Melilau mencari Video

2009/11/30

Difahamkan ada yang masih melilau mencari tayangan video percuma kes cabul Mat Radhi. Cari mana nak jumpa bukan ada jual tepi jalan. Kena lah minta dengan MMK sebagai pihak yang memiliki hak menyimpan kazanah harta Cekak Hanafi.

Isunya kini ialah bila mana ada hamba Allah yang membuat siaran klip video siasatan terhadap Mat Radhi yang disiarkan melalui suntingan dan yang di pamirkan ialah bab bab yang penting sahaja bukan keseluruhan klip video tersebut.

Ada soalan yang bertanya mengapa hanya? sebahagian mengapa tidak semua?.

Puak puak nih kalau disiarkan semua pun belum tentu terbuka hati, klip video tersebut yang disiarkan pun hanya bahagian bahagian penting yang perlu di lihat dengan mata hati dan akal , apa yang susah sangat?

Apa yang melilau terpusing pusing? stright to the point lah, Macam masa Pak Kaduk terima berita ini Tiga tahun dahulu, Pertama lihat siapa penyampai maklumat, boleh percaya atau tidak boleh percaya orang itu. Oleh kerana Pak Kaduk percaya orang yang menyampaikan, maka Pak Kaduk melihat pula perkara yang dibawa.

Isunya ? ada yang mendakwa Mad Radhi melakukan pecah amanah dan mencabul anak murid, yang paling kuat ialah MENCABUL ANAK MURID.

Disini ada yang menuduh ada yang tertuduh, Yang menuduh ialah Pak sedara mangsa, siapa? Azman Johan ( sila lihat kronologi), Orang pertama yang perlu di cari ialah si Azman Johan dan ketika bertemu dengan beliau telah dengan tegas dan konsisten menyatakan perkara itu benar berlaku.

Siapa Azman Johan? dulu tu BALACI kepada Bekas Tuan Guru, kenapa tetiba beralih benci? Kerana Keluarga nya dikhianati.

Kedua mencari siapa yang tertuduh? Mad Radhi, Pak Kaduk pergi berjumpa dengan Mad Radhi bertanyakan hal kedudukan, Jawapan Mad Radhi ini cerita fitnah nak jatuhkan dia, ok fine, Pak Kaduk tanya siapa fitnah? siapa punya angkara? Mad Radhi kata orang lama, kalau orang lama apa kaitan dengan Mangsa Cabul? Mad Radhi kata ini salah faham, Pak Kaduk tanya betul ke Mad Radhi ada masuk rumah budak itu, Mad Radhi jawab "ya memang saya ada masuk" dan lain lain soalan hanya untuk simpanan Pak Kaduk kalau nak pergi lah tanya sendiri cari kebenaran.

Seterusnya mencari mangsa, Pak Kaduk sendiri berjumpa dengan mangsa (1) dan juga keluarga mangsa(1), ceritanya jelas satu persatu sahingga gelas bekas air minuman ( jika dibuat DNA juga sudah pasti boleh meneliti siapa empunya air liur bercampur dengan air didalam gelas tersebut), juga di tunjukkan di mana masih terdapat bekas jari Mad Radhi sebagai menguatkan hujah mereka yang jelas bahawa Mad Radhi benar benar telah berada didalam rumah mereka dan Pak Kaduk melihat sendiri dimana kawasan adigan tu berlaku, posisi dan keadaan susunannya tetap sama sapertimana yang di sampaikan kepada Pak Kaduk.

Kemudian mencari mereka yang terlibat dengan Badan Siasatan,

Pengerusi Siasatan En Yahya (seorang peguam ) Peguam Persatuan Silat Cekak Hanafi : Mad Radhi banyak berbohong semasa menjawab soal siasat, satu soalan mempunyai jawapan berbeza beza.

Setiausaha Siasatan En Daud Sultan ( balaci Mad Radhi dulu @ MMK) : Abg Mad banyak bohong saya tak mahu komen kalau ada peluang tanyalah orang lain sama pada saya Abg Mad banyak bohong masa menjawab.

Tengku Azlina AJK Siasatan ( Kak Ten @ MMK) : Abg Mad cakap tak konsisten berputar belit. Sejahil Pak Ak tak sampai mencabul anak murid.

Adzar Ali AJK Siasatan (pun balaci Mad Radhi @ MMK) : Mad Tak bersalah, kerana saya kenal dia dari kecil dan kami satu sekolah, kalau dia jahat maka saya lebih jahat dari dia kalau Mad cabul mungkin saya kaki rogol, dan saya pertahankan Abg Mad tak bersalah dalam hal ini.

Mokthar Hanafi @ Abg Tat AJK Siasatan ( Abg Mad Radhi yang terkenal dengan pangilan Tat Rm300) : Dalam diari ( merujuk pada diari @ buku nota yang di pegang) ini saya suka sebab ada hadis, semua catatan ada dalam ini. kisah nabi nabi dan macam macam sejarah nabi..

