BANI HANAFI YANG PUPUS - 2

2006/12/11

Pak Ak diijazahkan?

Ketika Pak Ak mengatakan bahawa beliau telah menerima pengijazahan daripada Ustaz Hanafi dan berjumpa dengan para pentadbir pusat dan keluarga Ustaz Hanafi untuk menuntut jawatan guru, tiada sesiapapun yang mempertikaikan keikhlasan beliau ataupun sesiapa yang membuat siasatan samada benar atau tidak yang beliau telah menerima mandat untuk menjadi guru. Atas dasar percaya jugalah Pak Ak telah diterima untuk meneruskan perjuangan yang telah dirintis oleh Ustaz Hanafi dan guru-guru sebelumnya. Walaubagaimanapun harus diingat bahawa proses penyerahan mandat perguruan yang berlaku SEBELUM era Ustaz Hanafi sudah tidak berlaku lagi SELEPAS Ustaz Hanafi meninggal dunia. Oleh sebab itu juga, Pak Ak tidak ada mandat untuk menjadi guru walaupun beliau menyatakan kononnya beliau telah menerima pengijazahan dari Ustaz Hanafi. Dan beliau tidak boleh menjadi guru jika tidak dengan persetujuan dan perlantikan oleh Majlis Permuafakatan Silat Cekak pada masa itu. Jika benar pengijazahan oleh Ustaz Hanafi adalah lesen untuk menjadi guru, kenapa selepas proses pengijazahan tersebut iaitu pada awal tahun 1986 itu (jika berlaku pun), Ustaz Hanafi masih meneruskan tugas menjadi guru? Kenapa beliau tidak berhenti dan membenarkan Ishak Itam menjalankan tugas guru? Jadi atas alasan tersebut, jika Ishak Itam mengatakan beliau mendapat mandat menjadi guru, tuntutan beliau itu adalah tidak benar dan boleh dipertikaikan. Pak Ak menjadi guru Silat Cekak hanya selepas di persetujui dan dilantik oleh Majlis Permuafakatan Silat Cekak, bukan atas perlantikan Ustaz Hanafi atau atas mandat yang diperolehi dari Ustaz Hanafi.

Mad Radhi juga diijazahkan oleh Ustaz Hanafi?

Kita juga telah diperdengarkan satu lagi kisah yang diriwayatkan oleh Mad Radhi bahawa beliau juga menerima pengijazahan dari Ustaz Hanafi. Cerita ialah kononnya peristiwa tersebut berlaku pada tahun 1983 bertempat di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang , Ustaz Hanafi telah mengijazahkan Mad Radhi. Pengijazahan tersebut dikatakan konon seperti mana Pak Hj Zain (Guru Ustaz Hanafi) mengijazahkan Ustaz Hanafi (ini untuk menceritakan kononnya Mad Radhi mendapatkan ijazah bab hakikat lah kot!). Dan Ustaz Hanafi juga kononnya berpesan kepada Mad Radhi supaya jangan bercerita kepada sesiapapun selagi Ustaz Hanafi masih hidup. Itu cerita yang kita dengar. Tetapi berapa ramai yang bertanya semaada cerita tersebut benar atau hanya rekaan? Siapakah pula yang menghebahkan cerita-cerita ini? Bukankah Mad Radhi dan juga Bani Hanafi sendiri yang menghebohkannya? Apakah tujuan cerita ini dihebahkan kalau bukan untuk mengangkat Mad Radhi dan mengambil alih jawatan Guru Utama dari Ishak Itam? Soalannya, bolehkah dipercayai cerita Mad Radhi ini? Agak rapuh dalilnya dan agak mengelirukan ceritanya. Kenapa dikatakan mengelirukan? Antara sebabnya adalah seperti berikut:

1- Peristiwa konon berlaku pengijazahan dikatakan berlaku di USM, Pulau Pinang pada tahun 1983 tetapi tidak ada saksi yang melihat peristiwa tersebut. Seperti yang dicanang oleh juak-juak Mad Radhi sekarang tentang peristiwa mencabul oleh Mad Radhi ini, mereka mengatakan tiada saksi yang melihat peristiwa tersebut. Oleh itu mereka mengatakan Mad Radhi tidak bersalah. Jadi peristiwa yang mengatakan Mad Radhi diijazahkan oleh Ustaz Hanafi ini sebenarnya juga tidak ada saksi yang boleh menyokong dakwaan tersebut. Jadi apakah benar berlaku pengijazahan tersebut? Pak Kaduk berpandangan cerita tersebut hanya rekaan Mad Radhi sahaja untuk mengambil alih jawatan guru dari Ishak Itam.

