Apakah kata-kata Mak Teh di mesyuarat MMT?

2006/11/20

Setelah lama mencuba dan melobi, akhirnya Pak Kaduk telah mendapat pita rakaman mesyuarat MMT yang telah di adakan pada 17 September 2006 di De’ Palma Hotel, Ampang. Pak Kaduk sebenarnya ingin sangat mendengar butir-butir perbincangan yang telah berlaku dan apakah kata-kata kesat yang telah dikeluarkan oleh Mak Teh terhadap orang-orang lama anak didik Al-Marhum Ustaz Hanafi Hj Ahmad. Kata-kata tersebut telah menukar senario keseluruhan pergerakan Silat Cekak Hanafi dan telah melukakan hati orang-orang lama dalam pergerakan ini sehingga membuatkan mereka meletak jawatan dan tidak mahu terlibat lagi dengan pergerakan ini. Mereka amat kecewa dan malu dengan kata-kata isteri Al-Marhum Ustaz Hanafi ini yang selama ini mereka hormat dan kasih.

Selepas kata-kata tersebut di keluarkan, segala-galanya telah hancur dan mereka tidak mahu dikaitkan lagi dengan pergerakan Silat Cekak Hanafi dan juga dengan keluarga Ustaz Hanafi. Malah Mak Teh sendiri yang telah membuang orang-orang ini berdasarkan kata-kata yang dihamburkan pada mesyuarat MMT tersebut. Tetapi, ada juga sebahagian orang lama yang tidak mengambil hati sangat di atas kata-kata tersebut dengan alasan Mak Teh sebenarnya tertekan. Kita sendiri pun jika menghadapi keadaan demikian akan menjadi tidak tenteram, kata mereka. Inikan pula Mak Teh yang sudah tua dan nak mati esok lusa. Pada mereka, Mak Teh sebenarnya bukan begitu perangainya. Mereka kenal Mak Teh. Mak Teh pada hari tersebut adalah individu yang lain pada pandangan mereka. Mak Teh yang asal tidak menghamburkan kata-kata kesat kepada anak-anak murid Ustaz Hanafi sebegitu rupa. Sampai begitu sekali orang-orang lama ini hendak ‘cover’ orang tua nyanyuk ini. (Pak Kaduk nak tanya, Mak Teh masih lagi menerima elaun bulanan dari Tabung Amanah sebanyak RM2,000.00 ke atau sudah dihentikan pembayaran? Bagaimana bulanan ansuran kereta Waja sebanyak RM 700++ yang dipakai sekarang? Masih lagi dibayar oleh Tabung Amanah ke? Tak malu ke Mak Teh selepas memaki hamun dan membuang orang-orang lama ini, masih menerima elaun dan bayaran bulanan kereta atas ehsan orang-orang ini? Pada pandangan Pak Kaduk, keluarga Ustaz Hanafi ini sememangnya tidak mempunyai maruah dan tidak mempunyai rasa malu lagi! Walaubagaimanapun, Pak Kaduk percaya, selagi ada orang-orang lama ini, Mak Teh akan menerima elaun bulanan seperti mana janji mereka kepada Al-Marhum Ustaz Hanafi untuk menjaga Mak Teh dan anak-anak Ustaz Hanafi, percayalah cakap Pak Kaduk ini).

Pak Kaduk telah mendengar keseluruhan pita rakaman ini dan juga telah merujuk dengan dua orang lama ahli MMT untuk mendapatkan kepastian tentang perkara-perkara yang diucapkan oleh Mak Teh dan kepada siapa ucapan-ucapan tertentu ditujukan. Ini kerana ada sebahagian kata-kata Mak Teh ini, kalau hanya didengar dari pita rakaman, tidak diketahui kepada siapa kata-kata tersebut ditujukan. Oleh itu orang yang paling sesuai dirujuk adalah mereka-mereka yang hadir pada hari tersebut untuk memberi maklumat tambahan kepada Pak Kaduk. Keseluruhan butir-butir terperinci akan Pak Kaduk siarkan untuk tatapan umum bila berkesempatan, namun pada kali ini, Pak Kaduk merasakan bahawa kata-kata seorang ibu mithali ini yang lebih penting untuk disiarkan. Biarlah orang ramai menilai apakah keperibadian seorang manusia yang dikatakan berperibadi ‘elok’ ini. Biarlah kita memikirkan apakah sebenarnya masalah yang melanda pergerakan kita sehingga menjadi hancur berkecai seperti sekarang ini. Angkara siapakah yang sebenarnya?