Roslan Rashid AJK Siasatan ( YDP Selangor) : Saya tak mahu komen banyak tetapi apa yang jelas banyak fakta kes jelas kena pada Abg Mad. Biarlah Jawatankuasa Kehakiman yang umumkan, tunggu sahajalah keputusan.

Siri berjumpa dengan jawatan kuasa kehakiman,

Ustaz Che Yusof ( Pengerusi Kehakiman @ ahli LPT) : saya tak mahu komen, tetapi apa yang di putuskan oleh lembaga siasatan itulah kebenarannya. Terlalu berat untuk pihak kita menyatakan pendirian tetapi sesuatu perlu dilakukan demi kebaikkan Persatuan dan nama baik Almarhum.

Abg Yang ( Abg Sulung Mad Radhi @Ahli LPT) : Mana boleh saya nak kata dia bersalah, malu lah Aku, aku abang sulung dia, kalau dia buat pun apa salah, dia pun ada nafsu jugak, lagi pun mana boleh pecat dia, dia guru. Memang aku akan kata Mad tak bersalah pedulikan lah dia orang dah jadi musuh aku. Dia orang ( badan Kehakiman) itu semua berok sebab guna makamah beruk, aku sorang bukan beruk sebab aku kata Mad Tak bersalah.

Amrahi Buang (Bendahari Agong @ Ahli LPT) : Kita membuat keputusan berlandaskan apa yang dibentangkan oleh pihak Jawatankuasa Siasatan, Kita hanya menyatakan berlakunya kesalahan oleh Jawatankuasa Siasatan dan pihak kita menyatakan melalui laporan yang dibuat bukan kita suka suka nak mengatakan Mad Bersalah, tetapi laporan Jawatankuasa Siasatan yang menyebut.

Tn Hj Nasir ( Timbalan Presiden @ Ahli LPT) : Kes ini terlalu berat sebab ini melibatkan orang nombor satu dalam persatuan, tetapi kita tegas didalam menjalankan amanah yang diberikan.

Tn Hj Amrudin ( Naib Presiden @ Ahli LPT) : Kita dah buat macam macam untuk mengelakkan kekerohan dan tidak mahu melibatkan ahli ramai, tetapi Mad yang tidak mahu, Akhirnya kita kena buat keputusan sapertimana yang apa yang berlaku sekarang. Kita cuba menyelamat nama baik keluarga.

Azlan Shah ( setiausaha LPT) : Susahlah saya nak cakap, ada perkara perkara persoalan saya dengan Abg Mad meragukan saya sendiri.

Ramlee Rahman ( Setiausaha Agong @ Ahli LPT) : Banyak perkara yang meragukan, Abg Mad menagis depan saya.Nampak kekesalan di raut wajah Abg Mad.

(* semua jawatan yang dinyatakan adalah semasa Pak Kaduk bertemu mereka)

Mak Teh ( Bonda Mad Radhi) : Walau apa pun terjadi berilah sokongan pada Mad, ( Pak Kaduk mohon maaf dan menyatakan InsyaAllah jika benar kita dijalan benar Pak Kaduk akan berada disini lagi , jika tidak ini lah hari terakhir Pak Kaduk bertemu dengan Mak Teh)

Dan beberapa orang lagi yang Pak Kaduk rasa tiada pentingnya untuk disiarkan biarlah menjadi sejarah Pak Kaduk sendiri, yang penting carilah kebenaran itu dikala masih adalagi mereka mereka yang Pak Kaduk sebutkan tadi.

Apalah pentingnya sangat pada tayangan video itu, sama lah juga dengan isu video Datuk Maideen yang menerima perlantikan menjadi guru Cekak Malaysia dari Pak Ak pun menjadi pertikaian juga, jadi? perlukah lagi dilihat tayangan video itu? buang masa sahaja.

Bertemu bertentang mata mungkin akan membolehkan yang mencari kebenaran akan memperolehi banyak maklumat yang tersembunyi selama ini. Pergilah cari kebenaran sebelum anda di tipu hidup hidup.

Read more...

Lingkaran Korban

2009/11/27

Ada yang berkata mengapa nak masuk campor hal Cekak Malaysia pula Pak Kaduk?, bukan nak masuk hal pun cuma sekadar mengenang kembali apa yang telah berlaku hampir 16 tahun lalu.

Jika benar Pak Ak berundur pada tahun 1993 lalu, Pak Kaduk tak rasa semua apa yang berlaku hari ini akan berlaku, tetapi berlakunya perkara hari ini bertitik mula pada 1993 itulah.

