak murid. Jadilah beliau seorang mantan Guru Utama yang mempunyai rekod jenayah.

Kelima, setelah itu beliau dimalukan apabila siaran akhbar Harian Metro yang membawa tajuk ‘ Guru Silat Cabul’ pada bulan Oktober tahun 2006. Siaran akhbar tersebut telah meruntuhkan semangat juak-juak beliau yang selama ini menganggap dirinya kebal.

Keenam, seterusnya maruah beliau tercalar lagi apabila beliau telah ditahan oleh pihak polis di rumah persatuan Datuk Keramat atas tuduhan mencabul kehormatan. Satu negara digegarkan dengan peristiwa tersebut. Peristiwa itu juga telah menjatuhkan maruah dan status seorang guru ke tahap yang amat rendah sekali. Lanjutan itu beliau ditahan reman selama empat hari sebelum dihadapkan ke mahkamah pada 12 Februari 2007 atas tuduhan mencabul. Beliau dibebaskan dengan ikat jamin sebelum kes beliau dibicarakan. Jadi sekarang ini jadilah beliau seorang manusia yang mempunyai rekod jenayah sebagai seorang pencabul dan hanya menunggu masa untuk dibicarakan dan andainya didapati bersalah akan dikenakan hukuman penjara dan sebatan. Sungguh mengaibkan!

Ketujuh, peristiwa yang paling terkini adalah apabila berita pengantungan keahlian dan peristiwa pencabulan beliau disiarkan dalam majalah Seni Beladiri keluaran March 2007 yang memaparkan wajah beliau untuk tatapan semua. Kemana lagi hendak disorok muka mantan Guru Utama ini? Pak Kaduk sendiripun sesak nafas dibuatnya kalau memikirkan rentetan peristiwa yang berlaku itu apa lagi bagi diri mantan Guru Utama itu sendiri.

Apa lagi selepas ini?

Jadi selepas ini apa lagi nak berlaku? Perkhabaran yang Pak kaduk terima, ada beberapa peristiwa lagi yang akan berlaku terhadap mantan Guru Utama ini. Jika tidak dijaga betul-betul boleh jadi gila dibuatnya. Dan kata orang, jangan sampai nak lari pun dah tak cukup tanah sudahlah!

Harapan mantan Guru Utama untuk mempunyai hari esok yang cerah amat tipis sekali kalau dikaji dari senario sekarang ini. Kedudukan, maruah, gelaran dan sebagainya telah pun hilang dari genggaman, apa lagi yang nak berlaku selepas ini? Pak Kaduk tidak pasti, tetapi apa yang boleh Pak Kaduk katakan ialah wahai mantan Guru Utama, SUDAH TIADA ESOK BAGI MU!

Pak Kaduk – Kalau awal-awal lagi Mantan Guru Utama ini bekerjasama bukankah mudah. Maruah tidak tercalar, kehormatan diri masih terjaga! Tetapi kerana DEGIL dan EGO yang melimpah –ruah, inilah bahananya..

Read more...

TARAF MANUSIA

2007/03/04

Dalam dunia yang serba canggih sekarang, kedudukan manusia lebih dinilai dari segi material berbanding ilmu pengetahuan dan nilai-nilai spiritual. Ini bermaksud seseorang manusia itu akan dianggap mulia dan tinggi di dalam masyarakt jika mempunyai harta yang melimpah ruah walaupun manusia itu seorang pendusta, kaki pemabuk dan penzina. Tarafnya diangkat lebih tinggi dari manusia yang berilmu dan alim. Itu adalah lumrah dunia. Itu adalah taraf yang dinilai oleh sesama manusia. Jadinya, lebih banyak harta dan duit seseorang akan bertambah martabat dan tarafnya di dalam masyarakat. Itulah yang dimaksudkan dengan kedudukan dan taraf yang bersangkut paut dengan material.

