Benarkah Amruddin hendak menjadi Guru? Siri 4

2006/10/05

Mokhtaruddin Hj Hanafi

Begitu juga dengan Mokhtaruddin. Apa peranan dan sumbangan beliau kepada pergerakan ini? Tiada satupun yang boleh dibanggakan kecuali menjadi tenaga pengajar sekejap dan kemudian berehat panjang atas alasan kesihatan tidak mengizinkan. Namun diawal perkembangan silat cekak, beliaulah yang selalu mengikuti Al-Marhum Ustaz Hanafi kemana-mana majlis. Beliau pernah membuat pengumuman bahawa Ustaz Hanafi pernah menyuruh beliau mengijazahkan penuntut sewaktu Ustaz Hanafi kurang sihat. Modal itulah yang dicanangkan ke sekeliling kampung untuk memberitahu yang beliau juga layak menjadi guru. Beliau juga selalu menyatakan tidak puas hati beliau terhadap Mad Radhi kerana mendapat banyak wang dari hasil menjadi Guru Utama, tetapi tidak diagihkan kepada adik-beradik secara adil. Beliau pernah berkata, walaupun beliau adalah anak Ustaz Hanafi, tetapi nasib beliau tidak sebaik adik-beradik yang lain. Beliau selalunya terpinggir. Mad Radhi hanya memberikan beliau RM100.00 sekali sekala apabila berjumpa. Namun beliau juga telah dianugerahkan ’Anugerah Guru Utama 2004’ oleh Mad Radhi untuk mengambil hati beliau. Semasa kes aduan salah laku hangat diperkatakan, beliau telah pergi berjumpa Amruddin untuk mendapat cerita sebenar tetapi telah dimarah dengan teruknya oleh Zainul Abidin kerana tindakan beliau itu. Mereka menuduh beliau hendak menggantikan Mad Radhi jika Mad Radhi turun dari tahta. Malah perlantikan beliau sebagai jawatankuasa penyiasat juga menjadi isu besar kepada keluarga dan beliau telah sisih secara sistematik dari keluarga dan ditekan dengan berbagai cara. Ini kerana pada waktu itu beliau percaya Mad Radhi melakukan perbuatan mencabul seperti mana yang diadukan. Sehinggalah pada satu ketika siasatan hampir selesai, Mad Radhi telah memberikan RM300.00 kepada beliau dan bermula dari tarikh tersebut, beliau telah berjaya di ’pusingkan’ oleh Mad Radhi.

Jamaluddin Hj Hanafi

Bagaimana pula dengan sumbangan Jamaluddin? Mungkin yang seorang ini boleh pakai sikit di kalangan anak-anak Ustaz Hanafi apabila memainkan peranan beliau sewaktu belajar di UKM pada sekitar pertengahan tahun 80an. Beliau mengajar silat, menjadi penyelia dan kemudian menjadi exco pusat sebagai Ketua Penerangan Silat Cekak Malaysia pada awal 90an. Apabila beliau bertukar tempat kerja ke Parit Buntar sebagai Pegawai MARA, beliau terlibat juga dengan pembukaan kelas di sana. Beliau kemudiannya dipilih sebagai YDP cawangan Pulau Pinang. Namun selepas itu beliau membawa masuk perniagaan jualan langsung ke dalam persatuan iaitu CNI dengan sokongan Mak Teh dan Mad Radhi. Habis semua cawangan Silat Cekak Hanafi diseluruh negara di paksa untuk menerima CNI ini. Alasannya adalah untuk membantu kewangan persatuan. Betulkah ini atau untuk temolok sendiri dan mengambil kesempatan terhadap ahli? Prestasi cawangan seluruh negara jatuh merudum dek penangan CNI ini. Dua cawangan yang sangat taksub menganut mahzab CNI (Cekak and I?) ialah cawangan Johor dan Kelantan. Ramai yang membuat aduan bahawa kelas–kelas silat telah digunakan untuk mempromosikan keahlian CNI dan juga produk-produk CNI. Ramai yang tidak bersetuju dan angkat kaki disebabkan perkara tersebut. Mad Radhi tahu akan perkara tersebut tetapi seperti biasa buat tidak tahu kerana Jamaluddin adalah abang beliau. Kalau ditegur nanti apa pula yang Mak Teh akan kata. Diwaktu tersebut Jamaluddin langsung tidak mengambil tahu tentang persatuan dan hal-hal cawangan. Oleh kerana terlalu asyik dengan CNI dan terlibat program ceramah-ceramah CNI setiap hari terutamanya selepas waktu pejabat, beliau sering berada di luar rumah dan pulang jauh malam. Akibat selalu bersama-sama dengan orang-orang bawahan yang kebanyakkannya adalah wanita-wanita dan isteri-isteri orang, beliau telah terlibat dengan cinta tiga segi dengan beberapa isteri orang. Keadaan menjadi parah apabila isteri beliau mengetahui akan hal tersebut. Jadilah satu perang dunia ketiga yang tidak pernah terfikir oleh sesiapa. Rumahtangga mereka hampir hancur namun disebabkan anak-anak, mereka masih bertahan. Tetapi beberapa syarat telah dikenakan oleh Permaisuri Agung iaitu tidak lagi terlibat dengan CNI dan tidak boleh pergi ke mana-mana tanpa pengetahuan Permaisuri. Sehingga sekarang, Jamaluddin tidak lagi terlibat dengan CNI (ia ke ni?) dan pergerakan beliau sering di intip oleh satelit kawalan Permaisuri. Keadaan ini menyebabkan beliau bertambah goyah sehinggalah kita dengar kononnya cawangan Pulau Pinang telah di bubarkan pendaftarannya. Jadi apakah sumbangan Jamaluddin? Kita faham-faham sendirilah apa sumbangan beliau....

Sumbangan lagi dua orang anak Ustaz Hanafi iaitu Fauzi dan Suraya tidak perlulah disebut. Tidak ada apa yang nak disebutkan pun.....

Amruddin pernah difitnah dengan fitnah yang sama pada ketika zaman Ishak Itam memerintah. Amruddin nak jadi Guru, itulah fitnahnya. Modal yang sama digunakan oleh Mad Radhi sekarang. Bagi mereka-mereka yang rapat dengan Ustaz Hanafi, mereka akan mengetahui bahawa Ustaz Hanafi pernah menawarkan jawatan guru kepada Amruddin tetapi ditolak siang-siang. Ustaz Hanafi juga pernah menawarkannya kepada beberapa orang lama yang lain. Mungkin Ustaz Hanafi hanya hendak menduga sahaja. Dan seperti yang dijangka, semuanya tidak mahu. Mereka sendiri juga sedar akan kebolehan dan kelayakan mereka. Tak perlulah sesiapa yang cuba bermain kata. Walaubagaimanapun, mereka-mereka ini segi pengetahuan dan pengalaman, siapa yang boleh menyangkal akan kebolehan mereka ini? Oleh itu menjadi guru bukanlah matlamat Amruddin dan orang-orang lama dalam persatuan ini....


Sambung siri 5 (siri akhir)

Catat Ulasan