Bila GURU rencong 2

2006/09/14

Masa berlalu dan tanpa saya sedari, dalam kesibukan melaksanakan tugas dan menjalani kehidupan saya yang normal, dan dalam pada saya mencari jalan ke arah kebenaran, saya ke hulu ke hilir bagi mencari sesuatu yang akan memuaskan akal dan hati dalam memahami kemelut yang melanda silat cekak hanafi, saya terima pesanan sms ini yang dihantar ke telefon bimbit saya:

"Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia telah menggantung keahlian ANAK USTAZ HANAFI pada tarikh KEMATIAN USTAZ HANAFI. Tahniah kepada MURID BANGSAT yang telah menghukum GURU. Sebarkan!!! "

Terkejut besar saya dengan sms ini lalu saya cuba menghubungi si pengirim misteri. Malangnya tiada jawapan kepada panggilan yang saya buat walaupun deringannya tidak pernah tamat dari pagi ke petang, petang ke malam tiada siapa yang menjawab panggilan saya. Jadi, apakah tujuan mesej ini disebarkan? Mahu memporak perandakan persatuan atau menidakkan keputusan musyawarah? Siapakah yang menjadi dalang?

Tidak mengapalah kalau tak mahu jawab. Di sini saya cuma ingin kepastian kepada siapakah di tujukan sms itu dan siapa kah yang di maksudkan dengan ANAK MURID BANGSAT itu. Bukan apa, takut-takut si pengirim itu sendiri yang akan di BANGSATKAN kemudian hari.

Belumpun kes pesanan ringkas itu dirungkaikan, telefon bimbit saya sekali lagi menerima pesanan baru, tapi kali ini agak lain sedikit nada nya:

"Guru jangan sedih kalau setakat kena fitnah dengan murid bangsat, kata guru hebat cerita pasal tuhan hebat cerita pasal nabi macam pernah jumpa rilek lah, murid bangsat pun tak apa apa, murid macam mana pun duit habis. murid bangsat cari orang serah pada guru sekali majlis beribu. kawan awak hantar kat saya"

Tidaklah diketahui dari manakah datangnya pesanan SMS ini atau siapakah pengirimnya. Mungkinkah ini yang dipanggil 'war of sms'? Atau satu strategi perang psikologi?

Kemudiannya saya menerima lagi satu pesanan sms.

" Dapatkan penjelasan dari keluarga Almarhum Ustaz Hanafi malam ini di dewan tertutup pusat bandar damansara semua di jemput hadir- dari Benih Ustaz Hanafi "

Wah. Benih Ustaz Hanafi. Mendalam sekali nama panggilan itu. Adakah pengirimnya bersangkut paut? Bagi saya, ia ibarat 'Pucuk di cita ulam mendatang'. InsyaAllah saya akan hadir semoga dapat melegakan keserabutan dan kekusutan akal yang melanda.

insyaAllah..akan bersambung

Read more...

Bila GURU rencong

Saya terkejut dan keliru bila di dalam keamanan yang sedang di lintasi ramai ahli-ahli silat cekak hanafi, ia tiba-tiba digolakkan dengan satu berita yang paling sensasi dan mengejutkan. Maka bergegaslah sekalian ahlinya mencari punca.

Tidak ketinggalan juga dengan saya, maka melata lah saya mencari di mana punca bermula, almaklum saya nih agak baru dalam aktiviti berpersatuan.

Saya cuba bertanya beberapa orang rakan, yang sama-sama belajar dulu di sebuah IPT di selatan tanah air, tapi semuanya sama macam saya juga: tak jelas dan keliru. Tetapi yang nyata rata-rata mereka dengar dari mulut Abg Mad sendiri yang Abg Mad sedang difitnah..Fitnah??

Betul ke difitnah?

Saya bertambah keliru maklumlah di zaman sekarang ini macam-macam boleh berlaku, dilakukan dan diperlakukan.

Maka saya teruskan lagi pencarian. Saya cuba berhubung dengan Abg-Abg yang telah lama berjuang di dalam persatuan ini - ada yang telah berjuang sedari awal silat cekak ini dizahirkan semula oleh Almarhum Ustaz Hanafi Hj Ahmad.

Malang sungguh, tiada maklumat yang ditemui semuanya berdiam diri sahaja seperti tiada apa yang berlaku di dalam persatuan.

Tiba-tiba peluang datang untuk terus dapatkan maklumat dari orang yang dituduh itu sendiri, iaitu Abg Mad sendiri di dalam satu majlis ijazah di sebuah IPT sekitar ibu kota. Seperti orang mengantuk disorongkan bantal, tanpa diminta Abg Mad sendiri memberi ceramah berkenaan dengan isu-isu semasa.

"Saya sedang di fitnah sekarang ini", katanya.

Tapi penjelasannya pada malam itu adalah dalam versi yang berbeza dari apa yang saya dengar sebelum ini dari rakan-rakan lain yang juga mendengar sendiri dari mulut Abg Mad dalam satu majlis yang lainnya.

Adakah Abg Mad benar-benar telah difitnah? Ataukah dia sendiri yang membuat fitnah?

akan disambung......

Anjing yang menyalak biasanya tak menjaga Tuan; Anjing yang berpusing mengeliling Tuan, itulah yang sebenarnya menjaga Tuan.

Read more...

Pak kadok ahli strategi

Telah tahu aku kini, kenapa begitu jadi.
Pak Kaduk bersedia dengan curiga,
Sikunani nama ayamnya..
ayam perkasa yang akan menentang ayam Istana.

Tentu Pak Kaduk merasa rasa,
tentu Pak Kaduk menduga duga,
sendirian Pak Kaduk berkira kira,
boleh kah rakyat mengalahkan raja.

Jika menang ayam ku ini, ya.....
jika menang Sikunani tebal wajah baginda pasti,
sesuatu tentu akan dilakukan,
Ya...tentu sesuatu akan dilakukan demi menjaga maruah Atasan.

Pak Kaduk pun bergegas memakai baju kertas, seluar kertas...

Pak Kaduk ...daulat tuanku ..Bertukar ayamlah kita...Ya ya elok tuanku...elok!!

Pak Kaduk bersetuju dalam keluh bukan dungu tapi patuh.

Sebagai rakyat kecil kampung,
Pak Kaduk boleh menang bersabung,
tapi Pak Kaduk kena terima sebarang kehendak pihak istana...
lawan...lawan...lawan...

Sikunani tetap menjadi juara,
bererti menang pihak raja
Pak Kaduk berlagak ria,
tidak menunjuk sebak di dada
tidak tergambar duka nestapa.

Dia lalu bertindak cergas, melompat dan bersorak keras
Terkoyak lah baju dan seluar kertas, seluruh tubuh terpamer jelas.

Hanya itu sahaja yang boleh dilakukan dan memang itu dalam rancangan..

Jika aku ditindas Sultan , senjata sulit aku tunjukkan..

Tuan tuan dan puan puan, Pak Kaduk ahli strategi dia bijak dan berani.

(diadaptasi dari puisi sasterawan Prof Rahman Shaari UM)

Read more...