JANGAN SAMPAI PECAH TEMBELANG!!!

2007/05/21

Malam tadi PK ada menyaksikan filem lama Tan Sri P. Ramlee yang bertajuk Madu Tiga yang disiarkan melalui RTM2. Filem komedi ini mempunyai jalan cerita yang mudah dengan menyediakan beberapa ‘message’ tersirat untuk kita renungi bersama.

Ada beberapa katabual dan dialog yang diucapkan itu yang menarik perhatian PK yang boleh dikaitkan dengan peristiwa yang berlaku dalam persatuan sejak setahun lalu. Walaupun PK telah selalu menonton filem tersebut dan boleh dikatakan telah menghafal dialognya, namun setelah menonton sekali lagi telah membuka minda PK2 tentang pengajaran yang ingin disampaikan disebalik cerita lucu tersebut dan kaitanya dengan peristiwa yang dialami oleh persatuan sekarang.

Filem tersebut berkisar dengan gelagat seorang suami yang miang yang pantang nampak perempuan lawa. Bermula dengan pelakon utamanya yang menipu isterinya konon hendak ke majlis kahwin kawannya, tetapi sebaliknya dia sendiri yang hendak pergi kahwin. Di majlis perkahwinan beliau, beliau mengatakan bahawa isteri beliau telah memberi kebenaran untuk beristeri dua dan semua orang memuji isteri beliau konon amat memahami jiwa suami. Nak jadi cerita, tembelang beliau mula pecah bila isteri kawan beliau bertemu dengan isteri beliau di supemarket dan melalui perbualan mereka, tahulah isteri beliau bahawa si suami telah beristeri dua. Dan selepas itu hidup si suami itu jadi kelam kabut kerana tembelang beliau telah pecah. Maka selepas itu bermula episod di mana hidup beliau penuh dengan putar belit bagi menyelamatkan diri. Dan nak jadi cerita lagi, beliau meneruskan putar belit lagi untuk menutup putar belait sebelumnya sehingga akhirnya menimbulkan masalah untuk beliau sendiri kerana dah tak boleh tutup lubang! Beliau akhirnya telah terperangkap dengan temberang beliau sendiri dan dah tak boleh nak lari kemana. Kemudian terpaksa mengaku kepada isteri-isteri beliau dan terpaksa menceritakan yang sebenarnya.

Dalam filem tersebut juga ada disiarkan nyanyian lagu Madu Tiga yang antara lirik lagu tersebut berbunyi seperti berikut ‘……mesti pandai pembohong, mesti pandai temberang tetapi jangan sampai hai pecah tembelang……!’ Lagu dan lirik yang simple tetapi message yang mendalam! Ringkasnya, apa yang nak disampaikan dalam lagu tersebut adalah , kalau nak kelentong orang , boleh, tapi kena jaga-jaga jangan sampai orang tahu awak tu pembohong. Kalau orang dah tahu habislah kau!

Cakap bohong

Lanjutan dari cerita tersebut, apa yang PK nak bincangkan di sini ialah tetang perihal bercakap bohong. Kita harus ingat bahawa apabila kita bercakap bohong kepada seseorang, mungkin kita fikir kita telah berjaya memperdayakan seseorang, tetapi kita lupa bahawa mereka-mereka yang kita temberang itu juga mempunyai kawan dan rakan taulan yang juga mengenali kita. Jadi apabila mereka berjumpa dan membandingkan cerita, mereka akan dapat tahu juga samada kita berbohong ataupun tidak.. Ada beberapa cerita yang boleh dikongsi tentang mantan GU yang bercakap bohong. Antara cerita yang boleh di kongsi adalah kisah jam tangan Rolex yang dipakai oleh mantan GU contohnya.

Ada beberapa versi yang dicerita oleh mantan GU kepada anak murid dan ahli. Versi pertama ialah kononnya mantan GU mengubat seorang Brunei yang mati pucuk. Setelah baik, orang tersebut telah menghadiahkan kepada mantan GU jam rolex tersebut. Versi kedua ialah jam tersebut juga dihadiahkan oleh seorang kontraktor Brunei yang kononnya mantan GU menolong kontraktor Brunei tersebut mendapatkan projek (macam biasa dengar je kes ni! Ini bukan macam kes kereta WFT7 ke?) . Tetapi ramai yang tidak tahu versi sebenar bagaimana mantan GU mendapat jam tersebut. Sebenarnya jam tersebut adalah hadiah dari Jalil Hashim kepada mantan GU.

Kenapa Jalil Hashim nak hadiahkan jam mahal yang berharga lebih dari RM10,000.00 itu? Senang saja. Mantan GU menggunakan tektik lamanya. Nak jadi cerita, pada satu ketika, mantan GU telah melihat Jalil Hashim memakai jam tangan rolex yang mahal. Maka diminta lihat oleh mantan GU dan untuk cuba memakainya. Maka terkeluarlah perkataan biasa dengar ’Jam ni kalau Guru Utama pakai, lagi nampak gah nya, lagi naiklah imej persatuan! Tapi nak buat macam mana, saya tak mampu nak pakai’ (ini modal lama dan biasa digunakan oleh mantan GU kalau nakkan sesuatu. Selalunya imej persatuan yang dicanangkan, walhal sebenarnya adalah untuk diri beliau sendiri!). Anak murid manapun, bila dengar GU cakap macam tu, timbul rasa simpati dan mula lah berhajat nak memberi hadiah. Jadi nak jadi cerita, tidak lama selepas itu, mantan GU inipun dihadiahkanlah satu jam tangan Rolex oleh Jalil Hashim. Itulah yang sebenarnya. Bukannya orang Brunei hadiah atau sapa-sapa bagi selain dari Jalil Hashim. Itupun selepas si Jalil Hashim jadi serba salah sebab kononnya mantan GU berkenan jam tersebut tetapi tak mampu nak beli! Dan nak jadi lebih haru, mantan GU ini pula dengarnya dia ada offer untuk jual kepada anak murid dengan harga yang agak mahal juga! Dapat free kemudian nak jual pada orang lain. Nak buat duit atas angin ni!. Ini betul-betul haru punya kes!

