PEMAKAIAN GELARAN ‘TUAN GURU’

2007/02/27

Penggunaan gelaran ‘Tuan Guru’ ini telah diperkenalkan oleh persatuan untuk diguna pakai oleh Guru Utama pada tahun 2005 bersempena dengan Majlis Sambutan Hari Tenaga Pengajar yang diadakan di MATIC , Kuala Lumpur. Pak Kaduk adalah salah seorang tenaga pengajar yang hadir pada majlis tersebut bagi memenuhi jemputan dan meraikan majlis yang diadakan oleh persatuan untuk para tenaga pengajar.

Pada majlis tersebutlah kali pertama Pak Kaduk mendengar gelaran tersebut diguna pakai kepada Guru Utama. Rasa terkejut ada, tak selesa pun ada dan perasaan memberontak juga ada. Persoalan pertama yang terbit dari fikiran Pak Kaduk ialah kenapa gelaran tersebut digunakan? Yang pastinya, memang tak sesuai untuk satu pertubuhan silat dan yang paling penting ialah orang yang nak memakai gelaran tersebut iaitu Guru Utama pada waktu itu sebenarnya tidak layak untuk menggunakan gelaran tersebut.

Pada pandangan Pak Kaduk, untuk kontek masyarakat hari ini, gelaran tersebut lebih terarah kepada gelaran guru agama dan juga untuk orang-orang yang kita tahu mempunyai pengetahuan agama yang amat tinggi dan menjadi tempat rujukan masyarakat. Gelaran tersebut bukan sebarang gelaran kerana ianya membawa bersama beban dan amanah dalam bab yang bersangkut paut dengan agama. Gelaran tersebut juga adalah sebagai simbol kebesaran dan ketinggian pengetahuan dan ilmu seseorang itu. Namun terdapat ramai juga ulama-ulama dalam negara sekarang yang diketahui alim dam arif tentang bab-bab agama ini tidak menggunakan gelaran tersebut. Prof. Dato’ Dr Harun Din misalnya, walau diketahui mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam hal-hal berkaitan agama tidak pula menggunakan gelaran tersebut. Mungkin beliau sendiri merasakan tidak selesa atau tidak layak untuk menggunakan gelaran tersebut. Jadi di mana kesesuaian dan rasionalnya gelaran tersebut digunakan oleh persatuan untuk seorang guru silat? Pak Kaduk tidak nampak rasionalnya!

Pak Kaduk sebenarnya ada bertanya kepada beberapa tokoh penting pada waktu itu , salah seorang yang Pak Kaduk jumpa selepas majlis Sambutan Tenaga Pengajar 2005 di MATIC ialah sdra Ramli Rahman (SUA) bertanyakan kenapa gelaran ‘Tuan Guru’ digunakan oleh Guru Utama. Seperti biasa beliau tidak mahu mengulas panjang , tetapi yang disarankan oleh beliau ialah supaya menerima apa yang telah dilaksanakan. Namun selepas diasak dengan soalan-soalan yang berbisa, akhirnya beliau mengalah dan mengatakan beliau sendiri tidak tahu atas arahan siapa gelaran itu digunakan. Menurut beliau, beliau sendiri baru mengetahuinya pada malam sebelumnya apabila diadakan raptai majlis. Itupun apabila mendengar raptai pengacara majlis menggunakan gelaran tersebut dan beliau sendiri terkejut. Menurut beliau lagi, apabila membuat siasatan dan bertanya kepada sdra Azlan Shah (SU LPT) pada malam itu, sdra Azlan memaklumkan bahawa itu adalah atas kehendak Guru Utama sendiri. Mereka hanya melaksanakannya. Jadi sdra Ramli Rahman menasihatkan Pak Kaduk supaya ikut sahaja dan tak payahlah dibesar-besarkan perkara ini. Walaupun Pak Kaduk tidak berapa selesa, tetapi terpaksa akur dengan nasihat yang diberikan itu. (Maaflah sdra Ramli & Azlan, Pak Kaduk terpaksa ceritakan perkara ini…)

Ada beberapa persoalan timbul dari fikiran Pak Kaduk pada waktu itu. Kenapa kedua-dua orang tokoh ini tidak menasihatkan Guru Utama supaya tidak menggunakan gelaran tersebut? Kenapa diturutkan sahaja kerana kelak memberi implikasi yang tidak baik kepada pergerakan silat secara keseluruhannya. Pada waktu tersebut, Pak Kaduk membuat andaian bahawa kedua-dua tokoh itu juga amat taksub kepada Guru Utama. Hatta apa sahaja yang disuruh oleh Guru Utama akan mereka laksanakan tanpa banyak soal. Tetapi sekarang ini Pak Kaduk bertambah bingung bila mengetahui bahawa kedua-dua mereka ini tidak pula ‘sekapal’ dengan Guru Utama dalam menghadapi kemelut persatuan sekarang. Kenapa? Mungkin mereka ada jawapan dan sebab-musababnya. Pak Kaduk teringin sangat berjumpa mereka berdua untuk mendapat makluman terus dari mereka. Mungkin selama ini mereka banyak menyimpan rahsia tentang siapa sebenarnya Guru Utama yang kita puja selama ini. Inilah persoalan yang memerlukan jawapan untuk tatapan ahli semua. Adakah kita akan mendapat jawapan dari mereka? Pak Kaduk pun tak pasti , tetapi akan mencuba!

Kenapa Ustaz Hanafi tidak memakai gelaran Tuan Guru?

Al-Marhum Ustaz Hanafi Hj Ahmad sendiri sehingga akhir hayat beliau tidak terfikir untuk menggunakan gelaran tersebut. Pada beliau , itu hanya gelaran sahaja dan tidak membawa impak apa-apa. Yang penting adalah diri sendiri yang mengetahui keupayaan dan kemampuan diri. Jadi, pada Ustaz Hanafi, gelaran itu tidak penting dan beliau sendiri tidak terfikir untuk menggunakannya. Berbeza pula dengan anak beliau yang ‘gila glamour’ ini, amat menyukai gelaran tersebut untuk diguna pakai sebagai tanda kemuliaan dan kehebatan diri. Samaada beliau mampu ‘membawa’ amanah dan beban gelaran tersebut atau tidak, tidak pula dihiraukan. Yang penting beliau ‘glamour’ dan bertambah ramai pengikut yang kagum dan hormat. Itu yang lebih penting!

‘Badi’ gelaran

Pak Kaduk teringat satu ketika dulu apabila Ishak Itam juga kemaruk nak guna gelaran ‘Ustaz’. Maka pengikut-pengikut pun memberi gelaran Ustaz Ishak untuk menyamakan dengan Ustaz Hanafi. Konon hendak menunjukkan kepada penyokong yang beliau juga sama hebat dengan Ustaz Hanafi apabila menggunakan gelaran ‘Ustaz’ tersebut. Namun, kalau diselidiki secara terperinci, gelaran ‘Ustaz’ yang dipakai oleh Ustaz Hanafi adalah gelaran yang diberikan oleh orang ramai / masyarakat kepada beliau sebelum beliau menjadi guru silat lagi. Ini bermakna bahawa beliau telah diakui mempunyai pengetahuan agama yang tinggi dan dihormati oleh masyarakat setempat pada waktu itu. Tidak perlu tunggu sehingga menjadi guru silat baru dapat gelaran Ustaz.

Jadi kerana Ishak Itam kemaruk sangat nak gelaran tetapi tiada kemampuan untuk membawa beban dan amanah yang ada pada gelaran tersebut, selepas 2 tahun menggunakan gelaran itu, Ishak Itam tersungkur. Begitulah juga apa yang berlaku kepada Guru Utama yang menggunakan gelaran ‘Tuan Guru’. Oleh kerana kemaruk nak ‘glamour’ , maka diguna pakailah gelaran tersebut, tetapi tiada kemampuan untuk menanggung ‘badi’ gelaran tersebut dan seperti Ishak Itam juga, guru yang satu inipun tersungkur selepas 2 tahun menggunakan gelaran tersebut. Adakah ini satu kebetulan? Sama-samalah kita renungkan bersama……


Pak Kaduk – ada juga Pak Kaduk dengar guru tersebut kemaruk pula nak dapat pingat Dato’. Nasib baik tak dapat, kalau tidak, kemana pula Sultan yang bagi pingat tersebut nak sorok muka bila mengetahui Dato’ Tuan Guru ni mencabul!

Read more...

ANUGERAH GURU UTAMA 2007???

2007/02/26

Kita semua tahu bahawa Anugerah Guru Utama telah diperkenalkan pada tahun tahun 2002 kalau tak Silap Pak Kaduk. Pada tahun tersebut, Encik Marwi Latif @ Abang Jo Kuantan telah menerima anugerah tersebut. Manakala tahun-tahun berikutnya, penerima anugerah tersebut adalah Puan Maimunah Othman @ Mak Teh @ ibu Guru Utama pada 2003, Mokhtaruddin Hj Hanafi @ Abang Tat @ Anak Mak Teh @ Abang Guru Utama pada tahun 2004 diikuti oleh Encik Mohd Lazim bin Ibrahim @ Abang Lazim Kedah pada 2005 dan yang terakhir sekali adalah Encik Zainul Abidin Hj Hanafi @ Anak Mak Teh @ Abang Yang @ Joker Of The Year @ Abang Guru Utama yang menerima anugerah tersebut pada tahun lalu iaitu 2006. Semua kita juga tahu bahawa anugerah tersebut di sampaikan pada setiap kali Majlis Sambutan Tenaga Pengajar Silat Cekak Hanafi yang diadakan pada setiap tahun.

Siapakah yang membuat pencalonan bagi anugerah Guru Utama ini?

Mengikut pada pengetahuan Pak Kaduk, tiada pencalonan yang dibuat. Anugerah ini dikatakan terlalu istimewa hinggakan tidak ada orang lain yang boleh mencalon atau memilih calon kecuali Guru Utama sendiri. Selain dari Guru Utama, tiada sesiapapun yang boleh membuat cadangan atau mencalonkan diri. Bolehlah dikatakan kuasa mutlak pemilihan terletak kepada kuasa yang ada pada Guru Utama.

Apakah kriteria utama pemilihan?

Pada pengetahuan Pak Kaduk, kononnya seseorang itu mestilah orang yang telah lama berkhidmat , memberi sumbangan dan berkorban untuk persatuan (berapa lama? Tak tau pulak Pak Kaduk). Lain-lain kriteria ada juga, tetapi Pak Kaduk tak berapa pasti apakah kriteria penting lain yang perlu diambil kira untuk seseorang itu layak menerima anugerah tersebut. Namun begitu, Pak Kaduk boleh senaraikan sedikit apakah kriteria lain yang perlu ada untuk seseorang itu layak menerima anugerah tersebut. Kriteria ini bolehlah dikirakan kariteria-kriteria peringkat tinggi yang tidak sebarang orang yang boleh ada. Jadi apakah kriterianya? Senang saja. Seseorang itu mestilah mempunyai hubungan sedara ataupun hubungan keluarga dengan Guru Utama iaitu kedua ibu bapa (Ustaz Hanafi telah meninggal dunia, jadi yang tinggal sekarang hanya ibu), adik beradik guru utama (abang & adik), ipar , sedara mara (mak bapa sedara).

Persoalan timbul kalau benarlah mereka-mereka yang dianugerahkan ‘title’ tersebut mesti ada hubungan sedara mara dengan Guru Utama, kenapa En Marwi Latif dan Encik Lazim menerima anugerah tersebut. Jawapannya amat mudah juga. Encik Marwi Latif adalah mewakili orang lama dan beliau tidak mempunyai pengaruh dan kedudukan tinggi di Pusat. Jadi kalau diberipun tak ada apa-apa kesan. Ini semua adalah untuk mengabui mata para pengikut dan ahli. Manakala En Lazim pula dianugerahkan title tersebut adalah atas dasar simpati sahaja. Bukannya apa pun. Kalau nak kira sumbangan, banyak orang lain yang telah menyumbang dan berkorban dan lebih hebat dari En Lazim. Tetapi atas dasar simpati dan sekali lagi mengabui mata, diberikanlah anugerah tersebut.

Sebenarnya anugerah tersebut diwujudkan oleh Guru Utama dengan tujuan-tujuan tertentu. Apakah tujuannya? Antaranya ialah:

1- Untuk menunjukkan kuasa Guru. Kuasa mutlak adalah kepada guru dan tidak ada sesiapa yang boleh mempersoalkannya.

2- Untuk menyakiti hati dan merendahkan martabat orang-orang lama, terutama orang-orang yang telah banyak berkorban dan banyak berjasa. Orang-orang ini tidak akan terpilih untuk menerima anugerah tersebut. Percayalah! Sebaliknya orang-orang yang boleh dipersoalkan sumbangan dan pengorbanan yang akan menerima anugerah tersebut. Dan orang-orang ini adalah orang-orang tiada pengaruh dan yang tidak boleh mengugat kedudukan Guru Utama.

