Dato Paduka Raja Menjilat

2006/11/23

Para ulama ada menyebutkan "li kulli syaiin sababun" , yakni setiap sesuatu itu bersebab.

Tidak kah kita terfikir kekalutan yang berlaku hariini mempunyai dan berkait dengan sebab?Mengapa setelah sekian lama timbul kisah jijik jilat menjilat? , kisah bohong Mad Radhi didedah? Pincang kepimpinan Mad Radhi terselah dan macam macam kisah lagi. Dari sebuah keluarga yang di hurmati dan disanjungi kini segala yang tersembunyi dan menjadi rahsia pada suatu ketika dulu hampir semuanya terlondeh, kenapa? tidak kah ini sebagai penyebab jatuh nya zaman Mad Radhi, saperti kata Mad Radhi sendiri sesuatu itu akan berlaku dengan bersebab tetapi sedar atau tidak si Mad Radhi ini akan sebab mengapa dia di aibkan? Sebabnya mudah, diri dia sendiri yang menjadi penyebab di aibkan.

Dah lama sudah Allah memberi peringatan kepada Mad Radhi ini, dari kes kemalangan kereta WFT7, kejadian pecah masuk rumah Mak Teh, Kegagalan membeli pingat 'Dato', serangan penyakit kencing manis dan yang lain lain nya.

Allah Subhaanahu wa Ta'ala berfirman: "Dan tidaklah kami mengirimkan tanda-tanda itu kecuali untuk menakuti". ( ِِِِAl Isra: 59).

Sesungguhnya Allah telah memberi amaran kepada manusia yang bernama Mad Radhi ini dengan tanda-tanda kekuasaan yang Dia kehendaki, agar Mad Radhi mengambil pelajaran, ingat dan kembali kepada landasan yang betul.

Tetapi apa yang di dapati Mad Radhi semakin rancak melayan nafsunya dan lupa akan perjuangan dan tanggungjawab yang telah di amanahkan.Dari hari ke hari semakin rakus meratah kalau boleh setiap anak gadis yang 'jernih' nak diratahnya. Hujungnya sekarang inilah yang dia hadapi di aib dan dimalukan, didedah segala keburukkan tingkah lakunya, disebabkan kesilapan dan kealpaan diri dia sendiri dan bukan kerana sakit hati atau benci orang orang lama.Bukan itu sahaja malahan setiap angota keluarga Almarhum terbabit sama, amat memalukan angkara sebab Mad Radhi ini atau sekarang ini telah popular dengan pangilan Mad Jilat @ sebutan ini diperkenalkan oleh Mr Joker iaitu abang Mad Radhi sendiri bukan dari orang lain, abang nya sendiri yang mengelarkan Mad Radhi ini Mad Jilat.

Pak Kaduk di pahamkan kemalangan yang melibatkan kereta Merc WFT7 berlaku setelah kesahihan pemilikkan kenderaan itu menjadi tanda tanya dan bahan bualan ramai ahli silat. Benarkah kereta itu milik ahli perniagaan dari Brunai? atau kereta itu adalah milik seorang rakan YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam (Menteri Besar Melaka) yang tidak mahukan lagi kenderaan itu dan menjualnya kepada Mad Radhi, atau Mad Radhi membelinya sendiri di kedai? Betapa besar punya pembohong si Mad Radhi nih sahinggakan habis semua ahli ahli lama termasuk yang duduk di kerusi LPT di tipunya, patutlah berlakunya kemalangan itu dan nak dijadikan cerita kereta WFT7 itu masih boleh dilihat di kedai baik pulih kenderaan (workshop) di Kajang. Tidakkah ini dilihat sebagai amaran dari tuhan?

