Peristiwa memalukan - Mad Radhi menampar anak murid di hadapan kedua ibu bapa ahli

2006/10/10

Berita mengejutkan semua ahli telah berlaku pada hari Ahad 8 Oktober 2006 di hospital UKM, Cheras Kuala Lumpur. Peristiwa berlaku di tingkat 4 Wad Ortopedik ini juga amat tidak disangka oleh semua yang hadir kerana perbuatan memalukan dan menjatuhkan maruah ini dilakukan oleh seorang guru yang kononnya berperibadi mulia dan dihormati.

Mad Radhi telah hadir sekitar jam 3.40 petang bersama-sama sekitar 10 orang juak-juak beliau di hospital UKM Cheras untuk melawat seorang ahli yang dirawat di hospital tersebut akibat ditimpa kemalangan . Turut berada di tempat kejadian adalah empat orang ahli yang lain serta kedua ibu bapa ahli yang ditimpa kemalangan. Dalam pertemuan singkat di mana Mad Radhi yang bertanya khabar kepada ahli yang sakit ini telah juga cuba menunjukkan sikap ’jaguh kampung’ beliau apabila meminta juak-juak beliau untuk mencabar ahli yang ada untuk menguji kekuatan. Ahli-ahli yang ingin bersalam dengan beliau juga telah tidak dilayan dan dengan angkuhnya menyebut ’tak payahlah’.

Sewaktu beliau hendak pulang, beliau berdepan dengan seorang ahli yang kononnya dikatakan tidak mahu mengikut beliau selepas peristiwa mencabul didedahkan. Mad Radhi yang tidak berpuas hati kerana ahli tersebut yang dikatakan telah membuat penerangan tentang keadaan semasa persatuan kepada ahli-ahli, telah dengan sengaja mencucuk perut ahli tersebut, kononnya untuk bergurau. Apabila perbuatan beliau tidak dilayan, beliau lantas secara pelahan menampar pipi kiri dan kanan ahli tersebut sambil berkata ’kalau tak tau, tanya!’ dan kemudian dengan sengaja menampar mulut ahli tersebut pula dan berkata ’ni mulut jahat, fitnah aku..!’. Ahli tersebut yang terkejut dengan perbuatan tersebut dengan spontan bertanya ’apa ni abang Mad?’ sambil tangan beliau sudah bersedia untuk bergerak balas. Melihat keadaan tersebut, Mad Radhi terus beredar bimbang agaknya beliau akan di tampar pula. Peristiwa ini berlaku dihadapan mata kedua ibu bapa ahli yang sakit itu. Mereka kelihatannya terpinga-pinga melihat perangai ’guru’ yang amat memalukan itu.

Kemudian seorang juak Mad Radhi yang kononnya ’berani’ (jaguh kampung juga ni!) telah tampil kehadapan dan mencabar ahli tersebut untuk menguji kekuatan dan cabaran beliau telah diterima. Perbuatan juak Mad Radhi ini juga dilihat sebagai pendek akal (seperti juga guru beliau yang pendek itu!) dan kononnya untuk menunjuk kekuatan di hadapan guru. Dalam proses yang agak tegang itu, mereka dileraikan oleh ahli yang lain.

Namun disebabkan tidak berpuas hati dengan perbuatan Mad Radhi dan juak-juak beliau, ahli tersebut telah membuat laporan polis pada petang keesokan harinya (9 Oktober 2006) di balai polis di Salak Selatan, namun keterangan beliau telah diambil di balai polis Cheras kerana Pengawai Penyiasat (IO) berada di balai berkenaan. Akibat dari laporan yang dibuat, pihak polis telah memanggil Mad Radhi hadir ke balai polis Cheras pada malam itu juga. Pada sekitar pukul 11. 30 malam, Mad Radhi hadir bersama-sama dengan juak-juak beliau serta seorang bekas DPP (DPP Kelabu Asap) yang membantu beliau. Mungkin Mad Radhi dah mengelabah dan sebab itu menghubungi bekas DPP tersebut untuk mendapatkan pertolongan. Mad Radhi kelihatannya amat tidak selesa apabila dipanggil pihak polis. Beliau tidak menyangka peristiwa tersebut telah dilaporkan kepada pihak polis oleh anak murid beliau sendiri! Keterangan Mad Radhi telah diambil dan beliau juga telah meminta maaf kepada anak murid tersebut di atas ketelanjuran beliau. Proses mengambil keterangan tersebut berakhir sekitar pukul 1.30 pagi. Butir-butir terperinci apa yang berlaku semasa proses mengambil keterangan dan peristiwa meminta maaf ini tidak diketahui kerana talian berita penyiasatan Pak Kaduk terputus ketika itu...... Namun adalah dipastikan bahawa Mad Radhi telah meminta maaf di atas apa yang berlaku. Baguslah begitu. Jangan dikeruhkan lagi keadaan yang sudah kotor ini. Sekurang-kurangnya Mad Radhi ’ada akal’ juga akhirnya dengan meminta maaf atas kesilapan beliau demi untuk meredakan suasana yang tidak tenteram... Pak Kaduk faham keadaan Mad Radhi sekarang ini. Beliau sebenarnya amat tertekan dan hilang pertimbangan. Dalam keadaaan sekarang ini, fikiran beliau adalah amat tidak stabil. Seseorang yang dalam keadaan yang tidak stabil tidak akan dapat berfikir secara waras dan akan melakukan perbuatan yang diluar batasan dan kawalan. Itulah yang telah berlaku kepada Mad Radhi!

Sabarlah Mad Radhi, Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar....Namun harus diingat, Allah tidak akan bersama-sama orang-orang yang tidak bercakap benar dan memutar-belitkan kenyataan. Renung-renungkanlah.......

Read more...