Jadi apabila berlaku kejadian mencabul kehormatan oleh mantan GU pada 10 Mac 2006, mantan GU telah memberikan berbagai-bagai versi cerita beliau dari satu individu kepada individu yang lain. Yang menjadi parah apabila ahli-ahli membandingkan cerita yang diceritakan oleh mantan GU kepada mereka. Ceritanya sering berubah-ubah dari satu masa ke satu masa, dari satu tempat ke tempat yang lain dan dari individu ke individu yang lain. Kadang-kadang fakta yang ’simple’ pun boleh salah cerita. Ramai dari kalangan ahli-ahli yang pening kepala. Ramai yang bingung kerana mendengar cerita dari mantan GU. Ramai yang was-was dan berkata dalam hati, takkan GU nak bohong kot! Tetapi bila membandingkan cerita-cerita yang diperolehi, memang sah cerita tersebut tidak sama. Jadi macamana? Siapa yang berbohong. Dua versi cerita datang dari orang yang sama. Mesti salah satunya tidak betul. Yang mana tak betul? Siapa yang cakap tak betul? Mestilah mantan GU kerana dia yang ceritakan. Nah , sekarang siapa yang kita nak percaya? Inilah dilema ahli-ahli kita sekarang!

Cerita mantan GU bercakap bohong itu tidak berhenti di situ sahaja. Kemelut yang melanda persatuan ini telah bermula sejak lama dahulu hatta sebelum kes mencabul kehormatan ini timbul lagi. Ahli-ahli sering membandingkan cerita-cerita yang disampaikan oleh mantan GU kepada mereka dan juga orang-orang yang berada disekeliling GU. Sering kali cerita yang diterima adalah tidak sama dan berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Dengan kata lain, ramai di antara ahli-ahli persatuan telah mengetahui sejak lama dahulu bahawa mantan GU sering tidak bercakap benar, apatah lagi orang-orang rapat sekeliling beliau! Gejala ini sudah menular dalam kehidupan seharian mereka-mereka ini dan telah menjadi darah daging mereka. Oleh itu , kita tidak hairan apabila ramai yang mengamalkan sikap ’cakap tak serupa bikin’ sebagai satu ’isme’ baru mereka terutamanya yang terlibat dengan wang dan perniagaan. Semua ini telah direstui oleh mantan GU. Jadi pada pandangan mereka, apabila mantan GU memberi restu, itu tandanya perkara itu boleh dilakukan. Tidak keterlaluan kalau PK katakan bahawa orang-orang sekeliling GU jadi rosak akibat pengaruh dan ’isme’ yang dibawa oleh mantan GU ini. Pernah juga PK dengar mantan GU berkata bahawa terima rasuah itu boleh, asalkan kita anggap sebagai hadiah, menaja orang berbuat jahat dengan perempuan tidak apa asalkan kita tidak melakukannya. Ini semua ’isme’ yang merosakkan yang dibawa dan ditarbiahkan oleh mantan GU kepada anak murid di sekeliling beliau. Oleh itu kita akan dapati bahawa orang-orang di sekeliling mantan GU adalah orang-orang tidak dipercayai ramai. Malah sesama mereka sendiri pun sering bertelagah dan mengambil kesempatan ke atas satu sama lain! Jadi kalau ada peluang untuk menghindarkan diri dari kumpulan ini, ramai ahli yang memilih untuk tidak mahu terlibat dengan mereka. Kerana mereka tahu bahawa, lambat laun mereka akan dipergunakan untuk kepentingan juak-juak mantan GU ini yang sentiasa menanti peluang untuk mengambil kesempatan.

Sifat

Kalau nak mengetahui tentang sesuatu perkara atau seseorang, kita perlu tahu sifatnya. Orang mukmin mempunyai sifatnya, orang munafik mempunyai sifatnya, orang jahat mempunyai sifatnya dan orang baik juga mempunyai sifatnya yang tersendiri. Maka kajilah sifat mereka itu maka kita tahu perangai dan peribadi seseorang itu. Seperti juga telah Allah swt. Untuk mengenal Allah maka kita perlu mengenal sifat-sifatnya. Sebab itulah sifat 20 itu sentiasa diberikan ulasan dalam ceramah dan majlis ilmu kerana untuk mengenal Allah, kita perlu mennegal sifatnya. Jika tidak , kita kehilangan arah dan pedoman…

Bagaimana dengan sifat mantan GU? Apakah sifatnya? Kita kena kaji sifatnya untuk mengenalinya. Satu sifat yang amat sebatinya dengan mantan GU ialah sifat pembohong. Sifat ini menjadi amalan dan tabiat beliau sejak lama. Bila sudah menjadi tabiat, maka amat susah sesuatu sifat dapat dihilangkan.

Bila kita mengetahui sifatnya, maka tidak susah kita mentelah perangai dan peribadi seseorang. Dalam kes mantan GU ini, berdasarkan sifat beliau yang kita ketahui, maka tahulah kita bahawa beliau adalah seorang yang munafik yang bila bercakap dia berbohong, bila diamanahkan, dia pecah amanah dan bila berjanji dia mungkiri janji. Jadilah dia seorang munafik yang dilaknati Allah swt.

PK- nak bohong boleh, tapi jangan sampai pecah tembelang, nanti busuknya sampai ke seluruh pelusuk dunia!

Read more...

SIAPA SIHIR SIAPA???

2007/05/18

Sekarang ini PK masih lagi mendapat maklumat dari akar umbi yang mengatakan mantan GU dan Bani Hanafi masih menjaja ke seluruh pelusuk tanahair yang kononnya beliau dan keluarga beliau telah disihir dan dibomohkan supaya mendapat mudharat. Pengungkapan mantan GU ini dapat di dengar dengan jelas semasa ucapan beliau di pejumpaan tenaga pengajar haram yang diadakan pada bulan Januari yang lalu dan juga terus dijaja selepas itu kepada sesiapa yang mahu mendengar cerita rekaan mereka ini.

Konon ceitanya orang-orang yang tidak sehaluan dengan mantan GU ini telah menggunakan amalan sihir dan ilmu hitam terhadap mantan GU dan keluarga beliau. Kononnya juga, cubaan ilmu hitam terhadap beliau tidak menjadi, tetapi terkena kepada anak-anak beliau. (Tak kena pada beliau kononnya beliau hebatlah kot! Betulke?) PK mendapat cerita itu dengan dua nada yang berbeza. Yang pertama terkejut kerana sampai begitu rendah sekali mantan GU ini meletakkan diri beliau apabila mengada-adakan cerita untuk memburuk orang-orang yang tidak sehaluan dengan beliau. Nada yang kedua pula ialah PK merasa lucu kerana memikirkan yang mantan GU ini kehabisan modal sehingga menggunakan isu sihir dan bomoh ini untuk menyakinkan pengikut beliau. Kita semua amat maklum sekarang bahawa ramai pengikut beliau sekarang ini semakin hari semakin berkurangan dan menghilangkan diri. Juga tidak kurang ramainya yang menyepi diri secara terhormat. Mungkin dah malas nak melayan kes yang memeningkan kepala mereka itu. Yang tinggal sekarang hanyalah orang-orang keliling yang berpentingan diri dan kaum keluarga Bani Hanafi dan orang-orang yang perasan sebagai ahli keluarga Bani Hanafi. Sebab itu, mantan GU ini berada dalam keadaan yang nazak untuk terus mendapat kepercayaan orang sekeliling terhadap beliau. Dengan itu di ciptalah berbagai cerita-cerita yang karut-marut untuk dimasukkan ke dalam fikiran para pengikut yang ada, dengan harapan mereka percaya dan masih terus bersama beliau.

