Persoalan yang mungkin terjawab

2006/11/12

Ramai agaknya yang tertanya tanya benarkah perkara perkara yang di didedahkan oleh Pak kaduk ini atau hanya sebuah FITNAH, Ramai diantara mereka terkedu dengan apa yang telah didedah dan dibogelkan oleh Pak Kaduk tak kurang juga yang tidak boleh menerima pendedahan ini terutama nya mereka mereka yang terdiri dari juak juak yang taksub melampau tu, mereka juak juak ini bukan nak pergi siasat apa yang telah didedahkan atau berjumpa sendiri dengan mereka mereka yang telah Pak Kaduk sebut, yang mereka pergi jumpa adalah orang orang yang tak ada kena mengena dengan 'kes' saperti Penyelia kelas atau pun YDP. Sedangkan mereka sendiri tidak tahu kedudukan Penyelia atau YDP itu sendiri macammana, kalau mereka itu ( Penyelia / YDP) mendapat maklumat dari Mad Radhi atau juak juak nya sahaja macam mana? Fitnah sahaja lah kisahnya dan dalam masa yang sama melarang jurulatih mereka atau AJK untuk mendapatkan maklumat dari mereka yang sepatutnya.

Pernah diceritakan kepada Pak Kaduk melalui unit siasatan Pak Kaduk, terdapat ada ramai penyelia yang tidak dapat membezakan kedudukan nya sebagai Penyelia dan YDP, Pernah dikabar kan suatu ketika dulu ada Penyelia yang jarang hadir ke kelas latihan, tidak menyumbang apa apa kepada kelas latihan selain kehulu kehilir dengan Mad Radhi, almaklumlah orang Mad Radhi buat apa pun tak apa, sahinggakan bila bertanya dengan pelatih nya siapa penyelia? mereka hanya sekadar menyebut nama sahaja tapi tak kenal orang macam mana dan adakalanya tersalah sebut nama pun ada nampak sangat pelatih tak kenal siapa penyelia mereka.

Ada juga Penyelia yang bertindak melebihi kuasa YDP, Disini Pak kaduk rasa LPT pun bersalah juga kerana meletakkan taraf Penyelia terlalu hampir dengan Guru Utama atau kata lain 'Wakil Guru utama' sedangkan semua Jurulatih adalah wakil kepada guru utama dan tanggungjawab Penyelia adalah terus kepada LPT ( mungkin ada antara Penyelia ini yang tak baca atau tak terima buku perlantikan sebagai Penyelia agaknya) itu yang jadi besar kepala ( tak semua lah sorang dua sahaja yang lain OK ), Tak apalah Pak Kaduk tak mahu memeningkan kepala ahli ahli LPT yang sekarang ini memang tengah pening, juga kepada ahli MMK yang gagal memaklumkan seawal dulu kepada setiap ahli MMN atau YDP cawangan kemelut yang melanda ( sekali sahaja ada di bentangkan tapi tiada turutan ini menyebabkan mereka mereka di cawangan mendapatkan info dari sumber 'kedai kopi', kalau dapat info yang benar tak apa lah, tapi ini lah jadinya jika mereka mendapat info yang haru biru dan Mad Radhi dengan juak juaknya pulak kehulu kehilir sejak bulan Mach lagi sebarkan kata GU di fitnah.

Tak apalah biarlah LPT dan MMK yang memikirkan hal ini untuk kebaikkan masa hadapan supaya tak berulang.

Pak Kaduk pernah dihujani dengan pelbagai soalan dan yang paling popular adalah kenapa kes ini tidak di buat laporan polis, ini pak Kaduk tak boleh jawab ketika itu, walaupun ada ura ura mengatakan kes ini telah pun di buat laporan polis oleh keluarga mangsa jika tidak masakan Harian Metro berani mengeluarkan artikal tersebut walaupun nama pelakunya di tukar dan Setiausaha PESAKA pun talah membuat kenyataan balas pada ke esokkan harinya.

Hendak dijadikan cerita hari Jumaat (malam Sabtu) baru baru ini Pak Kaduk telah menghadiri jemputan majlis jamuan Hari Raya di rumah seorang rakan lama Pak Kaduk, ramai lah yang hadir pada malam tu, turut hadir pada malam itu adalah seorang rakan Pak Kaduk yang bertugas sebagai Ketua Polis Kontinjen Daerah yang baru baru ini telah di anugerahkan pingat dan bergelar 'Dato' juga beberapa orang rakan yang masih lagi berkhidmat didalam Jabatan Polis Di Raja Malaysia.

Salah seorang rakan Pak Kaduk yang tahu aktiviti Pak Kaduk telah bertanyakan hal Persatuan kepada Pak Kaduk, Pak kaduk hanya menjawab mana mana yang patut sahaja tak mahu lerlebih dan takut tersilap cakap, sebab Pak Kaduk masih ingat pesan Almarhum Ustaz Hanafi satu ketika dulu. Dalam pada itu Pak Kaduk mengambil kesempatan untuk bertanya "tolong lah tengok ada tak perkara ini telah di buat laporan polis" dan kawan Pak kaduk ini telah mengesahkan bahawa laporan tersebut telah pun ada di balai polis ( tempat laporan itu dibuat nanti Pak Kaduk siarkan bila mendapat salinan laporan tersebut dan akan Pak Kaduk siar kan di blog ini dengan izin) sambil berkata "beri pihak polis masa untuk menyiasat kes ini dengan teliti sebelum kita ambil tindakan mungkin ambil masa sedikit"

Jadi sahlah kes ini telah pun di buat laporan polis tunggu masa dan ketika nya saja siasatan dimulakan. Pada Pak Kaduk, faham benar dengan tugas tugas polis nih.

Pak Kaduk akan menutup blog Pak Kaduk ini bila sampai masa dan ketika nya, saperti mana yang di sarankan oleh rakan rakan Pak Kaduk atau pun jika ada arahan pihak Polis mahupun dari perintah Makamah bukan kerana saranan Mad Radhi, saranan Mad Radhi hanya sah buat juak juak dia sahaja. Pada Pak Kaduk pantang larang pertama Silat Cekak itu terbatal bila mana Mad Radhi mula BERBOHONG bila berbohong ia hilang sifat Sidiq.

Saperti kata Pak kaduk tempoh hari "sedetik kau menista ahli lama sejengkal buruk laku mu akan ku dedah" walaupun ada yang mengatakan tidak baik mendedahkan aib orang, Pada Pak kaduk bukan suka suka nak dedahkan aib orang tapi sebagai pengajaran dan peringatan kepada Mad Radhi dan juak juaknya itu " awak bukan lah bersih sangat" jangan suka suka mengBANGSATkan orang yang tak sehaluan dengan kita, jangan sesuka hati mela'natkan kan orang macam lah diri tu maksum, suluh lah diri tu rata rata.

Seseorang yang benar-benar beriman,bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang mereka lihat dan dengar. Allah menyeru umat Islam di dalam Al-Quran:

Mengapa kamu enggan berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik lelaki, wanita, mahupun kanak-kanak yang semuanya berdoa: "Ya Tuhan kami. Keluarkanlah kami dari negeri ini yang mempunyai penduduk yang zalim, dan berilah kami pelindung dari sisi-Mu. Dan berilah kami penolong dari sisi-Mu." (An-Nisaa',75)

Catat Ulasan