GILA TALAK

2007/04/20

PK@2 sekarang sangat senang hati apabila melihat ramai ahli yang sudah mula bersemangat dan mula menggerakkan semua jentera persatuan baik di pihak MMK dan juga LPT. Dikala MMK meneruskan kewibawaan mereka dengan tindakan-tindakan mereka, di pihak LPT pula sudah ditubuhkan LPT yang baru di bawah Guru Utama yang baru dengan sebahagian besar ahli LPT yang lama dikekalkan kecuali dua orang dari kalangan Bani Hanafi iaitu Md Radzi dan juga abang beliau iaitu Zainul Abidin. Kedua-dua mereka sudah tentunya tidak disenaraikan disebabkan mereka adalah dari kalangan Bani Hanafi yang tidak lagi menerajui panji-panji yang diperjuangankan oleh Ustaz Hanafi. Malah mereka adalah ‘pengkianat peringkat tertinggi’ yang tidak seharusnya diberikan tempat di dalam teraju perjuangan yang dipelopori oleh ayahanda mereka sendiri sebelum ini.

Malah sewaktu kedua mereka menjadi ahli LPT sebelum ini pun, mereka berdua bukanlah memberi banyak sumbangan kerana sering tidak menghadiri mesyuarat. Malah mantan Guru Utama sebelum ini yang merupakan pengerusi mesyuarat yang sepatutnya hadir juga sering ponteng. Kalau ponteng sebab ada hal, tak apa, tetapi bagaimana kalau ponteng tetapi pergi lepak di rumah member-member. Sengaja tak mahu hadir mesyuarat. Jadi ahli mesyuarat yang hadir terpaksa meneruskan mesyuarat tanpa Guru Utama. Namun apabila keputusan dibuat, Guru Utama yang tidak hadir mesyuarat tidak mahu menerima keputusan mesyuarat, maka jadilah mesyuarat yang diadakan tidak membawa apa-apa faedah. Hanya membuang masa ahli-ahli yang hadir. Sebaliknya kalau ahli LPT lain yang tidak hadir dituduh pula orang itu tidak komited sehingga digugurkan dari menjadi ahli LPT. Itulah sebenarnya yang berlaku kepada Saudara Rauhi Isa. Saudara Rauhi dimalukan dihadapan ahli-ahli sewaktu perjumpaan tenaga pengajar, kononnya diberi cenderahati sebagai menghargai sumbangan, tetapi sebaliknya adalah sebagai isyarat bahawa beliau tidak diperlukan lagi. Alasan yang diberi atas penguguran itu adalah atas permintaan saudara Rauhi sendiri konon kerana sebok dengan tugas. Benarkah begitu?
Sebenarnya mantan Guru Utama itu amat berdendam dengan saudara Rauhi Isa. Apa sebabnya? Tidak ramai yang tahu sebabnya. Tetapi di kalangan orang terdekat mengetahui perkara ini. Sebenarnya mantan Guru Utama amat marah kerana ditegur oleh saudara Rauhi kerana mantan Guru Utama suatu ketika dulu sering tidak mengotakan janji apabila sering tidak datang untuk majlis pengijazahan di cawangan Perak walaupun cawangan Perak telah membuat tempahan awal. Oleh sebab perbuatan mantan Guru Utama itu, pihak cawangan menghadapi masalah dengan kelas-kelas dan untuk mengkoordinasi dengan ahli-ahli dan kelas-kelas di cawangan. Itulah puncanya. Saudara Rauhi menegur tindakan mantan Guru Utama yang tidak perihatin itu sambil merujuk kepada Ustaz Hanafi tidak pernah berkelakuan begitu. Itulah yang menimbulkan kemarahan Mantan Guru Utama ini sebenarnya. Beliau sebenarnya seorang yang amat berdendam. Kalau dia marah atau sakit hati terhadap seseorang, jagalah nanti, dia akan gunakan berbagai tektik dan helah untuk mengenakan individu terbabit. Walaupun di depan individu terbabit dia berlakon baik dan sopan, dibelakang jaga kau! Ada peluang nahas kau! Itulah yang dilakukan kepada saudara Rauhi. Kesimpulannya, mantan Guru Utama ini sebenarnya berlakon baik dihadapan kita, di belakang kita dia jadi ’gergasi yang paling ganas’ yang amat menakutkan. Sebab itu kita tidak terkejut bila mendengar cerita beliau mencabul anak dara orang. Memang itulah kerja dia bila di belakang kita! Dan kita tidak terkejut kalau ada cerita yang lebih hebat dari itu yang dilakukan oleh beliau.

Dalam kes saudara Rauhi ini, sebenarnya mantan Guru Utama sepatutnya memaklumkan lebih awal kepada saudara Rauhi tentang keputusan untuk tidak melantik semula beliau sebagai ahli LPT supaya saudara Rauhi tidak terkejut atau berkecil hati. Tetapi itu tidak berlaku dan apabila diumumkan saudara Rauhi tidak lagi menjadi ahli LPT, tentulah beliau amat terkejut dan malu. Sebab itu apabila tiba waktu rehat pada majlis tenaga pengajar pada waktu itu yang diadakan di MATIC KL, saudara Rauhi telah meninggalkan majlis. Terpaksalah pula saudara Amruddin memainkan peranan untuk menenangkan keadaan dan melakukan ’baik pulih’ selepas itu dengan saudara Rauhi semata-mata untuk ’cover’ Guru Utama pada waktu itu.