Rompakkan di rumah Mak Teh di Keramat, kejadian ini berlaku selepas ramai ahli ahli silat cekak hanafi di cawangan dan IPT di berikan sekeping kertas yang di katakan sebagai 'pendinding rumah' oleh Mad Radhi, Hujungnya rumah Mak Teh kena rompak, agaknya kertas pendinding rumah tu lupa nak tempek kat rumah Mak Teh agaknya. Yang mana pada kejadian itu seluruh keluarga Mak Teh yang tinggal dirumah itu kena ikat termasuk "Wak Ang' orang kuat dan pengawal peribadi Mad Radhi sekarang ini. Kalau dilihat akan kejadian ini tidak kah ianya berupa amaran buat Mad Radhi, tidak kah ini dilihat sebagai melakukan amalam karut walaupun ada yang mengatakan ianya adalah satu ikthiar sahaja, kalau nak ikthiar pasang sahajalah 'mangga' atau upah pengawal keselamatan pun di kira ikthiar juga.Jika dahulu rumah Mak Teh dikatakan ada penunggu@ 'pengawal halus' oleh pengikut pengikut Pak Ak. Tidak kah kita sedar ini juga satu amaran dari tuhan buat Mad Radhi?

Kegagalan membeli pingat 'Dato'? yang boleh menjawabnya adalah Saudara Nizam yang kini menjadi jurukempen untuk Mad Radhi dan bakal menduduki kerusi LPT bayangan Mad Radhi. Apa yang di kabarkan sendiri oleh Mad Radhi adalah beliau telah menolak satu kurniaan pingat Dato hanya kerana pingat itu datang dari negeri Melaka dan beliau hanya mahu menerima pingat kurniaan dari Pahang atau Selangor sahaja, wah boleh pilih pilih pulak pingat dari negeri mana? dasar tak sedar diri dan tak tahu bersyukur. Akhirnya dimalukan dengan kisah membeli pingat, tak apa nanti kita tolong dapatkan pingat AMJ (AHLI MAD JILAT) yang boleh membawa gelaran Dato Paduka Raja Menjilat. Pendedahan yang memalukan ini adalah petunjuk mula dari tuhan kepada Mad Radhi, jangan lari dari perjuangan Almarhum Ustaz Hanafi.

Kini bila nafsu bertambah besar dan tak mampu dikawal batas iman Mad Radhi melangkah lebih jauh dan lebih berani mereka cipta ciptaan, istilah istilah dan petua petua baru, menyampaikan petua petua karut marut yang menjadi ikut ikutan juak juak nya. Bila ditanya ini siapa yang ajar? dengan bangga mereka berkata orang lama pun tak ada petua ini kerana Ustaz bagi pada Mad Radhi sahaja. agaknya petua menjilat nih aruah Ustaz yang bagi agaknya itu sebab orang lama lama tak ada ilmu macam ini.

Mencabul gadis sunti yang kini menjadi cerita ngeri lagi sensasi dan sungguh mengaibkan buat Mad Radhi dan seluruh keluarga Hanafi, telah menjadi petunjuk akhir yang tuhan sudah tidak bersama dan doa berkat "Guru" Mad Radhi tidak menjadi senjatanya lagi, Pakaian 'Guru' telah dirobek robekkan, tengkolok 'Dendam Tak Sudah' telah di jatuhkan dan disudahkan menjadi 'siput sudu' kira beruntung tak menjadi 'siput babi', Lading berulukan tandok kerbau balau betina telah sumbing mata sejengkalnya, Wali Jantan ukuran 'jengkal sesudut' telah terbalik matanya kini menala kebumi bukan lagi kelangit. Bertaburanlah si 'bisik semak', berlarian si 'sendi gendang', berterbangan 'kipas nandung' mencari tuan barunya yang lebih memahami dan menghayati 'Hikam', yang tinggal hanya sisa sisa 'Ibu Gayong' yang terketar ketar bila berdepan dengan gadis sunti berumur 16 tahun yang ibu nya juga seorang Sri Kandi Cekak Hanafi yang aktif.

Sedang Panglima Belangtara terpaksa bersembunyi di belakang ibunya yang sudah di penghujung usia.

Sudah sudahlah Mad Radhi kembalilah kepangkal jalan usah dilanjutkan lagi cerita bohong kau tu, tunggu sahaja masa dan ketika kiblat kau akan di tetapkan.

Catat Ulasan