Pak Kaduk akan memaparkan transkripsi penuh kata-kata Mak Teh ini. Cuba renungi kata-kata tersebut dan kita kaji dengan mendalam apa maksud yang tersurat serta tersirat untuk kita jadikan sebagai panduan. Untuk makluman semua, kata-kata Mak Teh yang kesat ini keluar apabila Mak Teh tidak puas hati dengan Encik Shafie Latif yang memberi komen bahawa sumpah pertama yang dibuat oleh Mad Radhi Hj Hanafi tidak lengkap dan meminta untuk bersumpah untuk kali kedua. Dan kemudian Mad Radhi terpaksa bersumpah sekali lagi tetapi kali ini tidak bersumpah dengan Al-Quran kerana tidak naskah Al-Quran pada masa tersebut kerana telah dibawa balik oleh Dr Ahmad Nizam yang telah pulang lebih awal. Inilah perkataan yang dilafazkan oleh Mad Radhi:

‘Bismillahhirrahmannirrahim, Wallahhi, Wabillahhi, Wata’alahi,
Saya tidak pernah melakukan perkara ini’
(Mad Radhi tidak menghurai atau menerangkan apa yang beliau maksudkan
dengan ‘perkara ini’ seperti yang disebut dalam 'sumpah' beliau itu.)

Apabila selesai sahaja Mad Radhi bersumpah seperti yang disebut di atas, lantas Mak Teh segera menyampuk dengan kata-kata berikut:

“Tak percaya lagi ka…aaa? Sampai Mad macam tu punya cakap, tak boleh percaya lagi?
Ni mak dia ada tau!!!! Aaaa…. Semua orang dengar lah… Berapa puloh kali nak ulang benda tu ? Ni ibu dia dok ada TAAAUUUUU!!! (menjerit dengan kuat seperti orang yang hilang akal dan seorang perempuan tua yang sedang histeria)

Sampai berapa puloh kali nak kena bersumpah??????….Dah sumpah cukup lahhhhhhhhhh!!!!!!!! Kalu suka ambik anak Mak Teh , KALAU TAK SUKA PAKAT KELUAR DARI PERSATUAN NI!!!!!!! (Dia ingat persatuan bapak dia punya, senang-senang boleh suruh orang keluar!)

Tak habih-habih ka ???? Hormat lah orang tua ni!!!! (dia ingat dia seorang saja yang kena hormat, orang lain tak payah hormat? Orang macam ni memang patut diketepi selama-lamanya!)

Dah Quran tadi dah tunjuk dah, tak percaya lagi kepada tuhan???? Awat alim sampai tara mana????? Semua ni cakap ja!!! Bagi puas hati semua!!!!! Lagi tak puas hati gamak jadi macam tu!!!! Sudah…. Mak Teh nak bercakap hari ni….. Kalau tak nak, tak pa, kalau tak nak kat kami, KELUAR DARI PERSATUAN !!!! (Lagi sekali dia cakap macam ni… dia ingat persatuan ni keluarga tok nenek dia yang punya!!!)

Mak Teh lama dah dok tahan …. Semua pakat dok merayu kat Mak Teh hari tu… Apa sudah jadi, macam ni ke? Nasir pergi, ….Am pergi , Kamarul pergi (Tn Hj Md Nasir, Tn Hj Amruddin dan Tn Hj Kamarul) nak buat menyelesaikan. Apa buat menyelesai? Lagi teruk!!! Mak Teh tak larat nak tanggung dah. ( Tau pun, ini semua angkara anak engkau yang kaki penipu dan kaki menjilat!)

