Cakap bergegar gegar bontot busuk tahi juga.

2009/12/21

KUALA LUMPUR: Seorang Brigedier Jeneral Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) diarah bersara kerana terbabit dalam kes kehilangan enjin pesawat F-5E TUDM serta pelbagai penyelewengan lain dalam pasukan itu sejak beberapa tahun lalu.


Pegawai terbabit mengetuai jabatan penting bagi pengendalian logistik pasukan, diarah bersara awal akhir tahun lalu selepas kehilangan enjin jet berharga RM50 juta di Gudang Material Udara I (Matra I), Sungai Besi disedari dan dilaporkan kepada polis, Januari tahun ini.


Turut dikenakan tindakan sama ialah beberapa pegawai dan anggota bawahan pelbagai pangkat yang terbabit dalam skandal itu.


Menurut sumber, tindakan diambil hasil siasatan dalaman oleh jawatankuasa disiplin selepas meneliti laporan audit dalaman yang mendapati banyak maklumat bercanggah, dipercayai berpunca daripada amalan salah laku.


Malah, siasatan kehilangan enjin jenis GE J85-21A itu turut membongkar pelbagai penyelewengan peralatan, termasuk salah laku membabitkan pelbagai kontrak bekalan bernilai jutaan ringgit dalam pasukan itu.


“Pegawai berkenaan diberhentikan atas kapasitinya sebagai ketua jabatan yang harus bertanggungjawab. Tindakan juga diambil selepas siasatan dalaman mendapati beliau terbabit dalam salah laku itu yang mengakibatkan pasukan mengalami kerugian besar," katanya.


Apa yang menarik dengan petikan berita akhbar diatas ini? Tak nampak atau tak jumpa? memang lah kau kelabu hati, jangan marah.

Read more...