KENAPA?…..TAK PERCAYA KE?

2007/03/20

Geli hati Pak Kaduk apabila mendapat tahu mantan Guru Utama dan ‘Mak Teh dan Keluarganya’ serta juak-juaknya tercengang-cengang sehinggakan mulut masing-masing terlopong dan terkejut yang amat sangat apabila Guru Utama yang baru dinamakan oleh Majlis Muafakat Tertinggi (MMT) Silat Cekak Hanafi tempohari. Lebih teramat terperanjatnya mereka-mereka itu apabila orang yang dinamakan untuk menggantikan mantan Guru Utama adalah seorang tokoh yang hebat dan sememangnya disegani oleh kawan dan lawan. Tokoh ini adalah tokoh ciptaan Al-Marhum Ustaz Hanafi sendiri sejak diawal perkembangan Silat Cekak di Kuala Lumpur pada tahun 1972. Sungguh tidak mereka sangka tokoh ini yang akan mengambil alih kepimpinan Silat Cekak dari mantan Guru Utama yang mencabul itu…

Tingkah laku para mereka-mereka yang terperanjat ini amat melucukan apabila masing-masing hilang punca. Dan didalam keadaan yang kelam-kabut itu, masing-masing pula cuba menenangkan rakan taulan yang lain dan tampil dengan hujah masing-masing bagi mengulas keputusan MMT serta tokoh yang dilantik. Ada yang kata tak layak dan ada yang kata tak ada ketokohan. Dan lebih lucu lagi ada yang berkata hanya mereka yang berasal dari Kedah sahaja yang layak jadi guru. Oleh itu orang yang datang dari negeri lain tak layak jadi guru. Kelakar sungguh jenaka mereka ini sehingga ‘Raja Lawak Astro’ pun pasti kalah dan siang-siang menyerah kalah apabila mendengar lawak jenaka mereka ini. Sehinggakan sewaktu Pak Kaduk menulis artikel inipun, ramai lagi di kalangan Bani Hanafi yang masih belum hilang ‘trauma’ dan kesan ‘tsunami’ yang melanda yang menjadikan mereka-mereka itu teramatlah terperanjatnya. Diberitakan juga masih ramai lagi yang ternganga mulut mereka oleh kerana terperanjatnya mereka itu. Jadi kalau para sahabat sekelian yang terjumpa dengan mereka-mereka yang mengangakan mulut mereka besar-besar, tanpa boleh menutupkan kembali mulut mereka, maka itulah tandanya mereka dari kaum keturunan Bani Hanafi dan juga juak-juak yang masih tidak percaya dan terkejut beruk itu….

Abang Tat kempunan?

Ramalan mereka sebelum ini tentang perlantikan Guru Utama satupun tidak mengena dan yang paling melucukan adalah abang mantan Guru Utama iaitu abang Tat @ Mokhtaruddin yang amat hampa dengan keputusan MMT yang tidak memilih beliau menggantikan adik beliau yang telah hilang kelayakaan itu. Beliau sebelum ini berkempen siang dan malam untuk mendapat simpati dari MMT dan sentiasa bercerita tentang mimpi Daud Sutan yang kononnya beliau yang akan menggantikan mantan Guru Utama. Walaupun beliau tidak hadir pada mesyuarat MMT yang telah diadakan kerana terpaksa pura-pura bersetuju dan atas dasar menyokong serta menunjukkan kesepakatan Bani Hanafi untuk sama-sama tidak hadir, namun dalam diam beliau amat berharap dan berdoa agar nama beliau disebut oleh MMT sebagai pengganti Guru Utama. Kempunan lagilah nampaknya! Kononnya beliau merasakan beliaulah tokoh yang layak menjadi pengganti dengan alasan bahawa beliau adalah anak Kedah dan juga berdasarkan mimpi Daud Sutan. Dan lagi beliau jugalah yang mencanangkan bahawa nak jadi guru ni tak payah mendapat mandat pun. Cukup dengan mimpi ataupun dengan syarat sahaja. Beliaulah salah seorang yang berpandangan hanya anak Kedah sahaja yang layak menjadi Guru Utama. Orang lain tidak layak! Alangkah cetek dan dangkalnya pemikiran anak Mak Teh ini. Ini satu lagi perkara yang melucukan dan inilah yang menjadi bukti bahawa Bani Hanafi ini sememangnya bani yang kemaruk dan perasan yang mereka ini bagus!

