Benarkah Mad Radhi tidak tahu menahu tentang kereta Mercedes WFT 7? Siri 2

2006/10/01

Mohd Daud dikenakan tindakan muflis?

Namun masalah besar sedang menanti. Pihak bank sedang mencari kereta tersebut kerana sudah lama tidak dibayar ansuran bulanannya. Siapakah yang diburu oleh pihak bank? Tidak lain tidak bukan sahabat Mad Radhi yang cukup setia iaitu Mohd Daud Sutan yang telah digunakan nama beliau untuk pinjaman bank. Laporan polis tentang kemalangan tersebut tidak dibuat kerana takut menjadi masalah yang lebih besar disebabkan menggunakan insuran palsu. Pihak bank juga tidak diberitahu tentang kemalangan tersebut. Oleh kerana Kailmas (M) Sdn Bhd sudah tidak wujud (syarikat yang menjadi penjamin melalui Directors Guarantee), pihak bank tidak mempunyai pilihan selain meminta penama pinjaman (Mohd Daud) untuk membayar pinjaman. Jika tidak, tindakan undang-undang akan diambil terhadap beliau.

Pihak bank telah menghantar notis kepada Mohd Daud Sutan supaya membayar hutang yang tertunggak. Malah mereka telah pun dalam proses untuk mengambil tindakan muflis terhadap Mohd Daud Sutan. Bolehkah kita fikirkan apa akan terjadi kepada Mohd Daud dan keluarga beliau jika dikenakan tindakan muflis? Kita semua tahu akan akibatnya...Sekarang ini Nor Azlan Shah (Peguam) sedang membantu Mohd Daud supaya tidak dikenakan tindakan muflis tersebut. Harapan kita perkara ini tidak sampai ketahap yang parah. Kalau nak harap Mad Radhi membantu, malam lah rasanya....

Hutang kepada pihak bank

Ada baiknya dilihat berapa jumlah sebenar yang dituntut oleh pihak bank? Mengikut siasatan Pak Kaduk, dari keseluruhan pinjaman sebanyak RM290,000.00 itu, sebanyak RM114,000.00 telah dibayar oleh Mad Radhi melalui ansuran bulanan dalam masa hampir dua tahun. Sehingga surat tuntuan dari Maybank Finance yang diterima oleh Mohd Daud, jumlah tuntutan adalah sebanyak RM218,000.00 yang perlu dibayar (jumlah ini adalah selepas diskaun yang diberikan oleh pihak bank. Jumlah sebenar yang dituntut termasuk faedah adalah sekitar RM350,000.00). Persoalannya siapa yang nak bayar jumlah yang begitu besar? Adakah Mohd Daud yang perlu bayar? Dimanakah keadilannya jika Mohd Daud dipaksa membayar jumlah tersebut sedangkan nama beliau telah digunakan oleh Mad Radhi untuk mengambil pinjaman. Malah beliau juga berhadapan dengan tindakan muflis oleh pihak bank. Siapa yang harus bertanggungjawab? Jawapannya amat mudah, tidak ada orang lain yang perlu bertanggungjawab kecuali Mad Radhi sendiri.

Status sekarang

Jadi apakah kesudahan ceritanya tentang kereta WFT 7 ini? Amat berat selagi Mad Radhi mengambil sikap lepas tangan. Beliau telah menganiaya anak murid beliau. Manusia seperti ini tidak layak menjadi pemimpin dan tidak boleh dibiarkan hidup selesa di atas kesengsaraan orang lain. Kereta tersebut masih berada dibengkel hingga sekarang. Pihak bengkel menuntut baki bayaran kos membaiki kereta sebelum dilepaskan keluar dari bengkel. Tetapi sehingga hari ini, kita tidak tahu apakah kesudahannya.