Jika sebetulnya cabaran sebenar bagi penuntut Cekak adalah di ketika selepas pemergian Almarhum Ustaz Hanafi, semua anak murid Cekak kena terima hakikat yang hidup akan mati begitulah fitrahnya mahu pun kepada Almarhum Ustaz Hanafi.

Masih teriang lagi di telinga Pak Kaduk teringat Almarhum Ustaz Hanafi berkata
" saya nih sudah 60 tahun minta izin lah supaya dapat bertahan sikit lagi .. 63 ka ( 63 tahun), biar sama macam Nabi Muhamad.. takkan kita nak lebih dari dia"
Akhirnya Allah kurnia lanjutan usia Almarhum sahingga 13 Ogos 1986 dan mencecah usia 63 tahun sapertima yang diminta didalam doanya.
Itulah Ustaz Hanafi, tetapi dengarnya ada juga Pak Ak (2004) menyebut mungkin meniru gaya Ustaz Hanafi berbunyi
' masa sakit tempoh hari saya pohon lanjutkan usia saya lima tahun lagi.. sekarang dah masuk lima tahun nih tunggu masa nak pi lah nih'
(Pak Ak mengalami sakit kuat pada tahun 1999 dimana pada tahun sebelumnya beliau mengistiharkan khiamat akan berlaku pada tahun tersebut (1999) dan disiarkan di dalam akhbar harian Metro muka hadepan) tetapi sahingga kini (2009) Pak Ak masih belum 'pi' lagi ( sudah hampir bertambah lagi lima tahun lagi dari 2004 sahingga kini 2009) menyebabkan Datuk Maideen telah 'memohon' jawatan Guru Utama yang di idam idamkan sekian lama dan diterima oleh sebilangan ahli dan kini beliau berdepan dengan cabaran sapertimana cabaran yang diterima oleh Silat Cekak Hanafi, caranya sama saperti mana tahun 1993 sahingga tertubuhnya Persatuan Silat Cekak Hanafi pada tahun 1994.

Jika dahulu "mungkin" si Ipar Duai punya angkara tetapi kini rasanya kena fikir semula angkara siapakah dibelakang kecelaruan Kepimpinan Silat Cekak ini.
Lakaran sejarah persilatan Silat Cekak bagi persatuan Cekak Malaysia akan tercatat nama Maideen Katharisan sebagai Guru Utama selepas Isyak Itam, mana kala sejarah Silat Cekak melalui Cekak Hanafi akan terpahat nama Mad Radhi, Guru yang mencabul gadis sunti anak murid sendiri.

Sejarah Cekak Malaysia akan terpahat bukan melayu menjadi Guru Silat Cekak jadi tidak boleh lagi disebut dengan bangga "bila sebut silat ianya adalah orang melayu dan berkait dengan orang melayu, kerana Melayu itu Bersilat, Cina itu berKung Fu dan India itu berSilambam" kerana Cekak malaysia telah membathilkannya dengan mengambil seorang keturunan India menjadi Guru Utama mereka (minta maaf Datuk Maideen perkara benar tak perlu disembunyikan dan malu) maka jadilah satu satunya Silat Melayu bergurukan Bukan Melayu.

Manakala Cekak Hanafi pula tercalar namanya gara gara mempunyai Guru yang bernafsu luas, nama yang gah dibina selama hampir 14 tahun ranap sama sekali gara gara Guru Utamanya Mad Radhi di lucutkan jawatan Guru Utama kerana mencabul gadis sunti anak rakan baik nya sendiri, walaupun kes masih lagi di biacara di makamah, itu telah menjadi hak keluarga mangsa dan bukan lagi urusan Persatuan.

Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi Malaysia melalui Majlis Maufakat Kebangsaan telah memecat beliau dari jawatan itu setelah hasil siasatan jelas mendapati dirinya bersalah dan perlu dikeluarkan atau di asingkan bagi mengelakkan Persatuan Cekak Hanafi terbabit sama didalam kancah pencemaran nama sebagai Persatuan Bergurukan Pencabul Anak Murid.

Ini lah pengorbanan penuntut Silat Cekak yang cabaran hebatnya datang dari dalaman melalui Guru Utama mereka, bukan dari luaran dan kini pihak pemerhati luaran sedang mentertawakan penuntut Silat Cekak tidak kurang juga yang terpegun dengan keberanian Pengurusan Cekak Hanafi yang berani menegakkan kebenaran walaupun terpaksa memecat Guru Utama mereka.

Sedang menanti perkembangan rasmi Persatuan Pusaka Cekak Hanafi dan Persatuan Kalam Cekak.

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha.


(gambar tiada kaitan dengan jalan cerita)

Read more...

Guru Silat Cekak ini HIKAM?

2009/11/25

Ada yang bertanya benarkah Guru Silat Cekak ini HIKAM?