Persoalan yang kita perlu dapat kepastian ialah siapa yang sebenarnya yang menggunakan ilmu sihir dan bomoh ini? Siapa pula yang di dalam hidup mereka sentiasa berjumpa bomoh atau dukun untuk menyelesaikan masalah hidup mereka? Adakah orang-orang tidak sehaluan dengan mantan GU atau mantan GU sendiri bersama-sama Bani Hanafi yang lain yang amat percaya kepada bomoh dan amalan yang kurang baik ini?

Kes rumah dimasuki perompak

Pengalaman PK dengan mantan GU ini dengan Bani Hanafi menjadi kayu pengukur untuk PK membuat analisa. Mari lihat beberapa insiden yang berlaku terhadap Bani Hanafi ini dan apakah tindakan mereka. Kes yang masih PK ingat ialah kes di mana rumah Al-Marhum Ustaz Hanafi telah dimasuki perompak pada suatu malam pada tahun 1999. Pada ketika kejadian, ada beberapa orang yang berada di dalam rumah tersebut antaranya Mak Teh (Bonda Munah), Amin Dahlan , isteri beliau iaitu Mak Su yang sedang mengandung pada waktu itu, anak beliau dan juga seorang pendatang haram Indonesia yang bernama Wak Ang. Mereka semua sedang tidur ketika rumah dimasuki perompak. Mengikut maklumat yang diterima, semua mereka telah diikat termasuk Bonda Munah , Aminudin Dahalan, isteri beliau dan pendatang haram Indonesia tersebut. Perompak tersebut telah berjaya melarikan semua barang kemas Bonda Munah dan Mak Su yang jumlahnya tidaklah diketahui secara tepat. Tetapi kalau dah sampai Bonda Munah meminjam dan berhutang untuk membeli barang kemas baru untuk menggantikan barang yang lesap itu, maka dapatlah PK katakan bahawa hampir kesemua barang kemas Bonda Munah lesap dilarikan pencuri.

Selepas peristiwa tersebut, sebok dan kecohlah Bani Hanafi dan seluruh tanah jajahan negeri dan ramailah yang bersimpati pada waktu itu dan cuba berusaha untuk mendapatkan kembali barang kemas yang telah dilarikan perompak itu. Ramai yang berusaha dengan berbagai cara. Mereka telah pergi berjumpa dengan ramai bomoh semata-mata untuk menilik di mana barang kemas itu berada dan dengan harapan barang kemas tersebut dapat di kembalikan. Yang dok sebok antaranya ialah si Amin Dahalan pergi ke merata tempat berjumpa bomoh hatta sampai ke Johor untuk menilik. Yang lucunya ialah apabila bomoh memberitahu bahawa emas tersebut masih berada di Malaysia dan berada di satu kawasan penginapan Indonesia, si Amin Dahalan ini telah meminta pihak polis melancarkan operasi ke ke kawasan tersebut untuk menahan suspek yang dikatakan masih berada di kawasan perumahan tersebut. Si Amin ni memang otak tak begitu kemas, dia ingat pihak polis boleh buat operasi hanya berdasarkan ramalan bomoh! Punyalah singkat akai manusia yang seorang ni. Bani Hanafi yang lain pun sebok juga mencari bomoh untuk tujuan yang sama. Semuanya itu adalah atas nasihat mantan GU. Maka masing-masing berlari ke sana ke mari untuk sama-sama berjasa dan menolong mencari barang kemas itu kononya. Dan yang paling lucu pada waktu itu, mantan GU tidak pula diminta untuk sama-sama menilik di mana barang kemas tersebut berada. Konon katanya mantan GU ni hebat sangat dan boleh buat apa saja. Tapi bila kena pada batang hidung sendiri, apa pun tak boleh buat!

Kes berniaga kedai makan

Pada peristiwa lain, iaitu apabila Bani Hanafi yang terdiri dari Mokhtaruddin dan Fauzi dan pendatang haram Indonesia berniaga di tepi rumah Bonda Munah di Keramat KL. Perniagaan mereka tidak begitu maju. Bila perniagaan kurang laku, alasan yang diberikan oleh Bani Hanafi dan konco-konco kononnya perniagaan mereka terkena buatan orang. Ada orang dengki kononnya. Tetapi tak tahu pula siapa yang dengki. Main agak-agak sajalah untuk menyedapkan hati. Hatta Bani Hanafi ini telah berjumpa dengan bomoh orang asli untuk mendapat tangkal bagi melariskan perniagaan. Namun begitu, tidak lama selepas itu, perniagaan mereka lingkup juga. Bomoh ke mana, perniagaan ke mana! Yang lucu sekali lagi, mantan GU pun tak boleh tolong melariskan jualan. Konon katanya GU hebat, tapi habuk pun tarak! Kalau dulu sewaktu zaman Al- Almarhum Ustaz Hanafi , ramai yang mengetahui bahawa banyak kedai-kedai yang disinggahi atau selalu di datangi oleh Ustaz Hanafi, selalunya mendapat keberkatan dan perniagaan mereka selalunya akan bertambah maju. Tetapi mantan GU yang sorang ni, bukan kata perniagaan bertambah maju, lagi lingkup adelah! Apa punya guru hebat nie? Ini satu kes di mana bomoh juga yang dirujuk untuk menyelesaikan masalah !

Kes Fauzi Hanafi dan bekas teman wanitanya

Kes ini agak unit. Kes ini berlaku semasa Al-Marhum Ustaz Hanafi masih ada. Pada ketika itu Fauzi ni sedang masyuk bercinta dengan teman wanita beliau. Konon cerita semua ahli keluaga Bani Hanafi termasuk Al-Marhum Ustaz Hanafi juga suka pada teman wanita beliau. Namun nak dijadikan cerita, adalah tukang sampai cerita yang mengatakan teman wanita ini sebenarnya ada pasang ’balak’ lain tanpa diketahui oleh si Fauzi. Salah seorang ahli Bani Hanafi yang bernama Mokhtarudin tidak suka tentang perkara ini. Beliau telah pergi berjumpa dengan bomoh orang asli untuk mendapatkan ubat dan tangkal untuk memisahkan si Fauzi dengan si perempuan tersebut. Nak jadi cerita, memanglah, akhirnya mereka berdua tidak jadi mendirikan rumah tangga. Mungkin tak ada jodohle gamaknya. Tetapi apa yang nak disampaikan di sini, kaum keturunan Bani Hanafi ini sememang amat suka mendapatkan bantuan bomoh atau dukun bagi memenuhi hasrat mereka.

