Saman Pemula Md Radzi vs PSSCUHM

2009/10/23

SAMAN PEMULA
MD. RADZI HJ HANAFI vs PERSATUAN SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI MALAYSIA
MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR




Adalah dimaklumkan bahawa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 20 hb. Oktober 2009 yang lalu telah membuat keputusan MENOLAK DENGAN KOS YANG DITAKSIRKAN ATAU YANG DIPERSETUJUI terhadap saman pemula oleh Md Radzi Haji Hanafi yang menuntut semula jawatan Presiden / Guru Utama yang dilucutkan pada tahun 2007.


Keputusan mahkamah tersebut telah MEMBUKTIKAN bahawa segala tindakan yang diambil oleh Majlis Mesyuarat Kebangsaan (MMK) dan Majlis Muafakat Tertinggi (MMT) Silat Cekak Hanafi menggugurkan jawatan Guru Utama serta memecat keahlian beliau di dalam Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia adalah betul dan mengikut peraturan yang diperuntukan di dalam perlembagaan persatuan. Beliau digugurkan dari jawatan Guru Utama dan dipecat keahlian kerana didapati bersalah oleh Jawatankuasa Kehakiman Dalaman atas salah laku moral iaitu mencabul kehormatan wanita.


Dengan itu juga Md Radzi Hj Hanafi tidak boleh mengaku sebagai Presiden ataupun Guru Utama Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia / Silat Cekak Hanafi atau mewakili persatuan ini dalam apa juga perkara yang berkaitan dengan Silat Cekak Hanafi.

Harap maklum.
MUHAMMAD NAIM HJ NAWI
Setiausaha Agung
Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia


______________________________________________________

Jelas dan nyata tindakan MMK dan MMT adalah benar sebenarnya, bukan kerana Kuasa, Tahta dan Harta.

Read more...