Benarkah Amruddin hendak menjadi Guru? Siri 2

2006/10/04

Selepas Ustaz Hanafi meninggal dunia

Semasa Ustaz Hanafi masih ada, bolehlah dikatakan kehidupan keluarga beliau agak senang hasil dari pendapatan sebagai Guru Utama. Namun begitu setelah beliau meninggal dunia pada 13 Ogos 1986, percaya atau tidak yang Ustaz Hanafi tidak meninggalkan banyak harta baik wang ringgit mahupun lain-lain harta. Apa yang ada ialah dua kereta iaitu Volvo dan Proton Saga dan sebuah rumah yang didiami oleh Mak Teh sekarang. Rumah yang didiami oleh Mak Teh tersebut adalah hasil bantuan dan usaha Md Nasir dan kawan beliau di PKNS mendapat rumah tersebut untuk Ustaz Hanafi. Selepas Ustaz Hanafi meninggal, masih ada sebahagian bayaran yang belum di lunaskan dan sekarang siapa yang nak bayar? Nak harap anak-anak, hidup mereka dan keluarga mereka juga belum ’lepas’. Yang sudah berumahtangga pada waktu tersebut hanyalah Zainul Abidin dan Mokhtaruddin. Yang lainnya iaitu Jamaluddin, Mad Radhi, Fauzi dan Suraya masih belum berumah tangga. Suraya pada waktu tersebut baru berusia sekitar 15 tahun. Mereka juga bergantung hidup dengan Mak Teh. Masalahnya sekarang Mak Teh tidak mempunyai pendapatan lagi apabila Ishak Itam menjadi Guru. Siapa yang nak bagi duit kat mak Teh?

Penubuhan Tabung Amanah

Apabila mengenangkan perkara tersebutlah maka Amruddin tampil membuat cadangan dan menstrukturkan semula pembayaran pengkeras dan yuran. Dengan itu juga satu tabung khas diwujudkan yang dinamakan Tabung Amanah. Tabung Amanah ini diuruskan di bawah Majlis Muafakat Tertinggi adalah khas untuk membantu keluarga Ustaz Hanafi disamping untuk muslihat pembangunan pergerakan silat ini secara keseluruhannya. Jika sebelum ini, bayaran pengkeras sebanyak RM20.30 diambil semuanya oleh Guru Utama, tetapi berdasarkan cadangan yang dibuat oleh Amruddin, jumlah tersebut di bahagi dua iaitu kepada Guru Utama dan Tabung Amanah. Wang dari Tabung Amanah inilah digunakan untuk membayar elaun bulanan kepada Mak Teh untuk perbelanjaan beliau dan juga lain-lain perbelanjaan seperti memperbaiki rumah, cukai pintu dan cukai tanah, memperbaiki kereta volvo, perubatan dan juga lain-lain perbelanjaan seperti perkahwinan anak-anak, perbelanjaan hari raya dan sebagainya. Kenapa Amruddin melakukan ini semua? Seperti yang pernah dikatakan oleh Amruddin satu ketika dulu, anak-anak Ustaz Hanafi ini adalah seperti adik-beradik beliau sendiri. Kalau mereka ditimpa kesusahan, beliau juga akan merasa susah. Hubungan Amruddin dengan Mak Teh juga amat rapat dan begitulah juga ahli-ahli lama yang lain. Sehinggakan Ustaz Hanafi pernah berpesan kepada Mak Teh, ’Teh , kalau ada apa-apa masalah keluarga ataupun persatuan pergi carilah Amruddin dan Nasir (Md Nasir Arshad). Begitulah pesan Ustaz Hanafi kepada Mak Teh... Mungkin Mak Teh dah lupa.