Kes Perpecahan dengan CM

Sewaktu perpecahan berlaku dengan CM, heboh di kalangan Bani Hanafi mengatakan Pak Ak dan Mak Tam telah menggunakan ilmu hitam terhadap mantan GU dan Bani Hanafi kononnya. PK yang ada pada waktu tersebut pun termakan cakap-cakap dan tuduhan mereka mengatakan Pak Ak dan Mak Tam mengamalkan ilmu hitam. Sampai PK pun memandang serong kepada Pak Ak kerana percayakan tuduhan mereka itu. Kononnya ada orang nampak hantu dalam rumah Bonda Munah le, kononnya pendatang haram Indonesia Wang Ang nampak hantu atas pokok mangga belakang rumah le, kononnya Pak Ak hantar daging babi di baling ke dalam kawasan rumah le dan berbagai-bagai lagi tuduhan yang dilemparkan. Semuanya PK percaya dan tak pernah tanya pun samada benar ke tidak cerita tersebut atau berusaha mendapatkan bukti sahih tentang kejadian itu. Semua itu hanya dicerita oleh Bani Hanafi. PK takut-takut hantu yang mereka nampak dalam rumah dan kiluar rumah adalah hantu belaan mereka sendiri. Manalah kita tau!

Kes sekarang

Jadi, berbalik kepada isu yang sedang dimainkan oleh mantan GU sekarang tentang kononnya orang-orang sebelah sini menggunakan bomoh dan sihir untuk mengenakan beliau dan keluarga beliau. Perkara ini dipercayai dan diterima bulat-bulat oleh orang sekeliling tanpa usul periksa. Betul ke tidak, itu bukan soalnya. Yang penting mantan GU bercakap, bila mantan GU, maka itu kena percaya! Begitulah rendahnya tahap pemikiran mereka. Ini bermakna, mantan Gu menggunakan tektik lama yang sama semasa krisis dengan CM dulu untuk memburukkan pula orang-orang yang tidak menyokong beliau semata-mata untuk meraih sokongan dan simpati. Itulah modal yang dijaja sekarang ke seluruh pelusuk tanah air.

Apa sebenarnya yang berlaku

Setakat yang PK tahu, tidak ada sesiapapun dari ahli-ahli yang tidak menyokong mantan GU ini yang sanggup berbuat perkara yang boleh merosakkan aqidah itu. Itu satu perbuatan yang keji dan tercela. Namun begitu, kalau dilihat dari tingkah laku Bani Hanafi menghadapi kes-kes yang lalu, PK percaya sebenarnya mantan GU dan Bani Hanafilah yang banyak menggunakan bomoh untuk memenuhi hasrat mereka. PK tidak terkejut juga jika dalam kes sekarang ini, merekalah yang sebenarnya yang mengamalkan amalan-amalan yang tidak betul termasuk sihir dan ilmu hitam itu. Mereka memang suka bab-bab berkaitan bomoh ini. Ini terbukti dalm kes-kes yang lalu! Apa yang boleh PK katakan ialah, insaflah, banyaklah berisytifar. Sedar lah apa yang dilakukan itu adalah syirik dan memesongkan aqidah. Sudahlah melakukan perbuatan yang terkutuk, kemudian difitnah pula orang lain mengatakan orang lain yang berbuat jahat terhadap beliau. Jadi dua kesalahan besar telah dilakukan. Satu buat benda tak elok dan kedua nya melakukan fitnah. Sampai bila nak bertaubat ni? Umur pun semakin pendek dah. Tak sedar lagi ke?

PK - Hanya hantu yang kenal hantu;
- Hanya pencuri yang boleh membaca pemikiran pencuri;

PS# kes Humaizah (anak perempuan Joker of The Year) dengan si Saifol Murad juga ada melibatkan bomoh atas nasihat mantan GU juga! Punyalah mak bapak dia berusaha nak kahwinkan Humaizah dengan si Saifol tu. Sampai dimasukkan benda tak elok di dalam makanan Humaizah supaya suka kat Saifol. Tapi nak jadi cerita, kalau dah tak ada jodoh, nak buat macam mana! Allah swt juga yang berkuasa! Kahwin jugalah mereka itu tetapi dengan pasangan yang berlainan!

Read more...

KES SAMAN DITUNDA LAGI…

2007/05/10

PK mendapat maklumat dari pihak tertinggi persatuan yang mengatakan kes saman SU Cawangan Melaka, saudara Omar Abdul Rahman terhadap MMK yang sepatutnya didengar semalam (9 May 2007) telah ditunda sekali lagi ke 28 Ogos 2007. Alasan kenapa di tunda tidak dapat dipastikan. Namun melalui sumber lain, adalah di dapati Hakim yang sepatutnya mendengar kes ini telah meninggal dunia sebelum kes ini di dengar. Jadi kena lantik Hakim baru le gamaknya.

Juga PK mendapat tahu bahawa pihak MMK hanya menerima afidavit balasan dan jawapan dari peguam pihak yang menyaman hanya beberapa hari sebelum kes di dengar. Lama betul ye nak prepare afidavit tersebut, dari bulan December 2006 sampai bulan Mei 2007. Ambik masa sampai 5 bulan! Tapi tak ape la kan… janji hantar. Ini sama macam kes buat assignment masa belajar kat Universiti je, last minute baru nak hantar kat meja lecturer…

PK – kes saman mantan GU terhadap MMK pula macamana? Belum keluar lagi ke? Tak dengar cerita pun… . Saman, jangan tak saman. Nanti orang kata tak macho!

Read more...

LAIN DAHULU LAIN SEKARANG...

2007/05/08

Apa yang lain?

Macam-macam yang berlainan sekarang ni! Dulu mantan GU katanya Ok, tengok-tengok sebenarnya kaki cabul dan jilat. Dulu katanya Mak Teh Ok, tengok-tengok kaki mencarut dan kaki maki orang. Dulunya ahli persatuan saling hormat-menghormati, tetapi sekarang saling umpat-mengumpati. Dulunya Ustaz Hanafi disanjung, sekarang tidak lagi kerana Ustaz Hanafi sudah tiada dan yang disanjung adalah mantan GU yang kaki cabul dan jilat.

Jadinya, banyaklah perkara yang berubah dan berlainan jika dibanding dahulu dan sekarang. Mari kita buat sedikit kajian tentang satu perkara yang elok dibuat analisa untuk pengetahuan bersama. Mari kita lihat isu berkaitan Mandat Perguruan….

