ESOK MASIH ADA…

2007/03/13

Mantan Guru Utama yang kita ’kasihi’ ini dan pengikut beliau mereka membuat rencana untuk mengalihkan payung mereka berteduh selama ini kepada satu payung baru yang dinamakan Silat Cekak Warisan. Kenapa diletakkan perkataan ’Warisan’? Itu jangan ditanya. Pada pemahaman mereka, Warisan membawa maksud silat ini adalah kepunyaan Bani Hanafi yang dipelopori oleh Ustaz Hanafi, yang diwariskan kepada mereka dan menjadi warisan zaman-berzaman kepada keluarga Bani Hanafi. Itulah yang ada dalam pemikiran mereka. Seperti yang dilafazkan secara ego dan sombongnya oleh Mak Teh bahawa ’silat ini silat kami, kalau hampa tak mau kat kami, hampa boleh keluar dari persatuan ini’!, maka percakapan itu dibuktikan dengan perbuatan. Maka usaha menubuhkan Silat Cekak Warisan pun diteruskanlah sepertimana yang dirancang. Itulah usaha terakhir mereka untuk terus menjadi relevan dalam perkembangan silat tanah air. Jadinya pada pandangan mereka, nama tersebut amat sesuai digunakan. Oleh yang demikian juga, mantan Guru Utama dan juak-juak beliau sudah tidak hiraukan lagi persatuan yang lama. Dan mereka tidak mahu lagi dikaitkan dengan persatuan yang telah memayungi mereka selama 13 tahun yang lalu.

Rasional penubuhan

Kalau dikaji dari satu sudut, Pak Kaduk rasa itulah perkara yang sebaik-baiknya dilakukan oleh mereka. Itulah juga perkara yang patut dilakukan oleh sesiapapun yang berada di dalam keadaan yang sebegitu. Apa lagi pilihan yang mereka ada selain mendaftarkan persatuan baru dan melantik diri sendiri menjadi Presiden dan Guru Utama. Orang lain sudah tidak mahu terima, apa lagi yang nak dikata. Jadi selepas ini tiada lagi orang-orang yang akan memberikan kawalan ataupun teguran yang membina. Selepas ini juga mantan Guru Utama ini bebas melakukan apa yang hendak dilakukan. Maka berleluasalah para anak dara sunti yang dijilat dan hisap sepuas-puasnya. Juak-juak yang ada hanya mengikut sahaja. Silap-silap, ramai juga yang tumpang sekaki. Amat sedikit yang membantah kerana masing-masing ada habuannya. Jadi tidaklah perlu lagi mantan Guru Utama ini risaukan apa-apa pun.

Namun kalau dihalusi dari sudut yang lain, tindakan pendaftaran persatuan yang baru atas nama yang baru tersebut adalah tindakan menyerah kalah atau mengaku bersalah. Jika kebenaran yang mereka perjuangkan, maka mereka harus melawan hingga ke titisan darah yang terakhir. Tetapi di kalangan juak-juak ini, rasanya tiada sesiapa yang sanggup berjuang sampai mati. Yang ada hanyalah berjuang untuk mengisi temolok sendiri. Tindakan itu juga menandakan berakhirnya era silaturahim yang selama ini diperjuangkan. Seperti mana artikel Pupusnya Bani Hanafi yang lalu, begitulah juga hancurnya satu perjuangan yang suci.

Kenapa perlu tubuhkan persatuan baru? Senang sahaja jawapannya iaitu supaya mantan Guru Utama masih boleh bergerak dan mendapat fulus. Jadinya perjuangan mantan Guru Utama ini hanya berpaksikan fulus? Ya, sudah tentu. Sejak awal lagi semasa perpecahan dengan Ishak Itam, fuluslah yang menjadi isu utama. Jadi , apa sudah jadi dengan perjuangan? Perjuangan apa yang nak diperjuangankan? Perjuangan isi perutlah yang lebih utama sekarang ini. Moto yang dipakai oleh mantan Guru Utama ialah ’ada duit semua boleh jadi’ . Jadi duit itulah paksi perjuangan mereka. Yang lain nanti dulu. Kalau nak bergaduhpun, biar duit dikebas dulu, lepas tu kalau nak hancur ke, nak pecah ke, tidaklah dipedulikan oleh mantan Guru Utama ini.

Sejarah juga membuktikan bahawa Bani Hanafi ini adalah bani yang sangat dahagakan wang ringgit. Mereka sangat kasih dan cinta kepada wang ringgit. Oleh sebab itu, orang-orang yang banyak duit sahaja yang menjadi pilihan mereka untuk menjadi kawan. Hinggakan sanggup menjemput ahli-ahli yang baru dikenal sehari dua datang ke rumah untuk makan nasi bersama keluarga hanya kerana orang itu berduit. Inilah yang dikatakan mata duitan. Haru sungguh kelakuan Bani Hanafi ini.

