Bila GURU rencong 3

2006/09/15

Hari yang ditunggu-tunggupun tiba....dan saya sampai di destinasi yang dijanjikan tepat pada waktunya.

Ketika sampai, telah kelihatan ramai ahli-ahli silat cekak hanafi berada di situ; ada ahli baru dan ada juga ahli lama yang hadir untuk sama-sama mendengar penjelasan serta duduk perkara yang sebenarnya.

Kemudian, semuanya diminta masuk ke dalam dewan dan kelihatan juga seseorang yang meminta hadirin menurunkan tanda tangan bagi mengesahkan kehadiran. Cuma mereka yang berstatus ahli terus sahaja yang dikehendaki berbuat demikian. Setelah menandatangani borang kehadiran, saya pun memilih tempat duduk di bahagian tengah dewan tersebut.

Seterusnya sedikit penerangan diberikan berkenaan dengan majlis tersebut termasuklah memperkenalkan para penceramah yang akan mengupas isu pada malam itu. Selain daripada keluarga Guru Utama, ada juga penceramah dari jauh yang didatangkan khas pada malam itu. Kalau mengikut keterangan, beliau adalah seorang pengamal undang-undang yang akan memberi sedikit penerangan bersangkut paut dengan perundangan.

"Nampak macam best", ujar saya dalam hati. Saya menaruh harapan di dalam hati semoga apa yang saya risaukan dan ragukan selama ini akan terpadam dengan penjelasan yang akan disampaikan.

Majlis malam itu dipengerusikan oleh Abg Amin anak kepada Abg Yang yang akhirnya saya difahamkan adalah dia yang bergelar 'Benih Hanafi' itu. Sememangnya, Abg Amin sendiri yang memperkenalkan dirinya sebagai Benih Hanafi dan majlis malam itu dikendalikan oleh mereka yang menggelarkan diri mereka HANAFI ABADI Kumpulan Penegak Kebenaran. Camtu kesahnya.

Tepat jam 9.45 malam majlis dimulakan dengan pembacaan sinopsis berkenaan dengan perkara yang akan dibentangkan oleh para penceramah nanti. Ia bersangkutan dengan pertuduhan dan fitnah terhadap guru utama. Sambil itu, pengerusi turut menyampaikan pesanan dari Abg Mad melalui sms yang lebih kurang berbunyi :


" Kepada murid murid ku bersamalah dengan ku meneruskan perjuangan ini" begitulah lebih kurang bunyi nya pesanan ringkas dari Abg Mad, mohon maaf jika ada yang terlebih atau terkurang.

Setelah sinopsis dibacakan, Abg Amin menjemput penceramah pertama iaitu Abg Moktarudin, tampil ke hadapan.


Setelah memberi salam, Abg Moktarudin mempekenalkan diri nya sebagai salah seorang ahli jawatankuasa siasatan dalam kes pertuduhan ini sambil membelek-belek buku nota yang dibawanya bersama. Tidak banyak info yang diberi selain membacakan beberapa potong hadis dan menceritakan pasal buku nota yang telah disimpan sejak tahun 2003 (kalau tak silap pendengaran saya). Itu sahaja, tidak ada isi memperjelaskan fakta kes.

Dalam hati saya berkata "Aku datang dari jauh ni sebab nak dengar fakta kes bukan nak dengar sejarah buku nota tu. Buku tu kau nak simpan lama mana pun apa aku peduli", bisik saya pada diri. Kebosanan mula melanda dalam jiwa.

Ceramah dari Abg Moktarudin berlangsung selama lebih kurang 15 minit sahaja. Setelah beliau memohon mengundurkan diri, Abg Azhar pulak mengambil-alih acara walaupun nama Abg Azhar tiada dalam senarai penceramah. Pada pandangan saya mungkin ceramah dari Abg Moktarudin tadi tidak kesampaian maksud dan tujuannya.

Penyampaian Abg Azhar ada sedikit kelainan dari Abg Moktarudin tetapi masih tiada isi penting yang mengupas pokok persoalan. Ia sama seperti ceramah Abg Moktarudin tadi, cuma Abg Azhar lebih menekankan kisah-kisah lampau beliau dengan Abg Mad dengan mengatakan yang beliau telah kenal dengan Abg Mad sejak dari kecil lagi dan dengan tegas mempertahankan Abg Mad tidak bersalah, kerana pada pendapat Abg Azhar, sekiranya guru utama jahat, berkemungkinan dia akan lebih jahat dari Abg Mad.
Abg Azhar juga ada mengatakan bahawa budak kecil juga biasa menipu, siapa kata budak kecil tak akan menipu. Ia dikaitkan dengan salah satu penyataan dari Jawatankuasa Kehakiman yang mengatakan budak kecil tidak akan pandai berbohong seperti orang dewasa. Abg Azhar memberi contoh sekiranya seorang kanak-kanak memecahkan sebiji gelas bila ibunya bertanya siapa yang memecahkannya, oleh kerana ketakutan ia akan berbohong dengan mengatakan bukan dia yang memecahkan gelas tersebut... emm... Namun, bagi diri saya, kanak-kanak jarang pandai menipu. Apatah lagi jika dia dalam keadaan tertekan atau dalam ketakutan. ...

Masih belum ku temui sinarnya, namun debaran tetap menanti....bersambung

Read more...