Mandat melantik Guru

Pertama sekali kita kena tahu apa itu mandat? Ramai yang keliru dengan perkataan mandat ini. Macam satu keajaiban pula cara kita bercerita tentang mandat ini. Mandat itu sebenarnya bermaksud HAK atau KUASA. Persoalannya yang ingin diutarakan di sini adalah siapakah yang BERHAK atau BERKUASA untuk melantik guru di dalam persatuan kita?

a- zaman sebelum ada persatuan silat:
– Perkumpulan Seni Sari Budaya Sri kedah (PSSBSK) : 1965 – 1970
– Persatuan Bawean Putra Sepak Raga Jaring : Januari – Ogos 1971

Kalau dahulu, sebelum ada persatuan, kuasa melantik guru adalah terletak di tangan guru semasa. Tidak ada orang lain lagi yang boleh melantik guru selain guru yang ada pada waktu tersebut. Sebab utama proses perlantikan guru berlaku seperti itu adalah kerana tidak ada satu komiti atau jawatankuasa atau satu badan yang dibentuk untuk mengambil tugas itu. Guru pada waktu tersebut adalah berkuasa penuh. Semua keputusan adalah terletak di tangan beliau seorang. Tidak ada orang yang boleh membantah atau mempersoalkan apa-apa keputusan yang dibuat oleh guru. Maka itu, perlantikan guru selepas itu adalah atas kuasa mutlak guru. Itulah mandatnya, itulah KUASANYA ataupun itulah HAKNYA sebagai guru pada waktu itu. Ini berlaku kerana tiada jawatankuasa atau persatuan atau badan rasmi yang melihat hal-hal berkaitan perguruan ini. Tidak timbul juga cerita Allah Ta’ala yang melantik seseorang itu menjadi guru. Hanya dirinya sendiri yang melantik dan berkuasa untuk mengajar.

Namun, dikala Silat Cekak hendak digerakkan di bawah PSSBSK, Al-Marhum Ustaz Hanafi sendiri telah melantik Encik Yahya Said untuk menjadi guru melalui surat beliau bertarikh 1 Januari 1966 agar Encik Yahaya Said dibenar mengajar silat di bawah seksi silat PSSBSK di mana Al-Marhum Ustaz Hanafi menjadi Pengerusi seksi tersebut. (surat tersebut telah disiarkan sebelum ini). Itu merupakan bukti dan dokumen rasmi di mana Encik Yahaya Said dilantik menjadi guru..

Persoalan timbul selepas zaman Encik Yahaya Said. Kita semua tahu bahawa selepas Encik Yahaya Said, Al-Marhum Ustaz Hanafi yang menjadi guru. Tetapi timbul pula persoalan iaitu siapa yang melantik Ustaz Hanafi menjadi guru? Ramai yang mengatakan bahawa Encik Yahaya Said menyerahkan atau melantik Al-Marhum Ustaz Hanafi menjadi guru. Tetapi sehingga hari ini, tidak ada dokumen rasmi (setakat pengetahuan PK2) yang dapat membuktikan bahawa Encik Yahaya Said telah melantik Al-Marhum Ustaz Hanafi sebagai guru. Apa yang kita dengar hanya melalui percakapan dan melalui bacaan hanyalah kata-kata kononnya Encik Yahaya Said sebagai pemegang amanah dan telah menyerahkannya kepada Al-Marhum Ustaz Hanafi. Selain dari itu, tidak ada dokumen rasmi lain yang boleh dijadikan bukti!

Satu-satunya dokumen rasmi yang kita ada ialah perlantikan Al-Marhum Ustaz Hanafi menjadi Jurulatih Silat oleh Persatuan Bawean Putra untuk mengajar silat kepada ahli persatuan berkenaan melalui surat persatuan tersebut bertarikh 29 Januari 1971. Dokumen tersebut adalah dokumen rasmi pertama yang menyatakan perlantikan dan kebenaran mengajar silat. Selain dari dokumen tersebut, tidak ada dokumen lain yang pernah PK2 lihat.Jadi, walaupun di zaman tiada persatuan rasmi, telah wujud proses bahawa apa-apa perlantikan sebagai guru perlu juga melalui perlantikan rasmi seperti mana yang berlaku kepada Encik Yahaya Said dan ustaz Hanafi.

b- zaman Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM)

-Persatuan Seni Silat Chekak Kedah, Malaysia : Ogos 1971
– April 1975 -Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia: April 1975 – 19 Mei 1993

Selepas persatuan Bawean Putra, Persatuan Seni Silat Chekak Kedah Malaysia ditubuhkan dan kemudiannya ditukar nama kepada Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia. PK2 mengandaikan bahawa perlembagaan keduan-dua persatuan ini adalah sama walaupun namanya telah bertukar. PK2 tidak mendapat maklum ada atau tidak dokumen perlantikan rasmi Al-Marhum Ustaz Hanafi menjadi guru kepada kedua-dua persatuan ini. PK2 tidak tahu sebenarnya. Kalau sesiapa yang ada dokumen perlantikan tersebut , boleh dikongsi bersama. Tetapi hati PK2 berat mengatakan dokumen itu tidak ada.

Di dalam perlembagaan PSSCM, tidak ada peraturan yang menyebut tentang perlantikan dan penyistiharan guru. Ini bermakna proses perlantikan guru itu tidak diperlembagakan. Yang ada menyebut tentang guru pun hanya sedikit sahaja iaitu pada PERATURAN 21 perlembagaan yang menyebut tentang LPT (sila rujuk perlembagaan Silat Cekak Malaysia).

Al-Marhum Ustaz Hanafi menjadi guru silat sehingga beliau meninggal dunia pada 13 Ogos 1986 iaitu selepas 15 tahun Persatuan Seni Silat Chekak Kedah ditubuhkan.

Selepas Ustaz Hanafi meninggal dunia, jawatan guru menjadi kosong. Ramai pemimpin pada waktu itu terpingga-pingga untuk mencari siapa yang akan mengganti. Bagi mengatasi masalah dan kekusutan yang melanda pada waktu itu, ahli lama dan anak murid Ustaz Hanafi yang setia telah bermesyuarat dan sepakat untuk mencari jalan penyelesaian terhadap isu guru pengganti. Kumpulan permuafakatan itu terdiri daripada kalangan ahli lama dan ahli keluarga Ustaz Hanafi. Permuafakatan itu kemudiannya dinamakan sebagai Majlis Permuafakatan Tertinggi Silat Cekak. Namun harus diingat, majlis ini dibentuk secara ad-hoc dan tidak rasmi. Malah di dalam perlembagaan Silat Cekak Malaysia , tidak ada peraturan yang menyentuh atau menghuraikan tentang majlis muafakat ini. Oleh itu , sebenarnya di bawah perlembagaan Silat Cekak Malaysia, tidak ada satu badan rasmi yang sah boleh melantik guru. Sebenarnya Majlis Permuafakatan ini tidak mempunyai kuasa untuk melantik guru dan atas sebab itu sepatutnya majlis ini tidak diiktiraf kewujudannya. Namun oleh kerana semua pihak bersetuju dan memperakui keputusan yang dibuat oleh Majlis itu, maka dengan sendirinya Majlis Permuafakatan ini menjadi satu badan yang diiktiraf oleh Persatuan Silat Cekak Malaysia dan melaksanakan fungsinya.

