12 tahun berlalu..

2006/11/20

Kalau di congak dari kes mula berlaku, mungkin ada awalan lagi yang kita tak tahu sahinggalah perlakuan terbaru yang didedahkan dan menjadi bahan kes, sudah hampir 12 tahun berlalu rupanya, tidak kah kita tertanya didalam jemala akal didalam tempoh itu adakah hanya ini sahaja yang terjadi? kalau di congakkan pula majlis majlis yang melibatkan mandi tak kiralah "mandi potong" atau "mandi tamat" nih rasanya tak terkira banyaknya dalam tempoh 12 tahun. Entah berapa ramai yang 'ada' saka kita pun tak tahu, entah berapa ramai yang kena sampok dek jembalang yang perlu di pulihkan pun kita tak tahu yang tahu hanya "Tuan Guru" pakar segala pakar. Almaklumlah di zaman Tuan Guru sekarang ramai yang mudah disampok dek jembalang, lemah jiwa agaknya anak murid zaman Mad Radhi hari ini.

Kembali 10 tahun kebelakang, teringat akan Pak kaduk satu kejadian yang melibatkan seorang Pengerusi Biro yang akhirnya meletakkan jawatannya kerana tingkah laku dan lagak sombongnya "Tuan Guru" ini dan seterusnya meninggalkan terus Silat Cekak Hanafi. Mengenang kembali kisah yang lalu ini ,Hapir 3 Jam Sahabat ini menceritakan apa yang terjadi dan mengapa beliau mengambil tindakan nekat sedemikian dan beliau sendiri faham apa kah celaan yang akan beliau terima. Teringatlah akan Pak Kaduk kata kata sahabat ini " aku tinggalkan persatuan bukan kerana tak sayang silat ini, silat ini bagus tapi Mad Radhi tu yang tak bagus sombong tak tentu pasal,aku marah dia sebagai Mad Radhi bukan sebagai Guru Utama, kalau sebagai Guru Utama perangai dia macam tu juga , kau percayalah tak lama" ini lah kata kata yang masih teriang iang di jemala Pak Kaduk. Maka benarlah telahan sahabat tadi dan menjadi kenyataan pada hari ini, pada ketika itu Pak Kaduk hanya mendengar sahaja luahan hatinya kerana pada ketika itu ahli ahli lama dan baru sedang bersama menaikkan nama silat cekak melalui Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia yang baru sahaja di daftarkan. Didalam perbualan di bangkitkan juga cerita mengapa orang orang Cekak Malaysia tidak boleh menerima Mad Radhi sebagai Guru Utama, diceritakan juga perangai anak anak Almarhum Ustaz Hanafi ini sama saperti apa yang Pak Kaduk alami, saperti di awalan tadi Pak Kaduk hanya boleh bersimpati sahaja kepada sahabat ini, paham paham sahajalah ketika itu dimana semua ahli di minta memberikan taat setia kepada Guru Utama, Jika melakukan sesuatu yang boleh mencemarkan nama "Yang Mulia" walaupun dengan kebenaran alamat kena pulau seumur hiduplah agaknya.

