MR vs RM - 3

2006/11/02

Melihat kepada banyaknya hutang MR daripada anak murid ini telah menonjolkan satu fenomena yang tidak sihat dan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak murid dan ahli. Pak Kaduk teringat di dalam manual tenaga pengajar yang menegaskan bahawa tenaga pengajar adalah dilarang untuk menggunakan kedudukan dan mengambil kesempatan ke atas penuntut silat dengan cara meminjam wang dan melakukan perkara-perkara yang tidak baik yang boleh mencemarkan imej persilatan dan persatuan. Begitu juga para penyelia yang dilarang berbuat demikian. Pak Kaduk masih teringat lagi satu ketika dahulu semasa dalam CM, LPT telah mengambil tindakan tegas ke atas tenaga pengajar yang mengambil kesempatan terhadap penuntut dengan cara meminjam wang. Itu tenaga pengajar. Tetapi bagaimana pula Guru Utama? Siapa yang hendak mengambil tindakan ? Bolehkah kita bayangkan anak murid yang dipanggil oleh Guru Utama untuk meminjam wang? Siapa yang boleh berdalih? Mereka akan menjadi serba salah. Bagi salah, tidak bagi pun salah. Sebab guru yang minta. Ini secara langsung ada elemen mengambil kesempatan ke atas anak murid dan jelas telah menyalah guna kuasa.
Kita boleh faham kalau hanya seorang dua anak murid yang menjadi mangsa yang melibatkan RM yang seribu dua, boleh dikatakan ramai yang begitu, tetapi kalau sudah melibatkan ahli yang ramai dan RM yang ratusan ribu ! Apa kes ni? Kita tahu Al-Marhum Ustaz Hanafi pun ada meminjam dengan anak murid di kala beliau sesak. Tetapi hanya melibatkan seorang dua anak murid tertentu dan jumlahnya amat kecil berbanding dengan MR yang menjadikan berhutang sebagai salah satu sumber pendapatan beliau. Kalau begitulah caranya, tidak payahlah MR buat kerja lain. Buatkan sasaran bulanan daripada anak murid yang mana yang hendak dipinjam pada setiap bulan. Anak murid mana sampai hati nak minta hutang dari guru. Jadi ya tak ya, kerana lama sangat berhutang, secara paksa dalam rela, dihalalkan sajalah hutang tersebut. Apo nak di kato?

Bercakap bab hutang ini, Pak Kaduk telah juga mendapat maklumat yang lain berkaitan ahli keluarga Al-Marhum Ustaz Hanafi yang kerjanya suka berhutang. Mereka juga mengambil kesempatan di atas kedudukan mereka sebagai anak Ustaz Hanafi. Ini juga satu kes yang berat dan memberi masalah kepada pegerakan. Dan yang lebih parah, bukan hanya anak-anak Ustaz Hanafi, cucu Ustaz Hanafi pun hebat juga kepakaran berhutang yang diwariskan dari bapa saudara mereka! Kes cucu Ustaz Hanafi ini pun amat memalukan kerana berhutang keliling pinggang. Berhutang ni satu bab, kes menipu RM orang pun boleh tahan dengarnya. Kes hutang dengan JUMIRAN CATERING yang menyediakan jamuan semasa projek dengan Bank Pembangunan tu Pak Kaduk rasa sampai hari ini belum selesai. Ini memalukan imej persatuan. Buat projek untuk syarikat sendiri tetapi menggunakan kapasiti persatuan untuk berniaga.

Satu kes yang patut dikongsi ialah apabila cucu Ustaz Hanafi ini berhutang dengan Azhar Ali sebanyak RM20,000.00. Rasanya sampai hari ini belum bayar. Sehinggakan Azhar Ali menghantar surat rasmi meminta dibayar hutang beliau dan mengadu kepada Guru Utama kes ini. Nak tahu apa yang Guru Utama (MR) cakap? ’Apasal masa nak bagi pinjam tak tanya aku, dah ada masalah baru nak jumpa aku!’. Ini kes MR membela anak saudara beliau yang beliau kata ada 'cutting' jadi guru kononnya. 'Cutting' guru apa kalau begini punya perangai dia nak bela. Bukannya beliau hendak menegur perbuatan cucu Hanafi yang tidak elok itu, tetapi di disokongnya lagi. Manalah budak tu tak naik tocang. Si cucu Hanafi ni dengan sombongnya pula tidak mahu melayan surat minta hutang Azhar Ali kerana dikatakan tidak sah kerana tidak cop (’seal’). Bawa ke mahkamah pun tak laku. Punyalah kurang ajarnya cucu Hanafi ni. Sudahlah pinjam duit orang, boleh berdalih dan bagi syarat pulak! Ini semua beliau belajar ilmu meminjam dari bapa saudara beliau iaitu MR. Kemana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi. Dan yang terbaru Pak Kaduk dengar ialah ahli keluarga Ustaz Hanafi akan menggunakan alasan berikut untuk tidak membayar hutang iaitu ’bukannya aku tak mahu bayar, bukan aku tak ada duit, tapi cara mintak tu tak kena!’. Amboi ... bersopan santun betul keluarga Ustaz Hanafi ni. Nak mintak hutang pun kena ada ‘cara’nya ke? Macam mana nak minta?

Adakah begini… ‘Ampun tuanku beribu-ribu ampun, patik pacal yang hina ini tidaklah mahu mengocakkan air yang tenang, membangunkan harimau yang sedang tidur atau menjolok sarang tabuan yang sedang asyik bermadu, tetapi hanya sekadar ingin mendapatkan kasihan belas dari tuanku apalah sudi kiranya tuanku ‘menderma’ barang seringgit dua kepada patik atas wang yang patik serahkan untuk simpanan tuanku bagi pihak patik yang telah berkurun lamanya.’ Beginikah?.

Sebenarnya ini semua hanya alasan sahaja untuk tidak mahu bayar hutang. Bila tidak mahu bayar, dipersoalkan pula cara orang meminta hutang. Samalah juga hal dengan kes pencabulan MR yang hangat di pasaran sekarang. Kalau sudah tidak mahu menerima keputusan jawatankuasa penyiasat dan kehakiman, dipersoalkan pula tentang ’tatacara’ nya yang tidak kena!. Bagi yang sudah mengenali keluarga Hanafi ini, mereka sudah tahu apa jawapan yang akan keluar dari mulut mereka bila tidak bersetuju dengan sesuatu perkara. Jadi dalam kes MR mencabul ni, mereka mengatakan ’bukannya kami tak boleh terima, tapi cara nya tak kena!.

Itulah halnya perilaku ahli keluarga Ustaz Hanafi. Nama Ustaz Hanafi dicemarkan oleh perbuatan darah daging Ustaz Hanafi sendiri. Apalah malang nya Ustaz Hanafi mempunyai zuriat yang tidak seperti beliau, namun Ustaz hanafi masih beruntung kerana mempunyai anak-anak murid yang mewarisi ilmu dan pembawakan beliau iaitu ahli-ahli lama. Sedih bila kita mengenangkan dan menceritakan perkara-perkara yang memalukan ini. Tetapi apakan daya, nasi telah menjadi bubur. Langit tidak selalu cerah, kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari. Harapkan pagar, pagar makan padi. MR dan keluarga Ustaz Hanafi umpama ’musang berbulu ayam’. Mereka menggunakan segala kesempatan dan peluang yang ada untuk mengisi temolok sendiri....

Read more...