Tiada keyakinan, semua Guru Cekak adalah HIKAM walaupun jalan asalnya sebenar HIKAM kecuali Almarhum Ustaz Hanafi, ini dapat dinilai dari keperibadiannya... Sebagai orang yang mengaku Murid Silat Cekak selidiklah sejarah Almarhum Ustaz Hanafi Bin Haji Ahmad.

PakAk .. Pembawakan melalut sahingga membawa kepada penghinaan Nabi Muhamad, sahingga ada anak murid yang percaya Guru Mereka ( Pak Ak ) memegang fail mereka ketika di padang masyar nanti..yer lah tu. Walau telah bertaubat, Silat Cekak tidak boleh bergurukan seorang yang pernah kilaf didalam pegangan Tauhidnya.

Mat Radhi .. yang di dakwa maksum kononnya pemimpin akhir Zaman walaupun zaman dah berlalu 1600 tahun selepas wafatnya Baginda Nabi Muhamad, perkara berbohong juga boleh diterima dan dianggap sebagai kilaf peribadi sahaja, sedangkan HIKAM itu sendiri bermaksud jalan TAUHID, bagaimana boleh berada dilandasan Tauhid jika BERBOHONG? Seorang bertaraf Guru mesti mempunyai sifat Sidiq, bagaimana terbinanya sifat Sidiq itu bila perkara Bohong adalah perkara mainan bagi dirinya, sedang Almarhum Ustaz berpesan "Jangan cakap BOHONG"

Datuk Maideen .. Tak mahu ulas lanjut, bukan lagi menjadi urusan, walaupun kenal rapat dengan orang bernama Maideen ini, jika berjumpa pun tidak dibincang soal silat, sekadar bertanya kabar keluarga dan soal kerjaya dan perniagaan sahaja. Biarlah dia alami apa yang dialami oleh Pak Ak hampir 16 tahun dahulu, Siapa merancang dan perancang dibelakang telah menjadi urusannya sekarang.

Marwi Latif .. satu satunya anak murid Ustaz Hanafi yang perjalanan hidupnya hampir menyerupai Almarhum Ustaz, Tidak pernah bermewah dan mencari kemewahan, Tiada sejarah wanita yang hitam yang mencalar kehidupan berkeluarga. Tidak berhutang untuk membeli kemewahan cukup sekadar memimjam untuk meneruskan hidup kerana berpegang pada amanat Ustaz " Duit itu hanya alat bukan matlamat". Tidak pernah bercakap melebihi tahap kepandaian Almarhum Gurunya sendiri. Walau kelihatan Lemah tetapi tetap BERMARUAH.

Semoga Allah berkhati Silat Cekak Hanafi yang di terajui olehnya demi meneruskan perjuangan Almarhum.

Read more...

Kepalang Helang menyusur angin..

2009/11/23

Hebat juga isu pengambilalihan Guru Utama Silat Cekak Malaysia yang kini menjadi kontroversi diantara penyokong dan pengikut setia pada kedua dua pentelagah, ia ini Datuk Maideen dan Pak Ak, mengenang kembali sama isunya pada awalan tahun 1993 dahulu bila satu pihak kata dah serah maka satu pihak lain pula mengatakan tidak menyerah sepenuhnya.

Samalah dengan apa yang berlaku pada ketika ini dimana kempen sedang berjalan mengatakan Datuk Maideen bukan guru yang sah kerana mengambil secara paksa diketika Pak Ak masih hidup dan belum lagi menyerahkan jawatan, tetapi disebelah Datuk Maideen mengatakan perkara telah sah diperakui termasuk dari bekas Guru Utama Isyak Hitam sendiri.

Lantaklah apa nak jadi dengan Cekak Malaysia bukan tujuan nak masuk campur pun cuma sekadar menginsafi apa yang telah berlaku sahingga tertubuhnya Persatuan Cekak Hanafi, Diketika mana Tuan Haji Amruddin bersama Tuan Haji Md Nasir bersama rakan rakan seangkatan berjuang untuk mendaulatkan kembali Silat Cekak melalui Mad Radhi.

15 tahun berlalu dengan cemerlangnya hasil usaha gigih 'bijak pandai' Pengurusan Cekak Hanafi sahingga mampu mencatit nama didalam Malaysia Books of Record bukan satu tetapi tiga kali tercatitnya nama Cekak Hanafi.

Sahinggalah Bekas Guru Utama Mad Radhi mencemar nama baik Persatuan dengan kes mencabul gadis sunti anak kawan baiknya sendiri dan berakhir dengan pemecatan keahlian dan statusnya sebagai Guru Utama di lucutkan. Jika tidak kerana kes Cabul ini alangkah gahnya nama Cekak Hanafi dipersada dunia persilatan alam melayu ini.

Hebat sungguh cabaran yang perlu di tempuh untuk menjawat jawatan sebagai Guru Utama Silat Cekak ini. Kepalang Helang menyusur angin berpatah sayap melunsur jua.

