Benarkah tatacara penyiasatan kes tidak adil?

2006/09/30

Benarkah tatacara penyiasatan kes aduan salah laku Mad Radhi tidak adil?
Juak-juak Mad Radhi dan Mad Radhi sendiri telah memukul canang ke seluruh pelusok nusantara kononnya tatacara penyiasatan dan penghakiman kes aduan salah laku beliau tidak betul dan tidak diterima. Seperti dalam surat kepada ahli-ahli MMT yang dihantar pada 3 September, Seluruh keluarga Ustaz Hanafi telah membuat kenyataan berikut:

”Kami dengan ini menegaskan kepada pihak tuan bahawa kami selaku keluarga Al-Marhum Ustaz Hanafi Haji Ahmad dengan tegas menolak sepenuhnya tatacara penyiasatan dan penghakiman, di mana kami sangsi tentang ketelusan dan kesahihan tatacara tersebut dijalankan dengan adil, saksama dan bebas dari unsur-unsur yang dipengaruhi oleh pihak-pihak yang tidak berkaitan”

Sebelum kita menceritakan tentang kes tersebut, lebih baik kita menceritakan persoalan tatacara? Apakah itu tatacara? Didalam kamus dewan, tatacara diberi makna adat resam atau adat istiadat. Makna lain yang lebih berkaitan kepada kes ini ialah proses kerja atau prosedur kerja. Makna yang diberikan oleh kamus dewan berkaitan proses kerja adalah seperti berikut ’Jujukan tindakan yang perlu diambil untuk menyelesaikan masalah atau menjalankan tugas’.

Pak Kaduk beranggapan tatacara yang dipertikaikan oleh Mad Radhi serta Keluarga Ustaz Hanafi ialah tentang kaedah yang digunakan oleh Jawatankuasa Penyiasat untuk menyelesaikan kes aduan salah laku. Tetapi malangnya mereka tidak menyatakan secara spesifik tatacara yang bagaimana yang mereka tidak setuju. Mereka sendiri nampaknya tidak mengetahui tatacara yang sebagaimana sesuatu penyiasatan dalaman bagi sesuatu organisasi dibuat. Amat malang juga apabila sebahagian dari ahli Keluarga Ustaz Hanafi sendiri menggotai Jawatankuasa Penyiasatan dan Jawatankuasa Penghakiman dan kemudian mereka mempertikaikan keputusan yang mereka buat sendiri. Kenapa mereka mempertikaikannya? Kerana keputusan tidak berpihak kepada Keluarga mereka. Encik Zainul Abidin (Abang Yang @ Joker) menganggotai Jawatankuasa Penghakiman manakala Encik Mokhtaruddin (Abang Tat) menganggotai Jawatankuasa Penyiasatan. Walaupun kedua-dua mereka ini tidak begitu ’cerdik’, tetapi demi untuk melibatkan dan mengambil kira sentimen Keluarga Ustaz Hanafi, mereka ini dimasukkan dalam senarai jawatankuasa.

Untuk pengetahuan ahli-ahli Silat Cekak Hanafi, penubuhan Jawatankuasa Penyiasat dan Jawatankuasa Penghakiman telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kebangsaan dengan keputusan ’suara penuh’, termasuklah juak-juak Mad Radhi yang menganggotai MMK. Mereka telah bersetuju dan mereka jugalah yang memberi komen bahawa tindakan persatuan menubuhkan jawatankuasa ini adalah satu tindakan yang amat profesional. Hatta Mad Radhi sendiri amat senang hati dengan senarai ahli jawatankuasa penyiasat yang ditubuhkan oleh MMK itu. Kenapa Mad Radhi amat senang hati? Jawapannya amat mudah, kerana majoriti ahli jawatankuasa tersebut adalah ’orang-orang Mad Radhi’. Beliau amat yakin bahawa keputusan jawatankuasa tersebut akan berpihak kepada beliau.

Untuk menunjukkan betapa ceria dan senang hatinya Mad Radhi terhadap penubuhan jawatankuasa tersebut, beliau dengan sukacitanya menghantar surat berehat dari jawatan Presiden. Alasannya ialah beliau tidak mahu mengganggu proses (tatacara) penyiasatan yang dijalankan.

Jawatankuasa Penyiasatan di pengerusikan oleh Tn Hj Yahaya Abdul Rahman, seorang ahli lama silat cekak di zaman Ustaz Hanafi dan juga pengamal undang-undang. Beliau telah bersidang dengan ahli jawatankuasa beliau (Mohd Daud Sutan, Mokhtaruddin Hj Hanafi, Mohd Azhar Mohd Ali, Roslan Abdul Rashid dan Tengku Azlina) dan telah bersetuju bahawa hanya dua kes sahaja yang perlu disiasat dari sejumlah senarai aduan yang diterima. Berdasarkan kes tersebut, mereka telah bersetuju untuk memanggil semua mereka-mereka yang terlibat untuk memberi keterangan termasuklah pengadu dan juga Mad Radhi sendiri.
Selepas semua keterangan diambil, jawatankuasa bersidang beberapa kali untuk membuat kesimpulan dan rumusan kes-kes yang di siasat. Selepas memberikan pendapat dan pandangan dan semuanya direkodkan, kesemua mereka telah bersetuju dengan kesimpulan kes dengan cara menandatangani dokumen laporan rasmi jawatankuasa penyiasat. Laporan tersebut kemudiannya diserahkan kepada jawatankuasa penghakiman untuk dikaji dan mengadili kes.

Berbalik kepada soalan asal iaitu tatacara penyiasatan yang ’tidak betul’. Tatacara yang mana satu yang tidak betul? Sebenarnya proses yang dijalankan oleh Jawatankuasa Penyiasat adalah satu proses yang standard dan biasa dilakukan oleh mana-mana organisasi. Mereka memanggil saksi-saksi, pengadu dan yang tertuduh untuk memberikan keterangan. Kemudian berdasarkan kepada keterangan semua mereka, kesimpulan dan rumusan kes boleh dibuat.

Jadi tatacara di atas tidak dipersetujui? Mungkin Mad Radhi mahukan proses penyiasatan yang lebih ’brutal’ dilakukan seperti mana yang dilakukan oleh pihak berkuasa. Dihentam dan disepak terajang dahulu sebelum soal siasat dibuat. Selagi tidak mengaku selagi itulah di ’hentam’ secukup rasa. Kalau tatacara begitu yang Mad Radhi mahukan, maka kita tidak ada masalah, kita serahkan saja kepada pihak berkuasa. Mereka lebih arif tentang tatacara penyiasatan.....
Pemimpin mengajukan kebijaksanaan ,mesti di isi dengan kesempurnaan..bukan cakap tak serupa bikin...

Read more...