2- Jika benar peristiwa pengijazahan tersebut berlaku, apakah sebenarnya pengijazahan tersebut? Apakah benar pengijazahan itu merupakan lesen untuk menjadi guru? Dikatakan juga kononnya pengijazahan tersebut adalah seperti mana Ustaz Hanafi diijazahkan oleh Pak Hj Zain. Jika itu benar, pengijazahan itu bukanlah untuk menjadi guru silat. Ini kerana, ketika Pak Hj Zain mengijazahkan Ustaz Hanafi, Pak Hj Zain bukan guru silat. Malah Pak Hj Zain tidak suka Ustaz Hanafi menjadi guru silat. Oleh itu pengijazahan Ustaz Hanafi kepada Mad Radhi (kalau benar ianya berlaku) bukanlah mandat untuk menjadi guru. Dan Mad Radhi tidak boleh membuat kenyataan bahawa beliau mendapat mandat menjadi guru. Dan yang menjadi persoalannya ialah kenapa Mad Radhi bersusah payah pergi dan memanjat pagar rumah Pak Ak untuk memaksa Pak Ak menyerahkan tugas menjadi guru kepada beliau pada tahun 1993? Kenapa? Bukankah ini bermakna Mad Radhi tahu yang beliau tidak ada mandat untuk menjadi guru? Ini bermakna juga kenyataan Mad Radhi yang kononnya mendapat pengijazahan dari Ustaz Hanafi merupakan satu lagi cerita rekaan yang sengaja diada-adakan? Ini juga bermakna Mad Radhi sendiri tahu bahawa Ustaz Hanafi bukan mengijazahkan beliau untuk menjadi guru. Sebab itu beliau terpaksa mendapatkannya daripada Pak Ak! Persoalannya, benarkah Pak Ak ada mandat tersebut? Sebenarnya Pak Ak pun tidak ada mandat tersebut. Oleh itu Mad Radhi sebenarnya tidak perlu bersusah payah ‘menculik’ Pak Ak untuk mendapatkan mandat tersebut. Siapa yang ada mandat tersebut? ????

3- Satu lagi keraguan yang timbul ialah kenapa diselitkan pula kenyataan bahawa Ustaz Hanafi berpesan supaya tidak menceritakan kepada sesiapa pun selagi Ustaz masih ada. Bukankah ini satu teknik penipuan yang terancang oleh Mad Radhi. Dia amat mengetahui, bila Ustaz Hanafi meninggal dunia, siapa yang boleh membuat siasatan mengenai dakwaan beliau mendapat pengijazahan tersebut? Begitu jugalah kata-kata Mad Radhi yang popular sebelum zaman kejatuhan beliau iaitu mana mungkin kita berlajar dari orang yang telah mati? Kata beliau kita mesti berguru dengan guru yang masih hidup. Guru yang masih hidup adalah Mad Radhi, oleh itu semua orang mesti belajar dari Mad Radhi. Itulah pandangan Mad Radhi. Agak memeranjatkan yang Mad Radhi amat iri hati terhadap bapanya sendiri. Apatah lagi sebahagian besar pengamal Silat Cekak masih membuat rujukan kepada penerapanan dan pendidikan serta kata-kata Ustaz Hanafi apabila membuat kenyataan hatta dalam percakapan seharian sekalipun. Amat kurang ahli Silat Cekak yang membuat rujukan kepada Mad Radhi berkaitan ilmu dunia dan ilmu akhirat. Ini kerana meraka tahu bahawa Mad Radhi tidak mempunyai ilmu dan tidak mampu memenuhi tanggungjawab tersebut. Kalau adapun hanya penuntut-penuntut baru yang kurang asas agama dan tidak mengetahui apa-apa tentang Ustaz Hanafi. Sebaliknya orang-orang lama dan yang biasa dengan Ustaz Hanafi tidak akan pergi kepada Mad Radhi kerana Mad Radhi bukanlah orang yang boleh menghurai pengertian hakikat yang sebenar.