Kini Cekak Hanafi telah dapat melupakan kisah kelam masa silam dan kini sedang menyusun bangkit untuk terus mengukir nama Almarhum Ustaz Hanafi agar pulih dari kebusukan nama akibat perbuatan bekas Guru Utama yang telah menconteng arang di batu nisan makam Almarhum.

Kepada semua ' bekas' penuntut Cekak Hanafi yang telah sedar akan kesilapan masa lalu,yang telah berjaya membuka mata yang terbuta, yang telah mendengar dari kepekakkan telinga kembalilah kepangkal jalan, bersamalah kita bina semula ampayar Cekak Hanafi , sesungguhnya kita tidak terlalu lambat, walaupun perlahan tetapi gerak kita tetap segerak.

Hidup Cekak Hanafi.

Read more...

Bangkit Dari Kelesuan

2009/11/22

Nampaknya Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi Malaysia sekarang ini benar benar telah bangkit semula dari kelesuan selepas dilanda Sunami akibat dari perbuatan bekas Guru Utamanya Mad Radhi yang melakukan perbuatan mencabul gadis sunti anak rakan baiknya sendiri tiga tahun lalu yang kini kes nya masih lagi dibicarakan dimakamah.

Melalui pusat Akademinya, Silat Cekak Hanafi telah kembali kepersada pertubuhan aktif dengan banyak aktiviti yang mereka rancangkan buat lima tahun akan datang. Baik melalui persilatan mahupun aktiviti di luar persilatan saperti sukan dan aktiviti kemasyarakatan.

Pagi tadi 22.Nov 2009 telah selesainya satu kursus Penerapan Nilai untuk para tenaga pengajarnya, satu kursus yang menekankan dari segi pengajaran persilatan dan hala tuju dan inti pati silat itu sendiri, bukan lagi sama saperti dahulu kala yang hanya lebih kepada mempromosi kan Guru Hebat dimana akhirnya ramai murid menyembah Guru, satu kesilapan yang kini di buang jauh jauh didalam kursus kejurulatihan Silat Cekak Hanafi.

Jika dahulu tidak lah perlu aktif atau minat dan mahir bersilat untuk menjadi tenaga pengajar cukup sekadar 'mengipas' guru dan anda layak untuk menjadi Jurulatih yang dengar kabarnya ramai juga yang tumbang bila kena 'main' dengan pelajar bijak.

Pernah juga berlaku di zaman bekas Guru Hebat, untuk memiliki Sijil menengah tidak perlulah anda memiliki sijil rendah dan mempunyai pengalaman mengajar yang lama, cukup sekadar anda menurut sahaja dan kerap cium tangan Guru Utama ketika itu maka anda akan dikira layak untuk menduduki peringkat Menegah, paling tidak jika anda banyak 'menderma' yang kononnya untuk tabung bangunan Silat Cekak Hanafi yang duitnya entah kemana maka anda juga dikira layak untuk menerima Sijil Menengah silap hemat anda juga layak untuk menerima Pingat dari persatuan.

Kini setiapTenaga Pengajar Silat Cekak Hanafi perlu menduduki kursus Mengajar secara Ilmiah, Penerapan nilai nilai pengajaran dan penyampaian Ilmu yang setara yang mempunyai perdunya menjadi tumpuan pihak Akademi Silat Cekak Hanafi.

Tiada lagi cerita dongeng kehebatan bekas Guru yang mempunyai penumbuk sebesar 'kaki gajah', kelajuan tumbukkan saperti kilat yang hujungnya habis anak murid kena bohong dan anak dara kena jilat.

Kini bila memperkatakan ' Menentang Tahyul dan Kurafat' maka perkara ini akan benar benar di utamakan dan diberi penekanan, bukan lagi dipadang latihan kita bercakap tentang menentang perkara tahyul tetapi sang bekas Guru Utama dan para kuncu kuncu kehulu kehilir berkempen kehebatan bekas Guru Utama melawan hantu dan menghalau Saka dan semua anak murid terutama wanita yang 'gebu dan jambu' pasti akan terkena Saka bekas Guru Utama.
Syabas kepada Pentadbir Akademi Silat Cekak Hanafi di bawah pimpinan Tuan Haji Amruddin Buang dan dibawah naungan YM Guru Utama En. Marwi Latif.

Kini boleh di katakan bahawa pergerakan Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi Malaysia sahaja yang dilihat sebenar benarnya membawa dan meneruskan perjuangan Silat Cekak yang di bawa oleh almarhum Ustaz Hanafi.

Read more...

Bohong Sunat Bohong Selamat

2009/11/18

Sah sekarang Maideen menjadi guru utama Silat Cekak Malaysia, Yang dulunya gah untuk orang melayu percayalah isu sekarang akan dimainkan oleh musuh musuh cekak ialah Persatuan Silat Melayu yang di ketuai oleh seorang guru yang Bukan Melayu pelik bunyinya tetapi benar dan nyata.