Disebabkan kewujudan Tabung Amanah ini juga menjadi salah satu punca kenapa Ishak Itam tidak puas hati terhadap Amruddin. Ishak Itam pernah berkata bahawa wang dalam Tabung Amanah itu sebenarnya adalah wang beliau kerana di ambil dari sebahagian dari pengkeras guru. Ishak Itam juga pernah merungut dengan cawangan Johor pada satu ketika kerana tidak pernah menyerahkan bayaran yuran dan sebagainya kepada pihak pusat. Orang yang mengetuai cawangan Johor pada waktu tersebut ialah tidak lain tidak bukan Mad Radhi Hj Hanafi yang juga sebagai Yang Di Pertua cawangan Johor pada ketika itu. Ramai yang tahu apa yang dilakukan oleh Mad Radhi terhadap duit tersebut. Faham saja lah...... Ishak Itam juga pernah merungut yang Zainul Abidin menghabiskan duit Tabung Amanah. Apa alasannya Ishak Itam berkata begitu tidaklah diketahui. Tetapi ada yang mengatakan digunakan untuk membaiki kereta volvo yang semakin bermasalah pada ketika itu.

Berbalik tentang bayaran rumah yang diduduki oleh MakTeh sekarang yang belum diselesaikan. Siapa yang berusaha untuk menyelesaikannya? Ada tiga individu yang terlibat untuk melangsaikan hutang tersebut iaitu Amruddin, Md Nasir dan Kamarul. Mereka telah secara senyap dan melalui usaha merekalah, bayaran rumah tersebut diselesaikan. Begitu jugalah dengan anak-anak Ustaz Hanafi yang belum berumah tangga. Semasa majlis perkahwinan mereka (samada sebelum dan selepas) siapakah yang kehadapan yang melaksanakan dan mengkodinasikan tugas dari mula hingga akhir majlis termasuklah soal bayaran dan tenaga kerja. Tidak lain tidak bukan Amruddin Hj Buang dan sahabat rapat beliau yang kesemua mereka anak murid Ustaz Hanafi Haji Ahmad.

Hingga ke hari ini, Mak Teh menerima elaun bulanan dari Tabung Amanah sebanyak RM2,000.00 sebulan. Disamping itu, Mak Teh juga menerima sebuah kereta Proton Waja yang digunakan sekarang secara percuma. Kereta tersebut adalah untuk mengantikan kereta volvo yang telah usang. Bayaran muka serta bayaran ansuran lebih RM700.00 sebulan dibayar melalui Tabung Amanah. Semua urusan tersebut dilaksanakan secara berterusan hingga ke hari ini oleh Kamarul Baharaini selaku Bendahari MMT.

Kenapakah Amruddin bersusah payah dan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan kebajikan Mak Teh terjaga? Apakah yang Amruddin mahukan dari usaha-usaha beliau? Dan soalan yang menjadi topik perbincangan sekarang, benarkah Amruddin mempunyai muslihat tertentu untuk menjadi guru seperti yang dicanangkan oleh Mad Radhi dan juak-juak beliau? Benarkah Amruddin memburuk-burukkan keluarga Ustaz Hanafi demi untuk mencapai matlamat beliau? Agak singkat fikiran mereka apabila menuduh orang yang banyak berjasa kepada pengerakan ini dan juga keluarga Mak Teh ini mempunyai muslihat tertentu......

Apakah kesalahannya Amruddin ini sehingga dibenci dan di takuti oleh Mad Radhi? Sehinggakan sanggup Mad Radhi melebelkan Amruddin sebagai dalang untuk menjatuhkan beliau. Bahkan juak-juak Mad Radhi bertindak lebih kurang ajar terhadap Amruddin dengan kata-kata kesat dan maki hamun. SMS yang dihantar semuanya dengan kata-kata kesat dan menyindir yang datang dari menantu dan cucu Ustaz Hanafi sendiri. Apakah kerana beliau mempunyai pengaruh dan karisma serta pengetahuan yang mendalam terhadap perjuangan ini menjadi puncanya beliau dicurigai untuk menjadi guru? Apakah kerana beliau yang terlibat secara langsung dalam menstrukturkan semula pengurusan dan pentadbiran pergerakan ini seperti yang ada sekarang ini yang dilihat bakal memberi masalah kepada Mad Radhi?

Sepatutnya Mad Radhi bersyukur kerana ada seorang manusia yang bernama Amrudddin. Kenapa dikatakan begitu?....


Sambung Siri 3

Catat Ulasan