Kita semua maklum bahawa ada beberapa proses penurunan ilmu yang berlaku terutamanya kepada orang-orang yang terpilih yang dipangghil khasyaf. Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya ‘Ihyaak Ulumid-Din’ berkata bahawa orang-orang yang diberi khasyaf boleh mengetahui rahsia alam Malakut dengan tiga cara. Pertama dengan cara ‘ilham’ yang diterima dengan tidak sengaja dan tidak diduga. Kedua dengan cara mimpi (mimpi benar) dan yang ketiga adalah dalam keadaan sedar bila dibukakan tirai khasyaf itu kepada mereka hingga mereka dapat memahaminya. Jenis khasyaf peringkat ketiga ini adalah martabat khasyaf yang tertinggi. Jadi kita ingin bertanya sejak bila Mad Radhi menjadi khasyaf dan mendapat ilmu dan rahsia alam tanpa perlu melalui proses pembelajaran seperti mana yang dilalui oleh Ustaz Hanafi sendiri. Dan bila pula Mad Radhi belajar dari bapa beliau? Kalau setakat mengikut Ustaz Hanafi kemana-mana dan menjadi anak Ustaz Hanafi, bukanlah satu tiket automatik yang Mad Radhi akan mendapat kelebihan-kelebihan tertentu. Kita semua tahu bahawa Mad Radhi bukannya rapat dengan Ustaz Hanafi sewaktu beliau hidup berbanding dengan para pentadbir yang dijaga dan dididik oleh Ustaz Hanafi pada ketika itu. Kalau dikaji peristiwa yang kononnya berlaku pada tahun 1983 itu, Mad Radhi pada ketika itu hanya berusia 22 tahun! Hebat sangatkah Mad Radhi ini sehinggakan pada usia semuda 22 tahun telah dipilih untuk menerima dan membawa amanah dan dilantik sebagai ulama waris nabi seperti mana yang dicanangkan oleh Bani Hanafi ini? Rasullulah SAW sendiri pun diangkat menjadi Rasul pada usia 40 tahun. Ustaz Hanafi sendiri menjadi guru silat pada usia 42 tahun. Siapa pula Mad Radhi pada usia 22 tahun. Lebih tinggikah darjatnya berbanding Rasullulah SAW dan Ustaz Hanafi?

Terlanjur bercakap tentang ulama waris nabi ini, suka juga disentuh tentang orang-orang yang terpilih yang di sebut sebagai Aulia’ullah ini. Banyak kisah-kisah yang boleh diambil iktibar dari sejarah –sejarah terdahulu yang diberi Karamah oleh Allah swt. Allah swt memberi Karamah kerana mereka adalah orang-orang yang dikasihi oleh Allah swt. Mereka bukanlah dipilih oleh Allah untuk diberikan Karamah itu, tetapi mereka dikasihi oleh Allah hasil dari amalan, usaha, jasa, pengorbanan, keikhlasan dan iman mereka yang teguh dan takwa kepada Allah. Dengan Karamah yang diberikan kepada mereka, pastilah mereka itu bertaraf Aulia di sisi Allah. Tetapi harus diingat bahawa para Aulia tidak mendapat jaminan kawalan dari Allah atau Malaikat dari godaan syaitan atau fitnah manusia, kerana mereka tidak bersifat maksum seperti maksumnya para Anbia. Tetapi sesudah diberi Karamah oleh Allah swt, maka Karamah itulah yang menjadi benteng untuk mereka menangkis godaan iblis atau fitnah manusia. Berbeza dengan Mukzijat bagi para Anbia ialah Mukzijat diberi kepada para Anbia sebagai bukti kenabian dan kerasulan mereka, tetapi Karamah diberi kepada para Aulia hanya sebagai hadiah peribadi dari Allah kepada mereka kerana mereka dikasihi oleh-Nya dan bukan sebagai bukti bahawa mereka adalah Aulia’ullah. Adalah harus diingat bahawa setiap orang mukmin tidak harus bercita-cita untuk menjadi Wali, kerana bukan untuk itu mereka dijadikan Allah dan bukan pula setiap mukmin mampu mencapai apa yang dicapai oleh para Aulia.