3- Untuk mengambil hati ibu dan adik-beradik yang selama ini tidak dihiraukan. Ada suara-suara tidak puas hati di kalangan adik beradik Guru Utama yang mengatakan pendapatan dari hasil silat tidak dikongsi samarata di kalangan adik beradik. Malah ibu sendiri sering berkecil hati dengan tingkah laku guru dan isteri guru. Oleh itu dengan anugerah itu diberikan kepada kaum keluarga, maka sedikit sebanyak rasa tidak puas hati boleh dikurangkan.

4- Untuk mengenang jasa (tetapi kriteria ini sebenarnya tidak membawa impak yang besar, hanya untuk tujuan muslihat sahaja)

Siapakah penerima Anugerah Guru Utama 2007?

Seperti yang telah Pak Kaduk katakan, penerimanya adalah orang-orang yang ada hubungan dengan keluarga. Tak percaya? Kalau mengikut firasat Pak Kaduk, oleh kerana ibu dan dua orang abang Guru Utama telah menerima anugerah tersebut pada tahun-tahun yang lalu, maka pada tahun 2007 sepatutnya abang Guru Utama yang ketiga iaitu Jamaluddin Hj Hanafi @ Abang Gee @ Boss CNI @ Boss Susu Awal Lembu (ini direct selling juga) yang akan diberikan Anugerah Guru Utama. Apa kriterianya En Jamaluddin terpilih? Jangan ditanya kerana Guru Utama mempunyai kuasa mutlak untuk memilih. Lagipun dia adalah abang Guru Utama. Sapa nak bangkang?

Kalau bukan si Jamaluddin tu, maka calon paling dekat adalah bapa sedara Guru Utama iaitu adik kepada Ustaz Hanafi . Mereka-mereka ini telah diberi anugerah semasa majlis makan malam persatuan dengan Anugerah Emas dan yang sorang lagi terkenal sebagai jurulatih teakwando dan tiada sumbangan kepada persatuan telah diberi pula anugerah Pingat Seri Utama pada perayaan 2005 yang lalu (tapi tak datang pun!). Kalau ada yang bertanya siapa mereka ini. Jawapan yang akan diberi adalah mereka ini sangat berjasa di awal perkembangan silat, namun kalau dikaji sejarah perkembangan silat cekak , nama mereka ini langsung tiada dalam senarai. Jadi apakah kriterianya. Sekali lagi, senang sahaja jawapanya, mereka ini ada hubungan keluarga dengan Guru Utama! Ada sapa-sapa nak bangkang?

Jadi anugerah Guru Utama tahun ini belum diberikan? Kenapa? Tiada calon? Bukan tiada calon, tetapi tiada majlis sambutan tenaga pengajar. Jadi tiadalah anugerah yang akan diberi. Habis tu perjumpaan tenaga pengajar pada 20 Januari 2007 yang lalu bukan majlis sambutan tenaga pengajar? Itu hanya majlis seronok-seronok dan untuk melepas gian Guru Utama berucap di hadapan orang ramai sahaja. Maklumlah dah lama tak ada majlis besar, lagi pula dah kena gantung, kat mana lagi nak lepas gian? Kalau setakat bagi sehelai kertas kononnya watikah perlantikan penyelia dan tenaga pengajar yang kita tahu palsu, India jual kacang putih tepi jalan pun boleh bagi……

Jadi siapa penerima anugerah? Pak Kaduk ada cadangan bernas. Oleh kerana Guru Utama telah menjalankan tugas selama 13 tahun dan telah direhatkan pada tarikh yang sama dengan kematian ayahanda beliau, maka kita cadangkan supaya Guru Utama sendirilah yang menerima anugerah tersebut…. Hidup Guru Utama! (Seronok juga ye, sendiri yang buat anugerah, sendiri bagi kat diri sendiri, dan sendiri boleh simpan anugerah tersebut. Sekurang-kurangnya bila dah pencen nanti ada juga kenangan dapat anugerah!)


Pak Kaduk –Tak susah membaca permainan seorang yang amatur!

Read more...

MENGENAL WALI PALSU

2007/02/23

Dewasa ini banyak kedengaran di sana-sini tentang kewujudan ajaran-ajaran dan pemimpin-peminpin akhir zaman yang dicanangkan di kalangan kumpulan-kumpulan tertentu. Ramai dari kalangan pemimpin tertentu yang suka melabelkan diri sebagai orang istimewa dan juga ‘orang-orang Allah ta’ala. Hatta apabila disebut sahaja pertubuhan yang bersangkut paut dengan pendidikan ataupun jamaah, maka akan kedengaranlah pemimpin yang berkenaan adalah orang istimewa dan yang terpilih.

Kita sebagai ahli masyarakat agak keliru dengan situasi yang berlaku dan jika tidak mempunyai panduan dan juga pengetahuan, kita juga akan terjerumus ke lembah ketaksuban terhadap pemimpin. Ramai yang menjadi taksub terhadap seseorang pemimpin kerana percaya pemimpin tersebut adalah manusia istimewa. Namun begitu, harus diingat bahawa bukan semua pemimpin itu adalah yang terpilih dan tidak semestinya yang terpilih itu manusia istimewa.

Kita sebagai ahli masyarakat seringkali dikelirukan oleh kata-kata propaganda dan ‘isme’ yang dimasukkan ke dalam benak fikiran kita bahawa kita jakan menjadi manusia istimewa kerana menjadi pengikut pemimpin istimewa. Ramai dari kita mahu menjadi istimewa dan dipilih menjadi istimewa. Persoalannya, benarkah pemimpin kita dan juga diri kita ini adalah manusia istimewa? Siapakah yang boleh mengesahkannya? Bagaimana kita mahu menilai seseorang itu sebagai seorang pemimpin yang benar-benar pemimpin tauhid yang boleh di labelkan ‘ulama waris nabi’? Iaitu pemimpin terpilih yang istimewa.

Dalam kekalutan masing-masing menempa kesaktian tersebut, kita seharusnya mempunya sedikit pengetahuan untuk membuat penilaian. Mari kita lihat sedikit panduan di bawah bagaimana dan apakah faktor-faktor untuk seseorang itu yang mendakwa sebagai pemimpin yang ‘terpilih’ ataupun dengan kata lain kononnya sebagai Wali Allah sebaliknya adalah hanya satu pembohongan sahaja. Orang-orang sebegini bolehlah kita panggil sebagai ‘wali’ palsu.

Antara faktor-faktor untuk mengenal wali palsu adalah seperti berikut:

1- Suka menampakkan dan menonjolkan amal ibadah

Seorang ‘wali’ palsu biasanya suka menampakkan amal ibadahnya kepasa sesama manusia. Tujuannya adalah untuk mendapat pujian, kemegahan dan sebutan atau gelaran manusia suci. Padahal apa yang dilakukan adalah amalan yang penuh riak dan riak itu sangat-sangat dicela dalam agama.

Ada juga wali palsu ini yang memberikan penerangan kepada pengikut-pengikutnya yang dia tidak perlu sangat melakukan ibadat kerana jika beliau berterusan melakukan ibadat, maka tarafnya akan meningkat dan akan melebihi tarafnya dari para ulama yang ada. Itu adalah alasan wali palsu apabila beliau ditanya kenapa tidak mengerjakan ibadah atau melakukan perintah Allah swt.

Sebenarnya kita harus ingat, seorang yang mejadi ahli Allah adalah seseorang yang sangat iklas dalam beribadat dan merupakan seorang ahli ibadah yang sentiasa melaksanakan perintah Allah swt dan menjauhkan diri dari perkara-perkara yang dilarang dan juga perkara-perkara makruh.Tingkatan seseorang di sisi Allah swt adalah keimanan dan amalannya. Selain dari perkara tersebut, maka haruslah kita berwaspada.

2- Wali palsu lebih lembut daripada semut hitam

Telah diterangkan dalam sebuah hadis bahawa riak itu sangat tersembunyi. Lebih tersembunyi dari semut hitam di atas batu hitam besar dan dalam kegelapan malam. Namun begitu, riak yang jelas (terang) adalah riak yang mendorong amal perbuatan sehingga mempunyai kecenderungan untuk dipuji malah merasa sangat gembira dan bangga jika amal perbuatannya itu dilihat oleh orang lain. Kadang kala dirinya sendiri yang menceritanya kepada orang lain untuk menunjukan kealiman dan kebaikan diri dengan harapan supaya orang ramai akan bercerita tentang kebaikan dan kealimannya.

Wali palsu sangat pandai bermuka-muka dan menunjukkan kebaikannya dikalayak ramai. Sentiasa menjaga tingkah laku yang amat pekerti di hadapan orang ramai untuk mengelabui mata pengikut dan orang ramai. Wal hal pada kesempatan lain, wali palsu ini akan bertindak lebih hebat dari kejahatan yang boleh terfikir oleh pengikutnya.

3- Kagum dan bangga terhadap diri sendiri

Wali palsu dalam diam-diam amat bangga terhadap dirinya sendiri. Kagum terhadap amal perbuatan dan keistimewaan yang dimiliki. Semua itu kerana para pengikut dan umat masyarakat telah terlanjur memuliakan dan mengagung-agungkannya. Ia merasa seolah-olah menjadi manusia luar biasa, berbeza dari orang lain dan mengungguli orang awam.

Inilah yang disebut ‘ujub. ‘Ujub adalah merasa bangga atau hairan terhadap dirinya sendiri , dan inilah yang termasuk kebohongan wali palsu. Sebab wali Allah yang sebenarnya tidak pernah merasa bangga atau takjub pada dirinya sendiri. Tidak pernah pula puas melakukan ibadah.

4- Menonjolkan perbezaan ketara dengan orang awam

Wali palsu menjadi terkenal , dikagumi pengikutnya dan disebut-sebut sebagai wali kerana penampilannya yang menarik. Dia berusaha menampilkan perbezaan antara orang ramai. Penampilan yang mengada-ngada dan mesti berbeza itu kerana didorong oleh suatu keinginan agar orang lain, umpamanya murid-murid dan pengikutnya akan menganggap dirinya adalah manusia yang berbeza. Apabila keinginan tersebut telah tercapai, maka secara terus-menerus cuba dipertahankan. Tentu sahaja ia akan menggunakan berbagai cara dan helah.

Jika wali palsu ini memulakan ajaran di sesuatu tempat yang baru, selalunya ia akan membawa bersama murid-murid atau pengikutnya . Biasanya ia akan mendekati dahulu tokoh masyarakat setempat. Pada ketika itu wali palsu tidak banyak bercakap. Lebih suka menonjolkan diri kononnya tidak suka urusan duniawi dan secara diam membuatkan tokoh masyarakat kagum dengannya.

Namun pada kesempatan lain, pada ketika wali palsu tidak ada di tempatnya, maka anak murid dan pengikutnya mulai bercakap. Mereka menceritakan kehebatan yang dimiliki guru tersebut. Cerita-cerita tersebut disajikan untuk benar-benar memukau orang yang mendengarnya. Misalnya wali palsu tersebut mempunyai ilmu yang sangat tinggi, ilmu agamanya juga sangat tinggi. Ramai yang belajar dengannya. Para pengikut juga mencanangkan beliau mempunyai keramat, doanya mudah dimakbulkan. Sudah ribuan orang sakit yang sembuh. Padahal si wali palsu tersebut terpaksa menghabiskan ribuan ringgit pergi ke hospital i.e. Glenn Eagle & Ampang Puteri.

5- Sikap wali palsu suka meneka

Salah satu dari sekian banyak pembohongan oleh wali palsu ini adalah sikapnya yang suka meramal nasib atau sesuatu perkara yang belum diketahui atau belum berlaku. Ia berlagak boleh mengetahui nasib atau peristiwa yang akan datang dan meneka peristiwa-peristiwa yang akan terjadi. Bahkan ia juga mengaku dan mendakwa bahawa dirinya pernah bertemu dengan Nabi s.a.w, pernah berjumpa dengan Nabi Khaidiri as, bertemu dengan Nabi Ilyas as, atau sempat berdialog dengan Syeikh Abdul Qadir Jailani mahupun para wali lain. Semua itu diceritakan kerana ingin dirinya dianggap manusia utama dan berbeza dengan yang lain.

6- Mendakwa dirinya sebagai wali terakhir (pemimpin akhir zaman)

Dalam dunia akhir zaman ini, ramai yang mendakwa dirinya sebagai wali. Setidak-tidaknya anak murid dan pengikutnya yang menuipkan tentang isu kewalian tersebut. Ramai yang akan mengerumuninya dengan tujuan mendapat berkat, minta ijazah, minta doa, minta wasilah dan sebagainya. Amat jarang yang datang untuk mendalami ilmu agama demi kesempurnaan ibadah. Sebab wali palsu inipun amat kurang ibadahnya.

Wali palsu hanya mempelajari tasawuf sekerat-sekerat atau sepotong-sepotong akhirnya terpengaruh pula dengan pendapat ulama khalaf. Pendapat ulama khalaf itu didapatkan dari bacaan buku lalu jejak yang salah diikuti. Oleh itu kita tidak perlu terkejut jika sekiranya wali palsu ini yang mendakwa sebagai wali terakhir. Kononnya wali terakhir ini lebih utama dan hebat dari Nabi penutup.

