KAWAN LAMA

2007/04/16

Semasa majlis pengistiharan GU yang baru lalu, Pak Kaduk2 berpeluang berjumpa dengan ramai tokoh-tokoh lama yang berjuang sejak zaman Ustaz Hanafi mula bertapak di Kuala Lumpur. Nama-nama seperti Amruddin Buang, Md Nasir Md Arshad, Amrahi Buang, Kamaruzaman Ahmad (Khalid Cina) dan Shafie Latif antara tokoh yang hadir pada hari tersebut. Masing-masing kelihatan bersemangat dan gagah bak Sang Panglima lagaknya. Wajah masing-masing juga bercahaya walaupun sebahagiannya telah dimamah usia. Mereka masih kuat, masih bersemangat dan masih kental ikatan dengan perjuangan. Pak kaduk2 pun tak tahu jika Pak kaduk2 boleh ikut bersemangat macam mereka. Mereka adalah antara yang terpilih untuk bersama-sama dengan Ustaz Hanafi. Susah senang Ustaz Hanafi dan merekalah yang banyak membantu Ustaz Hanafi dari awal di Kuala Lumpur sehinggalah Ustaz Hanafi meninggal dunia. Bahkan keluarga Ustaz Hanafi mereka bantu semenjak Ustaz Hanafi meninggal dunia sehinggalah sekarang yang telah menjangkau 21 tahun lamanya. Kalau diibarat seorang bayi kecil, setelah 21 tahun berlalu, bayi tersebut sekarang sudah menjadi gadis perawan dan sudah boleh berkahwin. Begitulah anggaran lamanya masa orang-orang lama ini membantu keluarga Ustaz Hanafi. Namun itu semua tidak penting. Itu adalah janji mereka kepada Ustaz Hanafi, selagi diperlukan mereka akan membantu, tetapi jika sudah tidak ada keserasian dan ditolak oleh keluarga Ustaz Hanafi, mereka-mereka itu tidak rugi apa-apa, malah mereka telah mengotakan janji mereka.

Ada seorang tokoh yang sangat jarang Pak Kaduk2 tengok, mungkin sebab jarang hadir ke majlis anjuran persatuan. Walaupun beliau ahli MMT, tetapi rupa wajah tidak biasa dilihat oleh ahli-ahli. Beliau yang dimaksudkan ialah saudara Shafie Latif. Berambut agak kerinting, berkulit kuning langsat, agak tinggi dan sedap badannya. Tidak banyak tentang latarbelakang beliau yang Pak kaduk2 tahu. Selain pernah belajar di UM Lembah Pantai, lain-lain perkara tidaklah diketahui. Apa kerjanya, duduk dimana, berapa orang isteri, berapa orang anak, berapa usia dan sebagainya tidak diketahui. Namun begitu, Pak Kaduk2 bangga disaat kegentingan persatuan, beliau muncul memberi sokongan. Malah beliau menjadi salah seorang saksi yang menandatangani dokumen pengistiharan GU bersama-sama dengan saudara Amrahi Buang. Baguslah kerana masih ada lagi semangat perjuangan dan rasa kasih kepada perjuangan silat ini.