Bagaimana pula taraf seseorang manusia itu di sisi Allah swt.? Adakah masih berlandaskan kepada aspek material dan apa yang dimiliki oleh seseorang manusia? Sudah tentu tidak. Semua manusia adalah sama di sisi Allah swt. Apa yang membezakan mereka adalah keimanan dan amalan mereka. Tinggi tingkatan keimanan dan tinggi amalan ibadah dan penyerahan diri kepada Allah swt., maka akan bertambahlah tahap dan darjat seseorang manusia itu di sisi Allah swt. Bolehkah darjat atau taraf seseorang meningkat jika tidak terus menerus melakukan penghambaan diri ke hadrat Allah swt. ? Tidak sama sekali. Keimanan kita bukannya sentiasa berada pada tahap yang sama pada sepanjang masa. Keimanan kita akan menurun dan meningkat menurut amal ibadah kita , jika kita melakukan amal ibadah yang berterusan dengan ikhlas kerana Allah swt., maka nescaya akan meningkatlah taraf dan keimanan kita kepada Allah swt. Tetapi jika kita lalai dan tidak melaksanakan perintahnya serta tidak menghindarkan segala larangannya, maka sudah tentu keimanan kita berada pada tahap yang rendah dan akan menurunlah taraf kita di sisi Allah swt. Sebab itu orang-orang yang beriman yang sentiasa melaksanakan perintah Allah swt dengan ikhas serta menghindarkan laranganNya akan disukai dan dikasihi Allah swt dan akan dikurniakan kelebihan-kelebihanNya.

Bagaimana taraf sang guru Anak Mak Teh?

Jadi di sini elok juga kita bincangkan sedikit tentang bagaimana kedudukan orang yang mengaku atau diangkat bertaraf ‘wali’ kononnya dan diangkat tinggi dan mulia di sisi Allah swt. Walaupun diangkat tinggi tetapi manusia sang guru tidak pula melaksanakan perintah Allah swt. Adakah taraf dan kedudukannya masih berada di tahap yang tinggi di sisi Allah swt? Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui dan maha adil. Dalam hal sedemikian, kita mestilah tahu membezakan antara yang benar dan juga yang palsu. Taraf manusia itu tidak akan meningkat jika mereka berhenti melaksanakan kewajipan terhadap Allah swt. Sebaliknya akan menjadi manusia yang tidak diredhaan oleh Allah swt kerana mengingkari suruhanNya. Tambahan lagi, bagaimana boleh seseorang yang tidak menurut perintah akan diberi kelebihan dan diangkat tarafnya. Tidak mungkin!

Persoalan ini boleh dikaitkan dengan suasana persatuan sekarang. Ramai dari kalangan ahli dan pengikut bekas guru ini mengatakan beliau adalah seorang hebat dan terpilih. Beliau bertaraf tinggi di sisi Allah swt dan bertaraf Wali. Beliau juga seorang yang terpelihara dari melakukan kejahatan dan perkara-perkara yang dilarang. Namun kalau dikaji dengan teliti tentang tingkah laku dan amalannya, adalah didapati guru tersebut yang sentiasa mengikari perintah Allah swt terutama berkaitan perkara-perkara dan amalan-amalan wajib. Kita boleh katakan begitu kerana kita pernah bersama guru ini selama 13 tahun dan sentiasa berada dalam majlis-majlis tertentu persatuan dimana apabila sampai waktunya, tidak pula dilakukan oleh guru kita yang seorang ini.

Buat kursus sembahyang tetapi tidak sembahyang?

Pernah satu ketika dahulu sang guru sangat sebok mengadakan majlis-majlis yang berkaitan tentang kursus sembahyang. Salah satu kursus yang telah diadakan ialah di Hotel Vistana Kuala Lumpur untuk para serikandi dan isteri-isteri ahli.(Soalan?, perlu ke nak buat kursus sembahayang ni di buat di tempat-tempat yang ada kelas dan mahal? ) Lapuran yang diterima, ramai juga yang datang ke majlis ilmu tersebut. Dan setiap yang hadir perlu membayar sebanyak RM100.00. (sudah tentulah guru dan keluarga beliau tidak perlu bayar, free lah tu, malah mendapat bayaran lagi adalah!)

