Kenapa Mad Radhi bertindak ganas dan berlagak samseng?

2006/10/11

Meja pengarang dan telefon Pak Kaduk berdering berterusan tanpa henti apabila berita Mad Radhi menjadi samseng tersebar luas seluruh nusantara. Apa tidaknya, berita ini merupakan berita sensasi. Berita yang boleh melariskan jualan suratkhabar seluruh negara. Tidak henti-henti yang bertanya betulkah peristiwa itu berlaku? Siapa yang terlibat tu? Macamana muka Mad Radhi semasa mengadap polis? Pucat lesi ke? Menggigil satu badan ke? Siapakah juak beliau yang tunjuk hebat tu? Boleh kami try dengan dia? Kat mana dia tinggal? Kereta apa dia bawa? Apa plat nombor kereta dia? Berapa orang anak dia anak? Anak dia sekolah kat mana? Berapa lama dah dia tamat silat? Aku kenal dia ke? Kenapa samseng sangat? Dah lama hidup ka? Apa nombor telefon dia? Ingat Mad Radhi saja yang ada pengikut ke? Dan begitulah panjangnya soalan yang datang ke meja Pak Kaduk.

Yang boleh Pak kaduk katakan kepada teman-teman Pak Kaduk ialah jangan kita jadi macam diaorang. Kalau kita buat macam tu, kitapun sama macam diaorang. Biarkanlah. Negara kita ni ada undang-undang. Siapa yang melanggar undang-undang akan di adili oleh pihak berkuasa. Dan itulah yang telah berlaku kepada Mad Radhi dan juak-juak beliau pada 9 Oktober 2006 apabila dipanggil mengadap oleh polis dan diberi amaran keras supaya tidak mengulangi perbuatan tersebut. Seorang guru kena amaran? Malunya…..Siapa yang malu? Sudah tentu Mad Radhi dan juak-juak beliau yang malu. Masing-masing mempunyai kemaluan yang besar sekarang!

Berbalik kepada soalan kenapa Mad Radhi tunjuk samseng? Menurut analisa ringkas Pak Kaduk, Mad Radhi sebenarnya nak tunjuk hebat di depan juak-juak beliau sahaja. Mad Radhi sebenarnya tahu bahawa juak-juak beliau amat percaya dan taksub kepada beliau. Mad Radhi pada pandangan mereka adalah manusia istimewa (dalam istilah sekarang selalunya manusia istimewa adalah manusia yang cacat) dan mempunyai taraf yang tinggi di sisi tuhan. Apa-apa percakapan, perbuatan dan tindakan beliau adalah hasil gerak dan perintah dari Allah swt. Sebab itu beliau tidak mungkin melakukan kesalahan mencabul kehormatan seperti mana yang dituduh . Oleh yang demikian, kepada juak-juak Mad Radhi, kedudukan Mad Radhi mesti dipertahankan walau apapun terjadi! Mereka telah pun membuat pengumuman, walaupun Mad Radhi bersalah, mereka tetap akan mengikut Mad Radhi. Mad Radhi amat mengetahui perkara ini. Beliau juga tidak mahu juak-juak beliau ini berpaling tadah. Jika ini berlaku, habislah Mad Radhi. Beliau tidak ada sesiapa lagi dalam dunia ini untuk berkawan kecuali keluarga Ustaz Hanafi sahaja.. Jadi dengan cara menunjukkan beliau berani menampar anak murid beliau adalah satu cara untuk menunjukkan kepada juak-juak beliau bahawa beliau sememangnya manusia ‘istimewa’. Dan akibat perbuatan beliau itu, juak-juak beliau turut sama ‘naik minyak’ untuk menunjukkan bakat mereka. Kita tidak boleh salahkan juak-juak beliau. Juak-juak ini terdiri dari kalangan ahli baru dan banyak yang mereka tidak tahu. Mad Radhi tak boleh ‘makan’ orang-orang lama sebab mereka ini ‘makan garam’ terlebih dahulu dari Mad Radhi. Tak boleh nak kelentong!.

