MAD RADHI GURU YANG BACUL!!!

2006/12/14

Pak Kaduk mendapat satu cerita yang sangat panas untuk dikongsi bersama dengan para pembaca yang budiman. Cerita yang disampaikan melalui Jabatan Penyiasatan Pak Kaduk ini amat sensasi! Apa tidaknya, seorang guru silat takut kepada anak murid sendiri apabila DICABAR untuk beradu kekuatan!

Mengikut cerita yang diperolehi, peristiwa ini berlaku pada tahun 2002 bertempat di Pusat Latihan Tanah Liat, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kelas silat ini adalah kelas silat yang telah bergerak lama sejak dari zaman Ustaz Hanafi lagi. Sebelum ini kelas silat tersebut dijalankan di rumah Ishak Itam, tetapi selepas perpecahan berlaku antara Cekak Hanafi dan Cekak Malaysia, kelas ini telah dipindahkan ke tempat lain bagi meneruskan pengajaran Silat Cekak Hanafi. Penyelia Kelas di situ ialah Cikgu Ismail Mahmud. Cikgu Ismail ini merupakan adik tiri (satu mak, lain bapa) dengan Abang Lah yang merupakan orang lama di Bukit Mertajam. Mereka berdua merupakan anak sedara Mak Teh dan merupakan sepupu kepada Mad Radhi. Abang Lah merupakan orang yang dihormati di Bukit Mertajam dan merupakan tempat rujuk oleh ahli-ahli di kawasan tersebut. Beliau merupakan orang yang rapat dengan Al-Marhum Ustaz Hanafi dan bergiat bersama Ustaz Hanafi sejak Ustaz Hanafi belum menjadi guru silat lagi. Malah ketika Ustaz Hanafi menjual ubat, beliaulah antara orang yang membantu Ustaz Hanafi menjual ubat pada ketika itu. Jadi hubungan mereka amat akrab. Ada juga ketikanya, beliau menjadi tempat rujuk Ustaz Hanafi terutama berkaitan pentadbiran kelas silat di Bukit Mertajam.

Biras Mad Radhi VS Abang Mad Radhi

Kisah bermula apabila ada seorang hamba Allah yang kerjanya suka mengadu domba dan menceritakan kekurangan dan kesalahan orang. Hamba Allah ini suka ‘bawa mulut’ mengenai cerita-cerita di Pusat Latihan Tanah Liat ini untuk disampaikan kepada Mad Radhi. Siapakah hamba Allah ini? Tidak lain tidak bukan biras kepada Mad Radhi sendiri iaitu Syed Zairus. Nak menjadi cerita , Syed Zairus berpindah dari Perak ke Pulau Pinang atas urusan kerja. Bila berada di sana, beliau ada turun ke kelas di Tanah Liat untuk tolong mengajar silat. Tetapi dah dasar orang yang tak tahu adat, datang tempat orang tak bagi salam dan dia nak tunjuk hebat pada orang-orang Bukit Mertajam. Langsung tak ada hormat pada orang-orang tua dan orang lama di situ. Beliau ni selalu bercerita kepada Mad Radhi tentang perkara-perkara yang berlaku di kelas silat di tanah Liat dan juga berkaitan beberapa individu di situ yang Syed Zairus tidak senang hati. Mad Radhi ini pulak nama saja guru, tapi akal pendek, bila dengar saja orang mengadu, terus melatah. Itulah selalunya berlaku kepada Mad Radhi yang akal pendek ini. Berlawanan dengan watak Al-Marhum Ustaz Hanafi yang bukan sahaja tidak melatah sebarangan, malah tidak akan terima bulat-bulat apa yang disampaikan oleh anak murid yang cuba mengadu domba atau memburuk-burukkan orang lain.