7- Mendakwa dirinya menerima wahyu

Wali palsu juga suka untuk disanjung. Seringkali jika melakukan ibadah maka ditonjolkan kepada orang ramai. Apabila ada orang yang mencium tangannya, betapa bangga hatinya. Jika ada orang yang kurang hormat kepadanya dan tidak memanggil dengan sebutan khusus, maka betapa sakit hatinya.

Disebabkan ramai murid yang menganguminya, maka wali palsu ini begitu mudah mengeluarkan fatwa-fatwa , tidak ketinggalan cerita-cerita khayalan tentang dirinya yang sangat memikat para pendengarnya. Wali palsu sentiasa mengambil kesempatan bercerita tentang kehebatannya. Dan selalu ditekankan bahawa seseorang yang beriman, mesti menghormati gurunya, yakni dirinya sendiri yang dimaksudkan. Wajib mempercayai apa yang disampaikan oleh gurunya dan tidak boleh membantah. Jika tidak, seseorang itu akan kena sumpah , mengalami nasib yang buruk, kering rezeki dan keluarganya, anak dan isterinya akan ditimpa musibah. Doktrin tersebut selalu ditanamkan di dalam jiwa para pengikutnya.

Akibat dari doktrin tersebut, akan ada ramai yang terpengaruh dan mempertahankannya walaupun dengan mengorbankan nyawa mereka jika cerita kesaktian dan kehebatan guru mereka ditertawakan oleh orang ramai. Mereka akan membenci orang yang tidak mempercayai tentang kelebihan dan keistimewaan atau kekeramatan gurunya itu. Kalau keyakinan sebegitu telah wujud, maka apa sahaja yang dikatakan oleh wali palsu tersebut akan ditelan mentah-mentah oleh murid dan pengikutnya.

Untuk menguatkan keyakinan pengikutnya, wali palsu tersebut sanggup mengatakan ia baru menerima wahyu dari Allah (melalui Malaikatnya) tentang sesuatu perkara. Wahyu itu merupakan satu bisikan ghaib yang diperolehi setelah melakukan amalan-amalan tertentu. Pengikutnya mempercayainya dan akhirnya jadilah ia sebagai orang yang sesat dan menyesatkan pengikutnya.

8- Seolah-olah tidak suka harta

Wali palsu cuba meniru para sufi dan auliya’ yang kononnya tidak suka kepada harta benda. Disampaikan kepada para pengikutnya tentang sifat-sifat orang sufi yang benci terhadap harta duniawi. Maka pada setiap kesempatan, dikatakan kepada pengikutnya bahawa harta benda, anak-anak dan isteri hanyalah penghalang ibadah. Perkara-perkara tersebut kononnya dikatakan menghalang untuk sampai ke tingkatan makrifat. Wali palsu juga memberi gambaran bahawa dirinya juga tidak suka dengan harta benda bahkan mengaku sangat membencinya.

Namun apabila para pengikut sudah terpengaruh, maka wali palsu tersebut akan menanamkan kepercayaan dan keyakinan baru. Bahawa seorang murid tidak boleh membantah kata-kata guru. Murid yang ingin menempuh tarikat dan mencapai taraf makrifat dengan cepat, mesti bersedia dan sanggup berkorban demi gurunya. Segala milik pengikut dan muridnya jika diminta oleh guru mestilah diserahkan dengan ikhlas. Agar tetap dianggap sebagai wali yang tidak suka harta, maka ia meminta agar harta benda muridnya itu disumbangkan untuk kepentingan jamaah atau yayasan. Dan yayasan tersebut kononnya bukan untuk kepentingan dirinya tetapi untuk kepentingan umat. Begitulah wali palsu berselindung pada dalil-dalil yang manis yang memungkinkan diterima oleh pengikutnya. Padahal dia mengambil semua harta dari anak muridnya itu dan menikmatinya untuk dirinya sendiri.

9- Mengaku boleh berhubung dengan arwah para auliya’

Satu lagi pembohongan oleh wali palsu ini ialah kononnya ianya boleh berhubung dengan arwah. Dengan menggunakan ilmu tertentu, ia boleh memanggil dan bertemu dengan arwah auliya’ pada bila-bila masa yang diperlukan. Ini akan menambah lagi kekaguman para pengikut kepada wali palsu ini.

10- Suka meramal dan meneka nasib

Salah satu kebiasaan wali palsu adalah suka meramal dan meneka nasib seseorang. Ia berlagak mengetahui masalah-masalah ghaib, mengaku pernah bertemu Nabi Muhammad saw dan sebagainya. Semua itu adalah dengan tujuan supaya pengikutnya menjadi lebih taksub dan menyembah dirinya.

Namun begitu, dalam kebanyakan hal, wali palsu ini sebenarnya tidak pula mengetahui jika ada anak murid atau pengikutnya yang membohonginya. Selalunya perbuatan berdusta ini juga menjadi satu kebiasaan di kalangan pengikutnya kerana mengikut jejak langkah gurunya yang juga sentiasa berdusta.

11- Melakukan perjalanan dengan sekelip mata

Wali palsu juga sering dikata mempunyai keramat yang boleh pergi ke Mekah dan Madinah dalam sekelip mata yang kononnya mempunyai kelebihan atau menyamai peristiwa israk dan mikraj yang dialami oleh Nabi saw. ‘Keramat’ yang demikian sering digunakan untuk alasan bahawa wali palsu tersebut tidak pernah solat Jumaat di tempat sendiri. Kerana kononnya ia selalu melakukan solat Jumaat di masjid Mekah atau masjid Nabawi Madinah. Betul ke?

Pak Kaduk – adapun yang palsu itu tidak berkualiti dan tidak akan tahan lama. Demi masa, akan terbongkar juga kepalsuan tersebut kerana manusia itu sentiasa alpa dan tidak selama-lamanya boleh berlakon dan bersandiwara.

Read more...

JAUHARI JUGA YANG MENGENAL MANIKAM

2007/02/20

Melihat kepada situasi persatuan sekarang, kembali Pak Kaduk renungkan bahawa apakah ada jawapan kepada persoalan yang sedang melanda persatuan. Ramai ahli yang terpengaruh dan terikat dengan perkataan atau istilah yang besar iaitu ‘Guru’. Ramai yang tersangkut dan tidak dapat menguraikan secara sistematik apa yang perlu dilakukan. Oleh kerana ramai yang menghadapinya untuk kali pertama, maka pengalaman mengalami situasi begini sudah tentu tidak ada. Oleh yang demikian, ramai di kalangan ahli yang akan mendengar apa yang disampaikan oleh orang yang rapat dengan mereka. Jadi kepercayaan dan kebenaran adalah sangat subjektif dan tidak ada garis pemisah bagi menentukan yang mana satu benar dan yang mana satu palsu. Adalah amat sukar untuk membezakan yang benar dan yang mana satu lakonan. Sebab utama kita tidak dapat membuat penilaian yang objektif adalah kerana kita tidak ada pengalaman dan pengetahuan untuk menghadapi situasi yang sebegini. Jadi, apa yang disampaikan oleh rakan taulan dan juga orang-orang yang lebih senior itu ditelan dan dijadikan panduan.

Hari ini ramai di kalangan ahli-ahli ‘tersangkut’ dengan kata-kata hikmat guru. Guru adalah kebenaran, guru adalah peraturan, guru adalah yang tertinggi dan guru adalah segala-galanya. Sehinggakan sampai ke satu tahap dimana guru itu diangkat oleh pengikut-pengikut sebagai mempunyai taraf yang amat tinggi disisi Allah swt. Guru cepat-cepat dilabelkan sebagai mencapai taraf wali. Dan untuk mendapatkan kepercayaan dan lebih menyakinkan pengikut, orang-orang yang rapat di sekeliling guru tersebut menjadi ajen propaganda yang mencanangkan kehebatan guru tersebut. Maka diulang secara berterusan kehebatan guru tersebut serta ditokok tambah untuk menyakinkan pengikut-pengikut yang lain sehingga melihatkan guru tersebut sebagai seorang manusia yang istimewa yang tiada cacat celanya. Yang menjadi lebih parah ialah apabila guru itu sendiri yang ‘perasan’ dia adalah manusia yang terpilih dan hebat. Maka dilakonkan watak-watak orang-orang alim lagi warak semata-mata untuk menyakinkan para pengikut sekelian.

Maka lakonan watak guru dan orang-orang sekeliling yang rapat ini ditafsirkan mempunyai ‘chemistry’. Masing-masing saling menjaga dan mengangkat diri masing-masing. Lagi taksub para pengikut, maka akan bertambah mudahlah untuk dipengaruhi supaya berkorban untuk guru yang istimewa ini. Oleh itu segala harta benda dan wang ringgit akan dicurahkan kepada guru tersebut demi untuk ‘perjuangan’ kononnya. Dan sudah tentu orang sekeliling yang menjadi ‘tukang karut’ akan mendapat habuan masing-masing sebagai balasan. Maka hubungan istimewa ini akan berterusan selagi kedua-duanya mendapat keuntungan dari hubungan tersebut.

Persoalannya, bagaimana kita hendak mengenal yang mana satu intan yang mana satu kaca. Dari jauh kelihatannya sama. Malah ada kalanya, kaca itu lebih berkilau dan bersinar dari intan. Dalam hal ini, hanya jauhari yang mengenal manikam. Hanya orang yang ada ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan perkara tersebut akan mengetahuinya. Dan orang-orang inilah yang dapat membuat penilaian tentang ketulenan sesuatu permata itu. Mereka arif menilai dan sentiasa memerhatikan gerak laku dan ini sudah tentu ‘memanaskan bontot’ si empunya diri yang sedang diperhati. Jadi untuk mengelakkan diri dari ‘diperhati’ beberapa langkah drastik harus di ambil supaya mengelakkan mala petaka di kemudian hari. Antaranya ialah dinyahkan segala ‘Jauhari’ ini jauh-jauh dari arus perdana. Direhatkan mereka dan di singkirkan dari memegang jawatan utama. Apabila ini berlaku, maka senanglah ‘si wali palsu’ ini bermaharajalela.

Jadi peristiwa semasa persatuan dimana ‘orang lama’ dituduh menjadi dalang adalah sebagai satu propaganda untuk merosakkan imej para ‘Jauhari’ ini . Apabila imej tercemar, tiada yang akan mempercayai kata-kata mereka. Apa sahaja yang dikatakan selepas itu tidak memberi pukulan kepada si wali palsu. Sekurang-kurangnya untuk mereka yang tidak berilmu akan termakan juga hasutan tersebut. Tetapi bagaimana pula bagi yang ada ‘mengaji’? Adakah mereka akan menerima bulat-bulat yang dihidangkan? Sudah tentu bukan begitu jalan ceritanya. Mereka sudah tentu menyelidik dan bertanya. Mereka ada hak mendapat maklumat. Dan selagi mereka mempunyai fikiran yang terbuka, ingin mencari maklumat, mereka akan berusaha. Dan akhirnya, satu persatu akan dibongkar dan kemudiannya mereka akan membuka mata!

Apa yang berlaku hari ini ialah isu utama telah dipesongkan, yang timbul adalah kes ‘Jauhari’ yang kononnya mahu menikam. Isu pokok tidak dibicarakan, tetapi sentimen keluarga dan tatacara penyiasatan yang hangat dibincangkan. Perbuatan wali palsu yang melanggar adat dan tata susila tidak diselidik, tetapi tindakan pegawai yang menjalankan tugas yang dipertikaikan!

Apa nak dibuat, beginilah mentaliti kita. Kononnya sudah 50 tahun merdeka, tetapi sebatang jarum pun kita terkial nak tempa!

Pak Kaduk – Katak bawah tempurung pun sudah lama merdeka dan melihat dunia. Kita sahaja yang perasan kita bijaksana, tetapi kita tidak tahu apa pula kata si katak itu kepada manusia ‘Akal saja berjela, tetapi dengkel berdepa-depa’!

Read more...

NUR HANAFI……. Ustaz Hanafi Dalam Kenangan – 7 (Siri Akhir)

2007/02/16


Cabaran seterusnya :

Tentangan dari Silat Khalimah

Kegagalan Azmi Long dan Redzuan Long mendapat kedudukan yang tinggi dalam Silat Cekak dan pemecatan mereka telah menimbulkan keazaman mereka untuk terus menentang Ustaz Hanafi dan Silat Cekak. Mereka malah telah berpakat dengan bekas guru Silat Cekak iaitu Encik Yahaya Said untuk terus melaksanakan agenda mereka itu disamping terus mengembangkan Silat Kalimah. Melalui usaha mereka, silat tersebut berjaya didaftarkan pada 26 November 1971 di Pulau Pinang. Silat tersebut telah bergerak di Kuala Lumpur dan berpusat di Batu Caves. Kehadiran Silat Kalimah telah mengelirukan orang ramai dengan dakwaan Silat Cekak berasal dari Silat Kalimah.

