Bila GURU rencong

2006/09/14

Saya terkejut dan keliru bila di dalam keamanan yang sedang di lintasi ramai ahli-ahli silat cekak hanafi, ia tiba-tiba digolakkan dengan satu berita yang paling sensasi dan mengejutkan. Maka bergegaslah sekalian ahlinya mencari punca.

Tidak ketinggalan juga dengan saya, maka melata lah saya mencari di mana punca bermula, almaklum saya nih agak baru dalam aktiviti berpersatuan.

Saya cuba bertanya beberapa orang rakan, yang sama-sama belajar dulu di sebuah IPT di selatan tanah air, tapi semuanya sama macam saya juga: tak jelas dan keliru. Tetapi yang nyata rata-rata mereka dengar dari mulut Abg Mad sendiri yang Abg Mad sedang difitnah..Fitnah??

Betul ke difitnah?

Saya bertambah keliru maklumlah di zaman sekarang ini macam-macam boleh berlaku, dilakukan dan diperlakukan.

Maka saya teruskan lagi pencarian. Saya cuba berhubung dengan Abg-Abg yang telah lama berjuang di dalam persatuan ini - ada yang telah berjuang sedari awal silat cekak ini dizahirkan semula oleh Almarhum Ustaz Hanafi Hj Ahmad.

Malang sungguh, tiada maklumat yang ditemui semuanya berdiam diri sahaja seperti tiada apa yang berlaku di dalam persatuan.

Tiba-tiba peluang datang untuk terus dapatkan maklumat dari orang yang dituduh itu sendiri, iaitu Abg Mad sendiri di dalam satu majlis ijazah di sebuah IPT sekitar ibu kota. Seperti orang mengantuk disorongkan bantal, tanpa diminta Abg Mad sendiri memberi ceramah berkenaan dengan isu-isu semasa.

"Saya sedang di fitnah sekarang ini", katanya.

Tapi penjelasannya pada malam itu adalah dalam versi yang berbeza dari apa yang saya dengar sebelum ini dari rakan-rakan lain yang juga mendengar sendiri dari mulut Abg Mad dalam satu majlis yang lainnya.

Adakah Abg Mad benar-benar telah difitnah? Ataukah dia sendiri yang membuat fitnah?

akan disambung......

Anjing yang menyalak biasanya tak menjaga Tuan; Anjing yang berpusing mengeliling Tuan, itulah yang sebenarnya menjaga Tuan.

Catat Ulasan