Ibnu Taimiyah dalam kitabnya ‘Al Furqan di antara Aulia’ullah dan Aulia’usy’Syaitan’ ada menegaskan bahawa para Aulia’ullah itu memang ada, tetapi di samping itu ada juga Aulia’usy’Syaitan. Mengikut penerangan Ibnu Taimiyah, syarat-syarat bagi Aulia’ullah adalah mereka itu hendaklah beriman, sangat taqwa kepada Allah, ahli ibadah, tidak melakukan apa yang dilarang dan tidak menolak kewajipan mengikut Sunnah Rasullullah saw. Andainya ada orang-orang yang didakwa sebagai Aulia’ullah hanya kerana mereka melakukan perkara-perkara yang luar biasa , tetapi tidak taqwa dan bukan ahli ibadat, tidak bertekad wajib mengikuti sunnah Rasullah saw., serta mudah melakukan perkara-perkara yang di larang Allah swt, maka orang-orang seperti ini bukanlah Aulia’ullah tetapi mereka sebenarnya Aulia’usy-Syaitan, iaitu orang-orang yang mempunyai keistimewaan tetapi mereka itu dibantu oleh Syaitan!

4- Satu perkara yang dicanangkan oleh Bani Hanafi tentang pengijazahan tersebut ialah kononnya segala ilmu Pak Hj Zain yang diterima oleh Ustaz Hanafi telah diserahkan kepada Mad Radhi melalui proses pengijazahan tersebut. Ini adalah kenyataan mistik yang seronok diceritakan oleh abang Mad Radhi sendiri iaitu Jamaluddin Hanafi. Mana dia dapat cerita ni pun kita tak pasti, tetapi seperti yang disebutkan sebelum ini, si Jamaluddin ini memang suka bercerita tentang perkara-perkara mistik yang tak masuk akal. Tujuannya adalah satu iaitu untuk menambahkan kepercayaan dan kenyakinan orang lain kepada Mad Radhi. Betulkah kenyataan ini? Sebenarnya tidak betul. Kalau mengikut proses penerimaan dan penyerahan ilmu-ilmu yang ‘sebegini’, perlu ada proses pembelajaran dimana proses menjadi guru dan murid itu berlaku. Tetapi dalam hal ini, perkara seumpama itu tidak berlaku.

5- Siapakah yang memulakan cerita yang kononnya Mad Radhi mendapat pengijazahan dari Ustaz Hanafi? Siapa lagi kalau bukan Mad Radhi sendiri. Takkan Ustaz Hanafi kot. Ini kerana Ustaz Hanafi sudah tiada di dunia ini untuk menceritakan perkara tersebut. Ini samalah dengan cerita-cerita pelik mengenai Mad Radhi yang diceritakan oleh Bani Hanafi. Cerita-cerita seperti Mad Radhi berjumpa Rasullullah dan para sahabat dalam mimpi, cerita Mad Radhi pernah ‘try’ dengan beberapa orang di beberapa tempat, cerita kononnya Mad Radhi mengijazahkan seorang wanita Melayu Kristian bernama Aishah di Johor dan banyak cerita-cerita pelik yang kononnya berlaku. Soalan asas ketiga yang ingin ditanya kepada Mad Radhi ialah betulkah cerita-cerita yang kita dengar itu? Siapakah saksi yang menyaksikan segala –galanya dan boleh mengesahkan cerita-cerita tersebut. Kalau kita kaji, semua cerita tersebut tidak ada saksi yang boleh memberi keterangan tentang kesahihan cerita tersebut.

