HARI JUMMAT YANG DI BERKHATI

2007/01/28

Hari jumaat lagi? penuh keberkatan sungguh hari jumaat ini.

Dari turutan kejadian mencabul kehormatan gadis sunti yang berlaku pada hari jumaat bersamaan 10 Mac 2006 dan telah 10 bulan berlalu, maka berlakulah satu lagi keberkatan di hari jumaat ini. ia itu pada jam 01.30 pagi 26 Jan 2007 bersamaan 7 Muharam (angka 7 juga minat sungguh dengan no 7 ini) Mad Radhi @ Harimau Belantara yang kisahnya di paparkan di muka hadapan akhbar Harian Metro telah di ambil oleh Polis D9 (Bahagian Siasatan Khas) yang ketika itu di kabarkan Mad Radhi sedang memberi "ceramah" di hadapan pengikut pengikutnya termasuklah abangnya si Moktarudin, Pihak Polis telah menjemput Mad Radhi untuk memberi ceramah didalam "lock up" pula.

Maka berteberanlah maklumat berita penangkapan ini disegenap pelusuk, ada yang terkujat ada yang memanjatkan syukur, tidak kurang juga, yang tidak boleh menerima dan menganggap ini sebaran berita palsu dari mereka mereka yang ingin menjatuhkan guru utama.

Didalam kealpaan, kelekaan dan keseronokkan juak juak dan Mad Radzi pihak D9 telah menjemput Mad Radzi dihadapan penyokong dia sendiri " kerja tuhan tiada siapa pun tahu " soalan nya dimanakah ilmu 'hakikat' sahingga gerakan dan kehadiran D9 tidak dapat dirasa? dimanakah 'bisik semak'? dah jadi 'biji menyemak" agaknya.

Handal lagi anggota polis tersebut yang dapat menghidu gerakkan Mad radhi dan sebagai menghormati "tuan guru" mereka memilih 7 Muharam 1428 untuk menjemput Mad Radhi kerana mereka juga tahu kesukaan "tuan guru' ini pada angka 7.

Yang bagusnya ( Pak Kaduk tak heran pun bila dimaklumkan perkara ini) Ada dikalangan juak juak di ketika ini masih lagi nak berbohong dengan mereka mereka pelbagai andaian dan dongengan baru.Berbohonglah banyak banyak ,tambah dan tambahlah lagi dosa tu sama macam "tuan guru" pembohong tu. Jika sebelum ini mereka mengatakan tiada laporan polis dibuat kerana Mad Radhi masih lagi bebas bergerak dan dengan sombongnya Mad Radhi mengatakan dia akan mengambil tindakan undang undang terhadap keluarga mangsa dengan tujuan meyakinkan pengikut pengikutnya bahawa tiada laporan polis dibuat.

Kini bila Mad Radhi di "jemput" oleh polis mereka mengatakan tangkapan dibuat diatas kesalahan berhimpun secara haram. Ada juga yang mengatakan laporan ini baru sahaja dibuat dan akibat tekanan dengan keadaan semasa ( merujuk pada kes Man Datuk) dan tekanan dari pihak atasan maka tindakan telah diambil. Jika tuan tuan masih ingat Pak Kaduk pernah menyatakan jika Mad Radhi di cekup, ini akan membabitkan nama Hj Amrudin juga kerana hubungan baiknya dengan adik kepada Ketua Polis Negara.

Macamlah polis ini tidak ada tatacara kerja. kalau guru mereka tu lainlah di beri Tahta dah jadi gila kuasa, diberi Harta dah menjadi tamak haloba ada Wanita habis di???.sendiri mau ingat.
Sekarang ini dikabarkan juak juak sedang bertempiaran kesana kemari untuk mencari penyelesaian untuk menyelamatkan Mad Radhi dan telah di ujudkan tabung untuk membantu Mad Radhi dan jika boleh diberi cadangan ingin Pak Kaduk membuat cadangan sekiranya nya benar kasih terhadap Guru apa kata juak juak ini ramai ramai tidor sama di dalam "lockup" temankan "GU kita" supaya tidak kesunyian, ini lah masa terbaik untuk menunjuk kesetiaan kita.

Walaupun apa yang terjadi di kemudian hari, walaupun Mad Radhi didapati bersalah juak juak ini akan tetap menyokong Mad Radhi kerana Mad Radhi seorang "guru" hebat. Tak percaya? tunggu dan lihat sahajalah nanti. Akan berulang lagi sejarah Ishak Hitam.

Read more...

NUR HANAFI……Ustaz Hanafi Dalam Kenangan – 4

2007/01/25



Latar belakang pendidikan (Formal & Tidak Formal)

Ustaz Hanafi melalui pelbagai proses pendidikan baik secara formal mahupun tidak formal. Beliau mempunyai ramai guru-guru yang mendidik beliau dalam berbagai bidang baik perubatan, persilatan mahupun agama. Berbagai cara pendidikan yang dilalui antaranya:

i- Belajar di sekolah pondok

Ustaz Hanafi mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Gunong, Alor Setar, Kedah dalam tahun 1929 ketika berusia enam tahun. Beliau berhenti sekolah ketika berada di dalam darjah empat . Setelah berhenti dari sekolah Melayu, Ustaz Hanafi telah mengaji di pondok Kampong Alor Goncah, Mukim Gunong, Alor Setar, Kedah yang terletak kira-kira dua batu dari rumah beliau. Pondok ini di bawah pengawasan Hj Osman Lebai Zain. Pada tahun 1935, setelah belajar selama dua tahun di pondok tersebut, Ustaz Hanafi telah dipecat dari terus mempelajari di pondok tersebut kerana di katakan berkelakuan tidak senonoh kononnya beliau telah menikam curi ponggong seorang kawan pada suatu malam dengan sebilah pisau lipat dari bawah pondok. Tindakan tanpa siasatan oleh pihak pentadbir sekolah tersebut menyebabkan ibu bapa Ustaz Hanafi berasa malu.

Setelah berhenti pada tahun 1936, setahun selepas itu, beliau dihantar oleh bapanya mengaji di pondok Guar Chempedak , Kedah kira-kira 23 batu dari rumahnya. Pondok tersebut dikendalikan oleh Hj Abdul Majid dan Yahaya Jonid dan beberapa guru yang lain mengajar agama dan sekolah Arab. Oleh kerana kedudukan yang jauh dari rumah, Ustaz Hanafi tinggal bersama 400 rakan-rakan sekolah di pondok tersebut dan hanya pulang ke rumah sebulan sekali. Namun kerana kurang kesuaian, selepas hanya setahun berlajar di sekolah tersebut, Ustaz Hanafi telah berhenti dari sekolah tersebut. Beliau akhirnya pulang ke kampung dan belajar dengan beberapa orang guru antaranya:

-Hj Bukhari bin Hj Hasan dari Kampong Pinang, Mukim Pengkalan Kuno, Alor Setar
-Hj Hanafiah , bapa saudara beliau dari Anak Bukit, Alor Setar
-Hj Lah dari Cegar Pantai Johor, Kedah

Pengajian beliau dengan mereka ini menambahkan ilmu pengetahuan tentang ilmu bayan dan maani (ilmu bagi memahami isi-isi Al-Quran), hadis dan bahasa Arab. Namun pembelajaran beliau bersama mereka ini juga tidak lama….

ii- Belajar ilmu silat dan ilmu kebatinan dengan Pak Ngah Sharif

Di peringkat awal, Ustaz Hanafi telahpun mempelajari dan mengkaji beberapa jenis silat antaranya Silat Gayong Petani, Terelek, Kuntau Siam, Tomoi Siam, Sepelet dan lain-lain lagi. Pada pandangan beliau silat-silat tersebut hanya sesuai untuk pertunjukan sahaja dan terdapat beberapa amalan yang karut yang bercanggah dengan agama. Beliau mahu mencari ilmu silat yang benar-benar bersih dari perkara yang karut-marut, bermutu tinggi dan dapat menjaga keselamatan orang yang menggunakan ilmu silat tersebut.

Ustaz Hanafi mendapat tahu ada seorang pendekar yang handal pada waktu tersebut yang bernama Pak Ngah Sharif. Pak Ngah Sharif berasal dari Kubang Jelai, Tokai, Kedah. Kehandalan Pak Ngah Sharif menjadi bualan orang ketika itu. Beliau pernah mengalahkan orang-orang Siam di gelanggang Tomoi Siam di Thailand. Ustaz Hanafi amat berhajat menemui Pak Ngah Sharif tetapi sering tidak kesampaian kerana Pak Ngah Sharif sentiasa merantau untuk menjual ubat. Pak Ngah Sharif pernah menjelajah seluruh Tanah Melayu (Semenanjung), Thailand, Burma (Myanmar) dan Indo-China. Beliau pernah meniaga emas, intan, berlain dan kuda, akhir sekali menjual ubat. Usaha Ustaz Hanafi untuk bertemu dengan Pak Ngah Sharif tidak sia-sia apabila pada suatu hari apabila bapa beliau menunjukkan kepada beliau ke satu tempat di mana orang ramai sedang berkumpul menyaksikan orang menjual ubat dan orang yang berada di tengah-tengah kumpulan itulah yang bernama Pak Ngah Sharif. Pertemuan pertama kali pada hari tersebut hanya seketika sahaja kerana Pak Ngah Sharif sebok melayan pelanggan. Pertemuan berikutnya berlaku di Sungai Pantai Johor, Alor Setar tidak lama selepas itu.

Ustaz Hanafi kemudiannya diserahkan oleh bapa beliau untuk belajar dengan Pak Ngah Sharif. Peristiwa ini berlaku pada tahun 1942, iaitu pada usia Ustaz Hanafi 19 tahun. Dengan itu bermulalah juga satu era dan permulaan Ustaz Hanafi belajar ilmu silat dan ilmu kebatinan (ketuhanan) dari Pak Ngah Sharif. Pada ketika itu para penuntut tidak dikenakan bayaran jika menuntut ilmu, hanya cukup sekadar dengan sumbangan tenaga kepada guru dengan melakukan kerja-kerja kampung untuk guru seperti memotong kayu, bersawah, menyangkul, menanam tebu dan sebagainya. Sewaktu lapang, baharulah Pak Ngah Sharif mengajar ilmu silat iaitu Silat Sendeng dan asas-asas ilmu kebatinan kepada Ustaz Hanafi. Selain melakukan kerja-kerja rumah, Ustaz Hanafi juga turut membantu dan mengikut Pak Ngah Sharif merantau sambil menjual ubat. Lama-kelamaan beliau mula mengetahui selok-belok menjual ubat dan juga mengenali ramai kawan-kawan Pak Ngah Sharif. Selepas itu beliau mula menjual ubat secara bersendirian pula tetapi semua yang dilakukan pada waktu itu adalah untuk guru beliau. Semenjak tinggal bersama Pak Ngah Sharif, Ustaz Hanafi banyak mempelajari ilmu-ilmu berkaitan kepahlawanan, ilmu perempuan, ubat-ubatan dan juga silap mata. Ustaz Hanafi juga telah diajar membuat sejenis julab yang sangat mujarab kepada kesihatan manusia. Julab tersebut bernama Ya Tai Ok Soon (bahasa Siam) dan telah ditukar oleh Ustaz Hanafi kepada nama Julab Abadi.