Yang melucukan juga adalah sewaktu keputusan mesyuarat MMT yang diadakan bulan September tahun lalu yang membuat keputusan memihak kepada mantan Guru Utama, mereka punyalah bersorak macam beruk kena belacan! Begitu banyak SMS yang dihantar oleh anak sulong ‘Joker of The Year’ kepada orang ramai tentang kemenangan mereka. Maka berduyun-duyun jugalah mereka berarak ke sana kemari mencanangkan keputusan MMT itu. Mereka SANGAT-SANGAT-SANGAT mengiktiraf keputusan MMT itu kerana MMT telah berpihak kepada mereka. Walaupun selepas itu MMK menolak keputusan MMT kerana keputusan MMT dibuat secara undi terbuka yang secara langsung melanggar peraturan mesyuarat MMT. Dan yang lucu lagi selepas itu anak sulong ‘Joker of The Year’ menyediakan surat dan ‘Joker of The Year’ sendiri bertindak menjadi ‘despatch’ membawa surat tersebut berjumpa dengan Dr Ahmad Nizam untuk ditandatangani. Surat tersebut kemudiannya disiarkan dalam laman web mereka. Ini kononnya sebagai bukti bahawa orang lama menyokong mantan Guru Utama dan Bani Hanafi. Mereka juga pada ketika itu amat mengagung-agungkan ahli MMT yang mengundi memihak kepada mereka iaitu sdra Shafie Latif dan Cikgu Rauhi. (sebenarnya ahli lama yang menyokong mereka pada waktu itu hanya 3 orang sahaja termasuk Abu Hamid Na’aman).

Dulu terima, sekarang tidak?

Namun pada mesyuarat yang diadakan pada 18 March 2007 yang lalu, MMT membuat keputusan menggugurkan mantan Guru Utama dan melantik seorang tokoh lama menjadi Guru Utama yang baru. ‘Mak Teh dan Keluarganya’ dan juak-juak mereka tidak mahu menerima keputusan tersebut. Kenapa tidak mengiktiraf? Senang sahaja, iaitu kerana keputusan tersebut tidak berpihak kepada mereka. Dan yang perlu kita semua tahu juga ialah orang-orang lama yang menyokong mereka sebelum ini jugalah yang terlibat membuat keputusan tersebut. Orang-orang seperti Dr Ahmad Nizam dan Sdra Shafie Latif juga terlibat membuat keputusan tersebut. Kenapa tidak mahu terima? Alah…… apa nak disusahkan mencari jawapannya. Sebabnya keputusan tidak berpihak kepada mereka. Ahli-ahli MMT yang mereka sanjung dan canang sebelum ini telah tidak pula disanjung. Bukankah ini melucukan? Untuk pengetahuan semua, MMT tersebut adalah MMT yang sama membuat keputusan sebelum ini, walaupun ‘Mak Teh dan Keluarganya’ tidak hadir pada mesyuarat kali ini kerana takut dan malu. Kenapa sebelum ini boleh terima keputusan MMT dan sekarang tidak mahu terima pula?

Sayang sungguh Mak Teh tak hadir mesyuarat kali ini. Hendak juga Pak Kaduk dapatkan lapuran apa lagi yang nak dimaki kepada orang lama. Ataupun semua orang lama pakat maki ‘Mak Teh dan Keluarganya’. Tetapi Pak Kaduk sangat percaya orang lama tak akan buat macam tu. Mereka semua adalah orang yang berpelajaran dan tidak sewenang-wenangnya memaki orang.

Tidak terkejut

Sebenarnya Pak Kaduk sedikit pun tidak terkejut dengan perangai dan kerenah ‘Mak Teh dan Keluarganya’. Seperti artikel-artikel lalu yang telah Pak Kaduk tulis, selagi dinamakan ‘Mak Teh dan Keluarganya’, dan selagi keputusan tidak berpihak kepada mereka, maka selagi itulah mereka tidak akan menyokong. Hatta kalau diturunkan para Ma’alaikat pun, untuk membuat keputusan, selagi keputusan tidak memihak kepada mereka, mereka tidak akan terima. Itulah yang dinamakan ‘Mak Teh dan Keluarganya’ yang perasan bagus tak habis-habis!

Senyum

Berbeza dengan ‘Mak Teh dan Keluarganya’ serta juak-juak yang masih ternganga mulut kerana masih terkejut dan tidak percaya, para sahabat handai Pak Kaduk pula sekarang ini ramai yang senyum sahaja kemana mereka pergi. Mereka ini sangat gembira dan bersyukur dengan keputusan MMT tersebut. Mereka gembira kerana doa mereka selama ini telah dimakbulkan Allah swt. Jadi kalau para sahabat terjumpa dengan orang yang senyum sahaja sekarang ini, maka merekalah kaum keluarga Pak Kaduk yang sedang bergembira. Nasihat Pak Kaduk kepada semua, jangan gembira sangat kerana perjuangan masih belum selesai. Banyak lagi perkara yang perlu dilakukan sebelum kita boleh membuat pengisytiharan rasmi tentang kegembiraan kita.

Pak Kaduk – Selain senyum, ramai juga suku-sakat Pak Kaduk yang cukur kepala botak tanda syukur. Tetapi kepala Pak Kaduk tak boleh cukur lagi sebab sememang dari dulu lagi kepala Pak Kaduk dah botak. Mungkin Pak Kaduk akan cukur juga, tetapi rambut yang lain…..

Read more...