Kesimpulan

Kes kereta WFT 7 ini menghuraikan banyak persoalan tentang keperibadian Mad Radhi. Beliau adalah seorang pembohong yang licik apabila mengatakan kereta tersebut hasil pemberian seorang kontraktor dari Brunei. (Persoalannya kenapa beliau berbohong? Beliau berbohong untuk mengabui mata Mak Teh dan ahli keluarga Ustaz Hanafi untuk mengatakan beliau sebenarnya tidak ada duit. Duit hasil dari menjadi Guru Utama tidak seberapa, jadi tidak bolehlah dikongsi dengan keluarga). Beliau telah menganiaya anak murid dengan tidak mengambil tahu tentang masalah mereka walaupun tindakan mereka hanyalah untuk membantu Mad Radhi. Beliau adalah manusia yang tidak bertanggungjawab, tidak berhati perut dan manusia yang rendah peribadinya dan sudah semestinya tidak layak menjadi pemimpin kepada satu pergerakan yang murni.

Cerita di atas hanya selingkar dari banyak kisah yang berkaitan dengan tindak tanduk dan peribadian seorang manusia yang pernah disuatu ketika dahulu disanjung dan ditatang dengan penuh kasih. Apa-apa kesilapan dan kekurangan beliau yang ada akan ditutup rapat oleh mereka-mereka yang berada disekeliling beliau. Hatta jawatankuasa pusat juga ’berpeluh seluruh badan’ berkerja keras untuk mengawal dan mengangkat imej Mad Radhi ke tahap yang amat dikagumi. Tetapi apakah balasan beliau? Beliau tidak bersyukur di atas nikmat yang beliau perolehi. Beliau angkuh dengan kedudukan beliau sebagai Guru Utama. Beliau beranggapan tiada siapa yang boleh menegur Guru Utama dan beliau berkuasa atas segala-galanya. Beliau telah lupa kepada asas perjuangan yang diasaskan oleh Ustaz Hanafi malah mengkianati perjuangan yang suci ini. Beliau lemas dalam ledakan hawa nafsu yang tidak terkawal dan beliau sebenarnya telah menjadi ’MURTAD’ kepada pejuangan ayahanda beliau sendiri.

Saudara-saudara ku, renungilah sejenak. Jika kes kereta ini pun boleh di tipu dan dipusingkan faktanya oleh Mad Radhi, apakah kes mencabul kehormatan yang hangat diperbincangkan sekarang ini tidak boleh beliau pusingkan? Segala-galanya mungkin. Beliau secara liciknya memusingkan fakta mengatakan beliau difitnah dan orang lama hendak menjatuhkan beliau. Sedarlah wahai Mad Radhi, kejatuhan mu bukanlah disusun atau dikonspirasikan oleh sesiapa, TETAPI ADALAH ANGKARA PERBUATAN DIRIMU SENDIRI. BERTAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT.

Insaflah wahai manusia, dunia ini hanya singgahan sementara, akhirat jualah yang kekal abadi. Jangan dipersiakan hidup yang pendek ini, berbuat baiklah sesama manusia, nescaya kita semua dirahmati.

Kita perlu bersyukur kepada nikmat yang anugerahi ilahi. Jangan kita angkuh dan lupa diri. Juga jangan dicaci mereka yang ’sepi’. Kerana jika kita mungkir, nikmat itu ditarik, dan di kala itu barulah kita sedar yang kita sudah tersilap ’kaki’
Cara Mad Radhi menjawab isu semasa samalah seperti seorang yang sedang berusaha bersembunyi di sebalik sehelai lalang dan beranggapan bahawa dirinya tidak kelihatan. Apa bezanya dengan anak kecil yang menutup matanya, lalu berkata kepada bapaknya: Bapak, cari dimana saya sekarang....

Read more...

Benarkah Mad Radhi tidak tahu menahu tentang kereta Mercedes WFT 7? Siri 1

Amat melucukan seseorang yang memandu sebuah kereta mewah selama hampir dua tahun tidak mengetahui tentang asal-usul kereta tersebut dan bagaimana ianya diperolehi. Mengikut cerita oleh Mad Radhi sendiri, beliau tidak tahu menahu tentang kereta ini sehinggalah pada suatu hari pada tahun 1997, apabila beliau pulang ke rumah beliau di Taman Melawati, beliau dapati ada sebuah kereta Mercedes WFT 7 diletakkan di bawah di tempat letak kereta di apartment beliau. Menurut beliau , juak-juak beliau hendak buat ’surprise’ kepada beliau.