Banyak juga cerita-cerita lain yang kita dengar yang kononnya Mad Radhi adalah seorang Khasyaf yang boleh ‘baca dalam’. Beliau juga kononnya boleh mengetahui cerita yang tidak diketahui oleh orang lain. Benarkah begitu? Sekali lagi Pak Kaduk ingin memaklumkan bahawa cerita itu adalah sesuai untuk orang yang tidak tahu siapa Mad Radhi yang sebenarnya. Bagi yang telah tahu dan kenal, mereka akan menggeleng kepala sahaja melihat kerenah Mad Radhi ini. Cerita kononnya Mad Radhi berjumpa Rasulluh dan para sahabat dalam mimpi juga adalah satu cerita bohong Mad Radhi. Cerita tersebut bukan berlaku kepada Mad Radhi, tetapi berlaku kepada seorang anak murid Ustaz Hanafi yang lain tetapi diciplak oleh Mad Radhi kononnya beliaulah orangnya yang berjumpa Rasullulah dalam mimpi itu. Ini semua dilakukan beliau untuk menambahkan kenyakinan dan kepercayaan dan anak murid terhadap beliau. Inilah teknik pembohong Mad Radhi yang telah lama berlaku tanpa disedari oleh anak murid dan juak-juak beliau. Dan sudah menjadi ‘trend’ sebenarnya, semua peristiwa pelik tersebut berlaku adalah pada ketika tidak ada orang lain bersama beliau dan tidak ada saksi yang boleh mengesahkan cerita beliau. Hanya perlu percaya apa sahaja cerita yang disampaikan oleh beliau. Itulah Mad Radhi yang sentiasa mencari kesempatan dan berbohong demi untuk mengangkat diri sendiri dan supaya orang lain mentaati dan mempercayai serta taksub kepada beliau. Cerita beliau ‘try’ dengan beberapa orang lain juga adalah satu pembohongan ciptaan Mad Radhi. Kalau kita kaji, cerita tentang ‘try’ ini dihebohkan oleh para juaknya serta bani Hanafi sendiri setelah mereka mendapat cerita tersebut dari Mad Radhi sendiri. Dan seperti sebelumya, semua peristiwa yang berlaku tidak ada saksi yang menyaksikan. Bukankah itu amat pelik dan janggal? Ini amat meragukan kita semua.

Jadi cerita mengatakan Mad Radhi diijazahkan oleh Ustaz Hanafi juga adalah satu cerita yang sangat meragukan dan boleh dikategorikan sebagai satu cerita rekaan yang dibuat semata-mata untuk kepenringan diri. Pada kebiasaannya, kelebihan seseorang itu, jika ada pun hanya akan diceritakan oleh orang lain berdasarkan pemerhatian dan pengalaman mereka. Bukannya diceritakan oleh tuan punya diri seperti yang dilakukan oleh Mad Radhi selama ini. Tindakan Mad Radhi ini adalah seperti masuk bakul angkat sendiri. Inilah yang amat dimusykilkan selama ini. Dan inilah juga yang dicanangkan oleh Bani Hanafi ke seluruh pelusuk nusantara….

Read more...

DURHAKANYA BANI HANAFI

Dengar kabar sekarang terlalu sibuknya Bani Hanafi mencanangkan bahawa silat dan persatuan ini milik keluarga mereka siap disediakan borang untuk keluar persatuan dan memuntahkan ilmu, borang muntah ilmu pun ada ka?, ilmu apa yang nak dimuntahkan? ilmu silat kah? ilmu tauhid kah? ilmu buang saka kah? pelik nya perangai Bani Hanafi dan juak juaknya.