Asas pendidikan kebatinan yang diajar oleh Pak Ngah Sharif banyak membawa perubahan dalam hidup Ustaz Hanafi. Dari pendidikan yang diajarkan oleh Pak Ngah Sharif itulah beliau menyedari bahawa bukanlah mudah untuk mendapatkan satu ilmu yang baik. Beliau perlu berusaha bersungguh-sungguh dan berkorban dan mengharungi berbagai dugaan dan pahit maung untuk mendapatkan. Ianya juga memerlukan masa yang lama dan keyakinan yang tinggi untuk mendapat ilmu yang baik. Beliau juga sedar bahawa ilmu yang baik hanya ada pada orang-orang yang tertentu sahaja. Setelah belajar selama tiga tahun sehingga 1945 dengan Pak Ngah Sharif, Ustaz Hanafi mula melangkah sendiri. Beliau mula merantau keseluruh tanah air untuk menjual ubat sambil mencari lagi guru yang dapat meningkatkan kefahaman batin beliau. Semasa perantauan beliau inilah beliau dapat berjumpa dengan ramai tokoh yang masyhur antaranya :

-Cek Salleh bin Hj Abdul Rahman Limbong, murid Said Abdul Rahman, Paloh, Terengganu yang masyhur dengan alimnya.

-Kiai Muhamad Fadullah Suhaimi dari Singapura yang masyhur dalam bidang perundangan Islam (Syariah)

-Sheikh Osman Cincin dari Perak yang masyhur dengan ilmu kebal

-Abdullah Salleh yang masyhur dengan gelaran Cek Lah Keramat dan masyhur dengan ilmu perubatan tradisional di Terengganu.

Dua tahun selepas tamat belajar dengan Pak Ngah Sharif, beliau telah menamatkan zaman bujang beliau dan telah mendirikan rumah tangga. Namun begiut, oleh kerana minat beliau yang mendalam untuk mengkaji dan mendalami ilmu ketuhanan, beliau meneruskan kerja beliau dengan cara menjelajah ke seluruh tanahair menjual ubat sambil mencari guru hakikat yang boleh menyimpulkan kefahaman tauhid beliau walaupun beliau telah berkahwin. Beliau selalu meninggalkan isteri dan anak-anak beliau dalam usaha beliau menjual ubat dan juga mencari guru yang dapat menyimpulkan fahaman kebatinan beliau.

iii- Belajar dengan Hj Zain bin Lebai Abdul Rahman

Seperti yang telah disebutkan, beliau meneruskan kerja menjual ubat dengan cara menjelajah ke seluruh tanahair sambil mencari guru hakikat yang boleh menyimpulkan kefahaman tauhid beliau. Selepas hampir sepuloh (10) tahun mencari, akhirnya pada tahun 1957 iaitu pada usia beliau 34 tahun, Ustaz Hanafi telah bertemu dengan Hj Zain bin Lebai Abdul Rahman yang tinggal di Pantai Johor, Alor Setar, Kedah. Pak Hj Zain selalu berada di Pekan Rabu kerana menjual kitab-kitab ugama. Ustaz Hanafi sebenarnya tidak mengenali Pak Hj Zain sehinggalah pada satu ketika berlaku peristiwa cabar-mencabar mengenai pegangan agama masing antara mereka berdua di Pekan Rabu yang hampir melibatkan pergaduhan. Ustaz Hanafi mula menyedari Pak Hj Zain mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam ilmu ketuhanan selepas peristiwa tersebut dan mahu berguru dengan beliau.

Ustaz Hanafi mula belajar dengan Pak Hj Zain pada tahun 1957 hinggalah Pak Hj Zain meninggal dunia pada tahun 1975 (jangka masa 18 tahun). Dalam masa beliau belajar itu jugalah, beliau ada bekerja sebagai Pegawai Zakat dan kemudiannya mengembangkan Silat Cekak. Cara belajar dengan Pak Hj zain adalah dengan cara tidak formal iaitu dengan cara berbual dan membaca kitab. Dalam masa tersebut , beliau juga belajar Silat Cekak ini dari Encik Yahaya Said pada tahun 1965 dan seterusnya mengembangkan silat tersebut walaupun Pak Hj Zain kurang bersetuju dengan tindakan meneruskan niat mengembangkan Silat Cekak.

Kitab yang diajar oleh Pak Hj Zain adalah Kitab Hikam Ibni Ataillah yang telah diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Al Alim Al Hammah Al Fadhilah, yang bergelar Tok Pulau Manis Terengganu. Semasa berguru dengan Hj Zain jugalah Ustaz Hanafi merasakan beliau telah menemui apa yang dicari selama ini. Melalui Pak Hj Zain dan sebelumnya Pak Ngah Sharif, Ustaz Hanafi dapat memutuskan kefahaman kebatinannya. Yang dimaksudkan dengan fahaman kebatinan ialah MEMBERSIHKAN HATI ATAU MENGHILANGKAN SAKIT JIWA SEPERTI TUBUH BOLEH BERPENYAKIT, ROH JUGA BERPENYAKIT (RISAU, SOMBONG, GILA PANGKAT DAN LAIN-LAIN LAGI). Penyakit jiwa ini mesti dibuang supaya roh dapat berhubung dengan Allah swt dengan tenang dan khusyuk. Setelah roh mendapat sejahtera, tubuh juga akan beroleh kesejahteraan dan dapat mencapai kebahagian di dunia dan di akhirat. Tujuan besar menghilangkan penyakit jiwa supaya roh jangan ditakluki oleh hawa nafsu. Hidup didunia mestilah dengan tujuan untuk menjadi HAMBA ALLAH. Oleh itu hidup di dunia ini hanya bertuhankan Allah semata-mata. Tidak takut menghadapi kenyataan, susah dan senang dirasakan sama sahaja kerana hidup, mati dan rezeki telah ditentukan oleh Allah swt. Manusia hanya berusaha, hasilnya adalah dari Allah swt.

Menurut pegangan Ustaz Hanafi, hanya kepada tuhan tempat bergantung dan Nabi Muhamad sebagai ikutan dan pedoman. Selain dari dua perkara tersebut beliau tidak pedulikan, umpamanya kepada wali-wali allah. Kerana seorang yang menjadi wali Allah itu adalah atas KURNIA oleh Allah . Jadi sesiapapun boleh menjadi wali Allah asalkan ia seorang yang kuat kenyakinan dan tegoh pendirian kepada Allah. Dengan fahaman inilah dapat mententeramkan hati, fikiran dan memancarkan cahaya perjuangan di dalam hidupnya. Fahaman iktikad yang diamalkan oleh Ustaz Hanafi ialah iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu ahli yang mengikut sunnah Rasullullah dan sahabat-sahabat baginda…




Pak Kaduk - akan datang - usaha awal mengembangkan Silat Cekak

Read more...

NUR HANAFI………Ustaz Hanafi Dalam Kenangan - 3

2007/01/23


Ustaz Hanafi dikatakan manusia luar biasa di zaman beliau atas sebab perwatakan dan keperibadian beliau. Beliau disegani dan dihormati oleh kawan dan lawan. Oleh kerana Pak Kaduk tidak ada lagi di dunia sewaktu di awal perkembangan Ustaz Hanafi, maka Pak Kaduk terpaksa menggunakan rujukan-rujukan tertentu untuk disiarkan dalam penulisan Pak Kaduk ini. Salah satu dokumen yang Pak Kaduk masih simpan hingga ke hari ini ialah dokumen kajian ilmiah yang telah dihasilkan oleh isteri Naib Presiden, Tn Hj Md Nasir Md Arshad iaitu Pn Hajjah Halimah Haji Ahmad (Kak Limah) pada tahun 1978 sewaktu Kak Limah belajar ditahun akhir di Universiti Malaya Kuala Lumpur. Kajian ilmiah (thesis) tersebut bertajuk ‘Hanafi Haji Ahmad dan Seni Silat Cekak’. Penulisan di dalam dokumen tersebut Pak Kaduk siarkan semula (dengan izin) untuk mengimbau noltalgia terhadap Ustaz Hanafi. Walaupun Pak Kaduk percaya ramai yang memiliki dokumen tersebut, tetapi mungkin ramai yang telah terlupa dan tidak tahu dimana letaknya. Atau mungkin juga ramai penuntut Silat Cekak sekarang yang tidak mengetahui tentang kewujudan dokumen tersebut. Pak Kaduk percaya penuntut Silat Cekak zaman sekarang tidak didedahkan tentang dokumen tersebut kerana tidak mahu nama dan kewibawaan Ustaz Hanafi meniti dibibir penuntut yang mana ini mungkin menenggelamkan reputasi guru semasa.

Pak Kaduk siarkan kembali kisah silam mengenai Ustaz Hanafi seperti yang tercatit di dalam kajian ilmiah tersebut dengan beberapa tambahan dan penyesuaian dibuat tetapi tidak melarikan fakta. Usaha ini adalah untuk memberitahu kepada generasi muda Silat Cekak supaya sedikit sebanyak dapat mengetahui dan mengenali siapakah dia Ustaz Hanafi Haji Ahmad. Hayatilah bagaimana susahnya Ustaz Hanafi mencari ilmu dan telah berlajar dengan ramai guru-guru dalam berbagai bidang semata-mata untuk mencari kesimpulan tentang hidup dan kemudiannya untuk diturunkan kepada anak murid beliau. Pengajaran yang hendak Pak Kaduk sampaikan di sini ialah, untuk menjadi orang yang berilmu dan berpengetahuan, kita perlu berusaha dan mencari ilmu dan berguru dengan sesiapa yang mempunyai ilmu. Bukan hanya duduk diam dan mengharapkan orang datang mengajar kita. Ilmu pengetahuan tidak akan datang bergolek kepada kita kerana setiap ilmu itu perlu ada guru yang mengajarnya. Oleh itu kitalah yang harus berusaha untuk mendapatkan ilmu. Bukannya didapati secara ‘magik’ seperti mana ramai dari kita generasi sekarang fikirkan. Bukanlah semudah itu untuk menuntut ilmu.

Seperti yang telah kita ketahui, Ustaz Hanafi dilahirkan pada tahun 1923 di Kampung Sungai Baru, Mukim Gunong, Alor Setar, Kedah. Beliau merupakan anak sulong kepada tujuh orang adik beradik. Beliau mendirikan rumah tangga pada tahun 1947 semasa berumur 24 tahun. Hasil perkongsian hidup rumahtangga beliau, telah dikurniakan enam orang cahaya mata, lima lelaki dan seorang anak perempuan. Sekarang ini, kesemua anak-anak Ustaz Hanafi telah mendirikan rumahtangga dan tinggal di sekitar Kuala Lumpur bersama-sama keluarga masing kecuali anak yang bongsu perempuan yang masih tinggal bersama-sama ibu beliau di rumah peninggalan Ustaz Hanafi di Taman Seri Keramat, Kuala Lumpur.

Kita semua juga tahu bahawa Ustaz Hanafi adalah pengasas Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia setelah menerima ilmu Silat Cekak daripada Encik Yahaya Said, melalui Perkumpulan Seni Sari Budaya Seri Kedah. Selain memegang jawatan Guru Utama, beliau juga memegang jawatan sebagai Presiden Persatuan Seni Silat Cekak, sebuah persatuan yang diasaskan oleh beliau untuk mengembangkan ilmu silat cekak. Sepanjang menjalankan tugas tersebut, Ustaz Hanafi juga mengajar ugama dengan mengadakan ceramah-ceramah ugama dan kursus tauhid. Sebelum mengasaskan silat ini, Ustaz Hanafi pernah mempelajari Tomoi Siam, Silat Sendeng, Silat Terelak dan akhir sekali Silat Cekak. Ustaz Hanafi meninggal dunia pada 13 Ogos 1986 di rumah beliau di Taman Seri Keramat, Kuala Lumpur pada usia 63 tahun. Jenazah beliau disemadikan di tanah perkuburan Islam, Keramat Permai, Kuala Lumpur. Beliau meninggalkan seorang balu dan enam orang anak. Dan yang paling penting beliau telah meninggalkan PERJUANGAN beliau kepada kita untuk kita semua teruskan.