Dalam keadaan yang lain pula, diceritakan kepada rakan-rakan, orang-orang lama, ahli-ahli keluarga Ustaz Hanafi termasuk Mak Teh bahawa kereta tersebut dihadiahkan oleh seorang kontraktor dari Negara Brunei Darul-Salam atas bantuan beliau untuk mendapatkan projek. Di masa dan tempat yang lain pula, beliau mengatakan bahawa beliau membeli kereta tersebut secara tunai pada harga RM75,000.00. Jadi cerita yang mana satu yang benar?

Pak Kaduk meluangkan sedikit masa untuk menyiasat perkara ini untuk tatapan umum apakah cerita yang sebenarnya disebalik cerita WFT 7 ini? Melalui Jabatan Penyiasatan Pak Kaduk, didapati kereta tersebut bukanlah hasil sumbangan sesiapa, tetapi dibeli pada tahun 1997 oleh Mad Radzi dengan mengambil pinjaman bank (pinjaman awal dengan Sime Finance, Jalan Ampang tetapi selepas melalui proses penggabungan institusi kewangan, pinjaman ini diambil alih oleh Maybank Finance, Dataran Maybank, Jalan Bangsar). Nama Encik Mohd Daud Sutan digunakan sebagai mewakili Kailmas (M) Sdn Bhd. Mohd Daud Hj Sutan merupakan salah seorang Pengarah syarikat berkenaan bersama-sama dengan Mad Radhi Hj Hanafi, Saifol Abdul Murad dan Zamri Hassan. Kesemua mereka termasuk Mad Radhi Hj Hanafi telah menandatangi dokumen sebagai penjamin syarikat (Directors Guarantee) bagi permohonan pinjaman bank untuk kereta Mercedes WFT 7.

Nota# Sekarang ini syarikat Kailmas (M) Sdn Bhd sudah ditutup.


Nombor Pendaftaran WFT 7

Nombor Pendaftaran WFT 7 telah dibeli dengan harga RM30,000.00 atas nama Mad Radhi, namun disebab pihak bank tidak meluluskan pinjaman atas nama Mad Radhi, nama alternatif telah dicadangkan. Oleh itu nama Mohd Daud Sutan telah diguna pakai. Mad Radhi telah menulis surat kepada Pengarah JPJ untuk memindahkan nombor pendaftaran yang dibeli iaitu WFT 7 kepada nama Mohd Daud Sutan kerana nama Mohd Daud telah digunakan untuk pinjaman bank.

Pinjaman bank

Jumlah pinjaman bank yang diambil adalah sebanyak RM290,000.00. Bayaran muka yang dibuat adalah sekitar RM54,000.00 (Nota# Duit bayaran muka ini adalah hasil pinjaman peribadi Mohd Daud dari rakan karib beliau di pejabat tempat beliau bekerja, namun cek yang dikeluarkan adalah atas nama Yusaini Sidek bagi pihak Mad Radhi. Mad Radhi dan juak-juak berjanji untuk membayar duit tersebut tetapi hanya membayar sebahagian sahaja. Mohd Daud juga dipanggil oleh pihak pengurusan tempat beliau bekerja atas masalah hutang ini dan melalui penyelesaian kedua-dua pihak, gaji bulanan Mohd Daud dipotong untuk membayar hutang tersebut. Ini lagi kes naya! Orang lain pinjam, orang lain yang perlu bayar). Bayaran ansuran bulanan adalah lebih RM6,000.00 sebulan. Mampukah Mad Radhi membayar ansuran bulanan tersebut? Sebenarnya beliau mampu tetapi mempunyai ‘budget’ yang agak ketat. Untuk meringankan beban beliau, juak-juak beliau pada waktu tersebut berpakat membuat kutipan bulanan untuk menampung kos ansuran bulanan. Azman Johan telah menjadi Bendahari yang mengkordinasikan kutipan bulanan untuk membantu Guru yang mereka kasihi. Ramai juga yang membantu termasuklah rakan-rakan dari Cawangan Johor. Semua ini dilakukan demi untuk menaikkan imej Guru Utama....

