Cakap bergegar gegar bontot busuk tahi juga.

2009/12/21

KUALA LUMPUR: Seorang Brigedier Jeneral Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) diarah bersara kerana terbabit dalam kes kehilangan enjin pesawat F-5E TUDM serta pelbagai penyelewengan lain dalam pasukan itu sejak beberapa tahun lalu.


Pegawai terbabit mengetuai jabatan penting bagi pengendalian logistik pasukan, diarah bersara awal akhir tahun lalu selepas kehilangan enjin jet berharga RM50 juta di Gudang Material Udara I (Matra I), Sungai Besi disedari dan dilaporkan kepada polis, Januari tahun ini.


Turut dikenakan tindakan sama ialah beberapa pegawai dan anggota bawahan pelbagai pangkat yang terbabit dalam skandal itu.


Menurut sumber, tindakan diambil hasil siasatan dalaman oleh jawatankuasa disiplin selepas meneliti laporan audit dalaman yang mendapati banyak maklumat bercanggah, dipercayai berpunca daripada amalan salah laku.


Malah, siasatan kehilangan enjin jenis GE J85-21A itu turut membongkar pelbagai penyelewengan peralatan, termasuk salah laku membabitkan pelbagai kontrak bekalan bernilai jutaan ringgit dalam pasukan itu.


“Pegawai berkenaan diberhentikan atas kapasitinya sebagai ketua jabatan yang harus bertanggungjawab. Tindakan juga diambil selepas siasatan dalaman mendapati beliau terbabit dalam salah laku itu yang mengakibatkan pasukan mengalami kerugian besar," katanya.


Apa yang menarik dengan petikan berita akhbar diatas ini? Tak nampak atau tak jumpa? memang lah kau kelabu hati, jangan marah.


Pak kaduk bacakan dahulu petikannya ..

"Menurut sumber, tindakan diambil hasil siasatan dalaman oleh jawatankuasa disiplin selepas meneliti laporan audit dalaman yang mendapati banyak maklumat bercanggah, dipercayai berpunca daripada amalan salah laku. "

Lihat pada perkataan yang di bold kan, tidak kah ianya berlaku juga didalam Persatuan Silat Cekak Hanafi bila mana tindakan diambil terhadap Bekas Guru Utama Mad Radhi diatas kesalahan sumbang laku?

Kemudiannya telah di menupulasi oleh puak puak Mad Radhi dengan megatakan Mad Radhi tidak mendapat pembelaan dan pihak persatuan mengambil tindakan melulu. Juga menghebah melalui Pekeliling mereka mengatakan tindakan Persatuan tidak sah kerana kesalahan tidak diputuskan oleh makamah hanya makamah berok sahaja yang mendapati Mad Radhi bersalah.

Suka hati Mak Bapak sahaja mengtakan orang berok pada hal diri sendiri dah berperangai macam berok terlompat sana terlompat sini.

Dengan paparan berita di atas diharap puak puak ini faham fungsi 'Siasatan Dalaman' tak payahlah nak mendabik dada konon nya aku ini pengamal undang undang dan pernah terlibat dengan bicara kes.

Kemudian Pak Kaduk merujuk pula pada bahangian ini ..

"Malah, siasatan kehilangan enjin jenis GE J85-21A itu turut membongkar pelbagai penyelewengan peralatan, termasuk salah laku membabitkan pelbagai kontrak bekalan bernilai jutaan ringgit dalam pasukan itu."

Persamaannya? buat buat lupa? Pak Kaduk ingatkan kembali, Isunya bila mana Mad Radhi di tuduh menceroboh rumah dan mencabul Gadis bawah umur anak kawan baik sendiri maka terbongkarlah pelbagai kisah 'pencabulan' yang lain melibatkan ramai anak murid terutama gadis gadis yang gebu gebu dan montok.

Juga terbongkarnya kes pecah amanah duit persatuan, Duit persatuan pun nak disapunya dan lain lain kes yang tidak dapat dibentang kerana kurang bukti ( yang cukup bukti pun puak nih tak percaya apa tah lagi yang kurang, dah lah tak mahu percaya di reka pula cerita fitnah)

Akhir sekali juga masih lagi berkisar hampir serupa dengan kes Mad Radhi untuk mereka yang kononnya nak mengkaji dan mencari kebenaran kononnya ( dah masuk empat tahu masih tak jumpa lagi kebenaran ke?) ia lah..

“Pegawai berkenaan diberhentikan atas kapasitinya sebagai ketua jabatan yang harus bertanggungjawab. Tindakan juga diambil selepas siasatan dalaman mendapati beliau terbabit dalam salah laku itu yang mengakibatkan pasukan mengalami kerugian besar,"

Pegawai ini telah di berhentikan tanpa menunggu keputusan makamah pun. Jadi tindakan Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi memecat Mad Radhi adalah benar dan betul tanpa perlunya menungu keputusan makamah bagi mengelakkan nama Persatuan Cekak Hanafi dari menerima nasib buruk oleh pandangan masyarakat Melayu.

Dengar kata sekarang dah ada silat baru, kepada Mad Radhi teruskanlah menjaga persatuan baru tu, lupakan sahaja Cekak Hanafi dan tak ada maknanya lagi Mad Radhi dalam Persatuan Cekak Hanafi ini.

Cakap bergar gegar bontot busuk tahi juga.

Berita di angin lalu ialah dengar kata puak puak Mad Radhi di Melawati tidak begitu percaya dengan ketua dan pemimpin di Shah Alam sahinggakan ada malumat penting yang tidak disampaikan kepada mereka di Shah Alam tu.. entah, kalau betul memang itu lah perangai puak Mad Radhi ini sentiasa bersangka buruk dengan orang lain.

Catat Ulasan