Perwatakan Ustaz Hanafi

Ustaz Hanafi adalah manusia yang ‘simple’ dalam kehidupan tetapi tegas dalam membuat keputusan. Ustaz Hanafi tidak mudah percaya kepada orang lain tanpa disertakan hujah dan sebab dan musababnya. Setiap perkara yang dinyatakan kepada beliau perlu dibuktikan kenyataannya samada benar ataupun tidak. Di waktu kecil, beliau merupakan seorang yang degil kerana tidak mengikut nasihat orang Bila beliau dewasa, sifat tersebut masih kekal.

Beliau juga seorang yang bijak. Kebijaksanaannya membolehkan beliau berfikir dan merancang serta membuat keputusan sendiri tanpa meminta pandangan orang lain. Ustaz Hanafi juga seorang yang pandai berhujah, agresif, berjiwa Melayu tulen, bijak dan hanya menerima nasihat jika kena pada tempatnya. Beliau tidak suka menonjol diri, tidak suka diampu dan mengampu, pendiriannya tegas dan pandai menyesuaikan diri. Pakaiannya mengikut aliran zaman. Beliau juga seorang yang cergas, rajin membaca, cenderong pada keagamaan dan mempunyai jiwa dakwah yang kuat. Oleh itu Ustaz Hanafi memang lebih dari layak untuk menjadi seorang pemimpin.

Ustaz Hanafi juga suka menolong orang-orang yang susah, beliau tidak kagum dengan orang hartawan dan berpangkat. Fikiran beliau maju kehadapan dan dapat mengatasi pendapat orang lain dalam segala bidang samada agama, politik mahupun silat. Sejak dari kecil beliau merupakan seorang yang berani pada jalan yang benar, berani bertikam lidah dengan sesiapa sahaja dan berani mengeluarkan pendapat beliau. Fahaman kebatinannya terhadap Allah swt sangat dalam dan beliau suka mencari benda-benda ajaib yang berlandaskan agama Islam.

Ustaz Hanafi banyak mempelajari dari pengalaman beliau sendiri, melalui pembacaan yang luas dan guru-guru yang didampingi beliau. Peribadi beliau yang tidak mahu bertolak ansur dengan orang lain kerana berpendirian tegas. Beliau bukan merupakan seorang konservatif dan liberal dalam hal-hal yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Mempunyai fahaman yang luas dalam bidang agama. Mengkaji sampai ke intipatinya dan ajarannya mengenai Islam mudah difahami.

Anak-anak murid Ustaz Hanafi melihat beliau seorang yang sangat merendah diri, tidak mengaku pandai dan hebat, tidak suka merendah-rendakan martabat orang lain, tidak minta dihormati atau di sanjung. Beliau boleh diibarat seperti seorang bapa pada satu masa dan pada masa yang lain sebagai sahabat, guru agama dan guru silat. Ustaz Hanafi tidak kedekut dan makan duit anak murid. Beliau juga tidak suka berhutang. Pengetahuan agama beliau amat tinggi, amalan syariat beliau sangat dititik beratkan. Hatta walau kemana beliau pergi, beliau sentiasa tidak mengabaikan suruhan Allah swt. Beliau tidak membesar diri dan menunjuk-nunjuk, tidak meminta-minta. Beliau juga amat kasih kepada para anak murid dan pentadbir-pentadbir yang bersama beliau. Yang paling penting ialah Ustaz Hanafi tidak mengambil kesempatan ke atas anak murid beliau.

Kegemaran

Ustaz Hanafi amat berminat dengan silat. Beliau gemar membuat kajian tentang silat melayu yang di ada di kampung beliau dan juga kampung sekitar. Beliau juga seorang yang gemar membaca buku-buku berkaitan pahlawan-pahlawan Melayu, kelebihan wali-wali Allah, ugama Islam dan tentang perundangan Islam. Buku perundangan Islam karya Kiai Muhammad Fadullah Suhaimi dari Singapura merupakan buku yang diminati oleh beliau kerana Kiai Muhammad mempunyai fahaman yang sederhana. Kiai ini tidak memandang rendah fahaman-fahaman mazhab Islam seperti Shafie, Hambali, Maliki dan Hanafi.

Ustaz Hanafi juga mempunyai kegemaran yang agak aneh iaitu kegemaran menziarahi makam-makam pahlawan dan ulamak-ulamak yang soleh lagi keramat, umpamanya beliau pernah menziarahi makam Tuan Hussein di Titi Gajah, Tuan Sheikh Abdul Jalil, Mufti Negeri Kedah yang meninggal dunia lebih 200 tahun yang lampau di Tanjung Pauh, Jitra, Kedah; makam Tok Pulau Manis di Terengganu, makam Tuan Syed Abdul Rahman di Kampung Paloh, Terengganu dan makam Syed Salleh anak Al-Marhum Hj Abdul Rahman Limbong juga di Terengganu.


Siri seterusnya – latarbelakang pendidikan Ustaz Hanafi

Read more...

NUR HANAFI………..Ustaz Hanafi Dalam Kenangan - 2

2007/01/20

Setelah beberapa siri Pak Kaduk membentangkan tentang perihal kelakuan anak-anak dan keluarga Ustaz Hanafi yang mana banyak memalukan Ustaz Hanafi, maka penulisan Pak Kaduk pada kali ini ingin menyingkap siapakah individu yang telah menjadi ikon kita semua sejak sekian lama. Perjalanan penulisan Pak Kaduk ini juga ada kaitan dengan suasana semasa persatuan sekarang ini di mana episod hitam dalam pergerakan kita juga telah menghampiri penghujungnya. Namun sebelum kita menutup buku terhadap isu yang diperkata selama sepuloh bulan lalu, elok rasanya kita menyingkap sedikit sebanyak tentang latar belakang dan perwatakan pemimpin agung yang sentiasa dikenang dan disanjung iaitu Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi Haji Ahmad. Pemergian beliau masih dirasakan walaupun sebenarnya beliau telah meninggalkan kita semua lebih 20 tahun yang lalu. Kekosongan yang beliau tinggalkan sehingga kini tidak dapat diisi oleh dua orang individu yang pernah menjawat jawatan Guru Utama. Ustaz Hanafi tetap hadir dalam diri setiap kita melalui perjuangan yang beliau tinggalkan. Maka atas sebab itulah, perjuangan beliau tetap kita teruskan walau apapun halangan dan cabarannya. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Itulah Ustaz Hanafi, tetap segar dalam ingatan kita.
Ustaz Hanafi mendidik dengan cara hikmah, bukan dengan cara memaksa. Beliau ‘menarik’ golongan yang hina untuk bersama perjuangan beliau dan golongan tersebut menjadi manusia yang beguna hasil didikan beliau. Maka sudah semestinyalah, kita semua akan sentiasa mengenang dan merindui Ustaz Hanafi.
Ustaz Hanafi, hadirmu bak purnama, menerangi malam dan menyerikan suasana. Engkau laksana bintang yang bergemerlapan, tidak puas mata memandang….

Sebagai menghargai dan menyingkap kembali kesah Ustaz Hanafi ini, elok juga kita menyingkap tentang sejarah hidup beliau secara ringkas.

Ustaz Hanafi Hj Ahmad (1923 – 1986) - 63 tahun



Tahun 1923 - dilahirkan di Kg Sungai Baru, Mukim Gunong Alor Setar, Kedah

Tahun 1929 (6 tahun) -mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Gunong,Alor Setar Kedah

Tahun 1933 (9 tahun) -berlajar di sekolah pondok Kampong Alor Goncah, Mukim Gunong, Alor Setar, Kedah

Tahun 1935 (11 tahun) -diberhentikan dari sekolah kerana dikatakan berkelakuan tidak baik walaupun beliau menafikannya.

Tahun 1936 (13 tahun) -menyambung pelajaran di pondok Guar Chempedak, Gurun, Kedah

Tahun 1937 (14 tahun) -berhenti dari sekolah pondok di Guar Chempedak

Tahun 1937 (14 tahun) - selepas behenti dari pondok di Guar Chempedak, beliau kembali ke kampung beliau dan berlajar dengan beberapa guru sekolah pondok di kampung beliau dan juga bapa saudara beliau untuk beberapa tahun


Tahun 1942 (19 tahun) -mula bertemu dan berlajar dengan Pak Ngah Sharif. Antara ilmu yang diperlajari adalah ilmu ketuhanan dan perubatan.

Tahun 1945 (22 tahun) -berhenti belajar dengan Pak Ngah Sharif selepas 3 tahun bersama guru tersebut

Tahun 1945 (22 tahun) -mula menjelajah ke seluruh tanah air untuk menjual ubat

Tahun 1946 (23 tahun) -menyertai bidang politik dengan menganggotai Parti Seberkas


Tahun 1946 (23 tahun) -bertemu Encik Yahaya Said untuk kali pertama ketika sedang menjual ubat

Tahun 1947 (24 tahun) - mendirikan rumah tangga




Tahun 1956 (33 tahun) - keluar dari Parti Seberkas


Tahun 1957 (34 tahun) -mula belajar dengan Pak Hj Zain Lebai Abdul Rahman

Tahun 1959 (36 tahun) - menyertai Parti Negara pimpinan Datuk Onn Jaafar. Bertanding dalam pilihanraya bagi Kawasan Langkawi sebagai calon Parti Negara tetapi tewas. Setelah tewas dalam pilihanraya, Ustaz Hanafi dan keluarga telah berpindah ke Lenggeng, Negeri Sembilan dan tinggal di sana selama satu tahun setengah.


Tahun 1962 (39 tahun) - kerana kehidupan yang susah di Lenggeng, beliau kembali ke Kedah dan meneruskan kerja menjual ubat di Pekan Rabu dan sekitarnya.

Tahun 1963 (40 tahun) -dilantik menjadi Pegawai Penerangan Pejabat Zakat dan kemudiannya beliau dinaikkan pangkat menjadi Pegawai Penyelia Zakat bagi kawasan Kota Setar I. Beliau kemudian telah dinaikkan pangkat sekali lagi menjadi Penolong Setiausaha Zakat , Jajahan Padang Terap, Kuala Nerang, Kedah.

Tahun 1965 (42 tahun) -selepas selama satu tahun empat bulan berkerja sebagai pegawai zakat, Ustaz Hanafi mengambil keputusan berhenti dari kerja tersebut. Keputusan tersebut dibuat disebabkan suasana perkerjaan yang ditekan oleh unsur-unsur & tekanan politik
Tahun 1965 (42 tahun) -berniaga apam balik di Yala, Siam tetapi tidak lama selepas itu berhenti berniaga kerana tidak menguntungkan kerana kejatuhan matawang Siam. Pada tahun ini, beliau telah bertemu dengan Encik Yahaya Said untuk kali kedua pada bulan Disember tahun 1965. Silat Cekak dilahirkan kembali pada 28 Disember 1965 apabila 20 orang penuntut baru telah diijazahkan oleh Encik Yahaya Said. Ustaz Hanafi adalah salah seorang penuntut. Walaubagaimanapun kelas latihan silat belum dijalankan kerana tidak persatuan yang menaungi silat tersebut.


Tahun 1966 (43 tahun) - hasil usaha beberapa rakan dan beliau sendiri, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Sesi Silat, Perkumpulan Seni Seri Budaya Seri Kedah. Perkumpulan ini telah bersetuju digunakan sebagai perkumpulan yang menggerakan Silat Cekak. Selepas menjadi pengerusi Sesi Silat, maka Encik Yahaya Said telah dilantik secara rasmi oleh Perkumpulan Seni Seri Budaya Seri Kedah untuk menjadi Guru Silat. Selepas perlantikan tersebut, barulah kelas pertama Silat Cekak dimulakan. Kemudian kelas silat yang kedua telah dibuka di Telok Wan Jah, Kedah

Tahun 1968 (45 tahun) -kelas silat seterusnya dibuka di Sungai Petani, Kedah

Tahun 1970 (47 tahun) -berhijrah ke Kuala Lumpur, meninggalkan anak dan isteri beliau di Kedah.

