Benarkah Amruddin hendak menjadi Guru? Siri 4

2006/10/05

Mokhtaruddin Hj Hanafi

Begitu juga dengan Mokhtaruddin. Apa peranan dan sumbangan beliau kepada pergerakan ini? Tiada satupun yang boleh dibanggakan kecuali menjadi tenaga pengajar sekejap dan kemudian berehat panjang atas alasan kesihatan tidak mengizinkan. Namun diawal perkembangan silat cekak, beliaulah yang selalu mengikuti Al-Marhum Ustaz Hanafi kemana-mana majlis. Beliau pernah membuat pengumuman bahawa Ustaz Hanafi pernah menyuruh beliau mengijazahkan penuntut sewaktu Ustaz Hanafi kurang sihat. Modal itulah yang dicanangkan ke sekeliling kampung untuk memberitahu yang beliau juga layak menjadi guru. Beliau juga selalu menyatakan tidak puas hati beliau terhadap Mad Radhi kerana mendapat banyak wang dari hasil menjadi Guru Utama, tetapi tidak diagihkan kepada adik-beradik secara adil. Beliau pernah berkata, walaupun beliau adalah anak Ustaz Hanafi, tetapi nasib beliau tidak sebaik adik-beradik yang lain. Beliau selalunya terpinggir. Mad Radhi hanya memberikan beliau RM100.00 sekali sekala apabila berjumpa. Namun beliau juga telah dianugerahkan ’Anugerah Guru Utama 2004’ oleh Mad Radhi untuk mengambil hati beliau. Semasa kes aduan salah laku hangat diperkatakan, beliau telah pergi berjumpa Amruddin untuk mendapat cerita sebenar tetapi telah dimarah dengan teruknya oleh Zainul Abidin kerana tindakan beliau itu. Mereka menuduh beliau hendak menggantikan Mad Radhi jika Mad Radhi turun dari tahta. Malah perlantikan beliau sebagai jawatankuasa penyiasat juga menjadi isu besar kepada keluarga dan beliau telah sisih secara sistematik dari keluarga dan ditekan dengan berbagai cara. Ini kerana pada waktu itu beliau percaya Mad Radhi melakukan perbuatan mencabul seperti mana yang diadukan. Sehinggalah pada satu ketika siasatan hampir selesai, Mad Radhi telah memberikan RM300.00 kepada beliau dan bermula dari tarikh tersebut, beliau telah berjaya di ’pusingkan’ oleh Mad Radhi.

Jamaluddin Hj Hanafi

Bagaimana pula dengan sumbangan Jamaluddin? Mungkin yang seorang ini boleh pakai sikit di kalangan anak-anak Ustaz Hanafi apabila memainkan peranan beliau sewaktu belajar di UKM pada sekitar pertengahan tahun 80an. Beliau mengajar silat, menjadi penyelia dan kemudian menjadi exco pusat sebagai Ketua Penerangan Silat Cekak Malaysia pada awal 90an. Apabila beliau bertukar tempat kerja ke Parit Buntar sebagai Pegawai MARA, beliau terlibat juga dengan pembukaan kelas di sana. Beliau kemudiannya dipilih sebagai YDP cawangan Pulau Pinang. Namun selepas itu beliau membawa masuk perniagaan jualan langsung ke dalam persatuan iaitu CNI dengan sokongan Mak Teh dan Mad Radhi. Habis semua cawangan Silat Cekak Hanafi diseluruh negara di paksa untuk menerima CNI ini. Alasannya adalah untuk membantu kewangan persatuan. Betulkah ini atau untuk temolok sendiri dan mengambil kesempatan terhadap ahli? Prestasi cawangan seluruh negara jatuh merudum dek penangan CNI ini. Dua cawangan yang sangat taksub menganut mahzab CNI (Cekak and I?) ialah cawangan Johor dan Kelantan. Ramai yang membuat aduan bahawa kelas–kelas silat telah digunakan untuk mempromosikan keahlian CNI dan juga produk-produk CNI. Ramai yang tidak bersetuju dan angkat kaki disebabkan perkara tersebut. Mad Radhi tahu akan perkara tersebut tetapi seperti biasa buat tidak tahu kerana Jamaluddin adalah abang beliau. Kalau ditegur nanti apa pula yang Mak Teh akan kata. Diwaktu tersebut Jamaluddin langsung tidak mengambil tahu tentang persatuan dan hal-hal cawangan. Oleh kerana terlalu asyik dengan CNI dan terlibat program ceramah-ceramah CNI setiap hari terutamanya selepas waktu pejabat, beliau sering berada di luar rumah dan pulang jauh malam. Akibat selalu bersama-sama dengan orang-orang bawahan yang kebanyakkannya adalah wanita-wanita dan isteri-isteri orang, beliau telah terlibat dengan cinta tiga segi dengan beberapa isteri orang. Keadaan menjadi parah apabila isteri beliau mengetahui akan hal tersebut. Jadilah satu perang dunia ketiga yang tidak pernah terfikir oleh sesiapa. Rumahtangga mereka hampir hancur namun disebabkan anak-anak, mereka masih bertahan. Tetapi beberapa syarat telah dikenakan oleh Permaisuri Agung iaitu tidak lagi terlibat dengan CNI dan tidak boleh pergi ke mana-mana tanpa pengetahuan Permaisuri. Sehingga sekarang, Jamaluddin tidak lagi terlibat dengan CNI (ia ke ni?) dan pergerakan beliau sering di intip oleh satelit kawalan Permaisuri. Keadaan ini menyebabkan beliau bertambah goyah sehinggalah kita dengar kononnya cawangan Pulau Pinang telah di bubarkan pendaftarannya. Jadi apakah sumbangan Jamaluddin? Kita faham-faham sendirilah apa sumbangan beliau....