Susulan dari itu, Silat Kalimah telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menyaingi Silat Cekak dan telah menjalankan berbagai usaha untuk menghalang perkembangan Slat Ckak. Mereka telah melakukan usaha penentangan tersebut termasuk di seminar atau persidangan persilatan yang di adakan pada waktu itu serta di dalam penerbitan-penerbitan majalah. Antara penentangan mereka yang dapat direkodkan adalah seperti berikut:

a- Tentangan di Konvensyen Seni Silat Malaysia

Pada konvensyen tersebut Ustaz Hanafi telah membentangkan kertas kerja beliau tentang Silat Cekak di Dewan Kuliah A, Universiti Sains Malaysia pada 13 Julai 1973. Redwan Long telah mengambil kesempatan pada konvensyen tersebut untuk mencabar kesahihan Silat Cekak dan menyatakan bahawa Silat Cekak adalah cabang kepada Silat Kalimah. Namun Ustaz Hanafi telah menyediakan jawapannya terlebih dahulu kerana beliau tahu ramai pengamal silat yang tidak sehaluan dengan kaedah dan perjuangan Silat Cekak. Ustaz Hanafi telah mengedarkan borang pendaftaran Azmi dan Redzuan Long yang belajar Silat Cekak di Sungai Petani pada 10 Januari 1969. Silat Cekak telah bergerak sejak tahun 1965 di bawah organisasi PSSBSK sedangkan Silat Kalimah hanya didaftarkan pada 26 November 1971. Ini adalah jelas bahawa Silat Cekak telah terlebih dahulu muncul dan Silat Kalimah hanya muncul selepas enam tahun kemudian.

b- Tentangan di dalam majalah Dewan Masyarakat

Ustaz Hanafi telah menghasilkan satu atikel tentang Silat Cekak dan disiarkan di dalam majalah Dewan Masyarakat pada bulan Ogos 1973. Artikel yang bertajuk ’Silat Cekak Suatu Pusaka Bangsa’ dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Artikel tersebut telah menyebabkan Azmi dan Redwan Long menyiarkan satu artikel bertajuk ’Silat Cekak Cabang Silat Khalimah’ dan disiarkan di dalam majalah yang sama pada bulan September 1973. Tujuan mereka adalah untuk menyangkal kenyataan Ustaz Hanafi sebelumnya dan mengelirukan masyarakat. Namun Ustaz Hanafi tidak berdiam diri dan telah berjaya menyediakan satu artikel susulan yang bertajuk ’Keaslian Silat Cekak Usah Diragukan’ untuk siaran pada bulan Oktober 1973 majalah yang sama. Dalam artikel tersebut, Ustaz Hanafi telah menjawab segala tuduhan dan menyertakan bukti-bukti yang jelas tentang kedudukan Azmi dan Redwan Long.

c- Tentangan di Konvensyen Guru-guru Silat Melayu

Tentangan seterusnya ialah sewaktu konvensyen Guru-guru Silat Melayu yang dianjurkan oleh Silat Lincah di Dewan Sultan Sulaiman, Kampung Bahru pada 2 March 1975. Silat Cekak dan Silat Khalimah telah diundang dan beberapa pertubuhan silat lain telah diundang. Kehadiran Silat khalimah menyebabkan Ustaz hanafi membuat persediaan rapi. Beliau juga telah menghasilkan satu artikel bertajuk ’Asal-usul Silat Cekak’ di mana penekanan dibuat terhadap kedudukan Silat Cekak dan Silat Khalimah serta bukti-bukti lengkap disediakan. Ustaz Hanafi juga telah menjemput Shafie Darus dan Mat Tarzan dari Kedah untuk memberi penjelasan mengenai kedudukan Silat Cekak yang sebenarnya. Encik Shafie Darus hadir untuk menjelaskan bahawa Silat Cekak telah lahir di rumah beliau manakala Mat Tarzan pula adalah untuk membuktikan bahawa Azmi dan redwan Long pernah belajar Silat Cekak di Sungai Petani dari Ustaz Hanafi.

Sewaktu persidangan, seperti yang dijangkakan, Redwan Long dan Encik Yahya Said telah menimbulkan kembali isu Silat Cekak diambil dai Silat Kalimah. Dengan serta-merta artikel yang telah disediakan diedarkan kepada peserta dan Ustaz Hanafi telah berjaya mengemukakan bukti yang cukup lengkap untuk menangkis tuduhan yang dilemparkan. Di acara kemuncak konvesyen, sewaktu pertunjukan silat yang diadakan di Stadium Negara pada sebelah malamnya, Ustaz Hanafi telah memperkenalkan nama Silat Cekak Silat Papan Sekeping. Tindakan itu adalah untuk makluman umum bahawa Silat Cekak adalah silat yang benar-benar asli dan silat Cekak yang terlebih dahulu memperkenalkan nama tesebut dan bukanlah Silat Kalimah.

Kejayaan Ustaz Hanafi menghadapi tentangan hebat dari Silat Kalimah telah tidak secara langsung memberi kekuatan dan membantu perkembangan di pusat pengajian tinggi. Namun tentangan Silat Kalimah masih wujud secara kecil-kecilan hatta hingga ke IPT. Contohnya pernah terjadi pertarungan persahabatan antara penuntut Silat Cekak (anak murid Ustaz Hanafi) dengan penuntut Silat Kalimah(anak murid Yahaya Said). Peristiwa ini berlaku pada jam 11 pagi 7 September 1974 di bilik Pusat Bahasa, Universiti Malaya Kuala Lumpur. Encik Md Nasir Md Arshad (sekarang menjawat jawatan Naib Presiden, Tn Hj) penuntut Silat Cekak telah bertarung dengan Encik Rosli Ariffin seorang penuntut Silat Kalimah untuk membuktikan kebenaran masing-masing. Di akhir pertarungan itu penuntut Silat Cekak telah berjaya mengalahkan penuntut Silat Kalimah. Kejayaan tersebut merupakan satu kejayaan manis yang telah membuktikan kebenaran berada pada Silat Cekak dan juga Ustaz Hanafi.

Kesimpulannya, terdapat dua elemen penentangan yang dihadapi oleh Ustaz Hanafi dalam usaha mengembangkan Silat Cekak. Pertama adalah tentangan dari anak murid yang cuba menjatuhkan maruah Ustaz Hanafi dengan ujuan untuk menghilangkan kepercayaan dan pengaruh Ustaz Hanafi kepada penuntut silat. Keduanya ialah penentangan terhadap dasar dan polisi Ustaz Hanafi untuk mengembangkan Silat Cekak oleh Silat Kalimah. Kedua-dua tentangan tersebut berjaya diatasi oleh Ustaz Hanafi melalui kebijaksanaan beliau.

Perkembangan selanjutnya

Zaman penuh rintangan yang dihadapi oleh Ustaz Hanafi selama 10 tahun tahun bermula pada tahun 1965 telah berakhir menjelang tahun 1976. Satu perayaan 10 tahun yang diadakan secara besar-besaran pada 28 Disember 1975 dianggap titik permulaan kepada perkembangan Silat Cekak yang lebih gemilang.

Silat Cekak telah mula diterima oleh semua golongan masyarakat. Jentera pentadbiran persatuan juga diperkemaskan. Bagi mengekalkan mutu pentadbiran persatuan, perlantikan jawatan dalam persatuan adalah oleh mereka-mereka yang mahir tentang Silat Cekak. Dasar ini dapat menentukan bahawa mereka yang dilantik akan berusaha menegakkan perjuangan persatuan tanpa mempunyai tujuan atau niat yang lain. Oleh itu pentadbian persatuan akan menjadi lebih baik dan dapat berjalan lancar serta dapat mencapai matlamat yang telah dicita-citakan.

Selanjutnya selepas itu Silat Cekak dapat membuka beberapa cawangan di seluruh negara dan juga kelas di beberapa pusat pengajian tinggi dan sudah tentu ini merupakan satu kejayaan yang amat besar dan bermakna kepada perjuangan Ustaz Hanafi.

Pengaruh Ustaz Hanafi

Dalam mengembangkan Silat Cekak, Ustaz Hanafi mempunyai pengaruh yang luas ke atas anak-anak murid beliau. Ustaz Hanafi selaku Presiden dan Guru Utama sentiasa menjaga peribadi beliau supaya dapat dijadikan contoh kepada anak-anak murid beliau. Ustaz Hanafi sejak dari usia muda beliau telah menjauhkan diri dari melakukan perbuatan maksiat. Ustaz Hanafi tidak minum arak, berjudi dan terlibat atau berfoya-foya dengan wanita. Beliau sentiasa menepati janji dan tidak bercakap bohong. Beliau juga berpendirian tegas, berani dan tidak mahu mengaku kalah dalam apa-apa perkara atau masalah yang dihadapi.

Ustaz Hanafi mengajar silat bukan hanya kerana silat semata-mata, tetapi dengan tujuan untuk membimbing belia-belia ke jalan yang benar di sisi agama Islam. Ceramah-ceramah dan fahaman keagamaan yang diberikan secara tidak langsung telah dapat mengubah corak kehidupan anak-anak murid beliau. Pelajaran silat yang diajar oleh Ustaz Hanafi tidak berbeza baik yang berpangkat ataupun tidak. Semuanya dilayan sama rata. Bagi yang layak telah dilantik menjadi jurulatih untuk membantu perkembangan Silat Cekak. Perlantikan jurulatih oleh Ustaz hanafi adalah berdasarkan kepada empat faktor utama iaitu:

1- Penuntut yang telah tamat dan mahir ilmu silat cekak
2- Penuntut yang menghargai dan mencintai silat cekak
3- Penuntut yang sanggup berkorban kerana persatuan
4- Mempunyai peribadi yang baik

Pergaulan Ustaz Hanafi dengan anak murid beliau juga tiada tingkat dan tarafnya. Ustaz hanafi tidak memberi layanan yang istimewa kepada pegawai tinggi dan memandang hina kepada penuntut yang miskin. Kebijaksanaan Ustaz Hanafi memimpin silat ini menyebabkan ramai penuntut-penuntut beliau yang amat menghormati beliau dan sama-sama membantu mengembangkan Silat Cekak. Bagi anak-anak murid beliau yang telah belajar silat ini, mereka merasa amat bersyukur dapat mempelajari silat dan berdamping dengan Ustaz Hanafi serta dapat mempelajari rahsia-rahsia kebatinan Ustaz Hanafi.

Pandangan anak murid Ustaz Hanafi yang amat dikasihi iaitu Amruddin Buang terhadap Ustaz Hanafi iailah beliau merupakan seorang yang tegas, pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan, kemas dan teliti dalam sebarang hal. Ceramah-ceramah agama yang didengar lengkap dengan alasan-alasannya, memenuhi kehendak rahsia-rahsia agama hingga dapat mengenal antara kawan dan lawan, dapat membezakan dan menganalisa hal ehwal dunia dan masyarakat serta cara-cara mempengaruhi berbagai-bagai jenis masyarakat. Beliau juga telah merasakan diri beliau lebih yakin dan optimis di dalam hidup ini selepas berguru dan bergaul dengan Ustaz Hanafi.

Begitu juga dengan anak-anak murid Ustaz Hanafi yang lain, semuanya berpuas hati dan dapat merasakan perubahan dalam diri masing-masing. Mereka menjadi lebih yakin dan keyakinan itu berlipat kali ganda setelah mendengar ceramah-ceramah agama dan bergaul dengan Ustaz Hanafi untuk memperolehi rahsia kebatinan Ustaz Hanafi supaya dapat menjadi insan yang sebenar.

Zaman Gemilang Silat Cekak Selepas 10 Tahun (1965 – 1975)

Zaman perkembangan Silat Cekak berlaku selepas 10 tahun menempuh badai dan gelombang besar. Cabaran demi cabaran dapat diharungi dan semuanya dapat ditangani dengan bijaksana oleh Ustaz Hanafi. Oleh itu bolehlah dikatakan bahawa zaman perjuangan Ustaz Hanafi di Kuala Lumpur merupakan permulaan era Silat Cekak. Di sinilah ujian terakhir sebelum Ustaz Hanafi diangkat menjadi pemimpin besar pergerakan Silat Cekak.

Selepas tahun 1975 / 76 boleh juga dikatakan masa tersebut merupakan zaman ’senang’ untuk Ustaz Hanafi. Beliau juga tidak lagi menghadapi masalah kewangan yang kronik apabila ramai ahli masyarakat dan juga penuntut IPT yang mempelajari Silat Cekak. Isteri dan anak-anak beliau juga mendapat ’kesenangan’ tersebut hasil dari perkembangan Silat Cekak.

Zaman Selepas Ustaz Hanafi (era selepas tahun 1986)

Setelah berjuang bersama Silat Cekak selama 21 tahun, pada 13 Ogos 1986, Ustaz Hanafi meninggal dunia pada usia 63 tahun. Beliau meninggalkan perjuangan Silat Cekak kepada kita semua untuk diteruskan.

