Apakah kandungan surat Pn Azizah kepada Suraya Hanafi?

2006/11/26

Pak Kaduk baru-baru ini mendapat dua naskah surat tulisan tangan dari seorang rakan yang mahukan Pak Kaduk laporkan di dalam ruangan Pak Kaduk untuk tatapan semua. Pada mulanya Pak Kaduk terkejut juga apabila melihat kedua-dua surat tersebut. Apa tidaknya, sebelum ini Pak Kaduk hanya mengetahui bahawa hanya ada satu surat sahaja yang dikirimkan kepada Mak Su (Suraya Hanafi) oleh isteri Setiausaha Agung, En Ramli Rahman. Tetapi bila melihat surat kedua ini, tahulah Pak Kaduk rupanya ada cerita disebalik surat ini. Rupanya surat kedua ini telah disimpan dengan kemas oleh juak-juak Mad Radhi supaya jangan terlepas ke tangan pihak lain. Yang dijaja keutara selatan timur dan barat adalah surat pertama tersebut yang mengatakan bahawa semua peristiwa yang berlaku adalah hanya lakonan. Surat pertama tersebut juga telah diedarkan dengan meluas oleh Jamaluddin Hanafi di Penang dan utara tanah air, dan juga ahli keluarga Ustaz Hanafi iaitu Mokhtaruddin Hanafi, Suraya dan suami beliau, dan segala cucu cicit Ustaz Hanafi. Tetapi surat kedua tersebut sampai hari ini tidak pula diedarkan. Kenapa? Mesti ada sebabnya. Mereka tak mahu cerita sebenar terbongkar!

Jika kita membaca surat pertama sahaja, kita juga menjadi keliru dan sebenarnya tidak tahu apa yang berlaku. Namun apabila membaca surat kedua, barulah kita faham apa sebenarnya. Di sini Pak Kaduk nak mohon maaf kepada pihak-pihak yang berkenaan kerana menyiarkan surat tersebut, bukanlah Pak Kaduk mahu mengaibkan sesiapa, tetapi sekadar ingin memberikan gambaran yang sebenar kepada orang ramai tentang peristiwa yang berlaku. Janganlah kita mengambil cerita yang sekerat-sekerat kelak kita sendiri jadi keliru.

Suka Pak Kaduk nyatakan disini, surat pertama (bertarikh 6 Julai 2006) dikeluarkan selepas surat aduan yang dihantar oleh Sdra Nizam bertarikh 3hb Julai 2006 kepada persatuan iaitu sehari sebelum Mad Radhi hadir memberi keterangan kepada jawatankuasa penyiasat (Mad Radhi hadir memberi keterangan pada 4 Julai 2006). Surat oleh Shahrul Nizam itu adalah aduan beliau kepada persatuan yang mengadu bahawa Pn Azizah telah memfitnah Guru Utama dan meminta persatuan mengambil tindakan. Surat kedua Pn Azizah dihantar kepada Suraya Hanafi dua minggu selepas surat pertama dihantar.

Surat Sharul Nizam ini di bawa oleh Azhar Ali (ahli jawatankuasa penyiasat), manakala surat Puan Azizah ini pula dibawa oleh Mokhtaruddin Hanafi (juga ahli jawatankuasa penyiasat) ) untuk diserah kepada Tn Hj Yahaya. Tujuan kedua-dua surat ini di bawa kepada jawatankuasa penyiasat adalah untuk mempengaruhi jawatankuasa penyiasat supaya memihak kepada Mad Radhi. Setahu Pak Kaduk, jawatankuasa penyiasatan yang diketuai oleh Tn Hj Yahaya telah menolak surat Sharul Nizam dan juga surat Pn Azizah ini dengan alasan siasatan yang sedang berjalan adalah kes aduan salah laku seperti mana yang mereka adukan. Jadi Pak Kaduk rasa juak-juak Mad Radhi ni pun bengung, si Azhar Ali, Mokhtaruddin dan termasuklah Pengarah Kemas negeri Selangor ini iaitu Sdra Shahrul Nizam Jantan yang tak tahu peraturan gamaknya.

Mari kita baca isi kandungan surat tersebut dan kita kaji apa sebenarnya yang telah berlaku.

Surat Pertama

Assalamualaikum..

Mak Su, watak “sebagai seorang penabur fitnah dan pengkianat..” telah berjaya K. Zah lakonkan dgn jayanya dan telah berakhir. Watak itu saja K. Zah wujudkan untuk kebaikan. Tapi impaknya terlalu besar…Itu yang harus K. Zah hadapi …..Tujuan K Zah satu je….semua telah saling bersatu baik keluarga dan teman2. Apa pun K Zah mohon ampun dan maaf kepada Mak Su sekeluarga terutamanya bonda Mak Teh kerana ini hanya lakonan semata. Tiada kaitan dengan dgn sesiapa hanya diri ini sahaja yg bertanggungjawab. Apa2..pun biarlah rahsia.

Kak Azizah
6/7/06


Surat Kedua

19 Julai 2006
Assalamualaikum wbt..

Mak Su,

Kad yang Kak Zah layangkan tempohari hanyalah untuk Mak Su dan bukan untuk tatapan umum dan bukan bahan bukti bagi orang yang pengecut. Kak Zah layangkan pun berikutan menerima surat pertuduhan saudara Nizam Vellu dan hanya untuk menjaga hati bonda Mak Teh.