Mungkin boleh di catitkan didalam buku Malaysia books of record Persatuan Silat Melayu Pertama Di pimpin oleh BUKAN MELAYU, maka tercatatlah didalam sejarah Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia pernah dibarisi oleh seorang Guru Utama berketurunan India.

Jika Mad Radhi merasakan dirinya benar benar pemilik hak Silat Cekak, ini lah masanya untuk menuntut hak nya sebagai Pemilik Harta Keluarganya saperti mana yang di dakwa dari Datuk Maideen, lawan lah dimakamah dan berikan butir fakta yang Silat Cekak adalah milik keluarga Almarhum Ustaz Hanafi.

Ini lah satu satunya peluang untuk Mad Radhi menuntut haknya walapun tuntutannya pada Persatuan Cekak Hanafi menemui kegagalan boleh lah cuba menuntut haknya didalam Persatuan Cekak Malaysia pula mana tahu berhasil.

Atau Mad Radhi sedang memikirkan apa bentuk bohong yang perlu direka untuk melayakkan dirinya bergelar Guru Utama semula, Mad Radhi kan terkenal dengan kesah Bohong Sunat dan Bohong Selamatnya, Dengan kes Mencabul Gadis Sunti masih lagi di bentangkan di makamah, kes tuntutan untuk menjadi Presiden Dan Guru Utama gagal sebelum ini.

Terlalu banyaknya BOHONG Mad Radhi ini, dari Bohong kononnya SUNAT sahingga ke Bohong untuk Selamat. Bohong sunat kononnya untuk menghantar Goreng Pisang sahingga kepada cerita Bohong Selamat kononnya Gadis Sunti tersebut yang menarik tangannya untuk meraba tetek mangsa. Tak tahu lah kot ada perempuan yang sanggup mengambil tangan lelaki bukan suaminya untuk meletakkan ke dadanya untuk meraba buah dadanya.

Bohong Sunat kononnya Wang Derma milik Persatuan diberi kepada nya tetapi bertukar menjadi Bohong Selamat bila mengatakan Wang tersebut diberi pinjam kepada nya.

Sekarang peluang untuk Mad Radhi mencipta Bohong untuk menuntut haknya sebagai Guru Utama Silat Cekak Malaysia yang satu ketika dahulu telah di nafikan oleh Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia.

Bohonglah dengan cerita Almarhum Ustaz pada suatu malam telah mengijazah dua mata dan ada berpesan bahawa Maideen tidak boleh menjadi Guru Utama.

Tahniah lah kepada Datuk Maideen Katharisan dan takziah buat Mad Radhi kerana kempunan nak jadi Guru Utama Silat Cekak.

Read more...

Luncai - Apa Seterusnya?

2009/11/12

Artikal dibawah PK ambil dari web Cekakhanafi.com Sesuai untuk bacaan umum

____________________________________________________________

Salam

Selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan MENOLAK DENGAN KOS terhadap saman pemula Mantan Presiden/Guru Utama (MP) untuk mendapatkan semula jawatan yang digugurkan oleh MMT dan MMK, maka dengan sekelip mata harapan MP untuk kembali berkuasa hancur berkecai umpama gelas terhempas di lantai. Sekelumit harapan yang disandarkan selama ini rupanya hanya ilusi yang tidak kesampaian. Sisa-sisa alasan dan helah yang diwar-warkan kepada para pengikut sebelum ini nampaknya tidak lagi boleh menjadi sandaran. Apa lagi agaknya alasan yang mahu disorongkan kepada para pengikut bagi memastikan sokongan mereka tidak berbelah bahagi dan masih berterusan?


Kalau sebelum ini alasan yang berikan oleh pihak MP ialah beliau tidak mendapat keadilan atau tidak ada 'Natural Justice' dan dengan itu menolak bulat-bulat keputusanJawatankuasa Siasatan Dalaman dan Jawatankuasa Kehakiman yang dibentuk MMK, tetapi setelah pihak mahkamah memberikan keputusan tersebut, rasanya tidak ada alasan lagi yang boleh diketengahkan. Alasan tiada 'Natural Justice' yang dikemukan itu tidak diterima pakai oleh mahkamah kerana ianya tidak relevan dalam kes MP ini. Tambahan pula beliau telah dengan sukarela menghantar surat bercuti dari jawatan Presiden (tidak ada juga pihak yang memaksa beliau untuk meletakkan jawatan atau bercuti dari jawatan yang beliau sandang pada ketika itu) dan juga beliau dengan sukarela hadir memberi keterangan kepada Jawatankuasa Siasatan Dalaman ketika dipanggil memberi keterangan. Ini bermakna beliau telah secara sedar tahu akan tindakan beliau itu dan akur bahawa Jawatankuasa Siasatan Dalaman mempunyai bidang kuasa untuk memanggil dan mendapatkan keterangan dari beliau. Ini juga bermakna beliau mengiktiraf kewujudan jawatankuasa tersebut.