Pada majlis tersebut sang guru kononnya menerangkan cara-cara mengerjakan sembahyang yang betul dan sang isteri guru pula kononnya nak bagi petua-petua tertentu. (Hah!!! Isteri guru nak bagi petua? Apa petua yang dia nak bagi? Jangan buat lawak di siang harilah!). Majlis tersebut dimulakan dengan jamuan makan tengahari sekitar jam 12.00 tgh dan sekitar 1.00 tgh majlis pun bermula. Yang menjadi isunya sekarang, majlis kursus sembahyang ini punyalah lama berlangsungnya sehingga sampai waktu Zohor dan Asar pun sang guru dan buat selamba saja dan tak nak pergi mengerjakan perkara yang wajib tersebut. Yang perempuan , faham-faham sahajalah kerana mungkin ada yang tak boleh sembahyang, tetapi takkan semua kot? Jadi, tunggu punya tunggu untuk waktu rehat untuk mengerjakan solat , tidak juga berhenti sehingga habis waktu zohor dan melangkau ke waktu Asar dan habis waktu Asar! Punyalah seronok sang guru bercerita kepada sang serikandi yang ramai ini sehinggakan waktu Asar pun terlepas! Apa punya kursus ni? Nama nya mengadakan kursus sembahyang, tetapi sampai waktunya , tidak pula sembahyang. Apa cerita ni? Ini lah bukti yang sahih bahawa sang guru ini hanya pandai temberang dan bermuka-muka sahaja. Konon seorang yang alim, tetapi pada hakikatnya, tidak sebegitu!

Kursus sembahyang pun kena bayar?

Ramai daripada orang-orang lama yang terkejut apabila mendapat tahu kursus sembahyang perlu bayaran. Kononnya untuk bayaran makan dan pengurusan. Betulke? Ataupun untuk bayaran kepada sang guru? Siasatan yang dibuat di satu lagi majlis kursus sembahyang di diadakan di rumah persatuan Datuk Keramat juga mendapati para peserta diminta membayar, tetapi kali ini sekitar RM50.00. Alasannya untuk pengurusan dan makan-makan. Apalah yang mahal sangat makan-makan biasa macam tu yang kena bayar sampai RM50.00? Nampak sangat tak logik. Bila siasatan dibuat lagi, sebenarnya arahan kutipan itu datang sang guru sendiri. Malah sang guru sendiri ada memaklumkan kepada penganjur kononnya sang guru dah tak mahu hadiah –hadiah bebentuk ‘plug’ atau sebagainya. Dah penoh kat rumah katanya. Tetapi kalau bagi duit tak apa juga, katanya. Jadi faham-faham sajalah apa sebenarnya yang berlaku. Siasatan seterusnya mendapati bahawa untuk majlis di rumah persatuan di KL itu, sang guru telah dibayar sebanyak RM1,500.00! Bagus sungguh jadi guru ye. Cakap sikit saja, pakai pula modal Ustaz Hanafi sikit, kelentong sikit-sikit boleh dapat RM1,500.00. Tahu kah kita bahawa jumlah tersebut adalah jumlah sebulan gaji bagi kebanyakan ahli persatuan. Malah ada yang terima gaji lebih rendah dari itu. Tetapi sang guru ini amat mudah mendapat duit. Itulah untungnya menjadi guru!

Jadi bagaimana taraf manusia yang sebegini peranganinya di sisi Allah swt? Rasanya lebih hina dari sehina-hina manusia kerana mengambil kesempatan dan memperdagangkan agama untuk kepentingan peribadi. Ustaz Hanafi bukan begitu, tetapi anak Mak Teh yang sorang ni tak ada rasa malu langsung!

Itulah salahnya kita semua. Kononnya semua guru silat itu hebat. Tetapi hebat pada sangkaan kita sahaja. Hakikatnya ialah sang guru ini sangat hebat berbohong dan mengambil kesempatan untuk temolok sendiri dan para juak sekelilinganya.

Pak Kaduk – Dengar juga ada kursus KK-2. Ini lagi satu pembohongan peringkat tertinggi. Kononnya orang lama tak dapat, tetapi sebenarnya sang guru punya KK pun tak lengkap. Jadi macam mana nak bagi KK2. Ini semua kes temberang anak murid sahaja...

Read more...