Sumbangan lagi dua orang anak Ustaz Hanafi iaitu Fauzi dan Suraya tidak perlulah disebut. Tidak ada apa yang nak disebutkan pun.....

Amruddin pernah difitnah dengan fitnah yang sama pada ketika zaman Ishak Itam memerintah. Amruddin nak jadi Guru, itulah fitnahnya. Modal yang sama digunakan oleh Mad Radhi sekarang. Bagi mereka-mereka yang rapat dengan Ustaz Hanafi, mereka akan mengetahui bahawa Ustaz Hanafi pernah menawarkan jawatan guru kepada Amruddin tetapi ditolak siang-siang. Ustaz Hanafi juga pernah menawarkannya kepada beberapa orang lama yang lain. Mungkin Ustaz Hanafi hanya hendak menduga sahaja. Dan seperti yang dijangka, semuanya tidak mahu. Mereka sendiri juga sedar akan kebolehan dan kelayakan mereka. Tak perlulah sesiapa yang cuba bermain kata. Walaubagaimanapun, mereka-mereka ini segi pengetahuan dan pengalaman, siapa yang boleh menyangkal akan kebolehan mereka ini? Oleh itu menjadi guru bukanlah matlamat Amruddin dan orang-orang lama dalam persatuan ini....


Sambung siri 5 (siri akhir)

Read more...

Benarkah Amruddin hendak menjadi Guru? Siri 3

Kehadiran Amruddin patut disyukuri

Kenapa Mad Radhi patut bersyukur kerana adanya Amruddin dalam team pentadbiran persatuan? Apa tidaknya, Amruddin yang pernah menjadi Setiausaha Agung pada zaman Ustaz Hanafi telah menggunakan pengalaman dan pengetahuan beliau untuk menggerakkan persatuan secara licin dan teratur. Beliau yang juga memegang jawatan Setiausaha LPT telah menstruktur semula dan melaksanakan pendekatan yang praktikal bagi memperkemaskan perjalanan persilatan dan dibawa sehingga ke hari ini. Di zaman Ishak Itam, beliau memegang jawatan Naib Presiden dan juga Setiausaha LPT. Di zaman itu juga beliau telah menjadi tulang belakang dengan memberikan sumbangan besar kepada pergerakan ini secara langsung dan Guru Utama pada ketika itu, Ishak Itam sebenarnya tidak perlu ’memecahkan kepala’ untuk memikirkan masalah persatuan.

Begitulah juga yang terjadi pada zaman Mad Radhi. Oleh kerana Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia baru ditubuhkan pada ketika Mad Radhi mengambil alih tampuk pemerintahan, Amruddin telah dengan sukarela memegang jawatan Setiausaha Agung sekali lagi bagi memastikan persatuan yang baru ditubuhkan itu bergerak dengan licin. Diletakkan pula Md Nasir dan Kamarul sebagai Naib Presiden, Ramlee sebagai orang generasi baru sebagai Bendahari Agung dan Amrahi sebagai Ketua Perhubungan dan Seranta. Gabungan pentadbir yang berkarisma dan berpengalaman ini telah memacu sebuah persatuan baru pada ketika itu menjadi sebuah persatuan beladiri yang popular dan disegani.

Apakah sumbangan Mad Radhi?

Apakah peranan Mad Radhi dalam pentadbiran pada ketika itu? Jawapannya TIDAK LAH SEHEBAT MANA. Beliau duduk dibarisan belakang. Yang mengemudikan pergerakan ini adalah gabungan pentadbir yang disebutkan di atas. Tugas Mad Radhi hanyalah menjalankan majlis pengijazahan dan ikut sahaja. Apa yang boleh dibuat oleh beliau? Beliau amat kurang pengalaman dalam hal ehwal pentadbiran. Adalah amat tidak logik orang tidak tahu apa-apa hendak mengetuai sesuatu organisasi. Begitulah halnya dengan Mad Radhi. Beliau ORANG BARU, oleh itu perlu duduk diam, dengar dan ikut saja, jangan banyak cakap. Amruddin yang banyak memberi panduan dan pandangan tentang peranan dan tanggungjawab beliau yang secara tidak langsung dapat meningkatkan sedikit imej Mad Radhi dimata ahli-ahli pada ketika itu. Oleh itu Mad Radhi pada waktu itu tidak perlu susah hati, pening kepala dan gundah gulana. Semuanya ditanggung beres! Salam dan masyukk sahaja itulah kerja beliau!!!

