Sebuah kisah Jalan Daud?

2006/11/22

Terkejut bila membaca tulisan Linda di blog nya tu, Ramai lagirupanya yang terlibat dengan aktiviti Mad Radhi,tak lama lagi makin bertambahlah mereka mereka yang akan tampil membuat pendedahan.Rupanya ramai juga yang tahu akan kisah Mad Radhi ni, Cuma mereka tidak mahu dedahkan sahaja, mungkin malu agaknya dengan apa yang berlaku pada diri mereka diperlakukan sedemikian rupa oleh seorang yang dipanggil Guru utama.

Saperti dalam tulisan yang lalu di katakan telah berlalu hampir 12 tahun bermula dari kes yang pertama dan didalam tempoh 12 tahun itu adakah perkara perkara saperti jilat menjilat ini tidak berlaku? kalau di buat congak bodoh pun jika di ambil setahun satu,paling tidak sudah 12 orang mangsa, yang telah didedah dan di sahkan baru dua, yang terdedah secara tak sengaja ?
Mengimbas kembali kisah yang di dedahkan oleh Linda tu yang berlaku pada tahun 1995 diJalan Daud,teringat akan Pak kaduk satu cerita yang di ceritakan sendiri oleh Mad Radhi didalam satu majlis satu seketika tengah Gah dulu dalam keseronokkan bercerita tu terpancullah kisah gadis berkain belah sampai ke atas peha yang boleh meruntuhkan IMAN siapa pun yang melihat dan dengan bangganya juga menceritakan bagaimana si gadis ini merayu rayu kepada Mad Radhi untuk di mandikan.

Wah!! siap minta di mandikan dasyat tu, masa mendengar cerita itu Pak Kaduk dan rakan rakan gelak sahaja kerana berfikir mungkin "Guru Utama" nak memberitahu bagaimana dia boleh mendidik anak murid yang rendah moral ( dari segi berpakaian dan kelihatan seksi) kepada lebih bersopan dalam berpakaian. Mad Radhi juga menyebut kelas itu di bawah seliaan Abg. Hassanudin dan saksi yang melihat kejadian itu adalah Sdr.Franky yang mana telah di jelaskan dapat melihat tang celahan 'lurah madu'yang kemudian berbisik kepada Mad Radhi yang dia tak boleh jadi guru kerana tak boleh berdepan dengan dugaan yang depan mata macam ini konon nak menunjukkan yang Mad Radhi nih lebih kuat lah IMAN nya, rupanya ada cerita lain disebalik kisah yang disampaikan oleh Mad Radhi, Pak Kaduk tak tahu sahingga bila membaca tulisan Linda di blog nya tu.

Kalau mengikut apa yang di sampaikan oleh Mad Radhi dan persamaan cerita yang didedahkan oleh Linda, maka benarlah perkara itu ada berlaku, dari segi lokasinya di rumah persatuan Jalan Daud sahingga kepada nama nama yang disebut maka jelaslah ini bukan satu fitnah yang saja saja direka.

Itu kisahnya, terima kasih buat Linda dan Pak Kaduk rasa lama kelamaan akan banyak lagi perkara perkara 'hubungan sulit' dan 'hubungan kulit' akan terdedah dan didedahkan oleh mangsa.Kita tak tahu apa akan berlaku selanjutnya.

Didalam simpanan tabung siasatan Pak Kaduk sendiri banyak kisah yang boleh didedahkan, tetapi Pak Kaduk biar kan duhulu sahingga tiba masa yang sesuai, kerana Pak kaduk dimaklumkan laman laman web blog yang berkaitan dengan kisah Mad Radhi sekarang ini sedang di pantau oleh pihak berkuasa, mungkin pihak berkenaan sedang meneliti dan menyiasat akan apa yang didedahkan oleh Pak Kaduk dan yang lain lain nya.

Pak Kaduk sekarang sedang meneliti kejadian di Sabah.

ps/ Malam tadi Pak Kaduk menerima pangilan talipon bertanyakan di mana Dumai tu? kalau nak tahu Dumai tu terletak di tanah seberang yang banyak cewek cewek 'montok gebu gitu' sealiran dengan 'Danok' sepusat sepusing dengan 'Kowloon'.

Read more...