Sebelum beliau meninggal dunia, Ustaz Hanafi tidak pula menamakan atau melantik sesiapa menjadi pengganti beliau sebagai Guru Utama Silat Cekak. Itulah satu masalah diperingkat awal yang dihadapi oleh ahli-ahli lama pada waktu itu. Oleh kerana hanya Ishak Itam tampil untuk menuntut jawatan tersebut, maka perlantikan beliau telah diuruskan oleh pihak Majlis Muafakat Silat Cekak dan selepas itu beliau menjadi guru selama tujuh (7) tahun sehingga tahun 1993. Selepas itu Encik Md Radhi pula dilantik sebagai pengganti selepas dicadangkan oleh Amruddin Buang di dalam mesyuarat Majlis Muafakat Tertinggi dan beliau menjalankan tugas selama 13 tahun sehinggalah pada 13 Ogos 2006 apabila beliau didapati bersalah oleh Majlis Mesyuarat Kebangsaan atas kesalahan yang memalukan seluruh pergerakan Silat Cekak Hanafi kerana mencabul kehormatan wanita dan telah dijatuhkan hukuman penggantungan keahlian selama tiga (3) tahun dan kepimpinan beliau sebagai Presiden dan Guru Utama ditolak sepenuhnya selepas itu.

Siapa yang bakal menggantikan Mad Radhi masih belum kita ketahui tetapi marilah sama-sama kita berdoa supaya kemelut sekarang dapat diselesaikan secepat mungkin dan perjuangan Ustaz Hanafi masih dapat diteruskan oleh pengganti yang bakal diumumkan nanti. Insya Allah.
Tamat.

Pak Kaduk – Sampai di sini sahaja penulisan Pak Kaduk tentang tajuk di atas. Suka sekali lagi Pak Kaduk panjangkan perhargaan kepada Puan Hajjah Halimah Hj Ahmad, penulis thesis bertajuk ’Hanafi Hj Ahmad dan Seni Silat Cekak ’ yang telah menjadi rujukan utama Pak Kaduk bagi artikel tentang Ustaz Hanafi ini. Terima kasih

Read more...

APA BEZANYA?

2007/02/15

Jika sahabat melata di bawahan sana sahabat akan mendengar pelbagai kisah kisah yang selama ini terpendam di benak rakan rakan kita yang selama ini tidak pernah di kabarkan kepada kita, hampir semua kisah kisah ini mereka pemdamkan kerana pada ketika itu mereka tidak nampak akan kecemaran dalam pendidikan yang di bawa oleh Mad Radhi yang ketika itu sebagai Guru Utama. Hampir semua pesan berpesannya diterima pakai tampa prejudis tampa ada syakwasangka kena pula di sogok dengan cerita cerita magik dari juak juak pengiring Mad Radhi ketika itu, hampir setiap kali pertemuan ada sahaja cerita magik yang di sampaikan oleh 'Guru Hebat' ini dan pengiring pengiringnya.

Kini bila berlaku krisis saperti yang di alami kita sekarang ini maka ramai lah pencerita pencerita tampil tampa di undang membongkar kisah kisah magik magik yang di hidangkan pada mereka
satu ketika dulu, nak percaya pun tak boleh tak percaya pun tak boleh sebab penceritaan ini bukan dari satu sumber, tapi dari banyak sudut penceritaan dan dari pencerita yang berbeza dengan kisah yang sama dan hampir sama. Pada ketika itu mereka mereka ini percaya bulat bulat tampa membuat kaji selidik terlebih dulu kerana apa?, kerana yang menyampaikan itu adalah 'Guru Hebat' ketika itu, ketika zaman gemilang,cemerlang dan penuh temberang kini semua nya dah jadi tembelang yang terlempar ke muka sendiri.

Masih lagi tertanya tanya mengapakah masih ada lagi ahli yang tidak dapat melihat dengan mata akal mahu pun mata hati, jika dilihat rata rata ahli silat cekak ini berpendidikan tinggi dan berpelajaran bukan lagi mereka yang berada di zaman tok nakdok yang melihat papan tanda 'sekolah dewasa' di baca sebagai 'sim alif ra kaf sim', Ada juga graduan (ahli silat cekak) yang mengaku bijak, penerima anugerah dekan, penerima anugerah censelor atau anugerah emas dari IPT tempat mereka belajar tetapi tersangkut pada magik magik Mad Radhi dan para pengiringnya.

Ada pula kumpulan yang tidak boleh berfikir untuk diri sendiri tetapi mengharap orang lain membuat keputusan untuk diri mereka kalau sipolan kata 'A' maka mereka akan kata 'A' kalau sipolan kata 'B' maka mereka juga akan berkata 'B', mereka itu pula bukan calang calang semuanya berlatar belakang yang cemerlang, bijak pandai dan berpendidikan tinggi, disini kita dapat lihat cemerlang didalam akadamik belum tentu cemerlang didalam hidup, itu sebab agaknya ramai graduan kita ini yang masih mengngangur atau kerja tanam anggur atau kalau bekerja pun hanya sekadar cukup isi tembolok sendiri dan paling sedih bila ada gelaran untuk yang masih lagi mengharap duit mak bapak sebagai graduan tak laku, lebih menyedihkan lagi bila mana duit yang mak bapak kirim itu digunakan ke jalan yang tidak betul saperti membeli kad prabayar untuk mengirim SMS berunsur menfitnah, memaki hamun kepada rakan rakan sebaya mereka yang tidak mahu mengikut jejak langkah mereka untuk membantu 'Guru Hebat' tadi, Tidak kurang juga yang memberi gelaran gelaran tertentu kepada yang tidak sehaluan dengan mereka saperti "Pengkianat", "Laknatullah" dan sebagainya, mengapakah sampai bergini jadinya?.

Inilah didikan yang selama ini di berikan oleh guru hebat @ Tuan Guru Mad Radhi.Tetapi tidak boleh disalah kan mereka,kerana bila tunjuk pandai nanti dikatakan melawan guru atau melebihi guru almaklumlah guru tu tak berapa pandai jadi anak murid pun kena lah turut tak jadi pandai kerana sayang dan kasihnya kepada tuan guru. Pada mereka biar lah pandai itu pergi ke guru dan kebodohan itu milik mereka biarlah kaya itu ke guru dan miskin datang kedia,biarlah kesenangan pergi keguru kepayahan datang ke murid, biar yang jernih jernih dapat kat guru yang mengerutu aku yang dapat. Ini baru dinama Kasih ke Guru Membawa berkat, sedikit belajar macam macam dapat, biar pun tahyul dan kurafat ku peluk 'gurukul' erat erat.

Pak kaduk 'melihat' cerita cerita kehebatan "Guru Hebat" yang di sampaikan oleh Mad Radhi sendiri atau melalui wakil wakil pengiringnya, Pak Kaduk dapati ada sedikit persamaan dengan ketua ketua beberapa kumpulan ajaran sesat yang telah diharamkan sama ada menerusi Ketua @ pengasas kumpulan itu sendiri atau pun dari "orang kanan kanan" ketua tersebut. Cuba sahabat lihat perkara ini secara 'main main' bukan secara halus @ menghalusi, bukan apa takut tak nampak pulak bila dah 'halus'.

AHLI FIKIR.
Jika diteliti ramai dari kumpulan yang diharamkan pertubuhan mereka ini adalah terdiri dari orang orang yang bijak akal, cerdik pandai golongan profasional dan sebagainya yang memberi sumbangan kepada kemajuan pertubuhan mereka walaupun akhirnya didapati kumpulan mereka adalah salah disini undang undang negara dan akidah.

Beza dengan kumpulan Mad Radhi, Jika Silat Cekak Hanafi mempunyai cerdik pandai dan orang orang yang banyak berjasa dengan perkembangannya dan terbukti kebijaksaan maka mereka ini akan disingkirkan, ditomah dengan segala cerita berunsur fitnah, kerana pada pendapat Mad Radhi mereka mereka yang bijak ini boleh memudaratkan Persatuan, maka di himpunnya mereka mereka yang bijak tapi kurang cerdik agar boleh di tarik hidung mereka saperti sang kerbau di bendang atau lembu di padang ragut tampa merungut.

EKONOMI.
Ada pertubuhan yang telah diharamkan mempunyai banyak rangkaian atau syarikat perniagaan mereka bagi mengukuhkan pergerakan dan perjalan persatuan mereka saperti kumpulan Al Arqam memiliki 52 buah kedai runcit, 20 buah pasar mini, 36 buah kedai buku dan alat ibadat dan 18 buah restoran di seluruh Malaysia dan juga memiliki 56 buah kilang perusahaan di seluruh Malaysia.

Beza dengan kumpulan Mad Radhi hanya baru memiliki 4 syarikat sahaja (sepengetahuan Pak Kaduk mungkin lebih), Tidak mengapa ini baru permulaan, tetapi syarikat milik Mad Radhi dan juak juaknya tidak menyumbangkan apa apa sen pun pada persatuan malahan persatuan di jadikan kambing hitam untuk perniagaan mereka.

PEGANGAN YANG BERCANGGAH.
Jika Pengikut sebuah pertubuhan yang diharamkan mempercayai ketua mereka, kononnya selain seorang yang soleh, wali yang mempunyai karamah, adalah seorang Mujaddid akhir zaman dan Sayyidul-Mujaddidin. Penggunaan Gambar ketua mereka secara meluas dikalangan pengikut kerana di percayai akan membawa Barakah dan mempunyai Karamahnya. Juga pemimpin ini pernah mendakwa dirinya dari keturunan Bani Tamim, iaitu satu rumpun denganketurunan Nabi Muhammad saw yang memegang panji-panji Al-Mahdi.

Kumpulan Mad Radhi juga pernah mendakwa bahawa Mad Radhi @ 'guru hebat' mereka juga adalah pemimpin akhir zaman. Jika dilihat Mad Radhi jugak menyebarkan gambar 'hensome'nya supaya di miliki oleh setiap anak murid yang 'kasih' kepada nya sedangkan gambar mak bapak sendiri pun tidak disimpan dan menjadi kewajibpan disetiap rumah anak murid yang 'kasih' kepadanya mengantung gambar 'guru hebat' ini. Jika Pemimpin pertubuhan yang di haramkan itu mendakwa dirinya dari keturunan bani Tamin, Mad Radhi pula di beri gelaran BANI HANAFI keturunan mana Pak Kaduk tak tahu, fikir fikirlah sendiri.
Ini belum lagi di kisahkan apa apa ungkapan yang disampaikan sendiri oleh Mad Radhi atau melalui juak juak pengiringnya, semasa di tanah suci dalam program Umrah, majlis Ijazah silat atau didalam majlis petua.

Jika Ketua pertubuhan yang diharamkan itu pernah @ boleh berdialoq dengan Nabi Muhammad, Mad Radhi boleh bermuzakarah dengan seluruh para malaikat,para ambia, aulia, amfibia, mamalia, reptilia, autalia...

Itu pun ada yang percaya bulat bulat, Apa beza nya???

Read more...

NUR HANAFI….. Ustaz Hanafi Dalam Kenangan – 6

2007/02/08

Penghijrahan Ke Kuala Lumpur

Setelah hampir lima tahun mengembangkan Silat Cekak di bumi Kedah Darul Aman, Ustaz Hanafi merasakan beliau perlu melangkah lebih jauh dalam usaha untuk mengembangkan silat ini. Perkembangan di negeri Kedah adalah sebagai permulaan, namun jika ingin melakukan kelainan dan mendapat kejayaan yang lebih besar, beliau perlu lebih berani melakukan sesuatu yang melangkaui kebiasaan serta berani menghadapi cabaran yang lebih besar. Oleh yang demikian, Ustaz Hanafi telah mengambil keputusan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur, kota metropolitan yang menjanjikan cabaran yang lebih hebat dan membuka era baru di dalam perkembangan Silat Cekak.

Pada akhir tahun 1970, Ustaz Hanafi telah berpindah ke Kuala Lumpur untuk meneruskan cita-cita beliau mengembangkan Silat Cekak dengan lebih luas. Namun begitu beliau tahu bahawa keputusan yang dibuat adalah satu keputusan yang amat berat. Beliau sekali lagi merantau meninggalkan anak-anak dan keluarga beliau bagi meneruskan hasrat untuk mengembangkan Silat Cekak. Ustaz Hanafi tiada saudara mara yang di kenali di Kuala Lumpur kecuali seorang kawan lama di Kedah yang bernama Hussain Ahmad yang tinggal di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Melalui Hussain Ahmad lah Ustaz Hanafi diperkenalkan dengan beberapa orang kawan yang dapat membantu Ustaz Hanafi untuk memulakan kegiatan beliau di Kuala Lumpur. Malah kedatangan beliau ke Kuala Lumpur juga menghadapi masalah apabila kereta yang beliau telah berjanji untuk tumpang telah bertolak terlebih dahulu. Ustaz Hanafi terpaksa mencari alternatif lain dengan menumpang kenderaan orang untuk datang ke Kuala Lumpur.