Oleh kerana Syed Zairus banyak menceritakan perkara-perkara yang tidak bagus tentang kelas silat di Tanah Liat ini kepada Mad Radhi, lama-kelamaan Mad Radhi terpengaruh dengan hasutan birasnya itu. Maka Mad Radhi secara tidak langsung melihat kelas di Tanah Liat ini sebagai kelas bermasalah. Jadi mulalah Mad Radhi merancang untuk menukar pengurusan kelas di situ iaitu dengan cara menggantikan penyelia kelas di situ iaitu Cikgu Ismail dengan Syed Zairus. Oleh kerana itulah Syed Zairus ini diarahkan oleh Mad Radhi ke PL Liat untuk melaksanakan rancangan Mad Radhi. Disebabkan mendapat arahan terus dari guru, ‘cowboy’ sorang ni naik tocang tak tentu pasal dan mula buat hal di kelas tersebut. Dia nak ubah semua cara-cara pengendalian kelas cikgu Ismail. Sudah tentu cikgu Ismail jadi ‘hot’ dan perkara tersebut menyebabkan timbul perselisihan dan mengeruhkan keadaan di sana. Syed Zairus ini pula mempunyai perangai yang susah diikut. Konon dia ingat dia seorang yang tegas dan ada pendirian. Tetapi sebenarnya seorang diktator yang gila kuasa. ‘Style’ dia mau semua orang ikut cakap dia saja. Dia ni sangat ‘bossy’ dan susah diajak berunding. Sentiasa mahu menunjukkan dia lebih pandai dan lebih hebat dari orang lain. Itulah yang terjadi bila beliau turun ke kelas Pusat Latihan Tanah Liat, nak tunjuk yang dia pandai dan hebat kononnya walaupun terdapat orang-orang lama yang lebih berpengalaman di tempat itu. Sedarlah, awak baru setahun jagung, datang pula tempat orang, jagalah sikit adab awak tu….bagi salam dulu, jangan main terjah saja! Nanti tak fasal-fasal kena terajang.

Dengar cerita, Syed Zairus semasa di Ipoh, Perak pun buat hal diawal pembabitan beliau di sana, tetapi setelah digasak oleh Cikgu Rauhi, baru dia jadi elok sikit. Semasa di Ipoh jugalah Syed Zairus pula yang banyak hentam Mad Radhi kerana Mad Radhi banyak kali tak datang ijazah di Ipoh. Itu sebelum dia jadi biras Mad Radhi, tetapi sekarang bila dah jadi biras Mad Radhi, dia pula yang dok junjung Mad Radhi tu.

Syed Zairus ini bila mula pindah ke Pulau Pinang pun buat hal juga dalam MMN cawangan Pulau Pinang. Dia tak ’berlaga angin’ dengan YDP, si Jamaluddin Hanafi. Jamaluddin pun nak jaga kawasan jajahan takluk dan tidak mahu ada orang luar kacau kawasan beliau. Masalahnya, si jamaluddin ini tak mahu ambil peduli tentang hal-hal persatuan di peringkat negeri pada waktu itu kerana sebok dengan urusan CNI beliau. Manakala Si Syed Zairus pula nak ‘terjah’ sahaja di tempat orang buat sebok. Oleh kerana kekosongan dan ruang yang wujud di antara YDP dan pentadbir negeri yang tidak akrab, maka peluang tersebut digunakan oleh Syed Zairus untuk mewujudkan kem-kem yang menyokong beliau iaitu geng-geng muda yang kaki memberontak. Maka jadilah dua kumpulan di Pulau Pinang, satu mengikut YDP cawangan dan satu lagi ikut kepala si Syed Zairus ini. Inilah juga punca masalah di Pulau Pinang di mana banyak perkara berkaitan perjalanan persatuan tidak dapat dijalankan dengan baik. Pentadbiran persatuan menjadi kucar-kacir sehinggalah cawangan Pulau Pinang dibubarkan oleh Pendaftar Pertubuhan. Inilah sebenarnya jasa Jamaluddin di Pulau Pinang. Orang hantar dia ke sana suruh perkembangkan persatuan dan silat, tetapi lain pula yang berlaku. Sampai persatuan di haramkan dibuatnya. Itulah punya pandainya si Jamaluddin taukey CNI ini. Dan nak jadi cerita lagi, kes cawangan Pulau Pinang ini diharamkan ini digunakan pula oleh Jamaluddin dan juak-juak Mad Radhi untuk menyaman MMK untuk mengistiharkan mesyuarat agung pusat tidak sah. Apa punya anak Ustaz Hanafi yang sorang ni, sudahlah dia tutup persatuan, malah digunakan kecuaian beliau tersebut untuk merosakkan persatuan di peringkat pusat pula. Inilah manusia yang bernama Jamaluddin ini. Kecik-kecik tak mau mati, dah besar menyusahkan orang.