Dalam masa 40 hari selepas Ustaz Hanafi meninggal dunia, Ishak Itam telah membuat tuntutan kononnya Ustaz Hanafi ada menyerahkan mandat perguruan kepada beliau. Ini juga banyak menimbulkan persoalan. Tidak ada bukti hitam putih yang mengatakan beliau menerima perlantikan sebagai guru. Hatta Ustaz Hanafi tidak pernah menamakan sesiapapun sebagai pengganti beliau.

Oleh kerana hanya Ishak Itam sahaja yang membuat tuntutan pada waktu tersebut dan Majlis Permuafakatan ini bersetuju untuk melantik dan mengistiharkan Encik Ishak Itam, maka itu Ishak Itam pun menjadi guru utama silat cekak. Majlis ikrar dan angkat sumpah jawatan telah diadakan di rumah Al-Marhum Ustaz Hanafi pada hujung bulan September 1986. Setahu PK2, Ishak Itam tidak pernah menandatangi sebarang dokumen menerima jawatan atau ikrar terima jawatan atau bersedia mematuhi sebarang keputusan Majlis Permuafakatan mengenai apa-apa isu. Oleh itu PK2 berpandangan Ishak Itam selamat atau bebas dari sebarang peraturan atau keputusan yang dibuat oleh Majlis Permuafakatan. Beliau tidak terikat!

Oleh itu, apabila berlaku kekecohan mengenai isu pembawaan yang menyeleweng aqidah oleh Ishak Itam, dan Majlis Permuafakatan kemudiannya membuat keputusan menggugurkan Ishak Itam sebagai guru, beliau sebenarnya tidak terikat dengan keputusan tersebut. Ishak Itam berhak untuk tidak mematuhi keputusan tersebut. Beliau tidak terikat dengan sebarang sumpah malah kewujudan atau kesahihan Majlis Permufakatan ini tidak ada dalam peraturan perlembagaan Silat Cekak Malaysia. Sebab itu beliau masih meneruskan tugas sebagai Guru Utama walaupun majlis permuafakatan telah menggugurkan beliau. Harus juga diingat bahawa Ishak Itam juga pada waktu itu masih memegang jawatan Presiden persatuan yang sah dan majoriti jawatankuasa pusat menyokong beliau. Sekali lagi beliau selamat dan dengan itu juga beliau terus menjalankan tugas sebagai Presiden dan Guru Utama Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia sehinggalah sekarang!

c- zaman Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia (SCH)

- Silat Cekak Hanafi : Ogos 1994 – Sekarang

Selepas Ishak Itam digugurkan, Majlis Permuafakatan Tertinggi Silat Cekak telah menlantik dan mengistiharkan Encik Md Radzi menjadi guru. Majlis ikrar dan angkat sumpah jawatan telah diadakan di rumah Al-Marhum Ustaz Hanafi . Di majlis yang sama, Encik Md Radzi telah menandatangani dokumen penerimaan jawatan dengan Md Nasir Md Arshad dan Che Yusof Che Mat menjadi saksi yang turut menurunkan tandatangan masing-masing di atas dokumen tersebut.

Ramai yang ingin mengetahui apakah isi kandungan dokumen yang telah ditandatangani oleh Encik Md Radzi itu. Antara lain, beliau telah telah bersumpah dengan nama allah untuk bersetuju dan mematuhi tiga perkara berikut:

1- Meneruskan usaha mengajar dan mengembangkan Silat Cekak seperti mana yang dipelopori oleh Ustaz Hanafi Hj Ahmad
2- MENERIMA DAN MEMATUHI SEMUA KEPUTUSAN YANG DIBUAT OLEH MAJLIS MUAFAKAT TERTINGGI.
3- Meneruskan pengwujudan Tabung Amanah dan modus operandinya

Apabila En Md Radzi menandatangani dokumen tersebut, maka dengan sendirinya beliau telahpun menyerahkan MANDAT atau HAK atau KUASA kepada Majlis Muafakat Tertinggi. Kenapa PK2 mengatakan begitu? Kerana , kalau kita baca perkara no. 2 dia atas, itu membuktikan Encik Md Radzi menerima dan bersetuju untuk mematuhi apa-apa keputusan yang dibuat oleh MMT!.

PK2 masih teringat pada waktu tersebut, kumpulan yang menyokong Ishak Itam telah melebelkan Encik Md Radzi sebagai guru kontrak kerana terpaksa menandatangani dokumen tersebut. Tetapi pada masa tersebut Md Radzi tidak perduli. Yang penting beliau menjadi guru. Beliau tidak terfikir bahawa dokumen yang beliau tandatangan itulah yang akhirnya menjatuhkan beliau.

Apa significant nya tentang dokumen tersebut? Apa kesan nya? Kesannya adalah amat BESAR! MD RADZI TELAH MENYERAHKAN MANDAT/HAK/KUASA KEPADA MMT! Mungkin ramai yang tidak tahu tentang perkara ini, tetapi ITULAH HAKIKATNYA! Oleh yang demikian, sekarang, mandat perlantikan guru adalah terletak ditangan MMT yang telah diberi kuasa oleh mantan guru melalui dokumen yang ditandatangani oleh mantan guru itu.

Sebab itu, apabila MMT yang bersidang pada 18 March 2007 membuat keputusan menggugurkan Md Radzi dari jawatan Guru Utama dan melantik Encik Marwi Latif sebagai ganti, sebenarnya Md Radzi telah hilang kelayakan sebagai guru. Dengan itu juga Encik Marwi Latif telah menerima mandat untuk menjadi Guru! Mandat itu sebenarnya telah berada di tangan MMT disaat Md Radzi menandatangni dokumen menerima jawatan sejak tahun 1993 lagi! Mungkin dia tidak sedar atau pun sudah tidak ingat…

Dan yang menjadikan Md Radzi lebih sengsara ialah peraturan berkaitan MMT ini telah diperlembagakan di dalam perlembagaan Silat Cekak Hanafi. Jika di zaman Ishak Itam, perkara mengenai MMT tidak tercatit di dalam perlembagaan, tetapi di dalam perlembagaan Silat Cekak Hanafi, peraturan mengenai MMT ini ada catit dengan jelas tentang fungsinya pada PERATURAN 21! Md Radzi tidak boleh berdolak-dalih lagi! Beliau telah hilang jawatan guru atas kuasa yang beliau sendiri serahkan kepada MMT!

