Lapan Bulan Berlalu
2006/11/09
Masak agaknya jemala akal bila membaca kisah yang baru Pak Kaduk dedahkan kisah Mad Radhi vs WANITA jangan sampai ada yang histiria sudah.Walaupun amat memualkan bila membacanya tetapi itulah realiti kehidupan masa lampau Mad Radhi ini.
Pada Juak juak dan bekas juak juak yang terlibat dengan kisah WANITA tu mesti tersenyum atau tersengih sumbing macam kambing kesejukan.Kepada yang melaluinya akan tersenyum atau sekurangnya tersandar di kerusi bila membaca kerana tersedar dan mengenangkan perkara yang berlaku masa tengah 'seronok' dan 'mesra' dulu dulu. Pada yang baru nak 'berjinak' dan 'bermesra' atau baru nak jumpa 'jalan pulang' akan berasaplah jemala akal
memikirkan duduk perkara GURU tersohor ini.
Terpulanglah pada rakan rakan, Pak Kaduk hanya mendedahkan sahaja akan kepingcangan salah laku Mad Radhi, sekadar ingin menyedarkan dia supaya beringatlah, kembalilah kepangkal jalan dah jauh sangat sangat terlajak nya tu. Kepada yang masihlagi di buai mimpi indah ciptaan Mad Radhi sudah sudahlah, gunakan lah akal yang dikatakan waras tu, telinga yang dikatakan tidak pekak dan mata yang tidak buta, Mahukah kita bergurukan seorang yang boleh membawa kerosakan? nak membawa ke jalan Muhammad konon, dia sendiri pun haru biru bluse.
Esok 10.Nov 2006 genaplah 8 bulan kejadian MENCABUL gadis sunti anak seorang rakan kita dan kebetulan jatuh juga pada hari Jumaat oleh seorang yang dikatakan 'hebat' seorang yang 'serba serbi tahu' dan seorang yang 'serba boleh' siapa lagi kalau bukan Mad Radhi si 'Harimau Belantara'.
Diam tak diam dah berlarutan dah kejadian ini dari semasa ada kuasa dan tahta sahinggalah dah hilang kesemuanya termasuk keharmonian dan kedamaian didalam persatuan Seni Silat Cekak Hanafi yang kita sayang ini, dah jauh perjalanan cerita ini nampaknya.
Baiklah kita lupa kan sebentar kisah kisah yang Pak Kaduk ceritakan sebelum ini, Kisah Mad Radhi dan Wanita dan kisah kisah sensasi yang lainnya, tunggulah bila Pak Kaduk dapat bukti yang sah akan Pak Kaduk siarkan di laman ini, Pak Kaduk kan suka mengkaji, bukan main dengar cakap sahaja.
Baik kembali kita kebelakang lapan bulan yang lalu, tertanyakah diri kita mengapa hal sedemikian tidak boleh diselesaikan dalam jangka waktu yang singkat? mengapa diketika itu Mad Radhi yang masih lagi berjawatan Guru Utama tidak dapat selesaikan masalah yang dia sendiri katakan FITNAH itu, jatuh kah martabat GURU nya jika dia pergi berjumpa keluarga Mangsa dan selesaikan perkara itu dengan secepat mungkin,kenapa tidak dia selesaikan masalah itu jika benar dia di FITNAH sedang dia tahu siapa kah gerangan mereka mereka yang dikata memfitnah dirinya itu.
Kalau di ikutkan urutan kronolgi yang di bentangkan oleh MMK Pak Kaduk tidak nampak pun tiada ruang untuk Mat Radhi bersemuka dengan keluarga Si Mangsa maupun kaum kerabat Si mangsa yang dikatakan cuba menfitnah dirinya itu sedangkan ramai tahu hubungan Mad Radhi dan keluarga mangsa terlalu rapat kalah rapatnya hubungan dengan adik beradik Mad Radhi sendiri.