Mak Teh dah tua, semua ni semua anak murid ustaz (Ustaz Hanafi), yang ni sahaja bukan anak murid Ustaz. DUA EKOR NI!!!!!! (sambil menunjukkan kepada Sdra Ramli Rahman dan Azlan Shah)…. Anak murid Mad.!
(Orang tua nyanyuk ni mungkin tak tahu, Ramli Rahman ijazah silat dengan Ustaz Hanafi dan Azlan Shah ijazah silat dengan Ishak Itam, jadi kedua-dua mereka bukan ijazah dengan Mad Radhi dan bukan anak murid Mad Radhi!).

Yang ni semua anak murid Ustaz,(merujuk kepada ahli MMT yang lain), jagalah Mak Teh sama…… Mak Teh dah TUAAAAAAA!
(Tahu pun dah tua, apa yang nak dikecoh-kecohkan. Anak awak dah pergi jilat anak dara orang takkan nak duduk diam! Kalau Ustaz Hanafi ada lagi mampus kau orang dikerjakan!)

Hampa dok cakap kena pada sapa???? Aku dah tak tahan dah.. AKU MEMANG KURANG AJAR SEKARANG!!!!! Hampa kurang ajar dengan aku sangat.. Sampai berapa puloh kali dah, angkat menyumpah, angkat yang nun , angkat yang ni…. Awat tak panggil perempuan tu mai sumpah depan ni? Yang suruh Mad seorang saja. ITU ANAK MAK TEH LAH……. Hampa pun ada anak. Hampa manusia, hampa tak bertimbang rasa ka ni orang tua dok ada? Tak habis-habis.… Menyumpah Quran…menyumpah Quran. Nak sumpah berapa ratus kali? Quran boleh buat main-main ka? (Orang tua patut tahu bahawa anak dia yang suka jilat seorang ni lah yang buat main-main dengan Al-Quran sebenarnya).
Boleh kah buat bohong atas Quran? Che Yusof ada (Che Yusof Che Mat), ni orang pandai ugama . Berapa puluh kali nak sumpah? Nak menyumpah cukup…… Nanti aku punggai (baling) habis gelas-gelas ni. (gelas tersebut berada di atas meja di hadapan orang tua ni).
Tak paham dok had ni…. Hampa dok buat apa lagi? Menyiasat ….bercerita sungguh-sungguh. MENYIASAT KEPALA BAPAK HAMPA APA? Menyiasat sana, menyiasat sini, pi cerita kat orang sana , cerita kat orang di sini. Ni yang ni ulang pi (sambil menunjuk kepada Azlan) , jumpa Jee (Jamaluddin), jumpa orang nu…, dengan Daud. Pelaga (mengadu domba) anak beranak kami . Awat yang buat macam tu? Ramli…apa bini dia tak buat kat aku? Aku pernahkah cerita Ramli dekat hang ?(sambil melihat ke arah Ramli). Jangan duduk memburukkan anak Mak Teh . ANAK MAK TEHHHHHH!!!! Aku burukkan anak-anak Mak Teh. Hampa buat kat Mak Teh . KURANG AJAR HAMPA. Tak habis-habis ulang yang tu…. tak habis-habis berulang yang tu. Ambik Quran…..ambik Quran. Berapa puloh kali? Sekali cukup lah . Tu pun tak percaya kat Quran? BINATANGGGG….. Bila nak menyelesai jadi guru?

