MR vs RM - 2

2006/11/01

Semua mereka yang terlibat dalam pembelian rumah tersebut adalah dikatakan kroni MR pada suatu masa dahulu tetapi tidak lagi sekarang ini. Mungkin mereka sudah insaf bahawa selama ini mereka telah dipergunakan oleh MR ke tahap maksimum untuk kepentingan peribadi MR sendiri. Pak Kaduk dah mula dengar-dengar yang MR dah pandai BUAT-BUAT LUPA atau DAH LIAT nak bayar ansuran bulanan rumah di Taman Melawati ini kepada bank Masalahnya nanti duit orang lain yang akan dipotong ansuran bulanan tersebut. Pak Kaduk takut terjadi lagi kes kereta WFT 7! Naya punya kes!

Bercakap tentang RM, ada baiknya kita cuba tengok-tengok sumber-sumber pendapatan MR . Dari mana sumbernya supaya kita mendapat sedikit sebanyak gambaran tentang kedudukan kewangan beliau. Pak Kaduk nak cerita bab ni bukannya apa, kerana Pak Kaduk hairan kerana MR selalu mengatakan beliau tidak ada duit. Perkara ini dijaja terutamanya kepada Mak Teh dan adik-beradik beliau serta juak-juak beliau yang rapat. Tujuannya mudah sahaja, seperti yang Pak Kaduk pernah sebutkan, MR tak mahu Mak Teh dan adik-beradik beliau meminta wang dari beliau. Beliau amat takut perkara ini berlaku. Biarlah perkara lain yang diminta seperti petua ke, jampi serapah ke, air penerang hati ke apa-apa yang lain kecuali duit. Alah... takat jampi-jampi ni, bagi air penerangan hati, petua ke..... kalau MR menipu petua dan jampi sekali pun siapa yang tahu? Dia kan guru, apa yang dia buat siapa nak pertikai? Itulah juga anggapan oleh juak-juak beliau selama ini dan semua semua anak murid sekelian yang ada. Sebabnya mudah kerana anak murid percaya kepada guru. Punya lah kedekut MR ni tentang bab RM ni, sehinggakan adik beliau sendiri si Fauzi terlantar sakit teruk pun dia buat tak tau. Yang selalu dok hulur kat Fauzi tu ialah Mak Teh hasil dari duit elaun RM2,000.00 dari Tabung Amanah. Berapakah sumbangan MR kepada Mak Teh setiap bulan? Hanya RM500.00 sahaja. Kepada adik-beradik lain tidak ada. Pada satu ketika Fauzi dimasukkan ke hospital pakar Glen Eagle Jalan Ampang, bayaran perubatan lebih RM7,000.00 di minta dari Tabung Amanah. Setelah Fauzi keluar hospital, isteri beliau (Pak Kaduk tak tau nama isteri beliau, maaf), ambil bil hospital dan buat tuntutan pebelanjaan dari office tempat isteri beliau bekerja. Bila dapat ’claim’ tersebut bukannya diserahkan balik kepada Tabung Amanah, sebaliknya digunakan oleh mereka sendiri. Adakah MR mengambil tahu tentang perkara ini? Haram dia tak kisah. Mak Teh amat berkecil hati dalam hal ini. Sudah lama Mak Teh makan hati terhadap MR. Banyak yang dia cakap. Mokhtaruddin juga banyak bercakap tentang hal MR dan tentang tidak puas hati tersebut. Tetapi MR buat muka sadin dan pekak badak. Alah....Mokhtaruddin ni, MR tahu sangat dia punya kelemahan. Bila bising-bising, MR hulur RM100.00 diamlah dia.

Betul ke MR tidak ada duit seperti yang dia selalu canangkan? Ada baiknya kita buat anggaran pendapatan MR secara ringkas. Congak Pak Kaduk adalah seperti berikut:

1- Pendapat dari pengkeras guru dan yuran kursus Silat ~ RM 200,000.00 /tahun
2- Pendapatan dari kursus KK (Kursus Kelamin) ~ RM 30,000.00/tahun
(Ramai yang kata kursus KK ni maknanya kursus Konet
Keras, tetapi mengikut orang lama, Ustaz Hanafi maksudkan
sebagai Kursus Kelamin. Pak Kaduk tak pernah dengar MR
cakap bab ni. Mungkin dia pun tak tau!)
3- Pendapatan syarikat beliau –MRH Holding ~ RM 0 (tiada)
4- Pendapatan dari derma anak murid ~ RM 20,000.00/tahun
5- Pendapatan dari kursus solat ~ RM 5,000.00/tahun
6- Pendapatan dari kursus KK2 ~ RM 10,000.00/tahun
7- Pendapatan dari hutang dari anak murid tapi tak bayar ~ RM 20,000.00/tahun
8- Pendapatan dari lain-lain sumber ~ RM 10,000.00/tahun

ANGGARAN PENDAPATAN TAHUNAN ~ RM 295,000.00/tahun

Anggaran pendapatan bulanan MR ~ RM 25,000.00/bulan

Apakah perbelanjaan bulanan MR?