Pak Kaduk ingin bertanya pada rakan rakan di luar sana yang masih terhoyong hayang di buai mimpi indah ciptaan Mad Radhi, sekiranya nya ini berlaku pada diri rakan rakan adakah kah rakan rakan akan berdiam diri? adakah rakan rakan akan pergi berjumpa dengan orang yang tak ada kena mengena dan menceritakan yang diri sedang di fitnah? Sedangkan kita boleh berjumpa sendiri dengan orang yang menfitnah kita secara berdepan dan selesaikan kemelut masalah secara kekeluargaan mahu pun sebagai rakan hakta sebagai murid dan guru sekalipun , apa tah lagi ini kejadian mengaibkan nama dan maruah diri.
Pak Kaduk cuma nak ingatkan di ketika kejadian itu Mad Radhi masih lagi berstatus 'Guru Utama' dan Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia sebuah persatuan yang gah dimata masyarakat kebanyakkan dan juga masyarakat bangsawan, juga dikatakan mempunyai markah tertingi didalam ranking persatuan, cakap sahaja apa anugerah yang tidak pernah dimiliki oleh persatuan mahu dari pihak Kerajaan ataupun dari pihak pusat pengajian tinggi semua ada, tapi harus di ingat bukan Mad Radhi yang dapatkan itu semua tetapi jawatankuasa kerja yang dapatkan, Mad Radhi tolong pergi ambil sahaja diatas kapasiti 'Presiden' dia bukan tahu berpersatuan pun menghancurkan persatuan pandailah.
Baik kembali kepada soal pokok, mengapa Mad Radhi tidak pergi berjumpa dengan keluarga mangsa untuk selesaikan masalah tuduhan MENCABUL Gadis Sunti yang dibuat keatas dirinya?Adakah Mad Radhi tidak tahu ada nya pertuduhan Mencabul yang dibuat keatas dirinya? kalau dia kata tak ada bohonglah namanya, sebab pada petang kejadian Bapa simangsa dan Mad Radhi ada membuat pertemuan di restauran berhampiran kawasan rumah Mad Radhi, sebab Mad Radhi tidak mahu berbincang perkara ini di rumah kerana Puan isteri Mad Radhi ada dirumah ketika itu, nak mampus bincang dirumah ketika itu, mau jadi macam kes Jamaludin abang Mad Radhi di Pulau Pinang.
Adakah dia tak ada masa ketika itu? mengikut cacatan aktiviti dia ada masa sebab itu dia boleh pergi bercuti bersama keluarga nya di Port Dickson bila selesai sahaja Majlis Sambutan Hari Tenaga Pengajar dan Mesyuarat Agong Perwakilan sedang dia tahu kemelut yang sedang melanda dirinya tak tahulah kalau kalau bercuti nak cari ilham macammana nak larikan diri atau membuat 'spining gasing'.
Adakah Mad Radhi takut? ini ada kemungkinan benar sebab bila melihat pada pepatah 'Berani Kerana Benar' kalau tidak masakan dia tidak boleh berjumpa dengan " anak murid yang paling di kasihi satu ketika dulu' bak kata macam isi dengan kuku. Tanya lah kedua Ipar Duai ini, jangan di tegur hal Mad Radhi, mau melenting dibuatnya kedua Ipar Duai nih, punyalah kasih nya kedua Ipar Duai ini terhadap Mad Radhi tapi itu dulu la, sekarang apa dah jadi? Pernah juga si kedua Ipar Duai ini membelikan sebuah kereta produa khas untuk kegunaan Mad Radhi, itu pun dulu lah sekarang dah ditarik balik agaknya. Pernah dinasihatkan kedua Ipar Duai ini kalau baik jangan sangat sangat kalau nak benci pun jangan sangat sangat hujungnya sekarang apa dah jadi?.
Sepatutnya jika Mad Radhi berdepan dengan keluarga yang dikatakan menfitnahnya dirinya seawal awal dulu, perkara saperti yang kita alamai sekarang tidak akan berlaku, dan Mad Radhi akan tetap menjadi GU.