Kesimpulan

Jika diawal perkembangan silat ini, kuasa melantik guru adalah terletak kepada guru semasa atau individu yang menjawat jawatan guru, tetapi dengan peralihan masa dan perubahan struktur organisasi serta tuntutan semasa, kuasa untuk melantik guru telah diangkat menjadi lebih besar dan dipindahkan kepada badan rasmi yang diiktiraf oleh persatuan. Oleh itu kalau Md Radzi masih mengatakan beliau masih berkuasa dalam hal perlantikan guru, beliau ini sebenarnya masih bermimpi dan mengelamun seorang diri. Silat ini bukan lagi silat kampung yang begerak secara berseorangan dan diberi kuasa kepada individu tertentu, tetapi silat ini adalah silat yang berkembang diperingkat nasional, yang berkembang sebagai satu pergerakan. Pergerakan itu melibatkan bilangan ahli yang ramai dan bergerak dengan tatacara dan peraturan-peraturan yang tertentu yang diperlembagakan! Dan kuasanya bukan terletak ditangan individu tetapi di tangan orang ramai!

PK2 – amacam mantan guru? Ingat lagi dokumen yang ditandatangan pada tahun 1993?

Read more...

YM EN MARWI LATIF TERUS YAKIN MELANGKAH...

2007/05/03

PK2 sekali lagi merasa senang hati apabila satu lagi majlis Silat Cekak Hanafi iaitu Hari Tenaga Pengajar pada 1 Mei 2007 yang diadakan di Auditorium bersejarah MPAJ berjalan lancar. Satu suasana yang hening dan amat berbeza di awal majlis kerana masih ramai lagi yang masih terasa bahang peristiwa hitam yang berlaku tetapi pada masa yang sama ramai yang bersyukur kerana suasana persatuan sudah kembali menceriakan dengan perjumpaan tenaga pengajar yang diadakan. Ini bermakna persatuan sudah mula bergerak seperti biasa dan melaksanakan tanggungjawab kepada dan juga kelas-kelas persilatan.

Persatuan terus melangkah dengan kukuh dan yakin bersama-sama kepimpinan yang baru disokong oleh barisan kepimpinan lama. Gabungan itu terus membuahkan hasil yang menyakinkan dengan pengaturan strategi yang berkesan dan mantap.

Kehadiran yang melebihi 250 orang itu juga sebenarnya diluar jangkaan kerana difahamkan tidak semua tenaga pengajar dari seluruh negara yang dijemput. Kalau mengikut perbandingan tahun-tahun sebelumnya di mana kehadiran sekitar 450 – 500 orang, kehadiran kali ini tidaklah menghampakan jika dilihat dari jumlah kelas yang dijemput. Tidak ramai wakil cawangan yang hadir, namun beberapa orang wakil cawangan seperti Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang dan Terengganu dan sudah tentunya wakil kelas di sekitar Lembah Kelang juga turut hadir memberikan sokongan.

Suasana kekeluargaan terpacar dari setiap riak wajah yang hadir apabila masing-masing saling bersalaman dan berpelukan apabila berjumpa. Mungkin kerana sudah lama tidak berjumpa ataupun sememangnya kemesraan itu sedia terjalin dalam ikatan perpaduan Silat Cekak Hanafi. Mungkin juga atas suasana persatuan yang sudah kembali tenang selepas taufan melanda. Masing melepaskan perasaan lega yang amat sangat dan kembali bersemangat untuk meneruskan perjuangan silat ini. Sudah tidak ramai yang botak nampaknya. Rambut masing-masing sudah tumbuh panjang selepas kali terakhir kelihatan masih pendek kerana bernazar atas kejatuhan mantan GU dan perlantikan GU yang baru sewaktu majlis pengistiharan GU yang lalu.

Hari itu PK2 hadir agak lewat sedikit. Malah semasa PK2 sampai, GU YM En Marwi Latif sudah tiba. Ramai ahli LPT yang telah hadir dan berbual mesra dengan beberapa ahli lain di luar pintu utama. PK2 masih tidak terlepas majlis pada hari itu kerana majlis dimulakan juga agak lewat dari jadual asal. Oleh itu PK2 masih dapat mengikuti perjalanan majlis dari mula sampai akhir. Walaupun agak lewat sampai, AJK program mengajak PK2 minum pagi di dewan makan. Bagus juga ye, perut pun belum diisi, apa lagi laju saja lah PK2 mengisi perut.

Sebelum majlis bermula, PK2 ditunjukkan kepada seorang lelaki yang berusia sekitar separuh abad berkemeja putih sedang berbual dengan beberapa orang lama. PK2 tanya, sapa dia tu? Itulah Pak Berahim. Pak Berahim mana? Alah Pak Berahim, member BM (Bukit Mertajam), dia ada sangkut paut juga dengan keluarga Mak Teh. Suku sakat juga lah katakan. Anak dia ada berlajar silat kat UIA Gombak. Sekarang dah kerja kat Pulau Pinang . Ooo…. Macam tu ke… Persatuan jemput dia datang ke? Tak tau lah pulak.…..

PK2 selidiki lagi, rupanya Pak Berahim ni memang orang lama kat Bukit Mertajam. Sebelum ni PK2 tak pernah nampak pun dia. Mungkin kali ini dia datang kerana semangat untuk sama-sama menyokong pergerakan Silat Cekak Hanafi yang diterajui oleh pemimpin baru. Hairan juga ye, kalau betul dia ni adalah suku sakat Mak Teh, maka dia ni pun suku sakat mantan GU. Kenapa sebelum ni tak pernah nampak? Apakah kerana mantan GU tak pernah jemput beliau atau beliau ini telah dilupakan oleh Bani Hanafi? Apa sebenarnya yang berlaku? Tak tahu PK2 nak menjawabnya.

