BANI HANAFI YANG PUPUS - 3

2006/12/18

Dalam dua siri yang terdahulu berkaitan tajuk yang sama, Pak Kaduk ada membincangkan tentang kesahihan pengijazahan Ishak Itam dan juga Mad Radhi yang mendakwa di terima dari Al-Marhum Ustaz Hanafi. Dalam kedua-dua artikel tersebut, kesimpulan Pak Kaduk ialah kedua-dua insan yang pernah bergelar Guru Utama ini sebenarnya tidak mendapat mandat dari Ustaz Hanafi. Mereka dilantik menjadi guru selepas persetujuan dari Majlis Permuafakatan yang bersidang dan bersetuju melantik mereka untuk menjadi guru. Oleh itu jika berlaku sesuatu masalah atau pergolakan seperti sekarang ini, bolehkah majlis permuafakatan ini membuat keputusan melantik guru baru tanpa perlu melalui proses penyerahan seperti mana yang berlaku sebelum era Ustaz Hanafi? Jawapannya BOLEH. Mandat terletak kepada MMT dan mereka berhak menentukan siapakah bakal pengganti yang layak untuk meneruskan perjuangan yang diteruskan oleh Ustaz Hanafi tanpa perlu ada proses penyerahan mandat. Sebenarnya tiada mandat yang hendak diserahkan. Kita sebenarnya keliru mengenai mandat perguruan dan siapa yang mempunyai mandat tersebut.

Siapa Guru Pengganti?

Mengikut suasana terkini dan keresahan kebanyakkan ahli serta pemimpin pusat, adalah dijangkakan Guru Utama yang baru akan dilantik selepas beberapa proses yang berkaitan dengannya dapat diselesaikan. Tempoh jawatan Mad Radhi sebagai Guru Utama SCH yang telah tamat pada 13 Ogos 2006. Tempoh sekarang adalah tempoh bertenang sebelum perlantikan guru yang baru diumumkan bagi meneruskan perjuangan Al-Marhum Ustaz Hanafi Hj Ahmad. Sudah tentu perlantikan Guru Utama yang baru akan diumumkan secara rasmi melalui media persatuan dan dengan itu akan berakhirlah kemelut yang melanda persilatan ini hendaknya. Siapakah guru baru yang akan dilantik? Yang Pak Kaduk pasti ialah bukan dari kalangan Bani Hanafi. Mereka sudah tidak relevan dengan perjuangan silat ini dan tidak berhak menuntut jawatan tersebut. Siapakah di kalangan ahli-ahli silat ini yang layak? Usah dirisaukan. Berdasarkan pemerhatian Pak Kaduk, ada ramai anak murid Ustaz Hanafi yang layak memikul tanggungjawab tersebut dan kebanyakkannya berada di Kuala Lumpur. Ada satu atau dua yang berada di luar Lembah Kelang. Ada ramai calon sebenarnya. Oleh itu kepada ahli-ahli sekelian, janganlah berasa tidak tenteram memikirkan siapa yang akan meneruskan perjuangan kita ini. Serahkan urusan tersebut kepada pihak-pihak yang berkenaan dan tahulah mereka melakukannya.

Adakah guru baru perlu mendapat mandat guru dari Mad Radhi?

Seperti mana yang telah kita bincangkan sebelum ini, Mad Radhi sebenarnya tidak ada mandat untuk melantik guru. Malah perlantikan beliau sendiri adalah atas perlantikan oleh Majis Muafakat Tertinggi (MMT). Sebenarnya salahsilah perguruan yang menuruti tradisi penurunun mandat perguruan dari guru kepada guru yang lain telah terhenti tatkala Ustaz Hanafi meninggal dunia. Tradisi itu telah terhenti sejak hampir 21 tahun yang lalu. Yang berlaku selepas era Ustaz Hanafi adalah perlantikan guru melalui proses musyawarah yang diwujudkan melalui MMT. Jika kita faham tentang perkara yang berkenaan, maka kita akan maklum bahawa guru baru yang akan dilantik nanti TIDAK PERLU mendapatkan mandat tersebut dari Mad Radhi. Malah Mad Radhi tidak ada mandat tersebut. Habis, siapa yang ada mandat tersebut? Yang ada mandat perlantikan guru adalah majlis yang sama yang melantik Ishak Itam dan Mad Radhi iaitu Majlis Muafakat Tertinggi (MMT). Majlis inilah yang mempunyai mandat sebenarnya selepas era pemerintahan Ustaz Hanafi! Walaupun Mad Radhi cuba menafikan hakikat ini, beliau sebenarnya tidak dapat lari dari kenyataan. Beliau harus berpijak dibumi nyata. Dunia ini hanya sementara, akhirat juga yang kekal abadi. Begitulah juga jawatan yang disandang oleh Mad Radhi. Jawatan tersebut hanya sementara, tiba masa, ianya akan ditarik balik dan Mad Radhi akan menjadi manusia biasa juga akhirnya. Selamat menjalani hidup baru wahai Mad Radhi. Baik diluar mahupun ‘di dalam’ sana. Insaflah, semua kita mempunyai amanah dan tanggungjawab, tetapi apabila kita mengabaikan tanggungjawab dan mengkianati amanah, maka kita yang akan menerima balasannya.

Apa jadi kepada Mad Radhi?

