MAD RADHI vs WANITA

2006/11/07

Oleh kerana banyak permintaan oleh para pengikut ‘senyap’ kepada tulisan-tulisan yang Pak Kaduk dedahkan, maka kali ini ingin juga Pak Kaduk dedahkan sedikit tentang wanita-wanita dalam hidup Mad Radhi sebelum beliau berkahwin dengan isteri beliau sekarang. Pak Kaduk juga ingin menceritakan dengan siapa Mad Radhi selalu keluar di kala beliau kesunyian dan ‘kepala pening’ dan dimanakah tempat-tempat yang suka dilawati oleh Mad Radhi. Cerita-cerita tentang wanita-wanita dalam hidup Mad Radhi ini adalah susulan kepada tingkah laku dan kesalahan Mad Radhi mencabul kehormatan anak kepada ahli persatuan. Bagaimana Mad Radhi ‘jual minyak’ kepada anak dara-anak dara yang ‘jernih’ potongannya dan bagaimana ‘trick’ Mad Radhi supaya anak dara-anak dara yang tidak tahu muslihat Mad Radhi ini menelefon Mad Radhi untuk membuat ‘appointment’ dan berjumpa di tempat-tempat terpilih untuk menyelesaikan beberapa masalah kononnya. Pak Kaduk juga ingin berkongsi cerita tentang-tentang tempat-tempat yang suka dilawati dan ‘dilepak’ oleh Mad Radhi bersama-sama dengan juak-juak beliau. Namun, kebiasaannya, apabila Mad Radhi ada ‘projek’ dengan wanita-wanita tertentu, juak-juak beliau tidak tahu. Mereka tidak diberitahu. Ini adalah rahsia besar Mad Radhi sebenarnya. Sebab itu ramai juak-juak beliau tidak tahu aktiviti Mad Radhi dalam hal-hal yang berkaitan wanita. Namun begitu ada seorang dua juak Mad Radhi yang mengetahui aktiviti Mad Radhi tetapi sangat pandai menyimpan rahsia. Pada juak Mad Radhi ini, peristiwa Mad Radhi mencabul ini sebenarnya tidak ada apa. Perkara kecil sahaja. Bukannya dosa besar pun katanya, bukannya masuk ‘telaga racun’ pun, bukannya mengandung! Jadi apa nak kecoh! Jadinya, peristiwa mencabul ini hanya perkara kecil? Ada perkara yang lebih besarkah? Tak tahulah Pak Kaduk, kita tunggu dan lihat apa kesudahan maklumat yang diterima oleh Jabatan Penyiasatan Pak Kaduk dalam sedikit masa lagi.

Ramai yang tidak tahu dan ramai yang tidak mempercayai tuduhan berkaitan kesalahan mencabul seperti yang dilaporkan kepada pihak persatuan. Pada mereka mana mungkin Mad Radhi yang begitu bersopan santun dan berkhemah ini boleh melakukan perkara-perkara yang amat menjijikkan. Seorang guru yang berkhemah boleh dituduh mencabul kehormatan? Sudah gila ke mereka-mereka yang membuat tuduhan ini? Mereka ini tidak kenal siapa sebenarnya Mad Radhi. Beliau adalah seorang Wali yang amat tinggi tarafnya disisi Allah swt. kata mereka. Orang-orang yang dipelihara oleh Allah swt tidak mungkin dan tidak boleh melakukan perkara-perkara yang menyalahi agama ini. Kenyataan tersebut Pak Kaduk setuju. Mana mungkin orang yang dipelihara Allah swt. melakukan perkara-perkara yang tidak elok. Tetapi soalan yang perlu kita tanya ialah ‘BENARKAH MAD RADHI ORANG YANG DIPELIHARA ALLAH SWT? Siapa yang boleh jawab soalan Pak Kaduk ini? Hanya Jauhari yang mengenal manikam! Dalam satu ceramah Ustaz Hanafi, beliau mengatakan martabat ‘KENAL’ ini lebih tinggi dari ‘TAHU’. Sebabnya kalau kita dah kenal, kita akan tahu luar dalam! Kalau kita ‘KENAL’, jika seseorang itu menyamar sekalipun, kita akan tahu orang itu. Itulah tingginya martabat ‘kenal’ itu. Dalam hal ini, berapa orang yang ‘KENAL’ Mad Radhi? Mak Teh adalah salah seorang yang ‘kenal’ siapa dia Mad Radhi. Bagaimana dengan orang lain? Maafkanlah Pak Kaduk kalau Pak Kaduk katakan ramai yang tidak ‘kenal’ Mad Radhi ini. Bagaimana dengan juak-juak Mad Radhi yang berada disekeliling Mad Radhi? Mereka tidak kenal. Kalau mereka kata mereka kenal, maknanya pelajaran mereka untuk mengenal Mad Radhi ini tidak tamat lagi. KALAU ORANG KENAL BENAR DENGAN MAD RADHI, MEREKA TIDAK AKAN RAPAT DENGAN MAD RADHI! Amat bahaya kalau rapat dengan Mad Radhi!!!!!.

