BERSIFAT BERANI DEMI KERANA ALLAH

2006/10/28


Selamat hari raya Pak Kaduk ucapkan kepada semua rakan rakan, selamat kembali ke rumah masing masing dengan selamat dan selamat bertugas kepada yang dah mula bertugas, macam Pak Kaduk lah juga. Kepada yang masih lagi bercuti, bercuti lah sepenuh nikmatnya sebelum masa sibuk kita kembali dan tidak diketahui bila lagi waktu rehat kita akan kembali.

Sebenarnya Pak Kaduk sedang menulis apa yang telah Pak Kaduk janjikan tempoh hari ia itu berkenaan dengan Analisa dan kesimpulan keterangan Mad Radhi, tapi Pak kaduk berhenti sekejap kerana ada tugasan diluar sana dan sekembalinya Pak Kaduk ke meja kerja ilham menulis Sifat Berani ini datang jadi Pak Kaduk pun berhentilah menulis berkenaan dengan Analisa tersebut kerana untuk menulis analisa ini Pak Kaduk kena lah juga berhati hati supaya tidak dikatakan mendahului dari yang Maha Mengetahui, Pak kaduk sedar dengan izin Nya lah Pak Kaduk mampu melakukan sesuatu saperti sekarang ini, dan dengan Nur Nya yang di pinjamkan membuatkan Pak Kaduk boleh menulis untuk memberi maklumat sejelasnya kepada rakan rakan diluar sana supaya tidak di belengu dengan ketaksuban melampau, semoga rakan rakan diluar sana boleh berfikir dan bertindak dengan bijak sana, supaya anak cucu kita tidak menistakan diri kita bilamana kita masih mempertahankan seorang GURU yang telah hilang sifat GURU, sama saperti mengambil seorang penjenayah menjadi pemimpin maka akan hancur lah masa depan pengikut pengikut nya.

Sejarah Islam banyak memaparkan bagaimana pemimpin Islam seperti Muawiyah Abi Sufyan yang pada awalnya menggunakan Bani Umayyah untuk kepentingan Islam, tetapi kemudian menjadikan Islam sebagai alat untuk kepentingan Bani Umayyah. Ini kemudian ditiru oleh Bani Abbasiyah yang juga bertindak seperti Muawiyah, yang mana Bani Abbasiyah turut menggunakan Islam untuk dijadikan alat kepentingan golongannya dan di ketika ini didalam kumpulan yang kecil saperti Persatuan Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia kita ada Mad Radhi yang telah dilucutkan jawatan dan status GURU nya, yang turut menggunakan status GURU dan Islam untuk kepentingan golongannya ( sejak kes cabul hangat di perkatakan, terlalu banyak hadis hadis yang keluar dari mulut mulut mereka, semua dah macam para ulama lah pula ).

Saperti kata kata seorang juak Mad Radhi kepada Pak Kaduk di pertemuan tempoh hari ..

“ Cuba kau fikirkan takkan lah Guru utama yang dah buat kerja kerja Umrah berkali kali nak buat perkara tak senonoh macam tu”

Jawapan Pak Kaduk mudah sahaja..

“ Pelacur dan bapak penyangak pun ada juga yang pergi Umrah, apa ada hal ? ”

Saperti akiviti membawa duit 1 Riyal memusing Ka’Bah agar bila duit itu diletakkan didalam dompet duit maka pemilik tidak akan mengalami masalah kewangan, ini mana punya fahaman karut? Sedangkan kita sedia maklum upacara tersebut adalah bertentangan dengan syariat Islam kerana Islam mengajar umatnya berusaha dengan potensi dan keupayaan pancaindera yang ada di samping tenaga dan akal untuk mencari rezeki..

Jadi Pak Kaduk maklumkan bahawa niat kita untuk kerjakan Umrah tu kena betul, kalau setakat pergi Melancung @ Ziarah dan bukan kerana Ibadat ramai orang boleh buat.

Kembali kita kepada topik asal ia itu Sifat Berani, Pada zaman Rasulullah SAW, umat Islam dikenali sebagai umat yang kuat, umat yang gagah perkasa, berani serta tidak takut pada peperangan dan kematian. Umat Islam pada ketika itu mampu melawan pihak musuh walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan. Dengan berbekalkan keberanian yang berdasarkan iman dan takwa, akhirnya umat Islam boleh berjaya dan menang menentang musuh. Sebenarnya konsep bersifat berani amat luas, ia tidak hanya terbatas kepada bersifat berani dalam medan peperangan sahaja, bahkan dalam pelbagai bentuk yang lain.

Masa kini, kita dapat lihat tidak ramai yang berani menegur kesalahan orang lain terutama jika sesaorang itu memegang sesuatu jawatan besar saperti kita sekarang ini Guru Utama. Sebenarnya kita turut bertanggungjawab untuk menegah perbuatan jahat dan munkar dari terus berlaku. Jangan kita biarkan kesesatan semakin bermaharaja lela, kerana itu walaupun kita terasa tidak mampu untuk menegah perbuatan-perbuatan tersebut, kita cuba cari jalan lain supaya melaporkannya kepada pihak yang berkuasa. Janganlah kita ambil sikap tidak peduli atau sambil lewa akan masalah orang lain, kerana jika dibiarkan berterusan ia boleh menjejaskan nama baik kita sendiri. Dan secara tidak langsung kita seolah-olah tedha dengan perbuatan-perbuatan tersebut.

Walau bagaimanapun, kita dapati ada orang bersikap berani pada waktu & tempat yang salah dan tidak wajar, berani dalam melakukan perkara maksiat & dosa, berani melakukan perbuatan yang salah dan ditegah dalam Islam, ianya dilakukan tidak lain hanya untuk memuaskan hawa nafsu dan menuruti kehendak syaitan semata-mata. Ini adalah kerana sifat berani itu terbahagi kepada dua bahagian iaitu sifat berani yang dituntut dan sifat berani yang ditegah.

Firman Allah SWT dalam surat AL-Lokman ayat 17 yang bermaksud: Wahai anak kesayangan aku, dirikanlah sembahyang dan suruhlah berbuat kebajikan serta laranglah daripada melakukan perbuatan munkar dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpa. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.

Dari itu sedarlah bahawa terdapat banyak bentuk sifat berani yang harus kita perhatikan terlebih dahulu sebelum dijadikan sebagai perhiasan diri. Pilihlah secara bijak antara sifat berani yang terpuji @ yang tercela, bersifat beranilah kita dalam berjihad, menentang musuh agama, berani demi keadilan dan menentang perkara perkara tahyul dan kurafat serta bersikap berani melawan hawa nafsu.

Janganlah pula kita bersikap berani membuta tuli, tidak mengikut peraturan atau undang-undang, berani kerana membalas dendam, berani menentang kebenaran dan keadilan serta janganlah juga kita berani melakukan kesalahan dan dosa. Dan sesungguhnya kita manusia mempunyai akal dan fikiran, maka sudah seharusnya kita bertindak dengan akal tersebut dan bukannya mengikut kehendak hati dan hawa nafsu semata-mata.
Sekian wa'salam

Read more...