Benarkah Amruddin hendak menjadi Guru? Siri akhir

2006/10/09

Kekalutan di pihak keluarga Ustaz Hanafi sekarang amat memalukan Ustaz Hanafi. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Nama Ustaz Hanafi harum seluruh nusantara oleh kerana ketokohan dan ilmu beliau, tetapi keluarga beliau telah menabur najis atas pusara beliau. Busuknya bau itu akan juga meresap ke seluruh nusantara. Tiada sesiapa lagi yang boleh dipersalahkan kecuali Mad Radhi dan adik-beradik beliau. Nasi sudah menjadi bubur. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Berita terbaru yang diterima pula ialah Mad Radhi telah bertindak kurang ajar sekali lagi terhadap anak murid beliau dengan tindakan yang tidak siuman menampar anak murid tersebut kononnya marah kerana anak murid ’membawa mulut’ mencerita perkara tidak elok tentang diri beliau. Kalau diri dah tidak elok, apa lagi yang boleh dicerita selain cerita-cerita sensasi tentang aktiviti ’jilat-menjilat’ beliau. Tindakan beliau menampar anak murid tersebut membuktikan beliau adalah manusia yang pendek akal dan dangkal serta kurang cerdik dalam menghadapi situasi semasa. Mungkin beliau mahu menunjukkan yang beliau juga samseng kepada juak-juak beliau yang turut bersama di hospital UKM sewaktu melawat seorang ahli yang ditimpa kemalangan di hospital tersebut semalam (8 Oktober 2006). Peristiwa yang disaksikan oleh ramai ahli itu juga adalah bukti yang sangat jelas bahawa beliau tidak mampu untuk meneruskan tugas beliau sebagai pemimpin dan sudah selayaknyalah beliau disisih seperti mana yang dilakukan oleh pihak pentadbir pusat. Busuknya perangai Mad Radhi ini akan dapat diketahui dalam siri rencana atas tajuk yang lain. Cerita beliau bersama-sama juak-juak beliau bercanda bersama perempuan-perempuan yang pilih khas sewaktu mereka berada di Sabah serta aktiviti beliau di Concorde Hotel, Kuala Lumpur akan di paparkan. Juga akan dipaparkan apakah riaksi isteri-isteri juak-juak beliau apabila mendapat tahu cerita suami mereka tidaklah sebersih dan sejujur seperti yang disangkakan.

Personaliti Amruddin Buang

Berbalik kepada cerita Amruddin Buang ini. Elok rasanya kita mengenali personaliti Amruddin Buang secara ringkas. Siapa yang biasa bersama-sama dengan Amruddin akan mengetahui ’character’ beliau secara tidak langsung. Yang pertama yang perlu kita ketahui ialah beliau tidak suka bercerita buruk tentang orang lain. Pergilah tanya beliau tentang cerita-cerita yang tidak sedap didengar. Beliau tidak akan cerita. Yang akan diberitahu ialah beliau tidak tahu. Itulah jawapan ‘standard’ yang beliau akan berikan. Keduanya ialah beliau seorang yang berpegang kepada berprinsip. Jika beliau mengatakan beliau akan patuh, maka beliau akan patuh. Itulah sebenarnya yang berlaku dalam peristiwa perletakan jawatan beliau sebagai Naib Presiden. Apabila pihak MMT masih mahu mengekalkan Mad Radhi sebagai Guru Utama sedang beliau telah didapati bersalah oleh persatuan, maka beliau mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan. Itulah prinsip beliau. Sayugia diingatkan bahawa, sebagai ahli MMT, beliau juga telah bersumpah untuk mematuhi segala keputusan MMT. Oleh kerana keputusan MMT tidak selari dengan keputusan persatuan dimana Amruddin juga sebagai sebahagian ahli yang membuat keputusan, maka keputusan perletakkan jawatan itu adalah jawapan yang paling baik untuk beliau.