Pak Kaduk akan cerita sedikit sebanyak bagaimana Mad Radhi menggunakan kesempatan dan kedudukan sebagai guru untuk mendapat ‘access’ untuk menyentuh serta memegang bahagian sulit anak murid dan isteri-isteri ahli. Kita juga perlu tahu apakah ‘modus operandi’ Mad Radhi dalam hal ini supaya wanita-wanita dalam persatuan ini tidak tertipu dan terperangkap dengan helah Mad Radhi ini. Pak Kaduk pasti ramai wanita yang mengetahui perkara ini tetapi tidak berani tampil untuk membuat laporan. Siapa yang berani berhadapan dengan pengikut Mad Radhi yang ramai dan taksub itu. Silap haribulan habis mereka dihentam secukupnya. Lihatlah apa terjadi pada anak abang Hassaan dan anak Asnawi. Bagaimana mereka dihentam habis-habisan oleh juak-juak Mad Radhi. Alang-alang, mahu lari mereka semua dan supaya tidak menghadapi situasi tersebut dan tidak mahu terlibat lagi dengan persatuan. Sebenarnya itu lah yang berlaku ke atas ramai wanita-wanita ‘jernih’ yang membawa diri dan tidak mahu terlibat lagi dengan persatuan. Mereka tidak mahu menghebohkan cerita tersebut dan mahu menanggung malu kalau cerita mereka diketahui orang ramai.

Kasihan wanita-wanita ini. Mereka masuk silat dengan niat suci untuk belajar mempertahankan diri sekiranya diceroboh atau cuba dilakukan perkara yang tidak senonoh oleh orang lain terutamanya lelaki yang tidak bermoral. Tetapi malang sekali lelaki tidak bermoral tersebut sebenarnya berada di dalam pertubuhan silat yang mereka belajar ilmu mempertahankan diri itu. Apa yang perlu dibuat kalau menghadapi situasi ini? Apakah benar perkara ini berlaku pada diri aku? Apakah silat ini begini caranya? Apakah ini sebahagian kaedah atau adat persilatan ini? Mereka akan jadi keliru kalau menghadapi situasi tersebut. Kalau mereka tahan, mereka akan tunggu hingga tamat pelajaran. Kalau tidak, mereka akan angkat kaki…. dan selamat tinggal perjuangan kononnya!

Jadi perkara Mad Radhi dan hubung kait beliau dengan wanita ini adalah satu lagi skandal yang amat memalukan pergerakan dan nama Al-Marhum Ustaz Hanafi. Apakah tindakan kita sekarang? Mahu didiamkan sahaja atau disiarkan? Dah alang-alang dibincangkan, apa kata kita teruskan sahaja perbincangan ini apatah lagi Mad Radhi bukanlah Presiden dan Guru Utama Silat Cekak Hanafi sekarang setelah kepimpinan beliau ditolak olek MMK baru-baru ini…. Bagaimana? Mahu Pak Kaduk teruskan….? Tengoklah kalau ada kelapangan, Pak Kaduk akan siarkan…

Read more...

Sedikit Lagi Berkaitan Umrah...


Pak Kaduk perlu menulis sedikit sahaja lagi berkenaan dengan program yang menjadi isu hangat yang tidak berkesudahan. Walaupun Pak Kaduk sudah menutup kes ini, tetapi Pak Kaduk buka balik untuk dimasukkan sedikit maklumat untuk dikongsi bersama. Ada beberapa perkara yang Pak Kaduk terlupa nak tuliskan berkaitan program Umrah ini pada siri yang lepas.

Mad Radhi semasa di Madinah dan Mekah ada sekali sekala memberikan ceramah umum kepada ahli rombongan. Pak Kaduk masih ingat lagi pada satu malam di Mekah, satu ceramah berkaitan sejarah dan peristiwa pembinaan kaabah dan juga bagaimana kaitan sejarah Nabi Ibrahim, anak baginda Nabi Ismail dan juga Siti Hajar telah diberikan oleh Mad Radhi. Ketiga-tiga individu tersebut mempunyai sejarah dan hubungan yang rapat dengan sejarah Mekah. Pak Kaduk masih ingat lagi pada malam tersebut Mad Radhi memberi ceramah yang kelihatannya seperti orang yang ’terer’ sahaja nampaknya. Semua ahli rombongan mendengar dengan penuh tekun dan berharap dapat mendengar sesuatu yang luar biasa dari Mad Radhi pada malam itu. Mad Radhi pun menceritakanlah sedikit sebanyak tentang sejarah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan di mana tempat-tempat di masjidil harram terdapat makam Nabi Ibrahim dan Makam (kesan tapak kaki) Nabi Ibrahim dan sebagainya. Tetapi Mad Radhi tidak pun menceritakan apa kesudahannya Siti Hajar . Hanya kaitannya dengan perbuatan Saei yang menjadi salah satu rukun umrah. Hanya sampai di situ sahaja. Pak Kaduk menunggu lagi kalau-kalau ada yang hendak diceritakan berkaitan Siti Hajar dan tempat-tempat di masjidil harram yang ada kaitan dengan Siti Hajar. Namun Mad Radhi berhenti di situ sahaja. Nampaknya Mad Radhi tak tahu apa kesudahannya cerita dan kaitan Siti Hajar dengan masjidil harram bisik hati kecil Pak Kaduk….. Setelah habis ceramah Mad Radhi, Pak Kaduk bergerak ke hadapan ke tempat Mad Radhi sedang duduk. Ternampaklah Pak Kaduk satu buku yang digunakan oleh Mad Radhi sebagai rujukan memberi ceramah tadi. ’Buku ni yang dia guna rupanya’ bisik hati Pak Kaduk. Patutlah tak ada cerita terperinci tentang Siti Hajar! Dalam buku tu mana ada cerita terperinci tentang Siti Hajar. Buku tersebut Pak Kaduk telah beli pada petang sebelumnya di sebuah kedai buku berhadapan dengan Masjid Kucing semasa dalam perjalanan pulang ke hotel dari sebuah kedai dobi terletak di hujung jalan tersebut. Pak Kaduk dah baca dan memang tak ada. Nampaknya Mad Radhi tidak tahu tentang perkara yang Pak Kaduk ingin dengar…. . Sebenarnya Pak Kaduk telah dengar cerita tentang Siti Hajar ini dari seorang lama yang menceritakan kepada Pak Kaduk sebelum ini. Ramai yang tidak tahu dan perkara tersebut tidak terdapat dalam mana-mana buku yang ada menceritakan tentang sejarah Masjidil Harram…. Kesian juga pada ahli rombongan yang lain. Siapa pula nak cerita kepada mereka?