Kalau dah tak berkenan (tak suka), hampa berhenti, hampa keluar…BIARLAH KAMI BUAT SILAT NI . Apa yang nak susah? Dah tak berkenan (tak suka), MAD TU JAHAT, MAD TU KAKI BETINA, MAD PENYANGAK. Semua dalam ni Mak Teh tau perut pakai tak berkenan dekat Mad. Tak puas hati . Apa tak habis-habis ni…..? Nak mesyuarat pasal guru….., gurulah. Nasir (Tn Hj Md Nasir) hari tu pergi dengan Am (Amruddin), ….. Kamarul….Am pergi…. Dak, tak pa Mak Teh, benda ni kami buat selesai. Mak Teh jangan susah hati. Apa buat selesai? Bagi menyakit hati lagi ada……

Hari kenduri rumah Mak Teh tu , hampa boleh perjatuh Mad . Dah tu Ustaz meninggal tau…. JANGANLAH KURANG AJAR SANGATTTT! Orang tua ni dok ada lagi. Hari tu jugak nak buat mesyuarat. Tak boleh ka tempoh dulu? Ni apa ni? Macam ni ka Ustaz ajar?

KALAU TANG ANAK AKU HAMPA NAMPAK ….pasai aku tak ajar benda ni. AKU HARI NI APA NAK JADI PUN JADILAH….. Tak larat nak tanggung dah… Sekarang macam-macam dengar. Dengan telefon ni…. Message macam-macam ada. Macam-macam mencarut apa dia? Rumah Mak Teh lah…. JANGAN PAKAT JADI KURANG AJAR SANGAT!!!!!!! Kalau tak mau , buat cara tak mau. Aku nak balik dahhhhh……'

(Kata-kata orang tua nyanyuk ini berhenti di situ dan mesyuarat diteruskan dengan pengundian terbuka untuk mengundi kedudukan guru)

Berdasarkan kata-kata yang dihamburkan oleh Mak Teh, beberapa perkara berikut harus beri perhatian sebagai maksud yang disebutkan:

1- Mad Radhi adalah anak Mak Teh, oleh itu apa-apa perbuatan dan kesalahan yang dilakukan TIDAK BOLEH diambil tindakan.
2- Sumpah dengan Al-Quran jangan dibuat MAIN-MAIN.
3- Jika ahli persatuan serta jawatankuasa yang ada tidak suka kepada Mad Radhi, mereka semua hendaklah BERHENTI DAN KELUAR dari persatuan dan silat.
4- Keluarga Ustaz Hanafi boleh menggerakkan silat ini TANPA BANTUAN ORANG LAIN.
5- Mad Radhi seorang yang JAHAT, seorang KAKI BETINA dan seorang PENYANGAK.
6- Orang-orang lama KURANG AJAR.
7- Mak Teh juga mengaku dia seorang yang KURANG AJAR

