TIADA ESOK BAGIMU!

2007/03/12

Semasa Pak Kaduk menulis artikel ini, sedar tak sedar, telah setahun rupanya peristiwa pencabul sensasi abad ini yang dilakukan oleh mantan Guru Utama yang kononnya hebat dari segala segi. Dalam diam tak diam juga, peristiwa yang berlaku setahun lalu rupanya meragut kewibawaan banyak insan dan mengheret ramai orang yang tidak berdosa kekancah yang memalukan ciptaan mantan Guru Utama ini.

Sejarah telah merakamkan bahawa Mantan Guru Utama ini menjadi pencipta sejarah kerana gugur dengan penuh kehinaan dan membawa gelaran sebagai Pencabul Sensasi Abad Ini! Mantan Guru Utama ini setahun yang lalu merupakan seorang manusia yang amat berkuasa di dalam persilatan yang dia menjadi guru, tiba-tiba kehilangan kedudukan dan tahta serta jatuh dengan cara yang amat memalukan. Perumpamaan seperti ‘seekor kerbau membawa lumpur, habis semuanya terpalit’ sangat relevan dengan kelakuan dan tindak-tanduk mantan Guru Utama ini. Mana tidaknya, oleh kerana tindakan yang tidak menggunakan otak itu dan nafsu serakah yang buas itu, beliau telah memalukan seluruh masyarakat silat di negara ini terutamanya para guru-guru silat yang banyak berjasa. Beliau juga memalukan pergerakan Silat Cekak Hanafi dengan tindakan yang bodoh itu. Beliau turut memalukan semua para pendokong utama serta para penyokong yang setia serta keluarga beliau sendiri. Beliau memalukan keluarga Ustaz Hanafi dan yang paling tragisnya, beliau telah menghina jawatan Guru Utama Silat Cekak dengan perbuatan beliau yang amat tidak bertanggungjawab dan amat dangkal itu.

Tindakan beliau yang mengalihkan perhatian kepada orang-orang lama yang kononnya orang lama sebagai dalang untuk menjatuhkan beliau amat tidak bertanggungjawab dan sangat tidak berpatutan. Orang-orang lama ini telah menjadi pendokong silat ini sejak mantan Guru Utama sendiri pada waktu itu masih kanak-kanak yang tidak kenal erti silat dan perjuangan. Perbuatan memburukan orang-orang lama ini adalah usaha terdesak yang nyata untuk melepaskan diri dari mendapat malu yang amat sangat. Kemudian beliau memburuk-burukkan pula peribadi orang-orang yang berada disekeliling beliau yang turut berkorban untuk pergerakan Silat Cekak dan yang terakhir dalam usaha keji beliau apabila beliau masih menjalankan pengijazahan persilatan dan mengaku sebagai Guru Utama walaupun telah diambil tindakan penggantungan keahlian.

Pengajaran dan iktibar


Susulan dari urutan peristiwa yang berlaku setahun lalu, banyak kenangan pahit manis dan juga pengajaran yang boleh kita jadikan renungan dan iktibar. Pertama, kita tidak boleh menaruh kepercayaan yang berlebihan kepada sesama manusia walaupun kononnya kita kenal luar dan dalam. Kedua, sanjungan kepada manusia secara berlebihan sebenarnya amat merbahaya kerana boleh menyebabkan seseorang itu hilang pertimbangan sehingga mendorong seseorang itu melakukan perkara-perkara yang diluar jangkaan. Ketiga, kita dituntut untuk menuntut ilmu untuk mengenal mana yang baik dan mana yang buruk serta mana yang songsang supaya kita tidak mudah diperdayakan oleh orang-orang yang berlakon kononnya merupakan orang-orang yang terpilih dan mulia di sisi Allah swt. Keempat, jangan mudah percaya kepada keluarga Ustaz Hanafi sebagai keluarga yang terpilih walaupun Ustaz Hanafi itu sendiri adalah seorang manusia yang hebat. Ilmu ketuhanan yang ada pada Ustaz Hanafi bukanlah boleh diwarisi oleh anak-anak. Oleh itu anak-anak Ustaz Hanafi tidak boleh berbangga diri dan dengan bongkaknya menyatakan mereka adalah orang-orang yang terpilih dan adalah ahli Syurga seperti mana yang di nyatakan oleh mantan Guru Utama pada perjumpaan tenaga pengajaran tajaan juak-juak yang hilang pedoman pada 20 Januari 2007 yang lalu. Kelima, kita perlu tahu dan maklum bahawa silat ini bukannya silat keluarga dan tidak ada keterangan dan kesahihan untuk mereka mengatakan bahawa ‘silat ini adalah silat kami’ seperti mana yang dilafazkan oleh Mak Teh pada mesyuarat MMT pada bulan September tahun lalu. Kenyataan yang amat dangkal ini lahir dari hati yang bongkak dan busuk kerana masih mengaku kononnya mereka itu merupakan golongan yang terpilih dan berhak ke atas silat ini.