Mad Radhi mungkin masih terus memperjuangankan dan membuat andaian bahawa beliau masih guru yang sah. Beliau akan meneruskan usaha beliau sepertimana yang dilakukan oleh Ishak Itam selepas jawatan Ishak Itam dilucutkan pada satu ketika dulu. Dulu Mad Radhi marah kepada Ishak Itam kerana masih meneruskan tugas guru walaupun sudah tidak diiktiraf oleh Majlis Muafakat Silat Cekak. Tetapi Pak Kaduk percaya yang Mad Radhi akan melakukan perkara yang sama sepertimana yang dilakukan oleh Ishak Itam. Namun begitu, beliau harus berdoa supaya beliau masih bebas dan tidak dicekup oleh pihak polis berkaitan kes cabul beliau atau pihak-pihak yang lain yang mempunyai minat terhadap Mad Radhi ini bagi kes yang lain. Oleh itu, sementara Mad Radhi sebok melayani ‘kehendak-kehendak’ pihak berkuasa ini, kita semua harus meneruskan kerja kita yang terbengkalai sejak bulan March 2006 yang lalu. Kita harus membuka lembaran baru, apatah lagi tahun baru 2007 akan kita sambut selang beberapa hari lagi. Semoga tahun yang baru nanti, kita mendapat semangat baru dan pemimpin yang baru yang mempunyai semangat dan kefahaman yang jitu. Jangan lupa juga, 28 Disember 2006 ini genaplah Silat Cekak berusia 42 tahun, iaitu selepas 21 tahun Ustaz Hanafi meninggalkan kita. Tarikh tersebut merupakan juga tarikh bersejarah dalam perkembangan Silat Cekak dan juga tarikh keramat di mana Silat Cekak mula bertapak di bumi nyata.

Bani Hanafi yang pupus……

Kalau dikaji diawal krisis, ada cadangan perlantikan guru baru dari ahli keluarga Ustaz Hanafi juga untuk memastikan jawatan guru itu masih berada di dalam kekuasaan Bani Hanafi. Tetapi perkara ini tidak berjaya dilaksanakan dan mungkin sudah sampai masanya bahawa Bani Hanafi ini hilang kelayakan untuk menjadi guru. Jawatan guru ini perlu pula diserahkan kepada orang lain untuk meneruskan perjuangan Ustaz Hanafi. Ini secara tidak langsung menyumbang kepada proses pelupusan kekuasaan Bani Hanafi dalam Silat Cekak dan juga satu simbolik di mana berakhirnya pemerintahan Bani Hanafi.

Jika telahan Pak Kaduk adalah benar di mana guru baru yang akan dilantik bukan terdiri dari kalangan Bani Hanafi, maka adalah wajar kita katakan bahawa era Ustaz Hanafi dan Bani Hanafi hanya sampai di sini. Maka akan tamatlah riwayat keagungan satu bani yang satu ketika dahulu berdiri megah menongkat dunia dan mewar-warkan kepada dunia bahawa ‘Takkan Bani Hanafi Hilang di Dunia’. Itu kata mereka, tetapi kata kita ialah ‘Bani Hanafi Telah Pupus Dari Dunia Kita’. Pupusnya Bani Hanafi ini adalah seperti pupusnya beberapa kaum dalam sejarah Islam yang mana kecelakaan yang menimpa mereka adalah hasil perbuatan mereka sendiri. Kaum Nabi Nuh a.s. yang telah tenggelam di bawah air banjir yang mengerikan, Kaum ‘Ad yang telah ditimbus oleh ribut pasir yang tiada hentinya, Kaum Nabi Lut a.s. yang mengamalkan liwat dan telah dihapuskan dari muka bumi dengan aliran lava serta gempa bumi, Askar-askar Fir’aun yang telah hilang di dalam laut dan banyak lagi kerajaan-kerajaan silam yang telah dihapuskan dari muka bumi ini oleh Allah swt kerana durhaka mereka, begitulah juga akan terhapusnya Bani Hanafi ini dari riwayat Silat Cekak dek kerana keangkuhan dan perbuatan mereka sendiri.

Seperti mana sejarah merakamkan peristiwa penghapusan kaum-kaum yang pupus, begitulah juga apa yang akan berlaku kepada Bani Hanafi untuk masa sekarang dan akan datang dan nama Ustaz Hanafi secara tidak langsung akan lenyap ditelan zaman dan dilupakan oleh orang-orang atau generasi yang akan datang. Semua ini adalah hasil sumbangan Bani Hanafi sendiri dan janganlah disalahkan orang lain atas apa yang telah berlaku. Nasi sudah menjadi bubur. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Begitulah kehendak Allah swt bagaimana nama satu bani yang terhapus dari muka bumi ini. Segala mala petaka yang berlaku bukanlah atas perbuatan orang lain tetapi adalah atas perbuatan Mad Radhi dan Bani Hanafi sendiri. Kita pasti akan merindui nama Ustaz Hanafi selepas ini, namun begitu apalah ada pada nama kalau nama tersebut membawa kemusnahan kepada perjuangan beliau sendiri. Dan begitulah kehendak tuhan , kita manusia hanya boleh merancang tetapi tuhan juga yang menentukan. Dari Allah kita datang, kepadaNya lah juga kita akan kembali….

Sekian, wassalam.
Pak Kaduk – maafkan kami Ustaz Hanafi, kami telah mencuba untuk menyelamatkan keluarga mu, tetapi apakan daya, Allah maha berkuasa. Kami tidak dapat melawan takdir. Maafkan kami, kerana tidak dapat memenuhi harapan dan amanahmu. Pelayaran selama 21 tahun selepas pemergianmu tidak semudah yang disangka, badai dan taufan sering melanda, walaupun kami telah beriktikad untuk menjaga keluarga dan anak-anakmu, kami juga insan biasa. Tiada terdaya melawan ketentuannya…

Read more...