Mari kita kaji kata-kata yang telah dikeluarkan oleh Mak Teh ini, beliau berkata Mad Radhi adalah anak beliau , anak Ustaz Hanafi, maka tidak patut diperlakukan sebegitu rupa. Ini bermakna bahawa beliau tidak kisah kalau di ambil tindakan terhadap Mad Radhi kalau Mad Radhi bukan anak beliau. Tetapi disebabkan Mad Radhi adalah anak beliau, maka tindakan tersebut adalah dianggap tidak wajar, tidak boleh diterima dan sangat kurang ajar. Ooooo....Sekarang barulah Pak Kaduk tahu bahawa sebab utama Mak Teh dan ahli keluarga Ustaz Hanafi menyokong untuk menjatuhkan Ishak Itam pada tahun 1993 adalah kerana Pak Ak hanya seorang Guru Utama Silat Cekak sahaja tetapi bukan sebagai anak kepada Mak Teh ataupun Ustaz Hanafi. Oleh itu Pak Ak ‘halal’ untuk dijatuhkan dari tahta. Pak Ak boleh diambil tindakan. Pak Ak tiada kekebalan dan tiada keistimewaan. Sebaliknya Mad radhi ada kekebalan. Apakah kekebalan Mad Radhi? Kalau Mad Radhi sekadar Guru Utama tetapi bukan anak kepada Mak Teh, maka Mad Radhi tiada kekebalan. Walaubagaimanapun, disebabkan Mad Radhi adalah sebagai Guru Utama dan pada masa yang sama adalah anak Mak Teh , maka beliau ada ‘imuniti’ iaitu satu kekebalan yang tidak ada pada Pak Ak. Maka Mad Radhi ‘boleh’ melakukan kesalahan dengan tiada tindakan disiplin yang boleh diambil terhadap beliau. Mad Radhi juga boleh buat apa yang dia suka hanya kerana dia anak Mak Teh!
Hebat sungguh tahap pengajian keluarga Ustaz Hanafi ini. Pegangan atau Mahzhab mana mereka pakai ni. Mereka tidak baca sejarah ke bagaimana seorang Khalifah Islam yang pada masa beliau memerintah , anak beliau sendiri didapati melakukan kesalahan zina, maka telah diambil tindakan mengikut hukum Islam. Itu terjadi terhadap anak seorang Khalifah Islam, masih boleh diambil tindakan. Mad Radhi ini anak siapa? ANAK MAK TEH!!!!!!, Lebih hebat ke anak Mak Teh ini dari anak Khalifah Islam? Mungkin hebatlah kot sampai tak boleh disentuh atau diapa-apakan. Yang Mad Radhi pergi sentuh dan cabul anak dara orang tak apa pulak! Pada pandangan Pak Kaduk, mereka ini bukan buta sejarah ataupun tidak tahu, tetapi pura-pura lupa mengenai sejarah tersebut dan hanya memikir tentang keluarga mereka sahaja. Kalau orang lain, mampus diganyang sampai lumat. Tetapi kalau kena kepada batang hidung sendiri, apa-apa kesalahan pun tidak menjadi masalah. Itulah pandangan Mak Teh dan Keluarga Ustaz Hanafi.

Perkara kedua yang disebutkan adalah tentang bersumpah dengan Al-Quran bukan satu perkara yang boleh dibuat main. Dalam perkara ini, Mak Teh amat mengetahui kesannya kalau mempermainkan kitab suci Al-Quran. Beliau amat risau dan kecut perut jika sesuatu terjadi kepada anak beliau iaitu Mad Radhi. Jadi ‘trick’ Mak Teh sengaja membuat kecoh semasa mesyuarat MMT tersebut supaya Mad Radhi tidak perlu bersumpah dengan Al-Quran. Inilah sebenarnya ‘trick’ Mak Teh. Beliau amat mengetahui bahawa anak beliau yang ‘hitam sekor’ ini memangnya mempunyai ‘bakat’ terhadap perkara-perkara yang dituduh itu. Beliau amat tahu…. Dan bila Mad Radhi masih dipaksa bersumpah dengan Al-Quran, maka beliau menjadi amat takut bahana menimpa. Itulah cerita disebalik kenapa Mak Teh menjadi histeria semasa mesyuarat MMT itu. Untuk mengelak Mad Radhi dari bersumpah dengan Al-Quran untuk kali kedua.