Perkembangan Silat Cekak di Kuala Lumpur

Perkembangan awal Silat Cekak di Kuala Lumpur juga memberikan Ustaz Hanafi masalah yang sama sewaktu beliau memulakan pergerakan Silat Cekak di Kedah. Tiada badan atau persatuan yang sah yang boleh digunakan untuk dijadikan jentera untuk mengembangkan silat. Namun, melalui usaha dan bantuan kawan-kawan juga, Ustaz Hanafi telah mendapat pertolongan sebuah persatuan bernama Persatuan Bawean Putra untuk mengembangkan Silat Cekak. Kelas silat pertama di anggotai oleh 12 orang yang berlajar silat di Kampung Bumiputra, Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Kesemua 12 orang penuntut telah menamatkan pelajaran silat mereka antaranya Mohamad bin Abdullah dan isterinya Lijah, Shuib Hj Ahmad, Md Din Awang, Hamzah, Rahim dan Rahman Khalid. Kejayaan menamatkan kelas yang pertama ini memberikan semangat yang lebih tinggi untuk Ustaz Hanafi meneruskan usaha beliau.

Untuk meneruskan perkembangan silat ke peringkat yang lebih luas, Ustaz Hanafi telah mengusahakan supaya kegiatan silat ini didaftarkan. Ustaz Hanafi telah mendapatkan pertolongan sahabat beliau iaitu Abdul Rahman Mahadi yang ketika itu berada di Kedah untuk merangka perlembagaan untuk persatuan. Jadi selepas berusaha bersungguh-sungguh, pada 19 Ogos 1971, kegiatan Silat Cekak telah didaftarkan atas nama Persatuan Seni Silat Cekak Kedah Malaysia. Di peringkat awal persatuan ini menggunakan alamat rumah Hussain Ahmad di No. 39, Lorong Keramat 19, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur sebagai alamat persatuan. Di rumah inilah perhimpunan dan aktiviti silat dijalankan. Pak Hussain juga telah membenarkan kedai beliau di Jalan Raja Alang, Kampung Baru, Kuala Lumpur dijadikan sebagai tempat perjumpaan ahli-ahli Silat Cekak pada waktu itu. Perkembangan seterusnya adalah apabila kelas kedua di Sungai Way, Kuala Lumpur dapat dibuka pada 6 Disember 1971 disusuli beberapa kelas di Kampung baru dan sekitar Kuala Lumpur.

Silat Cekak selepas itu berkembang agak memberangsangkan dan semakin mendapat sambutan orang ramai. Namun langit tidak selalunya cerah, setelah berusaha keras untuk mengembangkan silat ini, mulalah berlakunya beberapa insiden dan perkara-perkara yang memberi masalah kepada Ustaz Hanafi. Terdapat beberapa halangan dan cabaran sepanjang beliau berusaha untuk mengembangkan silat ini.

a- Tentangan dari anak murid dan fitnah wanita

Selepas tamat kelas yang pertama di Kg Bumiputera Kuala Lumpur, Ustaz Hanafi telah melantik Mohamad bin Abdullah (tamat kelas pertama di Kg Bumiputera) menjadi jurulatih untuk membantu beliau mengajar silat. Walaubagaimanapun, setelah agak lama dan mempunyai pengaruh, Mohamad telah cuba pula mengambil alih dan mengendalikan kelas persilatan dengan cara beliau sendiri. Mohamad juga telah mula menjalankan kegiatan yang kurang sihat iaitu dengan cara menghasut para penuntut supaya membenci Ustaz Hanafi. Hatta beliau pernah cuba menjatuhkan Ustaz Hanafi sewaktu Ustaz Hanafi menunjukkan buah silat di dalam kelas. Namun percubaan Mohamad tidak berjaya. Selepas kegagalan beliau itu, beliau telah cuba menjalankan tektik berbaik-baik dengan Ustaz Hanafi. Sehinggakan beliau mempelawa Ustaz Hanafi tinggal di rumah beliau. Ustaz Hanafi telah menerima pelawaan tersebut kerana Ustaz Hanafi sendiri tiada tempat tinggal yang tetap. Ada beberapa orang yang tinggal bersama Muhamad pada ketika itu iaitu isteri Muhamad yang bernama Lijah dan rakan Lijah bernama Rubiah. Ketiga-tiga mereka ini telah mempelajari Silat Cekak dari Ustaz Hanafi.

Tidak lama selepas itu, Ustaz Hanafi telah melantik Amruddin Buang dan Malino Junsi menjadi jurulatih. Perlantikan tersebut adalah untuk mengimbangi pengaruh Muhamad di dalam kelas persilatan dan juga bagi membantu mengajar silat. Kedua-dua mereka baru berusia 21 tahun ketika dilantik menjadi jurulatih. Tindakan Ustaz Hanafi melantik kedua-dua mereka menyebabkan Muhamad tidak puas hati . Sehingga beliau pernah berkata seperti berikut kepada Ustaz Hanafi: “Mereka tidak layak mengajar silat kerana masih mentah dan kurang berkebolehan, dari kesetiannya belum lagi dapat dipastikan”. Namun Ustaz Hanafi menjawab ‘Jika tidak berkebolehan aku boleh mengajar hingga pandai’. Dari kata-kata yang diluahkan oleh Muhamad, Ustaz Hanafi telah mengetahui tentang perangai dan hatibudi Muhamad tidak elok.

Malah Muhamad seterusnya memberi masalah yang lebih besar lagi kepada Silat Cekak dan Ustaz Hanafi. Ini berlaku apabila beliau telah pergi ke gelanggang Silat Lincah dan mencaci penuntut-penuntut Lincah yang sedang berlatih dan ini telah menimbulkan selisih faham antara Silat Cekak dengan Silat Lincah. Mahaguru Silat Lincah, Omar Din yang tidak puas hati dengan tindakan Muhamad itu telah mencabar Ustaz Hanafi untuk beradu kekuatan. Ustaz Hanafi telah menerima cabaran tersebut. Walaubagaimanapun persetujuan untuk bertarung itu hanya dilakukan selepas 6 bulan dari cabaran yang diterima, itupun selepas Ustaz Hanafi bertemu dengan Omar Din. Tempat pertarungan telah ditetapkan di Dewan Belia Kampung Pandan pada 26hb Februari 1972. Permit polis juga telah diperolehi. Walaubagaimanapun disaat pertarungan hampir berlaku, pihak polis telah membatalkan permit tersebut dan penuntut kedua-dua persilatan telah diminta bersurai. Dengan itu juga pertarungan yang diatur tidak berlaku seperti mana yang dirancang. Pembatalan tersebut adalah atas usaha sahabat Ustaz Hanafi sendiri iaitu Hussein Ahmad. Beliau berbuat demikian kerana bimbang akan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini dan akibatnya kelak boleh menjejaskan perkembangan Silat Cekak dan masa depan silat ini. Walaupun Muhamad yang memulakan peristiwa dengan Silat Lincah tersebut, tiada tindakan tegas yang diambil terhadap Muhamad kerana Ustaz Hanafi masih mahu melihat sejauh mana muslihat yang akan dilakukan oleh Muhamad.

Fitnah Wanita

Namun selepas mengetahui helah Muhamad dan isteri beliau, Lijah untuk melakukan sesuatu yang tidak elok, Ustaz Hanafi telah keluar dan berpindah keluar dari rumah Muhamad. Beliau telah menyewa di sebuah rumah di Jalan Hamzah, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Muhamad masih mahu cuba untuk menguasai pentadbiran Silat Cekak. Selanjutnya beliau telah melakukan pakatan dengan isteri beliau Lijah, Rubiah, Osman dan Tambi Beranang untuk menjatuhkan maruah Ustaz Hanafi. Osman telah menyuruh isteri beliau bersubahat dengan cara pergi dan tidur disebelah Ustaz Hanafi sewaktu Ustaz Hanafi sedang tidur nyenyak di biliknya pada suatu malam. Muhamad dan Lijah pula sudah bersedia dengan kamera untuk mengambil gambar kononnya Ustaz Hanafi berlaku sumbang dengan Lijah. Gambar yang diambil nanti akan digunakan sebagai bukti untuk mengugut Ustaz Hanafi supaya menyerahkan wang RM500.00 kepada Osman dan keluar dari Kuala Lumpur. Jika tidak rahsia tersebut akan dibocorkan.

Ustaz Hanafi tidak tunduk dengan tekanan tersebut. Beliau telah dengan berani mempertahankan kebenaran beliau. Beliau malah telah memaklumkan kepada pihak polis terhadap orang-orang yang mengugut beliau. Susulan dari itu, tindakan pemeriksaan doktor telah dilakukan terhadap isteri Osman dan didapati isteri Osman sememangnya seorang pelacur.

Berikutan itu pula, Muhamad membuat fitnah kononnya Ustaz Hanafi telah melakukan perkara yang tidak senonoh dengan isteri beliau Lijah sebanyak 41 kali (sebab itu Muhamad selepas itu dikenali sebagai Mad 41) dan setiap perlakuan tersebut telah dicatitkan dalam buku catitannya beliau kononnya. Apabila cerita tersebut tersebar, ramai juga anak murid Ustaz Hanafi yang mula memandang serong kepada beliau, namun apabila mengetahui cerita tersebut adalah fitnah, mereka mula bersimpati dengan Ustaz Hanafi.

Ugutan Bunuh

Kegagalan Muhamad menjatuhkan Ustaz Hanafi telah membuatkan beliau bertindak dengan lebih agresif. Beliau pernah cuba membunuh Ustaz Hanafi tetapi gagal, malah beliau juga telah mempengaruhi penuntut Silat Cekak bernama Hamzah untuk membunuh Ustaz Hanafi secara curi dengan kerambit ketika ustaz Hanafi sedang minum.

Osman pula sebenarnya seorang penuntut yang biasa dibantu oleh Ustaz Hanafi dari segi kewangan dan tempat tinggal . Tetapi kerana tamak dan inginkan wang yang lebih, beliau sanggup mengugut Ustaz Hanafi untuk mendapatkan wang yang lebih. Tetapi usaha beliau juga gagal.

Manakala Tambi Beranang pula merupakan seorang tokoh lama yang mempunyai pengaruh yang besar di Kuala Lumpur. Beliau pernah mengugut supaya Ustaz Hanafi keluar dari Kuala Lumpur dalam masa 24 jam jika tidak mahu dibunuh oleh beliau. Rancangan beliau juga gagal. Ustaz Hanafi tetap berdiri teguh berkat dengan keyakinan dan kebenaran yang ada pada beliau.

Ekoran dari tindakan melampau oleh beberapa anak murid beliau iaitu Muhamad, Lijah, Rubiah, Osman dan Tambi Beranang, Ustaz Hanafi telah tidak membenarkan mereka terlibat dengan pergerakan Silat Cekak. Tindakan tersebut diambil setelah mereka tidak berubah walaupun telah diberi peluang oleh Ustaz Hanafi untuk sekian lama.

Pengajaran cerita

Suka disebut kembali suka duka Ustaz Hanafi menghadapi kerenah anak murid beliau. Beliau difitnah, diugut dan diganggu dengan berbagai perlakuan serta tindak-tanduk yang tidak elok tetapi masih terus dan tetap mempertahankan diri beliau. Harus juga diingatkan bahawa Ustaz Hanafi berhadapan dengan masalah tersebut seorang diri untuk mempertahankan diri.

Ustaz Hanafi juga difitnah dengan wanita tetapi harus diingat Ustaz Hanafi tidak pergi ke rumah wanita tersebut, sebaliknya wanita tersebut (isteri Osman) yang datang ke bilik beliau untuk memfitnah beliau. Ini berlawanan dengan kes Mad Radhi yang hangat diperkatakan sekarang di mana beliau yang pergi ke rumah anak murid beliau untuk mencabul. Oleh itu jika dikatakan peristiwa yang dialami oleh Mad Radhi sekarang adalah sama dengan peristiwa fitnah yang dialami oleh Ustaz Hanafi, itu adalah tidak betul. Ada banyak perbezaannya antara kedua-dua kes tersebut. Pertamanya, seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Ustaz Hanafi tidak mencari atau tidak pergi ke rumah wanita tersebut, sebaliknya wanita tersebut yang datang kebilik beliau. Tetapi Mad Radhi pula bersusah payah pergi ke rumah anak murid dan mencabul mangsa. Keduanya, Ustaz Hanafi menghadapi fitnah wanita ini dengan beliau sendiri membuat laporan polis untuk mempertahankan kebenaran beliau. Sebaliknya Mad Radhi tidak berani berbuat demikian kerana beliau tahu beliau bukan berada di pihak yang benar. Ketiga, Ustaz Hanafi menghadapi kes fitnah ini secara seorang diri tanpa berlindung dengan orang lain, sebaliknya Mad Radhi berlindung dibelakang ibu beliau, adik beradik beliau dan juga anak murid beliau. Beliau tidak berani melangkah ke depan untuk mempertahankan diri beliau.

Jadi peristiwa Mad Radhi mencabul ini bukanlah ulangan kepada peristiwa yang berlaku kepada Ustaz Hanafi seperti mana yang digembar-gemburkan oleh bani Hanafi dan juak-juak beliau. Ustaz Hanafi difitnah dengan niat untuk memalukan beliau dan menghalau beliau keluar dari Kuala Lumpur. Sebaliknya Mad Radhi melakukan perbuatan tidak senonoh itu tetapi menfitnah pula mangsa dengan mengatakan kononnya mangsa yang melakukan perbuatan tidak senonoh. Mad radhi juga sanggup memfitnah orang-orang lama mengatakan mereka hendak menjatuhkan beliau walhal beliau sendiri yang mencari nahas dan mencipta masalah apabila beliau dengan sendirinya telah pergi ke rumah anak murid beliau dan mencabul kehormatan anak kepada murid beliau sendiri.....