Lain ceritanya kalau beliau tidak hadir semasa dipanggil memberikan keterangan kerana ini akan membuatkan Jawatankuasa Siasatan Dalaman sukar untuk membuat keputusan. Yang menjadi ironinya, berdasar keterangan dan pengakuan beliau jugalah yang menyebabkan jawatankuasa tersebut memutuskan 'ada kes yang kuat bahawa perbuatan mencabul itu berlaku' dan kemudiannya berdasarkan kesimpulan tersebut, Jawatankuasa Penghakiman membuat keputusan bahawa beliau bersalah melakukan perbuatan tidak senonoh itu dan seterusnya MMK menjatuhkan hukuman menggantung keahlian beliau dan kemudianya dipecat dari persatuan. Ini adalah fakta yang mungkin diambil kira oleh mahkamah untuk menolak alasan mereka yang mengatakan tiada 'Natural Justice'. Pada pandangan kita, sebenarnya lebih dari 'keadilan asasi' telah diberikan kepada beliau. Beliau telah dipanggil memberi keterangan dan membela diri. Beliau sendiri telah menghantar surat untuk bercuti dari jawatan Presiden tanpa dipaksa. Mungkintindakan beliau mengambil tindakan bercuti itu 'hanya' untuk menunjukkan sikap 'gentlemen' yang kononnya tidak mahu menganggu proses siasatan. Tetapi itu bukan alasan kukuh. Oleh itu isu 'tidak ada keadilan' yang dilaungkan oleh pihak MP adalah tidak tepat dan amat mengelirukan. Jika dikatakan 'keadilan', rasanya kita patut juga mengambil kira 'keadilan ' dipihak mangsa. Apakah mangsa tidak perlukan 'keadilan asasi'?


Selepas lebih 3 tahun, kes salah laku MP masih lagi hangat diperkatakan. Jika sebelum ini perbicangan dan tindakan adalah dalam skop persatuan, tetapi sekarang ini ianya telah 'berkembang' dan 'dinaikkan taraf' apabila dibincang atau dibicarakan di peringkat perundangan negara. Jika sebelum ini siasatan yang dilakukan oleh pihak persatuan tidak mahu diterima pakai, bagaimana pula sekarang ini apabila keputusan dibuat oleh mahkamah iaitu satu badan perundangan negara? MASIH MAHU MEMPERTIKAIKANNYA LAGI? Mungkin pula selepas ini hakim pula dituduh tidak betul? Apakah dalam dunia ini tidak ada orang lain yang betul selain dari MP dan kaum keturunannya? Tidak mungkin!


Saya ada diberikan satu salinan pengumuman dibuat oleh 'SUA' di pihak mantan yang turut mengakui bahawa Mantan Guru kalah di mahkamah. Agak janggal juga bila pengakuan ini dibuat. Mengikut rekod kita, selalunya pihak MP tidak akan mengaku! Namun begitu, walaupun mengaku kalah dalam kes tersebut tetapi mereka mengatakan bahawa kes saman tersebut adalah KES PERIBADI MP dan tidak ada kena mengena dengan ’persatuan mereka’ dan juga ‘MMK’ yang dibentuk oleh MP. Mereka juga dengan bangga mengatakan ‘MMK’ mereka masih 'sah' dan terus 'menerajui' persatuan kononnya. Saya agak terkedu membaca pengumuman tersebut kerana agak ketara 'tahap kedangkalan' yang di paparkan. Saya katakan begitu kerana:


1- Apabila MP kalah dalam permohonan untuk mendapatkan jawatan beliau, maka beliau sudah tidak ada kuasa sebagai Presiden.

2- Ini juga mengesahkan bahawa pengguguran dan pemecatan beliau dari jawatan Guru Utama serta keahlian adalah sah di sisi undang-undang dengan pengesahan dari pihak mahkamah.

3- Sebelum ini kita dimaklumkan sebelum ini bahawa Mesyuarat Agong Luarbiasa yang kononnya diadakan pada bulan Mac 2009 yang lalu oleh pihak MP atas arahan atau dipanggil oleh MP. Jika mahkamah telah mengatakan beliau bukan Presiden lagi dan tidak ada kuasa sebagai Presiden, maka apakah logiknya EGM itu sah? Sejak dahulu lagi kita telah katakan mesyuarat mereka ini tidak sah dan hanya sandiwara mainan mereka untuk mengelirukan ahli dan juga Jabatan Pendaftar Pertubuhan.