Tahun 1971 (48 tahun) -di Kuala Lumpur , beliau telah cuba mengembangkan Silat Cekak. Beliau telah sekali lagi mencari persatuan yang boleh membantu beliau untuk mengembangkan silat ini. Kerana Silat Cekak pada waktu itu belum didaftarkan dan adalah menjadi kesalahan untuk menjalankan kelas silat tanpa persatuan atau pendaftaran rasmi. Beliau telah berjaya mendapat kebenaran persatuan bawean putra untuk menaungi silat ini. Beliau kemudian dilantik menjadi ahli dan juga ketua seksi seni silat Persatuan Bawean Putra, Kuala Lumpur (persatuan sepak raga jaring). Kelas pertama di adalah Kampung Bumiputera, Kg Datuk Keramat, Kuala Lumpur di buka. Seramai 12 orang telah mempelajari Silat Cekak.
Kemudian pada 19 Ogos 1971, Persatuan Seni Silat Cekak Kedah Malaysia telah didaftarkan. Kelas kedua di Sungei Way dibuka pada 6 Disember 1971

Tahun 1973 (50 tahun) - membentang kertas kerja bertajuk ‘Silat Cekak Malaysia di Konvensyen Seni Silat Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Mendapat tentangan dari perlabgai aliran persilatan termasuk Silat Kalimah, Gayung dan Lincah.
Tahun 1974 (51 tahun) -kelas pertama di IPT ditubuhkan iaitu di Universiti Malaya Kuala Lumpur pada Julai 1974.
Tahun 1975 (52 tahun) -kelas kedua di IPT iaitu di Institut Teknologi MARA (sekarang UiTM), Shah Alam ditubuhkan.
Kelas ketiga di IPT iaitu di Universiti Pertanian Malaysia (sekarang Universiti Putra Malaysia) di tubuhkan.
Kelas keempat di IPT iaitu di Universiti Teknologi Malaysia ditubuhkan

Tahun 1975 (52 tahun) -nama Persatuan Seni Silat Cekak Kedah Malaysia telah ditukarkan kepada nama Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia pada 15 April 1975.

Tahun 1976 (53 tahun)-kelas kelima di IPT iaitu di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang ditubuhkan. Kelas kenam di IPT iaitu di Universiti Kebangsaan Malaysia di tubuhkan pada tahun yang sama.

Tahun 1977 (54 tahun) -penubuhan cawangan Pulau Pinang pada 22 Januari 1977 dan kemudiannya cawangan di Ipoh, Perak pada 27 Mac 1977 ditubuhkan dan lain-lain cawangan pada tahun-tahun berikutnya.

Tahun 1980 - 86 - untuk enam tahun terakhir sebelum akhir hayat beliau, beliau telah banyak melakukan pembaharuan dan melakarkan kejayaan antaranya seperti pembinaan bangunan Silat Cekak, pembukaan kelas di cawangan-cawangan, menubuhkan Koperasi Gerak Jaya berhad, menubuhkan Kelab Sukan Seri Lading, pembukaan Mini Market Gerak Jaya di AU2, Taman Keramat, pembukaan pusat penjagaan kanak-kanak di AU5, Taman Keramat, terlibat ke atas penubuhan PESAKA





Tahun 1986 (63 tahun) -meninggal dunia di rumah beliau di Taman Seri Keramat, Kuala Lumpur








Pak Kaduk - itulah riwayat Ustaz Hanafi sepintas lalu. Perbincangan lanjut akan dibuat secara berperingkat-peringkat dalam siri-siri yang akan datang.

Read more...

NUR HANAFI……Ustaz Hanafi Dalam Kenangan

2007/01/18

Semenjak 42 tahun yang lalu, nama Ustaz Hanafi telah bermain di bibir penuntut Silat Cekak atas jasa dan pengorbanan beliau melahir dan mengembangkan Silat Cekak ke alam maya. Penglibatan Ustaz Hanafi selama 21 tahun semasa hayat beliau telah meletakkan beliau setaraf dengan pejuang-pejuang nationalis bangsa sewaktu proses menuntut kemerdekaan dan juga sewaktu melawan penjajah. Berbeza dengan perjuangan menentang penjajah, Ustaz Hanafi berjuang untuk menegakkan tamadun bangsa Melayu melalui silat. Identiti silat yang dibawa oleh beliau adalah berindentitikan pendidikan dengan dimasukkan roh Islam sebagai asas kepada pergerakan Silat Cekak yang kemudiaannya digabungkan dengan adat dan istiadat bangsa Melayu dan selepas itu lahirlah apa yang di sebut Silat Cekak sebagai wadah perjuangan bangsa Melayu yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.

Nama Ustaz Hanafi juga cukup popular sewaktu di zaman puncak beliau disebabkan ketokohan dan pengetahuan ugama yang mendalam, kepetahan berhujah dan berucap, keupayaan berbicara soal ugama, ahli bahasa yang berpengalaman dan keperibadian yang bersih serta berpendirian tegas telah menonjolkan beliau antara tokoh persilatan Melayu yang disegani oleh kawan dan lawan. Oleh itu Pak Kaduk berpendapat, Ustaz Hanafi menonjolkan atas kekuatan yang ada pada diri beliau. Beliau diangkat dan diletakkan ke satu tahap yang tinggi atas kegigihan dan keyakinan beliau. Kejayaan yang beliau kecapi adalah selepas beliau berjaya mengharungi rintangan dan cabaran yang hebat. Maka kemanisan hasil dari kejayaan yang dicapai itu adalah kemanisan yang berkekalan hingga ke hari ini. Sebab itu, walaupun Ustaz Hanafi telah tiada, namun roh pendidikan dan ilmu yang ditinggalkan oleh beliau masih bersama kita semua dan di atas hasil didikan beliau jugalah, kita semua dapat memperbaiki diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

Ustaz Hanafi merupakan pemimpin agung kepada Silat Cekak. Tiada lagi pemimpin yang sehebat dan setaraf beliau yang dapat dilahirkan oleh pergerakan Silat Cekak. Ustaz Hanafi adalah unik. Hanya satu pemimpin seperti beliau yang dilahirkan bersama Silat Cekak. Tiada sesiapapun yang boleh meniru atau boleh mendabik dada mengatakan sebaliknya. Maka, apabila kita semua bercerita tentang Silat Cekak , nama Ustaz Hanafi akan turut serta. Ustaz Hanafi dan Silat Cekak tidak boleh dipisahkan. Ianya bergerak seiring dan akan kekal begitu untuk tempoh yang amat lama.

Ustaz Hanafi telah banyak berjasa kepada kita semua. Beliau meninggalkan satu warisan yang amat berharga untuk kita sama-sama pelihara. Inilah wasiat dan amanah yang diserahkan kepada kita untuk kita kembangkan dan jaga supaya dapat diwarisi oleh para anak bangsa. Amanah yang beliau tinggalkan adalah untuk generasi sekarang dan akan datang. KITA SEMUA ADALAH PEMEGANG AMANAH TERSEBUT. Kita bertanggungjawab untuk menjaga dan memelihara kesucian warisan yang telah ditinggalkan oleh pemimpin agung Silat Cekak yang kita kasihi. Ilmu yang ditinggalkan kepada kita adalah ilmu untuk mendidik. Mendidik anak bangsa dari yang tidak bagus menjadi bagus, yang tidak elok menjadi elok, yang tidak amanah menjadi amanah, yang tidak siddiq menjadi orang-orang yang bercakap benar dan yang paling penting ilmu yang ditinggalkan adalah untuk mendidik kita supaya dapat menilai dan mengenal diri kita di sisi Allah swt. Apabila kita kenal diri, maka sudah tentu hubungan kita dengan Allah swt menjadi hubungan yang hebat. Hubungan tuan dengan hambaNya.

Setelah berlalu episod duka, Pak Kaduk akan cuba menyiarkan nostalgia tentang Ustaz Hanafi yang bermula dengan siapakah dia Ustaz Hanafi, apakah latarbelakang beliau, apakah pengalaman dan payah jerih beliau untuk mengembangkan silat ini. Mungkin pengalaman dan kegigihan beliau akan menjadi panduan untuk kita menghadapi cabaran seterusnya. Disamping itu, Pak Kaduk akan cuba menyiarkan apakah pendidikan yang telah diterapkan oleh Ustaz Hanafi untuk kebaikan kita bersama. Dan tidak lupa Pak Kaduk akan menyiarkan juga hasil didikan Ustaz Hanafi yang merupakan anak-anak murid beliau yang beliau kasihi. Ada ramai anak murid beliau yang boleh kita kongsi pengalaman mereka. Pak kaduk akan siarkan seramai yang boleh untuk tatapan kita semua. Kita cuba berkongsi pengalaman dan ambil iktibar serta pengajaran dari cerita-cerita yang dilalui oleh mereka-mereka ini, InsyaAllah.

Jadi, bermula dengan episod ini jugalah maka nama Ustaz Hanafi akan ditimbulkan dan didedahkan. Sama-samalah kita berdoa semoga usaha kita ini mendapat keberkatan. Janganlah kita takut untuk berjuang demi untuk menegakkan kebenaran. Jangan kita biarkan pembohongan bermaharajalela dan jangan kita biarkan kecurangan mendampingan kita. Ingatlah dengan pesan Ustaz Hanafi yang selalu beliau ingatkan kepada kita , JANGAN CAKAP BOHONG, kerana pembohongan itu membawa kepada kemusnahan dan malapetaka!


Pak Kaduk – Janganlah kamu takut, janganlah kamu gentar, Allah sentiasa bersama orang-orang yang benar

Read more...

MASIH ADA SINAR UNTUK KITA..…..

2007/01/17

Setelah Mad Radhi di talqinkan tempohari, maka berakhirlah riwayat dan kesah Mad Radhi dan kelakuan songsang beliau dalam ruangan dan penulisan Pak Kaduk sejak sekian lamanya. Kisah suka dan duka berkaitan Putera Hanafi yang malang itu akan menjadi lipatan sejarah hitam yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh semua pengamal dan pendokong dalam pergerakan Silat Cekak Hanafi. Seorang putera yang kononnya akan menjulang panji-panji Hanafi, akhirnya bertukar menjadi manusia yang membakar panji-panji yang pernah dijunjung oleh ayahanda beliau sendiri. Apalah malangnya nasib para pendokong setia kepada pergerakan ini. Bukan sekali musibah melanda, tetapi dua kali. Dalam tempoh hampir 21 tahun selepas Ustaz Hanafi meninggalkan kita, kita diuji dengan ujian yang hebat. Trajedi malang yang melanda pergerakkan ini telah menguji minda dan ketahanan jiwa kita semua. Ianya juga telah menguji kefahaman dan kecekalan kita terhadap perjuangan yang telah dirintis oleh Al-Marhum Ustaz Hanafi Hj Ahmad. Apakah ada lagi ujian yang hebat yang akan melanda kita dalam episod akan datang? Kita hanya boleh berdoa agar perkara yang menyedihkan ini tidak akan berlaku lagi. Biarlah itu semua menjadi satu kenangan pahit yang kita jadikan sebagai teladan dan sempadan. Langit bukannya selalu mendung, setelah awan berarak pergi, terpancarlah cahaya yang memberi sinar dan harapan…

Begitulah satu episod dalam ‘diary’ sebuah perjuangan. Janganlah takut, janganlah gusar. Setiap perjuangan itu pasti menghadapi cabaran. Cabaran itu menjadikan kita lebih matang dan kuat. Cabaran itu adalah tonik yang paling mujarab untuk meningkatkan martabat dan menjadikan kita supaya kita lebih tenang menghadapi tugas seterusnya.