Kak Zah nak beritahu bahawa Kak Zah tidak pernah mengatakan bahawa Kak Zah menarik balik kenyataan yang Kak Zah beri. Tidak sekali-kali. Maksud Kak Zah tidak sampai ke situ. Kenyataan yang K. Zah tetap K. Zah pertahankan. Itulah bukti kenyataan yang sebenar2nya yang Akak simpan selama 13 tahun. Oleh kerana perkara yang sama berlaku dan timbul, maka K. Zah bangkit menegakkan kebenaran. Kebenaran tetap K. Zah perjuangankan walaupun rumahtangga K. Zah menjadi korban.

K. Zah bangkit sebagai saksi pun bukan untuk kepentingan diri, tetapi untuk mempertahankan kebenaran terhadap adik2 yang telah dicabul dan dianiaya oleh orang ‘yang dipercayai’, dihormati lagi ‘istimewa’. Apa yang berlaku ke atas mereka adalah benar belaka bukan fitnah, bukan rekaaan, bukan lakonan, itulah yang sebenar-benarnya yang terjadi.

Sebelum ini K. Zah katakan itu semua lakonan untuk menenangkan keadaan sahaja – lakonan tetap lakonan.

Sekarang ini K. Zah perjelaskan di sini sejelas2nya kerana kad K. Zah telah disalah ertikan dan dieksploitasikan untuk kepentingan individu. Untuk pengetahuan Mak Su pada pagi Isnin sewaktu isteri saudara Nizam Velu bertanya khabar K. Zah, beliau sendiri telah mengetahui semua cerita terkini melalui suaminya sendiri. Suaminya telah dapat cerita ini daripada seseorang yang boleh dipercayai. Yang menjadi persoalannya, kenapa orang yang pertama sampaikan cerita itu tidak pula dikatakan telah sampaikan cerita2 berunsur fitnah dan tidak dakwa dia sebagaimana saya didakwa dengan. Kenapa?? Saya mangsanya. Padahal isteri saudara Velu yang bertanyakan itu? Ini? Betul ke? Gitu? Gini? Cerita tu?? Untuk pengetahuan dia K. Zah ceritakan apa yang isteri Velu nak tahu. Bukan menyampaikan tuduhan fitnah. Di sini, K. Zah dapat lihat betapa saudara Nizam Velu memang ada agenda tersendiri untuk memburukkan K. Zah sebagai saksi dan merosakkan kepercayaan di atas kebenaran. Tahniah buat saudara Nizam Velu, terima kasih.

Berbalik kepada cerita 13 tahun yang lalu, siapakah K. Zah ini, siapa yang nak percaya cakap Kak Zah ketika itu. Apa lagi K. Zah sangat sayang dan menghormati bonda Mak Teh. Tak sampai hati K. Zah nak bagitau, Kak zah telah dianiaya oleh ahli keluarga Mak Su sendiri. Telah diperlakukan dengan cara yang tidak sepatutnya malah telah diugut pula. Itulah, bila Kak Zah cakap yang benar dikatakan ‘penabur fitnah’.

Untuk pengetahuan Mak Su dua hari sebelum YM pergi memberi keterangan, beliau telah mengugut secara baik ‘kalau K. Zah tarik balik kenyataan , beliau tak cerita apa2, tapi kalau tak tarik balik kenyataan, beliau akan dedahkan semua keburukan isteria2 dan lagi katanya ‘nak tarik balik masih sempat lagi’. Kak Zah tetap berpegang teguh pada pendirian , ‘berani kerana benar’. Sesungguhnya K. Zah telah mempertaruhkan kebahagiaan rumahtangga sendiri untuk menegakkan kebenaran. Sepatutnya K. Zah jadi pelakon sampai bila-bila, biar orang tak tahu. Supaya ramai lagi orang jadi mangsa…. Apa salahnya, kitakan pelakon!

Mak Su, kalau dari dulu lagi Kak Zah tahu dalam rumah Mak Su ada ‘musang berjanggut’, Kak Zah tak mungkin jadi mangsanya. Sebab itulah ada satu ketika bila lama K. Zah tak datang, K. Zah cuma cakap sibuk sikit. Tidak mahu keruhkan keadaan . K. Zah datang macam tak ada apa2 berlaku…. Untuk menjaga semua hati, K. Zah diamkan saja perbuatan terkutuk itu.

Kad yang Kak Zah kirim hanya untuk menguji kejujuran Mak Su. Sekurang2nya K. Zah tahu buat masa ini sesiapa pun K. Zah tak boleh percaya. Jadi terima je kutukan orang.

Akhir sekali, sekali lagi ampun dan maaf di pohon kepada bonda Mak Teh, bonda jelah contoh selama ini K. Zah banggakan penyambung warisan dan perjuangan Ustaz Hanafi yang sebenar. Kasih ibu bawa ke syurga. Maafkan K. Zah kerana membuka perkara ini dan mendukacitakan bonda. Tetapi sepatutnya permohonan maaf itu datang dari pelakon ‘musang berjanggut’. Berkatalah benar walaupun pahit. Siapa sebenarnya yang mengkianati perjuangan Allahyarham Ustaz Hanafi dan sepatutnya menjadi tunggak anak bangsa menyambung perjuangan beliau, BUKAN MENCARI HABUAN?

Sekian,

Yang benar,

KAK ZAH

Catat Ulasan