Silat Cekak Warisan

Jadi , selepas ditubuhkan nama tersebut, bolehlah berjalan lagi si mantan Guru Utama ini. Masih ada sinar rupanya mantan Guru Utama ini. Masih boleh berkuasa rupanya dia. Dan rupa-rupanya Esok Masih Ada untuk mantan Guru Utama, Bani Hanafi dan juak-juaknya. Syabaslah, berusahalah bersungguh-sungguh. Jangan sampai tercicir lagi kali ini. Peganglah sekuat hati kekuasaan yang bakal diperolehi nanti. Susunlah secepat mungkin para ahli keluarga untuk memegang jawatan-jawatan penting dalam persatuan baru. Jangan dibiarkan lepas kepada yang tiada hubungan keluarga, nanti padah pula jadinya.

Penjawat Jawatan

Pak Kaduk cadangan seperti berikut untuk agihan jawatan. Jawatan Presiden dan Guru Utama sudah tentu dipegang oleh mantan Guru Utama, Jawatan Naib Presiden dipegang oleh bos CNI yang juga abang mantan Guru Utama bersama-sama dengan abang yang seorang lagi iaitu Joker Of The Year. Jawatan Setiausaha Agung diberikan kepada bonda yang dikasihi kerana kelantangan bersuara dan memaki orang ramai, Jawatan Bendahari Agung dipegang oleh Mantan Guru Utama sendiri. Maklumlah, bab duit ni tak boleh percaya sapa-sapa, walaupun ahli keluarga sendiri. Jawatan Ketua Perhubungan Seranta pula dipegang oleh bos CNI juga. Jawatan Pengerusi Biro Agama disandang oleh anak sulong Joker of The Year, jawatan Pengerusi Serikandi dipegang oleh isteri mantan Guru Utama, Jawatan Tugas-tugas khas dipegang oleh menantu bongsu yang disayangi sebab dia tu tidak berapa cerdik dan terlalu emosional. Jawatan Tugas-tugas Khas 2 diberikan kepada adik lelaki mantan Guru Utama kerana tugas ini amat sesuai dengannya yang tidak memerlukan pergerakan dan buat apa-apa, duduk diam-diam sahaja. Sebenarnya jawatan ini tak perlu buat kerja pun, tetapi sebab nak bagi jawatan juga, maka diwujudkan lah jawatan tersebut untuk kaum-keluarga. Jawatan Pengerusi Kostum dan Cenderahati juga diberikan kepada adik lelaki yang ini sebab yang ini ada masyukk!!!. Bila lagi nak tolong ahli keluarga sendiri?

Para ahli LPT adalah terdiri dari Bani Hanafi sahaja dengan Mantan Guru Utama menjadi Pengerusi LPT dan adik beliau yang bongsu menjadi Setiausaha LPT. Memang sesuai anak perempuan dengan mak menjadi setiausaha persatuan dan LPT. Dua-duanya perempuan. Kata orang, perempuan ini pendek akal dan tak fikir panjang. Jadi boleh kata apa sahaja dan maki sapa-sapa saja, sapa yang nak marah? Mak Teh lah katakan! Kalau bagi kat orang lain jawatan tu , takut nanti kena tikam belakang pulak!

MMT

Satu lagi badan yang perlu dikawal dengan ketat ialah jawatan ahli MMT. Yang paling penting sekali ialah semua ahli Bani Hanafi mesti menjadi ahli MMT dan dibayar elaun bulanan secara tetap dan berpencen. Bila lagi Bani Hanafi nak rasa fulus kalau tak buat macam tu? Jadi tak payah takut lagi kepada sapa-sapa pun selepas ini. Yang mesti dimasukkan juga dalam peraturan MMT ialah ’Allah Ta’ala yang berkuasa melantik Guru Utama, tiada sesiapa yang lain yang berhak menentukannya!’. Dan dengan itu maka tercapailah hasrat untuk menjadikan silat ini sebagai silat warisan mereka. Moto silat yang akan diperkenalkan nanti adalah ’Silat Warisan Silat Keluarga’ dan inilah yang dimaksudkan dengan nama Silat Cekak Warisan yang akan dipelopori nanti. Jadinya, ESOK MASIH ADA rupanya untukmu wahai Bani Hanafi! Selamat maju jaya dan selamat meneruskan perjuangan...

Pak Kaduk – Menanti Hari Esok

Read more...