Perjuangan mesti diteruskan, kebenaran mesti ditegakkan. Perjuangan kita bukan perjuangan individu tetapi perjuangan untuk pergerakan Silat Cekak Hanafi. Pemimpin datang, pemimpin pergi. Oleh itu janganlah gusar dan sedih kepada pemimpin yang telah pergi. Kita tetap menghargai jasa beliau tetapi pada masa yang sama kita tidak boleh berkompromi dengan kecurangan. Kita boleh bertolak ansur dalam hal-hal yang berkaitan bidang tugas dan tanggungjawab tetapi kita tidak boleh bertolak ansur dalam hal yang berkaitan dengan HUKUM dan PRINSIP. Yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah. Biarpun pemimpin itu adalah pemimpin besar, jika kesalahan telah dilakukan, maka hilanglah kelayakan seseorang itu untuk memimpin. Pada pandangan kita, sesiapapun boleh mengambil alih kemudi pergerakan ini. namun harus diingat, walaupun nakhodanya bertukar ganti, tetapi perjuangan itu adalah perjuangan yang sama. Matlamatnya adalah matlamat yang sama. Samalah apa yang berlaku sewaktu Ustaz Hanafi meninggalkan kita, perjuangan beliau tetap diteruskan oleh anak murid beliau yang setia. Tidak kira siapa yang menjadi nakhoda selepas itu, asalkan perjuangan dengan matlamat yang sama, maka pemimpin tersebut mesti disokong dan didokong. Sebaliknya jika pemimpin itu telah menyimpang dan melakukan kerosakan, maka wajib bagi kita untuk menghalang beliau dari terus melakukan kecurangan dan kerosakan di dunia ini.

Hari ini kita bangun dari tidur bagi menghadapi hari-hari seterusnya. Hari ini semestinya lebih baik dari semalam, semalam lebih baik dari hari sebelumnya dan begitulah hendaknya perjalanan hidup kita di dunia ini. Hari-hari yang mendatang menjanjikan kemanisan dan kemakmuran. Esok masih ada mentari yang menyinar. Kita jangan bersedih dan menjadi lemah. Sepatutnya peristiwa lalu menjadikan kita lebih kuat dan hebat. Maka dengan kekuatan dan kehebatan kita semua, kita pasti ESOK MASIH ADA SINAR YANG MENGEMBIRAKAN…..

Pak Kaduk- hanya boleh berdoa dan menyumbang bakti melalui penulisan yang tidak seberapa. Itulah yang boleh Pak Kaduk lakukan buat masa ini. Semoga Silat Cekak Hanafi terus berkembang maju selepas melalui zaman gerhana yang mendukacitakan. Amin

Read more...

TALQIN UNTUK MAD RADHI……

2007/01/16

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih

Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah semata-mata. Tiada sekutu bagiNya, bagiNya semua kerajaan dan bagiNya segala puji , Dia menghidupkan dan mematikan dan Dia Hidup Kekal tidak mati, di tangan kekuasaanNyalah semua kebaikan dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu.

Setiap yang hidup pasti mengalami mati, dan sesungguhnya pahala yang demikian hanya ditunaikan pada hari Kiamat nanti, maka barangsiapa yang dihindarkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga sungguh dia telah beruntung, dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan hanya kesenangan yang melalaikan.

Hai hamba Allah, Mad Radhi bin Maimunah, putera kedua hamba Allah, ingatlah janji yang telah engkau bawa keluar dari dunia dan membawanya ke negeri akhirat. Iaitu kesaksian bahawa tiada Tuhan yang berhak di sembah melainkan Allah dan bahawa Nabi Muhamad saw itu adalah utusan Allah, dan kematian itu adalah BENAR, alam kubur itu adalah BENAR, nikmat dan azabnya itu adalah BENAR, pertanyaan Malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur itu adalah BENAR, kebangkitan dan hisab itu adalah BENAR, syafaat junjungan kita Nabi Muhamad saw itu adalah BENAR, syurga itu adalah BENAR, neraka itu adalah BENAR, pertemuan Allah dengan ahli hak adalah BENAR, dan bahawa Allah akan membangkitkan semua orang yang ada di dalam kubur itu adalah BENAR.

Hai hamba Allah, Mad Radhi bin Maimunah, sekarang engkau telah berada di dalam lapisan bumi dan di antara golongan orang-orang yang telah mati. Apabila datang dua malaikat yang ditugaskan kepada kamu, kedua-duanya adalah Mungkar dan Nangkir, maka janganlah kamu terkejut dan takut kepada kedua-duanya, kerana sesungguhnya kedua-duanya adalah makhluk Allah (yang sama seperti kamu).

Apabila kedua-duanya bertanya kepada kamu, ’Siapakah Tuhan kamu, siapakah Nabi kamu, apakah agama kamu, apakah qiblat kamu, apakah pegangan kamu, dan siapakah saudara-saudara kamu?’ maka jawablah dengan fasih dan keyakinan yang benar, ’Allah Tuhanku, Muhamad nabi ikutan ku, Islam agama ku, Ka’bah qiblat ku, Al-quran pegangan ku dan kaum muslim dan mukmin adalah saudara-saudaraku. Dan katakanlah, ’Aku rela Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama, Muhamad saw sebagai Nabi dan Rasul’. Dan dengan berpedoman kepada hal itu engkau hidup, dengan berpedoman kepada hal itu engkau mati dan berpedoman kepada hal itu engkau akan dibangkitkan nanti insya Allah dalam keadaan aman.

Semoga Allah meneguhkan iman kamu dengan perkataan yang teguh. Allah meneguhkan iman orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.


Semoga rohnya dirahmati Allah swt.


Pak Kaduk – Bertaubatlah wahai Mad Radhi

Ya Allah, limpahkanlah salawat dan rahmat kepada junjungan kami Nabi Muhamad saw dan juga keluarga dan segenap sahabatnya serta para mukminin sekelian. Dengan menyebut nama Allah sebagai sumber cahaya yang cahayaNya di atas segala cahaya. Segala puji bagi Alah yang kekayaan-Nya selalu disebut-sebut dan keagungan serta kemuliaan-Nya terkenal , dalam keadaan suka dan duka selalu mensyukuri.

Ya Allah ya tuhan kami, Engkau ampunkanlah Mad Radhi, sesungguhnya beliau adalah manusia biasa yang lemah , tidak dapat lari dari kesalahan dan kesilapan, Engkau rahmati lah beliau , sesungguhnya beliau manusia yang lalai dan lupa, Engkau kurniakanlah hidayah Mu ya Allah, sesungguhnya beliau adalah manusia biasa yang serba kekurangan.

Ya Allah ya tuhan kami, Engkau ampunilah Mad Radhi jika beliau bercakap bohong lagi dusta, mengumpat dan mengadu domba, sedang beliau tidak mengetahui ataupun mengetahui, maka terimalah taubat dan penyerahan diri beliau. Sesungguhnya beliau adalah manusia biasa yang kerdil, yang tiada apa-apa kelebihan serta kelainan dari makluk Mu yang lainnya....

Ya Allah ya tuhan kami, sesungguhnya Engkaulah tuhan yang maha pengasih lagi maha pengampun.

Read more...

IMAM YANG TERBATAL

2007/01/12

Hari ini hari Jumaat tapi bukan 10 haribulan Mac 2006, Masih riuh lagi rupanya di bahagian bawah jentera pentadbiran Silat Cekak Hanafi baik di IPT mau pun di Cawangan dan juga terdapat keriuhan pada sebahagian ahli yang cuba mendapatkan kebenaran, Kedengaran ada yang bercerita mereka mendengar dari juak juak Mad Radhi yang cuba membela "tuan guru" dengan cerita cerita rekaan mereka. Yang pasti juak juak ini bercerita kepada pendatang baru @ yang baru setahun jagung didalam silat, mereka mereka ini disogok dengan perlbagai cerita dongeng.

Yang bagus budak budak ini senang ditipu, kerana mereka ini baru dan berkemungkinan mereka mereka ini takut untuk membantah almaklumlah cerita dari guru sendiri paling tidak pun cerita datang dari orang rapat dengan "tuan guru", malahan "tuan Guru" sendiri pun sibok bercerita, ditawar kan lagi kepada pendatang pendatang baru ini apa apa soalan " dan saya akan jawab" ini lah ini lah tawarannya sebab "tuan guru' tahu budak budak ini tidak akan persoalkan apa yang di "jawab" oleh tuan guru tadi, walaupun jawapannya hanya sekadar mengalih cerita asal.

Pak Kaduk telah dikabarkan melalui dari banyak sumber mengkisahkan perkara yang serupa dan hampir serupa,yang mana mereka telah pergi berjumpa dengan beberapa pengikut Mad Radhi ini sekadar untuk mendapat cerita,untuk di jadikan bahan kajian diantara maklumat dari MMK dan juga pengikut Mad Radhi. Jangan sangka mereka ini bodusss.Dengan bangga juak juak ini mengatakan Mad Radhi di fitnah, diantara perkara yang disampaikan adalah Mad Radhi memasuki rumah itu adalah kerana Mad Radhi merasakan ada sesuatu perkara berlaku didalam rumah itu (kasyaf sungguh Mad Radhi nih ) dan mereka menambah Mad Radhi melihat aktiviti tidak 'sihat' sedang berlaku "didalam rumah" itu dan disuatu masa yang lain bila di ajukan soalan kepada Mad Radhi apa kah aktiviti tidak sihat itu beliau menjawab "sebagai guru saya tak boleh menceritakan keaibpan anak murid sebab itu amanah sebagai guru" senangnya nak selamat kan diri, nasib baik soalan datang dari budak budak hingusan, bagaimana jika orang orang yang tahu dan paham perjuangan silat ini yang bertanya? Ini Pak Kaduk nak bagi ilham sekiranya itulah jawapan Mad Radhi, tanyakan "apakah tindakan nya bila melihat kejadian itu?" adakah dia menjerit? menyergah? atau setidaknya menegur? atau dia pun menumpang sekaki sama.( Pak Kaduk rasa juak juak ini akan bersiap sedia dengan jawapan baru bila baca pendedahan ini, kita lihat lah nanti apa pula yang depa nak pusing).

Jika Mad Radhi merasa bertanggung jawab sebagai "ayah" atau "guru" ketika itu apa kah tindakannya? adakah dia bertanya siapa budak budak yang berada didalam rumah itu? anak siapa? tingal dimana? atau setidak tidak nya bertanya siapa nama? dan jangan lupa juga bertanya ketika Mad Radhi memicit kepala mangsa, "budak budak" tadi ada dimana? sebab memicit kepala mangsa bukan cerita fitnah atau dongen raayat, ini cerita yang di sahkan sendiri oleh Mad Radhi didalam pengakuannya.

Dikabarkan juga ada juak juak ini yang telah "menyerang" beberapa orang ahli yang tidak mahu tunduk dengan kehendak mereka untuk taat setia serta kasih kepada tuan guru. Wahh nak kasih kan guru pun kena paksa ka? ini sudah kira tasub tahap melampau dah juak juak nih, kesian budak budak tu, yer lah nama pun budak boleh lah main sergah , kenapa tak di sergahnya MMK, LPT supaya mengikut kata Mad Radhi? Pak Kaduk harap kepada mereka yang di "serang" itu supaya membuat laporan polis walaupun tiada kecederan fizikal tapi boleh lah katakan 'kecederaan emosi' untung untung boleh menambahlagi koleksi laporan polis dan lebih cepat lah polis bertindak terhadap "pencabul bersiri" tu.

Kepada yang menanti keputusan makamah baru nak buat keputusan rentikan sahaja.Bukan apa takut terjadi sama saperti kes Ishak Hitam walaupun telah didapati bersalah masih ada pengikut pengikutnya dengan alasan alasan tertentu.