Kemalangan 1999 dengan menggunakan insuran palsu

Mad Radhi telah menggunakan kereta tersebut hampir dua tahun dan membuat bayaran ansuran bulanan dengan sebahagiannya ditampung oleh juak-juak beliau. Ini bermakna beliau tahu tentang status kereta tersebut, berapa bayaran bulanan dan sebagainya. Ini bertentangan dengan cerita beliau yang beliau tidak tahu menahu tentang kereta tersebut. Beliau menggunakan kereta tersebut sehinggalah pada tahun 1999 apabila kereta yang dipandu oleh Mad Radhi terlibat dengan kemalangan semasa perjalanan pulang ke Johor. Beliau ke Johor untuk terlibat dengan program Lawatan Zon Selatan anjuran MMK pada tahun tersebut. Mad Radhi dan semua keluarga beliau terselamat dengan hanya luka-luka kecil, tetapi kereta yang dipandu beliau rosak teruk. Sebenarnya Cukai Jalan kereta tersebut telah luput tarikh dan memerlukan sekitar RM10,000.00 untuk membeli insuran. Untuk menjimatkan duit, atau mungkin disebabkan kesempitan wang, Mad Radhi telah memberikan wang sebanyak RM350.00 kepada Mohd Sahat Ab Rahim dan Saifol Murad dan mereka telah pergi ke Maybank Finance, Subang Jaya dan melalui kenalan Mohd Sahat di sana, mereka telah berjaya mendapatkan insuran palsu untuk memperbaharui Cukai Jalan kereta Mercedes WFT 7.

Selepas kemalangan

Selepas berlaku kemalangan, beberapa ahli-ahli persatuan telah membantu antara yang terlibat secara langsung ialah Mohd Daud Sutan dan ASP Raus yang ketika itu bertugas di Balai Polis Batu Pahat. Kereta tersebut telah ditarik ke sebuah bengkel di Batu Pahat yang kemudiannya pula dibawa ke satu bengkel di Kajang atas usaha Mohd Daud, Saifol dan Roslan Abdul Rashid kerana Roslan mengenali rapat pengusaha bengkel tersebut. Kos keseluruhan membaiki kereta tersebut adalah sekitar RM90,000.00. Sepatutnya kos tersebut ditanggung oleh pihak insuran, namun disebabkan kereta tersebut tidak mempunyai insuran (kerana telah menggunakan insuran palsu), maka kos tersebut terpaksa dibayar oleh Mad Radhi sendiri. Sayugia juga diingatkan bahawa selepas kemalangan tersebut, bayaran ansuran bulanan kepada pihak bank telah tidak dibayar oleh Mad Radhi.

Kos membaiki kerosakan

Sebahagian kos membaiki kereta tersebut telah dibayar oleh Roslan A Rashid (YDP Selangor) iaitu sekitar RM30,000.00 dengan mendahulukan wang beliau (siapa nak bayar balik duit beliau ini?). Baki yang perlu dibayar kepada bengkel adalah sekitar RM60,000.00. Kereta tersebut telah tersadai di bengkel di Kajang sejak tahun 1999 hinggalah sekarang. Ini bermakna kereta tersebut tersadai lebih 6 tahun. Mad Radhi tidak mengambil tahu tentang perkembangan kereta tersebut. Beliau sebaliknya telah membeli sebuah lagi kereta mewah Toyota Estima pada harga sekitar RM200,000.00. Kali ini beliau menggunakan nama beliau untuk membuat pinjaman bank. Kepada ahli-ahli dan rakan-rakan serta keluarga beliau telah beliau bohong mengatakan bahawa kereta Mercedes WFT 7 telah dijual.

bersambung siri 2

Read more...

