Mad Radhi Pecah Amanah

2006/11/29

Kes ini adalah melibatkan bayaran yuran pengajian silat semasa Mad Radhi menjadi YDP dan penyelia di cawangan Johor dari tahun 1986 – 1993. Mengikut maklumat yang diperolehi, Mad Radhi tidak pernah menyerahkan yuran tersebut kepada pihak pusat seperti mana yang sepatutnya. Ini bermakna selama 7 tahun, Mad Radhi telah menggunakan semua duit tersebut untuk kegunaan sendiri. Dengan kata singkatnya, Mad Radhi telah berlagak sebagai guru di Johor walaupun Pak Ak masih berkuasa pada waktu itu. Mad Radhi sendiri pernah bercakap bahawa beliau hanya menerima bayaran sebanyak RM300.00 sahaja setiap bulan dari pentadbiran pusat sebagai Jurulatih Sepenuh Masa pada waktu itu. Tetapi pada masa yang sama, beliau mampu pula membeli kereta Honda Civic. Dari mana beliau dapat duit untuk membeli kereta tersebut? Untuk makluman, bayaran ansuran bulanan kereta tersebut adalah sebanyak RM1,100.00. Nama Abdul Jalil Hashim telah digunakan untuk membuat pinjaman bank bagi kereta tersebut. Kalau betul Mad Radhi menerima bayaran sebanyak RM300.00 sahaja sebulan, mana mungkin beliau mampu membayar ansuran bulanan kereta yang tinggi itu. Mad Radhi bukan ada kerja lain selain mengajar silat. Tindakan beliau ini merupakan perbuatan pecah amanah dan tidak boleh dimaafkan. Pak Ak pada masa tersebut pernah merungut perihal kelakuan Mad Radhi yang tidak pernah menyerahkan duit kepada tabung persatuan, namun tiada apa-apa tindakan yang dilakukan.

Untuk mengabui mata semua orang, Mad Radhi telah memberi alasan bahawa kononnya beliau mendapat duit melalui keuntungan perniagaan Syarikat Sahabat Sports yang menjual barangan cenderamata pada masa itu. Antara nama-nama yang terlibat dengan Sahabat Sports pada masa tersebut adalah Mad Radhi, Fauzi Hanafi, Sumardi Said dan Fauzi Johor. Perniagaan ini sebenarnya tidak ada keuntungan dan berakhir dengan tindakan bankrapcy oleh institusi kewangan ke atas Fauzi Johor . Tindakan institusi kewangan ke atas beliau kerana tidak membayar pinjaman yang dibuat sebanyak RM30,000.00 bagi membiayai perniagaan tersebut. Fauzi Hanafi juga sebenarnya terlibat dengan pinjaman tersebut tetapi bernasib baik tidak diambil tindakan oleh institusi kewangan. Jadi jika Mad Radhi berkata beliau mendapat duit melalui perniagaan syarikta Sahabat Sports, beliau berbohong. Duit yang diperolehi beliau sebenarnya adalah dari duit yuran yang tidak diserahkan kepada pihak yang patut menerimanya.

Kes lain yang juga melibatkan Mad Radhi yang pecah amanah ini ialah kes sumbangan RM10,000.00 oleh Abdul Kalil Financial Group (AJFG) kepada persatuan melalui Mad Radhi yang mana kes ini turut di siasat oleh jawatankuasa penyiasat persatuan. Kes pecah amanah ini tidak diberi perhatian sangat oleh kerana kes cabul lebih banyak diperkatakan. Walaupun jawatankuasa penyiasat berpendapat bahawa Mad Radhi pecah amanah, tetapi jawatankuasa penghakiman bertindak lebih lembut dengan hanya meminta Mad Radhi membayar balik sumbangan RM10,000.00 itu kepada persatuan tanpa apa-apa tindakan dikenakan. Rasanya hingga ke hari ini Mad Radhi tidak membayar kepada persatuan duit sumbangan tersebut. Jadi apakah cerita sebenar di sebalik kes ini?