Semasa si Johari (Anjang) jadi Setiausaha cawangan satu ketika dulu, si Jamaluddin ni pun buat tak tahu juga. Jadi si Anjang buat hal dan keputusan sendiri dalam hal-hal berkaitan pentadbiran cawangan. Ini yang membuatkan si Jamaluddin jadi ‘hot’ dan berlakulah juga pergeseran yang tidak berkesudahan. Sehinggakan untuk menghalang si Anjang bertindak secara berleluasa, maka si Jamaluddin melantik si Anjang jadi Naib Yang Di Pertua cawangan. Trick si Jamaluddin ni senang dibaca sebenarnya, jawatan NYDP ni walaupun tinggi dari jawatan Setiausaha, tetapi sebenarnya tiada kuasa, bukan boleh buat apa-apa pun. Si Jamaluddin ‘buang’ si Anjang dengan cara melantik beliau ke jawatan yang tiada kuasa. Maka jadilah si Anjang ni tak tentu hala, hingga ke satu peringkat, si Anjang membawa diri ke Sungai Petani, Kedah. Di sana, beliau telah mengusahakan membuka kelas silat di situ. Sekarang ni lama dah tak dengar cerita si Anjang ni. Tak apalah Anjang oiii, orang tak mau kita, kita bawa diri, buatlah apa yang patut. Hati senang, fikiran tak berserabut. Betul tak Anjang? Tetapi, berdasarkan cerita terbaru, si Jamaluddin ni pun sekarang dah pindah ke Sungai Petani atas urusan kerja juga. Eloklah tu, bolehlah berjumpa kedua-dua insan ini untuk berdamai balik ....


Mad Radhi ‘gasak’ orang Bukit Mertajam

Meneruskan cerita, apabila Mad Radhi pergi ke Tanah Liat untuk satu majlis pengijazahan, Cikgu Ismail telah mengambil kesempatan pada pertemuan tersebut untuk bertanya kepada Mad Radhi perihal Jamaluddin Hanafi iaitu abang kepada Mad Radhi sendiri. Ini adalah kerana seperti yang telah diketahui, si Jamaluddin ini, walaupun memegang jawatan sebagai Yang Di Pertua cawangan Pulau Pinang, tetapi tidak mengambil tahu langsung tentang hal ehwal perjalanan kelas persilatan di tempat tersebut dan juga menghadiri apa-apa mesyuarat yang berkaitan dengan pentabiran dan perjalanan cawangan Pulau Pinang. Oleh kerana jawatan yang di pegang adalah jawatan tertinggi di peringkat negeri, ‘kehilangan’ misteri Jamaluddin Hanafi menimbulkan keresahan dan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pendokong Silat Cekak di negeri Pulau Pinang. Sebenarnya semua pendokong di Pulau Pinang tahu bahawa Jamaluddin Hanafi pada masa tersebut amat sebok dengan kerjaya baru beliau pada waktu itu iaitu perniagaan CNI. Siang malam si Jamaluddin Hanafi ini sebok dengan CNI sehinggakan tanggungjawab terhadap silat dan pergerakan di cawangan Pulau Pinang terbiar termasuklah juga tanggungjawab terhadap keluarga. Oleh itu ‘kehilangan’ si Jamaluddin ini banyak menimbulkan masalah kepada pergerakan Cekak Hanafi Pulau Pinang.

Jadi apabila Cikgu Ismail membangkit persoalan tersebut kepada Mad Radhi, Mad Radhi naik angin dan Cikgu Ismail telah dimarah dan dimaki dengan teruk oleh Mad Radhi. Ini ditambah pula dengan hasutan oleh Syed Zairus terhadap Cikgu Ismail ini, maka bertambah hebatlah Mad Radhi mengasak Cikgu Ismail ini. Sehinggakan terlalu marahnya Mad Radhi itu sampai ke peringkat mengancam untuk menutup kelas silat di Pusat Latihan Tanah Liat itu. Begitulah marahnya Mad Radhi apabila ada orang mempertikaikan tentang darah daging beliau. Peristiwa ini diperhatikan oleh beberapa ahli dan tenaga pengajar di situ. Semua mereka tidak puas hati dengan tindakan Mad Radhi memarahi dan memaki Cikgu Ismail.


