MR vs RM

2006/10/31

(Mad Radhi vs Ringgit Malaysia)

Pak Kaduk sebenarnya telah dihujani banyak email yang memberi maklumat kepada Pak Kaduk untuk siaran di dalam ruangan Pak Kaduk ini. Sebenarnya Pak Kaduk tidaklah menyangka bahawa ramai yang mengikuti secara dekat tulisan-tulisan yang Pak Kaduk paparkan. Pak Kaduk terpaksa akui bahawa banyak perkara yang Pak Kaduk tidak ketahui, tetapi telah disampaikan kepada Pak Kaduk untuk siaran oleh agen-agen bawah tanah. Biasanya Pak Kaduk akan memastikan dahulu melalui Jabatan Penyiasatan Pak Kaduk tentang apa-apa perkara yang telah di terima oleh Pak Kaduk. Pak Kaduk perlu memastikan kesahihan berita tersebut sebelum disiarkan. Oleh yang demikian, kebanyakan berita yang disiarkan oleh Pak Kaduk adalah berita yang ada ‘isi’ dan telah dipastikan kesahihannya. Oleh itu para pembaca yang dihormati sekelian tidak perlulah merasa curiga ataupun syak wasangka. Walaubagaimanapun, negara ini adalah negara demokrasi, masing-masing bebas membuat andaian dan intepretasi masing-masing. Pak Kaduk tidak memaksa sesiapapun untuk mempercayai cerita Pak Kaduk. Namapun Pak Kaduk kan? Tetapi Pak Kaduk ini Pak Kaduk moden, Pak Kaduk yang pakar strategi, jadi faham-faham sajalah….

Pak Kaduk sebelum ini ada menyentuh tentang perkara BERANI. Berani kerana Allah. Ada perumpamaan yang menyebut ’Berani kerana benar, takut kerana salah’. Pada Pak Kaduk le, perumpamaan tersebut membawa pengertian yang amat besar. Kalau kita tidak salah, kenapa perlu kita takut? Kita perlu berani. Inilah pokok cerita kepada perkara yang berlaku ke atas Mad Radhi sekarang. Kalau Mad Radhi tidak salah, kenapa takut nak pergi kerumah Asnawi pada saat dan ketika beliau mengetahui yang kononnya beliau difitnah? Kenapa Mad Radhi amat berhati-hati untuk bercerita dengan Amruddin sehingga membuat perjumpaan tergempar dengan juak-juak beliau untuk menyusun cerita rekaan beliau? Kalau beliau berani kenapa menggunakan Mak Teh untuk mempertahankan beliau semasa mesyuarat MMT? Kenapa menggunakan adik-beradik beliau ? Kenapa menggunakan juak-juak beliau? Kenapa menggunakan isteri dan anak-anak beliau untuk menagih simpati? Kenapa beliau mengambil masa yang lama untuk memaklumkan kepada Exco Tertinggi MMK? Kenapa....kenapa.....dan kenapa.....????. Jawabnya sebenarnya Mad Radhi seorang pengecut! Beliau amat takut apabila perbuatan beliau sudah tidak boleh ditutup lagi. Bangkai yang busuk walaupun ditutup rapat supaya tidak boleh dilihat orang, tetapi bau busuknya tidak dapat dihindarkan walaupun di sirami bertan-tan minyak wangi. Mad Radhi lupa bahawa bau busuk itu tidak boleh ditutup. Mad Radhi dari seekor ’Harimau Belantara’ menjadi seorang bapuk yang amat sopan santun sekarang. Cuba menunjukkan kealiman dan keperibadian mulia. Cuba berlakon dengan cara pijak semut pun tidak mati. Cuba berlagak baik di hadapan orang ramai dan pengikut beliau , tetapi dibelakang, lain pula perwatakannya.