Pernah kah?

Pernah di beritahu oleh juak juak Mad Radhi kepada Pak Kaduk bahawa "Hj Amruddin, Hj Nasir dan orang orang lama yang berfahaman tinggi dalam bidang tauhid tidak dapat melihat yang Mad Radhi sedang di fitnah, sahingga sanggup bersekongkol dengan mereka mereka yang cuba menjatuhkan Mad Radhi."

Pak Kaduk pun bertanya semula kepada balaci balaci Mad Radhi " Pernah dengar ke orang orang lama ini bercerita perihal yang mereka ketahui berkenaan dengan perangai dan tingkah buruk kelakuan Mad Radhi? "

Tiada satu pun jawapan yang mengatakan "ia ada" melainkan " tidak pernah" jadi siapa sebenarnya yang mereka mereka cerita berkenaan cuba menjatuhkan kedudukan Guru?. Bukan kah datang dari mulut Mad Radhi sendiri?

Tiada satu pun cerita keluar dari mulut orang lama sejak kes salah laku ini di ketahui seawal bulan Mach 2006 lagi, yang Pak Kaduk dengari adalah dari mulut mulut balaci dan Mad Radhi sendiri mengatakan ia sedang di fitnah dan ceritanya pula dalam pelbagai vesi, dalam masa yang sama menanam perasan benci ahli kepada orang orang lama termasuklah kedua nama yang banyak jasanya kepada perkembangan Silat Cekak dan juga Persatuan.

Kini timbul pula cerita yang datangnya dari mulut keluarga Mad Radhi sendiri konon nya silat ini milik keluarga, milik keturunan, saperti didalam ungkapan Mak Teh " silat ini milik kami kalau hangpa tak suka boleh jalan" Kesian Mak Teh di pergunakan Mad Radhi yang bersembunyi di belakang kain Bondanya untuk kepentingan diri sendiri .

Sekiranya benar ini silat keluarga, silat keturunan mari lah kita lihat perkara yang sama pernah berlaku ketika krisis bersama Ishak Hitam 14 tahun dahulu, Apa kah ungkapan ungkapan yang telah digunakan untuk menangkis tomahan dari juak juak Ishak Hitam yang mengatakan silat ini bukan milik keturunan atau keluarga.

" Memang benar silat ini bukan milik keluarga atau pun keturunan, Ishak Hitam bukan dari keluarga mahu pun keturunan Ustaz dan ketika Ishak Hitam menyerah mandat perguruan kepada Mad Radhi ia tiada hubungan kekeluargaan mahu pun dari keturunan Ishak Hitam, yang penting adalah mandat perguruan di serahkan pada siapa yang layak menjadi guru, tidak timbul soal keturunan mahupun keluarga"

Tetapi kini timbul pula mereka mengatakan ini silat keturunan, silat milik keluarga. Almarhum sendiri tidak pernah mengatakan silat ini miliknya atau keluarganya, jika ia milik keturunan mesti lah Abg Yang menjadi guru bukan Mad Radhi.

Jadi hentikan lah mengatakan bahawa silat ini milik keluarga atau pun keturunan.
Kepada "Benih Hanafi" serta juak juaknya hentikanlah menomah nista orang orang lama yang berjasa ini. Ingat lah diketika mereka mereka ini berjuang bersama Almarhum, kamu belum mengenal lagi erti Perjuangan ke arah "Mentauhidkan diri" , kamu masih hingusan lagi di ketika itu, jika tidak kerena mereka mereka ini keluarga Almarhum belum tentu terbela dan boleh hidup semewah sekarang ini.

Sedetik kamu menista mereka, siminit kepincangan kamu terdedah.

Dengar dengar ada juak juak Mad Radhi pergi umrah dengan percuma, duduk pula di kelas pertama, tanpa membayar sesen pun? Itu yang mereka pertahankan sangat Tuan Guru mereka tu, bukan apa takut tarak masyukkk....

Read more...