Bila GURU rencong 2

2006/09/14

Masa berlalu dan tanpa saya sedari, dalam kesibukan melaksanakan tugas dan menjalani kehidupan saya yang normal, dan dalam pada saya mencari jalan ke arah kebenaran, saya ke hulu ke hilir bagi mencari sesuatu yang akan memuaskan akal dan hati dalam memahami kemelut yang melanda silat cekak hanafi, saya terima pesanan sms ini yang dihantar ke telefon bimbit saya:

"Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia telah menggantung keahlian ANAK USTAZ HANAFI pada tarikh KEMATIAN USTAZ HANAFI. Tahniah kepada MURID BANGSAT yang telah menghukum GURU. Sebarkan!!! "

Terkejut besar saya dengan sms ini lalu saya cuba menghubungi si pengirim misteri. Malangnya tiada jawapan kepada panggilan yang saya buat walaupun deringannya tidak pernah tamat dari pagi ke petang, petang ke malam tiada siapa yang menjawab panggilan saya. Jadi, apakah tujuan mesej ini disebarkan? Mahu memporak perandakan persatuan atau menidakkan keputusan musyawarah? Siapakah yang menjadi dalang?

Tidak mengapalah kalau tak mahu jawab. Di sini saya cuma ingin kepastian kepada siapakah di tujukan sms itu dan siapa kah yang di maksudkan dengan ANAK MURID BANGSAT itu. Bukan apa, takut-takut si pengirim itu sendiri yang akan di BANGSATKAN kemudian hari.

Belumpun kes pesanan ringkas itu dirungkaikan, telefon bimbit saya sekali lagi menerima pesanan baru, tapi kali ini agak lain sedikit nada nya:

"Guru jangan sedih kalau setakat kena fitnah dengan murid bangsat, kata guru hebat cerita pasal tuhan hebat cerita pasal nabi macam pernah jumpa rilek lah, murid bangsat pun tak apa apa, murid macam mana pun duit habis. murid bangsat cari orang serah pada guru sekali majlis beribu. kawan awak hantar kat saya"

Tidaklah diketahui dari manakah datangnya pesanan SMS ini atau siapakah pengirimnya. Mungkinkah ini yang dipanggil 'war of sms'? Atau satu strategi perang psikologi?

Kemudiannya saya menerima lagi satu pesanan sms.

" Dapatkan penjelasan dari keluarga Almarhum Ustaz Hanafi malam ini di dewan tertutup pusat bandar damansara semua di jemput hadir- dari Benih Ustaz Hanafi "

Wah. Benih Ustaz Hanafi. Mendalam sekali nama panggilan itu. Adakah pengirimnya bersangkut paut? Bagi saya, ia ibarat 'Pucuk di cita ulam mendatang'. InsyaAllah saya akan hadir semoga dapat melegakan keserabutan dan kekusutan akal yang melanda.

insyaAllah..akan bersambung

Catat Ulasan