Namun dari sudut yang lain, tindakan Mad Radhi itu dilihat sebagai satu tindakan yang BODOH. Bergaduh dengan anak murid? Kalau nak bergaduh pun, carilah orang yang sama taraf. Ini tidak, orang yang tidak mahu melawan yang dicarinya. Kawan tu pun tak melawan sebab masih hormat Mad Radhi sebagai bekas guru beliau. Kalau tidak, tak tahulah apa nak jadi. Kalau anak murid kalah tak jadi hal, itu perkara biasa tetapi apa akan berlaku kalau guru kalah? Akan bertambah besarlah kemaluan guru! Berganda-ganda besarnya!

Bercakap tentang lagak samseng beliau, Pak Kaduk berkeyakinan penuh bahawa Mad Radhi ini hanya tunjuk lagak pada orang yang tidak tahu perangai beliau sahaja. Kalau beliau betul-betul berani, kenapa semasa berjumpa Azman Johan (orang yang membuat aduan salah laku terhadap beliau) di sebuah warung makan di Kampung Baru, Kuala Lumpur baru-baru ini tidak ditampar juga? Sepatutnya beliau pergi terus ke meja Azman Johan, kalau tidak ditamparpun, dihentak meja, tanya Azman Johan kenapa dia buat aduan salah laku tersebut. Tetapi disebabkan tidak berani, beliau hanya mengecilkan diri. Malah beliau bertindak pengecut dengan mengambil laluan lain untuk mengambil tempat dalam warung tersebut semasa masuk dan semasa hendak balik. Kenapa? Kerana Mad Radhi tahu dia tak boleh ‘makan’ saudara Azman Johan tu. Sekali dihempap dek Azman Johan nanti, keluar tahi hijau! Ingatlah, awak tu pendek, ‘Hai abang pendekkkkkk…….!’. Kalau alasan Mad Radhi tak mahu bergaduh di warung tersebut kerana berada di tempat orang ramai, bagaimana pula tindakan beliau sewaktu di wad Ortopedik HUKM tempohari? Bukankah tempat itu tempat awam malah tempat orang sakit pulak tu? Azman Johan pada waktu tersebut bukannya bersama dengan puluhan pengikut beliau, tetapi hanya bersama dengan seorang rakan silat beliau sahaja. Tetapi Mad Radhi sebenarnya seorang yang penakut. Dia tunjuk lagak pada orang yang terpilih sahaja. Dengan orang yang sama regu, dia pun cuak juga. Itulah Mad Radhi. Akal temberang beliau amat panjang, mengalahkan rel keretapi utara-selatan!.

Juak-juak beliau juga mempunyai perangai yang sama dengan Mad Radhi. Contoh yang boleh dianalisa adalah beberapa kes yang melibatkan juak-juak beliau yang telah berlaku. Kes pertama ialah kes Roslan Safar yang dicekup dan diheret masuk oleh beberapa orang Cina di Chow Kit satu ketika dulu untuk dipaksa melanggan pelacur. Peristiwa itu telah dilapurkan di dalam suratkhabar Harian Metro. Kalaulah hebat sangat, takkan dengan beberapa orang Cina pun tak boleh nak makan? Jawapan beliau apabila ditanya tentang peristiwa tersebut, beliau menjawab beliau ingat guru, sebab itu beliau bersabar! Ini jawapan orang yang tak belajar tinggi ni. Jawapan ini memalukan guru sebenarnya kerana pengecut. Dengarnya Roslan Safar ni siapa maripun akan ditentang demi untuk mempertahankan Guru Utama dan hanya tunggu ‘green light’ dari Mad Radhi untuk pergi pukul orang. Siapa yang nak dipukul, kita pun tak tahu. Macam samseng sangat. Dengan member-member silat nak tunjuk samseng, tetapi dengan orang luar, kecut segala-gala. (satu soalan cepumas # Roslan Safar pergi ke lorong belakang mati kat Chow Kit tu nak buat apa? Dengar kata dah buat tawar-menawar tetapi sebab tak mau ‘ambil’ selepas tawar menawar dipersetujui, sebab tulah kena heret dengan Cina. Betul ke?)

