44 tahun Cekak - Siapa Sebenar Guru
2009/12/29
Cakap bergegar gegar bontot busuk tahi juga.
2009/12/21
KUALA LUMPUR: Seorang Brigedier Jeneral Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) diarah bersara kerana terbabit dalam kes kehilangan enjin pesawat F-5E TUDM serta pelbagai penyelewengan lain dalam pasukan itu sejak beberapa tahun lalu.
Pegawai terbabit mengetuai jabatan penting bagi pengendalian logistik pasukan, diarah bersara awal akhir tahun lalu selepas kehilangan enjin jet berharga RM50 juta di Gudang Material Udara I (Matra I), Sungai Besi disedari dan dilaporkan kepada polis, Januari tahun ini.
Turut dikenakan tindakan sama ialah beberapa pegawai dan anggota bawahan pelbagai pangkat yang terbabit dalam skandal itu.
Menurut sumber, tindakan diambil hasil siasatan dalaman oleh jawatankuasa disiplin selepas meneliti laporan audit dalaman yang mendapati banyak maklumat bercanggah, dipercayai berpunca daripada amalan salah laku.
Malah, siasatan kehilangan enjin jenis GE J85-21A itu turut membongkar pelbagai penyelewengan peralatan, termasuk salah laku membabitkan pelbagai kontrak bekalan bernilai jutaan ringgit dalam pasukan itu.
“Pegawai berkenaan diberhentikan atas kapasitinya sebagai ketua jabatan yang harus bertanggungjawab. Tindakan juga diambil selepas siasatan dalaman mendapati beliau terbabit dalam salah laku itu yang mengakibatkan pasukan mengalami kerugian besar," katanya.
Apa yang menarik dengan petikan berita akhbar diatas ini? Tak nampak atau tak jumpa? memang lah kau kelabu hati, jangan marah.
Read more...
HATI TAK BOLEH BOHONG
2009/12/10
Hangat dengan isu gambar.. dan Pak Kaduk pun dapat berita juga mengatakan ada sekumpulan manusia yang sedang rancak menjalankan kegiatan tipu menipu untuk pengambilan ahli baru bagi persatuan silat mereka.
Apa lagi kumpulan Mad Radhi le, mereka kata Persatuan Baru, ia ini Pesaka Cekak Hanafi tetapi mengunakan jenama Persatuan Silat Cekak Hanafi, masih guna nama Silat Cekak Hanafi, Guna Baju Cekak Hanafi, ini kira salah nih. Pihak persatuan patut mengambil tindakan pada mereka kerana melanggar hak cipta.
Mereka dengan tidak malu mengaku mereka adalah kumpulan asal Cekak Hanafi dan memiliki Guru Sah tanpa memberi butir butir terperinci kelibat guru yang Didakwa MENCABUL ANAK MURID dan sedang dibicarakan di makamah. Kan menipu namanya.
Atau Mad Radhi tidak yakin dengan Persatuan Baru ciptaan dia sendiri?
Lupakan sahajalah jenama Cekak Hanafi, teruskanlah kehidupan dengan Persatuan Baru tu, dan lantik lah mereka mereka yang teruja nak pegang jawatan tertinggi Persilatan konon nak jadi Ahli LPT konon nya lah, Dulu kemain marah kononnya selagi Hj Amrudin dan Hj Nasir dan rakan rakan lama ada, tak ada peluang mereka nak pergi ke jawatan LPT tu.
Dan Mad Radhi tidak berpeluang untuk meletakkan anak didik dia didalam barisan LPT , dulu pun terlepas dua orang tapi kini alhamdullilah dah pulang pulih nampaknya mereka berdua tu. Jika tidak itulah orang yang menjadi pendokong tulang belakang Mad Radhi, dah kena kenceng baru tersedar. Cuma ada lagi dua - tiga orang sahaja yang terlibat dengan PENIPUAN Persatuan dan bersubahat kini masih setia lagi dibelakang Mad Radhi dan akan terus berbohong mempertahankan Guru Cabul @ Pembohong tu.