Sehingga hari inipun, sumbangan Mad Radhi kepada perkembangan persatuan adalah amat terhad. Kita ingin bertanya apakah sumbangan besar Mad Radhi selama beliau menjadi Presiden persatuan? Adalah beberapa yang kita ingin sebutkan iaitu cadangan membuat baju korporat dan sanping rasmi persatuan serta cincin. Itulah sahaja ‘sumbangan besar’ beliau. Itupun beliau menggunakan kedudukan beliau untuk mengambil kesempatan dengan mendapatkan pulangan peribadi melalui komisen yang diterima. Beliau juga mengambil kesempatan dengan membenarkan juak-juak beliau mengambil kesempatan dengan akiviti persatuan, anak sedara dan adik ipar beliau juga terlibat sama. Terang-terangan amalan kronisme dilaksanakan oleh Mad Radhi.


Apakah sumbangan ahli keluarga Ustaz Hanafi?

Di kala orang-orang lama dan ahli-ahli persatuan berungkus-lumus membantu persatuan, kita juga ingin bertanya apakah sumbangan para ahli keluarga Ustaz Hanafi kepada pergerakan ini? Siapa yang mempertahankan Mad Radhi sewaktu ’peperangan’ dengan Ishak Itam? Mereka hanya bermegah sebagai anak-anak Ustaz Hanafi tetapi tidak membawa panji yang diperjuangkan oleh Ustaz Hanafi. Masing-masing ego dengan gaya masing-masing. Orang lain bergelumang dengan kepayahan berpersatuan, mereka bersenang-lenang di rumah seperti pembesar-pembesar negara. Mereka juga yang mencanang kononnya mereka-mereka ini tidak dihargai dan dihormati. Pada mereka, oleh sebab mereka anak-anak Ustaz Hanafi, maka mereka mesti dilayan seperti VIP. Mungkin mereka lupa, semasa Ustaz Hanafi masih ada, mereka ini tidak dibenarkan berada di meja VIP kecuali Mak Teh semasa sesuatu program persatuan. Sumbangan ahli keluarga amat sedikit. Malah Ustaz Hanafi pernah merungut bahawa beliau tidak faham kenapa anak-anak beliau tidak endahkan kepada pergerakan silat ini tetapi sebaliknya orang lain yang beriya-iya untuk membantu. Tetapi apabila menghadapi masalah seperti sekarang ini, lantas pihak Keluarga Ustaz Hanafi yang lantang menjerit bahawa silat ini adalah silat keluarga! Benarkah!!!!

Zainul Abidin Hj Hanafi

Mari kita lihat satu persatu penglibatan dan sumbangan anak-anak Ustaz Hanafi. Yang pertama Zainul Abidin @ Abang Yang. Kononnya beliau melalui 4 zaman perguruan iaitu Zaman Yahaya Said, Zaman Ustaz Hanafi, Zaman Ishak Itam dan zaman Mad Radhi. Oleh itu beliaulah yang paling senior dan yang paling hebat di kalangan ahli-ahli lama yang ada. Namun apakah sumbangan besar beliau kepada pergerakan ini? Harapkan lama, unta dipadang pasir lagi lama! Zainul Abidin pernah berada di Kelantan beberapa lama atas keperluan tugas. Tetapi apa yang beliau buat sewaktu di sana yang berkaitan dengan silat? Tidak ada. Adakah kelas-kelas silat yang diusahakan oleh Zainul Abidin sewaktu di Kelantan? Habuk pun tarak. Setelah pulang ke Kuala Lumpur, penglibatan beliau sebagai tenaga pengajar juga amat terhad. Kelas-kelas persilatan yang diajar beliau banyak menimbulkan masalah kerana kelancangan beliau yang suka mencarut dan tidak ada kawalan tatatertib terhadap kelas. Mungkin beliau fikir beliau anak sulong Ustaz Hanafi, maka beliau boleh buat apa sahaja. Namun begitu beliau dianugerahkan ’Anugerah Guru Utama 2006’ oleh Mad Radhi semata-mata beliau adalah abang Mad Radhi @ Guru Utama. Patutnya anugerah ’Joker of The Year’ bukannya anugerah guru utama yang diberikan kepada beliau!
bersambung siri 4
sumbangan ahli keluarga yang lain...

Read more...