Pak Kaduk juga telah mendapat tahu bahawa Mad Radhi telah menipu tentang pengetahuan beliau tentang kayu ’kokka’ yang heboh diperkatakan oleh seluruh ahli jemaah. Khasiat dan kelebihan tentang kayu tersebut hanya dicedok dari catatan buku dan risalah yang terdapat di kedai yang menjual tasbih dan cincin kokka. Mad Radhi hanya menurunkan tandatangan beliau pada risalah tersebut yang kononnya beliau lah yang menulis perkara-perkara berkaitan kayu kokka tersebut. Dan kemudian risalah tersebut diedarkan kepada ahli. Kesian Mad Radhi….. ilmu kurang tetapi masih nak berlakon tahu segala-galanya. Anak murid pula tidak tahu bahawa mereka ditipu hidup-hidup oleh Mad Radhi. Seperkara lagi, Pak Kaduk mendapat tahu juga sebenarnya Mad Radhi pun mendapat maklumat tentang kayu kokka ini dari orang lama anak murid Ustaz Hanafi. Begitulah juga dengan Syair Rasullulah yang Mad Radhi ’claim’ dia tahu semuanya. Jadi apa yang Mad Radhi tahu? Dia tidak tahu tetapi berlakon yang dia tahu. …

Bagaimana pula tentang Mad Radhi dan juak-juak beliau yang telah mengambil kesempatan terhadap ahli rombongan dengan menjual minyak wangi dan butang baju melayu kokka. Minyak wangi untuk ’anu’ itu dijual pada harga RM40.00 satu botol kecil. Rakan Pak Kaduk sebenarnya telah jumpa kedai yang menjual minyak wangi ini. Tahu berapa harganya? Hanya RM60.00 satu botol besar! Berapa banyak botol kecil yang boleh dihasilkan dari botol besar tersebut? Sekurang-kurangnya 10 botol. Maknanya , minyak yang dibeli pada harga sekitar RM60.00 satu botol besar, dijual kepada ahli rombongan pada harga RM40.00 satu botol kecil. Bolehkah kita kira berapa jumlah wang yang diperolehi? Jumlah besar yang diperolehi adalah sekitar RM400.00 untuk satu botol besar dengan modal hanya sekitar RM60.00 sahaja. Wah ….berapa banyak punya untung tu….! . Untung sungguh berniaga di tanah suci ya…

Satu lagi ialah berkenaan butang baju melayu kokka. Tahu atau tidak berapa harga yang dijual oleh juak Mad Radhi? Harga jual adalah sekitar RM120.00 untuk satu set. Tahukah berapa harga yang dibeli dari kedai pembekal? Hanya sekitar RM30.00 - RM40.00 sahaja. Berapa keuntungan yang diperolehi oleh juak Mad Radhi untuk satu set butang baju melayu? Untungnya sekitar RM70.00 – RM80.00 untuk setiap set. Berapa ramai yang beli melalui juak Mad Radhi ini? Ramai sungguh…. Mad Radhi pun jadi tukang kempen sebenarnya. Kenapa tak bagi tahu sahaja kepada ahli rombongan di kedai mana mereka beli? Jawapannya ialah kalau bagi tahu macam mana nak masyukkkkk…….. Inilah kerja Mad Radhi dan juak-juak beliau. Sentiasa mengambil kesempatan ke atas orang lain. Tak kira semasa beribadat ataupun tidak, mereka sentiasa mengambil peluang tersebut. Dalam kepala mereka hanyalah RM…… sahaja dan semata-mata RM!

Sekian.

# Kali ini betul-betul punya TAMAT! Syukran.

Read more...