Kepada yang telah buat keputusan dan telah turun semula ke padang menjalani latihan syabas diucapkan, tugas yang nak belajar silat belajarlah sungguh. yang turun sebagai pengajar silat mengajar lah sungguh sungguh ingatlah kita bersilat kerana Tuhan bukan kerana "guru cabul", nak mengikut guru biarlah sebenar guru bukan guru merapu. Jika ada masalah rujuk pada Penyelia di bawah seliaan MMK bukan lagi kepada "Penyelia wakil guru" sebab nanti takut dia terperasan dia tu guru dan bercelaru.

Kepada barisan Exco di Cawangan dan IPT keputusan ditangan saudara semua nak terus atau tidak, kalau nak terus bersama MMK silakan sokongan dan maklumat akan diberi, tidak mahu pun tiada yang larang, cuma perlu dikatakan perumpaan ini " jika didalam barisan solat jika Tok Imam terkentut apa kah tidakkan sekelian makmum?" apa tindakkan Tok Imam tadi? keluar dari menjadi imam dan digantikan buat sementara waktu atau terus mengimamkan dengan keadaan diri terbatal. bagi makmum pula bila ini berlaku sama ada meneruskan mengikut imam yang terbatal atau keluar dari jemaah dan solat bersendirian buat seketika sahingga masuk waktu yang lain dengan Tok Imam yang telah pulang pulih sedia kala?. Perlu diingatkan juga sebelum keluar jemaah, makmum perlu menengur Tok Imam yang dia sudah terbatal ini wajib jika tidak kita akan dipertanggungjawabkan nanti walaupun Tok Imam mengatakan sebenarnya dia bukan terkentut tetapi tersendawa melalui bontottt.

Kepada ketua ketua yang pendirian macam lalang tu bawa bawa lah muhasabah diri, nak ikut Imam yang dah terkentut atau tidak jangan tunggu bauan kentut menyusuk kelubang hidung baru nak sedar takut terlambat nanti.Begitu juga kepada yang dah kena kencing dengan Mad Radhi sampai bila nak bau hancing? bawak bawak lah bersuci supaya kita boleh terus bersolat sama dalam satu jemaah satu barisan tersusun catik dan tertip.
Tak habis lagi rupanya Mad Radhi memburuk burukkan ahli ahli lama yang telah banyak berjasa kepada Persatuan.

Read more...

MAJLIS MESYUARAT KEBANGSAAN (MMK) YANG BERANI LAGI BERMARUAH

2007/01/09

Rentetan peristiwa perlakuan Mad Radhi Hj Hanafi yang mencabul kehormatan wanita ini telah tersebar luas dalam arena persilatan negara, malah hampir kesemua perguruan di Malaysia telah mengetahui peristiwa memalukan ini dan mereka sebenarnya telah tahu siapakah pertualang yang menjatuhkan maruah perguruan silat di negara ini. Mereka sudah tentu tidak begitu gembira mendengar berita tersebut kerana memalukan komuniti silat tetapi pada masa yang sama bersorak kerana satu pergerakkan silat yang dahulunya merupakan persaing mereka, kini menghadapi masalah dalaman yang kronik. Kebanyakkan guru-guru silat di negara ini sebenarnya lebih maklum tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan wanita ini. Mereka sebagai orang yang berpengalaman dalam hal-hal sebegini tahu perkara ini bukanlah satu cerita rekaan semata-mata atau sengaja diada-adakan. Masakan pohon bergoyang kalau tiada anginnya.

Pak Kaduk tidak hairan jika sekiranya selepas ini ada beberapa perguruan persilatan lain juga membuat lapuran dan tindakan yang serupa terhadap kepimpinan mereka kerana tuduhan mencabul atau melakukan perkara-perkara yang lebih berat dari mencabul iaitu merogol. Mungkin perkara yang serupa juga berlaku di dalam persilatan mereka, tetapi oleh kerana tidak berani mengambil tindakan, maka perkara tersebut didiamkan sahaja. Oleh itu pada pandangan Pak Kaduk, peristiwa memalukan yang berlaku di dalam persatuan Silat Cekak Hanafi sekarang ini adalah satu pengajaran yang amat berguna kepada semua pergerakkan silat di negara ini dan juga kepada ahli-ahlinya. Maka tindakan yang diambil kepimpinan tertinggi Silat Cekak Hanafi sekarang ini akan dilihat sebagai satu tindakan yang berani dan bermaruah dan sudah semestinya menjadi contoh teladan serta akan mencetus inspirasi berguna kepada pertubuhan-pertubuhan silat yang lain.

Pengajaran

Sebenarnya ada beberapa pengajaran yang perlu diambil oleh kita semua dan juga orang ramai atas tindakan yang diambil oleh MMK. Pertama ialah tentang kewibawaan dan keberanian pihak MMK mengambil tindakan terhadap seseorang yang memegang jawatan tertinggi dalam pergerakan iaitu Presiden dan Guru Utama. Tindakan tersebut sebenarnya mempunyai risiko yang amat besar kerana akan meletakkan reputasi persatuan dalam keadaan yang kritikal dan menyebabkan orang ramai akan kehilangan keyakinan kepada pergerakan Silat Cekak Hanafi. Namun atas nama kebenaran, semua itu tidak menjadi persoalan kerana tidak mahu kepercayaan orang ramai dan amanah yang dipertanggungjawabkan dikianati. Sebaliknya, jika dikaji dengan lebih mendalam, sepatutnya persatuan yang mempunyai kepimpinan yang berani dan bermaruah inilah yang patut disokong oleh orang ramai kerana mereka sepatutnya merasa lebih selamat kerana mengetahui bahawa ada orang yang boleh dipercayai dan bertanggungjawab yang akan melindungi kepentingan ahli. Yang keduanya ialah tindakan yang diambil oleh MMK tanpa mengira pangkat dan darjat. Walau segagah mana atau sekuat mana pun seseorang pemimpin itu, tetapi jika dia melakukan kesalahan atau melanggar undang-undang, jangan segan silu untuk menegur ataupun diambil tindakan. Tiada amalan pilih kasih dalam hali ini. Tindakan tanpa mengenal pangkat dan kedudukan ini seharusnya menjadi amalan semua pertubuhan silat di negara ini. Oleh itu tindakan MMK adalah tindakan yang berani dan bermaruah demi untuk menjaga kesucian perjuangan yang telah dirintis oleh Al-marhum Ustaz Hanafi.

Mad Radhi silap percaturan

Pada pandangan Pak Kaduk, sebenarnya Mad Radhi tidak menyangka sama sekali beliau akan dikenakan tindakan. Kerana menyangkakan selama ini beliau amat berkuasa dan beliau boleh mempengaruhi semua orang dalam MMK. Beliau silap perhitungan dan cetek pengalaman dalam hal ini. Bukan semua orang dalam MMK adalah Pak Turut. Bukan semua orang dalam MMK yang akan menyokong perbuatan mungkar oleh Mad Radhi. Dan bukan juga semua orang akan mempertahankan Mad Radhi dalam apa juga keadaan pun. Harus diingat bahawa ahli MMK yang dipilih dan dilantik adalah orang-orang yang terpilih dan mempunyai amanah yang perlu dilaksanakan. Atas rasa tangungjawab dan amanah itulah maka semua perkara yang dilaksanakan oleh MMK adalah atas dasar untuk kepentingan persatuan dan ahli-ahlinya. Di sinilah letaknya asas tindakan MMK tersebut. Bukannya atas dasar individu ataupun untuk kepentingan peribadi.

Tuduhan mengatakan ada pakatan untuk menjatuhkan kepimpinan Mad Radhi adalah tuduhan liar yang tiada asas dan amat memalukan. Kalau dikatakan ada pakatan, secara logiknya akan ada orang lain yang akan mendapatkan keuntungan dari peristiwa yang memalukan ini. Soalan Pak Kaduk yang amat asas, dalam peristiwa mencabul kehormatan oleh Mad Radhi ini, siapakah yang mendapat keuntungan? Tiada siapa sebenarnya. Yang ada hanyalah mendapat malu! Jadi tiada sesiapa yang untung. Kalau tidak sesiapa yang untung, apakah ada asas untuk mengatakan ada pakatan untuk menjatuhkan Guru Utama? Yang menjatuhkan Guru Utama dan maruah beliau adalah Mad Radhi sendiri. Tidak ada orang lain atau individu tertentu yang terlibat kecuali Mad Radhi sendiri.

Juak-juak beliau diheret untuk mempertahankan beliau, ibu beliau diheret untuk melindungi beliau, adik-adik beliau juga diheret untuk bersama-sama beliau. Kita tahu, walaupun sebahagian besar ahli keluarga beliau ini sebenarnya tahu bahawa Mad Radhi bukanlah seorang manusia yang ’bersih’, tetapi oleh kerana untuk mempertahankan maruah keluarga dan nama Ustaz Hanafi, maka mereka terpaksa turun padang untuk bekerja. Sekurang-kurangnya mereka ada perasaan dan kekuatan untuk mempertahankan maruah dan nama Ustaz Hanafi, bukannya seperti Mad Radhi yang melakukan sesuatu tanpa memikirkan implikasinya! Kasihan mereka, sudahlah Mad Radhi tidak kesahkan mereka di waktu senang, sebaliknya menyusahkan mereka pula diwaktu susah. Dalam kedua-dua keadaan baik susah ataupun senang, sebenarnya adik-beradik Mad Radhi ini tidak mendapat keuntungan!

’Play safe’

Walaupun MMK telah membuat keputusan, namun ada juga di kalangan negeri-negeri yang masih takut-takut menyatakan pendirian mereka. Pemimpin-pemimpin negeri yang sebegitu adalah pemimpin yang takut dan tidak ada pendirian. Pemimpin tersebut hanya memikirkan kepentingan diri sendiri dan tidak berani membuat pengistiharan yang konkrit dalam isu yang berlarutan sehingga kini. Kalau alasan ada muslihat lain, itu bukanlah caranya. Kalau alasan tidak mahu memporak-perandakan kawasan dibawah naungan, itu membuktikan bahawa pemimpin tersebut berfikiran sempit dan tidak ada kekuatan untuk menyatakan kebenaran dan menolak kemungkaran. Mana mungkin kita masih berpeluk tubuh, sedangkan saudara-saudara kita sedang berperang! Mana mungkin menyatakan sokongan hanya selepas saudara kita memenangi peperangan! Dan mana mungkin pihak yang memenangi peperangan menerimanya setelah penat bertempur bersabung nyawa dan pihak yang memeluk tubuh hanya datang hendak berkongsi kejayaan. Itu ’play safe’ namanya!


Pak Kaduk – Bertaubatlah Mad Radhi;
Ya Allah ya tuhan kami, janganlah Engkau hukum Md Radhi jika beliau lupa atau beliau bersalah ya tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada beliau beban yang berat sebagai mana engkau bebankan orang-orang sebelum kami ya tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada beliau apa yang tidak sanggup beliau memikulnya, maafkanlah beliau, ampunilah beliau dan rahmatilah beliau. Ya Allah ya tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati beliau condong kepada kesesatan sesudah Engkau memberi pertunjuk kepada beliau, kurniakanlah kepada beliau rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha pemberi rahmat.....

Read more...