Sebenarnya sumbangan AJFG ini adalah untuk perayaan 2001. Daud Sutan yang menjadi pengerusi jawatankuasa penajaan pada masa tersebut telah berjumpa dengan Jalil Hashim untuk meminta sumbangan kepada persatuan. Jalil Hashim telah bersetuju menjadi penyumbang bagi program Majlis Anugerah Kecemerlangan yang pada waktu itu akan di adakan di UIA Gombak. Iklan mengenai syarikat beliau telah dimasukkan di dalam buku cenderamata perayaan 2001. Sewaktu Daud Sutan pergi ke pejabat Jalil Hashim di Tingkat 9, Menara MAA, untuk mengambil cek sumbangan RM10,000.00 tersebut, Jalil Hashim telah menyerahkan satu cek bernilai RM30,000.00 kepada Daud Sutan. Cek RM30,000.00 tersebut ditulis atas nama Mad Radhi Hanafi. Mengapa di tulis atas nama Mad Radhi? Ini adalah kerana pada masa yang sama Mad Radhi mahu meminjam wang sebanyak RM20,000.00 daripada Jalil Hashim. Oleh itu, untuk memudahkan kerja beliau, Jalil Hashim hanya mengeluarkan satu cek bernilai RM30,000.00 yang diberikan kepada Daud Sutan. RM20,000 untuk Mad Radhi sebagai pinjaman peribadi manakala RM10,000 lagi adalah untuk tabung persatuan sebagai penajaan perayaan 2001. Sepatutnya Mad Radhi menyerahkan RM10,000.00 dari jumlah yang diterima itu untuk persatuan seperti mana yang telah dipersetujui, namun sehingga hari ini jumlah RM10,000.00 tidak diserahkan. Mad Radhi ada memaklumkan kepada mesyuarat MMK yang beliau menerima sumbangan RM10,000.00 daripada Jalil Hashim, tetapi mungkin beliau terlupa ada membuat makluman tersebut. Sehinggakan apabila Amruddin dan Md Nasir berjumpa beliau menanyakan beberapa kes cabul dan kewangan ini, Mad Radhi berkata duit itu beliau belum terima lagi. Beliau kata Jalil Hashim ada nak bagi tetapi belum bagi lagi. Tetapi, keterangan beliau kepada jawatankuasa penyiasat berbeza pula. Mad Radhi menyatakan bahawa duit dah dapat tetapi Jalil Hashim hadiahkan duit tersebut kepada beliau dan bukannya kepada persatuan. Betul-betul punya temberang Mad Radhi ni. Duit awak dah banyak dah….kalau setakat RM10,000.00 tu apa lah sangat…. Itu pun nak di songlap. Apa punya perangai anak Ustaz Hanafi seorang ni….

Untuk tambah mengharukan, keterangan Mad Radhi kepada jawatankuasa penyiasat juga menimbulkan banyak persoalan. Mad Radhi berkata sebenarnya beliau yang nak ambil sebahagian dari duit pemberian Jalil Hashim itu untuk disumbang kepada persatuan dengan cara menaja dalam buku cenderamata perayaan 2001. Tetapi apabila ditanya kepada Jalil Hashim yang memberi keterangan kepada jawatankuasa penyiasat, Jalil Hashim berkata beliau tidak tahu menahu tentang hal iklan dalam buku cenderamata perayaan tersebut. Oleh itu keterangan Mad Radhi dan Jalil Hashim sama sekali tidak selari. Mad Radhi ada menyatakan yang beliau perlu menelefon Jalil Hashim dan ‘brieft’ Jalil Hashim supaya keterangan beliau dan Jalil Hashim adalah sama kepada jawatankuasa penyiasat yang menyiasat kes pecah amanah ini. Pengakuan ini dibuat oleh Mad Radhi sendiri kepada Azlan Shah dan Naim Nawi semasa mereka bertiga dalam perjalanan ke Ipoh untuk majlis pengijazahan. Walaupun Mad Radhi dan Jalil Hashim telah berpakat supaya keterangan mereka sama, tetapi dengan kuasa Allah swt, mereka tidak dapat melakukan apa yang mereka rancang. Keterangan mereka berdua adalah bercanggah. Nampak jelas bahawa kedua-dua Mad Radhi dan Jalil Hashim berbohong. Jalil Hashim ni dulu konon berpegang kepada kata-kata yang beliau sangat pantang orang berbohong. Tetapi, apabila kena kepada batang hidung sendiri, beliau lupa kepada apa yang pernah beliau lafazkan. Keakraban Jalil Hashim dengan Mad Radhi yang pembohong ini juga menjadi Jalil Hashim sebagai seorang pembohong. Sedarlah wahai Jalil, kalau guru tu OK, takkan awak tu diajar berbohong!. Kita juga hairan bagaimana Mad Radhi boleh selamba saja menipu orang. Mungkin sebab dah biasa menipu. Menipu bagi beliau mungkin macam orang makan kacang putih saja. Lagi banyak menipu lagi sedap rasanya….
Pak Kaduk - Siakap Senohong Gelama Ikan Duri, Cakap Bohong Lama-lama Jadi Pencuri

Read more...