Perkara ketiga yang disentuh oleh MT (Mak Teh) ialah supaya orang yang tidak suka anak beliau supaya berhenti dan meletak jawatan dari persatuan serta jangan membuat kacau. Ini satu kenyataan yang amat ANGKUH dan LUPA DIRI. Ada ke patut orang bersalah dibiarkan meneruskan tugas sebagai guru, manakala orang yang tidak bersalah di suruh meletak jawatan. Mana sekolah yang orang tua ni pergi belajar? Sepatutnya beliau perlu bagitahu Mad Radhi supaya meletak jawatan Presiden dan Guru Utama dan keluar dari persatuan. Ini tidak , terbalik jadinya!
Pada pandangan Pak kaduk, perbuatan seperti ini tidak perlu dihairankan sangat kerana anak-beranak mereka ini semuanya memang 'haru'. Orang lain punya salah dia orang nampak, tetapi sendiri punya salah haram tidak disebut. Ini sama lah kes YDP Pahang si Alam Shah dengan sengaja melanggar kereta sdra Fadli, dan apabila sdra Fadli membuat laporan polis, yang kena saman sdra Fadli, bukannya saudara Alam Shah. Dalam hal ini , kita tahu bahawa DSP Mohd Raus Ab Wahab yang bertugas di Ibupejabat Polis Kuantan memainkan peranan bagi memutarkan fakta dan menggunakan pengaruh dan kedudukan beliau untuk mengenakan sdra Fadli. Si Alam Shah yang melanggar itu tidak pula menerima apa-apa saman. Inikah yang dikatakan keadilan oleh pihak Keluarga Ustaz Hanafi dan pengikut-pengikutnya? Tetapi sekarang Pak Kaduk nak bagitau pada DSP Mohd Raus Ab Wahab bahawa langit tidak akan selalu cerah lagi... Nama tuan Raus ini telah dibuat laporan dengan Bahagian Tatatertib Ibupejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur kerana mengganggu proses penyiasatan polis. Dan jika dibuktikan beliau terlibat, barulah beliau tahu tinggi rendahnya langit itu. Beliau sendiri akan tahu apa kesudahan hidup beliau nanti….

Perkara keempat yang disebut oleh Mak Teh ialah tentang keluarga Ustaz boleh teruskan silat ini tanpa sokongan dan bantuan orang lain. Yang ni malas Pak Kaduk nak komen ni. Hanya yang boleh Pak Kaduk katakan ialah PIRRAHHHHHHHHHHHH……….. cakap saja besar, tapi hati kecik! Kalau tak ada orang-orang lama yang selama ini berjuang bertungkus-lumus untuk mengembangkan silat ini, Mak Teh dengan anak-anak dia akan menjadi seperti ‘melukut di tepi gantang’ sebenarnya. Tidak akan ada apa-apa. Inikan pula nak buat silat oleh ahli-ahli keluarga sahaja. Jangan buat lawak bodo lah Mak Teh oooiiiii.

Perkara kelima yang disebut ialah bahawa Mad Radhi seorang yang JAHAT, KAKI BETINA dan PENYANGAK. Kalau dah Mak Teh sendiri cakap macam tu, apa lagi yang Pak Kaduk nak komen….. Memang betullah tu dan Pak Kaduk sokong dengan kenyataan tersebut. Inilah yang Pak Kaduk katakan bahawa Mak Teh memang kenal siapa sebenarnya Mad Radhi ini. Dia tahu Mad Radhi buat kerja tak senonoh, sebab itu dia tak mahu Mad Radhi bersumpah dengan Al-Quran. Dia amat takut bencana menimpa ke atas Mad Radhi. Tapi nak buat macam mana Mak Teh ooiiii…., bukan saja bencana, ribut taufan dan hali lintar serta puting beliung dah nak melanda dah. Tunggu saja lah…..

Perkara yang keenam dan ketujuh adalah tentang orang lama yang dikatakan kurang ajar. Pada masa yang sama dia sendiri mengaku dia juga kurang ajar. Yang ini malas juga Pak Kaduk nak komen. Sendiri mau ingat, kalau awak tu dah kurang ajar dan orang lain kurang ajar juga, itu baru seri namanya. Tak ada lebih dan tak ada kurangnya. Tetapi harus diingat, kurang ajar orang lama, masih ada adab dan hormat pada Mak Teh. Mereka tidak pernah panggil Mak Teh sebagai JALANG atau pun PEREMPUAN TUA GILA seperti mana yang Mak Teh panggil mereka BINATANG!. Dalam hal ini adakah mereka atau Mak Teh yang kurang ajar? Ataupun Mak Teh ini terlebih ajar……? Pak Kaduk tak berapa tahu sebab Pak Kaduk tak belajar bab-bab ni…


Pak Kaduk – Kerana Pulut Santan Binasa, Kerana Mulut Badan Binasa .