Beliau juga seorang yang mudah didekati dan mudah diajak berbincang. Beliau sedia membantu dan berkongsi pengalaman. Kita tidak akan rasa ada jurang yang wujud apabila berbicara. Ini kerana beliau seorang yang ’low profile’ dan tidak banyak kerenah serta tidak suka menunjuk-nunjuk. Dari segi kerja, beliau selalunya ingin mempermudahkan segala-gala perkara dan tidak mahu menyusahkan orang lain. Sebab itu bekerja dengan beliau adalah amat selesa rasanya. Beliau juga seorang yang praktikal dan sentiasa berfikiran positif, tidak buruk sangka dan seorang yang berani membuat keputusan. Satu perkara yang ketara tentang beliau adalah beliau seorang yang bercakap dan berhujah berdasarkan fakta dan bukannya ikut rasa. Sebab itu ramai yang ’mati akal’ berhujah dengan beliau jika tidak cukup bersedia. Semua orang tahu akan perkara ini. Inilah kelebihan beliau sebenarnya. Sehinggakan Mad Radhi yang kononnya hebat, bila mahu berjumpa Amruddin untuk menceritakan peristiwa cabul yang hangat ceritanya di pasaran sekarang juga kalut dan tak senang duduk dibuatnya. Mad Radhi dan juak-juak beliau telah mengadakan persidangan tergempar untuk mereka cerita yang sebaik mungkin untuk dipersembahkan kepada Amruddin. Mad Radhi sangat khuatir terhadap Amruddin kalau-kalau beliau tersalah cakap, habislah rahsia terbongkar!

Apa salahnya kalau Amruddin menjadi Guru?

Salahkah kalau Amruddin dilantik menjadi Guru Utama Silat Cekak Hanafi? Siapa yang nak membantah? Beliau sememangnya layak. Malah beliau mempunyai semua ciri-ciri yang diperlukan untuk menjadi seorang Guru Utama Silat Cekak Hanafi. Beliau seorang faham tentang perjuangan yang dibawa Ustaz Hanafi, mempunyai pengetahuan yang tinggi dan pengalaman luas dalam selok-belok persilatan dan pentadbiran. Beliau boleh mentadbir dengan baik, mempunyai personaliti yang dikagumi dan berkemampuan meneruskan perjuangan yang telah dirintis oleh Ustaz Hanafi. Kalau beliau sudi menjadi Guru Utama, saya akan menjadi penyokong pertama mengishtiharkan sokongan kepada beliau. Tetapi seperti biasa Mad Radhi akan sentiasa mempertikaikannya. Modal Mad Radhi seperti biasa, nak jadi guru mesti ada 'cutting'. Ini modal beliau untuk tidak membenarkan orang lain menjadi guru walapun adik-beradik beliau. Itulah yang dikatakan kepada Zainul Abidin, Mokhtaruddin dan Jamaluddin. Kononnya 'cutting' macam beliau saja yang layak. Kita ingin bertanya, 'cutting' Mad Radhi ni cutting apa? Bagi orang-orang yang sudah mengetahui, mereka akan tersenyum sendiri.... 'Cutting' Mad Radhi ni adalah cutting yang tidak begitu elok rupa bentuknya. Cutting binatang yang suka menyondol ini sebenarnya diserlahkan dengan perangai Mad Radhi yang suka menyondol dan menjilat. Itulah cuttingnya.... Tetapi cutting Amruddin cutting yang 'boleh pakai'. Ada banyak lagi anak murid Ustaz Hanafi yang mempunyai cutting yang elok dan boleh dilantik menjadi guru.

Masalahnya, mahukah Amruddin menjadi guru? Jawapannya telah diketahui sejak awal lagi yang beliau tidak akan menjadi guru walaupun di paksa. Itulah PRINSIP Amruddin yang kita kenal. Oleh itu tak perlulah ada juak-juak Mad Radhi yang cuba mengada-adakan cerita tentang perkara ini lagi. Cerita kononya Amruddin nak jadi guru juga terhenti sampai di sini.......

Akhir Kalam.

Read more...