Lihat apa dah jadi bila Mad Radhi meletakkan proksinya didalam Persatuan, hancur jadinya, cakap, berjanji bulan dan bintang tetapi hakikatnya habok pun tarak. Bangunan tah kemana duit buat bangunan pun dah hilang kemana. Adkah patut nak jual tanah untuk bangunan Persatuan pun kena sediakan komision untuk Mad Radhi?.
Berbohong lah selagi tidak di berikan musibah, Kepada mereka yang berkenaan tanya lah hati kecil tuan tuan, betulkah tindakan tuan tuan tersebut. Bersaksikanlah Nabi Muhamad dan sebagai Hamba kepada Allah, tuhan pencipta Alam.
Pastikan Guru Utama Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia ialah Y.M. En. Marwi Bin Latiff. Selain dari nama ini adalah terbatal.
Kata iklan " MULUT TAK BOLEH BOHONG" itu Iklan.. sebenarnya " HATI TAK BOLEH BOHONG"
CABUL?
2009/12/09
Aha.. membaca berita hari ini sangat sangat mengujakan, kerana ada persamaan dengan kes Mad Radhi.. ok kita baca dahulu beritanya.
Imam cabul pemuda di hotel direman 4 hari
TAMPIN: Seorang imam berusia 58 tahun ditahan reman selama empat hari mulai semalam kerana disyaki mencabul seorang pemuda berusia 22 tahun ketika memberikan rawatan tradisional di sebuah hotel di sini, malam kelmarin.
Pemuda itu mendakwa ketika dirawat, imam yang bertugas di sebuah masjid di daerah ini meraba dadanya, mengusap kedua-dua cuping telinga, mengucup bibir dan memegang zakarnya.
Terkejut dengan kaedah rawatan luar biasa itu, pemuda itu menyarungkan pakaiannya dan segera melarikan diri daripada bilik hotel dan membuat laporan polis.
Menurut sumber, pemuda yang berasal dari Kuala Lumpur itu bertemu imam terbabit untuk mengubati penyakit yang dihidapinya dan setiba di stesen bas Pulau Sebang dekat sini, dia dibawa ke sebuah hotel di Jalan Seremban-Tampin.
"Mangsa diminta berbogel untuk proses rawatan. Mula-mula, imam terbabit melakukan urutan ke seluruh badan. Mangsa terperanjat apabila dadanya diraba dan kedua-dua cuping telinga diusap. Dia kemudian mengucup bibir dan memegang zakar mangsa.
"Tersentak dengan rawatan luar biasa itu, mangsa mencapai dan menyarung pakaian lalu melarikan diri dari bilik hotel. Dia kemudian membuat laporan di Balai Polis Tampin," katanya.
Sumber itu berkata, imam terbabit sebelum ini disyaki melakukan gangguan seksual terhadap seorang kanak-kanak yang mengaji al-Quran dengannya, tetapi kes diselesaikan oleh imam itu dan keluarga mangsa tanpa dilaporkan kepada polis.
Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintendan Mohd Isa Ujang, ketika dihubungi mengesahkan penangkapan imam itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan kerana melakukan kelucahan melampau dengan seorang lelaki lain di tempat awam atau persendirian yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun.
Beliau juga meminta ibu bapa yang anak mereka pernah menjadi mangsa atau sesiapa saja yang pernah menjadi mangsa kelucahan melampau suspek terbabit membuat laporan polis untuk membantu siasatan.
Apa yang menarik? tak nampak ke? iskkk Tok Imam yang buat kerja tu, mengurut konon, macam tu lah agaknya perlakuan Guru Yang Mencabul Anak Kawan Baik Sendiri. Bertaraf Guru tu. yang ini bertaraf Tok Imam, bukan calang calang orang tertuduh tu.
Ada ke nanti yang kata Budak Lelaki tu yang gatal minta Tok Imam tu urut?
Atau ada yang kata dia Tok Imam dia boleh buat lah apa yang dia nak buat cam tu ke?
Atau ada yang kata nanti "dia mendapat mandat untuk meraba budak tu"
Sengkeknya pemikiran.. Dengar sekarang dah jadi Guru Pesaka pulak, tah sah tah tidak, elok lah tu dengan Ilmu Pesaka boleh cabui anak murid yang bersaka saka nun.