Apakah keterangan Mad Radhi kepada team penyiasat? Siri 3

2006/10/17

Analisa keterangan versi pertama Mad Radhi

Dalam siri 2, Pak Kaduk telah mendedahkan text sepenuhnya keterangan pertama Mad Radhi tentang peristiwa yang berlaku pada 10 March 2006. Pak Kaduk perlu sebutkan di sini bahawa keterangan yang Mad Radhi berikan itu adalah KETERANGAN BERSUMPAH seperti mana yang dilafazkan oleh Mad Radhi sebelum beliau memberi keterangan. Ada beberapa fakta (perkara pokok) yang telah disebut oleh Mad Radhi dalam keterangan beliau yang Pak Kaduk rasa perlu diambil perhatian iaitu:

1- Mad Radhi mengaku MENELEFON dahulu ke rumah Asnawi.
2- Mad Radhi mengaku bahawa beliau telah PERGI ke rumah Asnawi pada hari kejadian.
3- Mad Radhi mengaku bahawa beliau telah MASUK ke rumah Asnawi.
4- Mad Radhi mengaku telah MENYENTUH anak dara sunti Asnawi dengan cara memicit belakang kepala anak dara tersebut.

Perkara-perkara lain yang harus juga diberi perhatian dari keterangan pertama Mad Radhi adalah seperti berikut:

1- Terdapat tiga (3) orang budak di DEPAN PAGAR rumah.
2- Gate terbuka, pintu grill terbuka sedikit dan pintu kayu terbuka - (semuanya terbuka)
3- Selepas memicit belakang kepala, Mad Radhi minum air suam dan kemudian beliau pulang.

Juga harus diambil perhatian bahawa Mad Radhi tidak menyebut samada Asnawi dan isteri berada di rumah atau tidak pada ketika itu. Beliau juga tidak menyatakan dengan siapa beliau bercakap sewaktu menelefon rumah Asnawi dan apakah butir-butir percakapan beliau. Beliau tidak bertanya kepada cik xxx samada ibu bapa cik xxx ada di rumah atau tidak sewaktu beliau sampai di rumah. Seperkara lagi, walaupun beliau berkata hendak menghantar goreng pisang, namun sewaktu beliau sampai ke rumah Asnawi, tidak ada goreng pisang yang dibawa.

Cerita yang diberikan oleh Mad Radhi itu agak mudah jalan ceritanya dan tidak sukar untuk difahami. Tidak ada elemen-elemen sampingan yang ketengahkan semasa keterangan pertama beliau itu. Mari kita lihat pula keterangan Mad Radhi apabila disoal balas oleh team penyiasat.


Jawapan Mad Radhi apabila disoal balas

Soalan : Tadi Che Mad kata ada telefon kat rumah Asnawi, siapa yang jawab telefon tu?

Mad Radhi: Yang jawab anak dia.

Soalan : Cik xxx ke?

Mad Radhi: aaa...(bersetuju)

Soalan: Ada dia bagi tahu Asnawi tak ada rumah ke apa ke?

Mad Radhi : Tak ada pulak. Tak ada. SAYA KATA SAYA NAK DATANG RUMAH lah kan. Itu je lah.

Soalan: Ketika Che Mad sampai di rumah daripada tempoh telefon tu sampai ke rumah che Asnawi tu berapa lama masa nak sampai , kemudian ketika che Mad sampai ke rumah Asnawi tu, apa riaksi cik xxx ni?

Mad Radhi: Saya rasa dalam LIMA MINIT lah kot, saya ...lepas tu masa saya datang tu masa saya bagi salam dia datang tu dia agak terkejut , itu je.

Soalan: Lima minit tu... telefon dari handphone Che Mad ke rumah dia ke atau dari rumah Che Mad ke rumah dia?

Mad Radhi: Daripada yang saya telefon tu daripada tempat goreng pisang tu.

Soalan: Handphone ye, telefon dari handphone?