Sekarang saperti retak mengunggu belah sama kisahnya saperti krisis En Ishak Hitam dan Cekak Malaysia, sejelas mana pun yang dibuat mereka akan berpusing pada perkara ranting saperti terhutang budi,terhutang jasa, terhutang Ilmu, memandu arah hidup dan macam macam lagi sedang perkara pokok Kerosakkan Akidah tak di ambil kira walaupun telah didapati bersalah oleh JAKIM dan di minta bertaubat dua kali pulak tu( dengar kata mereka sekarang menyokong Mad Radhi,..ini Mad Radhi yang kata bukan Pak Kaduk) entah yer entah tidak entah entah digelakkan nya Mad Radhi adalah kot.) Masih Ingat lagi di jemala Pak Kaduk kata kata seorang rakan Pak Kaduk yang sekarang masih aktif di sebelah sana tu katanya " mamat kaki blue film nih kau terima jadi guru? " Pak Kaduk hanya menjawab ' suka hatikau lah nak kata apa, tapi aku yakin dia guru aku buat masa ini sebab Pak Ak dah hilang 'pakaian' gurunya' ini dulu lah sekarang? dah tak ada dah, harap kan pagar?? sendiri sambung..
Dan Pak Kaduk rasa apa yang berlaku dahulu akan berulang sekarang, dan puak puak ini akan tetap mempertahankan Mad Radhi walaupun terbukti dia bersalah, esok lusa jika di bicarakan dan didapati bersalah maka mereka akan mengatakan makamah bersidang tu makamah kinzir agaknya kalau badan kehakiman yang ada didalam persatuan pun di gelar makamah berok dan jawatankuasa kehakiman pun di katakan Hakim Beruk mungkin selepas ini akan timbul pulak Hakim Kinzir.
Jika krisis Ishak Hitam mereka mengatakan Hj Amrudin mempunyai hubungan baik dengan pengendali kes Ustaz Abdullah Faim, sekarang akan timbul pula cerita Hj Amrudin ada hubungan baik dengan Abang kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Dato Hassan dan mengunakan pengaruhnya untuk mendakwa si pencabul gadis sunti bersiri itu,pada mereka semua orang tidak betul , yang betul adalah Tuan Guru Mad Radhi sahaja.
Pada rakan rakan di luar sana yang masih terhoyong hayang di buai mimpi indah ciptaan Mad Radhi apa pun tujuan yang Pak Kaduk tulis dan lahirkan adalah semata mata bertujuan supaya rakan rakan berfikir, berfikirlah sewaras waras, setenang tenangnya sapertimana telah terdidiknya diri dan jiwa kita didalam Silat kita, ia ini Silat Cekak dan dibawah pengurusan Silat Cekak Hanafi.
Selepas ini kita tidak akan tahu apa akan terjadi, masih bersaudarakah kita? masih bersahabat kah kita? masih berabang/ kakak/ adik kah kita lagi atau akan 'berpatah arang berkerat rotan'kah kita, Sebelum tertutupnya buku sahabat seperjuangan segerak se udara Pak Kaduk akan cuba sedaya upaya untuk mendedahkan segala kepincangan dan tingkah laku Mad Radhi kepada rakan rakan supaya rakan rakan dapat berfikir dan menilai beginikah GURU yang kita mahu. Dan tujuan didedahkan nama nama yang terlibat ( secara terus ) adalah supaya rakan rakan boleh membuat rujukan dan memastikan apa yang Pak kaduk sampaikan ini adakah benar atau palsu jangan lah takut untuk mencari kebenaran walaupun ada kalangan rakan rakan di halang berbuat demikian.
Alangkah indah dan harumnya nama MAD RADHI HJ HANAFI jika Mad Radhi selesaikan masalah ini seawal dulu..
"Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu, maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri." (As-Syuura:30)