Pesaka Hanafi
2009/12/07
Dua tiga hari lepas Pak Kaduk terima sekeping gambar kumpulan Mad Radhi bersama beberapa orang ahli yang terdiri dari jurulatih. Melihat pada suasana kelihatan saperti majlis bersama dengan jurulatih silat mereka.
Tiada apa yang menarik pada pandangan Pak Kaduk cuma kebanyakkan yang ada dalam gambar tu Pak Kaduk kenal.
Setelah meneliti keseluruhan maka ada sesuatu yang menarik perhatian mata Pak Kaduk ia itu gambar kain rentang di belakang tu, jelas tertulis " Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi" tak tahulah ianya Persatuan berdaftar atau tidak sebab tiada "Persatuan"nya dan tiada taraf negara atau negerinya. Tetapi mempunyai logonya sendiri.
Ini sudah kira bagus, Jika benar Silat Pusaka telah mendaftar maka terputuslah hubungan mereka dengan Silat Cekak Hanafi di bawah peneraju Guru Utama Marwi Bin Latif, maka bermula lah era baru bagi Mad Radhi bersama kumpulan nya.
Tiada lagi kekeliruan dari segi halal haramnya saperti mana yang pernah dilafaskan dahulu oleh Mad Radhi " saperti makan ayam sembelih dengan tidak sembelih"
Semoga Mad Radhi mendapat rezeki halal selepas ini, Jika dulu Dia mengingatkan Pak Ak supaya berhenti dari menijazah/ mengajar silat Cekak kerana pendapatan itu di kira haram.
Cuma sedikit pesanan dari Pak Kaduk selepas ini, jadi lah seorang guru yang Sidiq lagi Murshik, jangan bohong anak murid, jangan ambil kesempatan dengan anak murid, jangan cabul anak murid, jangan riak dengan harta yang ada dan jangan ulangi perangai membezakan harta sendiri dengan harta anak murid, jangan cakap lagi "pen saya lebih mahal dari gaji si anu tu" dan jangan sakit hati dengan kejayaan anak murid.
Akhir sekali jangan buat harta anak murid macam harta sendiri jika belum di izinkan. Bersyukurlah dengan apa yang ada.