Benarkah Amruddin hendak menjadi Guru? Siri 1

2006/10/04

Apabila mendengar berita Tn Hj Amruddin telah meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden, hati menjadi sedih dan sayu. Lantas terfikir juga satu soalan, ’Sampai di sini sajakah perjuangan Abang Am dengan silat ini? Abang Am yang saya kenali adalah seorang yang berjiwa kental, seorang pejuangan yang tidak mudah menyerah kalah dan sentiasa meletakkan perjuangan ini di pentas yang paling atas dalam diari kehidupan beliau. Reputasi beliau sebagai seorang pentadbir yang cekap dihormati kawan dan lawan. Pergilah ke mana-manapun di pelusuk tanah air, dalam banyak kepimpinan silat ini yang akan disebut oleh orang adalah Amruddin. Ketokohan dan keperibadian beliau teserlah dan dikagumi. Malah di zaman ’pemerintahan’ Al-Marhum Ustaz Hanafi, beliau di beri ’lesen penuh’ oleh Ustaz Hanafi untuk melakukan apa-apa perkara yang dikira baik untuk persatuan. Sehinggakan pernah Ustaz Hanafi berkata, ’Apa yang Am cakap, adalah cakap aku’. Itulah petanda yang Ustaz Hanafi amat sayang dan percaya kepada beliau.

Namun itu semua cerita lama. Cerita itu lebih 25 tahun dahulu. Sekarang suasananya berbeza. Guru juga sudah berbeza. Walaupun sekarang ini gurunya adalah anak Al-Marhum Ustaz Hanafi sendiri, tetapi perwatakan, pembawakan, pemikiran dan pergaulan adalah tidak sama dengan Ustaz Hanafi. Ustaz Hanafi berdiri dengan sendiri. Beliau tidak menumpang kekuatan orang lain. Beliau adalah manusia yang berada pada kelas yang tersendiri dan tidak boleh ditiru. Guru sekarang tidak ada ’pembawakan’ tersendiri. Cuba meniru cara Ustaz Hanafi, tetapi tidak menjadi.

Namun persoalannya, mengapa sekarang beliau mengundurkan diri? Apakah sudah hilang kekuatan yang ada selama ini dalam membina kekuatan persatuan dan membentuk imej persilatan ini. Seorang pejuang yang amat kita sanjung sejak dari awal penglibatan kita dengan silat ini telah mengundurkan diri dari perjuangan yang beliau sendiri rintis bersama Ustaz Hanafi. Apakah sebabnya? Apakah motifnya? Apa muslihatnya? Ada sindiran nakal yang berkata Amruddin letak jawatan sebab nak jadi GURU.... Betul kah? Kalau betul kenapa sekarang? Kenapa tidak selepas Ustaz Hanafi meninggal? Kenapa dibiarkan Ishak Itam mengambil alih tampuk pemerintahan? Dan kenapa dibiarkan Mad Radhi merampasnya dari Ishak Itam? Kenapa? Kenapa?.....

Tn Hj Amruddin yang dilahirkan pada November 1952, diawal perkembangan silat ini di Kuala Lumpur telah membantu Ustaz Hanafi sejak beliau berumur sekitar 19 tahun. Hari ini beliau berumur hampir 54 tahun dan telah terlibat dengan perjuangan silat ini selama hampir 35 tahun. Ini bermakna hampir ¾ dari hayat beliau menghambakan diri dengan perjuangan silat ini. Beliau juga telah melalui zaman peralihan kepimpinan bersama Al-Marhum Ustaz Hanafi selama 15 tahun , bersama Tn Hj Ishak Itam selama 7 tahun dan bersama Mad Radhi sekarang selama 13 tahun. Ramai dari kita yang ada sekarang ini yang belum lahir, beliau telah pun menerajui persatuan. Ramai dari juak-juak Mad Radhi yang cuba bertindak kurang ajar dengan Amruddin ini, belumpun kenal apa itu Silat Cekak, Amruddin telahpun berkecimpungan dengan perjuangan ini. Malah, guru sekarang ini baru berusia 10 tahun semasa Amruddin terlibat dengan silat. Budak yang berumur 10 tahun apa yang dia tahu tentang perjuangan?

Pernahkah Amruddin menceritakan kehebatan beliau? Pernahkah beliau mendabik dada mengatakan beliau adalah yang terbaik dan terhebat serta yang paling mengetahui selok-belok persilatan? Pernahkah juga beliau menunjuk-menunjuk apa yang beliau ada? Orang rapat-rapat mungkin boleh menjawab dengan tepat. Kita yang tidak rapat mungkin tidak boleh jawab, tetapi secara sepintas lalu, susah kita nak dengar Amruddin bercerita tentang diri beliau. Sehinggakan berapa jumlah adik-beradik beliau pun kita tidak tahu. Tetapi sekurang-kurangnya kita kenal dua orang adik beliau yang turut sama terlibat dalam pergerakan ini iaitu Amrahi (Bendahari Agung) dan juga Amrullah. Keluarga beliau bukanlah keluarga yang biasa sebenarnya. Ketua Audit Negara sekarang, Tan Sri Ambrin Buang adalah abang kepada beliau. Ada lagi nama-nama lain yang kita tidak berapa kenal seperti Amriah Buang (kak beliau) dan lain-lain. Rangkaian adik-beradik dan sedara-mara beliau juga bukanlah orang-orang yang tiada kedudukan dalam masyarakat kita hari ini.

Bersambung Siri 2

Catat Ulasan