Pak Kaduk – Mad Radhi dan juak-juak menggunakan peristiwa mencabul sekarang sebagai alasan mengatakan Ustaz Hanafi juga pernah mengalami fitnah oleh wanita. Tetapi mereka silap, kerana banyak faktor yang kita tahu kedua-dua peristiwa tersebut sebenarnya amat berlawanan sama sekali…….


Seterusnya – lain-lain tentangan dan perkembangan Silat Cekak seterusnya.

Read more...

NUR HANAFI…….Ustaz Hanafi Dalam Kenangan – 5

2007/02/02

Permulaan Perkembangan Silat Cekak dan cabaran yang di hadapi

i- Pertemuan dengan Encik Yahaya Said

Pertemuan kedua Ustaz Hanafi dengan Yahaya Said berlaku selepas Ustaz Hanafi berniaga apam balik di Yala, Siam. Ustaz Hanafi mengetahui bahawa Yahaya Said ada memiliki ilmu silat yang bermutu tinggi, tetapi tidak tahu apakah nama silat itu. Pertemuan yang berlaku pada bulan Disember 1965 telah mencetuskan satu aspirasi baru dalam perkembangan silat ini apabila Yahaya Said bersetuju untuk menurunkan ilmu silat ini kepada Ustaz Hanafi. Yahaya Said bagaimanapun mahukan bayaran yang agak tinggi bagi beliau mengajar Ustaz Hanafi. Oleh kerana kehidupan beliau yang susah, maka adalah amat sukar memenuhi permintaan oleh Yahaya Said yang meminta bayaran yang tinggi. Oleh itu jalan terbaik yang dibuat oleh Ustaz Hanafi ialah mengumpulkan seberapa ramai orang yang mahu belajar silat itu. Setelah berusaha bersungguh-sungguh, Ustaz Hanafi berjaya mengumpulkan seramai 20 orang untuk belajar silat tersebut. Penuntut-penuntut tersebut termasuk Ustaz Hanafi telah diijazahkan pada 28 Disember 1965 bersamaan 5 Ramadhan 1385H disebuah rumah yang amat bersejarah iaitu rumah Shafie bin Darus (juga sebagai penuntut baru) di alamat Batu 4 ¾ , Jalan Gunung, Alor Setar, Kedah.

ii- Perkumpulan Seni Sari Budaya Sri Kedah (PSSBSK)

Walaupun seramai 20 orang penuntut baru telah diijazahkan untuk belajar silat, namun kegiatan persilatan ini tidak boleh dijalankan tanpa pendaftaran yang sah. Dengan bantuan sahabat beliau yang bernama Abdul Rahman Mahadi yang merupakan ahli jawatankuasa Perkumpulan Seni Sari Budaya Sri Kedah (PSSBSK), telah berjaya mendapat persetujuan dari jawatankuasa PSSBSK (Ketua Satu pada waktu itu adalah Shahnon Ahmad, Prof. Datuk) untuk melantik Ustaz Hanafi menjadi Ketua Seksi Seni Silat. Kebenaran untuk menjalankan kelas latihan silat juga telah diluluskan.

Selepas dilantik menjadi Ketua Seksi Seni Silat PSSBSK, Ustaz Hanafi melalui surat beliau kepada Encik Yahaya Said bertarikh 1hb. Januari 1966 TELAH MELANTIK Encik Yahaya Said menjadi guru silat untuk mengajar ahli-ahli yang berminat untuk berlajar silat.

Elok juga kita lihat apakah kandungan surat yang ditulis oleh Ustaz Hanafi kepada Encik Yahaya Said (diambil sepenuhnya dari kandungan tersebut):

Rujukan : Bil ( 2 ) dlm PSSBSK /Seksi Silat 1

Tarikh : 1 hb. January , 1966

Kapada:
Inche Yahaya Bin Said,
Kuala Kurau, PERAK

Inche,
Perkara : SURAT LANTIKAN

Menurut kuasa yang di-berikan kapada saya oleh Jawatan Kuasa Perkumpulan Seni Sari Budaya Sri Kedah, maka ini-lah saya Hanafi bin Ahmad, Ketua Seksi Seni Silat PSSB Sri Kedah, dengan rasa hormat dan perhargaan yang tinggi melantek Inche menjadi Guru Silat Bagi Perkumpulan ini.

2. Bagi melaksanakan tujuan di-atas maka Seksi Seni Silat PS.S.B.Sri Kedah akan menubuhkan pasokan2 yang akan mengikuti kursus silat dari semasa ka-semasa dan Inche di-persilakan mengajar menurut peraturan2 dan sharat2 yang akan di-tentukan dengan perundingan di-antara Inche dengan Perkumpulan ini.

Dalam usaha mengangkat batang yang terendam dan memperkembang seni asli bangsa kita maka saya harap urusan kita ini akan mendapat pertunjok dan perlindungan dari Allah Subhanahu Wata’ala dan semoga keikhlasan dan kejujoran akan menjadi pegangan kita selama2-nya.

Sekian-lah sahaja.

Adalah saya yang berkhidmat,

TT
(Hanafi Haji Ahmad)
KETUA
Seksi Seni Silat P.S.S.B.Sri Kedah


Salinan Kepada:
Setiausaha Kehormat,
Perkumpulan Seni Sari Budaya,
SRI KEDAH

(Nota: Apa yang Pak Kaduk nak maklumkan di sini ialah Encik Yahaya Said dilantik menjadi Guru Silat oleh Ustaz Hanafi sebelum beliau boleh mengajar silat. Suka Pak Kaduk sebutkan juga, secara prinsipnya, bukanlah Allah ta’ala lantik beliau menjadi guru tetapi oleh Ustaz Hanafi. Setelah Ustaz Hanafi melantik beliau melalui surat perlantikan rasmi, maka barulah beliau boleh menjadi guru dan mengajar silat kepada ahli-ahli PSSBSK! Ini amat berlawanan dengan kata-kata yang kita pernah dengar sebelum ini kononnya Guru Silat Cekak ini hanya Allah Ta’ala yang lantik! Betulke? Harus diingat, kalau PSSBSK tidak memberi kebenaran dan tidak melantik Encik Yahaya Said, maka beliau tidak boleh menjadi guru dan mengajar silat kepada ahli-ahli.

Kalau kita lihat suasana sekarang dalam PSSCUHM, suasananya adalah sama sahaja. Kalau pihak persatuan tidak membenarkan Guru Semasa menjadi guru dan menolak kepimpinan beliau, maka guru tersebut tidak boleh menjalankan tugas sebagai guru dalam persatuan sekarang. Perkara inilah yang tidak difahami atau sengaja tidak mahu difahami oleh mereka-mereka yang berkenaan. Mereka masih mengatakan bahawa perlantikan guru Silat Cekak adalah dilantik oleh Allah Ta’ala. Tiada sesiapapun baik MMK atau MMT yang menurut pandangan mereka yang boleh melantik guru. Jadi pada pandangan Pak Kaduk, perkara yang begitu mudahpun mahu mereka pesongkan, apa lagi perkara-perkara lain. Perkara ini amat melucukan dan merendahkan martabat dan taraf akal fikiran seorang manusia.)

Selepas beberapa ketika silat ini dihidupkan, barulah Encik Yahaya Said menamakan silat tersebut sebagai SILAT CEKAK . Kesemua penuntut awal tersebut telah berjaya menamatkan pelajaran silat antaranya adalah seperti Shafie Darus, Mohd Zain Shafie, Ramli Shafie, Ahmad Shafie, Fadhil Jaafar, Osman Ariffin, Din Ahmad, Abd. Rahman Mahadi , Ishak Haji Ahmad dan Shuib Hj Ahmad serta Ustaz Hanafi Hj Ahmad sendiri.

iii- Penentangan terhadap usaha Ustaz Hanafi

Selepas Silat Cekak berjaya dihidupkan dan kelas silat dijalankan di bawah PSSBSK, Silat Cekak mula mendapat perhatian. Namun begitu tidak semua orang yang menyukai tindakan Ustaz Hanafi mengembangkan Silat Cekak ini. Oleh itu, sepanjang beliau menjalankan kerja-kerja mengembangkan silat ini, terdapat ramai guru-guru silat yang tidak bersetuju dengan beliau dan telah melakukan berbagai cara untuk menghalang Ustaz Hanafi mengembangkan Silat Cekak. Terdapat beberapa tentangan yang berlaku antaranya tentangan oleh guru-guru silat, cubaan membunuh dengan menyapu racun berbisa pada kasut Ustaz Hanafi yang menyebabkan Ustaz Hanafi hampir menemui maut, tentangan dari gulungan-gulungan politik yang melihat Ustaz Hanafi sebagai seorang ahli parti pembangkang yang semakin berpengaruh.

a- Tentangan dari Encik Yahaya Said (guru silat Ustaz Hanafi sendiri)

Tentangan dan dugaan yang hebat sebenarnya datang dari guru silat beliau sendiri iaitu Encik Yahaya Said. Walaupun Encik Yahaya Said pada mulanya telah bersetuju menyerahkan silat ini kepada Ustaz Hanafi untuk meneruskan perkembangannya, namun apabila melihat Ustaz Hanafi mula mendapat tempat pengaruhnya semakin besar, maka Encik Yahaya Said telah tidak begitu senang dengan keadaan tersebut. Ini mungkin disebabkan Ustaz Hanafi lebih popular dari beliau yang merupakan guru kepada Ustaz Hanafi. Kemudian Encik Yahaya Said mengambil keputusan menarik diri dari PSSBSK dan menjalankan kegiatan silat secara bersendirian tanpa naungan PSSBSK.

Selepas itu, Encik Yahaya Said telah menubuhkan Silat Kalimah dan mengajar silat tanpa ada apa-apa hubungan dengan Ustaz Hanafi dan PSSBSK lagi. Namun apa yang dilakukan oleh Yahaya Said tidak beroleh kejayaan. Beliau akhirnya mengalah dan pulang ke kampung beliau di Batu Kurau , Taiping, Perak, pada tahun 1966.

(Nota: Ingin Pak Kaduk tanya adakah Ustaz Hanafi telah menderhaka kepada guru beliau kerana melawan menentang guru beliau sendiri? Memang benar Ustaz Hanafi teah menentang guru beliau sendiri. Tetapi adakah beliau menderhaka kepada guru beliau? Di sini jawapan kepada persoalan tersebut agak subjektif. Secara kasar, memang Ustaz Hanafi telah melawan guru beliau sendiri. Namun begitu, beliau melawan atas sebab Encik Yahaya Said telah memungkiri janji. Janji awal Encik Yahaya Said adalah untuk menyerahkan silat ini kepada Ustaz Hanafi dan meminta Ustaz Hanafi meneruskan usaha mengembangkan silat ini. Namun apabila melihat Ustaz Hanafi mula mendapat tempat, maka Encik Yahaya Said telah cuba untuk mendapatkan pengaruh dengan cara mengembangkan silat beliau secara bersendirian dengan harapan beliau dapat menandingi Ustaz Hanafi.

Pak Kaduk selalu mendengar kata-kata dan persoalan seperti berikut, ”Mana ada anak murid yang menentang guru yang beroleh kejayaan?”. Mereka lupa bahawa Ustaz Hanafi sendiri telah melawan guru beliau sendiri dan membuktikan bahawa beliau telah berjaya. Jadi, walaupun Encik Yahaya Said adalah guru beliau, namun oleh kerana Encik Yahaya Said telah memungkiri janji, maka Ustaz Hanafi telah melawan tentangan dan cabaran dari Encik Yahaya Said.

Perkara yang berlaku ini telah dirakam dalam lipatan sejarah silat ini. Jadi peristiwa yang berlaku dalam persatuan sekarang adakah pelik? Tidak pelik sebenarnya. Kita semua sekarang menentang guru silat yang telah melakukan kesalahan mencabul kehormatan wanita. Satu perbuatan yang hina lagi memalukan seluruh masyarakat silat di negara ini. Oleh itu adakah salah menentang guru yang sedemikian? Tidak salah. Guru yang rendah peribadinya dan telah hilang kelayakkan sebagai guru wajib ditentang dan diturunkan dari jawatan beliau. Itulah yang sedang kita lakukan sekarang. Insy-Allah, selagi kita memperjuangkan kebenaran, kita akan berjaya. Oleh itu jangan takut dengan ugutan kononnya menentang guru bermakna menderhaka kepada guru. Ustaz Hanafi telah memberikan contoh teladan kepada kita supaya berani menentang kejahilan dan kecurangan demi untuk menegakkan kebenaran walaupun terhadap guru sendiri!)

b- Tentangan dari anak murid

Pada tahun 1968, Ustaz Hanafi berjaya membuka satu lagi kelas silat di Sungai Petani, Kedah. Antara penuntut yang mempelajari silat tersebut adalah Azmi Long dan Redwan Long. Mereka berdua dengan beberapa rakan yang lain seperti Hashim Ismail, Ahmad Tarzan, darus Chin dan Yadin Hashim telah berjaya menamatkan pelajaran silat ini. Namun begitu, atas sebab disiplin dan Azmi Long dan Redwan Long telah dipecat dari menjadi ahli PSSBSK dan dari ahli Silat Cekak. Semua ahli jawatankuasa PSSBSK juga telah bersetuju dengan pemecatan tersebut.