Beralih kepada topik yang baru, apa yang Pak Kaduk cuba sampaikan kali ini adalah tentang kerakusan Mad Radhi terhadap wang ringgit. Betapa kecintaan beliau terhadap RM ini amat tinggi dan beliau amat terpersona dengan bau dan longgokan RM ini. Kecintaan beliau terhadap RM ini melebihi dari cinta beliau terhadap perjuangan yang dibawa oleh ayahanda beliau sendiri, melebihi rasa cinta dan kasih terhadap ibu bapa beliau, isteri dan anak-anak serta sekelian murid yang ada. Begitulah cinta dan kasihnya beliau terhadap RM ini. Oleh itu buatlah apa saja program dan aktiviti, kalau ada habuan berupa RM ini, Mad Radhi akan sanggup meredah hutan belantara , mengharungi onak dan duri, menuruni lembah dan mendaki gunung setinggi manapun asalkan ada RM nya. Tetapi kalau tidak ada RM sebagai pulangan, mukanya masam mencuka, semua yang dibuat tidak kena, memberi alasan sebok, mak mertua datang ke rumah, bini tak sihat, kaki sakit sebab ada penyakit kencing manis dan sebagainya adalah lumrah yang didengari. (Bercakap tentang kencing manis ini, Pak Kaduk teringat kata-kata Mad Radhi sendiri tentang penyakit tiga serangkai iaitu sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi, kalau sesiapa da penyakit ini, maka orang itu ada penyakit roh. Namun Pak Kaduk mendapat tahu yang Mad Radhi ada penyakit kencing manis yang agak kronik dengan kadar kandungan gula dalam darah sekitar 11 – 12 mmol/L. Amat tinggi jika dibandingkan dengan kadar biasa iaitu sekitar 6.0 mmol/L. Sebelum ni Pak Kaduk dengar kadar gula Mad Radhi mencapai setinggi 22mmol/L. Teruk kes Mad Radhi ni. Nak jadi cerita, beliau mendapat tahu ada penyakit tersebut selepas beliau pulang dari mengerjakan Umrah pertama pada tahun 2003. Dengar kata semasa mengerjakan Umrah tersebut, Mad Radhi suka minum air mangga yang pekat dan sangat manis. Bergelas-gelas ditunggang oleh beliau. Jadi apa kenyataan yang Mad Radhi boleh buat sekarang ini tentang penyakit beliau? Beliau sekarang tidak suka dengar orang bercakap bab penyakit roh tersebut. Pak Kaduk nasihatkan kepada juak-juak beliau supaya jangan dibangkitkan isu ini, nanti sia-sia kena lempang dengan Mad Radhi sepertimana yang telah berlaku di HUKM tempohari) .

Dalam masa 13 tahun pemerintahan Mad Radhi, beliau telah mengumpul sebilangan harta seperti kereta mewah, rumah dan juga telah mengumpulkan sebahagian RM di dalam bank dan juga simpanan lain-lainnya. Mad Radhi sekarang ini mempunyai wang simpanan yang agak banyak namun begitu beliau selalu berlakon kononnya beliau tidak ada wang. Dengan harapan ramailah anak-anak murid tampil untuk menderma kepada beliau. Hatta juak-juak beliau sendiri sebenarnya tidak tahu jumlah simpanan Mad Radhi ini. Mengikut siasatan oleh Jabatan Siasatan Pak Kaduk, adalah diketahui bahawa simpanan Mad Radhi dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) sekarang ini adalah sekitar RM200,000.00 (jumlah maksimum yang boleh di carum) dan sekitar hampir RM100,000.00 lagi dalam simpanan bank. Anggaran jumlah yang Mad Radhi ada sekarang ini sekitar RM300,000.00 dalam bentuk wang tunai. Adakah Mad Radhi tidak ada wang? Bukanya tidak ada wang, tetapi belum cukup. Maklumlah beliau amat cinta dan kasih kepada RM ini melebihi segala-galanya. Beliau amat suka melihat wang beliau bertimbun di dalam bank. Dan jumlah ini masih belum mencukupi lagi untuk beliau. Beliau perlu lebih lagi…….

