Sedikit Lagi Berkaitan Umrah...
2006/11/07
Pak Kaduk perlu menulis sedikit sahaja lagi berkenaan dengan program yang menjadi isu hangat yang tidak berkesudahan. Walaupun Pak Kaduk sudah menutup kes ini, tetapi Pak Kaduk buka balik untuk dimasukkan sedikit maklumat untuk dikongsi bersama. Ada beberapa perkara yang Pak Kaduk terlupa nak tuliskan berkaitan program Umrah ini pada siri yang lepas.
Mad Radhi semasa di Madinah dan Mekah ada sekali sekala memberikan ceramah umum kepada ahli rombongan. Pak Kaduk masih ingat lagi pada satu malam di Mekah, satu ceramah berkaitan sejarah dan peristiwa pembinaan kaabah dan juga bagaimana kaitan sejarah Nabi Ibrahim, anak baginda Nabi Ismail dan juga Siti Hajar telah diberikan oleh Mad Radhi. Ketiga-tiga individu tersebut mempunyai sejarah dan hubungan yang rapat dengan sejarah Mekah. Pak Kaduk masih ingat lagi pada malam tersebut Mad Radhi memberi ceramah yang kelihatannya seperti orang yang ’terer’ sahaja nampaknya. Semua ahli rombongan mendengar dengan penuh tekun dan berharap dapat mendengar sesuatu yang luar biasa dari Mad Radhi pada malam itu. Mad Radhi pun menceritakanlah sedikit sebanyak tentang sejarah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan di mana tempat-tempat di masjidil harram terdapat makam Nabi Ibrahim dan Makam (kesan tapak kaki) Nabi Ibrahim dan sebagainya. Tetapi Mad Radhi tidak pun menceritakan apa kesudahannya Siti Hajar . Hanya kaitannya dengan perbuatan Saei yang menjadi salah satu rukun umrah. Hanya sampai di situ sahaja. Pak Kaduk menunggu lagi kalau-kalau ada yang hendak diceritakan berkaitan Siti Hajar dan tempat-tempat di masjidil harram yang ada kaitan dengan Siti Hajar. Namun Mad Radhi berhenti di situ sahaja. Nampaknya Mad Radhi tak tahu apa kesudahannya cerita dan kaitan Siti Hajar dengan masjidil harram bisik hati kecil Pak Kaduk….. Setelah habis ceramah Mad Radhi, Pak Kaduk bergerak ke hadapan ke tempat Mad Radhi sedang duduk. Ternampaklah Pak Kaduk satu buku yang digunakan oleh Mad Radhi sebagai rujukan memberi ceramah tadi. ’Buku ni yang dia guna rupanya’ bisik hati Pak Kaduk. Patutlah tak ada cerita terperinci tentang Siti Hajar! Dalam buku tu mana ada cerita terperinci tentang Siti Hajar. Buku tersebut Pak Kaduk telah beli pada petang sebelumnya di sebuah kedai buku berhadapan dengan Masjid Kucing semasa dalam perjalanan pulang ke hotel dari sebuah kedai dobi terletak di hujung jalan tersebut. Pak Kaduk dah baca dan memang tak ada. Nampaknya Mad Radhi tidak tahu tentang perkara yang Pak Kaduk ingin dengar…. . Sebenarnya Pak Kaduk telah dengar cerita tentang Siti Hajar ini dari seorang lama yang menceritakan kepada Pak Kaduk sebelum ini. Ramai yang tidak tahu dan perkara tersebut tidak terdapat dalam mana-mana buku yang ada menceritakan tentang sejarah Masjidil Harram…. Kesian juga pada ahli rombongan yang lain. Siapa pula nak cerita kepada mereka?
Pak Kaduk juga telah mendapat tahu bahawa Mad Radhi telah menipu tentang pengetahuan beliau tentang kayu ’kokka’ yang heboh diperkatakan oleh seluruh ahli jemaah. Khasiat dan kelebihan tentang kayu tersebut hanya dicedok dari catatan buku dan risalah yang terdapat di kedai yang menjual tasbih dan cincin kokka. Mad Radhi hanya menurunkan tandatangan beliau pada risalah tersebut yang kononnya beliau lah yang menulis perkara-perkara berkaitan kayu kokka tersebut. Dan kemudian risalah tersebut diedarkan kepada ahli. Kesian Mad Radhi….. ilmu kurang tetapi masih nak berlakon tahu segala-galanya. Anak murid pula tidak tahu bahawa mereka ditipu hidup-hidup oleh Mad Radhi. Seperkara lagi, Pak Kaduk mendapat tahu juga sebenarnya Mad Radhi pun mendapat maklumat tentang kayu kokka ini dari orang lama anak murid Ustaz Hanafi. Begitulah juga dengan Syair Rasullulah yang Mad Radhi ’claim’ dia tahu semuanya. Jadi apa yang Mad Radhi tahu? Dia tidak tahu tetapi berlakon yang dia tahu. …
Bagaimana pula tentang Mad Radhi dan juak-juak beliau yang telah mengambil kesempatan terhadap ahli rombongan dengan menjual minyak wangi dan butang baju melayu kokka. Minyak wangi untuk ’anu’ itu dijual pada harga RM40.00 satu botol kecil. Rakan Pak Kaduk sebenarnya telah jumpa kedai yang menjual minyak wangi ini. Tahu berapa harganya? Hanya RM60.00 satu botol besar! Berapa banyak botol kecil yang boleh dihasilkan dari botol besar tersebut? Sekurang-kurangnya 10 botol. Maknanya , minyak yang dibeli pada harga sekitar RM60.00 satu botol besar, dijual kepada ahli rombongan pada harga RM40.00 satu botol kecil. Bolehkah kita kira berapa jumlah wang yang diperolehi? Jumlah besar yang diperolehi adalah sekitar RM400.00 untuk satu botol besar dengan modal hanya sekitar RM60.00 sahaja. Wah ….berapa banyak punya untung tu….! . Untung sungguh berniaga di tanah suci ya…
Satu lagi ialah berkenaan butang baju melayu kokka. Tahu atau tidak berapa harga yang dijual oleh juak Mad Radhi? Harga jual adalah sekitar RM120.00 untuk satu set. Tahukah berapa harga yang dibeli dari kedai pembekal? Hanya sekitar RM30.00 - RM40.00 sahaja. Berapa keuntungan yang diperolehi oleh juak Mad Radhi untuk satu set butang baju melayu? Untungnya sekitar RM70.00 – RM80.00 untuk setiap set. Berapa ramai yang beli melalui juak Mad Radhi ini? Ramai sungguh…. Mad Radhi pun jadi tukang kempen sebenarnya. Kenapa tak bagi tahu sahaja kepada ahli rombongan di kedai mana mereka beli? Jawapannya ialah kalau bagi tahu macam mana nak masyukkkkk…….. Inilah kerja Mad Radhi dan juak-juak beliau. Sentiasa mengambil kesempatan ke atas orang lain. Tak kira semasa beribadat ataupun tidak, mereka sentiasa mengambil peluang tersebut. Dalam kepala mereka hanyalah RM…… sahaja dan semata-mata RM!
Sekian.
# Kali ini betul-betul punya TAMAT! Syukran.