Mereka lupa agaknya masa pendaftaran penubuhan Persatuan ini dulu siapa kah dikalangan keluarga Bani Hanafi ini yang terlibat? adakah keluarga terlibat? banyak sangat pulak soalannya ya, kenapa banyak soalan? sebab Bani Hanafi dan keluarga telah banyak berbohong ini lah jadi nya. Bukan tujuan nak mengungkit tapi sekadar menyedarkan keluarga Bani Hanafi ini bahawa Persatuan ini ujud akibat dari perasaan perlunya ada kesinambungan perjuangan ustaz Hanafi setelah pembawakan Ishak Hitam dan Persatuan Cekak Malaysia telah lari dari perjuangan asal Ustaz Hanafi. Maka lahirlah Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia. Siapa kah yang turun naik ke pejabat ROS ( Pendaftar Pertubuhan) adakah keluarga terlibat? minta maaf lah cakap, tak ada seorang pun. Siapa yang bersungguh sungguh agar sebuah persatuan baru di ujudkan bagi meneruskan perjuangan ini kalau bukan orang orang lama, keluarga? senang lenang tak perlu ambil tahu lantak pi lah depa, kita boss biar depa buat kerja. Sekarang pandai pandai pula mengatakan Persatuan dan Silat ini milik keluarga.

Kalau tak silap Pak Kaduk Pengerusi penaja pada ketika pendaftaran itu adalah Sdr.Faizol Mohidin, kenapa tidak keluarga yang menjadi penaja? letak lah nama siapa pun dari keluarga Zainul ke, Moktar ke atau Jamaludin, nak harapkan keluarga masa tu, bakal tak adalah jawabnya. Sebab apa? sebab mereka nih bukan reti berpersatuan, sedangkan yang ada nih pun dah tergadai lihat sahaja dengan cawangan Pulau Pinang pimpinan Jamaludin Hanafi. Kalau keluarga yang kehulu kehilir menguruskan pendaftaran tu tak apa lah juga, tetapi sekarang pandai pandai pulak kehulu kehilir mengatakan persatuan ini milik keluarga, apa punya karut depa nih.

Dengar dengar sudah disediakan juga borang untuk "Muntah Ilmu", hebat depa nih ada borang muntah ilmu lah pula ingat nak menuntut ilmu sahaja yang di kenakan borang entah entah ada pengeras juga agaknya ya.
Pak Kaduk pernahlah juga mendengar sembang sembang Ustaz Hanafi dulu, apa yang dikatakan muntah ilmu ini, lebih kurang beginilah kot " Kalau tak mahukan lagi Ilmu ini buang lah cari lah ilmu yang lain". Mungkin inilah agaknya yang diputar belitkan oleh Bani Hanafi pada sekelian ahli yang masih meliuk lentok dibuai sepoi sepoi angin nyaman, tapi tak ramailah sebab ramai yang dah jatuh ke lubuk kesedaran. Alhamdullilah, pada yang masih terpacak macam tiang talipon tu tak apa satu masa nanti sedarlah dia.

Pada fahaman Pak Kaduk ialah pada anak murid yang tidak yakin atau ragu ragu dengan amalam amalan yang terdapat di dalam Ilmu Cekak jangan lah lagi di amalkan segala yang di beri atau di ajar buangkan sahaja atau jangan di amalkan lagi atau bahasa halus perguruan adalah 'muntah buang',Tetapi didalam situasi sekarang ini kita bukan kata ilmu ini tidak bagus atau tidak betul dan tidak pula menolak ilmu ini, Ilmu yang terdapat didalam Silat Cekak ini adalah yang terbaik mengikut kata pengamal pengamalnya, satu ilmu yang mendidik pengamalnya untuk menjadi seorang mukmin, yang tidak menjadikan pengamalnya bersifat sombong, ganas mahu pun meninggi diri yang kita tolak adalah guru yang dah hilang sifat sifat gurunya, hilang sifat sidiqnya, mula meninggi diri, merasa diri hebat melebihi kehebatan dari Ayahdanya sendiri sahingga tergamak mengatakan 'jangan berguru dengan orang yang dah mati' seolah mengatakan segala ajaran Almarhum Ustaz Hanafi tidak perlu di amalkan lagi sebab 'ini zaman saya bukan zaman ustaz' seolah mahu mengenepikan segala ajaran yang pernah disampaikan oleh Ustaz Hanafi dulu, bertapa bengongnya Bani Hanafi ini mungkin dah terkatup qalbi iman agaknya , kalau diperhalusi guru punya guru punya guru hujungnya akan jatuh kepada guru teragong Baginda Rasul Akhir zaman Nabi Muhammad S.A.W, Telah sedia maklum Rasul Junjungan telah lama wafat jadi tak boleh lah kita amalkan apa yang disarankan oleh Rasul junjungan itu, sebab Bani Hanafi kata 'jangan berguru dengan orang yang dah mati' itu sebab agaknya banyak ajaran ajaran baru yang diperkenalkan oleh Mad Radhi nih, ada juga yang mengong dok ikut tanpa usul periksa dan rujukan.