Bahana sumpah

Oleh kerana tindakan tidak cerdik mantan Guru Utama itu, beberapa peristiwa lain juga telah berlaku terhadap diri beliau sepanjang setahun yang lalu. Kita boleh buat sedikit senarai peristiwa tersebut yang boleh ditafsirkan yang beliau sebenarnya sedang dimakan sumpah yang beliau lafazkan.

Pertama, beliau diturunkan taraf dari Guru Utama kepada ahli biasa apabila dipanggil mengadap Jawatankuasa Penyiasat persatuan pada 4 Julai 2006. Beliau diasak dengan soalan-soalan yang bertubi-tubi sampai ke satu peringkat apabila diasak dengan hebat beliau telah hilang pertimbangan dan mula naik angin. Dalam hal ini, dari jawatan Guru Utama, beliau diturunkan pangkat menjadi orang yang disyaki atau orang tertuduh!

Kedua, beliau menjadi seorang yang tiada arah dan pengaruh apabila mengetahui bahawa keputusan Jawatankuasa Penghakiman tidak berpihak kepada beliau.

Ketiga, beliau menjadi seorang manusia yang bersalah dan telah diambil tindakan penggantungan keahlian oleh persatuan . Jadilah beliau sebagai seorang yang kehilangan tahta dan kuasa.

Keempat, beliau kemudiannya menjatuhkan lagi taraf beliau sebagai Guru Utama pada waktu itu apabila dipaksa hadir ke balai polis Cheras dan diberi amaran keras kerana tindakan samseng menampar anak murid. Jadilah beliau seorang mantan Guru Utama yang mempunyai rekod jenayah.

Kelima, setelah itu beliau dimalukan apabila siaran akhbar Harian Metro yang membawa tajuk ‘ Guru Silat Cabul’ pada bulan Oktober tahun 2006. Siaran akhbar tersebut telah meruntuhkan semangat juak-juak beliau yang selama ini menganggap dirinya kebal.

Keenam, seterusnya maruah beliau tercalar lagi apabila beliau telah ditahan oleh pihak polis di rumah persatuan Datuk Keramat atas tuduhan mencabul kehormatan. Satu negara digegarkan dengan peristiwa tersebut. Peristiwa itu juga telah menjatuhkan maruah dan status seorang guru ke tahap yang amat rendah sekali. Lanjutan itu beliau ditahan reman selama empat hari sebelum dihadapkan ke mahkamah pada 12 Februari 2007 atas tuduhan mencabul. Beliau dibebaskan dengan ikat jamin sebelum kes beliau dibicarakan. Jadi sekarang ini jadilah beliau seorang manusia yang mempunyai rekod jenayah sebagai seorang pencabul dan hanya menunggu masa untuk dibicarakan dan andainya didapati bersalah akan dikenakan hukuman penjara dan sebatan. Sungguh mengaibkan!

Ketujuh, peristiwa yang paling terkini adalah apabila berita pengantungan keahlian dan peristiwa pencabulan beliau disiarkan dalam majalah Seni Beladiri keluaran March 2007 yang memaparkan wajah beliau untuk tatapan semua. Kemana lagi hendak disorok muka mantan Guru Utama ini? Pak Kaduk sendiripun sesak nafas dibuatnya kalau memikirkan rentetan peristiwa yang berlaku itu apa lagi bagi diri mantan Guru Utama itu sendiri.

Apa lagi selepas ini?

Jadi selepas ini apa lagi nak berlaku? Perkhabaran yang Pak kaduk terima, ada beberapa peristiwa lagi yang akan berlaku terhadap mantan Guru Utama ini. Jika tidak dijaga betul-betul boleh jadi gila dibuatnya. Dan kata orang, jangan sampai nak lari pun dah tak cukup tanah sudahlah!

Harapan mantan Guru Utama untuk mempunyai hari esok yang cerah amat tipis sekali kalau dikaji dari senario sekarang ini. Kedudukan, maruah, gelaran dan sebagainya telah pun hilang dari genggaman, apa lagi yang nak berlaku selepas ini? Pak Kaduk tidak pasti, tetapi apa yang boleh Pak Kaduk katakan ialah wahai mantan Guru Utama, SUDAH TIADA ESOK BAGI MU!

Pak Kaduk – Kalau awal-awal lagi Mantan Guru Utama ini bekerjasama bukankah mudah. Maruah tidak tercalar, kehormatan diri masih terjaga! Tetapi kerana DEGIL dan EGO yang melimpah –ruah, inilah bahananya..

Read more...