Seorang lagi ahli yang Pak Kaduk2 tersentuh hati dengan kehadiran beliau adalah saudara Amrullah Buang. Pak Kaduk2 tahu beliau tidak begitu sihat , tetapi masih bersemangat untuk hadir memberi sokongan. Saudara Amrullah ini adalah seorang tokoh yang kontroversi tetapi penuh dengan idea dan rekod pencapaian peribadi yang memberangsangkan. Pak Kaduk2 juga sempat bersalaman dengan beliau dan bertanya khabar. Beliau masih bersemangat untuk terus berjuang pada pandangan Pak Kaduk2. Ketika saudara Amrullah bersalaman dan berpelukan dengan Encik Marwi mengucapkan tahniah, Pak Kaduk2 berasa amat terharu. Berair juga kelopak mata Pak Kaduk2 melihat peristiwa tersebut. Apatah lagi dikala Encik Marwi bertanya khabar kepada beliau dan mengucapkan terima kasih kerana sudi hadir. Rekod kecemerlangan saudara Amrullah sebagai Penyelia di UPM sehingga sekarang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana penyelia lain, terutamanya tentang jumlah ahli baru yang didaftarkan. Tiada lagi IPT di negara ini setahu Pak Kaduk2 yang dapat menandingi jumlah ahli baru di UPM sewaktu saudara Amrullah menjadi Penyelia. Apa rahsia beliau , sampai hari ini pun Pak Kaduk2 tak tahu. Kekuatan kelas di UPM sehingga hari ini adalah hasil tangan beliau, malah penyelia di UPM sekarangpun adalah hasil cadangan beliau walaupun penyelia itu tidak sehaluan sekarang. Kepada saudara Amrullah, tahniah diucapkan kerana masih kental dengan semangat perjuangan saudara. Allah juga yang maha mengetahui susah senang saudara, semoga diberi rahmat dan kekuatan serta diberikan kesihatan yang baik, disembuhkan penyakit dan dilimpahkan rezeki yang berlipat ganda. Amin.

Seorang lagi tokoh lama yang dapat Pak Kaduk2 jumpa ialah saudara Zulkifli Said (Zul misai merah). Kenapa dipanggil misai merah tidak lah diketahui. Mungkin betul misai beliau merah sebelum ni, tetapi sekarang tidak lagi.. dah nak putih la pulak . Beliau juga seorang yang gigih dan berjuang bersama-sama persatuan. Sering mencurah keringat dan bakti kepada persatuan tanpa mengira masa dan tempat. Sudah sinonim beliau dengan tugas beliau iaitu AVCH . Beliau masih sebok menguruskan hal-hal berkaitan dengan gambar-gambar dan video pada majlis pengistiharan tersebut. Baguslah begitu, masih tidak jemu-jemu menabur bakti. Allah akan membalas budi dan jasa saudara selagi saudara ikhlas menabur bakti.

Dicelah-celah kelompok yang hadir juga kelihatan saudara Hassanmudin dan juga saudara Rahman Hospital. Setahu Pak Kaduk2, mereka ini bekerja di tempat yang sama dan telahpun bersara wajib. Mereka juga telah lama berbakti dan masih lagi kekal dalam pergerakan silat ini. Syabas. Berita terbaru yang Pak Kaduk2 dengar ialah saudara Hassanmudin telah dilantik sebagai ahli LPT. Syabas sekali lagi . Ingatkan dah pencen ni tak sebok dah, rupanya banyak kerja lagi ye. Baguslah, semoga dapat menjalankan tugas dengan baik.

Seorang lagi tokoh yang boleh dianggap kontroversi yang kelihatan ialah saudara Azman Johan @ Man Cina. Dia juga kelihatannya sangat bersemangat. Siapa sangka, dek kerana peristiwa pada 10 Mac 2006 yang lalu, berkaitan anak saudara beliau dan kerana tidak mahu memberi muka, beliau telah membuat laporan rasmi kepada persatuan dan selepas itu semuanya telah menjadi sejarah sehinggalah majlis pengisytiharan GU pada hari tersebut adalah tentetan peristiwa yang berlaku selepas laporan rasmi yang beliau buat. Beliau juga dengan penuh minat mengikuti perjalanan majlis pengisytiharan bersama-rakan yang lain. Saudara Asnawi pun ada, beliau kelihatan sebak apabila memeluk Encik Marwi Latif untuk mengucapkan tahniah di atas perlantikan Guru Utama. Tak apalah cik Nawi oooi, banyaklah bersabar, Allah sentiasa orang-orang yang bersabar. Banyak rahmat tersembunyi disebalik apa yang berlaku. Kita manusia kadang-kadang terlupa juga bahawa apa yang berlaku adalah atas ketentuan yang telah dtetapkan Allah swt. dan kita sebagai manusia tidak dapat menghalang ketentuan tersebut.

Wasssalam

Pak Kaduk2 – biar lama, semangat baru!

Read more...