Itu dari segi wang tunai, bagaimana pula tentang harta-harta Mad Radhi yang lain? Setakat yang Pak Kaduk tahu, Mad Radhi ada satu rumah di Johor yang sekarang ini disewa oleh ‘anak murid sesudu’ beliau iaitu saudara Helmi. Adalah diketahui umum bahawa, si Helmi ini walaupun menyewa rumah tersebut, tetapi sudah bertahun tidak membayar sewa kepada Mad Radhi. Apa yang Mad Radhi boleh buat? Nak di halau nanti apa orang kata. Takut pula nanti si Helmi ni pecahkan pula banyak rahsia beliau. Bukankah Mad Radhi dan si Helmi ni ‘dalam aliran yang sama’ semasa Mad Radhi berada di Johor dahulu, hatta hingga sekarang pun!. Rumah kedua beliau adalah rumah yang dibeli dari Mohd Daud yang Mad Radhi duduk sekarang di Taman Melawati. Rumah tersebut dibeli dari Mohd Daud secara paksaan yang halus supaya Mohd Daud melepaskan rumah tersebut. Sebenarnya sebelum ini Mad Radhi hanya menyewa dari Mohd Daud dengan sewa bulanan sekitar RM650.00 (Nilai tersebut di bawah harga pasaran. Malah bayaran bulanan kepada bank yang perlu dibuat oleh Mohd Daud adalah sekitar RM800 lebih. Inilah yang dinamakan pengorbanan seorang anak murid kepada gurunya). Mengikut maklumat yang diterima oleh Pak Kaduk, harga rumah tersebut dibeli secara paksa oleh Mad Radhi dari Mohd Daud dengan harga RM180,000.00 (Harga ini di bawah harga pasaran. Nilai anggaran pasaran adalah sekitar RM220,000.00, Satu lagi tanda pengorbanan anak murid terhadap guru. Pak Kaduk takut banyak sangat pengorbanan sampai dijadikan korban nanti!) . Kenapa Mohd Daud jual pada harga dibawah nilai pasaran? Ini kerana Mohd Daud seorang yang taat kepada Mad Radhi pada ketika itu , sebab itu dijual pada harga yang murah. Sekarang ni Pak Kaduk dengar Mohd Daud sudah dituduh sebagai pengkianat oleh Mad Radhi dan juak-juak beliau.....

Satu soalan cepu mas yang perlu Pak Kaduk tanya iaitu atas nama siapakah rumah di Taman Melawati ini didaftarkan? Percaya atau tidak bahawa seorang lagi insan yang menjadi penyokong setia Mad Radhi dengan nama Tuan Hj Mohd Nasir Abdullah, Bendahari cawangan Negeri Terengganu adalah salah seorang penama selain nama Mad Radhi sendiri. Ini juga kes berkorban untuk guru. Nama Tuan Haji Nasir Abdullah ini terpaksa digunakan kerana nama Mad Radhi seorang ’tidak lepas’ untuk memohon pinjaman bank. Makna kata, rumah tersebut didaftar atas dua nama iaitu nama Tuan Hj Nasir Abdullah dan juga Mad Radhi. Pinjaman bank juga adalah atas dua nama tersebut. Dimanakah pinjaman bank dibuat? Pinjaman tersebut dibuat di Standard Chartered Bank. Siapa yang menguruskan pinjaman tersebut? Tidak lain tidak bukan saudara Abdul Azman bin Johan yang menjadi pengurus di bank tersebut. Siapakah peguam yang menguruskan hal pembelian rumah tersebut? Tidak lain tidak bukan Tetuan Azlan Shah Sheikh ..... Berapakah kos peguam yang perlu dibayar oleh Mad Radhi kepada tetuan Azlan Shah ... ? Sekitar RM5,000 lebih. Sudahkan Mad Radhi membayarnya? Jawapannya belum lagi. Mungkin Mad Radhi terlupa kot atau buat-buat lupa supaya kemudian hari dihalalkan. Siapakah juak Mad Radhi yang berlari kehulu ke hilir untuk menyelesaikan urusan pembelian rumah tersebut? Tidak lain tidak bukan sdra Frankie yang dikasihi......

Sambung lagi....

Catat Ulasan