4- Jika MP tidak sah dan EGM yang dipanggil juga tidak ada kesahihannya maka apakah rasionalnya 'MMK' yang mereka pilih sewaktu EGM itu dikira sebagai sah? Sendiri boleh fikir!

5- Kesimpulannya, MP sudah tiada kuasa, EGM yang dipanggil TIDAK SAH dan seterusnya MMK yang dipilih dan dibentuk oleh MP adalah TIDAK SAH! Ini samalah dengan analogi seekor monyet yang bergayut di dahan pokok yang tinggi, namun apabila pokok itu telah ditebang dan jatuh ke tanah, masihkan kita mahu katakan monyet tersebut masih bergayut di atas pokok? Sendiri mau fikir!


Jadi, jika 'SUA' pihak MP sekarang ini masih mempertahankan bahawa mereka MMK yang sah dan kes MP yang kalah di mahkamah adalah kes peribadi, maka itu merupakan satu lagi usaha terdesak dan satu lagi episod untuk menipu ahli dan orang ramai! Yang nyata, kita kasihankan pula kepada MP. Kalau sebelum ini para pengikut berikrar bermatian-matian untuk bersama-sama beliau, namun setelah kalah kes mahkamah baru-baru ini, dikatakan pula kes itu kes PERIBADI beliau dan tidak ada kena-mengena dengan 'persatuan' mereka.


Persoalannya, adakah tindakan mengklasifikasikan kes tersebut sebagai KES PERIBADI merupakan tanda-tanda awal bahawa MP mula mahu disingkirkan secara terhormat? Apakah sudah ada individu yang sudah mahu mengambil alih tampuk kepimpinan? Atau apakah MP sudah mahu mengangkat bendera putih dan telah boleh menjangka apa akan berlaku seterusnya kepada beliau? Hanya mereka dan keluarga mereka yang boleh menjawabnya…


Itu belum lagi selesai perbicaraan kes jenayah MP yang masih berjalan sekarang ini. Selepas ini, tak tau apa pula nasib yang akan menimpa MP. Harap-harap MP masih ada kekuatan untuk menghadapi semua ini.


Persoalannya, apa tindakan kita seterusnya? Kalau kalau dalam kes MCA kedua-dua ‘pelakon utama’ boleh bersetuju mewujudkan pelan damai, bagaimana SCH?



Salam perjuangan

NUR LUNCAI
_____________________________________________________

Fikir fikirkanlah sahabat segerak seudara sekelian..

Read more...

Dua kali Dua

Kenyatan dari Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia.


"Adalah dimaklumkan bahawa Md Radzi Hj Hanafi (No. KP: 610803-02-5577) telah dipecat keahlian beliau dari Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia berkuatkuasa sejak 25 Mac 2007. Beliau dipecat kerana mengingkari arahan Majlis Mesyuarat Kebangsaan (MMK) dan didapati masih menjalankan aktiviti Persatuan walaupun setelah digantung keahlian kerana kesalahan mencabul kehormatan wanita."
Dan ini pula kenyataan juga dari Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia

"Sehubungan itu dengan ini ditegaskan bahawa YM Tuan Guru Haji Md Radzi Bin Haji Hanafi merupakan Presiden Merangkap Guru Utama, Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia yang sah dan diiktiraf oleh pihak persatuan sehingga ke hari ini tanpa sebarang halangan atau injuksi yang ditetapkan oleh mana-mana mahkamah di Malaysia."

Ada dua Persatuan dengan nama yang sama dengan nama pemimpin yang sama menjalankan aktiviti yang sama, cuma diantara kedua ini terdapat satu yang PALSU.

Jadi diantara kedua terdapat satu yang PALSU dan MEMBOHONG Masyarakat yang perlu diambil tindakan pihak berwajib.

Read more...

Tahniah Datuk Maideen

2009/11/11

Akhirnya Datuk Maideen selamat di tabalkan sebagai Guru Utama Silat Cekak, jadi apa cerita Mat Radhi? kempunanlah nampaknya nak jadi Guru Silat Cekak, orang Melayu lebih rela bergurukan keturunan India dari bangsa sendiri kerana takut kena cabul lagi.

Memetik kata kata Guru Maideen -

"Kini teraju kepimpinan PSSCM telah disambung oleh saya, maka segala usaha guru-guru Silat Cekak sebelum ini akan diteruskan supaya amanah bangsa ini diperjuangkan bagi mencapai cita-cita seperti yang telah digariskan oleh pengasas Ustaz Hanafi bin Hj Ahmad. Saya berdoa dengan Taufik dan Hidayah serta dengan syufaat serta berkat guru-guru kita dan karamah dan hikmah kedua ibu bapa kita maka persatuan ini akan terus berjaya demi agama, bangsa dan Negara."

Agak agak Bangsa apakah yang akan di perjuangkan oleh Datuk Maideen nanti?

Read more...