Mad Radhi: aaa...(bersetuju)

Soalan: Jadi benda tu Che Mad agak-agak dalam pukul berapa agak-gak dia punya, dia punya jangka masa. Maknanya Che Mad telefon tu dalam pukul berapa. Ada yang petang tu yang sebelum pergi tu, makna agak-agak dalam lingkungan pukul berapa Che Mad?

Mad Radhi: Tak berapa ingat lah..

Soalan: Petang lah?

Mad Radhi: Tapi petang lah...lepas Jumaat lah kot. (# main kot-kot juga Mad Radhi ni!)

Soalan : Lepas sembahyang Jumaat?

Mad Radhi: aaa... (setuju)

Soalan: Ok.. berdasarkan daripada keterangan cik xxx ni, berdasarkan daripada keterangan Che Mad bahawa tak ada apa-apa berlaku lepas pada picit tu. Tapi berdasarkan keterangan bersumpah daripada cik xxx yang mengatakan bahawa Che Mad ada melakukan perkara-perkara yang agak sumbang, contohnya menyelokkan tangan di dalam....Jadi boleh Che Mad ceritakan apa sebenarnya yang berlaku?

(sewaktu soalan ini di ajukan, Mad Radhi kelihatan pura-pura tersenyum. Tetapi senyuman tawar sahaja. Kenapa beliau tersenyum, tidaklah Pak Kaduk tahu sebab musababnya. Pak Kaduk juga memerhatikan Mokhtaruddin asyik menulis sahaja tanpa menanyakan sebarang soalan. Soalan-soalan yang telah ditanya adalah dari ahli penyiasat yang lain. Mokhtaruddin kelihatannya sekali-sekali masih menongkat dagu dengan tangan kiri, sesekali memicit kening beliau sambil melihat kepada Mad Radhi)

Mad Radhi: Kalau ikut sebenarnya, saya dalam keadaan macam ni saya memikirkan orang kata apa... ada satu benda yang saya tak bercerita lah kan. Pertama saya nak menjaga hubungan dengan anak Che Asnawi tu sendiri. Dengan apa.... Che Awi dengan saya kan. Tapi memang saya picit, seolah-olah macam DIA MENARIK TANGAN SAYA pergi ke sini (sambil menunjuk dan meletakkan tangan kiri ke dada sebelah kiri beliau) . Jadi saya tarik, saya kata jangan buat macam ni. Ha tu ada lah. Jadi benda ni saya tak cerita, pada malam ni baru saya cerita kerana, pertama saya nak menjaga hubungan dengan keluarga Che Asnawi. Maruah anak dia. Itu sahaja dan lebih pada tu tak ada.

Soalan : Adakah selepas kejadian tu, Che Asnawi ada jumpa dengan Che Mad?

Mad Radhi: Dia ada telefon saya, aa.. dia ada telefon saya, lepas tu dia datang rumah, lepas tu saya ajak minum diluar .Saya tak nak sembang dengan tuan rumah lah kan. Pi minum…lepas tu dia tanya saya, Che Mad ada datang rumah tak? Saya kata ada. Memang saya ada datang. Dan saya ceritakan….dia pun tak ada tanya saya apa yang Che Mad …anak saya cerita begini-begini… betul ke? Dia tak ada tanya, saya yang bercerita kepada dia. Saya kata saya ada datang rumah, saya ada gini….Itu sahaja. Dan dia bercakap kepada saya ini adalah dugaan saya dengan Che Mad dari anak saya. Itu di ada cakap dengan saya. Dan saya memang saya tak… ni pasai dia datang dia keadaan saya tengok dia macam tak terurus dan dah hilang dia punya .....yang saya kenal. Jadi saya bercakap dengan dia ….setakat ni begitulah. Dan dia kata ini ialah dugaan saya dengan Che Mad melalui anak saya. Itu dia ada cakap. Lepas tu dia balik.
(#keterangan Mad Radhi ini agak bercelaru! Pak Kaduk sendiri pun tak faham apa yang cuba disampaikan oleh beliau.)

Sambung siri 4

Read more...