Itu cerita saudara Rauhi sepintas lalu. Bagaimana pula tentang kekosongan yang ditinggalkan oleh dua Bani Hanafi yang tidak dilantik sebagai LPT baru? Berdasarkan maklumat yang PK@2 perolehi melalui ‘orang dalam’, dua orang yang dinamakan sebagai pengganti adalah saudara Shafie Latif dan saudara Hassanmudin Muhamad. Kedua-dua mereka adalah tokoh lama dan amat sesuai dilantik sebagai ahli LPT. Berdasarkan pengalaman, sumbangan dan kefahaman perjuangan mereka, mereka layak meduduki kerusi LPT tersebut. Semoga mereka dapat menjalakan tugas dengan baik. Bagaimana pula tugas saudara Hassanmudin sebagai Pengerusi Biro Ujian yang disandang sejak hampir 12 tahun yang lalu? PK@2 belum lagi mendapat maklumat tentang perkara itu. Mungkin ada tokoh lama yang lain yang akan dilantik menggantikan beliau. Atau mungkin Mad Radzi juga di tawarkan jawatan tersebut sebab dia pun sekarang ni dok menganggur? Tapi tak mungkin dia terima, kerana jawatan ini bukannya ada masyukk. Lagi keluar duit adele... Dia mana mau dengan jawatan yang tak ada masyukkk!

Jadi apa dah jadi dengan Bani Hanafi dan suku-sakat mereka sekarang ini? Tidak banyak yang diketahui, namun kejutan yang mereka terima dengarnya masih belum sembuh. Masih lagi teraba-raba kesana kemari tanpa ketahuan hala tuju. Mantan Guru Utama pun dengarnya bergerak ke sana kemari mencanangkan supaya persatuan baru ditubuhkan. Tak taulah apa yang tinggal pada beliau. Biarlah mereka dengan masalah mereka. Mak Teh pun dengarnya telah menambahkan jumlah orang-orang lama yang diharamkan memijak kawasan rumah beliau. Dia sudah buang semua orang lama dalam perjuangan suami beliau. Anak-anak murid Ustaz Hanafi semuanya telah dibenci, malah Ustaz Hanafi sendiri juga sudah mula dibenci oleh beliau. Pada beliau Ustaz Hanafi dah mati, dah tak ada apa-apa lagi. Yang ada sekarang adalah anak beliau, jadi kepada anaklah yang digantung harapan. Mungkin dia tidak tahu, rumah yang beliau haramkan dipijak oleh anak murid Ustaz Hanafi itu adalah hasil usaha anak murid Ustaz Hanafi sendiri dan sebahagian pembayaran pembelian rumah dan juga pembelanjaan awal pembelian rumah tersebut juga adalah atas ehsan anak-anak murid Ustaz Hanafi yang Mak Teh haramkan kehadiran mereka ke rumah tersebut.

Walaupun tidak mahu menerima keputusan perlantikan Guru Utama yang baru, PK@2 dapat tahu mereka sekarang ini cukup berminat mengambil tahu tentang perkembangan persatuan dan juga perkembangan Guru Utama yang baru. Segala perkataan, perbuatan, maklumat sedikit-sebanyak, mereka akan ikuti dengan penuh minat. Tidak cukup dengan itu, diusahakan menjadi wakil media Guru Utama yang baru dan dicanangkan pula ke seluruh pelusuk tanahair. Secara sedar atau tidak , mereka sebenarnya menjadi tukang kempen tidak rasmi dan seterusnya menambahkan lagi kepopulariti Guru Utama yang baru dilantik. Terima kasih ajelah. Terima kasih daun keladi, kalau tak ada kerja lain, buat lah lagi… Sebenarnya inilah yang dikatakan sebagai GILA TALAK. Sebabnya, sebelum ini mereka juga yang mahu melupakan terus persatuan dan beralih angin dengan persatuan baru. Namun pada masa yang sama, mereka masih mahu mengambil tahu perkembangan seterusnya terhadap persatuan. Masih mengikuti juga walaupun dari jauh. Ini macam kes dah ceraikan bini, tetapi asyik dok teringat dan ikut siang-malam.

Orang yang Gila Talak ini kadang-kadang amat melucukan jika diperhati tingkah laku mereka. Kalau berjumpa mula tunjuk muka garang kononnya, macam nak makan orang lagaknya. Macamlah kuat sangat. Banyak ke ilmu yang ada sampai macam nak makan orang? Orang-orang yang baru setahun jagung pun dah pandai tunjuk samseng. Kalau dulu jumpa dikedai minum misalnya, semua dengan ramah bertegur sapa sambil bersalam, namun sekarang ini apabila bertemu, macam pertemuan dua kongsi gelap yang saling curiga mencurigai sahaja. Muka masing-masing saling tidak berseri lagi, masing-masing mengawasi masing-masing dalam suasana yang amat tidak selesa. Sama macam laki bini bergaduh, tak mahu bertegur sapa tetapi masih tinggal sekali dan masih mengawasi antara satu sama lain. Kelakar...., tapi itulah hakikatnya.

Pk@2 – dekat dibenci, jauh dirindui

Catat Ulasan