Kes kedua ialah kes budak Aminyang ditipu oleh Cina Safari Park di Pandan Indah, Kuala Lumpur. Kononnya budak Amin ni sangat bijak berniaga sampai tuan punya Safari park ni amat kagum dengan beliau. Cerita ini dijaja oleh Mad Radhi sendiri dan bapa budak Amin ni, Zainul Abidin (Abang Yang) kepada member-member silat yang lain. Menurut ceritanya taukey Cina ini sedang mencari rakan niaga untuk menguruskan Safari Park ini dan amat terpikat dengan cara kerja budak Amin rakan-rakan. Lalu tawaran tersebut dibuat dengan mendadak dan budak Amin ni perlu menyatakan samada mahu menerima tawaran tersebut ataupun tidak dalam waktu yang singkat. Disebabkan terpikat dengan tawaran tersebut, budak Amin ni telah berusaha berjumpa dengan Mad Radhi dan memaklumkan tentang perluang perniagaan ini. Namun satu masalah yang timbul ialah taukey Cina ni mahukan modal pendahuluan sebanyak RM60,000.00. Mana budak Amin ni nak cari duit? Semua orang tahu dia ni bukannya ada apa-apa? Hutang pejabat koperasi pun dah masuk berbelas-belas ribu tidak dibayar. Hutang kawan-kawan keliling pinggang. Courts Mammoth pun pernah tarik barang-barang kat rumah kerana tak bayar ansuran bulanan. Jadi memanglah RM60,000.00 ini satu angka yang amat sukar diperolehi. Namun atas daya usaha Mad Radhi, RM60,000.00 dapat disediakan dan telah diserahkan kepada Taukey Cina tersebut. Penyerahan wang RM60,000.00 dibuat tanpa melalui perjanjian hitam-putih dan sebarang dokumen rasmi sebagai bukti penyerahan. Lalu budak Amin ni dengan beberapa juak-juak Mad Radhi telah mengusahakan tempat tersebut lebih kurang beberapa bulan. Nak jadi cerita, Taukey Cina ni mula buat hal selepas itu dan berlakulah insiden-insiden yang tidak diingini. Sampai ke satu tahap dimana taukey Cina ni menghalau mereka semua keluar dari Safari park tersebut dan meletakkan barang-barang mereka diluar premis tersebut. Budak Amin ni nak tunjuk samseng juga pada mulanya, tetapi selepas diberi amaran oleh Taukey Cina tersebut (rupanya Cina ni lagi samseng!), beliau pun jadi kecut perut. Hinggakan Taukey Cina ni kata dia tahu di mana rumah budak Amin ni. Itu yang dia kecut tu. Sampailah sekarang di mana duit pendahuluan RM60,000.00 hilang lesap tanpa dapat dipulangkan semula, Safari park pun entah ke mana. Sekarang duduk rumah, tak ada kerja, makan dan tidur serta karang surat-surat yang mengikut cita rasa beliau untuk edaran kepada ahli. Nak di saman taukey Cina ni pun tidak ada dokumen hitam-putih. Jadi nak buat apa? Duduk diam sahajalah dek kena tipu oleh taukey Cina tersebut. Kalau dah samseng sangat, kenapa tak cari Cina tersebut dan paksa dia pulangkan duit sekurang-kurangnya. Bawalah Mad Radhi bersama pergi tampar Cina tu! Dan juak-juak Mad Radhi yang lain yang kononnya samseng tu. Inilah yang dikatakan samseng Kampung Dusun. Samseng pada orang yang kenal sahaja tetapi dengan orang luar, tak berani angkat muka!

Jadi betulkah Mad Radhi berani dan samseng? Mad Radhi ni pun auta saja yang lebih. Dia ni pun kaki temberang. Dua kali lima dengan juak-juak beliau…..

Read more...