Read more...

12 tahun berlalu..

Kalau di congak dari kes mula berlaku, mungkin ada awalan lagi yang kita tak tahu sahinggalah perlakuan terbaru yang didedahkan dan menjadi bahan kes, sudah hampir 12 tahun berlalu rupanya, tidak kah kita tertanya didalam jemala akal didalam tempoh itu adakah hanya ini sahaja yang terjadi? kalau di congakkan pula majlis majlis yang melibatkan mandi tak kiralah "mandi potong" atau "mandi tamat" nih rasanya tak terkira banyaknya dalam tempoh 12 tahun. Entah berapa ramai yang 'ada' saka kita pun tak tahu, entah berapa ramai yang kena sampok dek jembalang yang perlu di pulihkan pun kita tak tahu yang tahu hanya "Tuan Guru" pakar segala pakar. Almaklumlah di zaman Tuan Guru sekarang ramai yang mudah disampok dek jembalang, lemah jiwa agaknya anak murid zaman Mad Radhi hari ini.

Kembali 10 tahun kebelakang, teringat akan Pak kaduk satu kejadian yang melibatkan seorang Pengerusi Biro yang akhirnya meletakkan jawatannya kerana tingkah laku dan lagak sombongnya "Tuan Guru" ini dan seterusnya meninggalkan terus Silat Cekak Hanafi. Mengenang kembali kisah yang lalu ini ,Hapir 3 Jam Sahabat ini menceritakan apa yang terjadi dan mengapa beliau mengambil tindakan nekat sedemikian dan beliau sendiri faham apa kah celaan yang akan beliau terima. Teringatlah akan Pak Kaduk kata kata sahabat ini " aku tinggalkan persatuan bukan kerana tak sayang silat ini, silat ini bagus tapi Mad Radhi tu yang tak bagus sombong tak tentu pasal,aku marah dia sebagai Mad Radhi bukan sebagai Guru Utama, kalau sebagai Guru Utama perangai dia macam tu juga , kau percayalah tak lama" ini lah kata kata yang masih teriang iang di jemala Pak Kaduk. Maka benarlah telahan sahabat tadi dan menjadi kenyataan pada hari ini, pada ketika itu Pak Kaduk hanya mendengar sahaja luahan hatinya kerana pada ketika itu ahli ahli lama dan baru sedang bersama menaikkan nama silat cekak melalui Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia yang baru sahaja di daftarkan. Didalam perbualan di bangkitkan juga cerita mengapa orang orang Cekak Malaysia tidak boleh menerima Mad Radhi sebagai Guru Utama, diceritakan juga perangai anak anak Almarhum Ustaz Hanafi ini sama saperti apa yang Pak Kaduk alami, saperti di awalan tadi Pak Kaduk hanya boleh bersimpati sahaja kepada sahabat ini, paham paham sahajalah ketika itu dimana semua ahli di minta memberikan taat setia kepada Guru Utama, Jika melakukan sesuatu yang boleh mencemarkan nama "Yang Mulia" walaupun dengan kebenaran alamat kena pulau seumur hiduplah agaknya.