Kedua-dua mereka telah tidak puas hati terhadap tindakan pemecatan tersebut. Mereka telah menyerang Ustaz Hanafi di stesen keretapi Butterworth pada hari Jumaat 15 Mei 1970. Ketika itu Ustaz Hanafi sedang duduk di dalam kereta. Ustaz Hanafi telah berjaya mengatasi serangan mereka dan sejak itulah kaedah menangkis serangan sewaktu sedang duduk telah diperkennalkan oleh Ustaz Hanafi dengan nama Buah Kusyen.

Peristiwa tersebut tidak berakhir di situ. Kedua-dua mereka telah membuat laporan polis dengan menuduh Ustaz Hanafi yang menyerang mereka. Oleh sebab itu, Ustaz Hanafi telah ditahan di lokap polis di Butterworth. Peristiwa ini berlarutan hingga ke mahkamah di mana Marina Yusof , (Datuk) sebagai hakim pada waktu itu telah mendapati Ustaz Hanafi tidak bersalah.

Azmi Long dan Redwan Long masih tidak berpuas hati terhadap peristiwa yang berlaku. Mereka kemudian telah pergi berjumpa Encik Yahaya Said di Batu Kurau , Perak dan bergabung dengan Encik Yahaya Said untuk mengembangkan semula Silat Kalimah. Mereka percaya dengan kekuatan Encik Yahaya Said yang sebelum ini sebagai guru Ustaz Hanafi akan dapat mengalahkan Ustaz Hanafi. Itulah harapan mereka. Namun sejarah telah memaklumkan kepada kita semua bahawa mereka tidak berjaya mengalahkan Ustaz Hanafi walaupun mereka mencuba berbagai cara. Silat Cekak yang diusahakan oleh Ustaz Hanafi terus berkembang.

Secara ringkas dan pengajaran yang boleh diambil dari perisiwa di atas ialah Allah swt sentiasa berada bersama-sama orang yang benar. Tidak kira samaada seseorang itu sebagai guru ataupun anak murid, jika mereka tidak menjalankan amanah dan tidak melakukan sesuatu berlandaskan kebenaran, maka Allah swt akan menghancurkan mereka. Oleh itu jangan kita gusar kepada suasana yang berlaku kepada persatuan sekarang ini, dengan izin Allah swt, semuanya akan dapat diselesaikan juga akhirnya, InsyaAllah.


Pak Kaduk – seterusnya penghijrahan ke Kuala Lumpur

Read more...

AKAL, MAGIK DAN MAD RADHI

Selepas peristiwa penangkapan Mad Radhi, maka terdengar ramai yang mengeluh akan apa yang berlaku dan mengambil keputusan meninggalkan Guru Hebat mereka setelah pasti semua yang dikabarkan ada kebenarannya walaupun dengan rasa sedih mereka terpaksa membuat keputusan itu dari terus memberi sokongan pada pembohong yang sebelum ini merayu dan memohon simpati dari ahli dengan kata kata dusta "saya kesorangan sekarang ini" dengan berlatar belakangkan ibunya sendiri.

Ramai yang tidak percaya akan berlakunya penangkapan Guru Hebat itu, tidak percaya Guru Hebat digari dan di sumbatkan didalam van polis sahinggalah si 'bani hanafi' mengikut van tersebut untuk pastikan benar kah yang menjemput Guru Kesayangan mereka itu benar benar polis. Akhirnya sah Guru Hebat disimpan didalam lockup maka selesailah kisah guru hakikat di tahan polis.

Kelang kabut dibuatnya pada juak juak Mad Radhi, maka timbullah cerita cerita baru rekaan juak juak Mad radhi ini, diantaranya mereka mengatakan Guru ditahan diatas kesalahan 'perhimpunan haram' bukan kes cabul, ada pula nasi tambah mengatakan pihak polis telah ditekan oleh pihak pihak tertentu dan mengaitkan Hj Amrudin ( kan Pak Kaduk pernah cakapkan dulu), ada pula lauk tambah mengatakan kelihatan kereta Amrahi ulang alik di sekitar rumah persatuan sebelum penangkapan berlaku dan bagi menyejukkan hati ada yang buat cerita bohong yang Yang Mulia Guru Utama sempat mengambil air sembahyang part ini nak gelak pun ada masa aman dulu tak nak pulak ambil air sembahyang tak percaya? tak apa tapi kepada yang tahu cerita ini faham faham dan tersenyumlah, ialah ambil air sembahyang kerana manusia buka kerana tuhan, macam ini punya umat pun ada ka?

Lanjutan dengan cerita bohong juak juak Mad Radhi mengatakan kelihatan ' kereta' Amrahi ulang alik di sekitar rumah persatuan ini di sampaikan oleh isteri kepada sdr Lan Safar yang menjalankan perniagan di hadapan simpang masuk kerumah persatuan, Pak Kaduk rasa di kawasan Keramat nih hanya Amrahi sahaja yang pakai kereta mercedes war biru agaknya yer, patutlah meniaga tak berapa cantik bukan jaga kedai rupanya jaga kereta lalu lalang patut pun. Sebenarnya pada malam kejadian Amrahi tidak ada di kawasan tersebut atau pun kawasan berhampiran, perkara ini telah pun Pak Kaduk sahkan dengan beberapa orang yang ada bersama sama Amrahi pada waktu saat dan ketika kejadian berlaku. Kepada yang menyampaikan cerita bohong tu henti hentikan lah, baik ditanya satu kejadian di Pahang pada suami awak tu apa yang berlaku diantara dia dengan Mad Radhi dan dot... tak percaya? tanyalah Abg Joe Marwi apa yang berlaku sejarah tak pernah bohong, tak apa lah Pak Kaduk pun bukan nak bongkar sangat hal Lan Safar nih dan tak menarik minat pun nak bongkar biar lah dia dengan Tuhan yang selesaikan dengar khabar si dot.. semakin melawa sekarang lagi gebu dari dulu. doa Almarhum " sekiranya ada anak murid aku yang mengunakan ilmu ini kejalan yang tidak baik aku mohon agar diketika itu ilmu ini tidak menjadi".

Dalam keributan kisah penangkapan Guru Hebat juak juak ini merasa rasa hairan dan ajaib ( ini biasa juak juak yang ta'sub kepada Mad Radhi nih suka perkara magik magik) bagaimana berita penangkapan Guru Hebat ini boleh tersiar di laman Pak Kaduk dalam tempoh tak sampai 20 minit ada toyol belaan Pak Kaduk agaknya dalam kumpulan mereka, itu yang mereka kaitkan dengan rekaan dengan cerita bohong " kereta Amrahi" dan kini mereka sesama mereka bersyak wasangka siapa sudah menjadi dalang didalam kumpulan mereka, biasalah ikut perangai Guru Hebat sentiasa berburuk sangka pada ahli ahli lama. Yang ini Pak Kaduk nak bagi tahu lah kalau guru hebat boleh "berada dimana mana" Pak kaduk juga boleh berada dimana mana, jangan jangan Pak Kaduk berada dibelakang orang yang sedang membaca artikal ini ha ha ha. Tak apa lah jangan takut Pak Kaduk bukan suka cerita "Magik Magik" nih, Pak Kaduk suka guna logik 'AKAL' sebagaimana terdidiknya dari zaman almarhum Ustas Hanafi yang memiliki 'kasyaf Aqli" bukan macam Mad Radhi hanya kasyaf magik magik termasuklah kaum kerabat bani Hanafi (buat busuk nama Hanafi sahaja) yang percaya pada magik magik hari hari bercerita pasal Guru hebat jumpa para Nabi dan Rasul, dapat merasakan hembusan 'angin dari syurga'( untung lah
mereka mereka yang dapat merasakan hembusan Angin dari syurga, tu yang ta sub sangat kat Mad Radhi tu almaklumlah GURU HEBAT kesian penduduk di kutub utara nun sahingga kini mereka tak tahu yang bereka hidup didalam hembusan angin dari syurga sampai naik beku ), cerita bertemu dengan maalaikat jibril tidak termasuk lagi bohong mereka pasal "Guru Ada dimana mana", tapi tak cukup handal lagi Mad Radhi tu sebab "Abu Ya" boleh berdialoq dengan Rasul Muhammad siap buat rakaman dalam bahasa melayu lagi ( tidak di ketahui pula yang Rasul Junjungan boleh berbahasa melayu, itu pun ada yang percaya ) tidak setaraf Mad Radhi dengan kehebatan 'Ayah Pin' dimana segala jin jin di batu cave pun tunduk dengan dia, jika Mad Radhi Islam kan sekor sahaja Jin tapi "Ayah Pin" menundukkan ramai jin jin di batu cave tu.apa punya turrr.

Pada 31 Jan 2007 juak juak ini telah mengadakan satu perjumpaan di Damansara tempat biasa mereka berhimpun, macam mana pihak MMK boleh biarkan mereka nih berhimpun? ooo lupa mereka sekarang bergerak dengan persatuan baru agaknya yerr, hati hati ye Mad Radhi jangan kantoi kali kedua nanti kes lama tak selesai kes baru pulak timbul. Didewan ini juga telah diadakan majlis pentauliahan jurulatih baru bagi sesi Hijrah 1428, pada 20 Jan 2007 hebat juga ucaptama Guru Hebat ini macam macam keluar dari mulutnya, dengan budak bawah umur tak berani pulak nak ajak berdebat, Hujungnya D9 datang jemput tak terkata pulak yer Guru Hebat.

Kini sumpah sudah menjadi maianan Guru Hebat ini kemana mana majlis yang dia pergi akan di mulakan dengan bersumpah " wau lahhi, wa taulahi, wa billahi" tanpa menyebut apa perkara yang disumpah kan itu, tak disebutpun " saya bersumpah tidak melakukan perbuatan meraba tetek , memicit kepala, menarik seluar si anu binti sianu" tidak juga dilakukan mengikut syarat bersumpah saperti yang di saran dan dinyatakan syarat bersumpah atau tata cara bersumpah saperti yang termaktub didalam kitab Al Quran surah "An-Nuur" dan juga surah "Al Maaidah" dan dua tiga surah yang lain, kan Pak Kaduk dah pesan jangan tunggu maklumat carilah maklumat jangan main dengar cakap sahaja. Diselatan tanah air semasa majlis pentauliahan tenaga pengajar juga dia bersumpah dan melakukan majlis ijazah, dengar cerita duit pengkeras diambil sekali terus tidak lagi mengikut tahap ijazah, ini bermakna penuntut dikehendaki membayar yuran belajar sekali gus, asas, potong dan tamat. isk isk kalau budak tu tak tamat macam mana? atau tidak sampai tahap ijazah potong macamana? tidak kah ini dikira haram? mengambil hak yang bukan hak? sebabkan sumpah itulah Mad Radhi dijemput oleh D9 sekembalinya ke Kuala Lumpur,kan dah jadi sumpah sumpah. Orang jika bijak beragama tidak akan berani bermain dengan sumpah bersumpah ini, bekas Perdana Menteri yang dipecat juga pernah bersumpah tetapi sekadar 3 kali sahaja Pertama dirumah nya kedua di anjung Masjid Negara dan ketiga di stadium Kota Baru Kelantan (minta maaf lupa nama stadium tu dah lama tak ikut perkembangan bola sepak tanah air).Tetapi Guru Hebat ini bersumpah dah jadi macam maianan sahaja. saperti kata ramai "dah tumbuh bulu agaknya lidah Guru Hebat ini".Ramai jurulatih yang turut 'kantoi' sama, hanya kerana bersumpah ini jangan sampai kita sendiri jadi sumpah sumpah sudah, sahingga tidak tahu di mana akal dimana yang Magik, agaknya kalau Mad Radhi minum BEER dengan baca bismillah di kira halal agaknya yerr.

Beginilah jalan hidup Guru Hebat ini di hujung hidupnya, jika dilihat tidak lari sebanyak sedikit dengan cerita yang telah menjadi sejarah Ishak Hitam,Kita berjaya hindarkan dan boleh menolak Isyak Hitam kerana fahaman songsangnya dan berharap pengantinya dari 'keturunan Hanafi' yang di angkat sebagai "wali wali" bertaraf nabi oleh juak juak nya untuk meneruskan perjuangan Almarhum Ustaz Hanafi tapi yang betul menjadi adalah "Mad Radhi mengkianati perjuangan yang diamanahkan pada nya" berak mereta tempat orang lain di busukkan, sekarang pepandailah Tuan Guru nih sapu balik taik taik tu sendiri dengan pengikut pengikut yang kasih tahap ta'sub Tuan Guru.

Hari ini hari Jumaat, jangan lupa pesan Pak Kaduk. Jangan beli goreng pisang dan jangan minum air Oren yerr...

Read more...