Perjalanan majlis

Permulaan majlis agak suram juga, maklumlah tidak seramai seperti kebiasaannya. Nyanyian lagu Peneraju Warisan Mutlak bergema diikuti bacaan doa dan ucapan pengerusi majlis. Kemudian Pemangku Presiden Tn Hj Nasir Arshad memberi ucapan diikuti dengan ucapan GU YM Encik Marwi Latif. Berbanding ucapan Pemangku Presiden yang ringkas dan padat, ucapan GU kali ini agak panjang dan banyak nasihat dan amanat yang disampaikan kepada para tenaga pengajar. Kalau ucapan Pemangku Presiden yang lancar, ucapan GU agak tersangkut-sangkut di beberapa tempat. Mungkin sebab masih baru memegang tampuk pemerintahan ataupun tidak biasa. Tak apa, alah bisa tegal biasa. Lama-lama kelamaan elok lah tu. Bukan semua orang bermula dengan kepandaian. Semuanya perlu berlajar. PK2 rasa inilah satu aspek yang perlu diberi penekanan dan dipertingkatkan oleh GU yang baru supaya dapat memberikan impak yang lebih besar pada masa-masa yang akan datang. Tapi tak apa, kita tak perlu risau sangat perkara ini. Orang disekeliling GU sekarang bukannya tak biasa kerja. Semuanya adalah tokoh-tokoh hebat yang terlah terbukti kehebatan mereka. Dengan kekuatan tokoh-tokoh ini jugalah yang menjadikan mantan GU yang lalu kelihatan cukup hebat walaupun umum mengetahui bahawa beliau bukanlah manusia hebat dan serba pandai.

Selepas itu bacaan ikrar tenaga pengajar dijalankan diketuai oleh wakil dari Perak. Hebat juga suara kawan kita yang seorang ni. PK2 tak tau nama dia, tetapi biasa tengok dalam majlis-majlis persatuan yang lalu. Kemudiannya diikuti dengan penyerahan watikah perlantikan ahli LPT. Seperti yang PK2 maklumkan pada artikel terdahulu, semua ahli LPT yang lama telah dilantik semula bersama-sama dengan dua orang tokoh baru iaitu Tn Hj Shafie Latif dan Hassanmudin Mohd menggantikan dua orang ‘pengkianat peringkat tertinggi’ dari kalangan Bani Hanafi yang digugurkan.

Selepas majlis berhenti rehat untuk minum (yang kononnya hanya 15 minit, berakhir hampir sejam!), satu forum persilatan diadakan. Forum tanpa tajuk ini dipengerusikan oleh saudara Ramlee Rahman, setiausaha agung, tokoh yang semakin mendapat perhatian sekarang ini atas pendirian dan usaha beliau menghadapi isu hangat yang melanda persatuan setahun yang lalu. Majalah Beladiri pun dok masuk gambar dia, ok lah tu... Terdapat empat orang ahli panel yang menyertai forum yang kesemuanya tokoh-tokoh lama iaitu Tn Hj Amruddin Buang, Tn Hj Yusof Che Mat, Tn Hj Shafie Latif dan juga Gu sendiri YM En Marwi Latif. Topik perbincangan adalah berkisar kepada pengalaman bersama Allahyarham Ustaz Hanafi, detik-detik mula belajar dan juga menjurus kepada isu taksub kepada guru dan juga isu mandat. Perbincangan ini mendapat rating yang bagus dari ahli-ahli malah ramai yang mengeluh kerana terasa masa yang diperuntukan amat pendek walaupun sebenarnya forum berlangsung hampir 2 jam . Forum yang bermula sekitar 12 tengahari itu berakhir hampir jam 2 petang. Maklumat yang dikongsi pada sesi forum ini amat berharga kepada generasi baru untuk susah payah diperingkat awal Ustaz Hanafi untuk meneruskan perjuangan bersama ahli-ahli lama yang ada.

Ada juga bunyi-bunyi yang juga mempersoalkan tentang isu-isu remeh yang dibangkitkan oleh GU pada hari itu semasa forum. Kata mereka perkara itu sebenarnya isu kecil yang tidak seharusnya diperkatakan di dalam forum yang melibatkan ahli ramai. Perkara-perkara seperti baju , kebersihan diri dan isu kecil lain tak payah lah disebut. Itu sendiri mau ingat. Lagipun , kalau diperkatakan isu itu, nampak macam tak ‘kembang’ pemikiran kita. Mungkin betul juga kata mereka itu. Maklumlah budak-budak sekarang dah cerdik. Dah tahu menilai sesuatu perkara. Jadi pada Pk2, jadikan itu sbagai komen membina untuk makluman pihak yang berkenaan dan diambil tindakan yang sepatutnya untuk masa depan. Pada PK2 juga susah nak komen. Bagi masa lah sikit untuk buat adjustment….

Pada PK2, bagus juga sebenarnya kalau forum seumpama ini diadakan selalu untuk ahli menimba ilmu dan berkongsi pengalaman. Satu perkara yang PK2 nak bagitau, PK2 rasa ahli panel seramai 4 orang adalah terlalu ramai. Bila dah ada 4 orang, masing-masing cakap sikit, dah habis masa. Ada baiknya kalau pada masa akan datang dibuat dengan hanya dua orang sahaja ahli panelnya ataupun paling banyak 3 tiga orang. Kalau tidak ahli komplen sebab tak puas dengar. Walaubagaimanapun, PK2 ucapan syabas atas usaha tersebut kerana sebelum ni kalau tak silap PK2 benda macam ni tak pernah dibuat pada zaman mantan GU dahulu. Mungkin mantan GU takut pukulan orang lama akan memalapkan sinar beliau sebagai GU, tak tahulah!.

PK2 juga bersetuju dengan pandangan beberapa orang ahli supaya okoh-tokoh lama lain seperti Tn Hj Nasir, Tn Hj Kamarul, Amrahi, Kamaruzaman Ahmad, Rahman Amin turut dijemput menjadi ahli panel pada forum yang akan datang.

Pada keseluruhannya majlis berjalan lancar dan berjaya dilaksanakan dengan baik. Mungkin ada kurang sana sini tu boleh diperbaiki pada masa depan. Seperti biasa orang yang sebuk bertugas adalah muka-muka yang sama. Sdra Azlan dengan jawatankuasa beliau, Zul Said dengan gambar-gambarnya, Cik Din pula dengan kemera video besarnya, serikandi dengan ketuanya Tg Azlina di bahagian protokolnya dan beberapa lagi petugas yang masih tidak penat berbakti. PK2 dapat tahu Ramli Bo dan ahli demonya pun sempat buat aksi atas permintaan krew televisyen NTV9. Syabas Pak Ramli. Bila nak kawin? Lama dah ni. Sampai bila nak pegang jawatan presiden Kelab Bujang Senang?

PK2 – malam tu PK2 tonton berita NTV9, ada disiarkan tentang program perjumpaan Hari Tenaga Pengajar SCH dan juga temuramah dengan GU YM Encik Marwi Latif serta beberapa orang ahli. Baguslah… semoga terus berjaya hendaknya.

Read more...