Kepalang Helang menyusur angin..

2009/11/23

Hebat juga isu pengambilalihan Guru Utama Silat Cekak Malaysia yang kini menjadi kontroversi diantara penyokong dan pengikut setia pada kedua dua pentelagah, ia ini Datuk Maideen dan Pak Ak, mengenang kembali sama isunya pada awalan tahun 1993 dahulu bila satu pihak kata dah serah maka satu pihak lain pula mengatakan tidak menyerah sepenuhnya.

Samalah dengan apa yang berlaku pada ketika ini dimana kempen sedang berjalan mengatakan Datuk Maideen bukan guru yang sah kerana mengambil secara paksa diketika Pak Ak masih hidup dan belum lagi menyerahkan jawatan, tetapi disebelah Datuk Maideen mengatakan perkara telah sah diperakui termasuk dari bekas Guru Utama Isyak Hitam sendiri.

Lantaklah apa nak jadi dengan Cekak Malaysia bukan tujuan nak masuk campur pun cuma sekadar menginsafi apa yang telah berlaku sahingga tertubuhnya Persatuan Cekak Hanafi, Diketika mana Tuan Haji Amruddin bersama Tuan Haji Md Nasir bersama rakan rakan seangkatan berjuang untuk mendaulatkan kembali Silat Cekak melalui Mad Radhi.

15 tahun berlalu dengan cemerlangnya hasil usaha gigih 'bijak pandai' Pengurusan Cekak Hanafi sahingga mampu mencatit nama didalam Malaysia Books of Record bukan satu tetapi tiga kali tercatitnya nama Cekak Hanafi.

Sahinggalah Bekas Guru Utama Mad Radhi mencemar nama baik Persatuan dengan kes mencabul gadis sunti anak kawan baiknya sendiri dan berakhir dengan pemecatan keahlian dan statusnya sebagai Guru Utama di lucutkan. Jika tidak kerana kes Cabul ini alangkah gahnya nama Cekak Hanafi dipersada dunia persilatan alam melayu ini.

Hebat sungguh cabaran yang perlu di tempuh untuk menjawat jawatan sebagai Guru Utama Silat Cekak ini. Kepalang Helang menyusur angin berpatah sayap melunsur jua.

Kini Cekak Hanafi telah dapat melupakan kisah kelam masa silam dan kini sedang menyusun bangkit untuk terus mengukir nama Almarhum Ustaz Hanafi agar pulih dari kebusukan nama akibat perbuatan bekas Guru Utama yang telah menconteng arang di batu nisan makam Almarhum.

Kepada semua ' bekas' penuntut Cekak Hanafi yang telah sedar akan kesilapan masa lalu,yang telah berjaya membuka mata yang terbuta, yang telah mendengar dari kepekakkan telinga kembalilah kepangkal jalan, bersamalah kita bina semula ampayar Cekak Hanafi , sesungguhnya kita tidak terlalu lambat, walaupun perlahan tetapi gerak kita tetap segerak.

Hidup Cekak Hanafi.

Catat Ulasan