Kalau nak di muntahkan, ilmu siapa yang harus dimuntahkan? Ustaz Hanafi ? tiada ilmu karut marutnya, Ishak Hitam ilmu 'mandi sintok' dan 'bersalin roh'nya boleh lah kot, Mad Radhi? ilmu 'Menjilat' dan 'membuang saka' kalau ilmu ini Mad Radhi kena muntahkan dulu kerana boleh memudaratkan 'kesihatan' kaum Sri Kandi ( yang heran hanya kaum Sri Kandi yang 'jernih' sahaja yang ada penyakit saka ni yang kurang jernih dan lelaki tak pulak kenanya), kalau Ilmu Cekak? kebanyakkan ahli ahli yang menolak Mad Radhi sebagai guru telah sebati didalam jiwa mereka dan tertanam fahaman jitu dan telah menjadi darah dan daging mereka dengan perjuangan dan hala tuju Silat Cekak ini, itu sebab mereka ini dengan mudah memahami pergolakan yang berlaku ketika ini dan menolak Mad Radhi si Bani Hanafi sebagai guru.

Tidak pernah mereka orang lama yang faham dan setia dengan perjuangan ini mendabik dada mengatakan 'akulah yang lebih terkanan dan paling rapat dengan ustaz' kecuali Pak Wan (zaman Ustaz Hanafi) dan Maidin (zaman Pak Ak),keduanya mempunyai agenda tersendiri, tetapi kini ramai juak juak Bani Hanafi ini mengatakan 'saya kenal Mad Radhi' sahinggakan kesalahan yang Mad Radhi lakukan dilihat sebagai biasa sahaja tidak menyalahi hukum adat mahu pun hukum akal, Memicit dan meramas perkara biasa bersentuhan dengan bukan mohrim juga biasa, memberi amalan karut dianggap ilmu hebat yang tiada diberikan pada orang orang lama oleh Ustaz Hanafi dan ilmu kedukunnan Mad Radhi adalah satu cabang ilmu yang tiada pada guru guru yang lalu.

Jika Pak Ak terdapat ramai guru gurunya yang kita ketahui secara lisan saperti En. Bakar dan En. Shafie Din, En Hassan Jawa (kuntau jawa) dan en Man Balak yang mengajar Tomoi Siam.Ilmu kebatinan dengan Ustaz Azizan, mengaji Pondok (tafsir) dengan Tn Guru Hj Ahmad Tn Hj Hussein. ini Pak Ak bagi tahu kalau bohong dia bohong lah Pak Kaduk. terlalu banyak guru tak terbawak agaknya yerr. tu yang lencong tu. Ini Mad Radhi si Bani Hanafi nih siapa pulak guru guru nya? Siapa guru perubatannya, siapa guru 'Hikam'nya? siapa guru perbomohhannya? Pak Kaduk tak lah "kenal Mad Radhi' saperti yang didakwa oleh juak juak nya tetapi Pak kaduk 'Tahu' lah siapa Mad Radhi tu.

Bertapa durhakanya Bani Hanafi ini,
Pertama kepada bekas Gurunya Hanafi Hj Ahmad,
Kedua Ayah nya sendiri Hanafi Hj Ahmad,
Kalau guru dah banyak bohong mana boleh berguru lagi, esok lusa anak murid jadi apa kalau bergurukan dengan si pembohong?

Read more...