Kembali kita berfikir sejenak, jarak diantara kes dan mangsa pertama pada tahun 1994 dan mangsa terkini 2006 yang menyebabkan Mad Radhi tersungkur dipintu syurga,kalau Allah nak tunjuk, pasti akan terjadi bila tiba masanya,telah berlaku sejak 12 tahun lalu, tidak kah terfikir dijemala kita bahawa ada nya lagi "mangsa mangsa" yang telah diperlakukan perkara yang sama sedemikian tetapi tidak mahu tampil kedepan, tahu tahu mereka mereka ini telah tinggalkan Silat Cekak Hanafi dengan pelbagai alasan. Fikir fikirkan lah perkara ini, tanya tanyakan lah anak anak dara sunti kita, adik adik jelita kita yang dah tak mahu lagi aktif atau teruskan 'bersilat' entah entah mereka pun terbabit sama, disebabkan malu mereka mengundurkan diri, cuba cuba lah bertanya, tak salah bertanyakan?.
Kalau pembaca masih ingat , ada seketika dulu Pak Kaduk kabarkan yang Mad Radhi dah mula buat buat lupa membayar duit pinjaman bank beli rumah di Melawati tu, Alhamdullilah duit itu telah pun di masukkan kedalam bank mungkin dari berita yang Pak Kaduk dedahkan kalau tidak harus juga terlupa, tetapi alasan yang di berikan tu yang membuat kan Pak Kaduk rasa nak gelak, tak salah rasanya Pak Kaduk dedahkan hari ini alasan yang diberi, pada rakan rakan Pak Kaduk tak terkejut pun dengan ceriata terbaru ini tetapi pada juak juak Mad Radhi yang tak ada isu itu mungkin akan membuat pelbagai alasan hujung nya mereka akan kata ini fitnah dari Pak Kaduk, apa punya turrr..

"minta maaf terlewat sedikit sebab saya baru balik dari DUBAI" ini lah alasan yang diberikan di atas kelewatan bayaran tersebut. Sahabat Pak Kaduk ini pun cuba membuat pengesahan dengan bertanya kepada beberapa rakan sahabat yang lain " benarkah YM baru balik dari Dubai?" Pak Kaduk tidak mahu sertakan jawapan dari rakan rakan Pak Kaduk biarlah juak juak tu yang jawab kalau boleh tunjukan sekali salinan chop pasport Mad Radhi yang mengatakan pergi ke Dubai tu benar, entah entah ke DUMAI, tahu ke juak juak tu DUMAI tu dimana?. Jika tiada, sah lah Mad Radhi BERBOHONG lagi, kalau ini pun juak juak masih jua pertahankan, Pak Kaduk tak tahu nak kata apa lagi, teruskanlah menyokong , sokonglah jangan sampai ke rebah, taat dan setialah jangan sampai penghujung walaupun terkena batang hidung.

Kesian Pak Kaduk terhadap rakan Pak Kaduk ini yang hidupnya dulu tidak pernah di hujani dengan surat surat amaran dari Pihak Bank,boleh dikatakan rakan Pak Kaduk ini bersih nama dengan pihak bank tetapi sekarang dah jadi lain angkara Mad Radhi guru tersohor @ Harimau Belantara.

Dengar kabar sekarang ini juak juak Mad Radhi sedang rancak berkempen keserata alam,termasuk lah ke Sabah dan Serawak dengan mengatakan kepada yang mendengar ceramah mereka " mereka ini 'neutral'" nak gelak pun ada bila mendengar perkhabaran ini dan Mad Radhi pun rancak juga dengan majlis 'ijazah'nya, jika dulu Mad Radhi mengatakan Pak Ak makan duit haram hasil majlis ijazah nya tapi kini apa sudah jadi?

Pak Kaduk ingin menyampaikan kata kata ahli ahli lama "Kamu ingat kami ini boleh jadi nyanyok dengan tiba tiba, boleh hilang ingatan secara beramai ramai serentak ?."

Pada juak juak Mad Radhi yang dah tersedar dan mula tidak 'neutral' mungkin akan tersenyum bila mendengar kata kata tersebut.

Ok lah Pak Kaduk berhenti disini dulu, ada masa Pak Kaduk akan menulis lagi maklum lah sekarang ini agak kesibukkan dengan tugas dan Pak kaduk pun sedang menanti jawapan dari pihak JAKIM dan JAIS dengan beberapa soalan yang di kemukakan bersangkutan dengan tindak tanduk dan amalan amalan baru yang di perkenalkan oleh Guru tersohor ini.

"Dua tiga kucing berlari, Mana nak sama si kucing belang, Kesian sungguh nasib Mad Radhi, Hujung hidupnya lintang pukang."

Catat Ulasan