Kembali kita berfikir sejenak, jarak diantara kes dan mangsa pertama pada tahun 1994 dan mangsa terkini 2006 yang menyebabkan Mad Radhi tersungkur dipintu syurga,kalau Allah nak tunjuk, pasti akan terjadi bila tiba masanya,telah berlaku sejak 12 tahun lalu, tidak kah terfikir dijemala kita bahawa ada nya lagi "mangsa mangsa" yang telah diperlakukan perkara yang sama sedemikian tetapi tidak mahu tampil kedepan, tahu tahu mereka mereka ini telah tinggalkan Silat Cekak Hanafi dengan pelbagai alasan. Fikir fikirkan lah perkara ini, tanya tanyakan lah anak anak dara sunti kita, adik adik jelita kita yang dah tak mahu lagi aktif atau teruskan 'bersilat' entah entah mereka pun terbabit sama, disebabkan malu mereka mengundurkan diri, cuba cuba lah bertanya, tak salah bertanyakan?.
Kalau pembaca masih ingat , ada seketika dulu Pak Kaduk kabarkan yang Mad Radhi dah mula buat buat lupa membayar duit pinjaman bank beli rumah di Melawati tu, Alhamdullilah duit itu telah pun di masukkan kedalam bank mungkin dari berita yang Pak Kaduk dedahkan kalau tidak harus juga terlupa, tetapi alasan yang di berikan tu yang membuat kan Pak Kaduk rasa nak gelak, tak salah rasanya Pak Kaduk dedahkan hari ini alasan yang diberi, pada rakan rakan Pak Kaduk tak terkejut pun dengan ceriata terbaru ini tetapi pada juak juak Mad Radhi yang tak ada isu itu mungkin akan membuat pelbagai alasan hujung nya mereka akan kata ini fitnah dari Pak Kaduk, apa punya turrr..

"minta maaf terlewat sedikit sebab saya baru balik dari DUBAI" ini lah alasan yang diberikan di atas kelewatan bayaran tersebut. Sahabat Pak Kaduk ini pun cuba membuat pengesahan dengan bertanya kepada beberapa rakan sahabat yang lain " benarkah YM baru balik dari Dubai?" Pak Kaduk tidak mahu sertakan jawapan dari rakan rakan Pak Kaduk biarlah juak juak tu yang jawab kalau boleh tunjukan sekali salinan chop pasport Mad Radhi yang mengatakan pergi ke Dubai tu benar, entah entah ke DUMAI, tahu ke juak juak tu DUMAI tu dimana?. Jika tiada, sah lah Mad Radhi BERBOHONG lagi, kalau ini pun juak juak masih jua pertahankan, Pak Kaduk tak tahu nak kata apa lagi, teruskanlah menyokong , sokonglah jangan sampai ke rebah, taat dan setialah jangan sampai penghujung walaupun terkena batang hidung.

Kesian Pak Kaduk terhadap rakan Pak Kaduk ini yang hidupnya dulu tidak pernah di hujani dengan surat surat amaran dari Pihak Bank,boleh dikatakan rakan Pak Kaduk ini bersih nama dengan pihak bank tetapi sekarang dah jadi lain angkara Mad Radhi guru tersohor @ Harimau Belantara.

Dengar kabar sekarang ini juak juak Mad Radhi sedang rancak berkempen keserata alam,termasuk lah ke Sabah dan Serawak dengan mengatakan kepada yang mendengar ceramah mereka " mereka ini 'neutral'" nak gelak pun ada bila mendengar perkhabaran ini dan Mad Radhi pun rancak juga dengan majlis 'ijazah'nya, jika dulu Mad Radhi mengatakan Pak Ak makan duit haram hasil majlis ijazah nya tapi kini apa sudah jadi?

Pak Kaduk ingin menyampaikan kata kata ahli ahli lama "Kamu ingat kami ini boleh jadi nyanyok dengan tiba tiba, boleh hilang ingatan secara beramai ramai serentak ?."

Pada juak juak Mad Radhi yang dah tersedar dan mula tidak 'neutral' mungkin akan tersenyum bila mendengar kata kata tersebut.

Ok lah Pak Kaduk berhenti disini dulu, ada masa Pak Kaduk akan menulis lagi maklum lah sekarang ini agak kesibukkan dengan tugas dan Pak kaduk pun sedang menanti jawapan dari pihak JAKIM dan JAIS dengan beberapa soalan yang di kemukakan bersangkutan dengan tindak tanduk dan amalan amalan baru yang di perkenalkan oleh Guru tersohor ini.

"Dua tiga kucing berlari, Mana nak sama si kucing belang, Kesian sungguh nasib Mad Radhi, Hujung hidupnya lintang pukang."

Read more...