Orang Bukit Mertajam ‘gasak’ dan cabar Mad Radhi

Antara orang-orang yang menyaksikan peristiwa tersebut ialah Baharin (merupakan ahli MMN dan juga jurulatih), Salahudin (jurulatih) dan juga Pak Don (anak Allahyarham Hassan Deraman – bekas ahli MMT). Apabila ketiga-tiga mereka melihat peristiwa Mad Radhi memarahi Cikgu Ismail, mereka jadi tidak puas hati. Mereka bertiga telah berjumpa Mad Radhi tetapi sebaliknya mereka juga di’gasak’ oleh Mad Radhi. Tetapi kali ini Mad Radhi tersilap langkah, orang-orang yang beliau anggap anak murid ini telah hilang sabar. Kalau di Kuala Lumpur dan Johor, bila Mad Radhi melenting, semua orang kecut perut, tetapi di Bukit Mertajam ni lain sikit. Guru ke, sapa ke, kalau buat hal, akan kenalah jawabnya. Oleh kerana tidak tahan dengan perangai Mad Radhi ni, ketiga-tiga mereka menjadi marah dan telah MENCABAR Mad Radhi untuk beradu kekuatan! Kata mereka, kalau tak mahu ‘try’ ketiga-tiga sekali gus, Mad Radhi boleh ‘try’ seorang demi seorang! Kata mereka ‘kalau sekiranya Mad Radhi sebenar guru, dan Mad Radhi boleh kalahkan mereka, mereka akan ikut Mad Radhi!’ . Tetapi ternyata Mad Radhi bukanlah sebenar guru. Beliau tidak berani ‘try’. Cabaran ketiga-tiga mereka tidak disambut oleh Mad Radhi. Jadi dia ambil jalan selamat kononnya tidak mahu bergaduh. Tetapi yang sebenarnya beliau tidak berani. Inilah seorang guru yang bacul lagi penakut. Cakap saja berdegar-degar bunyinya, tetapi ‘kecut-keciput’ bila dicabar! Peristiwa memalukan ini berlaku di hadapan Cikgu Ismail sendiri. Selepas peristiwa tersebut, kelas Latihan Tanah Liat ini telah ditutup hinggalah ke hari ini. Mad Radhi tidak pernah menceritakan peristiwa ini kepada ahli-ahli pusat kerana malu rahsia beliau bocor.

Selepas peristiwa tersebut juga, Mad Radhi telah menghantar Syed Zairus untuk mencari jalan untuk memulihkan keadaan. Seperti biasa, Syed Zairus ni nak tunjuk pandai lah kononnya. Namun begitu, Syed Zairus juga telah dicabar! Beliau pun tak berani seperti mana biras beliau si Mad Radhi yang penakut itu. Sama saja Syed Zairus ni pun. Konon nak tunjuk hebat, tetapi bila orang cabar, dia pun kecut perut. Silap-silap patah riuk tulang rusuk awak tu nanti!

Peristiwa tersebut sesungguhnya memalukan dan menjatuhkan martabat Mad Radhi sebagai seorang guru silat. Bayangkan seorang guru silat apabila dicabar oleh anak murid boleh diam membisu seribu bahasa. Apa punya guru ni kita pun tak tahu. Guru sekolah tadika lah kot kalau macam tu!. Selama ni kita ingat Mad Radhi handal orang nya, tetapi semua itu adalah auta sahaja. Cakap sahaja mengalah halilintar, tetapi hati kecik macam tahi cicak!

Pengajaran

Mengikut cerita orang-orang lama di Bukit Mertajam, kalau Ustaz Hanafi dicabar sebegitu rupa, tak sempat habis cakap beliau sudah menyahut cabaran. Tak sempat bercakap panjang dah bangun menyinsing lengan untuk beradu kekuatan. Itu guru yang ada maruah dan yang mempertahankan kebenaran. Mengikut cerita juga, semasa Atan Gayung belajar Silat Cekak, beliau ada mengatakan hendak ‘try’ dengan jurulatih. Atan gayung ini sudah belajar banyak silat dan banyak jugalah guru silat yang beliau kalahkan. Jadi bila masuk belajar silat cekak, beliau pun nak try juga. Nak jadi cerita, pada malam beliau berlatih silat, Ustaz Hanafi pun ada juga di dalam rumah pada masa tersebut. Jadi oleh kerana Ustaz Hanafi ada, beliau nak try dengan Ustaz, ini dikatakan kepada teman sepelatih silat beliau. Tetapi apabila Ustaz Hanafi turun ke kelas latihan dan memandang tepat kepada Atan Gayung ni, terus beliau jatuh tersepuk. Ini mengikut tafsiran orang di sana, kalau dah guru sebenar guru, baru berniat sahaja sudah kena musibahnya. Itu belum cabar lagi. Tetapi Mad Radhi sampai orang cabarpun, dia tak berani nak menyahut. Guru apa yang macam ni? Dan murid yang cabar beliau pun sihat wal afiat sahaja pun. Tarak apa-apa yang berlaku. Inilah maknanya Mad Radhi ni tidak ada apa-apa. Tin kosong sahaja....

Oleh itu bolehlah dikatakan bahawa Mad Radhi ni memang penakut dan tak ada ‘teloq’. Kalau ada, dah lama dia menyahut cabaran tersebut. Maruah beliau tercabar tetapi masih berdiam diri. Kalau begitulah kedaaannya, selama ini kita berguru dengan guru yang bacul rupanya. Oleh itu saranan Pak Kaduk kepada Mad Radhi, ‘eloklah dipotong aje ‘anu’ tu dan beri pada anjing’. Kalau ada pun nak buat apa kalau BACUL!!!!!

Read more...