HARI-HARI TERAKHIR SEORANG PENGKIANAT

2007/01/02

Hari ini merupakan hari kedua tahun baru bagi tahun masihi 2007. Dengan melangkah ke tahun baru ini, bermakna jugalah meningkat usia Pak Kaduk setahun lagi. Begitu juga dengan sahabat handai rakan taulan Silat Cekak Hanafi sekelian. Dan apabila usia meningkat setahun, maka jangka hayat kita telah berkurangan setahun lagi. Makin meningkat usia kita, semakin pendeklah sisa-sisa hidup kita di dunia ini. Samada kita suka atau tidak, setiap detik masa yang berlalu, maka semakin hampirlah kita dengan titik noktah riwayat hidup kita. Selaras dengan peningkatan usia kita, maka akan meningkat jugalah pengalaman hidup kita yang menjadi semakin matang. Namun begitu, satu persoalan asas yang perlu kita tanya pada diri sendiri, adakah amalan ibadat kita selaras dengan usia kita? Adakah kualiti amalan ibadat kita selari dengan pengalaman hidup kita yang semakin matang? Sudahkah juga kita persiapkan bekalan untuk kita bawa bersama di akhir hayat kita? Sudahkan juga kita sediakan wasiat yang sebaiknya untuk keluarga dan keturunan kita? Sudahkah kita bersedia untuk ‘pergi’ pada bila-bila masa? Pada pandangan Pak kaduk, akan ramai yang menjawab ‘belum bersedia’! Kami belum buat apa-apa persiapan lagi. Kami masih mentah hidup didunia yang fana ini. Kami belum puas melakukan kejahatan sebelum kami bertaubat. Belum sampai masanya untuk kami beramal ibadat. Ataupun jawapannya, kami tidak perlu semua itu kerana ketua kami atau guru kami boleh menjamin kami masuk Syurga! Benarkah begitu? Kalau begitu jawapannya, OK lah, Pak Kaduk tak ada apa-apa nak komen. Cuma, andainya slogan ‘guru kita boleh jamin masuk Syurga’ ini hanyalah slogan politik untuk meraih kelebihan ‘undi’. Apa akan jadi? Bolehkah kita berpatah balik? Walhal hakikatnya itu semua adalah satu pembohongan yang boleh mensyirikkan kita kalau kita percaya dengan kata-kata tersebut. Mengikut tafsiran Ustaz Hanafi, ini boleh tergolongan dalam kategori syirik yang tak nampak (tak sedar). Sebenarnya tiada sesiapapun di dunia hari ini yang boleh gerenti diri sendiri boleh lulus ‘pemeriksaan’ Allah swt, inikan pula nak bagi ‘kelulusan’ kepada orang lain. Jangan dok perasan lah!

Berbicara tentang amalan ibadat kita, bolehkah kita mengatakan amalan kita selari dengan riwayat hidup kita. Adakah dengan meningkat usia kita, maka amalan ibadat kita juga meningkat? Kalau betul begitu, maka bersyukurlah kita, tetapi bagaimana kalau kita sendiri tidak ada rekod yang mengatakan kita ini ahli ibadat? Apakah amalan kita selama ini sudah cukup untuk menjamin kita mendapat tempat yang baik di sisi Allah swt? Ataukah kita berperasaan bahawa kita tidak perlu melakukan ibadat tersebut kerana kita ada guru yang hebat bertaraf wali Qutub atau setaraf kedudukan Rasullullah saw yang boleh menjamin kita masuk Syurga seperti mana kenyataan yang Pak Kaduk sebutkan di atas sebelum ini? Ingin disebutkan di sini sekali lagi bahawa sebenarnya tidak ada sesiapapun yang boleh menjamin kita masuk syurga. Hatta rasul dan nabi sebelum Rasullulah saw sekalipun. Mereka tidak diberikan kelebihan untuk menjamin kaum mereka untuk masuk Syurga kecualilah Nabi Muhammad saw. Berdasarkan sejarah yang diriwayatkan, sebelum Rasullulah s.a.w wafat, beliau telah menyebut bahawa 10 orang sahabat dan pengikut beliau yang beliau jamin akan masuk Syurga tanpa dihisab. Antaranya adalah empat khulafa Al-Rasyidin iaitu Syaidina Abu Bakar As-siddiq, Syaidina Umar al-Khatab, Syaidina Uthman Affan dan juga Syaidina Ali bin Abi Talib. Mereka-mereka ini adalah para sahabat yang berjuang dan berkorban bersama-sama Rasullulah saw dan dengan pertolongan mereka jugalah maka berkembangnya agama Islam. Kita semua tahu bahawa di antara keempat-empat khalifah al-Rasyidin tersebut, hanya Syaidina Abu Bakar As-siddiq sahaja yang tidak mati dibunuh, yang lainnya mati dibunuh oleh musuh-musuh Islam.

Terlanjur bercakap tentang empat orang khalifah Islam ini, ingin Pak Kaduk bincangkan sedikit tentang peristiwa yang berlaku semasa zaman pemerintahan Syaidina Ali Abi Talib sebagai Khalifah Islam yang keempat. Telah berlaku dua peperangan penting iaitu Perang Jamal dan Perang Siffin di zaman pemerintahan beliau. Apakah peristiwa di sebalik kedua-kedua peperangan tersebut? Apakah Pengajarannya? Dan apa hubungan cerita tersebut dengan kedudukan kita sekarang ini? Mari kita lihat secara ringkasnya dan kita fahami sendiri apakah pengajarannya.

Perang Jamal

Perang Jamal atau Perang Unta berlaku pada 11 Jamadilakhir 36H atau Disember 657M yang mengambil masa tidak sampai sehari. Peperangan ini berlaku antara tentera pimpinan Syaidina Ali bin Abi Talib (sepupu dan menantu Nabi Muhammad saw; beliau mengawini anak perempuan Rasullulah bernama Fatimah) dengan pengikut Aishah (isteri Nabi Muhammad saw), Zubair dan Talhah. Peperangan tersebut telah mengakibatkan Zubair dan Talhah terkorban.

Peperangan tersebut tercetus apabila Syaidina Ali menggantikan semua pegawai kerajaan yang merupakan keluarga Uthman bin Affan dari Bani Umaiyyah kepada mereka-mereka yang cekap dan adil. Syaidina Ali yang terkenal dengan keadilannya dan juga melupuskan undang-undang yang diskriminatif dan memutuskan untuk membatalkan segala konsesi yang sebelumnya diberikan kepada orang-orang Muhajirin dan menyamaratakan hak umat atas kekayaan Baitul Mal. Perkara ini menimbulkan kemarahan Bani Umaiyyah. Kemarahan mereka adalah hasil tindakan Syaidina Ali itu dan ditambah pula apabila mereka menggunakan isu kemangkatan Khalifah Uthman yang dibunuh sebagai alasan untuk menentang pemerintahan Syaidina Ali. Mereka mengatakan Syaidina Ali tidak melaksanakan keadilan bagi mencari pembunuh Syaidina Uthman Affan. Oleh itu mereka berikrar untuk mengambil tindakan sendiri bagi mencari pembunuh tersebut dan memerangi Syaidina Ali. Ketidakpuasan juga kian meningkat sampai akhirnya mendorong sekelompok orang untuk menyusun kekuatan untuk melawan Syadina Ali. Aisyah(isteri Rasulluah saw), Thalhah & Zubair berjaya mengumpulkan pasukan yang cukup besar di Basrah untuk bertempur melawan tentera Syaidina Ali bin Abi Thalib. Sebenarnya sebelum pertempuran tersebut berlaku, Syaidina Ali telahpun berbincang dengan Aishah tentang kematian Syaidina Uthman yang mati di bunuh. Sebenarnya juga Syaidina Ali telah berjanji kepada Aishah untuk bertindak dan mencari pembunuh Syaidina Uthman, tetapi disebabkan khabar angin yang tidak benar serta fitnah yang disebarkan oleh pihak-pihak yang mengambil kesempatan, maka perselisihan tidak dapat dielakkan, maka berlakulah pertempuran yang sepatutnya boleh dielakkan itu.



Kedua pasukan saling bertempur dengan ribuan nyawa sesama saudara Islam melayang dengan sia-sia, hanya kerana ketidakpuasan hati sebahagian orang terhadap keadilan yang ditegakkan oleh Syaidina Ali serta fitnah yang telah disebarkan. Setelah pertempuran berlaku, pasukan Syaidina Ali telah berjaya mengalahkan pasukan yang diketuai Aisyah, yang ketika itu menunggang unta. Perang Jamal atau Perang Unta berakhir setelah unta yang dinaiki oleh Aisyah tertusuk tombak dan jatuh terkapar. Sebagai khalifah yang bijak, Ali memaafkan mereka yang sebelum ini menghunus pedang untuk memeranginya. Aisyah juga dikirim kembali ke Madinah tanpa diapa-apakan dengan dikawal oleh sepasukan wanita bersenjata lengkap.

Perang Siffin

Perang Siffin pula merupakan peperangan yang berlaku diseabkan oleh pemberontakan yang diketuai oleh Muawiyah bin Abu Sufyan ke atas Syaidina Ali bin Abi Talib. Setelah Perang Jamal berakhir, Syaidina Ali bin Abi Talib telah menghantar utusan kepada Muawiyah meminta beliau berbai`ah kepada dirinya. Muawiyah menolak, sebaliknya mengulangi tuntutannya agar Syaidina Ali mengambil tindakan ke atas para pembunuh khalifah yang ke tiga iaitu Syaidina Uthman Affan. Jika tidak, Muawiyah sendiri yang akan mengambil tindakan. Mendengar jawapan yang sedemikian, Syaidina Ali menyiapkan pasukannya dan mula bergerak ke arah Syam.

Senario ini menyebabkan Muawiyah yang berpusat di Damsyik, Syria juga mempersiapkan pasukannya dan mula bergerak ke arah Kuffah. Akhirnya kedua-dua pasukan ini bertemu di satu tempat yang bernama Siffin dan bermulalah peperangan yang dikenali dengan Perang Siffin. Satu peristiwa menarik mengenai peperangan ini adalah disaat tentera Syaidina Ali bin Abi Talib hampir mencapai kemenangan, PIHAK LAWAN TELAH MENGANGKAT AL-QURAN, dan Syaidina Ali MENGHENTIKAN peperangan tersebut dan memulakan PROSES PERUNDINGAN. Proses rundingan berlangsung di mana pihak Syaidina Ali diwakili oleh Abu Musa As-Sya'ari dan pihak Muawiyah pula diwakili oleh Amru ibn Al As dan seperti kita ketahui, wakil Muawiyah telah memperdayakan wakil Syaidina Ali di dalam rundingan tersebut. Harus diingat walaupun sebelumnya Syaidina Ali menghentikan pertempuran disebabkan mereka mengangkat Al-Quran bagi mengelakkan mereka daripada mengalami kekalahan, tetapi itu semua hanyalah tipu daya dan helah mereka sahaja. (harap-harap tidaklah pula juak Mad Radhi mengambil kesempatan dari cerita ini seperti mana yang telah dilakukan oleh Jalil Hashim sewaktu perpecahan antara CH dan CM pada tahun 1993!)

Pengajaran dari dua peristiwa perang tersebut

Perang Jamal ini berlaku antara dua individu yang ada hubungan dengan Rasullah saw. Iaitu di antara sepupu dan juga menantu Rasullah saw dengan isteri Rasullah saw sendiri. Ini bermakna Syaidina Ali bertempur dengan isteri Rasullulah saw yang juga ibu mertua beliau. Sepatutnya orang-orang yang ada hubungan dengan orang yang dikasihi Allah swt tidak berlaku perkara-perkara yang membawa perpecahan kepada umat Islam pada zaman itu? Harus diingat kedua-dua pihak adalah berugama Islam dan mempunyai hubungan rapat dengan Rasulluah saw dan kedua-dua mereka adalah juga ahli Syurga. Kenapa ini berlaku? Ianya berlaku kerana angkara orang-orang yang menabur fitnah dan melagakan kedua-dua pihak dari satu ugama dan dan ada hubungan keluarga ini dengan menyebarkan cerita-cerita yang tidak benar pada zaman tersebut.