1- Bayaran kereta Mercedes ~RM2,000.00
2- Bayaran kereta Suzuki swift ~RM 900.00
3- Bayaran rumah di Johor ~RM 650.00
4- Bayaran rumah di KL ~RM 1,300.00
5- Bayaran kepada Mak Teh ~RM 500.00
6- Elaun isteri ~RM 500.00
7- Belanja pengangkutan ~RM 1,500.00
8- Belanja anak-anak ~RM 500.00
9- Belanja dapur dan rumah ~RM 1,000.00
10-Bil ~RM 750.00
11- Bayaran hutang kad kredit ~RM 1,500.00
12- Lain-lain perbelanjaan ~RM 3,000.00

Anggaran jumlah perbelanjaan bulanan RM 14,100.00

Anggaran baki bulanan RM 10,900.00

Cukai pendapatan MR berapa yang diisytiharkan? Dia ada isytiharkan tetapi dengan cara menipu. Kalau ada sesiapa yang hendak membuat laporan kepada JHDN, dipersilakan . Silap-silap MR kena 10 tahun penjara kerana menipu penyata pendapatan beliau. Harap-harap adalah juak-juak MR yang mencabar supaya laporan tersebut dibuat. Maka itu sesiapa yang mahu menyahut cabaran tersebut bolehlah membuat laporan…. Jangan ragu-ragu, MR mesti kena punya. Tak percaya? Pergilah report.

Anggaran kasar Pak Kaduk, sebenarnya MR ni banyak ada banyak RM. Tapi disebabkan sifat tamak dan haloba, semua ini belum mencukupi..Beliau mahu banyak lagi... Pak Kaduk sangat hairan, MR ada banyak RM, tetapi tidak mahu banyar hutang. Hutang beliau kepada anak murid keliling pinggang. Kenapa beliau berhutang? Ini semua trick MR untuk mengelabui mata anak murid dan keluarga Ustaz Hanafi untuk mengatakan beliau tiada RM. Berhutang adalah juga satu cara mudah untuk menambah pendapatan. Apa susah tak perlu bayar. Bercakap pasal hutang beliau, mari kita lihat kepada siapa yang beliau ada hutang. (Ini sumber bawah tanah yang Pak Kaduk perolehi. Pak Kaduk tak boleh nak check beberapa nama untuk confirmation). Antara senarainya seperti berikut:

1- Mohd Daud Sutan -RM10,000.00 ( kalau tak silap sudah dibayar. Itupun setelah diminta berkali-kali dan semasa kes mencabul sedang berjalan).
2- Roslan Rashid -RM30,000.00 –pendahuluan bayaran membaiki kereta WFT 7. Mungkin ada hutang lain yang Pak Kaduk tak pasti.
3- Abdul Jalil Hashim -RM50,000.00 – dengar cerita telah dihalakan oleh Jalil kerana lama sangat tak bayar. Tetapi Ustaz Hanafi ada cakap hutang walaupun 1 sen kena bayar. Tetapi MR menganut mazhab baru, hutang tak perlu bayar. Hanya tunggu dihalalkan.

4- Ramlee Rahman -RM10,000.00

5- Nor Azlan Shah -RM10,000.00

6- Tetuan Azlan Shah -RM5,000.00 (bayaran guaman pembelian rumah)

7- Fuad Ahmad -RM30,000.00 ( bayaran pendahuluan pembelain kereta Honda Civic merah tetapi akhirnya tak jadi jual kepada Fuad. Duit tidak dipulangkan. Dengar cerita si Fuad pun dah terpaksa halalkan).

8- Tn Hj Mohd Nasir -RM8,000.00
(Bendahari Terengganu)

9- Jeffari Lee -RM2,000.00
(SU Terengganu)

Lain-lain mangsa yang dikenal pasti tetapi Pak Kaduk tiada maklumat terperinci adalah Shahrul Nizam (Vellu) dan Roslan Salam (YDP Terengganu).

Jadi berapakah anggaran jumlah hutang MR kepada anak murid yang belum di bayar? Secara mudah sekitar RM150,000 – RM200,000. Bila MR nak bayar? Tak apalah kot, tunggu di halalkan.....

Catat Ulasan