Sejarah peperangan Jamal ini elok dijadikan renungan untuk kita bersama. Peperangan yang berlaku sesama Islam, juga berlaku di kalangan orang-orang yang terpilih dan terlibat dalam perjuangan Rasullulah saw. Selepas Rasullulah tiada, kaum keluarga beliau serta para sahabat berperang sesama mereka. Apakah kesudahannya cerita ini? Cerita ini samalah dengan apa yang berlaku sekarang dalam Silat Cekak Hanafi. Selepas Ustaz Hanafi pergi, kaum keluarga beliau hidup dalam keadaan kucar-kacir, tidak menghargai perjuangan yang telah dirintis oleh Ustaz Hanafi sendiri dan sanggup ‘berperang’ dengan anak murid kesayangan Ustaz Hanafi sendiri yang sebelum ini adalah sebahagian dari ‘keluarga Ustaz Hanafi’.

Melalui sejarah Perang Siffin pula, sejarah menceritakan kepada kita bahawa helah orang-orang menggunakan Al-Quran untuk melepaskan diri telah ada dan dicatat sejak lama dahulu. Biasa dengar cerita sebegini zaman sekarang? Rasa-rasanya macam biasa dengar!!! Begitulah ceritanya apabila Mad Radhi menggunakan Al-Quran untuk melepaskan diri dengan bersumpah kononnya beliau tidak melakukan perbuatan cabul. Jadi apakah yang kita nak hairankan apabila Mad Radhi yang beliau telah didapati bersalah melakukan pencabulan, masih sanggup dan berani bersumpah menggunakan Al-Quran sebagai helah untuk melepas diri. Ingatlah pesanan Rasullullah saw umat di akhir zaman, sanggup bersumpah untuk berbohong, dan yang paling hina adalah menggunakan Al-Quran untuk menipu! Apa nak jadi ni? Sebenarnya itulah tanda-tanda jelas manusia di akhir zaman. Yang sanggup melakukan apa sahaja untuk kepentingan peribadi!

Harimau yang sudah tiada taring

Beralih pula kita kepada cerita Presiden Iraq, Saddam Hussein yang satu ketika dulu adalah manusia yang paling berkuasa di bumi Iraq. Mendengar nama beliau sahaja ramai yang demam tak dikebah kerana takut dengan harimau perkasa itu. Namun Saddam Hussein telahpun ditamatkan riwayat beliau. Akhirnya dari seorang yang berpengaruh dan maha berkuasa, beliau mati juga ditali gantung. Harus diingat, beliau mempunyai puluhan ribu pengikut dan para ‘peminat’ setia yang sentiasa berkorban jiwa dan raga bagi menebus kekecewaan mereka. Namun begitu, tahukah kita bahawa yang menyebabkan Saddam Hussein ditangkap oleh tentera Amerika adalah hasil maklumat yang diberikan oleh orang kepercayaan Saddam sendiri. Yang menyebabkan negara Iraq dapat dijajah dengan mudah oleh tentera Amerika tanpa melalui peperangan yang sebenar adalah kerana pegawai-pegawai kanan tentera dan orang-orang kepercayan beliau sendiri yang berpaling tadah dan akhirnya beliau mati di tali gantung tentera Amerika akibat mainan politik yang amat kotor orang-orang di sekeliling beliau. Saddam Hussein jatuh kerana perbuatan orang-orang yang rapat dengan beliau!

Persoalannya, kenapa mereka membocorkan rahsia dan membiarkan pemimpin mereka ditangkap dan dihukum mati? Jawapannya amat mudah iaitu selama ini mereka telah lama hidup dalam keadaan yang tertekan oleh kerana kekuasaan dan perbuatan Saddam Hussein sendiri. Selama ini mereka hanya menurut perintah dan akur kepada semua arahan dan suruhan ketua mereka. Selama ini mereka dilayan seperti hamba bagi memenuhi keperluan ketua mereka. Selama ini juga mereka tidak terdaya melawan kerana ketua mereka terlalu berkuasa. Melawan bererti binasa. Tetapi apabila musuh sudah di depan mata, ini membuatkan mereka membuka mata. Adalah sia-sia melindungi ketua mereka kerana mereka juga sudah tidak tertahan diseksa. Selama inipun ketua mereka bukannya menjaga hal ehwal mereka, lagi menghabis harta mereka sahaja. Mereka sedar tiada apa faedah yang mereka dapat kecuali kesusahan sahaja. Jadi apabila musuh menyerang, inilah peluang yang ditunggu dan mereka telah berpaling tadah. Para pengikut setia telah membuka rahsia, para pegawai tentera juga sudah bijak tidak mahu mati sia-sia. Lalu dibiarkan sahaja negara dijajah dan dengan itu berakhirlah satu legenda seorang yang pernah di gelar Harimau Padang Pasir! Harimau Padang Pasir ini sudah tidak bertaring lagi!

Bagaimana pula halnya dengan Mad Radhi Hj Hanafi si Harimau Belantara? Taring beliau juga pada satu ketika dahulu amat besar dan tajam. Semua orang amat gerun dengan beliau. Taring beliau boleh mencengkam dan boleh mencederakan sesiapa yang melawan. Mad Radhi merupakan seorang manusia yang pernah memegang tampuk kekuasaan dan amat berkuasa dalam jajahan takluk Silat Cekak Ustaz Hanafi. Beliau merupakan seorang manusia yang mempunyai kuasa mutlak tanpa ada sesiapa yang boleh mempersoalkan beliau. Namun itu hanyalah satu kenangan satu masa dahulu. Taring beliau sekarang ini sudah tidak berfungsi lagi. Mana pergi kuasa beliau? Mana pergi gerun beliau? Semuanya telah hilang dalam sekelip mata serentak dengan hilangnya kuasa yang selama ini amat gah.

Dalam keadaan sekarang, bukan orang-orang suruhan dan pengikut setia yang bergantung kepada Mad Radhi. Sebenarnya Mad Radhi yang bergantung kepada pengikut-pengikut setianya. Mad Radhi tidak lagi ada taring untuk mengherdik pengikut sesuka hati. Dia sudah tiada kuasa untuk bercakap besar. Egonya juga sudah menurun ke tahap yang amat rendah. Dia sekarang tidak boleh menengking anak murid sesuka hati, kerana kalau dia berbuat demikian , pengikut akan lari. Kalau pengikut lari, apa yang ada pada Mad Radhi? Yelekk poicit…..Hanya yang tinggal adalah Mad Radhi dan Bani Hanafinya! Dan kepada para pengikut setianya, inilah masanya untuk menjual mahal. Kalau dulu Mad Radhi terlalu ego dan tidak kisah kepada orang ramai kerana dia tahu orang akan datang kepada beliau samada suka ataupun tidak, tetapi sekarang tidak lagi. Pengikut setia ini telah lama tertekan dan inilah peluang untuk mereka menghilangkan diri. Inilah masa yang telah lama ditunggu. Mereka sudah tidak tahan lagi untuk berjuangan bersama Mad Radhi. Apa yang mereka dapat dari Mad Radhi? Duit habis, masa terbuang, ilmu tidak seberapa. Lama sudah mereka menderita, jadi kalau sekarang mereka menghilang diri apa yang Mad Radhi boleh buat? Sekarang ini Mad Radhi hanya mengharap simpati. Mengharap ehsan dari anak-anak murid yang setia sahaja, itupun bagi yang masih ada sisa-sisa ketaatan. Yang lain sudah tidak kisah. Mereka pun ada masalah sendiri. Andainya mereka taat dan setiapun, mereka takkan sanggup masuk penjara bersama-sama Mad Radhi. Mereka juga ada anak dan isteri, ada keluarga dan kerjaya. Mereka sedar, kalau keluarga dan anak-anak mereka tidak makan, bukan Mad Radhi yang akan memberi! Jadi mereka perlu berhati-hati sekarang. Mereka tidak akan terikut-ikut sehingga tergadai segala-galanya. Hilang guru boleh dicari ganti, kalau hilang anak-anak dan keluarga siapa yang boleh mengantikannya? Kalau setakat sebulan dua, bolehlah mereka bersusah payah mempertahankan Mad Radhi, tetapi kalau sampai bertahun apa ceritanya ni….

Sebenarnya yang sebok memperjuangkan Mad Radhi sekarang adalah dari kalangan Bani Hanafi sahaja, yang lain itu adalah dua tiga, tetapi hanya meramaikan majlis dan supaya ‘jangan nampak sangat’ tidak suka , nanti di cop pula sebagai menderhaka!. Sekarang Mad Radhi dan Bani Hanafi berjuang hanya kerana wang ringgit semata-mata. Mereka takut kemewahan dan kesenangan hilang begitu sahaja. Maka mereka akan gunakan segala saki-baki sokongan yang ada untuk bermati-matian mengekalkan Mad Radhi. Sebenarnya mereka lupa, di kalangan yang ada di sekeliling mereka sejak dari dahulu lagi sudah mula berkata-kata tentang perangai Bani Hanafi ini. Cuma tidak kuasa untuk bercerita secara terbuka kerana takut nanti dicela.

Hari-hari terakhir seorang pengkianat bangsa…..

Hari-hari terakhir Mad Radhi akan dipenuhi tragedi. Beliau telah hilang semua ‘seri’. Beliau hilang keistimewaan yang selama ini amat beliau megahkan. Beliau kehilangan maruah dan harga diri, beliau kehilangan pangkat dan paksi, beliau kehilangan pendapatan dan kemewahan, beliau kehilangan penyokong dan pendokong, beliau kehilangan para Pak Sanggup, beliau kehilangan anak murid yang selalu menghulur wang, beliau kehilangan anak murid yang selalu menaja percutian beliau, beliau kehilangan kebebasan diri apabila dijatuhi hukuman dan akan merengkok di dalam penjara, BELIAU SEBENARNYA TELAH HILANG SEGALA-GALANYA! Maka dengan itu berakhirlah juga satu lagi legenda seorang manusia yang pernah digelar Harimau Belantara! Apa yang terjadi kepada Saddam Hussein Harimau Padang Pasir, juga akan dituruti oleh Mad Radhi. Berbeza dengan Saddam Hussein yang mati atas perjuangan negara penuh bermaruah, tetapi Mad Radhi terhapus dengan segala kehinaan dengan label sebagai PENGKIANAT BANGSA. Ianya akan menjadi lipatan sejarah dalam satu lagi hikayat yang penuh duka, iaitu hikayat sedih Bani Hanafi. Sebelum Mad Radhi ‘digantung mati’, apakah Mad Radhi mahu juga menuruti langkah yang diambil oleh Saddam Hussein menggenggam senaskah Al-Quran semasa tergantung di tali? Yang pasti, berbeza dengan Saddam Hussein yang menggenggam Al-Quran sebagai tanda menjunjung dan memuliakan Al-Quran, tetapi Mad Radhi akan terus berhelah menggunakan Al-Quran untuk kepentingan peribadi dan mengelak ‘mati’! Begitulah agaknya hari-hari terakhir seorang pengkianat yang keji. Apakah esok masih ada mentari untuk Mad Radhi? Entahlah, Pak Kaduk pun kurang pasti, tetapi elok rasanya ditanya kepada Yang Arif lagi Bestari!

Sekian, wassalam.

Salam Tahun Baru 2007

Pak Kaduk – Selamat beristirehat wahai Mad Radhi, ambillah kesempatan yang sedikit ini untuk bermuhasabah diri. Ingatlah sebanyak manapun amal kita (itupun kalau kita beramal), jika tidak diperkenankan oleh Allah swt untuk mu mencium syurgaNya, maka kita tidak akan merasainya. Oleh itu sentiasalah beristifar dan minta ampun kepadaNya, sesungguhnya Allah maha pengasih dan penyanyang serta maha mengampuni.

Read more...